Sunday, August 14, 2011

PAS parti budak-budak Tadika..Sekejap kawan Sekejap Tidak...Memalukan..




Pada pendapat Ee strategi memulaukan media sebagai senjata dan ugutan adalah pemikiran orang zaman purba . Rasanya tiada lagi mana-mana kerajaan yang memerintah peringkat pusat, negeri atau wilayah di negara lain yang berbuat demikian. Kebebasan media dan hak bersuara seperti yang dijanjikan oleh DAP, PKR dan Pas dalam manifesto PRU, hanya gimik.

Ee tidak merasa terkejut dengan tindakan Mursyidul Am Pas itu kerana beliau sememangnya condong kepada DAP dalam percaturan politiknya.Apa yang Ee hairan mengapa karikatur itu yang disiarkan pada Rabu, 15 Jun dianggap menghina Islam. Sedangkan ia hanya menyindir pemimpin Pas kerana mengambil pendirian yang mengelirukan ekoran kes rakaman video seks ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.Pada Ee kerja pulau memulau ni memang dah kerja PAS sejak dari zaman sebelum merdeka sehingga kini,macamanalah orang nak sokong PAS jika mereka berperangai seperti budak2 tadika sekejap kawan sekajap tidak..Memalukan..

Pada pandangan Ee dalam hal ini PAS tidak perlu menutup kemaluan Presiden mereka dengan menganggap kartun tersebut menghina Islam. Kerana yang terhina sekarang pada pandangan Ee ialah ahli-ahli PAS yang kini sudah tidak boleh lagi bercakap berkenaan negara Islam kerana ia sudah 'dikuburkan' oleh Hadi Awang dan disokong pula oleh pemimpin PAS yang lain, sebelum sempat beliau melangkah 'mayat' Karpal Singh terlebih dahulu.
Pada Ee sepatutnya Nasarudin menghantar memorandum kepada Hj Hadi untuk mendesak perjuangan NEGARA ISLAM dijulang kembali tanpa perlu takut kepada DAP atau mereka perlu berani beramai-ramai keluar dari parti PAS!...

Ee merasa yakin bahawa ramai lagi umat Islam di negara ini, kenyataan Nik Aziz sendiri banyak menghina dan memalukan Islam. Buatlah kajian ilmiah, pasti mudah membuat rumusan. Jika disenaraikan cukup banyak. Antaranya menyokong kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, mendakwa tuhan boleh mencarut, menjanjikan syurga kepada sesiapa yang undi Pas, pernah menuduh orang UMNO kafir, wanita cantik tidak boleh keluar bekerja dan banyak lagi yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.Pada Ee itu belum lagi menyentuh tentang pendirian beliau yang menolak permuafakatan sesama parti Islam tetapi menjulang DAP yang menentang penubuhan negara Islam.

Pada Ee apa saja yang pemimpin PAS cakap adalah benar dan langsung tak boleh kita nak nafi.. Cakap pemimpin-pemimpin PAS adalah serupa dengan cakap alim ulamak.., walaupun dia orang tu berstatus ular dalam semak yang kerjanya nak patuk dan belit orang-orang yang mereka rasa boleh menjadi duri dalam daging kepada mereka.Inilah PAS yang melebihkan perjuangan gila kuasa dari takut kepada Allah.

Pada pendapat Ee dalam negara ni ada satu golongan manusia pelik yang perasan bahawa agama tu hanya mak bapak dia orang yang punya.. Kalau bercerita bab Islam, bab ulamak, bab syurga dan pahala... memang dah jadi hak ekslusif mereka..Mereka buat macam orang lain tak ada hak..
Dalam kumpulanmereka, hanya dia orang saja yang layak jadi ulamak.., pakai serban dan jubah.., hanya sokong mereka je yang dapat pahala dan hanya join parti mereka je yang boleh hindarkan dari masuk neraka..hehehe..geli ketiak Ee rasakan...

Ee rasakan inilah golong manusia yang perasan dan tak tau malu hasil dari beragamakan parti politik. Taksub mereka terhadap agama politik tu memang first class dik non ooii.. Punggung DAP Kafir laknatullah pun sanggup mereka cucikan kalau sokong parti mereka...hehehe..Jadi, dalam hal perasan mereka yang bertahap maksimum tu, apa saja yang kritikan yang dikaitkan dengan agama politik mereka, dikira setaraf dengan menghina Islam. Tak boleh cuit sikit langsung..apa nak jadi..

Pada pendapat Ee cuma PAS saja yang jadi jambatan ke syurga seperti mana yang "diwahyukan" kepada Nik Ajis..
Korang kena inga  PAS adalah satu-satunya parti yang diregisterkan untuk pegang copyright ulamak.. ustaz.. lebai..pak syeikh.. tok guru.. ahli kitab.. tok imam.. tok kadi dan tok mudim dalam negara ni.. Parti lain tak boleh… Harammmmm..
Pasal tu lah hina PAS bermakna Hina Islam.. Lawan cakap pemimpin PAS bermakna lawan cakap ulamak dan semua pengikut serta penyokong PAS tu adalah ahli syurga..hehehe..gila pangkat gak pemimpin PAS ni ye..

