Tuesday, November 29, 2011

Pada Ee sebenarnya Pemimpin PAS "Bancuh Racun..Bukan Kopi.." Kepada umat Islam Negara ini semata Kerakusan untuk Berkuasa..


Ee gelihati melihat tingkah laku pehak pembangkang yang begitu beria-ria memerah otak membuat dosa-dosa kering apabila Rosmah (Isteri PM) dijadikan bahan cerita oleh para penglipurlara pembangkang di ceramah-ceramah mereka. Blog dan laman web pro-pembangkang menjadi penulis skrip asal bagi cerita-cerita Rosmah sebelum ditokok-tambah oleh para penceramah dan disebarkan ke akar umbi. Namun, jika cerita tersebut didapati tidak benar, pembangkang akan berpura-pura tidak tahu dan langsung tidak mahu mendengar penjelasan dari pihak Rosmah sendiri.Apabila Syaitan di jadikan sahabat alamat segala bisikannya menjadi pedoman.Syaitan besar yang tertenggek di pundak pemimpin2 PAS hanya memberikan racun berbisa pada rakyat negara ini yang teraba-raba mencari akhirat.Apa yang diterima oleh pencari2 akhirat hanya santapan racun yang menjadikan hati mereka hitam berkarat dan dimata mahupun hati mereka penuh kebencian dan dendam yang membara..itulah kehendak syaitan Iblis yang bersumpah untuk menyesatkan manusia seperti yang terdapat dalam Al Quran.

 Ee ingin terangkan bahawa inilah kebodohan pehak pembangkang ketandusan idea, contohnya, isu cincin RM74 juta yang dikatakan milik Rosmah padahal ianya dibawa masuk untuk tujuan pameran oleh syarikat Jacob & Co juga masih lagi berkumandang walaupun syarikat berkenaan telah membuat penjelasan dan media Indonesia yang terikut-ikut jejak pembangkang telah memohon maaf secara rasmi.Begitu juga baru-baru ini, setelah cerita kononnya anak perempuan Rosmah membelanjakan RM193,944 di David Jones di Perth terkantoi kerana anaknya sebenarnya langsung tidak turut serta dalam kunjungan ke sana, timbul pula cerita Rosmah beli mutiara berharga RM387,888.Inilah kedangkalan pemimpin pembangkang dalam menjalankan misi memfitnah dengan menggunakan para penyokongnya yang kadang kala bodoh2 alang mengikut apa saja kata pemimpin tanpa usul periksa dan mempastikan ketulinan sesuatu khabar angin.Bila sesuatu perkara itu tidak benar dan ternyata fitnah sia-sia saja segala ibadat selama ini..yang dapat hanya dosa2 kering yang tidak terampun jika empunya diri tidak mengampunkanya sehingga keliang kubur.Dosa memfitnah itu lebih buruk dari dosa membunuh.Islam mengajar kita agar saling menyayangi antara satu sama yang lain dan mendoakan perkara yang baik2 hatta kepada musuh sekalipun namun Nik Ajis mengajar sebaliknya dengan mendoakan agar umat sesama Islam ditimpakan bala.Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Sebaliknya pehak pembangsang yang semakin parah diturun bala oleh Allah SWT.. Dari satu masalah kesatu masalah Allah bukakan hijabNya kepada hamba2Nya agar sedar betapa Pekongnya akal2 parasif yang membawa kemusnahan kepada Agama dan Bangsa di Persingkapkan Hijabnya.. Insaflah..

 Ee tidak merasa hairan dengan segala fitnah pehak pembangkang.. begitu juga apa nak dihairankan dengan fitnah mengenai pembelian, pemborosan dan sebagainya jika dibandingkan dengan fitnah membunuh waimah hadir ketika pembunuhan berlaku dalam kes pembunuhan Altantuya. Langsung pembangkang tidak merasa kesal jauh sekali malu apabila penulis skrip asal fitnah tersebut iaitu pemfitnah tersohor pembangkang, Raja Petra Kamaruddin sendiri mengaku telah mereka-reka sahaja cerita itu berdasarkan dengar cakap. Sedangkan pada ketika yang sama, Rosmah sedang menghadiri Majlis Berbuka Puasa dengan anak-anak yatim.Pada Ee jika Allah nak beri petunjuk bila2 saja..InsyaAllah jika sesiapa yang terinaya akan mendapat kebenarannya.Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana.Ee dapat rasakan bahawa para blogger pembangkang sebenarnya mempunyai sakit mental kerana suka sangat membuat fitnah dan membuat cerita2 sensasi tapi semuanya auta.Pada Ee sebenarnya pemimpin PAS "Bancuh Racun.. bukannya Kopi.." kepada umat Islam negara ini semata kerakusan untuk berkuasa segala-gala yang haram dihalalkan asalkan dapat undi..

Ee ingin nyatakan bahawa semua rakyat negara ini tahu dan faham bahawa UMNO adalah sebuah parti islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label islam dalam membela dan merancang pembangunan umat islam dan negara ini. UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan FELDA,DEB serta memberi bimbingan dan bantuan kepada anak bangsa untuk menaik taraf kehidupan yang lebih baik.Begitu juga baru2 ini PM melaksanakan sekolah percuma mulai tahun 2012.Hanya HamPAS2 saja yang suka membelitkan fakta rakyat dihasut dengan pelbagai cara,Islam dijadikan kuda semata untuk memancing undi.Dalam islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat islam dengan membuka tanah rancangan FELDA dan pelbagai program membenteras kemiskinan dan adakah ini bukan tuntutan islam?.Begitu juga kerajaan mengujudkan pelbagai bidang kerja dengan membawa masuk pelabur itu semua dilakukan agar rakyat negara ini mendapat keuntungan dengan kemasukan pelabur..Tapi sebaliknya PAS sentiasa undur kebelakang dengan menyebarkan pelbagai fitnah dan Propaganda..Apa yang PAS tahu hanya mengumpat dan memfitnah sehingga Allah Tuhannya pun dikatakan mencarut dan samsing..Inikah ajaran Islam yang hendak diketengahkan oleh HamPAS2 kepada jenerasi akan datang?..alamat penuhlah Islam,bangsa dan negara..

Pada Ee Kerajaan Barisan Nasional ( BN ), pimpinan UMNO membangunkan negara ini bagi melahirkan umat islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju dan kini negara telah mendapat pengistirafan merupakan salah satu negara Islam terbaik dunia.Terlalu banyak sumbangan UMNO dalam memertabatkan Islam di pentas dunia sejak mula merdeka sehingga kini.UMNO dalam menaikan martabat Islam dan Bangsa dengan begitu berhemah mendidik masyarakat dengan pelbagai program berunsur keIslaman samada secara langsung atau tidaknya.Namun segala usaha UMNO ini hanya menjadi bahan cemuhan pembangkang terutama PAS yang sentiasa dengki dengan UMNO sejak dari sebelum merdeka kerana mereka begitu inginkan sangat kuasa maka mereka menganggap bahawa mereka saja yang Islam UMNO bukan Islam sebab berkerjasama dengan MCA dan MIC.Kenapa pula hubungan mereka dengan DAP dihalalkan sedangkan hubungan UMNO dengan MCA dan MIC mereka katakan haram?..Inilah kelebihan PAS dalam memutar belitkan fakta dengan mengunakan akal licik memperkudakan Islam..mereka sanggup memutar belitkan segala-galanya asalkan dapat keuntungan.

Pada Ee rakyat, khususnya masyarakat Melayu seharusnya sudah sedar bagaimana selama ini PAS hanya menggunakan perkataan Islam itu untuk kepentingan politik pemimpin-pemimpin PAS semata-mata, sedangkan PAS sudah jauh lari daripada landasan untuk menegakkan Islam apabila sudah memegang kuasa dan jawatan.Lihat sahajalah bagaimana kepimpinan PAS memperkotak-katikan agama Islam semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat, kerajaan pimpinan PAS sanggup berbuat apa sahaja.Kalau dulu, suara perempuan dikatakan aurat sehingga kaum wanita tidak boleh menyertai Tilawah Al Quran, tapi la ni,Wanita kini boleh berceramah,menjadi calun dan bergaul dengan lelaki yang bukan muhrim seperti yang terjadi dalam Bersih 2.0 dan konsert  kumpulan Wali Band di Kota Baharu yang lepas. Kalau dulu konsert-konsert hiburan seperti itu amat dilarang oleh tok guru Nik Ajis, HARAM konon,katanya menggalakkan maksiat kerana berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan.Begitu juga Ahli Parlimen wanita DAP pun boleh beri tazkirah dalam Masjid, boleh anjur senamrobik, terkinja-kinja dengan berpakaian sendat diperkarangan Masjid.Pada Ee inilah dasar perjuangan menegakkan Islam kepimpinan PAS sekarang, hukum hakam agama, fatwa yang dikeluarkan hanya mengikut selera tok guru untuk mendapat keuntungan politik sahaja, kalau tidak, masakan rasuah boleh ditaklikkan sebagai hadiah !..Sedarlah wahai rakyat sekelian..PAS itu hanya sebuah parti politik..

Ee ingin menegaskan bahawa menjalankan dakwah dalam Islam sangat dituntut dan adalah menjadi kewajiban kepada umat Islam untuk melakukan dengan pelbagai cara dan kaedah.Namun Islam menggalakan dengan cara yang berhemah dan penuh kesederhanaan. Bagaimana orang lain nak ikut dan mencontohi penganut-penganut Islam jika mereka sendiri tidak menghormati apa yang didakwahkannya.Mereka HamPAS berkata bahawa Islam melarang penganutnya bercakap kasar,memaki,menghamun,memfitnah, mengherdik,mencarut dan mencaci tetapi lihat saja cara HamPAS penuh dengan apa yang mereka dakwahkan..Hampir setiap ceramahnya para pemimpin mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan ini tentunya amat menakutkan kepada mereka yang ingin menghampiri dan mencari kebenaran..Lihatlah saja jika mereka berkumpul ketika PRK mahupun PRU menjerit-jerit,terpekik terlolong dengan memakai sarban dan berjubah bertindak liar seolah beruk Mat Nyai tidak dapat mengawan..begitu juga mereka sanggup mengaibkan Islam dengan berjubah, berserban dan bertasbih berbaring di tengah2 jalan menghalang lalu lintas,mengunakan kanak2 sebagai benteng dan sebagainya..Islam tidak mengajar ini semua.. hanya pemimpin-pemimpin PAS yang mengajarnya kepada penyokong2 bendul alis bangangnya..Ee ingin mengulanginya lagi bahawa Pemimpin2 PAS "Bancuh Racun..bukan kopi.." kepada umat Islam negara ini dalam mencapai matlamat mereka..Mereka sanggup membunuh kesucian Islam dan jiwa bangsanya dengan menjadikan Islam modal politik semata kerana kerakusan untuk berkuasa.."PAS penuh Kemunafikan.." Renung-renungkanlah..

