Friday, September 28, 2012

Ee Jeritkan kuat-kuat selalu kepada rakyat semua jangan jadi Talibarut PAS..PAS DAYUS berani kepada UMNO saja..




Renungilah firman Allah dalam At-Taubah ayat 9 bermaksud:--

Mereka menukar ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit(dari faedah-faedah dunia),lalu mereka menghalangi(dirinya dan orang-orang lain) dari Agama Allah,sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.

Ee minta kepada semua rakyat Malaysia agar fikirkanlah yang terbaik demi masa depan agama, bangsa dan negara.Jika kita semua bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang dalam kehidupan seharian kita, pertahankanlah ia dan peliharalah ia dengan sebaiknya.Janganlah terus mempercayai dengan janji-janji yang ditaburi dan fatwa-fatwa Islam yang diputarbelitkan oleh sesetengah pihak demi kepentingan peribadi mereka sendiri.Sebelum mendapat kuasa pemimpin2 pembangkang sanggup menabur macam2 janji yang tidak munasabah dan agak mustahil untuk ditunaikan.Ee tegaskan setegasnya PAS yang kononnya memperjuangkan Islam kini telah hilang Islamnya sejak bersekongkol dengan DAP.Ee pasti bila Ee cakap begitu pastinya Lalat-Lalat hijau yang terbang berkeliaran mencari sisa-sisa makanan atau najis2 di bumi Malaysia ini akan memaki hamun sebakul kepada Ee.Segala yang Ee katakan berfakta berlandaskan fatwa yang telah dibuat oleh puak Lalat Hijau pada bulan Ogos 1963 di kediaman Menteri Besar Kelantan.Jika puak Lalat Hijau telah sebulat suara memutuskan bahawa "Orang-orang Islam berkongsi kuasa dengan orang kafir memerintah negara kafir atau haram"..Apakah mungkin fatwa2 ini keluar dari mulut2 ulama' PAS?..Apakah ulama'2 PAS terlupa apa yang telah mereka fatwakan?..Apakah ulama'2 PAS tidak sedar babawa mereka telah menjadi pembohong?..Apakah ulama2 PAS tidak tahu bahawa pembohong itu salah satu daripada sifat munafik?..atau apakah ulama2 PAS tidak cukup belajar atau tertinggal bab "Munafik" ?..Ulama' Lalat2 Hijau berdalil bahawa mereka akan menterbiyah DAP tentang Islam bukan macam UMNO..Maka berdengunglah seluruh alam bila segala Lalat2 Hijau menjaja cerita mereka berjaya menterbiyahkan DAP mengenal Islam?..

Renungkanlah kata2 Bekas AJK Dewan Ulama' PAS Pusat..

Bekas Ahli  Jawatankuasa  (AJK) Dewan Ulama’ Pas Pusat, Datuk Ghazali Hj Ahmad  melahirkan kehairanan dengan tindakan pemimpin Pas yang sanggup memutarbelit dan memanipulasi sesuatu peristiwa  semata-mata untuk kepentingan politik sempit."Sepatutnya ilmu agama yang ada di dada mereka digunakan untuk pembangunan ummah dan bukannya mencetuskan perbalahan dan syak wasangka berterusan rakyat terhadap kepimpinan negara.

"Inilah masalahnya apabila politik dijadikan "menu" utama dalam perjuangan dan bukannya perpaduan ummah dijadikan teras. Mereka seolah-olah gelap gelita dan tidak menggunakan apa yang dianugerahkan oleh Allah untuk manfaat dan kepentingan bersama..


Ee bertanya..jangan marah.. dimana benarnya cerita-cerita popular dikalangan Lalat Hijau bahawa pengabungan PAS dengan DAP adalah bagi membolehkan PAS mentarbiyah DAP mengenai perlaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam?..Apa yang Ee nampak, PAS pula yang ditarbiyah oleh DAP dalam banyak hal termasuk undang-undang baru mengenai halal dan haram minuman keras.Ee masih ingat bagaimana  PAS gagal bertindak bila minuman keras yang di rampas oleh Majlis Bandaraya Shah Alam, dipulangkan semula kepada pemiliknya atas arahan DAP dengan dalil mungkin belajar dari Lalat2 Hijau" beer bukan minuman keras kerana kandungan alkohol yang tidak tinggi".. Semua ini menjadikan pemimpin kafir DAP berani berbuat apa sahaja yang bertentangan dengan sensitiviti orang Islam kerana mereka yakin PAS akan mempertahankannya dalam apa cara sekalipun.Ee masih ingat bagaimana DAP mencemarkan kesucian masjid,surau..Ee masih ingat bagaiman Lalat2 Hijau membiarkan dan mengalakkan pemimpin-pemimpin DAP yang hanya guna tisu untuk beristinjak ini masuk ke dalam masjid/surau dan memberikan 'tazkirah' dan sebagainya. Sudah tentu kita belum lupa semasa kempen pilihanraya Sibu yang telah lama lepas, nama PAS disebut oleh Teressa Kok di dalam ceramahnya sebagai pihak yang mewakili Islam dalam hal menerima penggunaan nama Allah di gereja dan penerbitannya.Dan pada ee yang lebih mengharukan lagi bila Nik Ajis ulama' kesayangan Lalat2 PAS dalam kenyataannya satu masa dulu mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang masuk ke dalam Surau Al-Huda di Kajang dan menyifatkan siapa yang mempertikaikan tindakan itu sebagai pihak yang tidak faham Islam. Seperti biasa Nik Ajis akan memberikan alasan perkara yang berlaku di zaman Nabi saw sebagai justifikasi untuk membenarkan hujahnya kerana di zaman Nabi Muhammad saw ramai kafir Qurasy masuk ke dalam Masjid berjumpa Nabi saw. Fikiran pendek dan kedangkalan pemikiran Nik Ajis hanya menambah kepada kekeliruan orang Islam apatah lagi yang bukan Islam, zaman di mana Islam bermula dan berkembang sudah tentu berbeza dengan keadaan sekarang.

Ee terangkan dan kongsikan disini pemimpin DAP bukan masuk masjid untuk mendalami Islam sebaliknya ingin mendapat publisiti politik murahan dalam kempennya menunjuk kepada orang melayu bahawa DAP tidak anti Islam. Dalam hal ini juga, berbeza dengan zaman Nabi Muhammad saw seperti yang dicontohkan Nik Aziz dimana orang kafir masuk masjid berjumpa dengan Nabi, yang berlaku di Serdang dan tempat-tempat lain ini ialah orang Islam masuk masjid berjumpa pemimpin kafir DAP untuk mendapatkan moreh dan bantuan hari raya.

Dan yang lagi terbaru yang Ee nak kongsikan bersama..bukan yang terbaru "dah lama daa.." pasal perlaksanaan Negara Islam dan hudud bagaimana Karpal selaku Ketua Segala Ulama' DAP dan PAS bertindak memperlekehkan hudud dengan keras tanpa berselindung menolaknya dan sekali gus memperlekehkan agama Islam.Jadi persoalannya sekarang yang Ee nak keutarakan PAS tarbiyah DAP atau DAP yang terbiyah PAS?..Ee ingin kongsikan sedikit fakta bagaimana bencinya DAP terhadap Islam sejak sekian lamanya..Namun semua itu pada mata pemimpin2 PAS dan penyokong mereka tidak penting,apa yang penting bagi PAS dapat mengelabui mata rakyat semata untuk memancing undi dan kerakusan untuk berkuasa asalkan dapat menumbangkan kerajaan pimpinan UMNO yang berPerdana Menterikan seorang Melayu Islam..

