Friday, January 27, 2012

Ee bertanya agak2nya berapa Sen lah UMNO beli Hasan Ali ye???..



Ee ketawa dan gelak sakan bila seorang kawan dari Parti PAS berkata PAS sokong Anwar sebab beliau akan membawa Islam dan akan melaksanakan Hudud bila memerintah kelak.Ee tanya pula kenapa semasa Anwar dalam kerajaan UMNO dulu beliau tidak bantu PAS melaksanakan Hudud sebaliknya menentang serta sering memandang rendah keupayaan pemimpin PAS dan kini menyalahkan Tun Mahathir pula?..Ee terangkan dengan jelas bahawa Anwarlah manusia pertama yang menentang Hudud dilaksanakan di Kelantan semasa di dalam UMNO. Anwar yang memperjelaskan kepada umat Islam tentang prinsip perundangan Islam yang dibawa PAS songsang sewaktu megah memegang jawatan di dalam UMNO.Ee juga terangkan bahawa sudah berulang kali Anwar ada menjelaskan malah di peringkat Antarangsa, semasa kempen PRU 12, Anwar berjanji tidak akan laksanakan Hukum ini.Anwar ni pakar dalam soal putar belit.Sekejap sokong sekejap tidak depan penyokong PAS kata sokong depan penyokong kaum Cina dan Hindu lain pula yang dikelentongnya.Ianya merupakan strategi menarik dan meyakinkan sokongan Pengundi Melayu semata2 kepada kaum lain cakap lain pula dan memberi jaminan ianya tidak akan dilaksanakan waimah Pakatan memerintah Kerajaan Pusat 1 hari nanti.

Ee lagi gelak sehingga mengeluarkan air mata kerana kebodohan penyokong PAS mendakwa bahawa PAS bergabung dengan DAP kerana nak berdakwah kepada pemimpin dan pengikut DAP agar satu hari nanti mereka akan menerima Islam dan seterusnya memeluk agama Islam.Ee bertanya pula kepada penyokong tersebut masa 60 tahun perjuangan PAS, pernahkah kita mendengar PAS berbakti kepada masyarakat?.. selama lebih 21 tahun PAS berkuasa di Kelantan, dimanakah kelompok masyarakat alim ulama sehingga ada yang disamakan dengan Nabi saw atau sehebat pendakwah2 awal di Nusantara?..Ee bertanya berapa ramaikah PAS mengislamkan orang lain?..Sebaliknya PAS yang kena dakwah oleh Karpal dan Lim Guan Eng yang mengaku meniru cara pemerintahan Khalifah Islam tersohor Khalifah Umar Abdul Aziz sehinggakan sanggup bertepuk tangan bertakbir bila mereka pemimpin2 DAP mencerca dan memaki hamun pemimpin Islam dan seagama dengan mereka.

Ee bertanya kepada mereka kenapa penyokong2 PAS sanggup usung bendera DAP dan kenapa pula sebahagian penyokong mereka sanggup berbaring di jalan raya menghalang lalu lintas dengan berpakaian berjubah dan melakukan pelbagai propaganda sehingga sanggup menipu kononnya mati dalam bersih 2.0 satu ketika dulu?..Dan Ee juga bertanya kenapa Naib Presiden mereka sanggup mengangkat Komunis sebagai Wira negara?..Dan lagi satu yang Ee tanya kenapa pemimpin DAP sering diundang berceramah dalam majlis PAS mengunakan keratan suci Al Quran kenapa tidak membaca apa yang ada dalam kitab anutan mereka?Selain itu Ee bertanya kenapa pemimpin PAS tidak pernah diundang untuk menyampaikan ceramah dalam majlis DAP?..Dan Ee bertanya juga kenapa kiblat kita sama, bacaan dalam solat kita sama,bangsa kita sama tapi Nik Ajis malu nak jadi orang Melayu dan menuduh pula sesama Islam sebagai kafir dan sebagainya??? ..Jawaban mereka senang saja sebab mereka benci UMNO..tulah sebabnya mereka sokong PAS dan lagi satu jawaban mudah mereka akan menyoal pula dengan soalan kenapa UMNO tidak sokong Hudud dan melaksanakan hudud..mereka tanya pula dengan menuduh pemimpin UMNO tidak adil dan zalim..Inilah yang membuatkan Ee kadang2 gelak sendiri dengan kebodohan mereka dalam membelitkan apa yang ditanya..Banyak helah dan penuh kemunafikan..

Yang menjadikan Ee semakin gelak sampai sakit perut mereka berkata pemecatan Hasan Ali kerana untuk menjaga perpaduan dalam PAS dan juga kerana Hasan Ali dah murtad kerana menyokong UMNO.Mereka juga mendakwa bahawa Hasan Ali merupakan orang yang telah dibeli oleh UMNO untuk memecah belahkan perpaduan mereka.Ee bertanya kepada mereka agak2nyalah berapa sen lah UMNO beli Hasan Ali tu ye?..Itu belum lagi mereka-mereka yang keluar dari pakatan pembangkang sebelum Hasan Ali seperti Ezam,Dato Nala,Zulkifli Noordin dan ramai lagi agak2nya lah berapa senlah layak untuk beli mereka semua?..Ee juga minta tolonglah beri satu anggaran setiap mereka yang keluar kena beli dik UMNO . Rakyat semua tahu yang pehak pembangkang sebenarnya pendusta besar,mereka hanya tahu membohong..Kalau seorang dua tu ADA LOGIK JUGA ..Ada otak fikir..Tidak masuk akal.Ee juga bertanya rasanya lah jika dulu Hasan Ali tidak campur tangan dalam isu kes murtad,penjualan arak di Shah Alam,dalam kes judi dan juga dalam kes maksiat yang macam cendawan tumbuh dalam negeri2 yang diperintah dik pembangkang rasanya kena pecat tak ???..Ee juga bertanya kenapa pula Hadi Awang yang membangkitkan tentan Negara Perpaduan bersama UMNO tidak dipecat dari PAS ???..hehehe..mereka senyum sambil garu kepala...Renung2kanlah...