Monday, November 28, 2011

Tok-Tok Guru PAS Mandi Junub dulu baru Berjunub..Segalanya penuh Tipu Muslihat penuh Kemunafikan..




Bila sebut saja pasal Hudud semua penyokong Bendul alias Baghal HamPAS dibenak mereka menyalahkan UMNO kononnya menolak Hudud.Ee rasa hampir separuh penyokong PAS sudah di penuhi uban di kepala akibat terperap berkapang dibawah serban sebesar tempayan menunggu sekian lama Hudud dipusingkan setiap kali menjelang pilihanraya tapi melaksanakannya jauh sekali.Pada mereka inilah senjata ampuh menghentam UMNO terutama dengan menyalahkan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir.Seorang sahabat bekas orang kuat PAS berkata kepada Ee "kalau nak kirakan PAS ni mainkan isu Hudud sejakdari Bulu Bawah belum lagi tumbuh.. lah ni.. dah berkeriting meremang menjela dan dah ada uban pun tapi tak jugak dibuatnya..dok asyik nyalahkan orang lain..teman rasalah depa ni kalau kat Indonesia dah lama kena kerat 18 belas macam Mona Pendi..".Ee tersenyum saja..angkat bahu..nak komen..tak komen.. semuanya serba salah..Lah ni mereka "Tok Dalang Wayang Kulit PAS pusing ligat lagi macam Gasing Uri..teman rasalah kalau langit dan bumi ni boleh bercakaplah pasti depa kata Bosan!..Bosan!..Bosan!..Ee tak berani nak komen sebab kawan Ee tu mula naik angin..hehehe..

 Ee tersenyum bila teringat kata-kata Samsing DAP Karpal Singh yang berkerusi roda (Sebab sekarang OKU.. lepas kena lempang dik seorang Pahlawan Melayu kerana biadap terhadap Sultan Selangor satu masa dulu) nama pahlawan tu rasanya tidak perlu disebut sebab telah menjadi aruah (Al Fatihah).Karpal sekali lagi menegaskan penolakan penubuhan Negara Islam dan Hudud.Karpal Singh berkata beliau yakin pemimpin PAS yang progresif dan liberal bersedia mewujudkan negara sekular demi pembentukan kerajaan Pakatan di peringkat persekutuan.Dulu Nik Ajis kata PAS telah dapat mentarbiyah DAP untuk kenal Islam.."Cakap Kosong.." sebijik macama Bulatan Kosong di bendera PAS.Nak harapkan Anwar Al Juburi membantu PAS sokong Hudud alamat terbalik dunia..Hehehe..takut kena rejam tak pun kena sula bila Hudud dilaksanakan kelak..Depan orang Melayu bukan main lagi Nuar cakap berapi-api macam naga Cina..Bila depan Puak Cina..Anwar mendendangkan "Hujan oh hujan Si Katak Lompat" di hadapan masyarakat Cina bahawa sebenarnya Hukum Hudud langsung tidak ada dalam dasar parti pun. Malah selama ini Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan hal hukum hudud pun seperti yang dicanangkan oleh pemimpin hipokrit PAS. Pakatan Rakyat tidak ada hati pun dengan Hukum Hudud.Ternyata kini rakyat Malaysia terutamanya umat Islam ditipu hidup-hidup oleh pengkhianat agama yang bertopengkan serban sebesar tempayan demi mempertahankan undi orang Melayu kepada parti DAP...Mual rasa nak muntah..hehehe...

 Pada Ee tidak nampak kerjasama yang utuh dalam pembangkang berkenaan dengan pelaksanaan hudud-yang pasti antara dalam Pakatan Rakyat mereka terus tidak menghalalkan perbuatan masing-masing. Secara moralnya, pelaksanaan hukum hudud yang dicanang oleh Pas terus ditentang oleh sekufunya.Jom tolak pembangkang dalam PRU 13 kelak demi kelangsungan politik Melayu..Mari kita semua bersatu dalam 1 Malaysia demi Agama,Bangsa dan Negara.


GEORGE TOWN: DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum Hudud walaupun Parti Pembangkang mendapat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti, kata pengerusi parti Karpal Singh.

Katanya pelaksanaan Hudud akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan dan sokongan terhadap pakatan pembangkang memandangkan bukan semua rakyat bersetuju dengan hukum berkenaan.

"DAP tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pindaan dalam Perlembagaan untuk enakmen hukum Hudud termasuk apa yang diusulkan oleh PAS di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Terengganu pada 1993," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi dalam negara dan perlu selaras dan konsisten di semua negeri.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan semalam bahawa hukum Hudud itu akan dilaksanakan di negara ini sekiranya pakatan pembangkang menang PRU ke-13 nanti.

Karpal berkata PAS perlu menerima pakai resolusi yang diluluskan, iaitu membentuk sebuah negara berkebajikan dan bukannya kembali ke cadangan asal untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara Islam. -BERNAMA

 Inilah politik PAS, politik matlamat menghalalkan cara. Yang penting bagi PAS bukan prinsip perjuangan tetapi cara yang boleh memberikan mereka keuntungan.Pada PAS apalah sangat Hudud dan Negara Islam kalau di bandingkan kenikmatan dalam mendapatkan dakapan rakan ranjangnya DAP.Pada Ee siapakah yang ingin PAS tipu?.. Golongan yang kurang berpelajaran?.. Golongan berpendidikan tinggi?.. Golongan bukan Islam?.. Allah swt?.. Atau diri sendiri?..Jika Pas memegang kuasa, adakah Pas akan membenarkan lebih banyak kegiatan keagamaan seperti membenarkan penjualan Injil Bahasa Malaysia dan pembinaan gereja-gereja dan rumah ibadat Kristian?..Pemimpin PAS mempertahankan Injil dalam Bahasa Malaysia dibenarkan selagi setiap sentiviti dihormati.Begitu juga di tempat Pas memerintah, tidak ada sebarang sekatan terhadap aktiviti keagamaan. Malah, kuil-kuil telah bertambah dengan banyak dan tanah perkuburan dan kemudahan-kemudahan telah dibina tanpa sebarang halangan.Pada Ee apa mahunya PAS???..Islam dan Bangsa sanggup mereka gadaikan kerana kemaruk sangat nak berkuas..

 Ee sebenarnya risau tengok keadaan hari ini. Tak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Tapi Ee lebih risau lagi melihat tok-tok guru PAS yang menjadi sumber rujukan para pengikut taksub alis bendul ini juga sudah turut terjebak mengotorkan tangan dalam kancah fitnah yang melata.Ee ingin ingatkan kepada semua rakyat Islam negara ini mana ada manusia yang bersuci terlebih dahulu sebelum buang air besar. Mana ada manusia yang mandi junub dulu baru berjunub.Mana boleh buat keputusan dulu, baru mohon petunjuk dari Allah. Ini perbuatan Songsang dan menipu Allah itulah yang dilakukan dik tok-tok guru PAS.Diterangkan di dalam beberapa hadis bahawa, pada akhir-akhir zaman akan lahir dajal, penipu dan pendusta yang memperdengarkan kepada kamu hadis-hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya. Maka awasilah agar mereka jangan menyesatkan kamu dan melempari kamu ke dalam kancah fitnah dan kerosakan.Renung-renungkanlah...

Saturday, November 26, 2011

Pada Ee Politik biarlah Politik..Maruah Agama dan Bangsa wAJIB diPertahan sehingga Ketitisan Darah yang terakhir..


PAS sebagai parti yang kononnya berlandaskan Firman dan Hukum Allah s.w.t. dan sunnah Rasululllah S.A.W., amat jelas bahawa perjuangan PAS merupakan hanya untuk meraih sokongan politik, termasuk undi Bukan Islam dan Bukan Melayu. Kemampuan memperkukuhkan kuasa mejadikan cara menghalakan matlamat.

 Bagi PAS, keghairahan "Membangun bersama Islam" hanyalah setakat slogan semata semata kerana parti politik ini nyata gagal melaksanakan apa apa kebaikan dan kemajuan bagi umat Islam dan proses meningkatkan syiar dan syariah Islam, walaupun sudah berkuasa dalam 2 negeri iaitu Kelantan sejak 20 tahun yang lepas dan Kedah pada PRU 12 yang lalu. Perkembangan ini  wajar menjadi pertimbangan bagi semua umat Islam agar tidak lagi dipengaruhi emosi dan idealism berasaskan janji  yang sebenarnya tidak praktikal untuk dilaksanakan dalam kepelbagaian dunia moden hari ini.Sedang Kelantan negeri yang telah mereka kuasai sekian lama tidak dapat ditakbir dengan baik dan kebajikan yang dijanjikan kepada rakyatnya hanya sekadar menanam tebu di tepi bibir saja.Sedangkan masalah Air Bersih keperluan harian rakyat pun tidak dapat dilaksanakan sejak sekian lamanya.Pada Ee orang2 PAs hanya tahu mencari kesalahan pemimpin UMNO saja sedangkan perkara yang kecil pun tidak dapat diselesaikan dengan sempurna.Mereka hanya tahu berceramah 24 jam sedangkan amanah yang diberi rakyat tidak dilaksanakan dengan jujur.