Renungkanlah dalam hadis yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid Ubadah bin Somit r.a. katanya:

kami telah berbaiah kepada rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbaiah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat Kufr Bawwah (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbaiah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadis ke 7199, Muslim hadis ke 1836)


1. Deklarasi Setapak pada 29 Julai 1967 di Majlis Jamuan Makan Malam Tahunan Pertama DAP, telah menggariskan beberapa perkara yang antaranya; bermatlamat mengembangkan ideologi negara yang bebas, berkehendakkan demokrasi berfahaman sosialis berdasarkan prinsip sama rata antara kaum, menuntut kesaksamaan sosial ekonomi antara kaum, serta mendesak Universiti Merdeka diiktiraf sebagai universiti kaum Cina.

2. Oktober 1967, DAP menjadi satu-satunya parti dari Malaysia yang menganggotai Socialist International (SI) yakni sebuah pertubuhan yang memperjuangkan sosialisme/komunisme/liberalis​me/zionisme/sekularisme etc. dan salah seorang yang pernah menjadi naib presiden SI ialah Ehud Baraq, mantan PM Israel. Antara associated organisations yang terlibat secara langsung dengan SI ialah World Labour Zionist Movement (WLZM). Beberapa agenda sulit SI yang dikenalpasti antaranya adalah untuk mengembangkan Christianity ke serata dunia, yang sangat bertepatan dengan ideologi DAP kerana anggota DAP sendiri terdiri daripada ramai penganut Kristian. Seandainya dikaji dengan lebih mendalam sejarah penyertaan DAP dalam Socialist International, pasti anda akan memahami 'rahsia' kejayaan DAP memenangi banyak kerusi Parlimen di PRU-4, sehingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.

3. 18 Oktober 1990, Karpal Singh mengatakan dengan lantang, "Jika mahu wujudkan negara Islam...langkah mayat saya dulu!"..

4. 5 Mei 2008, Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Azlan Shah selaku Ketua Agama Islam Negeri yang memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

5. Pada tahun 2008 juga, Teresa Kok meraikan kemenangan DAP dalam PRU-12 dengan memanggang 5 ekor babi sebagai simbolik orang Cina dalam Pakatan Pembangkang berjaya menguasai 5 negeri dengan PAS & PKR sentiasa berada di bawah telunjuk mereka. Sebab itulah agaknya ada ahli parlimen PAS yang menyokong pelajar membawa bekal babi ke sekolah.

6. Teresa Kok turut menuntut papan tanda jalan yang bertulisan Jawi di sekitar Kuala Lumpur & Selangor ditukarkan ke bahasa Mandarin; selain menuntut agar azan di setiap surau dan masjid dalam negeri Selangor diperlahankan.

7. Ronnie Liu mengarahkan semua arak yang dirampas atas 'usaha' Hassan Ali dalam kawasan majoriti penduduk Islam di Selangor, supaya dikembalikan semula kepada penjual/peruncit.

8. Tanah wakaf orang Islam seluas 4 ekar di Kampung Kebun Bunga, Selangor telah didirikan Dewan Perhimpunan Orang Ramai, Persatuan Perkuburan Cina. Sebelum itu, BN yang mentadbir Selangor telah berusaha untuk memindahkan dewan tersebut ke kawasan lain. Tetapi apabila Pakatan Pembangkang mengambil alih pemerintahan Selangor pada 2008, usul pemindahan dewan oleh BN sebelumnya telah ditolak DAP dengan sokongan Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

9. 16 Mei 2008, Exco Kerajaan Negeri dari DAP telah mengarahkan 130 unit lot perumahan bumiputera di Perak agar dijual ke pasaran terbuka dengan nilai hartanah bumiputra itu hampir RM5 juta.

10. Semasa Pakatan memerintah Perak, borang permohonan tanah di Pejabat Tanah di arah cetak dalam bahasa mandarin dan tamil, kononnya untuk memudahkan kefahaman kepada kaum bukan Melayu. Hakikatnya, mereka berhasrat untuk mengambil tanah milik Melayu secara senyap tanpa disedari orang Melayu yang pasti tidak faham akan kandungan borang yang dicetak menggunakan kedua bahasa tersebut.

11. Lim Guan Eng pernah menyarankan agar jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) serta Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang digantikan dengan kaum Cina.

12. Lim Guan Eng adalah seorang penakut dan cepat menggelabah apabila ditekan atau disergah. Itulah ciri seorang 'khalifah' yang sangat diagongkan para juak PAS.

13. DAP menaruh harapan untuk menguasai negara ini di PRU-13. DAP sanggup melakukan apa saja demi merealisasikan impian kerana beranggapan sekiranya mereka gagal dalam misi menguasai Malaysia di PRU-13, maka cita-cita mereka mungkin akan terkubur selamanya.

14. DAP hari ini memiliki 29 Kerusi Parlimen di Dewan Rakyat yang menjadikannya parti dominan dalam Pakatan Pembangkang berbanding PKR (26) dan PAS (23). Strategi DAP di PRU-13 adalah meletakkan calon Melayu bagi mewakili parti mereka, maka tidak mustahil DAP akan terus kekal menjadi PARTI DOMINAN PAKATAN selepas PRU-13 kelak.

15. Menyokong Nik Aziz, Anwar Bin Ibrahim, Husam Musa, Azmin Ali dan PKR, BERERTI anda rela diperalatkan demi memenuhi impian DAP menguasai Persekutuan Malaysia.

16.Baru-baru ini kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita telah digugat oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan memperkenalkan satu port folio baru di negeri jajahan kafir harbi itu. Mengambil kesempatan di atas Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia, DAP kononnya menyokong resolusi Putera Ghazi dari Jordan di PBB pada tahun lepas.Itu kata Guan Eng yang mewakili DAP.

17. DAP meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui PAS supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

18.Seperti tidak lama dului, mereka menunjuk kebencian tersebut dengan enggan memakai pakaian adat dalam sidang DUN di Sarawak atas alasan ia bercirikan Melayu dan Islam..Jika nak tulis terlalu panjang rasanya semua dah tau daa..

Ee katakan setegasnya disini Malaysia merupakan sebuah negara Islam terbaik yang diistiraf oleh dunia hanya pemimpin2 dan penyokong PAS yang tidak mahu mengakui atau malu untuk mengakuinya.

Malaysia salah satu  negara Islam yang diistiraf oleh dunia..ulama'2 berpendapat bagi menegakkan negara Islam ia mestilah mempunyai tiga perkara:

1. Tempat: iaitu bumi atau kawasan yang diduduki.
2. Penduduk atau bangsa yang tinggal di atas kawasan tersebut.
3. Kekuasaan yang tertegak peraturan serta undang-undang dan mempunyai pentadbiran kenegaraan.
Sesebuah negara tidak akan tertegak jika tidak mencukupi tiga syarat di atas.
Pembahagian Negara.
Fuqaha telah membahagikan negara kepada dua bahagian iaitu: 

1. Negara Islam (Dar al-Islam)
2. Negara Kafir (‘Dar al-Harb,)
Golongan Zaidiah mcnambahkan satu lagi yang dinamakan negara fasik. Ulamak  semasa membahagikan kepada tiga
bahagian iaitu:
1. Negara Islam
2. Negara Kafir
3. Negara al-Sulh
Mengikut ulamak feqah, ada lima pembahagian negara iaitu:
1. Dar al-Islam
2. Dar al-Harb
3. Dar al-‘Aqd (Dar al-Sulh)
4. Dar al-Riddah
5. Dar al-Bughat

Sifat-sifat Negara Islam Dan Negara Harb 
Al-Qur’an menyifatkan keadaan Mekah sebagai dar al-Harb sebelum pembukaan Kota Mekah pada tahun 9H..
Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 59 yang bermaksud:
Teiah diizirikan benperang bagi orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai. Dan
sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk menolong mereka.”
Ibn Abbas berkata ayat ini diturunkan ketika nabi Muhammad serta para sahabat keluar dan Mekah dan ketika ini Mekah
diiktibarkan sebagai 'dar al--Harb'. Dan ayat ini jelas menunjukkan bahawa sifat "dar alHarb" iaitu melakukan kezaliman seperti membunuh orang mukmin, menghalau mereka serta menjalankan
hukum-hukum yang mensyirikkan Al-lah SWT. Mereka juga menghancurkan masjid serta tempat ibadat.

