Wednesday, August 10, 2011

Ulama' PAS menjual "Burung Terbang" kepada Umat Islam Malaysia..Itulah Retorik dan Kepalsuan Pemimpin PAS..



Pada pendapat dan pandangan Ee Ee Parti Pas tidak akan mengalami perubahan jika mereka terus mengamalkan sikap jumud dalam kepimpinan biarpun calon-calon yang bertanding untuk jawatan tertinggi pada pemilihani yang lepas kononnya mempunyai pengaruh besar serta berpengalaman.Pada Ee berpendapat bahawa mereka pemimpin2 PAS masih lagi berfikiran jumud iaitu cuba memisahkan agama dengan perkara lain sedangkan mereka lupa kepimpinan dalam Islam harus merangkumi pelbagai bidang.Pada Ee Ciri-ciri ini yang gagal ditonjolkan Pas dan mereka belum dapat lagi mencari pelapis untuk menggantikan orang lama yang masih berfikiran jumud.

 Pada Ee Pas masih lagi mahu mengekalkan ketokohan ulama dalam parti itu berbanding golongan profesional supaya tidak dianggap sebagai sebuah parti yang sering diperkudakan oleh rakan pakatannya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).Sekurang-kurangnya ulama ada pegangan kuat dalam mempertahankan ideologi Islam, tetapi golongan yang kurang kuat pegangan agamanya, mereka akan cepat berubah dan mudah menerima fahaman sosialis yang dibawa PKR dan DAP.Hehehe..tapi hakikat ini hanya tinggal kosong lambang bendera PAS sebab mereka tetap diperkudakan dik rakan setongkol mereka saja..Pada Ee PAS hanya tahu mempergunakan agama dan menghalalkan cara asalkan mereka dapat berkuasa.

Apa yang Ee rasakan bahawa Pas tidak boleh dilabelkan sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Malaysia dan Islam keseluruhannya jika mereka terus mengasingkan diri dalam kelompok mereka sahaja.Mereka cuma memomokkan Islam sebagai satu kepercayaan sempit dan konservatif tanpa menonjolkan sifat Islam yang universal. Akibatnya, mereka akan menjadi sebuah parti picisan yang cuma disokong oleh puak tertentu termasuk pakatan pembangkang yang bersekongkol dengan mereka.

Pada pendapat Ee dan pengalaman yang Ee dapat melalui percampuran dengan rakan2 PAS dan PKR mereka Parti PAS bukan saja sanggup bersetongkol dengan DAP tetapi para pemimpin dan penyokong bangang alias bebal mereka sanggup mengadai nyawa untuk mempertahankan para pemimpin DAP laknatullah yang begitu kuat membenci Islam dan sering menghina Islam secara langsung dan tidak langsung.Pada Ee apabila kita sebut keganasan, maka hendaklah kita ingat akan PAS.  Dan janganlah pula kita berfikir bahawa PAS itu Islam.  Islam itu agama yang syumul, manakala PAS adalah pelacur agama.

Pada Ee kedua-duanya adalah entiti yang berbeza, ibarat minyak dan air, andai dicampurkan bersama, pasti kelihatan perbezaan itu dengan jelas.  Namun, beza yg ketara hanya pada mereka yg benar-benar melihat, dan pada mereka yang inginkan kebenaran.Dan bagi pemimpin dan penyokong bangang alias bebal PAS, tidak wujud minyak dan air.  Mereka lebih melihat air masak dicampurkan dengan air todi.  Maka warna air masak berubah.  Bukan sahaja berubah, air yg dicampur itu diminum pula mereka ini.  Maka menjadi tolollah mereka tanpa mampu membezakan antara agama dan parti politik.  Hitam-sehitamnya hati mereka. 

Maka tidak hairanlah apabila mereka ini bertindak kejam dan ganas.  Arahan pemimpin akan diikut secara membabi buta tanpa memikirkan risiko dan undang-undang negara.  Memali dan Jenalek suatu ketika berlaku dan berkait dengan PAS.Kini mereka tanpa merasa malu menyokong Ambiga tetek besar peguam murtad yang pernah mereka tentang bermatian apabila kes murtad Lina Joy satu ketika dahulu.Mereka PAS mengamalkan budaya samseng jalanan apabila mereka berdemo, sesuatu yang berjaya dicernakan oleh mereka, hasil dari fahaman dibawa oleh Anwar Al Juburi bak kata Mat Sabu, dibantu pula oleh "fatwa"2 sesat  ular dalam semak Nik Ajis dan Hadi Awang guru putar alam mereka.

Pada Ee mereka PAS menuduh tindakan BN menjanjikan pelbagai projek telah mengabui mata rakyat dan paling buruk mereka mendakwa parti UMNO membeli undi.Pembangkang terutama PAS seolah-olah menganggap pakatan merekalah paling baik, bersih dan sempurna. Justeru kalau kalah dalam pilihan raya mereka akan menuding jari menuduh BN macam-macam.

