Monday, August 15, 2011

Pembohongnya Nik Ajis 10 Tahun dulu..Kini anak2 didiknya pula jadi kaki Goreng..Hehehehe..Munafiknya Tok Guru PAS..





Ee nak bawa cerita bagaimana Pemimpin-pemimpin PAS hanya pandai menabur janji tapi hanya bohong belaka.Mereka mudah berjanji tapi menunaikannya tidak sama sekali.Ee teringat pepatah lama "Jika lembu dipegang pada talinya..Jika manusia dipegang pada janjinya".Hehehe..agak2nyalah jika pemimpin PAS berjanji apa kata kita tarik je janggut sejemputnya suruh mereka berpegang pada janji..jangan asyik nak menipu je..bukankah itu munafik namanya..orang munafik tidak boleh jadi pemimpin..Pemimpin harus jadi contoh..takkan pemimpin penipu,pembohong kita nak lantik jadi pemimpin..hehehe..alamat dilelongnya agama,bangsa dan negara..

KUALA LUMPUR 22 Okt. -Sebelum ini, heboh satu dunia, Pas akan calonkan Orang Asli sebagai calon parti mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas.
Bagaimanapun, setelah harapan menggunung diletakkan pada masyarakat Orang Asli , akhirnya Pas tidak menunaikan janji. Seperti biasa Pas hanya berlakon, bersandiwara. Pas mengolok-olokkan Orang Asli.
Calon Pas bukan Orang Asli tetapi calon yang sudah dua kali ditolak pengundi Gua Musang. Calon kitar semula ini kalah kepada Tengku Razaleigh Hamzah pada pilihanraya untuk kerusi parlimen Gua Musang.
Beliau ialah pemangku Yang Dipertua Pas Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad, calon yang ditolak oleh pengundi Gua Musang!
Dr Zulkefli, 44, memiliki sebuah klinik di Ciku, Gua Musang, merupakan anak bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Guchil, Mohamed Awang pada tahun 1974 dan merupakan anak ketujuh daripada 10 beradik.
Beliau bertanding sebanyak dua kali pada Pilihan Raya Umum Ke-11 dan 12 bagi kerusi Parlimen Gua Musang tetapi tewas kepada Tengku Razaleigh Hamzah.
Dr. Zulkifli tinggal di Kuala Krai bagaimanapun berulang alik ke kliniknya di Ciku, di sini .
Beliau kalah kepada Tengku Razaleigh Hamzah ketika bertanding merebut kerusi Parlimen Gua Musang dalam pilihan raya umum 2008, dengan majoriti 4,394 undi.

Cuba kita renungkan yang ni pula..hehehe..

KOTA BAHARU, 16 April – UMNO Kelantan hari ini membidas kerajaan negeri itu kerana menutup pintu rundingan dengan 415 peniaga Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) dan Arked UDA.
Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan negeri pimpinan Pas itu tidak bertimbang rasa kerana enggan memberipeluang kepada peniaga berunding dengan mereka bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Kita kesal pintu rundingan ini dikatakan sudah tertutup. Ini soal janji yang  mereka buat (semasa pilihan raya umum lepas) dan saya mohon kerajaan negeri menangguhkan perpindahan peniaga ini sehingga ada jalan penyelesaian, "katanya di sini.
Beliau yang ditemui selepas melawat peniaga terbabit di Pasar Lama MPKB mengulas mengenai isu perpindahan peniaga ke Bazar Tok Guru yang berlanjutan apabila kesemua mereka enggan berpindah sekalipun notis mengosongkan premis sekarang tamat 31 Mei ini.
Mustapa berkata peniaga berkenaan membantah kerana premis baru di Bazar Tok Guru lebih sempit selain dikenakan bayaran yang mahal, tidak seperti yang dijanjikan Pas pada pilihan raya umum lepas.
Mengulas tawaran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya peniaga terbabit berniaga di Terminal Makanan Negara (Teman) di Tunjong di sini, Mustapa berkata perkara itu terserah kepada peniaga terbabit.
Ini bukan soal tawaran tetapi ini soal janji kerajaan Pas Kelantan kepada peniaga itu yang menjadi perhatian," katanya.

Ee nampak semakin jelas bahawa sebahagian besar rakyat dan orang Melayu masih sayangkan UMNO. Kita sudah nampak gelombang sokongan yang semakin menaik. Usaha-usaha konkrit yang dijalankan BN dan UMNO sudah menampakkan hasil positif.

Parti-parti pembangkang pula tidak sebulu, selalu bergaduh macam anjing dengan kucing, seperti yang berlaku di Selangor, Sarawak dan Kedah. Ketua Pembangkang pula terbabit dalam pelbagai kes moral yang tidak berkesudahan sehingga para pemimpinnya berkelahi sesama sendiri dan pengikut menjadi bosan dan semakin ramai yang menyertai UMNO.