Sifat Negara Islam
Al-Qur'an mengambarkan "dar al-Islam" seperti firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 41 yang
bermaksud:
"Orang yang kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi ini nescaya mereka mendirikan sembahyang,
menunaikan zakat, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan kepada Allahlah segala
urusan."
Ayat ini memberi gambaran bahawa orang mukmim yang menetap di atas muka bumi ini sentiasa menjaga.
sembahyang, mengeluarkan zakat, menyeru ke arah kebaikan dan menegah kemungkaran dan berkasih sayang
sesama mereka. Sifat negara Islam ialah:
1. Kekuasaan dipegang oleh orang Islam.
2. Agama Islam menjadi dominan serta undang--undang Islam dilaksanakan.
3. Suasana keamanan kepada umat Islam.
Dar al-Sulh:
Dar al-Sulh iaitu negara yang penduduknya membuat perjanjian keamanan dengan pemerintahan Islam dengan syaratsyarat yang telah ditetapkan atau negara yang telah dibuka oleh orang muslim dengan cara aman. Ia juga dikenali
sebagai Dar al-'Aqd atau Dar al-Mu'ahhidin (negeri damai). Menurut al-Shafi’i, Dar al-Sulh
membawa erti wilayah bukan Islam yang terikat kepada perjanjian yang memberi kedaulatan kepada sebuah negara
Islam tetapi mengekalkan kuasa autonomi tempatan. Bidang perjanjian itu menuntut pembayaran ufti ke atas tanah
(kharaj) kepada kerajaan Islam bagi memenuhi syarat-syarat jizyah.
Mengikut sistem pada zaman Umar mereka dikenakan membayar kharaj. Mengikut al-Qarafi menyatakan bahawa sistem
kharaj ini adalah mengikut kesesuaian tempat dan waktu. Ia merupakan sistem yang telah diasaskan oleh Saidina Umar
dan bukanlah hukum syarak yang tetap. Harus orang muslim mengadakan
 hubungan dengan negara Sulh ini tanpa mengunakan kharaj. Pada zaman dahulu pembayaran kharaj tidak termasuk 
.dalam syarat perjanjian. Menurut al-Shafi’i tidak harus bagi pemerintah mengadakan akad Sulh kecuali dengan
membayar kharaj dan sebagainya. Pada hakikatnya pembahagian negara ini tiada ada nas yang nyata dalam al-Quran
dan al-Sunnah, hanya ulamak pada kurun kedua yang membahagikan kepada bahagian seperti ini. Bukan maksud
pembahagian ini menjadikan dunia ini kepada dua sistem tetapi ia lebih berdasarkan keselamatan dan keamanan bagi
orang mukmin dan wujudnya ketakutan dari musuh di negara lain seperti pendapat Abu Hanilah.

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, undangundang Islam telah diperkenalkan seperti Kanun Melaka, Kanun Pahang dan lain-lain. Semasa penjajahan British,
peranan undang-undang Islam diperkecilkan bidang pelaksanaannya iaitu hanya undang-undang diri dan kekeluargaan
dan terhad kepada orang-orang Islam sahaja. Walaupun begitu, penghayatan Islam seperti pendidikan agama dan
kehidupan agama masih diberi ruang dan penghayatannya masih dapat dipertahankan. Sejak mencapai kemerdekaan,
pembangunan Islam dalam semua aspek terus berlaku walaupun terdapat beberapa masalah dan sekatan akibat
undang-undang yang ditinggalkan oleh penjajah dalam perlembagaan. Dalam bidang jenayah hanya undang-undng
hudud yang agak ketara percanggahannya dan masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Manakala bidang jenayah
membunuh atau mencederakan sebahagian daripada prinsip dan hukumnya tidak banyak berbeza dengan Islam.
Demikian juga dalam hukum takzir kesalahan-kesalahan maksiat. Dalam muamalat unsur riba yang ketara bercanggah
dengan Islam tetapi dalam kebanyakan bidang lainnya tidak banyak percanggahan berlaku.. Dalam bidang perkahwinan
dan kekeluargaan, kita dapati sepenuhnya undang-undang Islam dilaksanakan.Dengan menerima negara ini sebagai
sebuah negara Islam bukan bermakna ia telah selesai segala tuntutannya. Kesempurnaannya perlu kepada pengisian,
peningkatan ilmu dan penghayatan pada diri, masyarakat dan negara.


Dalam bidang ekonomi, Malaysia merupakan negara yang terkehadapan dalam memperkenalkan produk-produk
kewangan Islam dengan penubuhan Bank Islam pada tahun 1983. Pada hari ini, kita mempunyai dua bank Islam iaitu
Bank Islam dan Bank Muamalat dan terdapat puluhan institusi kewangan konversional yang menawarkan kemudahan
perbankan Islam melalui lebih daripada 1000 cawangan di seluruh negara.Termasuk dalam bidang ini ialah sistem pajak
gadai Islam, syarikat takaful dan syarikat broker saham yang beroperasi secara Islam.Kita dapati sistem kewangan yang
diamalkan ini berjaya dengan cemerlang dan peranan sarjana muslim dalam  merangka sistem kewangan Islam moden
dengan melakukan tajribah dan ijtihad bagi mengemukakan jalan penyelesaian yang boleh merealisasikan hukum Islam
sekaligus menjauhkan masyarakat dari sistem-sistem barat khususnya dalam isu riba. Perkara yang diutamakan ialah
isi, ruh dan nilai-nilai Islam dalam usaha mencapai setakat mampu kesempurnaan dan ideal dalam bentuk baru.

Dari definisi yang telah diberikan oleh para ulama' dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa negara Islam ialah
negara yang kekuasaannya milik orang Islam, melaksanakan undang-undang Islam, orang Islam bebas mengamalkan
ajaran agama tanpa gangguan, bebas mengeluarkan arahan, timbulnya suasana keamanan pada orang Islam dan orang
bukan Islam tiada dapat menzahirkan syiar-syiar mereka kecuali dengan izin orang Islam melalui perjanjian ‘akad
zimmah’ dan seumpamanya.

Dalam konteks Malaysia, kemasukan orang-orang bukan Islam bukan lagi melalui proses peperangan tetapi hasil
daripada proses politik. Lagipun, warga Islam dan warga bukan Islam bersama-sama sebagai rakan pembangunan
negara dan berkongsi politik. Melihat realiti dan maslahah umat Islam kini di Malaysia sudah tentu perlantikan mereka
sebagai menteri dalam menjayakan kemakmuran negara dan untuk survival umat, maka perkongsian politik dan kuasa
tidak dapat dielakkan. Tidak ada larangan yang mutlak daripada melarang mereka berpatipasi dalam perkongsian kuasa.
Tambahan pula membuktikan sikap toleransi agama Islam. 

Dr. Siddiq Fadhil menjelaskan suatu fenomena unik politik Malaysia ialah kewujudan warganegara bukan Islam dengan
jumlah yang hampir menyamai dengan jumlah warganegara Muslim. Status mereka bukan lagi sebagai kafir zimmi
seperti yang banyak diperkatakan dalam karya-karya klasik politik Islam. Mereka adalah warganegara penuh, malah
merasa sebagai pengasas bersama sebuah negara baru-Malaysia Merdeka. Umat Islam tidak lagi dalam melayani
minoriti bukan Islam yang lemah tetapi menghadapi warganegara bukan Islam yang besar dan kuat. Persoalannya
bukan lagi melindungi orang zimmi, tetapi berkongsi kuasa dengan warganegara bukan Islam. Andainya kita menerima
hakikat perkongsian kuasa sebagai formula politik yang diperlukan demi kestabilan negara dan kesejahteraan umat,
maka soal pengangkatan orang bukan Islam sebagai wakil rakyat atau menteri sekalipun tidak perlu dijadikan isu.

Sejarah juga turut membuktikan beberapa orang Kristian telah memegang jawatan sebagai Menteri Pelaksana lebih
daripada sekali pada zaman Bani Abbasiah. Di antaranya ialah Nasr Harun pada tahun 369H dan Isa Nostors pada
tahun 380H. Sebelum itu, Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian memiliki seorang penulis Kristian yang berkhidmat untuknya
bernama Sarjoun sehinggakan ahli Sejarah Adam Mitz mencatatkan dalam bukunya "Tamadun Islam Abad
keempat Hijriah" bahawa seolah-olah orang Kristian yang memerintah kerajaan Islam kerana ramainya orangorang bukan Islam menjadi gabenor atau pegawai tinggi di dalam negara Islam. 

Ee nak menjerit kuat2 kepada semua pemimpin2 Lalat Hijau dan pengikutnya.."Tak payahlah weiiii cakap pasal Islam..pasal nak buat Negara Islam..nak buat pasal hudud..cakap suka pusing bulatan...sekejap kata nak buat...sekejap kata tak nak buat..bila masa nak dekat PRU barulah sibuk nak tipu rakyat..PAS tidak sedar lagi....DAP hanya memperkudakan saja PAS untuk mendapatkan kuasa.PAS janganlah main ikut sesedap mulut saja....PAS lagi mengharapkan DAP..,walaupun DAP menghina pelbagai tomahan kepada PAS.. Ee katakan dan jeritkan kuat-kuat selalu kepada rakyat semua jangan menjadi talibarut DAP..PAS DAYUS berani kepada UMNO saja...Ingatlah menganut PAS kamu akan sesat selamanya..Menganut Islam kamu akan Selamat Dunia dan Akhirat..So..kamu fikirlah sendiri..


Thursday, September 27, 2012

PAS Lebih Takut Kehilangan DAP dari Takut kepada Kemurkaan Allah SWT..




Pada Ee walaupun PAS mendakwa memperjuangkan Islam dan seringkali mendakwa bertindak atas nama Allah S.W.T, tetapi PAS tidak mampu melawan segala hasutan setan apatah lagi bila Nik Ajis sendiri sanggup mendapatkan segala pertolongan bahkan dengan setan yang dilaknat Allah asalkan dapat menumbangkan UMNO.Apabila dengan setan PAS sanggup menerima pertolongan,jadi pada Ee tidak hairan jika kini PAS sanggup menjadi Pak turut kepada DAP kerana menurut Nik Ajis DAP adalah bapak segala setan.Apa yang Ee nampak PAS tidak sanggup mati begitu saja,bahkan tidak sanggup keluar pakatan,PAS tidak sanggup menyinggung dan melawan DAP kerana takut dengan segala ugutan DAP.Malahan, PAS sanggup memecat pemimpin sendiri yang memperjuangkan Islam, seperti Hasan Ali atas nama kesepakatan dengan DAP dan PKR.PAS sanggup melupakan Negara Islam, hudud dan mempertaruhkan kedudukan bangsa sendiri demi DAP Laknatullah di ketika mulut mereka melaungkan nama Allah.Pada Ee hari ini, tidak merasa pelik jika mendengar penyokong PAS berkata bahawa mereka memberi undi kepada DAP asalkan dapat menumbangkan UMNO dan berjaya mendapatkan Putrajaya untuk dikuasai oleh DAP.Ee percaya jauh di sudut hati mereka, mereka tahu siapa DAP dan mereka tahu bahawa kerjasama PAS dengan DAP mahupun PKR, adalah salah kerana perjuangan DAP dan PKR amat bertentangan dengan Islam namun kerana kecewa,hasad dan dendam yang membara sentiasa ditanam oleh pemimpin2 PAS mereka jadi bodoh dan keliru.

Bila akal telah dikuasai oleh kebuasan nafsu serakah yang ditenggek dik setan laknatullah PAS rela diperkudakan oleh bapak segala setan asalkan dapat merasai nikmat bersama berkuasa biar pun hanya sebagai budak suruhan.Pada PAS biar pii mampus dengan perjuangan Islam,biar pii mampus dengan bangsa Melayu,biar pii mampus anak cucu cicit,biar pii mampus dengan jenerasi akan datang,biar pii mampus dengan kuasa Melayu,biar pii mampus dengan kesultanan Melayu,biar pii mampus dengan perlembagaan asalkan dapat kuasa.Ee nampak pemimpin dan pengikut PAS sanggup berputih mata melihat kuasa yang dikuasai turun temurun oleh Melayu Islam jatuh kepada DAP dan PAS rela menjadi budak suruhan kepada bangsa asing dari menjalinkan persahabatan dengan UMNO yang telah dianggap musuh dunia dan akhirat semenjak dari sebelum merdekah.Apa yang Ee nampak kerana dendam kesumat yang bertapak sejak turun temurun menjadikan PAS begitu payah untuk menentukan yang mana benar dan salahnya di sisi Islam.Ee katakan penyokong setia PAS sedar bahawa DAP menguasai PAS bukan cerita dongeng, ia jelas dalam setiap isu yang berbangkit sama ada isu judi, arak, rumah urut, pusat hiburan, azan, hudud, murtad, Negara Islam dan segala-galanya namun kerana menurut kata hati yang telah dicelarukan menjadikan mereka pak turut dan hanya tahu angguk2 dan geleng-geleng saja.Penyokong PAS telah dibutakan mata,hati dan dipekakkan telinganya dengan segala putar belit mengunakan Al Quran, Hadis Nabi saw dan segala fatwa yang direka oleh pemimpin PAS.

Ee katakan dasar PAS menjadikan Islam sebagai teras politik adalah berlawanan dengan agenda sebenar DAP.Ee dapat melihat kerjasama DAP dan PAS adalah ibarat tabiat sekawan singa yang akan bermuafakat untuk memburu dan menjatuhkan haiwan lain sebelum dibaham. Tetapi apabila waktu untuk melapahnya, mereka akan bersaing sehingga ke tahap bersengketa. Singa yang kuat biasanya akan menang dan menguasai daging yang dilapah. Begitulah DAP melihat PAS iaitu sekadar rakan untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.PAS merasakan bahawa mereka mampu menangani DAP bila mereka bersekongkol namun mereka lupa akan ikatan yang telah dipersetujui bersama dalam kitab Jingga yang menjadi bahan rujukkan bila terpesong aqidah.PAS begitu takut kehilangan DAP daripada takut dengan kemurkaan Allah SWT.Ee nyatakan dengan tegas Islam tidak pernah menyuruh umatnya berpecah-belah, sebaliknya umatnya diperintahkan supaya bersatu-padu seperti yang dinyatakan menerusi al-Quran dan hadis.Ee ingat  kembali bagaimana Nik Ajis pernah menolak perpaduan antara Islam, jelas kepada kita bahawa Nik Ajis telah menolak satu seruan Al Quran itu menggalakkan perpaduan di kalangan manusia.Jika kita perhalusi apa yang disarankan oleh Nik Ajis ini, beliau sebenarnya telah menolak salah satu daripada saranan Al Quran dan secara langsung beliau telah menolak Al Quran dan Islam.Begitu juga Hadi Awang sendiri dalam muktamar PAS tidak berapa lama dulu telah membuang jauh perjuangan negara Islam dan hudud dan berikrar akan berjuang melaksanakan Negara Berkebajikan yang ditiru bulat2 dari UMNO bersama rakan sekongkol DAP dan PKR.Kini mereka berpusing 360 darjah menuduh UMNO menolak Islam. Siapa sebenarnya yang menolak Islam UMNO atau PAS sendiri?..Pada Ogos 1963 Dewan Ulama' PAS bersidang di kediaman Menteri Besar bersetuju bahawa "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir memerintah negara adalah kafir atau haram".. Kini siapa yang sebenarnya telah menjadi kafir dengan segala fatwa yang dibuat sendiri..bukankah kini PAS bersekongkol dengan DAP?..UMNO kafir atau PAS sendiri yang telah mengkafirkan diri mereka sendiri?..Bersatulah dalam 1Malaysia pada PRU 13 kelak dengan menyokong Kerajaan Pimpinan UMNO dengan memberi mandat yang lebih besar..Kerajaan pimpinan UMNO yang telah banyak berjasa kepada kita semua tanpa mengira kaum dan anutannya asalkan rakyat 1Malaysia pasti akan dilayan dengan adil dan pasti segala janji2 ditepati..Ingatlah Menganut PAS kamu Sesat Selamanya..Menganut Islam kamu Selamat Dunia dan Akhirat..So..kamu fikirlah sendiri.

Wednesday, September 26, 2012

Apakah Anwar telah keluar dari Islam dan menjadi Yahudi Laknatullah?..


Ee rasa apa yang dikatakan dan disokong oleh Anwar Al Juburi dalam akbar Britain,The Scotsman baru2 ini bahawa "Jiwa orang Islam ada masalah,mereka mudah marah dan beremosi"..Dalam artikelnya yang bertajuk "Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia" di New Straits Times baru ini. .Anwar Al Juburi memberikan kata2 merujuk kepada bantahan umat Islam seluruh dunia termasuk rakyat negara ini yang membantah filem yang menghina Islam.Pada Ee sebenarnya Anwar Al Juburi lebih buruk dan beliau mengidap penyakit hasad dan masalah jiwa yang melampau kerana menghasut rakyat agar memberontak dalam bersih kerana terlalu mengidamkan jawatan Perdana Menteri.Apa yang Ee nampak Anwar lebih parah kerana apa yang beliau lakukan bukan kerana memperjuangkan Islam sebaliknya kerana mabuk untuk berkuasa demi kepentingan peribadi akibat dendam sanggup membohongi rakyat.Pada Ee jika Anwar mengatakan jiwa orang Islam ada masalah,mudah marah dan beremosi apakah beliau sendiri bukan dari kalangan orang Islam?..Apakah Anwar merasakan dirinya tidak mempunyai agama?..Apakah Anwar telah keluar dari Islam dan menjadi Yahudi Laknatullah?..Apakah Anwar merasakan dirinya bukan dari kalangan ummad Nabi saw?..

Jika selama ini Anwar sanggup menghasut rakyat menjadi pengkianat kepada tanah air sendiri dengan membuat demonstrasi sehingga mencetuskan huru hara dalam negara semata mengharapkan negara menjadi kucar kacir dan beliau boleh merampas negara dan menjadi Perdana Menteri tanpa melalui proses PRU..kini beliau merasakan bahawa dirinya tidak menghadapi masalah jiwa dengan mengata orang Islam yang membuat demonstrasi membantah filem yang menghina Islam sebagai menghadapi masalah jiwa,mudah marah dan beremosi.Ee ingin memberi ingatan kepada rakyat negara ini sedarlah!..bangunlah.. Wahai anak anak Melayu Islam.. kamu mabuk dengan politik ikut ikutan... Kamu tak kenal intan permata... Kaca kamu genggam kuat kuat..kamu katakan intan berlian permata... dik kerana dah terlalu mabuk terkena air hasutan.. dari pemimpin Melayu derhaka jahanam yang hasad dan gila kuasa...sedarlah!..ingtlah.. bahawa Anwar bukanlah pemimpin yang baik apabila mengajar kamu membuat kerosakkan pada agama,bangsa dan negara tanpa kamu sedari..dengan kemahirannya membelitkan lidah kamu telah terpedaya..tertipu oleh kepandaiannya berlakun dan bersendiwara..

Bangunlah! wahai bangsaku dalam 1Malaysia pada PRU 13 kelak dengan mengkuburkan sedalamnya Anwar Ibrahim dan kuncu2nya dalam pakatan haram mereka..Marilah kita bersatu dalam 1Malaysia dengan memberikan sokongan yang besar dan memberikan mandat sepenuhnya  kepada kerajaan pimpinan UMNO untuk yang telah banyak berjasa kepada kita semua tanpa mengira bangsa dan agamanya..Marilah kita bersatu dalam 1Malaysia demi agama,bangsa dan negara..So..kamu fikirkanlah sendiri...

Tuesday, September 25, 2012

"Mentadak Mentadu bagimana si Ajis Tidur?...




Bukan maksud Ee nak menyibuk urusan pehak pembangkang namun setelah Ee renungkan  sedalam-dalamnya apa yg berlaku dlm politik Tanah Air yang semakin celaru demi agama bangsa dan negara terpaksa juga Ee buat artikel ini.Segala kekalutan dalam politik pembangkang..mereka bersekongkol tapi pendapat tidak pernah sama hanya satu saja perjuangan yang Ee nampak ada persamaannya samada dalam DAP,PKR mahupun PAS.."Pembohong,Penipu,Pembelit dan .." itu saja yang mereka begitu sepakat dan bila ianya sama maka kesannya mereka rasa sama..bila telah selalu berbohong,menipu,bersumpah namun tidak dikotakan..Ee mula nampak bahawa pehak pembangkang mula termakan sumpah kerana terlalu banyak janji2 yg mereka taburkan kpd rakyat tidak dapat mereka laksanakan.PRU 12 telah berlalu kini negara menanti PRU 13 yg akan diadakan tidak berapa lama lagi namun segala janji terlalu banyak yg tidak terlaksana dan agak mustahil untuk  dilksanakan.Kini apa yang Ee nampak pemimpin2 pembangkang cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan segala janji yg tidak tertunai dan pelbagai helah yg direka,bukan setakat itu saja segala isu yg kecil dan remeh temeh yang mengaitkan kerajaan UMNO mereka perbesarkan.Mereka pembangkang begitu mahir dalam bab2 mengalihkan perhatian rakyat,tidak kira DAP,PKR mahupun PAS.Bila sesuatu isu yang melibatkan mereka terbongkar maka dalang kepada segala penipuan Anwar Al Juburi akan mengarahkan kuncu2nya untuk mengalihkan perhatian rakyat.Bukan itu saja mereka pembangkang begitu bijak mengatur masa dan menentukan bagaimana menjadikan rakyat melupakan sesuatu isu yang mengaitkan mereka.

Mereka mengadakan pemberontakan yang dikatakan Bersih 2.0,3.0 dengan menghasut rakyat membenci kerajaan itu semua semata helah agar rakyat dapat melupakan seketika isu2 yang mengaitkan mereka dan isu2 bila segala janji yang mereka buat dalam PRU 12 dibangkitkan kembali.Bersih Julai 2009 yang telah diadakan setelah Ee selidik dilakukan adalah semata menutup isu penipuan yang dibuat dik Anwar Al Juburi kononnya ramai kalangan Ahli Dewan Rakyat dari Barisan Nasional akan melompat masuk pakatan pembangkang dan pembangkang akan membentuk kerajaan yang akan diumumkan dik Anwar Al Juburi pada 16hb September 2008 dan ternyata rakyat 1Malaysia tertipu buta2 dik auta Al Juburi.Apatah lagi Nik Ajis sebagai seorang ulama unggul PAS turut bersubahat dalam penipuan itu dengan mempertahankan Anwar Al Juburi bahawa pertukaran kerajaan bukan gimik politik."Usaha kearah membentuk kerajaan baru pada 16 September dengan diketuai PKR tidak boleh disifatkan sebagai angan2 Mat Jenin"..Ini kerana istilah angan2 Mat Jenin itu tidak ada pada orang politik"..Nik Ajis ketika ditemui selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-18 Tabung Serambi Mekah sekitar 2008.Pada Ee inilah dia Nik Ajis apabila"Matlamat boleh menghalalkan cara semata-mata mahu mendapatkan tampuk pemerintahan"...Kadang kala Ee bila Ee teringat peristiwa penipuan 16 September dik Anwar Al Juburi dan Nik Ajis secara tiba2 teringat pula kisah semasa kanak2 dulu ramai kalangan kanak2 dan ada juga orang tua yang  kena tipu dan menjadi penipu gara2 dik "binatang Mentadak Mentadu" yang kena tangkap nak lepaskan diri..Yang tua mahupun kanak2 siap nyanyi lagu.. "Mentadak Mentadu bagimana si Ajis tidur?..maka mentadak ketakutan nak lepaskan diri cari akal bagaimana nak melepaskan diri mulalah mengkerekotlah ke kanan..ke kiri..angkat kaki depan,belakang..binatang tu bukan faham cakap manusia cuma ketakutan bila dengar suara..maka ketawa berdekah-dekahlah ketawa.. baik yang tua mahupun kanak2 sehingga yang tua menampakkan gigi yang ronggak,menepuk2 perut dan ada yang melelehkan air mata melihat kelakuan binatang mentadak menipu.bila kanak2 bertanya pada yang tua betul ke pak mentadak tu faham cakap?..maka yang tua dengan muka selamba mengiakannya siap bagi dalil lagi..kanak2 yang tak faham apa benda main angguk bila dah besar dan tua buat perkara yang sama ajar pula anak benda yang boleh merosakan aqidah... hehehe..ada pula kanak2 yang terlebih nakal bila lepas soal binatang mentadak.. habis dicabutnya satu2 kaki dan sayap..kesian..Ee harap janganlah ada lagi penipuan yang serupa dengan mentadak yang akhirnya akan membinasakan diri sendiri mahupun aqidah seseorang seperti yang dilakukan dik Anwar Al Juburi dan Nik Ajis ulama' tua PAS.Ee katakan juga retorik bersih 2.0 adalah bagi menutup kelentong Mad Sabu yang mengangkat Mat Indera dan pasukan komunis sebagai Wira Negara,begitu juga bagi menutup kes Liwat Anwar Ibrahim yang hebih diperkatakan oleh rakyat pada waktu itu dan juga menutup isu Muktamar PAS yang dilakukan pada bulan Jun di mana Hadi Awang membuang perjuangan Penubuhan Negara Islam dan beralih kepada perjuangan menubuhkan Negara Berkebajikan yang ditiru dari UMNO yang telah lama dilaksanakan.Jika Ee mahu kaitkan segalanya dengan penganjuran bersih pada Julai 2009 semata menutup pembohongan serta kelemahan pehak pembangkang terlalu banyak.

Begitu juga bersih 3.0 pada April 2012 adalah untuk menutup segala kelemahan yang telah mereka lakukan sepanjang 2009 sehingga 2012 dan juga menutup segala pembohongan janji2 PRU 12 yang semakin rancak diperkatakan oleh rakyat.Begitu juga pemecatan Hassan Ali yang memperjuangkan isu aqidah namun apa yang beliau dapat disebali perjuangan murninya itu adalah pemecatannya dari PAS.Apatah lagi semakin ramai ahli2 pembangkang samada pemimpin mahupun penyokong yang keluar parti menyertai UMNO mahu pun bebas.Apa yang Ee nampak bersih yang dianjurkan oleh pembangkang juga ada hikmahnya yang tersendiri..Allah telah membuka pintu hati kepada Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim untuk kembali kepangkal jalan..jika dulu beliau tersalah langkah dengan menjadi pengkianat kepada bangsa dan agamanya bila bersekutu dengan DAP kini beliau telah sedar dan keluar dari DAP dan menceritakan segala pembohongan pehak pembangkang..Dan apa yang Ee nampak semakin ramai yang telah sedar dan mengikuti langkah Tunku keluar dari pakatan pembangkang samada dari kalangan DAP,PKR mahupun PAS..Jika pembangkang kata cuma Tunku saja yang keluar tak apa...tup2 semakin ramai yang keluar kalangan pemimpin2 DAP bangsa Cina seperti Tan Chee Chong,Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min yang telah sedar bahawa mereka sebenarnya telah tertipu oleh segala helah yang dilakukan dik Anwar Al Juburi dan pemimpin2 besar DAP..Namun petualang yang bernama Anwar Ibrahim tidak pernah kenal erti putus asa terus menghasut rakyat dan untuk itu Anwar selaku dalang telah memain peranan mengarahkan kuncu2 setianya agar terus membuat propaganda menghasut rakyat dan seterusnya mengadakan demonstrasi pemberontakan yang berselindung disebalik bersih 3.0.Begitu juga dalam bersih 4.0 yang diadakan sempena hari kemerdekahan negara adalah bagi menutup isu berbangkit Karpal yang menentang hudud dan berharap rakyat akan melupakannya bila saja berlaku perkara yang harus dibahaskan dalam bersih 4.0.Sendiwara pehak pembangkang dalam mengalihkan segala isu yang terkena batang hidung mereka bukannya perkara baru namun antara kita sedari atau tidaknya saja.

Pembohongan demi pembohongan yang dilakukan dik pembangkang amat memalukan..rakyat bukan saja dibohong malahan dihasut agar membenci kerajaan pimpinan UMNO yang telah banyak berjasa kepada semua tanpa mengira bangsa,agama dan anutannya asalkan rakyat 1Malaysia akan dilayan dengan adil. Pembangkang yang ketandusan idea mula merosakkan keharmonian yang kita kecapi selama ini dengan menghasut rakyat melakukan pemberontakkan tanpa rakyat sedari.Sedarlah!..marilah kita bersatu dalam 1Malaysia pada PRU 13 kelak dengan memberikan kembali mandat yang lebih besar kepada kerajaan pimpinan UMNO untuk terus mentadbir negara demi agama,bangsa dan negara.Marilah kita kuburkan sedalam-dalamnya pakatan haram pembangkang pada PRU 13 kelak yang telah terlalu banyak membuat onar di bumi Malaysia bagi menjamin kehidupan kita semua yang berbilang kaum dan agama dalam keadaan rukun damai dan sentiasa bersatu dalam menghadapi musuh negara..Ingatlah menganut PAS kamu akan Sesat..Menganut Islam kamu akan Selamat Dunia dan Akhirat..So..kamu fikirlah sendiri..

Monday, September 24, 2012

Iman PAS hanya berpaksi pada Lidah.Perjuangan Islam mereka hanya pada lidah dan tidak pernah faham segala ajaran Rasulullah saw.



Ee ingin ingatkan kepada semua agar ingat asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa  Hidup bersendi adat, Adat itu bersendikan syarak, dan Syarak pula bersendikan Kitabullah.Adat bersaudara.. saudara dipertahankan..adat berkampung.. kampung dijaga adat berbangsa.. perpaduan bangsa diutamakan.Apa yang Ee boleh katakan kepada semua rakyat negara ini memimjam kata2 keramat Tun Mahathir perjuangan kita belum selesai.. kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya..oleh itu Ee mengajak semua agar menolak pembangkang terutamanya PAS yang telah begitu banyak menyusahkan kita semua dengan pelbagai karenah yang menjijikan sejak dari sebelum merdekah sehingga kini.Mereka bukan saja memperkudakan suci Islam dan bangsa sendiri  pun mereka sanggup jual kepada DAP asalkan dapat kuasa duniawi yang sedikit.Dapat Ee rasakan bagaimana mereka mengadai maruah Islam sehingga Islam depandang hina..dicaci..mereka penganut PAS bertepuk gembira sehingga melelehkan air mata kegembiraan bila saja bangsa Melayu sebangsa dengan mereka di keji.diejek,dimaki hamun dan difitnah dik pemimpin DAP di setiap pentas ceramah anjuran mereka disambut dengan takbir yang bergema memenuhi ruang angkasa ciptaan Illahi.Iman mereka hanya berpaksi pada lidah..perjuangan Islam mereka hanya pada lidah dan mereka tidak pernah faham segala ajaran Rasulullah saw bahawa Iman itu "Ikrar di lidah..ditasdikkan di hati dan dilakukan dengan perbuatan"...mereka hanya tahu berpaksikan dilidah sahaja yang lainnya tidak sama sekali.