Wednesday, January 25, 2012

Islam Mengajar Mentaati Pemerintah bukan menjatuhkan Pemerintah.Hanya Pemimpin2 PAS yang memutarkan fakta Al Quran dan Hadis..



Ee ingin terangkan secara jelas bahawa pada waktu ini, di dalam Negara Malaysia, pemimpin yang berkuasa kepada umat Islam Malaysia yang wajib ditaati oleh mereka jika disuluh atau difahami di bawah maksud Imam di dalam hadis-hadis yang berkait pemimpin maka kita akan mendapati yang dimaksudkan oleh syarak dan disepakati oleh realiti ialah Yang Dipertuan Agong yang merupakan salah seorang raja-raja bagi negeri-negeri tanah Melayu yang dipilih setiap 5 tahun.

Ini dibuktikan oleh Perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang menyebutkan :

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

-sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006

Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Negeri Terengganu.

Apa yang Ee boleh terangkan berdasarkan kenyataan di atas, wajarlah disedari oleh mereka yang berakal bahawa perbuatan menyertai pilihanraya dan menukar badan Esekutif serta menukar ganti mana-mana pegawai kerajaan yang menyeleweng, berlaku zalim, pecah amanah serta buruk perangai langsung tidak membawa sebarang makna pertentangan atau membawa maksud menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong sekalipun pada luaran dan daripada sudut istiadat para pegawai seperti Perdana Menteri, Majlis Menteri melakukan tindakan mereka menggunakan nama Yang Dipertuan Agong namun secara hakikat dan realitinya mereka bekerja dan bertindak di dalam pentadbiran sebagai mewakili rakyat dan bertindak di atas nama rakyat melalui Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang lebih jujur dan amanah kita sebutkan para Menteri dan Perdana Menteri yang memerintah ialah dengan mewakili Parti mereka dan para penyokong mereka yang membuatkan mereka menang di dalam pilihanraya.

Melalui Perlembagaan juga kita kini jelas bahawa ulil amri dan pemimpin di Persekutuan Malaysia bagi umat Islam yang mesti ditaati ialah Yang Dipertuan Agong dan raja-raja Melayu yang boleh dipanggil sebagai imam, khalifah dan amir umat Islam di tanah Melayu.

Maksud Imam, Khalifah dan Amir ialah sama pada makna Syarak iaitu penganti rasulullah di dalam menjaga urusan agama dan urusan umat Islam. (lihat pada ta'rif imam yang boleh didapati di dalam kitab Al-Ahkam Al-Sultoniyah oleh Al-Mawardi hal.5, Aqa'id Al-Nasafiyah di hal. 179)

Seperti kata Imam An-Nawawi ra ; "Harus dipanggil kepada imam (pemerintah) dengan panggilan khalifah atau Imam atau Amirul Mukminin." (lihat di dalam Kitab Raudatu Tolibin hal.49 Jilid 10)

Diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda :"Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu" (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 1855).

Baginda Yang Dipertuan Agong, merupakan pemimpin umat Islam Malaysia yang wajib ditaati dan diberi wala' serta tidak boleh digulingkan atau ditentang selama baginda melaksanakan hak-hak Islam dan memenuhi kewajipan pemerintah semampu baginda. Realiti kita mendapati Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja melayu setakat ini sentiasa peka dan menjaga hak-hak Melayu dan umat Islam semampu mereka selama dalam bidang kuasa mereka yang sangat terhad akibat oleh pembahagian kuasa oleh sistem Demokrasi sejak tanah Melayu dijajah oleh Penjajah British.

Apa yang Ee difahamkan bahawa sekalipun Yang Dipertuan Agong atau raja-raja yang merupakan imam dan amir bagi umat Islam di Malaysia tidak bersetuju atau tidak suka kepada Perdana menteri dan majlis menterinya serta segala perbuatan mereka namun disebabkan oleh proses demokrasi, segala raja-raja dan Yang Dipertuan Agong tidak boleh berbuat apa-apa terhadap hal ini disebabkan kuasa mereka dihilangkan oleh sistem demokrasi.

Ini terdapat dalam Perkara 66. Penjalanan kuasa perundangan.

(3) Apabila sesuatu Rang Undang-Undang telah diluluskan oleh Majlis Parlimen tempat Rang Undang-Undang itu bermula, maka Rang Undang-Undang itu hendaklah dihantar kepada Majlis Parlimen yang satu lagi; dan Rang Undang-Undang itu hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya apabila telah diluluskan oleh Majlis Parlimen yang satu lagi itu dan persetujuan telah dicapai antara kedua-dua Majlis Parlimen itu mengenai apa-apa pindaan yang dibuat dalam Rang Undang-Undang itu atau apabila Rang Undang-Undang itu dikehendaki dikemukakan sedemikian di bawah Perkara 68.

(4) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepadanya memperkenankan Rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan Mohor Besar dicapkan pada Rang Undang-Undang itu.

(4A) Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah memperkenankannya.

-sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006

Hakikatnya pentadbiran Negara tidak dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong atau Raja-raja Melayu yang merupakan imam dan pemimpin yang wajib ditaati oleh kita sebaliknya pentadbiran Negara Malaysia dijalankan oleh kuasa Eksekutif iaitu Majlis Menteri (Kabinet Menteri) yang merupakan pemerintah di Malaysia setelah mereka dilantik oleh rakyat melalui pilihanraya serta Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat yang memenangi pilihanraya atau melalui perlantikan Negeri seperti Dewan Negara bagi membuat Rang Undang-Undang.

