Ee ingin mengajak rakyat untuk menghargai segala susah payah Pemimpin-pemimpin UMNO yang telah banyak berjasa pada negara dan bangsa. Mereka yang memimpin UMNO dan menegakkannya, berjuang tanpa kenal penat lelah siang dan malam bagi mengisi keperluan untuk mengangkat maruah dan kedudukan awal bangsanya. Ee begitu menyanjungi pejuang-pejuang semasa lampau berkorban sepanjang masa bagi memartabatkan agama, bangsa dan tanah air. Mereka lebih banyak memberi dan tidak mengambil darinya. Tidak kira masa siang dan malam mereka membela rakyat supaya tidak dihina. Walaupun ditekan dan disogok dengan pelbagai janji oleh penjajah mereka tidak berganjak dari tujuan asal perjuangan menuntut kebebasan dan kemerdekaan.
Ee berpendapat mungkin ada dikalangan kita yang akan mengatakan pejuang kemerdekaan bukan hanya terdiri pemimpin-pemimpin UMNO sahaja tetapi juga merangkumi pemimpin-pemimpin lain.Penyataan ini tidak boleh dinafikan hanya mereka tidak Berjaya meyakinkan Inggeris yang mereka mewakili rakyat teramai. Dipihak rakyat pula ideologi dan pendekatan mereka tidak didokong oleh rakyat.
Ee berpendapat dan percaya apa yang membezakan UMNO dengan parti-parti dan pemimpin lain pada waktu itu, adalah kejayaannya pemimpin UMNO mengabungkan umat Melayu dalam satu badan siasah yang mengembeling jalinan perpaduan umat yang jitu dan mantap. Kumpulan yang dipimpin UMNO akhirnya berjaya berunding dan menuntut kemerdekaan dari Inggeris. Pemimpin UMNO lah yang berunding dengan pemimpin-pemimpin kaum lain untuk bekerjasama menuntut kemerdekaan.
Bila Jepun mula-mula mengalahkan kuasa-kuasa besar barat pada ketika itu lain-lain bangsa Asia baru bangkit sedar yang tidak ada keistimewaan dan kekebalan pada Barat. Ini bermakna mereka yang berwarna kulit lain termasuk yang bersowo matang, jika memiliki tekad dan kemahuan sudah pasti akan berjaya membebaskan diri dari dijajah dan dihina. Urutan daripada itu pada 10hb Mei 1946 UMNO ditubuhkan dan pada 31hb Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.
Pada pendapat Ee subjek sejarah perlu dijadikan mata pelajaran wajib dengan diberi keutamaan kepada membina jati diri dan memahami sejarah, roh dan jiwa perlembagaan dan kemerdekaan negara. Jangan nanti anak-anak disogokkan dengan sejarah songsang dan terpedaya dengan pembangkang.Kini semakin banyak fakta sejarah yang telah disongsangkan terutama di dalam internet oleh dajjal-dajal pembangkang yang begitu kemaruk nak berkuasa.
Marilah kita renungkan petikan ucapan PM baru-baru ini..
"Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera. Jangan sesekali membiarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan memperdaya rakyat berjaya. Ingat, jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini. UMNO perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa baru demi agama, bangsa dan negara"..
Ee berpendapat eloklah bagi bangsa Melayu seharusnya mengkaji sejarah secara mendalam bagaimana mulanya mereka dijajah dan Raja-Raja terpedaya sehingga setiap negeri dikuasai dibawah naungan Inggeris.Siapa dan mengapa?... Penjajah memandang rendah kepada keupayaan anak watan dan membawa masuk orang luar ke negara ini. Mereka terus menganggap bangsa Melayu sebagai bangsa yang malas, dan tidak berminat mengeluarkan hasil negaranya sendiri walaupun buminya kaya raya.Bagi memenuhi kehendak serta keperluan Inggeris mereka membawa masuk pekerja asing. Ini bukan perkara rahsia atau khayalan atau merendahkan mana-mana kumpulan atau kaum.
Penjajahan mengizinkan pihak Inggeris meraih keuntungan dari negara ini yang sekaligus memenuhi keperluan ekonomi dan politik negara mereka. Penaklukan adalah satu cara paling berkesan bagi menjamin penjajah menguasai kekayaan negara. Dengan membawa masuk orang-orang asing ke negara ini, asalnya kononnya sebagai langkah sementara, dalam usaha mereka mengeluarkan hasil kekayaan bumi di negara dan rantau ini. Namun dari perspektif kependudukan mereka menentukan dan memisahkan pribumi dan orang asing supaya tidak akan terjalin kerjasama, kesefahaman dan kesepakatan yang boleh mengancam kedudukan penjajah dari bumi Melayu.Apabila merasakan tidak terkawal maka mereka mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan kemelut ini.
Jalan penyelesaian Inggeris yang mudah dan cepat adalah dengan memperkenalkan satu perjanjian baru dengan Raja-Raja Melayu melalui Malayan Union pada tahun 1944-1946 dengan memberi kerakyatan kepada semua penduduk yang tinggal di negara ini secara automatik. Kedudukan Raja-raja Melayu hanya setakat menjaga adat resam dan agama Islam. Inggeris berkuasa penuh dalam mentadbir seluruh negara.
Itulah asas UMNO tertubuh dan melahirkan perjuangannya bagi menentukan kedudukan Raja dan Melayu tidak terabai serta diiktiraf yang bumi ini dimiliki mereka sebagai bangsa watan. Inggeris tidak sangka yang bangsa Melayu boleh bersatu dan bangun berpadu untuk menentang penjajah melakukan apa sahaja yang mereka kehendaki. Inilah sumbangan Dato’ Onn yang terbesar kepada negara dan bangsa Melayu.
Tunku Abdul Rahman Putra seorang putra di Raja Kedah yang berjiwa rakyat dijemput untuk memimpin UMNO. Beliau tidak tergopoh-gopoh menerimanya kerana beliau ada jawatan tinggi sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Kedah. Walaupun begitu setelah dipujuk, akhirnya beliau bersetuju. Dia menjadi Yang Dipertua UMNO walaupun dicabar oleh Ahmad Fuad dan Tun Abdul Razak sebagai Timbalannya.Pemimpin-pemimpin pada ketika itu tidak berebut jawatan. Ada masanya dipaksa untuk memegang jawatan.
Ee berpendapat sikap itu kini semakin terhakis. Yang lebih ketara pertarungan sengit akan berlaku untuk pangkat dan jawatan. Kes cantas-mencantas dan sabotaj sesama sendiri lumrah berlaku untuk memegang jawatan dan menjadi calon pada mana-mana pilihanraya. Semangat setia kawan pun makin lama semakin tipis dan boleh dikatakan tidak diamalkan. Kalau dulu Ee boleh menyaksikan ada hubungan peribadi dikalangan pemimpin tertinggi dan pemimpin dibawah mereka. Menziarahi rumah antara satu sama lain bukanlah satu perkara yang pelik.
Pada pendapat Ee semenjak kemerdekaan hingga kini Perikatan dan kemudiannya BN, hanya tercabar pada tahun 1969 dan 2008. Banyak iktibar dan pengajaran yang telah diperolehi dari pilihanraya 1969 dan rusuhan pada 13 Mei tahun itu. Pembangkang ghairah dengan kemenangan mereka dan mengadakan perarakan di Bandar Kuala Lumpur secara besar-besaran. Mereka telah menunjukkan sikap perkauman yang tebal bila berjaya meniup api perkauman. Politik dan ekonomi Malaysia tercabar dan satu formula baru bagi membentuk bangsa Malaysia terpaksa dilahirkan.
Untuk itu melalui DEB pendekatan serampang dua mata iaitu menyusun semula masyarakat supaya tidak dikenal melalui aktiviti dan fungsi ekonomi dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Semua kaum di negara kita memperolehi manfaat. Namun jurang ekonomi diantara kaum dan wilayah masih kekal walaupun negara dapat mengecilkan kumpulan miskin di negara ini.