Ee katakan sepatutnya mereka buangkan saja perkataan Islam dalam parti PAS..pada Ee tidak sesuai dengan nama Islam yang ada pada PAS maka pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya telah menggunakan nama itu untuk menunjukkan bahawa PAS itu selaras dengan Islam, meskipun pada amalan dan tindakannya jauh berbeza bahkan kadangkala bertentangan dengan Islam itu sendiri.Apa yang Ee nampak bila rakyat yang kurang faham akan Islam menjadi keliru akibatnya ramai dikalangan mereka yang kurang memahami Islam tertipu dan mensifatkan PAS itu Islam, Islam itu PAS sehingga menjadikan mereka golongan fanatik PAS serta sanggup bertindak apa sahaja terhadap orang-orang yang tidak menyokong PAS. Malah ada setengah tempat menganggapkan PAS itu parti Allah seperti yang terjadi pada PRU tahun 1986 bila satu papan tanda yang diletakan ditepi Kampung Kerinci di tepi Lebuh Raya Persekutuan.Pada Ee ini satu yang menyesatkan aqidah umat Islam.

Renungkanlah hadis riwayat  Ad-Dailamy dari Ali R.A yang bermaksud :-

"Jangan kamu sekali kali mengqiaskan agama kerana sesungguhnya agama itu tidak boleh diqias dan permulaan orang yang mengqiaskan itu Iblis".

Dalam soal memutar belitkan setiap patah perkataan adalah kemahiran yang telah diserapkan kepada penceramah2 PAS.Ee katakan ini semua cubalah dengar setiap kali pemimpin PAS berceramah mereka akan mengeluarkan fatwa  "Sesiapa yang tidak menyokong PAS bererti mereka tidak menyokong Islam, dan sesiapa yang menolak PAS bererti mereka menolak Islam".Apakah Islam hanya untuk mereka yang menyokong PAS sahaja,bagaimana orang2 Islam lainnya yang tidak menyokong PAS?..Apakah wujudnya Islam di muka bumi ini kerana PAS?..Bagaimana Islam negara lain yang tidak ada parti PAS dalam negara mereka,apakah mereka bukan Islam?..fikirlah secara logik akal jangan ikut sedap mulut asal terbuka je asyik nak menipu dan membohong je..yang mendengar berfikirlah Allah mengurniakan kita semua akal fikiran yang sempurna bagi membezakan kita dari segala makluk ciptaanNya yang lain..jangan main angguk2 ,geleng2 sapi je..kamu tu manusia bukan sapi..

Ee ingin terangkan seterang-terangnya bahawa Islam menuntut umatnya mengutamakan pelbagai perkara asas yang lebih utama seperti isu pendidikan, ekonomi dan sosial sesebuah negara itu.Namun penganut PAS pula bila saja menjelang PRU maka pelaksanaan hukum hudud sebagai modal politik bergema semula untuk menang dalam pilihan raya,pada Ee ini semua sebenar bertujuan mencari keredaan pengundi dan bukannya keredaan Allah.Begitu juga bila rakyat memilih kerajaan pimpinan UMNO pada setiap kali PRU mereka penganut PAS mula buat akal mengadakan demonstrasi jalanan bagi menumbang kerajaan kononnya kerajaan tidak bersihlah,pengundi hantulah..Ee katakan sebenarnya merekalah yang menjadi hantu dengan menghasut rakyat membenci kerajaaan pilihan rakyat.Setahu Ee Islam tidak membenarkan sebarang bentuk demonstrasi sehingga mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara sebaliknya ia perlu dilakukan secara aman.Ee katakan dengan tegas Islam tidak melarang kita untuk berkumpul atau memberi pendapat kepada pemerintah tetapi haruslah dilakukan dengan cara yang berhemah bukannya  menumbangkan kerajaan dengan cara tidak demokratik,melakukan rusuhan seperti dalam bersih,1,2.0 dan 3.0 hakikatnya kotor dan busuk sedangkan kita semua ketahui kerajaan pimpinan UMNO telah melakukan banyak kebaikan dan kerajaan sedemikian patut beri peluang untuk meneruskan agenda membangunkan Islam dan kita sebagai rakyat harus menjadi tulang belakang menyokong usaha kerajaan bukannya membuat keburukan pula.Pada pandangan secara peribadi Ee katakan sejujurnya PAS selama ini telah memperalatkan banyak hukum agama kerana politik dan bagi mendapatkan kuasa,mereka menghalalkan dan mengharamkan apa saja asalkan mendapat keuntungan.

Renungkanlah Surah Al Imran ayat 19 bermaksud:-.

'Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam'. 

Ee terangkan dalam artikal kali ini sedangkan Parti Politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.Pada pandangan Ee jika  Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik seumpama " Sejongkong Emas yang kita ketahui akan ketulinannya kita leburkan pula dan dicampurkan dengan besi karat yang dilebur kononnya untuk menambahkan berat semata untuk menipu bagi mendapatkan keuntungan"..hanya mereka yang ahli tahu yang mana tulin dan yang mana tidak..Inilah yang dilakukan oleh PAS.Ee katakan dengan jelas bukan semua ahli begitu juga dengan penganut Islam bukan semuanya faham, maka Ee jelaskan ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam.Ini akan mengakibatkan aqidah Islam yang kita jagai selama ini.Kerana ramai yang Islam yang hanya setakat tahu hukum solat dan puasa saja yang lainnya mereka kurang arif.Setelah Ee fikirkan secara logik akal dan setelah berbincang dengan beberapa yang arif dalam hal ehwal Islam,dalam artikal kali ini Ee sarankan atas dasar untuk memelihara kesucian Islam dan mengelakkan daripada kekeliruan adalah lebih baik PAS buangkan saja perkataan Islam pada parti mereka.Jika PAS benar2 iklas dalam memperjuangkan Islam mereka boleh mencontohi UMNO  kerana umum diketahui bahawa lahirnya UMNO pada tahun 1946 itu adalah umtuk membela umat Melayu dan Islam negara ini dari angkara dasar penjajah Malayan Union yang akan menghakiskan ketuanan Melayu dan agama Islam dan dinyatakan bahawa penubuhan parti itu antara lain untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam di negara ini.

Ee katakan dalam artikal kali ini bahawa tiada siapa pun yang boleh menafikan bahawa pembangunan dan kemajuan Islam yang kita saksikan pada hari ini sehingga Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain adalah hasil daripada perjuangan UMNO yang memerintah sejak merdeka lagi, bukan hasil perjuangan PAS, walaupun pembangunan dan kemajuan itu terdapat juga kelemahan dan kekurangan di sana sini, itu adalah perkara biasa kerana yang melakukan adalah manusia dan manusia tidak seratus peratus sempurna.Ingatlah Menganut PAS kamu Sesat..Menganut Islam kamu akan mendapat Keberkatan Dunia dan Akhirat..So..kamu fikirlah sendiri..

Friday, September 21, 2012

Bonus dan Faedah Besar PAS dapat dari DAP..

Tahniah kepada penganut PAS kerana mendapat Bonus dan Faedah yang amat besar semenjak bersekongkol dengan DAP..Islam diperlekehkan dan memecah belahkan perpaduan ummah yg sangat dipinta dalam Islam..Ingatlah menganut PAS kamu akan Sesat..Menganut Islam kamu akan Selamat Dunia dan Akhirat..So.. Kamu fikirlah sendiri..

'Hukum Hudud' tidak Mengikut Al Quran,Ijmak Ulama' dan Qias.