Pada Ee mereka sengaja lupa bagaimana dalam PRU 12 mereka memenangi beberapa buah negeri dan sembilan pilihan raya kecil selepas PRU 12, pembangkang memenangi tujuh daripadanya. Ketika itu, BN tidak pula berkata apa-apa, sebaliknya menghormati keputusan rakyat dan berjanji akan berusaha mendapatkan kembali sokongan rakyat.

Pada Ee salah satu faktor kekalahan PR  dalam PRK dan PRU Sarawak dan mungkin dalam PRU 13 kelak adalah apabila mereka terperangkap dalam keghairahan Anwar Al Juburi yang merupakan kawan rapat beberapa tokoh Yahudi dengan menjadikan isu syarikat perunding antarabangsa Apco Worldwide (Apco) sebagai bahan kempen. Ke mana-mana sahaja Anwar pergi, dia pasti akan menjaja isu tersebut walaupun kerajaan sudah membuat penjelasan.Begitu juga dengan kesalah lakuan tingkah lakuAnwar yang berbelit2 dalam setiap isu mahkamah dan sebagainya.Begitu juga orang mula muak dengan tingkah laku pemimpin2 PAS yang sanggup mengadai agama dan bangsa asalkan mereka dapat berkuasa.

Pendapat Ee, pembangkang perlu bermuhasabah bahawa kekalahan mereka bukan disebabkan oleh BN, apatah lagi dengan tuduhan lapuk bahawa BN membeli pengundi. Kalaulah menjanjikan projek dianggap membeli undi bagaimana pula dengan tindakan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor pada pilihan raya umum lalu?..

Ee berpendapat bukankah ketika itu, PKR, DAP dan Pas menjanjikan bermacam-macam imbuhan dan hadiah jika mereka berjaya memerintah keempat-empat negeri tersebut sehinggakan pengundi terpedaya dengan janji-janji mereka. Tidakkah itu dianggap membeli undi?..Jangan tipu rakyat dan putar belit segala fakta..rakyat dah muak..

Kenapa apabila BN melakukannya dengan niat ikhlas membela nasib rakyat, ia dianggap membeli undi? Apakah kalau pembangkang buat dianggap 'halal'?.. Salahkah berjanji untuk melaksanakan pembangunan untuk rakyat?.. Kalau itupun tidak boleh dilakukan apa guna wujudnya kerajaan?.. Adakah hanya untuk berpolitik sahaja?..berfikirlah cara matang jangan ikutkan saja segala pembohongan pemimpin2 dajjal pembangkang yang kehausan kuasa terutama Anwar Al Juburi dan DAP laknatullah yang mempergunakan kebodohan para pemimpin PAS.

Pada Ee Pengakuan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bahawa parti itu "tidak mungkin menubuhkan negara Islam" adalah sebuah kejujuran yang menuntut ramai rakyat berfikir bahawa selama ini perjuangan adalah sia-sia. PAS yang menggunakan platform tersebut bagi meraih sokongan dan membuktikan kerelevanan perjuangannya sejak terpengaruh dengan Ikhwanul Muslimin dan revolusi Islam Iran sudah gagal. 

Pada Ee dari satu aspek, pengakuan jujur itu membawa kepada tafsiran sebenar PAS yang takutkan ugutan Karpal Singh dan suku sakatnya dalam DAP yang tidak mahukan Malaysia menjadi sebuah negara Islam. DAP terus mengidamkan Malaysia kekal sebagai sebuah negara sekular walaupun Tun Dr Mahathir telah membuat keputusan Malaysia adalah sebuah negara Islam beberapa tahun sebelum melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Idealisme PAS menjadi semakin kerdil apabila tidak lagi memperjuangkan pembentukan negara Islam tetapi kini memperjuangkan Negara berkebajikan yang ditiru secara bulat2 dari kerajaan UMNO dan kerana itulah wibawa parti itu terus dinilai paling banyak menggadaikan agama demi kepentingan politik, mencari laba dalam tempoh yang pendek tetapi kecundang secara total dalam jangka masa panjang.

Ee masih ingat bagaimana Nik Ajis juga pernah mengeluarkan kata-kata bahawa "boleh berkawan dengan syaitan" asalkan "syaitan itu comel dan kaya." Kata-kata itu sebenarnya merujuk kepada pelabelan yang pernah diberikan ke atas pemimpin UMNO kerana dalam satu pertemuan dengan Tun Dr Mahathir, Nik Ajis memperoleh apa yang dihajatnya, iaitu peruntukan tambahan bagi membiayai hutang dan perbelanjaan negeri.

