Tuesday, August 16, 2011

Mungkin.. Pada pendapat Ee orang-orang PAS ni sudah tidak percaya kepada Qada dan Qadar Allah SWT..Bertaubatlah..




Apa yang Ee nampak Pas kini semakin kelam kabut. Agenda Pas untuk membina negara Islam tidak lagi kedengaran. Tidak ada pun pemimpin PAS kini berani atau lantang bersuara membangunkan negara Islam. Ia seolah-olah tidak timbul langsung. Kenapa PAS tidak boleh perjuangkan negara Islam dalam pakatan pembangkang?. Apakah pihak UMNO...Ee bukan nak sokong UMNO, tetapi Pas seolah-olah meletakkan UMNO lebih kafir daripada DAP.

Pada pendapat Ee pendirian dan perjuangan asas Pas kini telah diketepikan.Ee percaya jika Allahyarham Ustaz Fadzil Noor masih hidup, beliau akan menangis melihat perjuangan Pas kini. Ini pembohongan terhadap seluruh umat Islam terutama rakyat yang menyokong PAS. Isu utama PAS kini bukan lagi berkenaan hal ehwal Islam tetapi agenda mereka ialah untuk meletakkan Anwar sebagai PM.

Pada pendapat Ee yang lebih teruk bila Presiden PAS yang berserban tebal sendiri memberitahu satu dunia bahawa parti yang dipimpinnya tidak lagi mahu memperjuangkan negara Islam kerana "rupanya negara Islam tidak ada dalam Quran".. walaupun beliau jugalah orang mengeluarkan amanat di Kg Banggol Pradong memaki UMNO kerana tidak mahukan perlaksaan hudud kononnya. Sehingga berlaku peristiwa cerai berai, solat dua imam, keluarga berpecah gara-gara amanat beliau.. kemuncaknya terbunuhnya Ustadz Ibrahim Libya pada 19.11.1985 dalam peristiwa Memali kerana antara lain memperjuangkan negara Islam.

Penyebaran fitnah sangat mudah berleluasa di zaman ini dengan adanya kemudahan telekomunikasi seperti, televisyen, telefon bimbit, komputer berinternet, dan lain-lain. Fitnah boleh menyebabkan perpecahan di dalam sesuatu masyarakat dan boleh menjurumuskan individu yang mulia ke lembah penghinaan dan begitulah sebaliknya cuba menaikkan taraf orang yang jahil.

Islam mempunyai kaedah yang sangat ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak mempunyai unsur fitnah. Wajib bagi Muslim yang beriman menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah kontroversi berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran penerima amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan penyebar berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud:

"Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Nasihat Ee kepada pembangkang, jangan terlalu kotor dalam berpolitik kerana tindakan itu akan hanya merosakkan negara. Anda sebagai seorang ahli politik perlu bertanggungjawab dengan setiap kenyataan yang dikeluarkan, jangan menipu rakyat supaya percaya kepada sesuatu perkara yang tidak benar atau tidak akan wujud seperti 16 September.Pada pendapat Ee jikalau pemimpin itu kaki pembohong, dan anda sokong pemimpin yang pembohong, maka PKR, PAS dan DAP juga membohongi rakyat.

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan....terutamanya orang yang dihormati masyarakat. Pada masa sama, perbuatan itu bertujuan untuk menonjolkan diri penyebar fitnah seolah-olah  penyebar fitnah itu sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang difitnah itu. 

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah menjadi muflis di akhirat nanti. MAKA SIA-SIALAH SEGALA AMAL IBADAT SEMBAHYANG, PUASA, BERZAKAT, dan lain-lain.

Ee ingin bawakan pembohongan Presiden pepatung PKR Wan Azizah membuat kenyataan beliau tidak saperti Datin Sri Rosmah Mansor. Ini berkaitan dengan tohmahan konon Datin Sri Rosmah Mansor membeli cincin berlian bernilai RM24 juta. Sedangkan penjelasan telahpun diberi dengan detail membuktikan pembohongan tersebut (untuk detail sila layari laman www.apanama2020.blogspot.com). Namun Wan Azizah masih mahu terus mempergunakan pembohongan tersebut.