Jika diteliti Perlembagaan Persekutuan kita akan dapati bahawa Bab 3 adamemperuntukkan mengenai badan Eksekutif.

Perkara 39. Kuasa eksekutif Persekutuan.

Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.

Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.

(1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

- sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006

Secara kasar menjelaskan bahawa kuasa eksekutif kini boleh dijalankan oleh jemaah Menteri atau Menteri Kabinet yang dilantik. Tetapi pada setiap ketika mereka melaksanakan kuasa itu mereka melaksanakan di atas nama 'Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong' baik apakah perbuatan mereka terhadap rakyat diperkenan atau tidak oleh Yang Dipertuan Agong secara peribadi atau tidak mereka tetap berkuasa melaksanakan di atas nama baginda selama mereka menduduki jawatan.

Lalu sistem dekorasi yang memberikan kuasa kepada rakyat untuk memerintah dan menukar pemimpin iaitu menukar ganti kuasa Eksekutif para Menteri dan Perdana Menteri maka rakyatlah yang wajib dan berhak menukar mana-mana pemimpin yang tidak layak dan tidak berhak menduduki jawatan Perdana Menteri dan menteri-menteri setelah terbukti mereka zalim, tidak amanah, serta gagal menjalankan kewajipan mereka.

Perbuatan menyertai pilihanraya, mengundi serta menukar kepimpinan Negara langsung sama sekali tidak menunjukkan apa-apa tanda derhaka dan keluar daripada ketaatan terhadap Yang Dipertuan Agong dan raja-raja yang merupakan Imam dan pemimpin umat Islam di Malaysia bahkan itulah tanda sokongan kita dan tanda kerjasama di dalam apa yang disebutkan oleh Allah swt sebagai " Kerjasama di atas kebaikan dan taqwa."

Allah swt telah berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلا الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلا الْهَدْيَ وَلا الْقَلائِدَ وَلا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنْ رَبِّهِمْ وَرِضْوَاناً وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَنْ صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَنْ تَعْتَدُوا وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, Maka bolehlah berburu dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil-haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan maksiat dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (Al-Maidah : 2)

Rakyat berperanan menukar Majlis Eksekutif yang mentadbir Negara melalui pilihanraya sehingga membolehkan wakil-wakil mereka yang memenangi pilihanraya tersebut menduduki Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta kelompok yang mencintai kebenaran dan berhasrat menunaikan hak-hak Islam sekiranya menang di dalam pilihanraya tersebut boleh menunaikan hasrat mereka setelah menubuhkan kerajaan baru dengan menjalankan segala dasar yang mereka inginkan di atas nama Yang Dipertuan Agong.

Oleh yang demikian perlulah difahami sekali lagi, baik parti (kelompok) rakyat yang sekuler yang memerintah Negara atau kelompok (parti) rakyat yang mencintai Islam dan ingin memperjuangkan hak-haknya yang memerintah Negara maka mereka kedua-duanya apabila menduduki jawatan Menteri dan Majlis Esekutif semuanya menjalankan kerja mereka di atas nama Yang Dipertuan Agong.

Sebagai rakyat yang bijak, kita harus memahami bahawa sekiranya kita memilih parti pembangkang untuk diberi undi sewaktu pilihanraya dan kemudian mereka menjadi kerajaan maka mereka turut bertugas sebagai wakil Yang Dipertuan Agong sama seperti parti yang memerintah sekarang. Oleh itu hendaklah kita menghentikan tuduhan, fitnah serta pelbagai lagi salah faham bahawa sesiapa yang melawan parti yang memerintah atau ingin menjatuhkan badan eksekutif melalui pilihanraya sebagai khawarij dan pemberontak.

Ee ingin ingatkan perlulah kita jangan menjadi tersangat dunggu apabila mengeluarkan fatwa-fatwa aneh supaya rakyat membenci kerajaan dan menghasut rakyat agar menjatuhkan pemerintah itu bukanlah perintah daripada kitab dan sunnah sebaliknya merupakan daripada kejahilan diri kita sendiri.

Persoalan menjatuhkan kepimpinan atau pemerintahan yang dipegang oleh orang Islam adalah satu persoalan besar yang dibahaskan oleh para ulamak sejak sekian lama. Ini adalah kerana wujudnya hadith-hadith yang melarang dijatuhkan sesebuah pemerintahan yang dipegang oleh orang-orang Islam tanpa alasan yang kukuh, disamping penggulingan kepimpinan negara atau daulah boleh mengakibatkan pertumpahan darah dikalangan rakyat jelata.


Oleh itu, baginda Nabi s.a.w. melarang pertembungan demi merebut kepimpinan melainkan dengan alasan yang kukuh. Dalam hadith yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid Ubadah bin Somit r.a. katanya: kami telah berbaiah kepada rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbaiah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat Kufr Bawwah (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbaiah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadith ke 7199, Muslim hadith ke 1836)

Hadith diatas menjelaskan kepada kita bahawa rasulullah meminta daripada umat Islam agar mentaati pemerintah dalam segala keadaan, sekalipun mereka melakukan kezaliman terhadap kita. Kita ditegah merebut kuasa melainkan apabila melihat Kufr Bawwah iaitu kekufuran yang dalil mengenainya jelas tanpa sebarang keraguan atau takwil. Kita pula dikehendaki menyatakan kebenaran dimana sahaja dan dihadapan sesiapa sahaja.

HUKUM MEMERANGI PEMERINTAH.
Pada asalnya syarak melarang umat dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam. Sebab kepada larangan keluar memerangi pemerintah tanpa sebab-sebab yang amat besar iaitu Kufr Bawwah ialah kerana kesannya yang amat merugikan.