Orang tolak Islam dapat pahala apa? Kita doa, itu (juga) ibadat. Orang UMNO berdoa juga, doa dengan Allah, Allah mana hendak terima (doa, sebab) kamu tolak Islam."Kenyataan ini dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu wawancara dengan portal propembangkang, Malaysiakini pada 16 Disember 2009.

Pada pendapat Ee tidakkah kenyataan ini mampu menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam kerana UMNO dianggotai oleh orang Islam juga. Apakah doa orang Pas sahaja diterima oleh Allah SWT?.. Apa pula pandangan umat Islam apabila Nik Abdul Aziz berkata, "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana Perlembagaannya masih perlembagaan kafir.Ini dinyatakan oleh beliau ketika menyampaikan khutbah di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001..Siapakah Nik Abdul Aziz sehingga beliau boleh mengeluarkan kenyataan begitu?..

Ini belum lagi termasuk kenyataan pada 17 Ogos 2009 di mana Nik Abdul Aziz menyatakan, "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon PAS sebagai wakil rakyat mereka".Ee hanya memetik beberapa sahaja kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz yang boleh dianggap menghina, mengeliru dan mampu memecah-belahkan umat Islam.

Apa yang Ee nampak segala-galanya beliau keluarkan demi kepentingan politik PAS dan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.Di muktamar-muktamar Pas pun tidak ada seorang pun yang berani menegur keceluparan dan kecelaruan fikiran Nik Abdul Aziz yang dilihat banyak menjejaskan imej Islam PAS.

Ee ingin bertanya apakah kedudukan Nik Ajis sebagai mursyidul am seolah-olah menjadi tiket kepada beliau bebas daripada sebarang teguran atau kritikan daripada mana-mana kelompok yang ada kaitan dengan Pas?.Apakah Nik Ajis ni golongan ulama' yang diistiraf atau hanya Ular dalam Semak yang membuat kacau dalam negara dengan keangkuhannya sebagai seorang yang kononnya wara' sehingga pengikut bendul alias bangang memujanya seperti memuja Tok Pekong DAP yang tersergam di Tok Kong2 yang bagaikan cendawan tumbuh di negara tercinta ini ?..

Sedarkah Pas bahawa mereka telah menghina Islam.. sudah lama demi politik mereka sanggup melupakankan kesucian agama hendak dipertahankan, semua pihak harus jauhkan ia dari politik, kerana politik adalah perebutan untuk mendapatkan kuasa semata-mata, bukannya mencari kerahmatan Tuhan.

Pada pendapat Ee DAP tidak patut dipersalahkan kerana parti komunis ini sudah semestinya tidak mengerti apa-apa tentang Islam. Yang harus dipersalahkan ialah PAS yang berusaha menghina Islam.Pada Ee tidak cukup dengan mengugurkan perjuangan Islam dan kini mereka harus mendapat restu dari parti komunis DAP untuk menjalankan apa-apa program berkaitan Islam.Pada Ee hina sungguh Islam di mata PAS sehinggakan martabat DAP diletakan lebih tinggi dari Islam.Sepatutnya mereka merujuk Al Quran dan hadis untuk memastikan sama ada boleh atau tidak bersekongkol dengan musuh Islam bukan dengan merujuk DAP untuk menjalankan perintah ALLAH swt. Cukup hina Islam di mata Pemimpin2 PAS.

Pada Ee tidak mustahil suatu masa nanti Islam bakal dianggap agama yang tiada berkepentingan di Tanah Melayu ini bila mereka berkuasa kelak. Seperti mana PAS mengugurkan perjuangan Islam atas alasan TIADA KEPERLUAN untuk memperjuangkan Negara Islam. Begitu murah maruah Islam di mata mereka.PAS berusaha dan terus berusaha untuk memastikan Islam terus dihina dan dipermainakan. Agenda perjuangan PAS bukan kerana Islam tetapi kerana DAP.

Ee harap agar ada juga ahli PAS yang cerdik dapat fikir tentang perkara tersirat ini dan jangan malukan bangsa Melayu dengan menelan bulat-bulat pembohongan pemimpin PAS anda meski pun anda tidak berapa cerdik dari sudut IQ dan mudah tertipu..renung-renungkanlah..jangan sampai anda dicop hanya tahu geleng-geleng dan angguk-angguk dengan mengikut saja apa yang dikatakan oleh dajjal-dajjal pembangkang petualang agama dan bangsa..Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana dengan memberikan kamu akal fikiran..Nasihat Ee gunakanlah sebaik mungking untuk agama,bangsa dan negara jangan pula mengunakan untuk menipu,berbohong dan membuat fitnah untuk memecah-belahkan umat Muhammad dan jangan sampai dipersoalkan di akhirat kelak...fikirkanlah..

No comments:

Post a Comment