Proses mengidealismakan pendirian sebuah negara Islam menjadi lebih lantang pada awal tahun 1980-an apabila Hadi Awang mula memasuki kelompok pemimpin muda PAS. Ketika itu, Haji Hadi mempamerkan kelantangan cakapnya dengan istilah "taghut" dan "fatwa jihad" kerana darah orang UMNO adalah "halal dibunuh" setelah parti yang bersemangat Melayu bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu.

Ee masih ingat semasa menjadi Menteri Besar Terengganu, Hadi Awang membuat pendedahan saat memasuki Wisma Darul Iman telah menemui banyak duit yang cuba disembunyikan oleh kerajaan terdahulu. Pembohongan tersebut akhirnya tidak menjadi kenyataan apabila tidak menemui di mana wang tersebut disimpan, sebaliknya beliau mengambil peluang menyaman kerajaan Persekutuan kerana menghentikan pemberian wang royalty minyak. Ia digantikan dengan wang ehsan dan tidak diurustadbirkan oleh kerajaan PAS.

Pada Ee Nik Aziz sudah menampakkan riak dan cuba menutup kejumudan pemikirannya walaupun mempunyai pengetahuan agama yang luas. Dengan memberikan label yang tidak baik kepada UMNO, Nik Aziz amat mengharapkan sokongan besar sehingga boleh menjulangkan kemenangan calonnya dalam perebutan status wakil rakyat. Hal yang sama telah lama dipraktikkan oleh Nik Aziz misalnya dalam kempen di Manek Urai beliau memberikan kata-kata bahawa "Menyokong UMNO membawa ke neraka" kerana "UMNO tidak memperjuangakan Islam." Kini, apakah yang akan dilabelkan oleh Nik Aziz apabila salah seorang pemimpinnya membuat pengakuan "PAS tidak mungkin membentuk sebuah negara Islam."

Ee berpendapat sebenarnya dari aspek pengurusan dan sejarah negara, pemimpin-pemimpin UMNO telah lama mempraktikkan sifat kesederhanaan dalam meletakkan Islam sebagai yang terbaik. Ramai rakyat yang berfikiran rasional mampu memikirkan dengan pengurusan kutipan zakat yang teratur, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah berjaya menguruskan ekonomi termasuk mempunyai Hospital Pusrawi dan memiliki Hotel Putra. Hospital Pusrawi telah mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan malah jumlah kutipan zakat oleh MAIWP telah mula melepasi sasaran RM 1 bilion pada tahun 2009.

Ee berpendapat bagi keperluan pendidikan, MAIWP bukan sahaja membangunkan sekolah-sekolah agama malah turut membiayai para pelajar miskin melalui penubuhan tabung pendidikan dan Institut Profesional Baitulmal. Setakat ini rakyat umum masih belum mendapat gambaran bagaimana kutipan zakat di negeri-negeri yang ditadbirkan oleh PAS telah berjaya memenuhi keperluan masyarakat Islam, bagaimana zakat telah membantu aktiviti muamalat. Apa yang dipaparkan ialah PAS berusaha membangun bersama Islam, tetapi kadar pengangguran kian membesar manakala gejala sosial semakin meningkat dan ada ketikanya berupaya melintasi negeri-negeri yang tidak ditadbir dan dibangunkan "bersama Islam."

Pada Ee apa yang dilakukan oleh UMNO dalam kontek Perpaduan yang direalisasikan oleh BN bukan permainan atau cakap-cakap politik sahaja sebaliknya ia adalah misi nasional yang akan tetap ditegakkan walaupun telah disempitkan oleh parti-parti pembangkang demi kepentingan mereka.

Sejajar dengan itu,Ee turut menggesa semua pihak mengimbas kembali sejarah perjuangan bangsa dalam mengembalikan kedaulatan negara dan mengusir penjajah.Pada Ee kemerdekaan tidak akan dapat dicapai sekiranya perpaduan tidak terjalin malahan dengan nikmat perpaduan tersebut telah memberikan pelbagai impak yang tidak dapat dinafikan sejak lebih 50 tahun yang lalu.

Ee berharap agar parti-parti pembangkang tidak berfikiran sempit dengan memandang negatif terhadap isu-isu nasional termasuklah hal-hal perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.Ee berfikir dan membuat rumusan dan bukannya "menjual burung terbang" sebagaimana dilakukan oleh golongan ulamak dalam PAS. Retorik dan penuh kepalsuan. Satu pengakuan jujur, meskipun pahit sepatutnya diterima oleh PAS sepenuhnya, kerana sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t setiap orang Islam bukan sahaja wajib jujur dengan dirinya, ia turut bertanggungjawab kepada orang yang dipimpin dan Allah s.w.t. Sesungguhnya, setiap anggota tidak lagi akan terkunci apabila tiba masanya diadili ketika di Padang Masyhar nanti.Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment