Thursday, August 4, 2011

Janji Syaitan sentiasa di benak hati Pemimpin2 PAS..


PENDEDAHAN oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah membuka mata rakyat negara ini tentang sikap dan hasrat sebenar pembangkang yang mencanangkan Politik Baru hanyalah semata-mata untuk kepentingan peribadi dan politik yang sempit.

Usaha pembangkang yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menawan Putrajaya dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sedikit masa lalu dengan menjadikan tarikh 16 September 2008 sebagai tarikh untuk menukar kerajaan BN dengan menggembar-gemburkan kononnya ada antara ahli Parlimen dari kerajaan BN akan melompat parti dan menyertai pakatan pembangkang ibarat 'angan-angan Mat Jenin'.

FirmanNya yang bererti :--

Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li'Imraan 3:77)

Lebih memeranjatkan rakyat, Presiden Pas dalam kenyataannya seperti dilaporkan oleh akhbar mengakui mengetahui dan menyokong pembentukan 'Kerajaan 16 September' yang diusahakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pas yang mendakwa sebuah parti Islam sanggup bersekongkol dan merestui tindakan yang tidak berhemah dan mengikut lunas-lunas demokrasi itu. Paling mendukacitakan, nama Yang di-Pertuan Agong serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digunakan dalam usaha memujuk wakil rakyat BN menyertai pakatan pembangkang.

Pada ketika itu, Ketua Umum PKR dengan yakin mengisytiharkan seramai 50 orang ahli Parlimen BN akan melompat parti dan menyatakan pakatan pembangkang sudah bersedia menerajui kerajaan. Hakikatnya, isu itu berlalu begitu sahaja tanpa menggugat sedikitpun hala tuju dan program-program kerajaan yang telah disusun atur untuk manfaat rakyat dan negara.

Dalam hal ini, tindakan ahli Parlimen BN yang tidak termakan dengan pujuk rayu dan hasutan pembangkang amatlah dipuji. Ini mencerminkan pendirian sebenar dan konsistensi mereka di dalam perjuangan.
Realiti terkini yang berlaku hari ini sebaliknya yang berlaku. Tidak ada ahli Parlimen dari BN yang keluar parti untuk menyertai pakatan pembangkang tetapi semakin ramai yang mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat Bebas datangnya dari pakatan pembangkang, malah dari PKR sendiri. Ibarat 'meludah ke langit, terpercik muka sendiri.'

Marilah kita renungkan kenyataan bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin yang menyebut bahawa Pas kini mengamalkan double standard. Memang mereka double standard.

"Dulu mereka kata UMNO tidak boleh bersama Gerakan, tetapi kini kenapa mereka boleh pula bersekutu dengan DAP. Di mana yang mereka kata hendak perjuangkan Islam itu? Sedangkan mereka asyik ikut cakap DAP. Tak berani langsung nak bersuara walau sedikit pun. Ketika gerai orang Melayu dirobohkan, di mana mereka?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan kepada 18 peniaga Taman Pelangi yang terjejas selepas gerai mereka dirobohkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), dalam kenyataannya baru-baru ini.

PAS kini dalam proses perubahan yang sangat ketara di mana "PUAK ERDOGAN PAS" mulai mengorak langkah untuk menguasai parti tersebut. Kerana ketaksuban politik dan kerakusan untuk berkuasa bersama PKR dan DAP.Pemimpin PAS yang bukan berteraskan pendidikan agama sudah main kotor untuk menyingkirkan kepimpinan ulama dalam parti tersebut.Semuanya di buktikan dalam pemilihan parti PAS baru-baru ini.

Pada pendapat Ee rakyat Malaysia patut menolak PAS yang berjuang semata kerana mengikut nafsu dan sanggup menjadi munafik dengan berbohong sana-sini.Jika dulu mereka menipu kononnya memperjuangakan negara Islam dan hudud.Kini parti PAS ini bukan lagi berlandaskan Al Quran dan sunnah tetapi lebih kepada tujahan nafsu yang begitu kemaruk untuk memerintah.Kepimpinan ulama sendiri dikatakan Konservativ,tidak mengikut perkembangan semasa,tidak bijak dalam menguruskan ekonomi dan tidak popular pada era ini.Kini yang tinggal dalam PAS hanya ular-ular dalam semak saja.