Jika peperangan berlaku sesama Islam maka banyak darah muslimin yang akan tumpah, kekuatan umat menjadi lemah dan golongan kafir berkesempatan daripada peperangan saudara yang sedemikian. Kata al-Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadith soheh muslim, Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya adalah haram dengan Ijmak al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti didalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan. Kata para ulamak:Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.


Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam.(rujukan syarh soheh Muslim oleh an-Nawawi m.s. 540,552/jilid 12 cetakan dar al-khair beirut)

Ad-Dawudi pula menyebut: yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.(rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

KUFR BAWWAH
Berhubung dengan persoalan kufr bawwah maka para ulamak berbincang apakah yang dimaksudkan dengan perkataan berkenaan dalam hadith diatas dan hadith-hadith lain yang menggunakan perkataan yang sama yang kerananya membolehkan pemerintah ditendang dan dipecat.
Ada yang menafsirkan dengan mungkar yang terang yang melanggar kaedah Islam dan tidak ada sebarang alasan dan andaian lagi kerana begitu terang dan nyata. Ini adalah pendapat an-Nawawi. Mustafa al- khin dan Mustafa al-Bugha memegang pendapat an-Nawawi ini dengan kata mereka an-Nuzhah: Tidak boleh menentang para pemerintah kecuali apabila berlakunya mungkar yang pasti yang menyanggahi prinsip-prinsip Islam. Jika berlaku demikian maka wajib memenangkan yang hak dengan apa pengorbanan sekalipun(rujukan Nuzhah al-Muttaqin syarh Riyadh as-Sholihin,m.s. 171/ jilid 1.ctk. Muassasah ar-Risalh, Beirut)

TIDAK MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH
Persoalan tidak melaksanakan syariat Allah bahkan membelakangkannya lalu memilih perundangan kufur adalah topik yang serius yang diperkatakan dikurun ini. Hendaklah kita ketahui bahawa sepanjang sejarah umat Islam sememangnya pernah wujud para pemerintah yang memiliki keperibadian yang tidak baik, Namun sejarah tidak pernah memberi tahu dikalangan mereka yang menolak secara rasmi hukum-hakam al-Quran dan Sunnah sebagai asas perlaksanaan hukum dan perlembangan dalam masyarakat dan negara.


Kejahatan mereka bersifat akhlak peribadi.Tetapi Islam tetap menjadi teras dan asas undang undang negara. Tidak pernah dikalangan meeka mengistiharkan pengubalan undang-undang yang tidak bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Kalaulah ada pemerintah yang melakukan sedemikian pasti umat islam yang ada ketika itu mengistiharkan jihad besar-besaran terhadap mereka.
Hal ini dapat kita lihat kepada fatwa yang dikeluarkan oleh al-Imam Ibn Kathir terhadap pemerintah Tatar atau Monggol yang mengubal undang-undang ketika menawan Baghdad dengan mencampurkan undang-undang Yahudi, Keristian, Islam dan juga pemikiran pemimpin mereka iaitu Ginkiz khan.

Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Ginkiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu , Yahudi, Nasrani,Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah ,sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-�eAzim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70.Ctk. Beirut)

Dalam al-Bidayah Wa an-Nihayah yang merupakan kitab sejarah yang besar karangan Ibn Kathir sekali lagi beliau menegaskan perkara ini, katanya: Sesiapa yang meninggalkan hukum-hakam syarak yang diturunkan kepada Muhammad bin Abdillah, Nabi yang terakhir, lalu berhukum kepada syariat yang dimansuhkan (ajaran yang diturunkan kepada nabi yang sebelumnya) menjadi kafir. Bagaimanakah pula mereka yang berhukum kepada Yasa dan mendahulukannya keatas ajaran Islam? Sesiapa yang berbuat demikian maka menjadi kafir dengan Ijmak Muslimin(rujukan al-Bidayah wa an-Nihayah. Juz 12,m.s. 128.Ctk. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut.)

Syeikh al-Islam Ibn-Taimiyyah, tokoh ilmuan yang agong, juga merupakan guru utama al-Imam Ibn Kathir, dengan lebih terperinci menyebut: Tidak syak lagi bahawa sesiapa yang tidak beriqtikad wajib berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah adalah kafir, Sesiapa yang menghalalkan untuk berhukum dikalangan manusia dengan apa yang dianggapnya adil tanpa mengikut apa yang diturunkan Allah, maka dia adalah kafir Katanya lagi: Mereka itu jika mengetahui bahawa tidak harus bagi mereka berhukum kecuali dengan apa yang diturunkan Allah tetapi tidak mematuhinya bahkan menghalalkan untuk berhukum menyanggahi apa yang diturunkan Allah maka mereka adalah orang-orang yang kafir. (rujukan Majmuah at-Tauhid m.s. 205,206,Ctk. Dar al-fikr, Beirut.) Dengan penjelasan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah,maka jelas diperincikan bahawa yang menjadi kufur adalah mereka yang tidak menganggap wajib berhukum dengan sistem Islam atau yang menghalakan sistem yang selain Islam.Namun sesiapa yang beriktiqad wajib berhukum dengan syariat Allah dan ianya syariat yang paling sempurna dan adil tetapi tidak berhukum dengannya kerana kepentingan peribadi dan harta benda dunia maka mereka adalah golongan yang sangat fasik dan zalim.

