Tuesday, August 2, 2011

Siapa Nik Aziz serta lebai2 kangkung dalam PAS.Apakah Ulama' atau Penyambung lidah Para Nabi atau Penipu Agama untuk Kuasa?..


Bila parti politik PAS dah dianggap setaraf dengan Islam, jadi pemimpin-pemimpin PAS tu dah dia orang angkat martabatnya setaraf dengan para Nabi serta auliya.. Itulah yang jadikan dorang taksub kepada pemimpin tersebut..Nasihat Ee jangan jadi macam kebanyakan pengikut dan penyokong PAS..Mereka cari agama di dalam parti politik.. Hasilnya, mereka dapat ilmu politik dan jadikan politik tu sebagai agama baru mereka.

Sekarang ini,apa yang Ee nampak kebanyakan ahli serta penyokong PAS terlampau taksub kepada Nik Aziz.. Apa saja yang orang tua ni buat semuanya betul dan langsung tak boleh disanggah..Kononnya Nik Aziz itu adalah Ulamak pewaris Nabi.. Kononnya Nik Aziz tu adalah Tok Guru yang mursyid..Tapi, orang yang anggap Nik Aziz sebagai ulama' tu tahu ke maksud sebenar ulama'? Dia orang tahu ke apa ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang ulama' tu?..

Apa yang Ee ketahui,Yang dikatakan ulama' itu untuk mendidik masyarakat mestilah orang yang beramal. Dia mestilah ulama yang bukan ahli dunia.Dan dia mestilah ulama yang tidak berpihak ke mana-mana kecuali Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias. Barulah nasihat dan tunjuk ajarnya tegas, setentang dan selari dengan syariat.Ciri-ciri orang macam ini barulah boleh jadi contoh. Ulamak macam ni lah yang menjadi pelita kepada masyarakat.

Pada pandangan Ee yang dangkal ini ahli politik tu adalah ahli dunia.. Mana boleh nak samakan ahli politik sekarang ni macam Nabi Muhammad SAW dulu... Kalau setakat serban dan jubah saja macam baginda, tu tak cukup dik,kak,bang,Pakcik,makcik ooi kalau segala amalan dan perbuatan tak ikut sunnah...

Itu realiti tentang siapa Nik Aziz serta lebai-lebai kangkung dalam PAS.. Bagi Ee senang aja.. Tak akan jumpa kalau nak cari agama didalam parti politik.. Kalau niat untuk masuk politik bagi mencari syurga macam Bob Lokman.., maka Ee yakin mereka akan sesat jalan..Pada pendapat Ee belajarlah agama dengan guru-guru yang memang arif serta tahu pasal agama yang sebenar.., bukannya belajar dengan ahli politik yang main wayang cina dengan bertopeng serban atau jubah.. Dia orang tu nak cari undi pilihanraya dan untuk besar perut mereka sekeluarga je... Percayalahh....

Pada Ee mari kita cungkil isu anak Hindu bernama K. Subramaniam yang merupakan ahli PKR membaca terjemahan bagi ayat 190 dan 191 Surah Ali Imran dan kemudian meminda serta mengubah isi terjemahannya tidak berapa lama dulu.. Isu ini mula mendapat tempat untuk ulasan mahupun terbuka untuk dikecam mahupun ada sebilangan kecil yang menyokong.

Sahibus Samaah Tuan Mufti Selangor dan Sahibus Samaah Tuan Mufti Kelantan telah pun mengulas yang ternyata tidak begitu berpihak kepada para penyokong anak Hindu tersebut selain Nik Abdul Aziz yang membenarkannya. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bagaimanapun enggan memberi sebarang komen tentang isu ini.Kenapa dan mengapa ?..

Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi Al Azhari di dalam Bahrul Mazi, Syarh bagi Mukhtasar Sahih At-Tarmizi berkata, ramai orang yang mempermudahkan tentang tafsir al Quran. Bahkan ramai yang mengambil sikap ambil mudah sekalipun bukan ahli ilmu, sehinggakan ada orang yang tidak berguru atau tidak fasih tentang nahwu kecuali hanya tahu sedikit tentang terjemahan dan maknanya, sudah berani mengeluarkan maksud ayat-ayat al Quran sebagaimana yang terlintas dalam hatinya. Bahkan ramai yang mengambil maksud ayat dari mana tempat yang dia boleh nukil tanpa mengetahui kehendak usul asalnya.

Maka, sesiapa yang tidak tahu akan 'rukun-rukun' yang demikian, bagaimana mereka boleh mengharung dalam menafsirkan al Quran?.. Bagaimana tergamaknya mereka yang berkopiah lebai dan berjanggut kambing boleh membenarkan bukan Islam bercakap tentang al Quran di khalayak Islam yang seharusnya menjaga kesucian dan kemurnian Al Quran.

Pada Ee Yang peliknya kenapa mereka yang bukan beragama Islam ini tidak menggunakan ayat-ayat dalam kitab masing-masing ketika memberi cerama sebagai contoh..tetapi gunakan Al-Quran.Hakikatnya mereka menolak Islam kerana tidak beriman kepada Allah..Insaflah dengan tipu daya dajjal-dajjal pembangkang yang mengunakan Islam sebagai pentas untuk mendapatkan sokongan..Ingatlah mereka syaitan yang bertopengkan manusia yang cuba menyesatkan tanpa disedari..

Masakan hanya dengan alasan berpolitik, maka dibenarkan ceramah seperti itu dengan mengunakan dan memperlekehkan kesucian agama Islam sewenang-wenangnya?..Kenapa dan mengapa Puak2 PAS menyokong mereka yang memperlekehkan Islam tanpa kita semua sedari ?..apakah kerana mereka teman dalam selimut?..Jawablah di akhirat kelak?..

Pada Ee memang benar bukan Islam dibenarkan membaca al Quran dan terjemahannya tetapi orang berkenaan tidak dibenarkan sama sekali untuk mengwar-warkannya apatah lagi cuba mengajar dengan ayat-ayat al Quran yang hanya difahami pada maknanya. Walhal adakalanya makna pada ayat Quran berkenaan tidak tepat dan hanya dijadikan sebagai panduan mereka tidak faham dan tidak akan faham sama sekali selagi mereka belum Islam.

Pada pandangan mata kasar Ee nampak sangatlah bodohnya puak-puak PAS yang tidak pandai mempertahan kesucian ayat alquran dan setuju dipergunakan oleh oleh puak bukan islam yang bersekongkol dengan mereka.Memalukan.. Cubalah berfikir secara baik..Allah mengurniakan kita akal fikiran untuk berbuat kebaikan bukan untuk memporak perandakan sesama Islam dengan membuat fitanah,propaganda.pembohongan dan sebagainya...Renungankanlah...

No comments:

Post a Comment