Pada Ee tumbangnya kerajaan BN Kedah tiga tahun lalu adalah satu pengalaman cukup pahit. Kesannya memudaratkan, khususnya terhadap rakyat jelata. Banyak keputusan yang dibuat kerajaan negeri di bawah Pas tidak menguntungkan orang ramai. Pengumuman kenaikan tarif air 25 hingga 44 peratus (%) benar-benar memeritkan rakyat yang kebanyakannya masih berpendapatan rendah. Protes dibuat oleh penyokong Pas sendiri di depan pejabat Menteri Besar baru-baru ini.Tulah dulu bukan main janji bila nak berkuasa..bila dah berkuasa semuanya tipu belaka..

Pada pandangan Ee rakyat dapat melihat dengan jelas bagaimana kerajaan Pas gagal menangani masalah banjir, bekalan air, agihan perumahan dan kes dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) berhubung tunggakan bayaran. Menteri Besar bersikap angkuh dan mengugut UUM, yang mana ramai dalam kalangan pelajarnya adalah anak-anak Kedah sendiri. Kalau beginilah cara seorang Menteri Besar mentadbir dan sikap yang ditunjukkan, tidak hairanlah rakyat memprotes.

Pada Ee antara sebab Ahli Pas memprotes kerana kerajaan Pas di bawah Datuk Seri Azizan Abdul Razak gagal menunaikan janji pilihan raya, termasuk melaksanakan hukum hudud di Kedah walaupun sudah masuk tiga tahun. Protes lagi besar dibuat baru-baru ini oleh pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah, sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan negeri, yang tidak berpuas hati dengan layanan dan kegagalan kerajaan negeri menyediakan kemudahan asas di institusi itu.

Azizan memberi alasan, perkara itu tidak boleh dilaksanakan secara drastik atau terburu-buru.Alasannya kena tunggu Kelantan buat dulu, lepas itu tengok bagaimana hudud diterima pakai dan apakah implikasi pelaksanaannya di Kelantan. Lepas itu baru boleh pertimbang sama ada hendak laksanakan hudud di Kedah atau tidak. Dia juga memberi alasan Kelantan dan Kedah adalah dua negeri berbeza. Baru-baru ini, dia buat kenyataan bahawa hudud bukan keutamaan di Kedah. Kononnya basmi rasuah dan penyelewengan adalah lebih utama.Hehehe..alasan untuk kelentong penyokong yang bebal alias bangang..tapi yang hairannya penyokongnya tetap angguk je..otak dah dibekukan dengan segala fatwa yang songsang agaknya...

Hehehe..Pada  Ee mudah cerita, berbelit lagi berbohong. Apa lagi kredibiliti yang ada pada seorang Menteri Besar sekiranya didesak penyokong sendiri untuk meletakkan jawatan kerana bercakap bohong dan berjanji palsu selain gagal memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah seperti mana slogan yang dilaung-laungkan "Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua"?..

Apa nak jadi... hendak laksanakan peraturan tutup premis hiburan di bulan Ramadan pun kena sergah oleh DAP. Maknanya, Menteri Besar gagal mempertahankan keputusannya sendiri, tak boleh guna kuasa yang ada. DAP yang tidak ada wakil dalam kerajaan negeri nampaknya lebih berkuasa.Pada Ee ini jelas menunjukan yang PAS ni hanya boneka DAP Laknatullah je..berkuasa hanya pada nama keputusan tetap DAP yang tentukan..hehehe..apa nak dikatakan rakyat dah kena tipu dik lakunan berketayap,berserban,berkopiah dan janggut sejemput Ular dalam semak..

PAS sudah memerintah Kelantan selama 21 tahun, bukan satu jangka masa yang singkat tu....  Bayi yang lahir pada tahun Nik Aziz angkat sumpah buat pertama kali sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1990, kini sudah berusia 21 tahun, dan masih menatap wajah Nik Aziz sebagai Menteri Besar...Cuba kita lihat pula penipuan yang ini..hehehe..

KOTA BHARU 10 Ogos – Kerajaan Negeri Kelantan merancang membina lebuh raya empat lorong sepanjang 63 kilometer antara Kota Bharu ke Kuala Krai yang bakal menyaksikan penduduk negeri ini membayar tol buat pertama kali selepas lebih 20 tahun pemerintahan PAS di sini. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (foto) berkata, pembinaan lebuh raya itu dijangka menelan belanja RM1.9 bilion termasuk kos pengambilan tanah. Husam mendakwa, permohonan mereka sebelum ini untuk pembangunannya di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) tidak mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan, justeru kerajaan negeri mengambil keputusan membangunkannya sendiri sebagai jalan negeri secara penswastaan. "Kerajaan negeri mengambil keputusan memulakan sendiri pembangunan lebuh raya ini tanpa menunggu lagi Kerajaan Persekutuan kerana mungkin Kerajaan Persekutuan tidak melihatnya sebagai keutamaan mereka. "Tujuan kita ambil inisiatif ini untuk membantu anak Kelantan terutama yang pulang berhari raya mengelak kesesakan yang teruk, kalau ada jalan terus dari Kuala Krai ke Kota Bharu, kita jangka masa perjalanan hanya akan mengambil masa antara 30 hingga 40 minit sahaja. "Memang ada pihak swasta yang sudah datang sebelum ini dan membuat beberapa cadangan tetapi kita perlu melalui beberapa proses dan penilaian terlebih dahulu," katanya selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini. "