PEMERINTAH MUSLIMIN SEMASA
Sekiranya sesebuah pemerintah tidak melaksanakan syariat Islam dan menghalalkannya maka ini adalah kufur, maka diwajibkan kita menjatuhkannya dengan cara yang benar-benar menguntungkan Islam dan kaum Muslimin. As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi didalam Fiqh ad-Daulah menyebut tiga kekuatan yang perlu wujud dalam menjatuhkan kerajaan di zaman ini.
Pertama: Kekuatan ketenteraan.
Kedua: Parlimen yang mampu mengubah dasar.
Ketiga: Kekuatan pergerakan rakyat yang menyeluruh yang tidak mampu dihalang oleh sesiapa, sekalipun angkatan bersenjata. Sesiapa yang tidak mempunyai kekuatan ini hendaklah ia bersabar dan bersiap sehingga mampu memilikinya. Dalam masa tersebut maka dakwah diteruskan dengan lisan, menulis dan segala ruang yang ada. (Untuk huraian yang lebih terperinci sila lihat Fiqh Ad-Daulah m.s. 125.Ctk.Dar asy-Syuruq, Qaherah.)

Bagaimana sekiranya sesebuah pemerintah tidak melaksanakan syariat Allah tetapi tidak menghalalkannya. Para pemerintah yang mendukung selain dari sistem Islam mereka tidak boleh dianggap terkeluar daripada Islam selagimana mereka tidak melafazkan ucapan yang menghalalkan sistem kufur atau menghina sistem Islam.Dari segi aqidah mereka tidak terkeluar dari islam, dengan itu bagimana nilaian terhadap kerusi pemerintahan mereka?

Dalam persoalan ini Al-Qardhawi di dalam Fiqh ad-Daulah yang dengan jelas menyatakan tetap wajib menjatuhkannya kerana ini adalah persoalan besar yang membabitkan perkara dasar Islam, para ulamak Islam yang lain dizaman kini menyatakan perkara yang sama. Antara yang dinyatakan oleh as-Syeikh Mohammad Naim Yasin di dalam buku al-Jihad: Adapun sekiranya kefasikan pemerintah dan maksiatnya ialah mewujudkan suatu sistem (bukan Islam) untuk rakyatnya dan jelas darinya kepastian menyelewengkan umat dari berpandukan peraturan Allah dalam persoalan aqidah, Akhlah dan dipimpin umat selain dari al-quran dan as-sunnah. Sesungguhnya bersabar terhadap kemungkaran tersebut adalah lebih dasyat dan besar fitnahnya dibandingkan dengan sebarang fitnah yang berpunca dari bangkit menentang dan menghunuskan senjata terhadap pemerintah seperti ini.Maka wajib bagi kaum muslimin untuk berjihad menentang pemerintah yang sebegini dan menggunakan sebarang cara yang disyarakkan untuk memecatnya dari tampuk kekuasaan serta digantikan dengan sesiapa yang akan meminpin mereka dengan agama Allah (rujukan : Al-Jihad, Mayadinuhu Wa asalibuhu, ms 203-204. Ctk. Dar al-Furqan, Amman, Jordan .Renung2kanlah...

Saturday, January 21, 2012

Perang Badar Bukti Nyata renung-renungkan dan Selamat Beramal..


Mengadap Kiblat Yang Sama.Menyembah Yang Satu.Satu Tujuan mencari KeredhaanNya.Pemimpin Silih Berganti.Rasulullah saw Pemimpin Agong Wafat diganti oleh Khalifah2 Sahabatnya.Membawa Satu Sinar kepada perjuangan Islam yang Tulin.Perang Badar sebagai bukti nyata tapi dipinggirkan kerana nafsu sarakah.Musuh Islam mengunakan Islam sebagai senjata pemusnah Perpaduan Ummah.Rasulullah bijak menghidu bahaya maka Islam kembali bersatu kemenangan dicapai jua.Sedarlah
wahai penganut Islam musuh dalam selimut sangat bahaya mereka mengadu domba dalam senyap..Topeng Islam.. ulama' tersohor,berfatwa,berdakwah membawa imej berpakaian wara',berdahi hitam dan berjanggut sejemput hanya sendiwara dunia pengkabur mata namun di hati penuh luka dendam membara.Al Quran,hadis dan zikir hanya putaran angin untuk menipu,pemecah Ummah meraih simpati pembawa durjana.Bangkit bukalah mata hancurkanlah mereka Penguna Agama.Demi Islam jangan tertipu si mulut manis hanya janji yang ditabur nyatanya tidak.Sedar dan Insaflah kembalilah kejalan yang benar.Bersatulah membentuk Perpaduan Ummah dalam menegakkan kedaulatan Islam,Bangsa dan Negara bersama mengembeling tenaga demi mengimbangi kemodenan alaf baru dalam 1Malaysia.

Friday, January 13, 2012

Hanya PAS yang Mengamalkan Pembohongan dan Bohong Sunat asalkan dapat Undi..Al Quran dan Hadis diPusing 360 Darjah..



Dalam berdakwah atau berjuang meningkatkan Syiar Islam di mata dunia tiada Istilah Membohong mahupun Bohong sunat.Allah dan RasulNya tidak mengajar semua itu carilah hukum dalam Al Quran mahupun Hadis.Hanya PAS yang selalu cakap bohong pada pengikut setianya mahupun rakyat negara ini.Parti PAS sanggup memperjudikan kesucian Islam dan Bangsanya dengan telatah para pemimpin mereka yang sentiasa berbelit bila berceramah mahupun dalam menunaikan janji-janji mereka terhadap penyokong setia mahupun rakyat negara ini.Kemunafikan PAS dapat dilihat dengan jelas apabila mereka begitu lantang mempertahankan isu Mat Sabu dalam mengangkat komunis sebagai Wira Negara begitu juga dalam Bersih 2.0 yang lalu.Dalam bersih 2.0 antaranya mengenai tohmahan melibatkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa dirinya dilanggar kenderaan polis, tindakan provokasi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua terhadap pihak polis dan peristiwa tembakan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin.Begitu juga melibatkan peserta perhimpunan, Allahyarham Baharudin Ahmad, 59, yang didakwa meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata dan rakaman mengenai peserta perhimpunan Bersih, Shuhardi Md. Isa yang didakwa sebagai Baharudin.