Pada tahun 2008, BN dikejutkan dengan kekalahan yang tahapnya tidak diduga oleh pucuk pimpinan parti. Semenjak dari itu UMNO dan parti-parti komponen berasa cemas dan tercabar. Perpecahan dan hilang keyakinan menjadi lebih ketara. Ahli-ahli komponen pula menuding jari kepada UMNO diatas kekalahan mereka. Sokongan bukan Melayu berubah kepada parti pembangkang termasuk PAS,ini disebabkan masalah dalaman parti BN dan juga para petualang-petualang dajjal pembangkang yang membuat fitnah dan melaga-lagakan sesama Melayu.
Pada Ee tahun 2008 adalah satu detik yang paling bersejarah untuk Barisan Nasional, khususnya UMNO. Sedangkan pilihanraya umum 2004, BN dibawah pimpinan Abdullah Badawi mendapat kemenangan yang terbaik dalam sejarah pilihanraya negara ini. Tahun 2008 pula mencatatkan sejarah terburuk. Untuk pertama kalinya parti-parti pembangkang mendapat kerusi yang banyak dan menguasai kerajaan dibeberapa buah negeri.
Pada pendapat Ee sebenarnya bibit-bibit yang melemahkan UMNO mula berkembang apabila Abdullah Badawi dilihat cuba mencorakkan warnanya sendiri dalam peta politik dan ekonomi negara. Bila legasi dulu tercabar ia membawa kesan yang amat mendalam kepada kewibawaan dan kedudukan UMNO dan kerajaan.
Ee ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kepimpinan kerajaan dibawah Najib Tun Razak yang telah memperkenalkan pelbagai pendekatan baru yang cuba memikat rakyat. Ee merasa yakin ia akan membawa kebaikan kepada rakyat dan negara. Sudah tentu rakyat dapat merasai rangsangan dan kedudukan ekonomi kita yang bertambah baik.Pendekatan 1 Malaysia dengan cogankata yang begitu memikat "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" begitu berjaya menusuk hati rakyat.Ini dibuktikan dalam beberapa PRK dan PRU Sarawak yang telah lalu dimana sokongan rakyat terhadap UMNO/BN semakin melonjak.
Gagasan 1 Malaysia jadikan Malaysia sebuah negara maju, membangun dan mempertahankan perpaduan dan
kesejahteraan kaum. Ia berteraskan nilai-nilai murni dan menghormati satu sama lain. Rakyat didahulukan, pencapaian
diutamakan adalah penyerapan nilai-nilai dinamis, mendahulukan dan memenangi hati rakyat. 1Malaysia bukan sahaja
fokus kepada persefahaman dan perpaduan kaum tetapi juga mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Pada Ee perkara ini amat mendukacitakan para pembangkang mereka kini cuba meracuni pemikiran rakyat dengan strategi kononnya SPR tidak bersih.Inilah akal-akal licik para pembangkang yang dajjal.Bila mereka menang mereka kata SPR telus jika kalah mereka menunding jari pula pada SPR.Pembelit pembohongnya pembangkang.
Pada pendapat Ee tidak ada pilihan selain memenangkan BN dan UMNO untuk martabatkan nasib bangsa agama, bangsa tanahair. Untuk perpaduan pelbagai kaum, pembangunan, kesejahteraan, kita tidak ada pilihan. UMNO mesti menang. Lawan dalang, petualang dan pengkhianat bangsa. Pengkhianat ini menyamar diri, sanggup perjuang perkara batil. Budaya samseng menular di pembangkang sebagai contohnya perhimpunan Bersih 2.0 yang begitu menjijikan memalukan negara pada mata dunia.