Hari ini , DAP sama juga seperti PAS telah menggunakan agama Kristian sebagai agenda politik mereka.
DAP kagum dengan kejayaan PAS yang berjaya memperalatkan agma Islam sebagai asas perjuangan mereka. Oleh itu Dap juga harus menggunakan kaedah yang sama.Jeff Ooi seorang wartawantelah berjaya menjadi ahli politik dan kini bergelar Yang Berhormat Dun Jelutong Pulau Pinang.Jeff telah diperalatkan oleh Ngeh dan Nga untuk menjemput 1700 pastor dari dalam dan luar negera untuk merealisikan agenda mereka agar menggunakan sentimen keagamaan untuk kepentingan politik DAP.
It is expected that 1,700 pastors would hold a special convention the whole day today in a hotel in Penang and there would be a special meeting at Khaw Sim Bee Road, Georgetown, tonight. Expected in the agenda is the flavour of pondering into having a Christian brother as the Prime Minister of Malaysia.Inilah kehendak PAS yang sanggup bersetongkol dengan musuh yang memusuhi kaum seagama dan memperlekehkan Islam selangsung dan tak langsung..memalukan,menjijikan dan meloyakan..Inilah Islam PAS seagama dimusuhi,dicaci,difitnah ini semua angkara kegilaan untuk kuasa sehingga sanggup mengadai maruah agama dan bangsa..

FirmanNya yang bererti:--

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

PAS tahu agenda DAP, sebab itulah pemimpin PAS bersikap membisu dalam isu ini. Begitu juga dalam isu kalimah Allah dalam penerbitan akhbar khatolik herald yang menjadi sangat panas satu masa dulu.
DAP juga sengaja memainkan isu Alkitab, pada hal bible dalam bahasa Melayu bukan lah perkara baru, Sejak tahun 70an lagi sudah dicetak bible dalam bahasa untuk kegunaan pelajar di sekolah mubaligh di Malaysia.  Kitab Injil juga sudah lama diguna pakai oleh orang Iban di Sarawak.
Malaysia mengiktiraf agama-agama lain, sebab itulah setiap kali perayaan Krismas, Good Friday, Tahun Baru Cina, Wasak Day, Taipusan dan Depavali kerajaan mengisytiharkan cuti umum.
Dalam agenda pembentukkan Persekutuan Tanah Melayu, semua bangsa yang menjadi rakyat Bristish bersetuju untuk terus tinggal dan menetap di negara ini dan mereka perlu faham adat istiadat orang Melayu dan faham agama Islam adalah agama resmi orang Melayu.
Agama lain boleh diamalkan tetapi  mereka dilarang atau cuba mengembangkan agama mereka kepada orang Melayu. Itu perjanjian yang dipersetujui oleh datok nenek kita dalam pembentukan negara dahulu. Sebab itulah UMNO, MCA dan MIC boleh bersatu dalam Perikatan dan sama-sama berusaha untuk menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Bagaimanapun  segala usaha murni 3 sahabat ini telah cuba dikhianati oleh Lee Kuan Yew yang bercita-cita untuk menguasai Malaysia paksaan.Kini cita-cita PAP sudah hampir menampakkan kejayaan bila DAP berjaya menguasai Pulau Pinang, Perak, Selangor dan menambah kerusi dalam PRN Sarawak bulan lepas.
Cuma halangan DAP ialah mereka menampakkan diri mereka parti perkauman Chauvinis Cina dan imej ini perlu dihapuskan.  Inilah usaha yang dilakukan oleh DAP.

DAP sebenarnya ialah berfahaman sosialis dan agama bukan keutamaan bagi mereka. Sama seperti PAS yang tidak menjaga dan mempertahan agama Islam mengikut landasan yang betul.PAS akan menghalalkan apa sahaja walaupun ia bertentangan dengan hukum Islam asalkan ia menguntungkan parti mereka.
Selain menjerat dengan isu agama Kristian, DAP juga berjaya dengan isu 999 tahun pajakan tanah. Oleh itu jika rakyat mahu 999 tahun perlukan menyokong DAP dalam Pru 13 agar pajakan tanah bukan lagi 99 tahun tetapi 999 tahun.
Begitu juga untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian, kekuatan Melayu perlu dilemahkan, raja-raja Melayu perlu diusir seperti apa yang berlaku di negara pulau tersebut.

Renungkanlah firmanNya yang bererti:--

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (A-li'Imraan 3:118)

Janji2 manis pemuka-pemuka syaitan pengkianat bangsa dan negara lebih manis dari madu namun ianya racun yang akan sentiasa bersarang di dada rakyat Malaysia jika ianya berlaku.Janji syaitan sentiasa di benak hati pemimpin-pemimpin PAS dalam pakatan untuk meruntuhkan agama,bangsa dan negara asalkan mereka dapat kuasa.Marilah kita bersama-sama berjuang mempertahankan agama,bangsa dan negara dari petualang-petualang negara. Marilah kita bersatu demi mempertahankan maruah agama,bangsa dan negara dari tangan-tangan kotor pehak pembangkang yang cuba untuk menghancurkan keharmonian dan kemakmuran yang sedia ada.Bersatulah!


No comments:

Post a Comment