Bagi ustaz-ustaz di dalam PAS,Ee berpendapat agaknyalah Allah swt menurunkan dua versi Al-Quran dengan dua set hukum yang berbeza - pertama set hukum bagi ahli PAS dan yang kedua, set hukum bagi golongan yang bukan ahli PAS.Ee masih ingin bagaimana satu masa dulu, ustaz-ustaz PAS menjatuhkan fatwa kufur dan haram bagi kerjasama yang dibuat dengan orang bukan Islam. Di tempat-tempat tertentu, mereka menjaja ayat al-Quran yang bermaksud :

"Janganlah orang-orang mukmin menjadikan orang-orang kafir sebagai wali selain orang-orang mukmin. Siapa saja yang berbuat demikian, maka terlepaslah dari pertolongan Allah".

Ee ingin menerangkan bahawa mereka mentafsir secara sempit ayat2 tersebut bagi menakut-nakutkan pengundi Melayu dan Islam agar mereka tidak mengundi calon-calon Barisan Nasional (BN) yang bukan Islam.Sebaik saja Nik Ajis Nik Mat mengeluarkan fatwa "kalau syaitan hendak bekerjasama dengan kita pun kita terima", hukum yang pernah dijatuhkan kepada UMNO kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam telah diubah oleh Nik Ajis menjadi halal serta merta.Sehingga para pemimpin terutama Hadi Awang sanggup memeluk mereka, termasuk mereka yang pernah dikategorikan sebagai kafir, seperti Lim Kit Siang yang diketahui oleh semua sebagai orang bukan Islam yang begitu bersungguh-sungguh menentang penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.Allah swt dalam surah al-Faathir:6, yang bermaksud :
"Sesungguhnya syaitan bagimu adalah musuh, maka jadikanlah dia sebagai musuh"

Tapi bagi Nik Ajis segalanya dibelitkan asalkan partinya mendapat keuntungan.Sepatutnya mereka yang mengelarkan diri sebagai ulama' dalam PAS menegur kesilapan atau keterlanjuran cakap Nik Ajis tetapi sebalik mereka pula yang terpaksa menjadi syaitan dengan mendiamkan diri seolah bisu dan selayaknya mereka digelar Syaitan Bisu.Sepatutnya mereka bersuara bukannya berdiam diri tanpa mahu membetulkan kemungkaran Nik Aziz biarpun mereka sering melaungkan hadis yang berbunyi :

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangan, jika tidak berdaya, ubahlah dengan percakapan (lisan), jika tidak berdaya, ubahlah dengan hati, maka itulah selemah-lemah iman."

Begitu juga dalam isu yang melibatkan Datuk Hasan Ali yang diTerajang dik PAS baru-baru ini segala lapuran yang dibuat oleh Utusan mereka katakan fitnah tapi hakikatnya mereka yang membohong dan cuba menutup pekong yang semakin membusuk.Kini segalanya terbukti bahawa PAS bukanlah Parti yang memperjuangkan Islam tetapi parti yang memperjuangkan pembohongan demi pembohongan semata kerana tamakan kuasa..mereka yang memperjuangkan Islam dengan sepenuh hati dilemparkan dengan pelbagai fitnah dan akhirnya dimasukan kedalam "Tong Sampah".Jika benar mereka memperjuangkan Islam pasti mereka akan memperjuangkan Hasan Ali dan mengangkatnya sebagai pejuang Islam tulin.Hasan Ali yang menjadi penganut PAS kira-kira 15 tahun dan telah menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor selama 8 tahun dan begitu banyak jasanya pada PAS dan begitu berpengalaman dalam selok belok agama diperlakukan seperti Anjing Kurap diherdik dan dihina semahunya apabila tidak dikehendaki dalam parti PAS.Islam tidak mengajar ini semua.Sepatutnya bila seseorang itu Murtad dari Islam kini hendaklah mendekati dan membimbingnya kembali kepangkal jalan bukannya menjauhkan atau memulaukannya.Dalam PAS apabila ahlinya Tersesat mereka akan memulaukannya dan membuang jauh-jauh dan menjatuhkan hukum Kesesatan Ahlinya kerana UMNO.Mereka menyalahkan UMNO dengan Murtadnya Hasan Ali..Inikah parti yang dikatakan memperjuangkan Islam?..

SHAH ALAM, 11 Dis: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media milik Umno Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa digugurkan dari menjadi calon pada pilihanraya nanti.

Sambil membidas laporan Utusan itu, beliau berkata ianya hanya satu tuduhan tidak benar memandangkan PAS sendiri belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung senarai nama calon yang akan bertanding.

"Apa yang disiarkan oleh Utusan Malaysia itu tidak benar, bagaimana ia tahu nama-nama calon sedangkan peringkat PAS Pusat pun belum memberi keputusan rasmi.

"Perkara itu tidak perlu timbul sekarang sebab semuanya belum ada keputusan rasmi dan kita tidak akan umum nama-nama yang akan bertanding selagi belum tibanya hari penamaan calon," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perlancaran Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di Kompleks PKNS di sini.

Utusan Malaysia melalui Mingguan Malaysia hari ini mendakwa Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum.

Kata akhbar itu, pengguguran Hasan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berseloroh menyifatkan Utusan sebagai 'lebih PAS' dari pimpinan PAS apabila mengetahui perkara yang belum dibincangkan oleh parti itu.

"Saya sendiri belum tahu lagi dicalonkan atau tidak sebab tiada keputusan lagi dan pelik juga bila nama Dr Hassan disebutkan sebagai digugurkan sebagai calon.

"Kalau saya sendiri belum pasti kedudukannya maka kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar milik Umno itu tidak tepat dan fitnah semata-mata," katanya.