Pada pendapat Ee sedangkan Wan Azizah sendiri sehingga kini masih belum mengemukakan jam Omega yang ditemui bersama China-Doll, walaupun Wan Azizah beriya-iya mendakwa jam Omega itu ada dalam simpanan beliau. Apalah susah sangat nak tunjuk jam Omega itu, jika benar ada pada beliau. Hakikatnya tidak ada, kerana semasa Johari Abdul menyaksikan videoklip tersebut bersama Datuk Eskay, jam Omega itu telah ditunjukkan kepada beliau. Dan Johari Abdul hanya mampu ketawa sahaja, walaupun nada ketawanya tidak macam Almarhum Tan Sri P.Ramlee.hehehe...

Pada Ee itu belum lagi kita kisahkan cerita kelentong putar-belit pimpinan bia dap DAP saperti Karpal Singh, yang pada 22.10.1997 didalam Dewan Rakyat menuduh Anwar Ibrahim sebagai kaki homoseks & liwat, tau-tau sekarang menjadi loyer Anwar dalam kes liwat!?.. Yang mendesak Anwar bertaubat setelah pembohongan 16 September terbongkar, tau-tau sekarang mengangkat Anwar menjadi anak guamnya!..hehehe..macam2 cara orang nak sangat berkuasa..

Bagi Ee, dalam wadah berpolitik ini, kita perlu mempunyai sempadan. Jangan langkah sempadan itu. Jangan bawa isu-isu yang boleh merosakkan negara seperti perkara yang boleh dianggap hasutan, mencaci kaum lain, berkaitan agama dan sebagainya.

Pada Ee virus pembohongan dan putar-belit ini sudah sampai keperingkat sakaratul dikalangan pembangkang sekarang. Seluruh dunia terkejut bagaimana virus ini sudah melanda parti yang mengaku Islam.. PAS. Pembohongan Mat Sabu, Timbalan Presiden yang baru dinobatkan kaum Anwarinas, bahawa beliau dirempuh oleh landrover polis pada 09.07.2011 lepas terbongkar bila dengan izin ALLAH, rupanya ada kamera cctv sedang merakam insiden beliau jatuh motor sendiri.

Pada Ee Anwar Ibrahim ialah manusia luar biasa, sebab dia ada satu aura yang boleh mempengaruhi orang. Begitu juga dengan Adolf Hitler, Idi Amin, Benito Mussolini dan Kamal Attarturk. Kesemua pemimpin ini mempunyai kebolehan berpidato yang baik. Bagi pemimpin seperti ini, mereka sebenarnya tidak begitu memikirkan tentang rakyat di bawah. Inilah jenis pemimpin-pemimpin diktator.

Oh ya, bila cakap pasal pembohongan dan putar-belit ini, siapa boleh lupa pembohongan 16 Sept. Satu dunia kena bohong dengan manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan. Rupanya pembohongan ini sudah menjadi darah daging dan sebati dengan kaum Anwarinas ini. Dan yang paling malang, pembohongan dan putar-belit mereka ini sudah tidak ada batasan dan sempadan.. sehingga dibulan Ramadhan yang mulia penuh keberkatan ini pun mereka teruskan juga aktiviti pembohongan ini.

Apa yang semua orang ingatkan bila dah bertaraf Mursyidul Am, terjagalah lidahnya daripada berbohong atau paling tidak pun atas nama orang politik, meminimakan pembohongan yang sudah menjadi darah daging. Rupa-rupanya serban sahaja besar, lidah dan hati tidak pernah kemas seperti ikatan serbannya. Kalau ada ruang untuk berbohong, itulah yang akan dilakukan oleh Nik Ajis.

Rasulullah bersabda selanjutnya :

 "Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya." (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Ee kadang kala merasa kesian dengan Mursyidul Am PAS yang seorang ini.. lidahnya bukanlah untuk membela kebenaran tetapi sangat tebal dengan sifat ASSOBIYYAH... itu pasallah dia bersusah payah mengeluarkan pelbagai fatwa yang terbaru tentang halalnya demonstrasi dan sesiapa yang mengata Anwar Al Juburi tidak akan masuk surga, tentang tafsiran ASSOBIYYAH yang sama sekali bertentangan dengan apa yang telah diterangkan oleh Nabi s.a.w seolah-olah Nik Ajis ingin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w itu seorang yang bodoh dan dia lebih layak sebagai Nabi!!.. Sedangkan Allah TuhanNya pun dikatakan mencarut dan samsing..Pada Ee susah nak dikatakan dengan manusia nyanyuk seperti Nik Ajis ni..