Ee nak merujuk kepada kenyataan Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan tidak beberapa lama yang lepas mengenai cadangan pembinaan lebuhraya bertol 4 lorong menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Kerai sejauh 63km, agak sedikit mengelirukan.  Keliru kenapa?...Kata Husam, lebuhraya tersebut akan dibina oleh pihak swasta melalui konsep penswastaan (tiru kerajaan BN) setelah kerajaan pusat tidak meluluskan peruntukkan untuk membina lebuhraya tersebut yang dijangka bernilai RM 1.9 billion.

Disini yang Ee keliru tu.. sebab Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS beria-ia nak hapuskan tol di seluruh Malaysia kalau berjaya memerintah kerajaan persekutuan besok.  Janji ini dinyatakan secara jelas dalam buku Jingga yang dikeluarkan mereka.Tapi PAS pulak nak membina lebuhraya bertol?  Macam mana sekejap kata nak hapuskan tol di seluruh negara tapi buat lebuhraya baru di Kelantan, kena tol?.  Ini bukan Ee sorang saja yang keliru, rakyat jelata turut keliru sama. Betul tak?..hehehe..Jadi.., apa cerita sekarang?.  PAS bina lebuhraya dengan kerjasama pihak swasta, boleh kutip tol, kerajaan BN tak boleh?  Itu hal yang pertama, apa hal pulak dengan janji nak menghapuskan tol dalam buku Jingga tu?..

Pada pendapat Ee Pemimpin pemimpin hamPAS ni semakin hari semakin bebal,kalut dan semakin keliru fikiran mereka ni. Ini menunjuk kan mereka ni cuma tau nak kritik tapi tak tau bagi idea baru lagi kresatif. Ada idea pun cuma idea ciplak UMNO/BN saja..heheheh..Kalau dah Nik Ajis Mungkir janji..bukankah dia ni Mursidul Am PAS dan juga Tok Guru kepada pemimpin2 dan penyokong bagang alias dungu..apa tah lagi anak muribnya pun kaki gorenglah..hehehe..tak caya mari tengok ni..

KOTA BHARU -"Jika Mahathir letak jawatan hari ini, esok saya juga akan letak jawatan." Itu merupakan ungkapan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau beria-ia mendesak Mahathir letak jawatan tetapi selepas hampir 10 tahun Mahathir berhenti Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan masih kekal di sini.

Hehehehe..tak ke tu munafik namanya..buat malu kaum je seorang guru dah jadi pembohong besar...Pada Ee inilah dia manusia yang paling munafik antara yang munafik..

Apakah itu bukan satu janji? Jika janji apakah hukumnya jika  dimungkiri?. Hari ini, Nik Ajis yang sering uzur dan lanjut usia mengumumkan untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.Pada pandangan Ee yang dangkal ini daripada bertanding lebih baik,  Nik Ajis berehat di rumah kerana sekarang dia tidak mampu untuk  duduk lama dalam mesyuarat dan tidak mampu untuk berjalan jauh. Bagaimana seorang ketua  membuat keputusan jika dia. sendiri tidak mampu untuk meninjau projek dan hadir dalam mesyuarat. Penyudahnya dia akan ditipu oleh orang harapan sendiri kerana tidak tahu hujung pangkal.

Ee bawakan contoh paling mudah bagaimana menantunya, Abdul Ariffahmi yang juga bekas CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menipu dalam projek Bazar Tok Guru sehingga Kerajaan Pas Kelantan mengalami kerugian RM50 juta. Itu wang rakyat, wang sebanyak itu boleh dibina 1,250  buah rumah untuk golongan miskin tegar (50 juta ÷ 40000).Inilah akibatnya jika tubuh badan tidak sihat dan tidak mampu untuk mentadbir negeri.

Pada Ee inilah akibat Pembohongnya Nik Ajis 10 Tahun dulu..Kini anak2 didiknya pula jadi kaki Goreng..Hehehehe.. Munafiknya Tok Guru PAS..Ingat kembali kata-kata dahulu, kalau ia satu janji, apakah tidak takut diri tergolong dalam golongan munafik.Cukuplah dan bertaubatlah..

Pada Ee satu demi satu topeng dan nanah PAS yang busuk mula mengalir keluar terbuka hijab demi hijab sejak sembahyang hajat MEGA kat stadium melawati untuk minta Allah tunjuk kebenaran.Pada Ee orang gila pun geleng kepala tengok tahap celaru identiti oleh pas sekarang...dahlah buang negara islam dan hudud bukan keutamaan, patuh dan ta'at membuta tuli pada DAP Laknatullah , tutup sebelah mata cerita 12 Melayu kat gereja di DUMC dan kini nak mansuhkan bacaan Quran sebelum azan subuh…apa lagi nak digadai untuk dapat undi cina PRU13 agaknya..

No comments:

Post a Comment