 Dalam soal mengata bahawa pemimpin UMNO tidak bermoral dan pelbagai tuduhan tidak berasas, ini saja yang menjadi kelebihan pemimpin PAS.Sedangkan mereka sendiri terkapai-kapai mencari fatwa bagi menghalalkan apa yang pemimpin mereka buat untuk menutup aib sendiri depan "Penyokong Taksub Lurus Bendul" yang menjadi kebanggaan parti PAS.Jika sebelum ini mereka kata ADUN UMNO yang tak bermoral, masuk politik sebab nak kumpul harta, minum arak, kaki perempuan..Tetapi bila kena batang hidung sendiri, rupa-rupanya PAS tidak cukup ilmu dalam nak membimbing wakil rakyat sendiri kepada kehidupan telus, jujur dan berpolitik ikut cara Islam.

 Pada Ee pendedahan oleh The Malaysian Insider yang mendedahkan ADUN Melor ada kemungkinan memiliki harta lebih RM3 Juta. Isteri kedua yang dinikahi dulu diceraikan kemudian membuat tuntutan mutaah terhadapnya. Rujuk bekas isteri DUN Melor tuntut RM3 Juta.Dalam pengakuan bekas isterinya yang berketurunan kemboja itu bagitau yang ADUN Melor ini memiliki banyak harta termasuk tanah, projek-projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya.. Hanya dokumen saja tak ditunjukkan.

 Pada Ee tidak mengapalah, kalau ada puak PAS yang nak bela ADUN Melor ni terpulanglah. Cuma Ee harap kalau ADUN Melor ini menafikan sementara isteri mualafnya berkata benar, kita tahulah apa sifat-sifat pemimpin PAS sekarang. Bukankah orang-orang PAS selalu berkata benar terutama ketika buat takzirah politik menjelang pilihanraya..

 KOTA BARU, 29 Sept — Bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yakin wakil rakyat tersebut mempunyai harta berjumlah lebih RM3 juta.

Siti Aishah Chou Abdullah, 26, wanita berketurunan Cina Kemboja memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baru semalam bahawa keyakinannya itu berdasarkan apa yang pernah diceritakan oleh Wan Ismail sepanjang mereka hidup sebagai suami isteri.

"Defendan (Wan Ismail) memberitahu beliau memiliki banyak harta termasuk tanah, projek-projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya, namun dia tidak tunjukkan sebarang dokumen berkaitan kepada saya," katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Dia menyatakan demikian pada perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yang dikemukakan ke atas bekas suaminya itu. Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Abdullah Man.

Bagaimanapun ketika menjawab soalan peguam syarie defendan, Mohd. Raziman Yaakub, Siti Aishah mengaku dia tidak mempunyai dokumen untuk membuktikan dakwaan pemilikan harta termasuk simpanan saham amanah dalam Public Mutual Berhad.

"Saya tidak pernah ditunjukkan sebarang dokumen berkaitan tetapi saya percaya dengan ceritanya kerana memberitahu hal yang sama lebih daripada sekali.

"Defendan juga pernah memaklumkan kepada saya, kebanyakan harta yang dimilikinya bukan atas namanya kerana beliau seorang wakil rakyat," katanya.

Plaintif juga memaklumkan bekas suaminya itu tidak pernah menawarkan sebarang sagu hati selepas dia mengemukakan tuntutan mutaah.

Keterangan plaintif mengenai pemilikan harta oleh bekas suaminya bagaimanapun menimbulkan persoalan kepada Abdullah sehingga bertanyakan kesahihan dakwaan yang dibuatnya.

Peguam syarie mewakili Aishah, Mohd. Sabri Ismail memberi jaminan bahawa anak guamnya akan mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan aset defendan pada perbicaraan akan datang.

Abdullah menetapkan perbicaraan bersambung pada 8 dan 9 Mac tahun hadapan.

Siti Aishah, 25, yang berketurunan Cina Kemboja dan Wan Ismail, 55, berkahwin pada 1 November 2004 dan disahkan bercerai pada 18 November 2008.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Wan Ahmad Firdaus, 5, dan Wan Nor Salwa, 4.

Berdasarkan tuntutan yang difailkan pada 4 Januari lalu, Siti Aishah dari Wakaf Mek Zainab di sini menuntut defendan membayar RM3 juta sebagai pampasan perceraian mereka mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002.

Pada pilihan raya umum 2008, Wan Ismail mengalahkan penyandang kerusi DUN Melor, Azmi Ishak (BN) dengan majoriti 1,616

undi setelah beliau memperoleh 8,390 undi.

DUN Melor terletak bawah kerusi parlimen Ketereh yang mempunyai dua lagi kerusi DUN, Kadok dan Kok Lanas.

The Malaysian Insider.

 Ee sebenarnya tidak faham mengapa PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam sanggup menjadi Munafik dalam banyak hal.Apa yang mereka perjuangkan selama ini sebenarnya hanya Retorik semata.Mereka sanggup menghalalkan apa saja dan menolak mentah-mentah apa yang ada dalam Al Quran dan Hadis dengan membelitkannya dengan mengunakan Kain Serban yang dililit diatas kepala.Inilah kelebihan PAS yang tidak dapat dinafikan..mereka sanggup melakukan apa saja asalkan dapat untung.

 Pada Ee PAS dilihat semakin melonggarkan ikatan mereka dengan Islam selepas membuang perjuangan asal untuk menubuhkan sebuah negara Islam.Isu Kerajaan Pas Kelantan bersedia untuk menambah lesen perniagaan dan premis minuman arak di negeri Kelantan membuktikan bahawa PAS sanggup mengikut telunjuk rakan sekongkolnya DAP.

Sehingga artikel ini ditulis, Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengeluarkan lebih 20 lesen premis menjual arak di sekitar bandar dan ini tidak termasuk yang diluluskan oleh 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di jajahan lain.Pada Ee selama lebih 20 tahun memerintah di mana semangat Membangun Bersama Islam,"Kosong Sekosong Bendera PAs, yang ada lebih ramai anak muda tidak menutup aurat,Pelacuran,Semakin ramai yang buang anak dan bunuh anak di Kelantan, naik motosikal lelaki dan perempuan ke hulu ke hilir memalukan rakyat negeri Serambi Mekah.

 Pada Ee bukan kecil-kecil anak pengorbanan yang sudah dibuat PAS, sampaikan cita-cita untuk melaksanakan hudud dan membina negara Islam pun PAS sanggup humbankan dalam longkang demi DAP.Apa saja yang digertak dik Karpal mereka diamkan macam "Ular Sawa Melengkar Kekenyangan Lepas Baham Babi Sekor" tunggu masa saja untuk dipukul dengan buluh dik Tauke-Tauke Cina DAP.Pada mereka HamPAS2 rela dipijak kepala dik Tauke2 Cina DAP dari bersama UMNO dalam memperjuangkan Agama dan Bangsa..Apa yang ada dalam kepala otak mereka hanya kuasa..Agama hanya topeng dan Bangsa pergi mampuslah..Yang penting kuasa..

 Menurut Karpal Singh DAP tidak akan mengetepikan prinsip-prinsip perjuangannya,dan menurutnya, parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi, menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.Semua kata-kata ini dikeluarkan sewaktu Karpal mengamuk sakan bila mendapat tahu bahawa PAS berhasrat menutup pusat hiburan sewaktu bulan ramadan yang lepas di Kedah.Begitu juga sewaktu Nik Ajis nak laksanakan Hudud di Kelantan.

 Pada Ee sahlah bahawa PAS selama ini telah berbohong dan menjadi Munafik apabila mengatakan kononnya DAP semakin faham tentang Islam setelah menerima tarbiyah dan dakwah dari mereka.Pada pendapat Ee Pemimpin-pemimpin PAS sanggup berbohong kepada penyokong-penyokongnya sendiri agar mereka dapat menerima kerjasama yang dijalinkan oleh PAS dengan DAP yang terkenal dengan sikap anti Islamnya dan yang lucunya penyokong mereka hanya tahu angguk2 dan geleng2 sapi saja namun nak membantah telor kecut..

 Pada Ee biarpun Manoharan sudah meminta maaf dalam isu Penukaran Bendera Malaysia jika berkuasa kelak namun kedangkalan sebagai seorang pemimpin untuk menyentuh soal pengorbanan rakyat negara terdahulu mencipta sejarah sehingga terbentuknya Malaysia dan terciptanya bendera negara kita, ia adalah satu kebodohan yang nyata.Dalam soal ini apa yang Ee lihat pemimpin2 PAS tidak langsung berani bersuara.Begitu juga hasrat DAP untuk mengurangkan kaki tangan awam dalam pentadbiran jika mereka berkuasa.Perkara2 ini mereka anggap remeh temeh tapi bagi rakyat ianya merupakan satu isu yang besar yang harus diberi perhatian.

 Ee ingin bawakan laporan Harakah Daily yang dipetik: Menyokong kenyataan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan bahawa yang ingin digantikan Pakatan Rakyat ialah kerajaan BN dan bukannya Jalur Gemilang.Pada Ee PAS lebih memalukan dan menghina Islam sendiri kerana cuba melembutkan hati kemarahan rakyat terhadap DAP dengan kenyataan kononnya mereka ingin mengalahkan Barisan Nasional bukan menukar Jalur Gemilang.

 Pada Ee Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, nyata sengaja melupakan kenyataan pemimpin veteran DAP, Karpal Singh, supaya PAS "langkah mayatnya dulu sebelum menubuhkan negara Islam".Sebaliknya, melabel kerjasama politik antara UMNO dengan MCA dan MIC sebagai menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam sejak puluhan tahun memerintah.Pada Ee ramai bangsa Melayu berasa terpukul dengan kenyataan Hadi yang sadis ini. Nyata ulama ini amat taksub dalam perjuangan politiknya untuk menumbangkan UMNO, sehingga mengetepikan dan memandang buruk semua usaha untuk berbaik antara parti sesama agama dan bangsa.

 Pada pendapat Ee tindakan Hadi menghalalkan kerjasama politik dengan DAP, malah berkata ia tidak menggadaikan prinsip Islam adalah keputusan yang amat mengaibkan pejuang Islam terutama ulama PAS yang membiarkan pemimpin mereka melakukan apa saja demi mencapai cita-cita politik.Pada Ee UMNO sentiasa Istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itulah prinsip asas perjuangan UMNO. PAS sebaliknya boleh mengetepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik.

 Ee nasihatkan sudah tiba masanya, ahli PAS membuat pendirian mengenai hala tuju umat Islam negara ini. Jika pemimpin PAS menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menjadi "Pak Angguk" kepada BN, ahli PAS juga tidak boleh terus menjadi "Pak Angguk" untuk menerima apa saja keputusan dan dasar yang digariskan pemimpin tertinggi mereka.

 Pada Ee Politik biarlah politik maruah agama dan bangsa wajib dipertahankan sehingga ketitisan darah yang terakhir... Janganlah kita Terpedaya untuk menjerumuskan diri dalam kancah politik dajjal pembangkang yang penuh dengan tipu daya, fitnah, menjatuhkan umat seagama..... walhal bangsa lain seronok menantikan kejatuhan kita akibat dari sikap bangsa kita sendiri....Renung2kanlah..

Thursday, November 24, 2011

Penyokong PAS tendang B tendang A tendang B tendang I maka masuk dalam pinggan kunyah tanpa usul periksa semuanya halal ..



Akibat daripada perpecahan Melayu, kekuatan Melayu di negara ini sudah tiada. Walaupun terdapat tekanan yang semakin lantang menuntut Kerajaan memperkasakan hak-hak keistimewaan Melayu oleh pertubuhan-pertubuhan pro Melayu tetapi sebenarnya, tangan dan kaki Perdana Menteri Najib Razak telah terikat.Ini kerana orang Melayu itu sendiri tidak mahu diperkasakan hak-hak keistimewaan mereka dengan mengikut segala telunjuk dajjal pembangkang terutama PAS dan PKR dengan pelbagai fitnah dan propaganda.Pada Ee PAS dan PKR merupakan petualang sebenar bangsa Melayu yang tidak mahu melihat anak bangsanya jenarasi akan datang mentadbir negara, apabila mereka merelakan diri mereka diliwat oleh DAP.Ini semua kerana sikap ahmak yang keterlaluan pemimpin2 PAS dan PKR untuk berkuasa.Agama dan Bangsa sanggup digadaikan asal matlamat mereka menjatuhkan UMNO berjaya.Busuk dan menjijikan...

 Ee merasa benar-benar lucu apabila PAS dalam banyak ceramah kepada penyokong mereka mendakwa DAP sudah menerima perjuangan negara Islam PAS,hakikatnya Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi menegaskan penolakan penubuhan Negara tersebut.Ee bawakan dalam satu wawancara dengan sebuah portal berita Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin pemimpin PAS yang progresif dan liberal bersedia mewujudkan negara sekular demi pembentukan kerajaan Pakatan di peringkat persekutuan.Yang Ee rasa pelik untuk menutup kelemahan mereka pemimpin Pas hari ini mendakwa kenyataan Pengerusi DAP itu hanyalah satu pandangan peribadi dan haknya untuk bersuara.Inilah saja yang mampu pemimpin PAS putar belitkan untuk menyedapkan hati para penyokong setia dan sentiasa menjadi Pak Angguk dalam apa jua keadaan.Alangkah bodohnya mereka para penyokong PAS tendang B tendang A tendang B tendang I maka masuk dalam pinggan kunyah tanpa usul periksa semuanya halal bagi mereka.

 Pada Ee Walaupun pandangan peribadi tapi kita kena tengok kapisiti individu yang bercakap iaitu Pengerusi DAP Malaysia yang secara jelas bukan satu pandangan peribadi. Sudah pasti ini pendirian sebenar DAP berkenaan Negara Islam.Ee berpendapat tidak perlulah nak putar belit. PAS tidak mampu untuk menipu rakyat khususnya penyokong mereka sepanjang masa..zaman dah berubah..hakikatnya ramai penyokong PAS yang keluar meninggalkan perjuangan mereka yang sia-sia.

 Pada Ee jika Nik Ajis mengatakan perjuangan PAS adalah mengikut sunnah Rasulullah, adakah pernah Rasulullah menggunakan kaedah serangan peribadi sesame muslim?.. Bahkan Rasulullah dengan terang menyebut dalam sabdanya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudara seIslamnya didunia, maka Allah akan tutup keaibannya diakhirat nanti".Ini berlainan dengan kaedah Nik Ajis yang sanggup menghalalkan mencarut,memfitnah,berkasar, mengumpat,mengata,merusuh dan sanggup mendoakan kecelakaan sesama seagama.Pada Ee Nik Ajis tidak lebih seperti "Ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus" sepatutnya orang tua seperti Nik Ajis yang kononnya bergelar ulama' mendidik jenerasi muda agar menjaga tingkah bukan sebaliknya.

 Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Pas, menggambarkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam mengajar umatnya bergaduh sesame sendiri, betapa buruk gambaran yang diberi khususnya dalam soal perebutan kuasa, menyebabkan orang-orang yang berminat atau bercita untuk memeluk agama Islam, tertanya-tanya, inikah ajaran yang dibawa oleh Islam?.. Yang lebih menghairankan golongan ini ialah, orang Islam UMNO yang seagama diserang habis-habisan, manakala orang kafir DAP dipuji dan dipertahankan secukupnya...

 Apa yang Ee pelajari selama ini tiada sebarang nas yang membenarkan umat Islam menyerang sesama Islam, namun berbagai perbuatan jahiliyah seperti kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, hina menghina dilakukan oleh pemimpin PAS dengan kebenaran daripada Nik Ajis, siapa yang akan menanggung dosa perbuatan jahiliyah PAS ini, kalau bukan Nik Ajis yang memimpin jemaah PAS?..Pada Ee jika benar PAS menjadikan Islam sebagai model perjuangan, maka ambillah Islam itu keseluruhannya, jangan ambil separuh dan tinggalkan separuh, mana-mana hukum yang dirasakan perlu, maka Islam digunapakai, yang tidak perlu disimpan di dalam laci. Perkara ini telah ditanya oleh Allah SWT kepada kaum Yahudi dalam surah al Baqarah yang bermaksud: 

 "Adakah kamu beriman sebahagian daripada kitab, dan meningggal / mengkufurkan sebahagian yang lain lagi?Dan Hal ini bertentangan dengan firman Allah dalam surah Al Fath ayat 29 bermaksud :"Muhammad Rasulullah, dan orang-orang yang bersamanya bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesame mereka (Islam)".

Ee berpendapat PAS tidak suka kepada UMNO dik kerana UMNO tidak mahu memperjuangkan Negara Islam dalam agenda perjuangan parti UMNO sejak 53 tahun lalu, tetapi apabila sahabat sehidup semati PAS iaitu DAP dan Karpal Singh serta Lim Kit Siang turut menyatakan bahawa mereka tidak selesa dan tidak bersetuju dengan agenda penubuhan Negara Islam, maka selepas 30 tahun PAS terus menukar dengan serta merta perjuangan Negara Islam mereka kepada perjuangan Negara Berkebajikan sepertimana yang dikehendaki DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang… Siapa Mursyidul Am PAS sebenarnya?.. Siapa Presiden PAS sebenarnya?.. Siapa Dewan Ulama' PAS sebenarnya?..Nabi saw sendiri melalui hadisnya meminta agar hukum hudud jika boleh jangan dilaksana terhadap kaum muslim.Hanya HamPAS yang beria-ria sangat untuk melaksanakan dengan tergesa-gesa..Pada Ee berkenaan isu Hudud ini jika hendak dilaksanakan seeluknya hendaklah dikaji secara terperinci agar ianya tidak menzalimi kaum Islam itu sendiri.Pada Ee ini bertepatan dengan saranan Nabi saw.Ee ingin terangkan tentang hadis Nabi saw yang melarang hudud dilaksanakan kepada kaum muslim.

 Hadis nabi mengenai Hudud. Hendaklah digalakkan kemaafan antara rakyat dan diselesaikan diluar mahkamah. Ini seperti hadis Nabi s.aw yang bermaksud:

"Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: "Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini". Jawab Nabi s.a.w: "Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan". Lalu baginda membaca firman Allah: "Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)" (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah).

 Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan 'mengidam' untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka 'penolong syaitan'. Mafhum: Cubalah sedaya upayamu untuk tidak mengenakan hukuman hudud ke atas Muslimin, sekiranya kamu dapati jalan keluarnya maka lepaskanlah ia, sesungguhnya Imam tersilap dalam menjatuhkan hukuman lepas adalah lebih baik dari tersilap dalam menjatuhkan hukuman denda' (Riwayat oleh at-Tirmidzi, al-Hakim, Al-Baihaqi dari A’isyah, Ali dan Ibn Mas'ud, terdapat dhoif dalam sanadnya tetapi mempunyai banyak cabang sehingga menguatkannya. Yang tershohih dalam bab ini adalah hadith daripada Sufyan at-Thawry dari Asim bin Abi Wail dari Abdullah Bin Mas'ud. Lihat Nailul Awtar, Imam As-Syawkani, 7/116)

 Pada Ee rakyat sudah tertipu dengan dakyah dan perjuangan PAS selama ini. Terbukti bahawa PAS hanya inginkan undi dan sokongan umat Islam dan bangsa Melayu tanpa menghiraukan akan maruah dan kesucian Agama Islam itu sendiri… Jika benar PAS ikhlas dalam memperjuangkan Islam, maka PAS harus kembali memperjuangkan Negara Islam tanpa menghiraukan apa sahaja kritikan DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang.Ee anggap bahawa sekiranya PAS menolak Negara Islam dan mengambil Negara Berkebajikan sebagai perjuangan utama mereka, maka ia menampakkan PAS tunduk,sujud, menikus dan mengikut telunjuk DAP..Sedarlah!..Jangan ikutkan segala bisikan dajjal2 pembangkang.. Bersatulah! dalam memertabatkan Agama dan Bangsa bersama 1 Malaysia..Renung2kanlah..

Tuesday, November 22, 2011

Antara yang Tersurat dan Tersirat Sukan SEA di Indonesia..


Sejarah membuktikan belum ada lagi dalam dunia para pemain bolasepak negara2 lain didunia, Pemain2nya terpaksa dikawal begitu ketat dan terpaksa dikawal menggunakan Kereta Perisai melainkan Pemain Bola Sepak Malaysia.Syabas kepada Para Wirawan Bola Sepak Negara kerana berjaya mengangkat Nama Negara di mata dunia.Wira2 Bolasepak Sukan SEA Negara membuktikan kepada seluruh dunia bahawa Pemain2 bolasepak negara begitu Popular dan paling berharga di dunia mengalahkan para pemain bertaraf bintang bola dunia dan juga lagenda pemain bola seperti Pele dan Maradona apabila menentang pemain bolasepak Indonesia.Inilah kebesaran dan Kebijaksanaan Allah memberi kurniaNya kepada Negara Malaysia dan Rakyatnya menjulang nama Negara Malaysia antara kita sedari atau tidak disedari..Kita harus bersyukur dan berbangga menjadi rakyat Malaysia.Tahniah!..Tahniah!..Tahniah!..

Monday, November 21, 2011

Pemimpin2 PAS ada Penyakit Hati yang Bermartabatkan Nafsu Amarah yang sukar Dibendung..Sedarlah..



Ee tak hairan kenapa HamPAS tidak teruja untuk melihat umat Islam negara ini bersatu dalam 1 Malaysia dan mereka sanggup melempar batu sembunyi tangan terhadap sesama Bangsa dan Seagama asalkan agenda politik berpehak kepada mereka.Jika sebelum merdeka lagi mereka sanggup menjadi Anjing British dalam usaha mengagalkan Kemerdekaan Tanah Air oleh Tengku Abdul Rahman dengan menghasut rakyat membenci kerajaan kononnya UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.Mereka (PAS) sanggup mengkafirkan sesama seagama kerana ada penyakit dihati.Mereka (PAS) mempunyai Martabat Nafsu Amarah yang sukar dibendung bersifat Dengki,Dendam,Khianat,Iri Hati,Pemarah,Berang,Beremosional dan bertindak mengikut fikiran tanpa akal.Nafsu mereka dikuasai oleh Iblis.Dalam hal yang sedemikian Ee nasihatkan mereka agar perbanyakan berzikir dari berceramah 24 jam dengan mengikut bisikan iblis agar mereka menemui Martabat Nafsu Kamalia.

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-

Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.

Dalam bab Penyatuan Ummah ini PAS begitu sombong dan penuh kekeliruan dengan mengenepikan segala yang tersurat mahupun yang tersirat dalam Al Quran mahupun Hadis.Ini semua terlalu menurut tuntutan Nafsu Buas untuk Berkuasa sehinggakan sanggup menghalalkan cara asalkan tertunai tuntutan nafsu.Allah dan RasulNya begitu bertegas menyuruh kita semua bersatu demi memertabatkan Islam agar musuh2 Islam gerun dan gentar melihat penyatuan Umat Islam yang begitu kukuh.Sebaliknya PAS begitu mengejar impian keduniawan dan sanggup mengkianati Agama dan Bangsanya bersetongkol dengan DAP demi menjatuhkan UMNO.Apa yang dilakukan semata kerana dendam yang tidak berkesudahan terhadap UMNO.

Dari Abu Hurairah r.a. : Ia mendengar Rasulullah saw bersabda : Kita umat yang terakhir (di dunia) paling di muka (di akhirat).Sesiapa yang mematuhi pemerintah,bererti ia telah patuh kepada Tuhan.Sebaliknya sesiapa yang menderhakai saya (pemerintah),sesungguhnya ia menderhakai Tuhan.Sesiapa yang mematuhi Amir (pembesar negeri),sesungguhnya ia telah mematuhi saya dan siapa yang menderhakai Amir,sesungguhnya ia telah menderhakai saya.Dan sesungguhnya Iman itu dinding (pembela) terhadap rakyat yang dibelakangnya.Jika rakyat itu diperangi musuh Iman mempertahankannya.Jikalau ia memerintah taqwa kepada Allah dan ia bersikap adil.maka kerana hal yang demikian itu,ia memperolehi pahala.Sebaliknya kalau ia berkata (berbuat) bukan,maka ia berdosa (dihukum).

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 49-50 yang bererti :--

Apakah tidak kamu perhatikan orang-orang mengira dirinya bersih ? Allahlah yang membersihkan siapa yang dikehendakiNya.Dan mereka tidak dianiaya sedikit jua pun.Perhatikalah betapa mereka mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah!Dan cukuplah (perbuatan itu) menjadi dosa yang nyata.

Anak2 muda hari ini ramai yang tidak faham makna 'kuasa politik'.Ketika ini kuasa politik negara masih lagi di tangan melayu/Islam. Jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya berkuasa, pasti 'kuasa politik' melayu/Islam musnah.Ingatlah bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu jika mereka sendiri tidak mengubahnya.Allah dan NabiNya juga amat menitik beratkan agar hamba2nya bersatu dan ini amat ditekankan dalam Al Quran mahupun hadis. Jadi mengapa kita harus ingkar dengan Allah dan RasulNya.

 Ingatlah amanah atau tanggungjawab setiap warganegara terhadap negaranya akan dituntut kelak.Ini semua dijelaskan dalam Al Quran mahu pun hadis.Selain dari menunaikan tanggungjawab terhadap negara dengan baik harus pula kita tanamkan rasa iman dan takwa kepada Allah.Kerana sesungguhnya dengan kekuatan iman dan takwa kepada Allah maka rasa tanggung jawab terhadap negara itu akan lebih bertambah kekuatannya.

 Dengan merasakan tanggungjawab terhadap negara ini sebagai satu kewajiban dari Allah dan mentaati undang-undang negara maka akan amanlah negara itu,tenteramlah masyarakat dan ini membolehkan agama Islam itu dapat diperkembangkan.Masyarakat yang beragama Islam akan lebih menumpukan dalam ibadat mereka terhadapNya tanpa perlu rasa takut.

FirmanNya dalam An Nisaa' ayat 58 yang bererti :--

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan / melaksanakan amanah (pertanggungjawaban) terhadap orang-orang yang diberi amanah itu.Dan apabila kamu menghukum antara manusia,lakukanlah dengan adil.Sesungguhnya Allah memberi pelajaran yang baik kepadamu,Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Hayatilah dan fahamilah akan makna yang tersirat mahupun yang tersurat dalam Al Quran mahupun hadis tidak ada satu pun surah mahupun anjuran agar kita berpecahbelah dan menentang pemerintah.Ingat putar belit musuh-musuh Islam yang nyata dan tidak nyata iaitu mereka yang bertopengkan agama akan sentiasa mencari kelemahan umat Islam semata untuk berkuasa dan seterusnya akan menghina agama kita.Bersatulah! dalam 1 Malaysia demi kepantingan maruah agama,bangsa dan negara..jangan jadi Petualang kepada anak cucu,cicit dan jenerasi akan datang kerana kecewa dan gila untuk berkuasa..

Thursday, November 10, 2011

PAS hanya Menghancurkan Perpaduan Bangsa dan Agama..Islamnya hanya "Sendiwara Politik"..



Setiap manusia di seluruh dunia akan sentiasa mempertahankan Bangsa dan Agamanya dari dicerca apatah lagi jika diancam.Mereka sanggup berputih tulang dari berputih mata asalkan maruah bangsa dan agamanya terpelihara.Apa yang Ee hairankan sebahagian Bangsa Melayu hari ini sanggup berputih mata asalkan mendapat sedikit kuasa dan keduniaan..HamPAS2 ini lebih rela bangsanya dimaki hamun,dihina dan difitnah semata menjadi "Pak Cebuk" kepada bangsa lain.Inilah keistimewaan HamPAS2 yang kononnya memperjuangkan agama dan bangsanya.Al Quran,Hadis,Berjubah,Berserban,Bertasbeh dan Berdahi Hitam hanya sebagai topeng untuk menunjukan mereka lebih Islam dari yang lainnya..Semata "Sendiwara Politik"..

Cuba kita lihat dari perspektif perjuangan DAP. Parti cauvinist ini hanya mahu memerintah negara beragendakan kesamarataan kaum. Ia jelas akan dituntut sekiranya ditakdirkan PR berjaya membentuk kerajaan di pilihanraya umum akan datang. Apakah ketika itu mereka akan memperdulikan suara PAS? Apakah ketika itu mereka akan tunduk kepada permintaan PAS yang tentunya mahukan sebuah negara yang berorientasikan agama ?

Sering Ee perkatakan bahawa DAP hanya memperalatkan Pas demi untuk meraih undi kaum Melayu. Walaupun DAP sebenarnya amat bencikan bangsa melayu diatas sikap ultra kiasu dan cauvinistnya, tetapi DAP sedar bahawa PAS dapat memberikan kelebihan undi kepada mereka melalui permainan sentimen keagamaan.

Ee berpendapat bahawa Pemimpin 2 DAP sedar bahawa walaupun sekuat mana sokongan kaum cina kepadanya, ia tidak cukup kuat untuk menakluk negara kerana undi cina juga ada yang berpihak kepada MCA dan Gerakan. Jadi tanpa memperkudakan dibelakang tengkuk Pas, DAP takkan mampu memerintah negeri dan bergerak sendiri.

Pada Ee ramai rahu dan sedia maklum, PKR dan DAP tanpa PAS akan menjadi sangat goyah. Seringkali jentera serta jemaah PAS dipergunakan oleh PKR dan DAP didalam menggerakkan jentera-jentera PRK yang lepas,mahu pun sewaktu membantah penubuhan kerajaan Perak oleh UMNO.Ee dapat lihat apa yang terjadi pada Bersih 2.0 baru2 ini jentera PAS dipergunakan macam lembu untuk membuat kacau kepada negara. Tanpa jentera dari PAS.DAP dan PKR umpama kehilangan tangan dan kaki.

Umum mengetahui bahawa PAS juga mempunyai penyokong yang cukup tegar dan kebal dari apa jua dakwah kerana begitu tebalnya sifat taksub terhadap pemimpin dan parti. Ini mungkin didorong oleh tawaran lumayan syurga yang dimomokkan kepada mereka oleh ulamak politik PAS. Para penyokong PAS ini juga sanggup wala' kepada pemimpin Pas tanpa usul periksa kerana bagi mereka, tiada manusia yang lebih hebat serta Islamik selain dari pemimpin-pemimpin mereka.Apa yang diarahkan oleh pemimpin mereka akan diikutinya tanpa banyak soal.Jadi tidak hairanlah jika mereka sanggup jadi lembu yang ditarik hidungnya ke hulu ke hilir oleh DAP dan PKR menjadi korban sedangkan pemimpin mereka duduk membesarkan perut dan poket..

Ee berpendapat bahawa PAS langsung tidak mempunyai kelebihan didalam gabungan Pakatan Rakyat ini. Mungkin PAS akan berjaya menyumbangkan usaha untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan juga melunaskan dendamnya kepada parti UMNO di PRU13 nanti, tetapi PAS akan kehilangan perjuangan mendaulahkan negara Islamnya. PAS juga tak akan dapat melaksanakan idea martabatkan Islamnya bersama PR. Inilah harga yang harus PAS bayar didalam gabungannya bersama PKR dan DAP.Ini dapat dilihat bagaimana DAP mempersendakan PAS Kedah semasa Ramadhan yang lepas begitu juga dalam usaha penubuhan Hudud di Kelantan baru-baru ini.

Pada Ee sebenarnya sebahagian penyokong PAs sedar akan semuanya ini,Ini dapat dilihat sejak dari bergabung dalam Pakatan Rakyat begitu ramai penyokong2 PAS yang telah bertindak keluar parti dan menyertai UMNO.Begitu juga dapat dilihat berapa ramai Pemimpin2 PKR dan Penyokong mereka telah keluar dari parti.Kini hanya tinggal HamPAS-HamPAS yang layak digelarkan "Tukang Sapu dan Tukang Cebuk" saja yang mampu bertahan menjadi pengkianat kepada Agama dan Bangsa mengikut telunjuk DAP.Mereka ketawa apabila membayangkan mampu untuk menumbangkan kerajaan. Dan mereka menangis kerana mereka terpaksa menjadi "PAK TURUT" didalam Pakatan.

Pada Ee PAS sebenarnya telah jauh tersasar dari perjuangan asalnya yang sentiasa diperjuangkannya semenjak dari awal penubuhannya.Oleh itu Ee nasihatkan kepada semua agar bersatulah di bawah 1 Malaysia demi memertabatkan maruah Bangsa, Agama dan Negara agar semakin harum mewangi di pentas dunia.Bangunlah wahai Bangsaku dengan bersatu berganding tangan dibawah 1 Malaysia demi Agama dan Bangsa!..Ayuhlah Bangsaku!... 

Tuesday, November 8, 2011

Agenda Jahat Pembangkang dalam Menghadapi PRU 13 terbongkar..




Pada Ee inilah manusia mulut "Bangkai" Mustaffa Ali (PAS) berkata bahawa isu Setiausaha Penerangan DAP Tonny Pua ingin mengurangkan jumlah Kakitangan Awam apabila mereka berkuasa kelak dengan menamatkan perkhidmatan mereka sebagai bersifat keperibadian.Apa saja yang dikatakan oleh DAP pada PAS semuanya betul walau pun isu itu sebenarnya akan menjadi "Barah" kepada Agama dan Bangsa".

Pada Ee sebenarnya mereka (PAS) sedar bahawa majoriti Kakitangan Awam adalah orang-orang Melayu.Namun demi kerana takut kehilangan undi kaum Cina mereka sanggup menutup mata,memekakan telinga dan membutakan mata hati asalkan keuntungan memehak kepada mereka.

Apa yang Ee ketahui melalui risik yang dipercayai ini merupakan satu Agenda Jahat DAP serta sekutunya PAS dan PKR dalam apa yang dikatakan "Perang Psychology".DAP bermain dengan isu ini agar kaum Cina yang berfikiran rasis dan pekauman akan menyokong semasa PRU 13 kelak.Begitu juga DAP begitu bijak memainkan sentimen hendak menukarkan Bendera Malaysia apabila mereka berkuasa kelak.Dalam usaha memecah belahkan undi antara kaum Melayu dan Cina mereka begitu bijak dengan mengunakan PAS dan PKR sebagai senjata untuk meraih undi Melayu.

Setelah diteliti secara halus Agenda Jahat pembangkang semakin ketara apabila PAS melalui Naib Presidennya Mat Sabu mengangkat komunis sebagai Wira dengan harapan PAS akan dapat diterima oleh kaum Cina.Sementara DAP pula begitu halus memainkan peranan memenangi hati kaum Melayu dengan bertindak mencampuri urusan Agama Islam dengan harapan dapat menambat hati pengundi Melayu.Sementa
ra PKR pula digunakan untuk menarik pengundi kaum India dengan kepetahan Anwar digunakan sepenuhnya dalam mempengaruhi kaum India melalui Hindraf.

Kelicikan politik main "Main Wayang" Puak Pembangkang begitu ketara sejak selesai PRU 12 dengan bermain tarik tali antara mereka dalam sesuatu isu..Antaranya Isu Hudud,Pengunaan Kalimah Allah di Gereja,Pengunaan petikan ayat Quran dan Hadis oleh pemimpin DAP,Penyerbuan Jawi keatas Gereja,Penubuhan Negara Kebajikan,Menjadikan Agama Kristian Agama Rasmi Negara,Mengangkat Komunis sebagai Wira Negara dan terbaru penganjuran Seksualiti Merdeka oleh S.Ambiga.

Pada Ee Agenda yang begitu teratur dalam siri pemberontakan secara halus oleh pembangkang dalam Bersih 2.0 baru-baru ini merupakan Agenda tersembunyi mereka dalam memecah belahkan perpaduan rakyat negara ini dengan harapan apabila berlakuan rusuhan yang tidak terkawal mereka akan bertindak merampas kuasa dengan cara menghapuskan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan UMNO yang sedia ada.Inilah kelicikan pehak pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Alhamdulillah negara terselamat dengan helah licik mereka dengan kecekapan pehak berkuasa menangininya.

Pada Ee kekecewaan mereka terhadap Bersih 2.0 kini mereka perhalusi pula dengan mengunakan kembali kelicikan S.Ambiga dengan menganjurkan pula Seksualiti Merdeka dengan harapan akan terjadi kacau bilau dan mereka boleh menyalahkan kembali Kerajaan UMNO.Kelicikan mereka juga begitu ketara apabila memainkan isu serangan peribadi keatas Perdana Menteri melalui fitnah keatas anak isteri beliau agar rakyat hilang kepercayaan terhadap PM.

Demi kuasa politik mereka (PAS) begitu berani memperdagangkan maruah agama dan bangsa kepada kaum lain terutama DAP laknatullah.Dengan mengunakan pengaruh bloger PAS membuat fitnah dan mengecam PM dan Isteri sehingga sanggup memperkecilkan keIslaman PM ketika melakukan ibadatHaji. Mencerca,memfitnah, manupulasi dan memburuk-burukan keperibadian pemimpin UMNO inilah cara tidak bertemadun puak2 HamPAS.Islam tidak mengajar ini semua.Janganlah kerana kemaruk nak berkuasa menghalalkan cara "Halal wal Haram" dijadikan pegangan..Ini akan merosakan keImanan yang kita pegang selama ini..

Firman Allah dalam Surah Luqman ayat 16 yang bererti :

(Luqman berkata):"Wahai abak ku!Sesungguhnya,jika ada(sesuatu perbuatan) sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi,nescaya Allah akan memberinya(balasan).Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Teliti.

Firmanya lagi dalam Surah Luqman ayat 33 yang bererti :

Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhannu dan takutlah pada hari yang(ketikaitu)seorang bapa tidak dapat menolong anaknya,dan seorang anak tidak dapat pula menolong bapanya sedikit pun.Sesungguhnya janji Allah itu pasti benar,maka janganlah sekaliu-kali kamu terpedaya oleh kehidupan dunia dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam(mentaati)Allah.

Renung2kanlah..Bersatulah dibawah 1 Malaysia demi Agama,Bangsa dan Negara jangangan ikutkan segala hasutan dajjal pembangkang yang tamak untuk berkuasa.

Saturday, November 5, 2011

Islam di Zaman ini memerlukan Pemimpin yang Mampu membawa kita Mengharungi Perubahan Zaman bukannya Pemimpin yang sibuk memikirkan tentang keIslaman orang lain.(Semuga di Malam Hari Raya Aidiladha ini Allah mengurniakan Taufik dan Hidayah kepada kita semua).



Pada Ee ungkapan bahawa Islam adalah cara hidup senantiasa bermain di bibir pemimpin-pemimpin PAS seolah-olah tiada lagi yang lebih Islam melainkan cara hidup yang dilalui oleh mereka. Mereka mengakui bahawa cara hidup Islam itu sesuai dengan semua zaman dan Islam itu sesuai untuk semua tempat.Bagaimanapun, tafsiran mereka tentang sesuai dan tafsiran mereka mengenai cara hidup agak mencurigakan. Apa yang mereka lakukan adalah cuba menyesuaikan cara hidup masyarakat Arab pada zaman Nabi dengan dunia sekarang. Mereka juga mentafsirkan cara hidup Islam itu sebagai undang-undang Islam semata-mata. Selain itu, jubah, serban dan tudung masih lagi menjadi lambang cara hidup Islam bagi mereka selain dari slogan-slogan mengenai Islam.

Secara dasarnya, cara hidup Islam sudah seharusnya merangkumi semua aspek iaitu, sosial, pendidikan, undang-undang dan sebagainya. Di masa yang sama, dalam konteks seseorang individu pula, hidup dengan cara Anak Melayu Islam bukan bermakna melaungkan nama agama itu setiap hari, tetapi bermaksud setiap niat, langkah dan pertuturan haruslah berlandaskan ajaran Islam.

Jika benar PAS melaksanakan cara hidup Islam yang sesuai sepanjang zaman, kenapakah setelah lebih 20 tahun memerintah, Kelantan masih ketinggalan zaman? Negeri itu bukan sahaja ketinggalan kini, iaitu semasa kita sedang beranjak ke era globalisasi malah telah ketinggalan semenjak kita sedang beranjak dari era pertanian ke era industri lagi.Ini sudah cukup membuktikan bahawa PAS tidak layak untuk memimpin Umat Islam di zaman ini dan cara hidup Islam ala PAS bukan hanya akan menyebabkan kita terhenti dari terus maju tetapi juga akan menggerakkan kita ke belakang.

Ee berpendapat bahawa sudah sampai masanya PAS Kelantan menubuhkan tribunal atau badan Hisbah bagi menyiasat harta-harta yang diperoleh oleh pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kelantan sebagai menunaikan janji-janji pilihanraya.Pada 19.01.1998 PAS membatalkan cadangan untuk mewujudkan sebuah badan yang dinamakan "Hisbah'. Menteri Besar Kelantan pernah mengumumkan bahawa tribunal itu tidak perlu ditubuhkan, sudah memadai dengan usrah-usrah dan kuliah-kuliah yang dijalankan oleh parti PAS.

Pada pendapat Ee ini melambangkan sifat 'ujub iaitu rasa hairan dan megah kepada diri sendiri yang sepatutnya tidak berada pada diri manusia yang sangat-sangat lemah ini, lebih-lebih lagi pada diri mereka yang mengaku dirinya tok guru, kerana dalam realiti ternyata bahawa generasi Islam yang berada di sekeliling pinggang Nabi Muhammad s.a.w dulu, yang telah ditarbiahkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri pun terbukti ada yang menjadi munafik, syirik dan murtad.

Ee ingin mengingatkan bahawa Khalifah Umar al-Khattab pernah memanggil pegawainya untuk dibuat pemeriksaan dan penyiasatan disebabkan pegawainya sering menukar pakaian harian dengan pakaian yang baru. Umar ingin mengurangkan gaji pegawainya jikalau terbukti pegawainya berlebihan wang gaji.Jika dibandingkan Nik Ajis dengan Khalifah Umar macam langit dengan bumi,mengapa beliau yang mengaku sebagai ulama' begitu ego dengan segala ilmu yang tidak secubit pun dapat mentarbiah dan menjaga segalanya melebihi Nabi saw.

Islam di zaman ini memerlukan pemimpin yang mampu membawa kita mengharungi perubahan zaman bukannya pemimpin yang sibuk memikirkan tentang keIslaman orang lain. Umat Islam memerlukan pemimpin yang berfikiran jauh dan tajam untuk melihat di sebalik tabir masa, dan yang dapat memahami cabaran ekonomi, industri serta teknologi dalam proses menuju globalisasi, bagi memastikan keselamatan mahupun ketuanan bangsa dan agama.

Maka bersyukurlah kita sebagai rakyat Malaysia, kerana Kerajaan kita hari ini dipimpin oleh orang Melayu beragama Islam (Kerajaan UMNO) dan sesungguhnya pemimpin itu telah pun berada di depan mata dan sedang berkhidmat sebagai Perdana Menteri kita.Itulah tanda yang Allah S.W.T masih menyayangi kita, rakyat Malaysia. Janganlah kita buta terhadap kurniaan Allah S.W.T kepada kita kerana umat yang tidak bersyukur terhadap kurniaanNya akan hanya mengundang bala.

Friday, November 4, 2011

Hehehe..Hadi Awang Yang Baru nak Katam Al Quran baru Tersedar dari Mimpi bahawa Hudud hanya 0.0001 peratus saja dalam Al Quran..



PAS pejuangkan Islam atau memperjuangkan politik?..Pada Ee PAS sama je tarafnya dengan parti2 politik yg lain..Hanya kelebihan PAS memperdagangkan Islam dalam politiknya menagih simpati pengundi Melayu Islam...Pada Ee mereka tidak ada kelebihan apa-apa pun..baik Nik Ajis ke..Hadi Awang ke atau Mat Sabu ke..Kelebihan mereka hanya pandai bercakap dan memutar belitkan fakta saja..Jika dinilai dari segi propaganda mahupun membelitkan fakta merekalah yang paling propesional..Yang Ee pelik dengan mereka ini dulu masa S.Ambiga menjadi peguam kes murtad Lina Joy orang2 PAS bukan main lagi mengamuk sakan salahkan UMNO..bawa sepanduk sana sini sehinggakan mahkamah dikepong..Inilah PAS pandai..pakar dalam menipu rakyat..
menagih simpati kononnya merekalah juara..Hakikat "Kosong" sekosong bendera mereka..

Pada Ee PAS nak bersetongkol dengan DAP itu citarasa nafsu buas untuk berkuasa mereka lantaklah..Hakikatnya Bangkai kalau disembur minyak wangi sekalipun tetap akan mengeluarkan baunya..ada kalanya berbatu-batu jauhnya pun masih terasa baunya dibawa angin..dalam sekelip mata mereka(PAS) boleh pusing 360 darjah dengan menyokong S.Ambiga dalam Bersih 2.0 dengan penuh tipu daya memperbodohkan penyokong mereka kononnya nak tuntut itu dan ini dalam PRU..
Inilah kelebihan yang ada dalam PAS pemimpin mereka begitu bijak bercakap dan memutar belitkan fakta...Ooop!..Ee terlupa pula mereka sudah jadi anak murid S.Ambiga Peguam Murtad..maklumlah peguam pandai dalam memutar belitkan fakta..

Angin tak ada ribut jauh sekali tiba2 S.Ambiga nak jadi Heroin pujaan HamPAS dengan menganjurkan pula apa yang dikatakan "Seksualiti Merdeka"..PAS bijak "Mencuri Apa Yang Mereka Sajikan"..Terlebih 360 darjah pula mereka pusing sehingga tergolek bergulong-gulong menentang S.Ambiga sehingga membuat laporan polis semata nak tarik simpati pengundi dengan bermain wayang gambar arahan Mat Sabu(Masih tak kenal lagi..Hehehe..Jangan kau sebut nama Si Normah) dan Hero Tua Nik Ajis..Jika dalam Bersih 2.0 "Patung Hindu S.Ambiga" inilah yang mereka sembah kini mereka tentang pula...hehehe..macam2 putar belit Puak PAS ini nak menutup "Pekong Busuk Mereka"..

Ee ingin ingatkan sekali lagi PAS bukan memperjuangkan Islam tetapi hanya sebuah parti Politik yang penuh dengan cerita duka dan kecewa..Pemimpin mereka (PAS) mulut tidak boleh kawal punya..macam2 "Fatwa Songsang" mereka cipta nak menunjukan mereka terlebih Islam dari Islam yang lain..Dari memperjuangkan Negara Islam dan Hudud pusing 360 darjah pula ke Negara Kebajikan akibat terlepas cakap Hadi Awang dlm Muktamar PAS yang lepas..Hadi Awang yang baru nak katam Al Quran baru tersedar bahawa hudud hanya 0.0001 peratus saja dalam Al Quran.. Hehehe..Macam2..Tak lama lepas diperkudakan dik Ambiga dalam Bersih 2.0 tiba-tiba Mat Sabu pula kononnya nak jadi Hero pertama Negara Kebajikan ala PAS dengan mengistiraf kominis sebagai Wira Negara..La ni.. bila nak dekat PRU sekali lagi Hudud dicanangkan Nik ajis pula nak jadi Hero Tua tergigil-gigil pegang tongkat nak pukul siapa saja yang tolak Hudud baru kena "Gertak dik Karpal Singh Yang di dadanya ada Bulan Mengambang" terkincit-kincit dalam seluar..Yang dipersalahkannya UMNO..Inilah PAS yang menghalalkan apa yang dikatakan "Halal wal Haram" dalam PAS (Hehehe..maksudnya Halal bagi mereka yang menyokong PAS.. Haram bagi mereka yang menyokong UMNO) Inilah Munafiknya PAS..

Pada Ee jika nak dihuraikan segala tipu muslihat PAS dalam arena politik dan dituliskan menjadi buku rasanya dakwat selaut banyaknya pun tidak cukup.Nasihat Ee kepada HamPAS2 janganlah terlalu diperbodohkan dan hanya tahu angguk2 dan geleng2 sapi saja..Allah telah kurniakan kita ini akal fikiran untuk berfikir yang mana betul atau tidaknya..Ee ingin ucapkan Tahniah kepada Pemimpin2 PAS yang mewarisi "Sifat Munafik Abdullah bin Ubai Tokoh Munafik Zaman Rasullah saw"..Fikir dan pulanglah kepangkal jalan..Renung2kanlah..

Wednesday, November 2, 2011

Pemimpin UMNO yang bijak mentadbir sehingga Negara menjadi terkenal Aman Makmur..Hanya mereka HamPAS yang tidak pernah bersyukur atas Rahmat Allah SWT..



Rakyat Kelantan semakin menderita, Lebih 20 tahun dibawah kerajaan negeri yang ditadbir PAS tidak ada satu pun yang boleh dibanggakan oleh rakyatnya. Membangun bersama Islam yang menjadi modal politik PAS juga hanya retorik semata mata.20 tahun dibawah pentadbiran PAS Balak Habis dijual, Tanah rakyat dirampas, ekonomi tidak berkembang, sebaliknya yang mewah dan kaya raya adalah mereka pemimpin PAS didalam Kelantan dan juga Tauke Tauke Cina dari Singapura.Nik Aziz Nik Mat bukanlah seorang Tok Guru mahupun Ulamak, beliau adalah ahli politik yang hanya bermain Islam demi kepentingan politiknya sahaja. Islam tidak mengajar untuk menindas rakyat dibawah dan Islam tidak mengajar untuk melakukan rampasan harta benda sesama umat Islam.Mereka bersifat Munafik..Hari ini janji itu..besuk janji tah apa tah lagi semuanya itu untuk pancing undi..Munafik..

Ee merasa kesian dengan kambing-kambing PAS (Sebab apa dipanggil kambing kekadang tidak mandi kerana dok asyik dengar ceramah 24 jam)...bapak kambing bengong bagi fatwa 'biar papa di dunia asal di akhirat kita senang'...sampai sekarang duduk bawah tempurung. Mu sibuk nak buat hudud mudud. Buat tak jugak.Sekali Karpal meletup kentutnya, terkencing...hudud jadi sujud terus dibawah tapak kaki DAP... Hudud, itulah irama yg didendangkan oleh Nik Ajis dari pilihanraya ke pilihanraya...kesian korang dapat kambing bengong akai singkat...Biarlah si nyanyuk tu sorang jer yg gila, korang nak ikut buat apa ? Tukar kerajaan PAS ke BN...tengok hari pertama pasti ada perubahan !