Pada Ee kalau Mursyidul Am PAS seorang yang benar-benar beriman, pastinya dia sedang melihat Af’al Allah Taala dengan penuh keinsafan, bukannya makin mengarut dan makin menyesatkan dengan mengeluarkan kata2 yang membuatkan budak-budak tadika ketawa berguling-guling..

Pada Ee PAS sebenarnya berbohong dalam perjuangan negara Islam yang digagaskan sejak sekian lama.. Sekarang boleh pula  tangguh sekejap sebab berkawan dengan DAP. Sebab itu Ee kata Pas ini pembohong. Tetapi apa boleh buat orang Pas memang suka dibohong..

Di sini Ee ingin mengajar bagaimana menilai ciri-ciri orang pembohong bukannya apa hanya sekadar berkongsi pengetahuan agar diri kita tidak selalu kena bohong..hehehe :--

1. Menyentuh wajah

Hal yang paling umum saat seseorang berbohong adalah dengan menyentuh wajah mereka. Terutama dua bagian yaitu mata dan hidung.Saat seseorang berbicara dengan menggosok-gosok matanya. Percayalah dia ingin menghindari kontak mata dengan anda. Dan 100% yakinlah bahwa dia sedang berbohong. Kecuali jika memang ruangan penuh debu, boleh jadi mata orang itu memang kemasukan debu.

2. Perubahan suara dan Menjawab terlalu berhati-hati takut terbongkar segala pembohongannya.

Ciri-ciri pembohong bisa di dengar dari nada bicaranya, jika sedang meninggi, artinya sebuah dusta sedang diceritakan.Selain itu lihat juga suaranya yang tegang dan jeda antara  kalimat berlangsung lama. Itu sudah pasti deh pembohong.Hal-hal diatas selain karena tegang mereka juga mengulur-ngulur waktu untuk menyusun jawaban yang rasional. Sehigga selalu menjawab pertanyaan dengan berhati-hati.

3.Menggaru-garu sana sini biasanya kepala yang tidak gatal.

Cara paling senang mengesani kebohongan adalah melalui gerakan tangan. Kebanyakan pembohong tidak banyak menggerakkan tangan saat mereka melakukan aksinya. Tapi ada satu yang sering mereka lakukan yaitumenggaru. Biasanya lima kali saling susul mereka menggaru-garu tubuhnya.

4. Gerakan kaki

Perhatikanlah! saat seseorang yang sedang berdiri, lihatlah saat kaki mereka mulaii menghentak ke tanah. Sudah pasti mereka sedang menjadi pembohong.Dan juga Saat pembohong sedang duduk, maka kemungkinan besar dia akan mengayun-ayunkan kaki mereka.

5. Senyum Terpaksa.

Andaikata teman anda menyeringai maka itu adalah senyum palsu dan menunjukkan sebuah kebohongan. Karena senyum yang sebenarnya saat sebuah senyum merebak ke seluruh wajah dan mengerjipkan mata.
Biasanya hal-hal diatas digunakan oleh mencuba wawancara kerja apakah pelamar pekerjaan sedang berbohong ataukah sedang jujur. Atau anda dapat menggunakannya untuk membongkar cara menipuan para ahli politik.
Sebuah kebohongan memang dapat menghancurkan kepercayaan,agama,bangsa,negara,hubungan kekeluargaan, hubungan sahabat bahkan dalam perhubungan yang berkaitan dengan cinta. 

Pada pendapat Ee Nik Ajis ni ulama' songsang, sesat yang merapu meraban dan bukannya ulamak tulin. Ulama' tulin tidak sombong pada ilmu dan tak malu utk menerima teguran. Ulama'2 dari kalangan sahabat nabi juga berani untuk kata 'Saya tidak tahu' tentang hukum2 yg tidak mereka ketahui dan menyarankan supaya berjumpa dengan org yang lebih alim. 