Pada pandangan Ee Biarpun usia UMNO telah pun mencapai 65 tahun tetapi itu bukan bermakna bahawa parti tersebut sudah tua sebaliknya ia merupakan lambang kematangan dan sentiasa agresif dalam membuat perubahan-perubahan mengikut peredaran masa.Seperti pepatah Melayu semakin tuanya kelapa semakin banyak santannya..Pada Ee seusia ini semakin banyak pengalamannya dan semakin matang kerjanya terhadap rakyat tanpa mengira agama dan kaumnya.Ini dibuktikan dengan semakin berkembangnya ekonomi negara dan semakin banyak negara mendapat pengistirafan dari dunia.
Pada pendapat Ee UMNO telah berusaha mendapatkan kemerdekaan. Jika tidak merdeka,Orang-orang Melayu sentiasa ditidas dan otak orang Melayu kurang berdaya saing..Kini dengan perjuangan UMNO telah berapa banyak universiti yang ada dan akan diwujudkan lagi universiti2 semua itu untuk rakyat negara ini. Malah tiada institusi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) ditubuhkan untuk membantu Melayu..ini semuanya perjuangan UMNO.
Pada Ee Relevannya UMNO pada hari ini terbukti kerana tiada parti lain yang mampu mentadbir seperti UMNO setelah diberi mandat oleh rakyat di beberapa negeri.Ee nasihatkan kepada golongan muda usah terbawa-bawa dengan perasaan anti kerajaan yang dibawa oleh dajjal pembangkang yang sebenarnya kecewa kerana kuasa mereka semakin terancam pada PRU 13 kelak.
Ee mempunyai pandangan yang Ee rasakan betul dan munasabah mungkin juga keterujaan untuk menggantikan UMNO ini berlaku kerana Pas 'cemburu' melihat kejayaan UMNO meningkat martabat orang Melayu di negara ini. Sejarah panjang perjuangan UMNO juga bukanlah sesuatu yang mudah dihapuskan oleh Pas melalui retorik mereka.
Pada pendapat Ee selama ini orang Melayu sudah mendapat banyak nikmat melalui perjuangan UMNO dan nikmat itu turut dirasai oleh pemimpin Pas dan anak cucu mereka. Tetapi Pas tidak mahu mengakui semua jasa UMNO itu sebaliknya mereka menggambarkan kepada rakyat bahawa pemerintahan negara yang ditunjangi oleh UMNO pernah dengan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.Malahan mereka juga mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tonggaknya adalah sebuah kerajaan yang zalim.
Pada pendapat Ee yang dangkal ini kalau kerajaan BN dan UMNO itu zalim sudah lama Pas tidak ada di muka bumi Malaysia ini. Lebih daripada itu Pas tidak akan berasa nikmat memerintah di Kedah, Kelantan dan Terengganu (1999) manakala rakan sekutu mereka tidak akan mampu memimpin di Pulau Pinang dan Selangor, jika penyelewengan berlaku dalam pilihan raya.
Pada Ee apa yang melucukan ketika Pas menganggap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan menyebelahi BN, parti itu sendiri dalam pemilihannya menggunakan sistem yang dilaksanakan oleh suruhanjaya berkenaan.
Semua keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Pas bukanlah sebuah parti yang paling tidak konsisten sama ada dalam pendirian, tindakan mahupun perjuangan, oleh itu mana mungkin mereka mahu menggantikan UMNO, kecuali ia hanya sekadar impian seperti mana khayalan mereka hendak ke Putrajaya.
Pada pendapat Ee sememangnya UMNO layak diberikan penghormatan dan penghargaan sebagai sebuah parti yang paling banyak berjasa, menabur bakti khidmat kepada agama Islam, bangsa Melayu dan negara, serta berjaya membawa Malaysia ke sebuah negara yang disegani di seluruh dunia.Pada pendapat Ee dan mungkin juga yang lainnya UMNO Payung Agama,Bangsa dan Negara..PAS pula perosak Agama,Bangsa dan Negara dengan mengadaikannya pada DAP.. Tahniah UMNO!..
No comments:
Post a Comment