Bila Ee katakan 'Hukum Hudud PAS' tidak mengikut Al Quran,Sunnah,Ijmak ulama' dan Qias mereka penganut PAS mula meroyan dan maki hamun macam2..Ee buktikan dgn AlQuran dan Hadis mereka tetap memaki hamun..kini Pengasas PAS Kelantan juga beka
s Setiausaha PAS Kelantan Wan Ismail Wan Ahmad mendesak agar PAS tark balik Kanun Jeneyah Syariah 1993..Ingatlah Ikut PAS kamu Sesat..Ikut Islam kamu Selamat Dunia dan Akhirat...So..kamu fikirlah sendiri...

Monday, September 17, 2012

Apakah Pemimpin PAS Lalok dulu/ Hisap Ganja Sebelum Berceramah?..Ee nampak Telatahnya sama je dengan Mat Gian yang lepas Gian..




Ee dapat rasakan ramai yang marah bila terbaca tajuk artikel yang Ee tulis..namun apa yang Ee tulis berkemungkinan ada benarnya jika kita amati dan kita perhalusi sehalus-halusnya setiap patah kata2 yang diluahkan oleh para pemimpin pembangkang terutama PAS.Dari sejak sebelum merdekah sehingga kini mereka bercakap seolah baru lepas Gian(Baru lepas hisap dadah)..Cuba-cubalah berihat sekejap dan bacalah dengan tenang apa yang dikatakan oleh pemimpin2 pembangkang terutama PAS..Apakah segala yang diucapkannya dalam keadaan sedar atau sebaliknya.. renungkanlah...

"Nabi Muhamad, masa kecilnya seperti Mat atau Mamat, setaraf budak-budak biasa di kampung-kampung, hanya mulia ketika berumur 40 tahun iaitu setelah menerima kerasulan, malah sambut Maulidur Rasul adalah kerja orang tak sudah."
- jawapan Nik Aziz semasa menyokong Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

"Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS."
– Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

"Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)."
–Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

 "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah."
- Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

"Menentang PAS adalah Haram mengikut Al-Quran."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

"Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

 "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid."
- Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

"Kita Ini Islam Bukannya Melayu".Nik Ajis

"Jika pakatan pembangkang memerintah negara, hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, serta penetapan gaji minimum dilaksanakan".Hadi Awang.

"Anwar kena membuat pengumuman rasmi bagi pihak pimpinan tertinggi pembangkang, selain menyuarakan pendiriannya sendiri berhubung pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan".Karpal

"Hanya dengan cara itu kita lebih mudah membuat keputusan selanjutnya dan dalam hal ini, sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa DAP sesekali tidak menyokong negara Islam".Karpal

"Saya bercakap selaku Pengerusi DAP Kebangsaan dan sudah tentu apa yang diucapkan saya mewakili parti dan kerjasama dengan DAP turut bermaksud bekerjasama dengan saya".Karpal

"Jangan kelirukan orang ramai dan isu ini mesti dijelaskan dengan pendirian rasmi pembangkang sebelum kita boleh teruskan dengan citi-cita untuk ke Putrajaya"..Karpal 

"Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan".Karpal

"Selepas kira-kira tiga jam perbincangan di antara pihak PAS yang diketuai saya dengan DAP yang diketuai pengerusi negeri Ngeh Koh Ham, pemimpin pusat DAP bersedia mengubah pendiriannya dengan mengenakan syarat supaya DAP diberi lapan jawatan exco dan PAS berjanji tidak melaksanakan hukum hudud dalam kerajaan campuran ini,". Ahmad Awang(Pesuruhjaya PAS Perak)

Ahmad mendedahkan saat-saat awal rundingan antara dua parti itu, sejurus selepas keputusan rasmi pilihanraya umum 8 Mac diketahui awal pagi keesokannya, sehingga ketegangan muncul apabila tokoh utama DAP Lim Kit Siang mengugut untuk memulaukan majlis angkat sumpah Mohamad Nizar.

"Di dalamnya ada akidah, perundangan dan akhlak. Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam. Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh anti Islam dan bersedia bertemu beliau di mahkamah".. – tegas Nasha dalam sms kepada Agendadaily.

"Kita tetap akan laksanakan hudud dan pinda Perlembagaan walaupun mungkin bukan dengan rakan pakatan yang ada sekarang… mungkin dengan pakatan lain yang memberi sokongan kepada kita nanti. Mungkin ada pihak yang simpati dan menyokong perjuangan kita nanti".Harun Taib 

"Kami merasa kecewa perjuangan Pas selama ini terlalu taksub kepada fatwa (membuta tuli) yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan parti"...Ramli Ismail

"Dulu Pas menghukum UMNO kerana membuat pakatan dengan parti politik bukan Islam tetapi nampaknya mereka juga lebih intim dengan parti politik yang jelas tidak akan sepakat untuk membangunkan kepentingan Melayu dan agama Islam"..Ramli Ismail

PASIR PUTEH -14 July- Seramai 30 penyokong tegar Pas cawangan Ketereh Tugal, Cherang Ruku di sini mengisytiharkan diri mereka keluar parti itu secara beramai-ramai untuk menyertai UMNO kerana kecewa perjuangan Pas telah menyimpang dari landasan sebenar.Mereka diketuai oleh bekas Ketua Pemuda Pas cawangan itu Ramli Ismail, 42, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Ee rasalah budak pening(Mat Gian) pun bila bercakap bila dia sedar dari peningnya, dia akan ingat kembali apa yang dicakapkannya..Namun apa yang Ee nampak pemimpin2 PAS bila bercakap mereka tidak pernah faham apa yang mereka cakapkan..Bila bercakap tidak mahu berfikir akan kesan dari apa yang diperkatakan..main hentam semberono saja.. asal dapat menipu penyokong2 bodoh alias bebal cukup..bila terkena kembali batang hidung..pemimpin2 PAS akan putar bulatan sehingga tertonggeng menyalahkan pula UMNO..Walaupun PAS kata Karpal tua ganyut,nyanyuk pada Ee karpal ni seorang yang berprinsip jika sejak dari sebelum PAS bersekedudukan dgn DAP,Karpal tetap dengan pendiriannya menolak Islam dan sanggup mati demi mempertahankan prinsipnya sehingga kini sebaik hudud muncul kembali walaupun hanya sekadar retorik pemimpin PAS saat menjelang PRU.Kadang kala Ee terfikir..agaknya pemimpin2 PAS terlebih 'Hisap Ganja' sehingga terlebih gian sebelum berceramah..tulah sebabnya tanpa rasa malu atau bersalah bercakap ikut sedap mulut,maki hamun,mencarut,memfitnah,terjerit,terlolong,buat suara kambing,buat suara anjing,buat suara serigala dan macam2 lagi langsung tidak menunjukkan yang mereka dalam keadaan tidak siuman.Ee sering nampak di lorong-lorong mahupun di mana penagih dadah lepas gian mereka tidak ada perasaan malu dan segan,kelakuan pemimpin PAS yang Ee nampak dan perhatikan setiap kali berceramah sama saja macam Mat Gian.Persoalan ini sering bermain dalam kotak fikiran Ee dan persoalan ini ingin Ee kongsikan bersama artikal yang sempat Ee coretkan kali ini.

Ee ingin berkongsi agar kita sentiasa ingat asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa " hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah."Adat bersaudara, saudara dipertahankan..adat berkampung, kampung dijaga..adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.. Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya"....Marilah kita bersatu dalam 1Malaysia dalam PRU 13 kelak dengan memberikan kemenangan kepada kerajaan pimpinan UMNO/BN yang telah banyak berjasa kepada kita semua tanpa mengira bangsa dan apa agamanya asalkan rakyat Malaysia janji yang dikatakan pasti akan ditepati.Marilah kita sama2 berganding bahu bersama dalam 1Malaysia demi Agama,Bangsa dan Negara.Ingatlah Ikut PAS kamu Sesat..Ikut Islam kamu Selamat Dunia dan Akhirat.. So..Kamu fikirlah sendiri..  
<photo id="1" />