Pada Ee Nik Ajis sombong, syok sendiri dan cakap berbelit dalam perkara agama serta tak mahu mengaku kesilapannya.
Kalau dah ada MOU dgn syaitan, tentu perangai pun macam syaitan. Sah2 syaitan itu musuh yg nyata bagi manusia. Begitulah juga dengan mengatakan Allah TuhanNya mencarut dan samsing.Cepat2lah taubat sebulum mati.

Suatu ketika Rasulullah saw melewati dua kuburan, lalu beliau bersabda :--

"Sesungguhnya keduanya saat ini sedang disiksa,dan keduanya tidak disiksa karena melakukan dosa besar.Adapun salah seorang dari keduanya , dulunya berjalan (kesana kemari) menghambur fitnah. Sedangkan yang satunya tidak bersih selesai kencing." (HR Bukhori dan muslim).

Sekali lagi Ee katakan bahawa pembangkang banyak menuntut dari Tuan Guru Nik Ajis bagaimana nak menjadi pembohong dan memfitnah dalam menghasut rakyat.Terbaru dalam kes Mismah yang berumur 47 tahun dituduh sebagai salah seorang daripada 1597 individu yang diberikan status warganegara yang tak mengikut prosedur betul. Bukan saja portal pembangkang, malah keseluruhan media Pakatan telah menyebarkan fitnah tersebut.

Sekarang ini Mismah telah tampil bagi mengemukakan kewarganegaraan beliau SAH dan membuktikan Pakatan hanya tahu buat fitnah sahaja demi politik kotor mereka. Terima Kasih kepada Akhbar Sinar Harian yang berjaya menemui Mismah dan membuat laporan ekslusif mengenai hal ini.Hehehe..ini bukannya dari fakta Utusan tau.. Akhbar Sinar Harian
takkan itu pun dikata meloyakan..hehehe...

Pada Ee kemunculan Mismah tepat pada masanya sekaligus menutup mulut puak-puak pembangkang yang sebelum ini menuduh wanita ini berjaya mendapatkan MyKad dalam tempoh hanya 4 jam. Malah mereka juga mendakwa Mismah secara automatik menjadi pegundi berdaftar.

Ternyatalah semua cerita ni jauh sangat bezanya dari apa yang Mismah ceritakan. Dan memang benarlah selama ni Pakatan mengamalkan prinsip "matlamat menghalalkan cara".. Mereka sanggup berbohong kepada rakyat Malaysia hanya kerana kepentingan peribadi pemimpin atasan mereka...Insaflah kembalilah ke pangkal jalan jangan asyik nak menipu dan pembohong je..cukup-cukuplah..terimalah kenyataan..semakin kononnya solat hajad dibuat untuk mencari kebenaran oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong bangang alias bendul PAS semakin banyak yang Allah SWT tunjukan segala petunjukNya..itu pun pehak PAS kata segala petunjuk nyata dan benar itu tipu belaka..Mungkin pada pendapat Ee orang-orang PAS ni sudah tidak percaya kepada Qada dan Qadar Allah SWT..Bertaubatlah..

Maka penyebar fitnah diberi gelar oleh Rasulullah saw dengan seburuk-buruk manusia.Beliau bersabda :--

"Inginkah kalian aku beritahukan mansia terburuk diantara kalian?" Para sahabat menjawab:Ya. Beliau saw bersebda,"Yaitu orang-orang yang ke sana ke mari menyebar fitnah,yang memecah belah di antara orang yang saling mencintai dan meniupkan aib kepada orang-orang yang tidak berdosa/bersalah". (HR Ahmad).

Ee ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira apa agama dan kaum, marilah kita bersatu menolak kaum pembohong ini. Mari kita sapu-bersih mereka yang mengamal politik pembohongan dan putar-belit ini. Diatas runtuhnya pembohongan mereka, kita dirikan negara merdeka, bersatulah semua rakyat Malaysia, pertahankan negara daulatkan hak kita pada PRU 13 kelak..

No comments:

Post a Comment