Segala tuduhan PAS terhadap UMNO dijawab oleh PM-

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemecatan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai anggota Pas adalah soal dalaman parti itu dan dan tidak ada kena mengena dengan UMNO."Dari segi UMNO kita anggap ini sebagai soal dalaman Pas dan tidak ada kena mengena sama sekali dengan sebarang campur tangan UMNO dalam hal ini," kata Najib kepada wartawanMalaysia yang membuat liputan lawatan kerjanya selama dua hari ke Afrika Selatan berakhir baru-baru ini.
Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata ini bukan hanya soal pemecatan Hasan Ali tetapi permasalahn ini ada sangkut paut dengan dasar serta hala tuju Pas pada masa kini dan akan datang."Nampaknya ada perbezaan besar daripada segi pendapat tentang hala tuju serta masa depan Pas tetapi pada pokok kita (UMNO) anggap ini soal dalaman Pas dan bukan soal UMNO, katanya.

Pada Ee pemimpin2 PAS ni kerja mereka asyik nak membohong saja dan suka sangat memutar belitkan fakta mereka "Makan Nangka dengan Gelojoh dan sangat Celungap bila masuk angin kembung mereka akan salahkan pula orang lain"..
Dalam Islam tidak mengajar kita berbohong tetapi pemimpin2 PAS yang selalu mengajar penganutnya berbohong dan membuat fitnah.Pada Ee PAS yang Mengamalkan Pembohongan dan Bohong Sunat asalkan dapat undi pada mereka Al Quran dan Hadis mereka boleh pusing sehingga 360 darjah macam gelek punggung Inul penyanyi Dangdut Indonesia.Maklumlah sejak dua menjak ni selepas bersetongkol dengan DAP serta PKR dan terangkatnya Mat Sabu sebagai Naib Presiden PAS mata2 pemimpin PAS yang dulu duk asyik merenung ke tanah kini beralih pula pada punggung2 seksi perempuan2 DAP seperti Elibert Wong dan lainnya. Renung-renungkanlah...

Wednesday, January 4, 2012

Anwar Kelentong Kanan..Kelentong Kiri..Depan Belakang..Lalat Hijau jadi Tukang Buat Kerja Amalnya..ث ا ب و ت



Pada tahun 1998 selepas Anwar dipecat dari jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO, Anwar seperti hilang akal dan bertutur semacam orang gila talak. Lebih banyak Anwar berucap, lebih banyak pula terkeluar penipuan dan manipulasi beliau.Macam-macam putar belit yang dilakukan untuk melepaskan dirinya..

Apa yang Ee katakan selama ini bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang penipu,pembohong dan kaki kelentong banyak kebenarannya.Sikap yang diamalkan oleh beliau akhirnya memakan diri dan partinya (PKR).Sikap Anwar membuatkan semakin ramai rakan baik dan penyokong setianya cabut /ثابوت secara beramai-ramai.Begitu ramai yang telah cabut lari meninggalkan Anwar semua Pengasas PKR telah lari meninggalkannya dan yang terakhir N.Gobalakrishnan kerana sudah hilang kepercayaan kepada Anwar yang dianggap "Pembohong Besar dan Kaki Auta" hanya segelintir yang masih setia kerana telah dibutakan mata, hatinya dengan segala lakunan Anwar dan rela diperkudakan terutama HamPAS2 yang tidak mempunyai hala tuju perjuangan mereka.

Jika sahabat baiknya yang sering menemankannya bermain tenis dan sebagainya Datuk KS Nallakarupan pun sanggup dibohongi.. kini telah meninggalkan anwar dan menuduh bahawa Anwar adalah Seorang Pembohong kenapa tidak yang lainnya.DAHULU NALLA MERUPAKAN SAHABAT ANWAR.BAYANGKANLAH NALLA PUN DIBOHONGI ANWAR.NALLA BERJUANG KERANA ANWAR SEHINGGA BELIAU SANGGUP DIPENJARAKAN.APATAH LAGI KAUM INDIA LAIN YANG bUKAN SAHABAT ANWAR.ANWAR BERBOHONG KEPADA KAUM INDIA DAN KAUM INDIA RELA DIRI MEREKA DIBOHONGI...

Pada Ee begitu juga bila Anwar berbohong kononnya tidak mengenali siapa itu Datuk Shazryl Eskay Abdullahkawan baik beliau yang seiring menyambut ketibaannya semasa di luar negara mahupun dalam negara begitu menampakan bahawa beliau sememangnya Kaki Auta dan begitu Berbakat dalam Soal Pembohongan yang Melampau.Anwar juga sebelum ini pernah mempertikaikan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai sahabat yang dikenali selama 35 tahun sebelum ini.Hakikatnya rakyat Malaysia bukannya buta dan pekak mereka sering menatap keakrapan Anwar samada dalam keratan akbar,majalah mahupun di kaca2 tv.Pada pendapat Ee jikalau kawan-kawan dia pun dia boleh tipu macam tu saja, bayangkan apa dia boleh buat pada umat Islam, rakyat dan negara ini. Sedangkan kalimah Allah pun dia boleh lelong, agama Islam pun dia kelentong dengan fahaman pluralisme,Video Sex yang terang2 terpampang wajahnya begitu juga dalam Kes liwat Saiful Bahri.. apa lagi bukti yang anda mahu Allah berikan dan tunjukan?..Pada Ee lagi banyak Anwar buka mulut lagi bagus,lagi banyak kesilapan,pembohongan dan putar belit akan terdedah dan semakin ramai yang akan meninggalkannya sendirian lebih2 lagi bila kesnya terbukti kelak InsyaAllah..