Dalam usaha untuk memenuhi nafsu serakahnya, parti PAS mahu menonjolkan imej sebagai parti untuk semua. Parti ini telah melancarkan portal berita bahasa Melayu - Roketkini. Portal yang memfokuskan kepada berita dan analisis itu khusus untuk menarik sokongan pengundi Melayu, yang selama ini dianggap anti-ultra kiasu.PAS sanggup melakukan apa saja asalkan mendapat undi..mereka sanggup menghalalkan cara..

PAS sanggup bersekongkol dengan DAP Laknatullah untuk menjatuhkan Melayu dan Islam. Benar,Ee bersetuju, generasi muda mahu perubahan.Ee pun mahu perubahan. Tidak ada sesiapapun yang rasional suka kepada rasuah, korupsi, penyelewengan dan banyak lagi perkara mungkar seperti yang PAS war-warkan.Tetapi jangan lupakan sejarah. Jadikan sejarah sebagai iktibar untuk dijadikan panduan melayari masa hadapan. Masih banyak lagi parti altenatif yang boleh dipilih jika kita tidak suka kepada parti yang memerintah hari ini. Tetapi bukan dengan memilih parti ultra kiasu.
Sebenarnya jika PAS nak membetulkan apa yang tidak betul sepatutnya bermula dari dalam..tapi bila Ee katakan ini mereka akan kata UMNO macam2..inilah PAS yang hanya tahu prasangka dan memandang kepada perkara-perkara yang belum pasti..

Parti Cina DAP Laknatullah ini terlalu bahaya kepada kita sebagai umat Islam. Ambillah iktibar dengan apa yang berlaku di Singapura. Apabila mereka berkuasa(PAP) , apa yang terjadi kepada nasib Melayu di bumi Melayu. Melayu terus terpinggir dan tidak dipercayai. Jika ada Melayu yang menentang, akan dibuang jauh-jauh seperti yang berlaku kepada Melayu Singapura, Dr. Lily Zubaidah. Melayu tidak lagi dilantik menjadi presiden. Ultra kiasu lebih mempercayai bangsa lain.Begitu juga apabila DAP kini peneraju Pulau Pinang apa sudah jadi pada bangsa Melayu?..

Namun, jika adapun Melayu yang dipercayai, mereka akan mengambil Melayu yang sudah tidak ada darah Melayu, tidak ada semangat Melayu dan apatah lagi semangat Islam. Inilah yang sedang berlaku di sana. Apabila perkara ini berlaku, mudahlah untuk mereka memperkudakan Melayu. Akhirnya, Melayu merempat di buminya sendiri.Bila Ee berkata begini mereka (HamPAS) akan menyalah UMNO kerana menyerahkan Singapura pada PAP tetapi mereka lupa pada sejarah dan sebenarnya tidak pernah tahu sejarah sebab musababnya..Mereka main ikut saja kata2 merapu pemimpin Dajjal yang kemaruk kuasa..

Golongan muda ultra kiasu juga dikatakan jauh berbeza dengan golongan tua yang dikatakan sudah tidak relevan lagi. Atas alasan inilah agak-agaknya mereka mahu mengambil pendekatan pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai panduan mentadbir.Ee pernah diberitahu oleh kawan2 dalam PAS bahawa kononnya pemimpin ultra kiasu Pulau Pinang telah mengatakan hasratnya memeluk Islam."Alhamdulillah, kerana Pas berjaya mentarbiyyah dan memberikan kefahaman Islam terhadap mereka walaupun hanya berkawan dalam jangka masa singkat.Tapi itu hanya borak kosong HamPAS saja..Hakikatnya "Kosong" macam bendera HamPAS..hehehe..

Dalam pada itu Ee cuba pula buat perbandingan dengan Umno selama berkawan dengan parti-parti komponennya dalam BN, sekurang-kurangnya Ee lihat beberapa menteri kanan bukan Islam memeluk Islam seperti Tun Omar Ong Yoke Lin dan Datuk Leo Michael Toyad. Tahniah, saya tumpang gembira dan bersyukur.Sejahil-jahil UMNO seperti yang dikatakan oleh PAS dapat juga berdakwah dengan mendirikan pelbagai program untuk memertabatkan Islam sehingga nama Malaysia gah dipersada dunia..dan kini menjadi antara negara Islam terbaik dunia..UMNO juga berjaya menjadikan pemimpin2 dan para penyokong pembangkang tumpang sekaki dengan kejayaan UMNO mentadbir negara..mereka kini menikmatinya dari segi kemakmuran sehingga mereka ada yang menjadi kaya raya,bijak pandai,ustaz,ustazah
dan anak cucu mereka dapat mencari rezeki dengan aman damai..Ini semua atas daya usaha pemimpin UMNO yang bijak mentadbir sehingga negara menjadi terkenal aman makmur..Hanya mereka HamPAS yang tidak pernah bersyukur dengan rahmat anugerah dari Allah SWT..

Tuesday, November 1, 2011

Hudud PAS hanya Sendiwara Menjelang PRU...

Wahai anak anak Melayu zaman sekarang kamu mabuk dengan politik ikut ikutan. Kamu tak kenal intan permata. Kaca kamu genggam kuat kuat, mati mati kamu katakan intan berlian permata. Dek kerana dah terlalu mabuk terkena air hasutan. Dari pemimpin Melayu derhaka jahanam yang hasad dan gila kuasa.Ingatlah Melayu itu Islam jika hilang Melayu di bumi Malaysia ini maka tergadailah agama dan bangsa.
Membela bangsa Melayu bermakna membela Islam itu sendiri,ingatlah siapa yang memertabatkan Islam dibumi Malaysia ini kalau bukan orang Melayu..Janganlah diri ditipu oleh dajjal2 Melayu yang kemaruk kuasa.

Mereka (HamPAS) kata kalau bela Melayu aje itu perkauman nama nya. Mereka tak sedar mereka tertipu. Ada Melayu yang mengaku pembela agama berkata, bela Islam aje, di situ tak ada perkauman. Mereka lupa Islam di negeri Melayu di hidupkan oleh bangsa Melayu. Melayu hilang Islam pun lesu.

Bukan main berapi org2 jahil agama ini bercakap pasal Hudud..seolah2 Islam itu lahir hudud lah yg mulai disyariatkan..tanpa perlu pedulikan yg lain.
ini manusia2 penipu dan pembohong kepada Allah, kerana hendakkan keuntungan dunia dan tidak ikhlas pada manusia..
Kalau nk capai matlamat Maqasid Syariah.. melalui perlaksanaan Hudud, base support lain mesti betul dulu..sebab Islam itu agama sempurna, tiada cacat cela.

Pada Ee belum dihitung lagi betapa banyak aktiviti menghina Islam yg diharuskan oleh parti laknat ini.. dengan kecelaruan dan tidak konsisten ini, adakah Hudud itu difahami atau ini akan dijadikan bahan untuk menjatuhkan lagi ketinggian Islam di mata org2 jahil dan kafir.

Pada Ee perlaksanaan Hudud dan Syariat Islam itu akan sampai dengan tidak boleh terhalang seperti air yang mengalir dilembah, apabila umat Islam yang beriman dan bertaqwa kepada Allah melebihi org2 yg fasiq, munafik dan kafir. Perlaksanaan Hudud, Qisas dan Takzir secara teknikalnya juga memerlukan perancangan yang menyeluruh, halus dan bertatatertib Islam dan dipadankan dengan keadaan masa kini, bukan hanya bermain dgn air liur dan mengikut hawa nafsu buas dan kotor pemimpin2 PAS ini!..

Pada Ee jangan jadikan Hudud sebagai bahan ugutan tetapi Hudud adalah sebagai sebagai hikmah, didikan dan solution yg mendapat Rahmat dan Pertolongan Allah SWT, jadi kita mesti bersedia dahulu untuk menuju ke arah itu sebelum ia dapat dilaksanakan. Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir adalah hukuman tertinggi yang Allah SWT jadikan sebagai Qanun Syariah Islam sebagai perundangan wajib, bagi memelihara kehidupan manusia..itulah yg terhasilnya dalil2 Maqasid Syariah..tetapi perlaksanaannya ada rukhsah yang masih boleh diperbincangkan dikalangan ulama' yang muktabar bersesuai dengan polarisasi agama di negara ini supaya perlaksanaanya menyeluruh dan adil.

Apa yang malangnya PAS jadikan Hudud sebagai Objek momokan politik yg cukup membahayakan Aqidah org Islam yang tidak faham dan boleh menjatuhkan lagi maruah Islam dikala Islam menjadi agama yang sentiasa difitnah oleh kuffar di serata dunia!..

Apa yang Ee nampak PAS terlalu taksub dengan kegilaan meruntuhkan kerajaan pemerintah UMNO sebagai satu2nya jalan untuk melaksanakan Hudud kononya… tetapi PAS langsung tidak menjalankan kerja2 dakwah, tidak mensyumulkan Islam itu di mata hati rakyat..PAS seolah2 melampaui ketentuan Allah SWT, dan tidak yakin dengan sandaran kepada Allah SWT dengan meletakkan perancangan2 yang bercanggah dengan akhlak dan syariat semata2 untuk menghalalkan matlamat!..

Apa yang Ee nampak Husus dipusing2kan sebagai bahan modal politik, sekejap negara Kebajikan sekejap negara Islam, sekejap Hudud ikut keadaan terutama apabila menjelangnya PRU..apa ini???..Apa yang Ee nampak Hudud PAS hanya akan menjelma bila nak dekat pilihanraya saja..Manakala penerapan Tassawuf dihapuskan sama sekali dlm kamus perjuangan PAS, sedangkan Nabi diutusa pertama kali ialah untuk melunakkan Akhlak manusia..yg sekarang ini dikenali sebagai cabang Ilmu Tassawuf..Renung-renungkanlah..