Ee juga masih ingat bagaimana dan begitu kasihan kepada bekas Ketua Pemuda UMNO pada satu masa dulu, Datuk Zahid Hamidi.  Semasa perhimpunan agung UMNO diadakan pada tahun sebelum Anwar dipecat, beliau telah menimbulkan soal kronisme dan nepotisme dan telah dikritik secukup-cukupnya oleh Perdana Menteri dan pemimpin UMNO.  Lepas itu, kembiri-kembiri politik Anwar yang datang berpusu-pusu ke merata  cerok PWTC dan berkata bahawa Anwar tiada kaitan dengan apa yang diluahkan Zahid.Tetapi apabila Anwar dipecat, Anwar berkata bahawa beliaulah yang menyuruh Zahid bercakap mengenai kronisme dan nepotisme.  Ini menunjukkan betapa hipokritnya  Anwar dengan begitu bersahaja menjerat sesiapa saja yang berada disekelilingnya asalkan dapat menyelamatkan diri sendiri..Inilah wajah sebenar Anwar sanggup mengatakan demikian walaupun beliau tahu bahawa Zahid akan terima bahana dari apa yang dikatakannya.

Pada Ee lagi banyak cakap, lagi banyak Anwar berbohong dan menipu. Orang ramai tahu bahawa Anwar cakap tak serupa bikin.  Dulu cakap lain, sekarang lain, macam orang tak siuman.  Habis, macamana orang nak percaya cakap Anwar? Untuk kes liwat Saiful Bahari sahaja beliau banyak berdolak dalih sehinggakan tertangguh bertahun lamanya. Macam-macam alasan yang diberikannya hinggakan polis terpaksa mendapatkan perintah mahkamah untuk mendapatkan sample DNA beliau.. disuruh bersumpah macam2 dalih..Pada pendapat Ee Hidup Anwar sekarang ini bukan bersandarkan Islam lagi, semuanya berteraskan penipuan dan pembohongan.Bila beliau gelabah, hilanglah pedoman dan pegangannya.Yang beliau tahu ialah untuk memuaskan dendam dan amarah beliau.Terbaru kes budak-budak U buat Demontrasi memberontak atas nasihat Anwar.Anwar ni jenis manusia yang sanggup melihat kesengsaraan orang lain asalkan dia mendapat keuntungannya.Manusia jenis Anwar ni kalau zaman Kesultanan Melayu dulu kala dah mampus kena penggal dia punya kepala.Dia ni memang pakar buat fitnah dan menghasut rakyat dengan segala propagandanya.. jika tidak takkanlah Nik Ajis yang begitu alim pun dapat dikelentongnya sehingga sanggup membuat pelbagai fatwa menghalalkan segala perbuatan Anwar..Inilah kalau jadi orang yang kurang berfikir..(Akal dikurniakan Allah digunakan untuk memperbodohkan yang lain dan menghasut membenci sesama bangsa dan seagama..).Yang menjadikan Ee semakin pelik mereka2 yang bijak pandai pun dapat dikelentong dik Anwar dalam kes pembebasannya.. sedangkan hukum belum jatuh tapi Anwar sendiri yang menjatuhkan hukuman kepada diri sendiri..Rakyat yang bodoh2 dan malas nak fikir panjang main sokong terutama penyokong HamPAS..Anwar bijak tapi bodoh dalam isu pembebasannya 901 dengan menyeret rakyat jadi lembu..Jika Anwar rasa dirinya tidak bersalah kenapa harus takut dengan mengheret rakyat menyokong pembebasannya..Pada Ee Anwar ni tidak lebih dari Bangkai Busuk diharungi dik Lalat Hijau yang berperut Buncit bermata merah..Lalat Hijau ni lebih suka kepada pekong dari bau wangi..Bila dah hinggap pada bangkai mula lah hinggap kesana sini menyebarkan kuman..penyebar penyakit..Inilah kerja amal Lalat Hijau menjadi pencacai pembasuh najis Anwar menghasut rakyat agar menyokong 901..Ee ingin syorkan kepada pehak yang berkuasa jika mereka Lalat-lalat Hijau ni mengadakan Demontrasi sembur je mereka ini dengan Racun Serangga biar mereka rasakan..
24 jamn kerjanya asyik nak buat kacau dan menyusahkan rakyat je..

Pada pandangan Ee kalau rakyat nak mengundi pada PRU 13 kali ini pengundi kena ingat tarikh 16 September..satu pembohongan terbesar dalam sejarah bahawa negara ini akan bertukar pemerintahan dengan  melompatnya 30 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) tetapi akhirnya tujuh orang ahli parlimen mereka melompat jadi ahli bebas.Pada ia adalah satu pembohoangan yang amat jelas lagi nyata..Ee masih ingat lagi kenyataan-kenyataan ketua pembangkang pada masa itu malahan ada yang telah divideokan pun kenyataan sebulan sebelum, seminggu sebelum, dua hari sebelum dan sehari sebelum tarikh 16 September itu menunjukkan bahawa dia cukup yakin senarainya sudah ada, namanya sudah ada sikit saja lagi...hehehe..memanglah pembohongan yang teramat sangat melampau oleh Anwar Ibrahim kaki Auta.Oleh itu sebelum pengundi pada PRU 13 Kelak adalah lebih baik dan tepat rakyat mengingati tarikh pembohongan terbesar pembangkang pada 16 September 2008...Jika rakyat satu dunia boleh Anwar bohongi.. Tidak mustahil bila pembangkang memerintah negara kelak semua rakyat akan dibohongi dan akan hidup dalam kesengsaraan.. Renung- renungkanlah...

Monday, January 2, 2012

Juara dan Naib Juara Maharaja Kelentong..


Jika Astro boleh mengadakan rancangan Maharaja Lawak apa salahnya dalam senario politik tanah air diwujudkan pula anugerah Maharaja Kelentong.Dalam soal mengkelentong rakyat Ee rasa eloklah Maharaja Kelentong dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim sebagai juaranya dan naib juaranya pula bolehlah diberikan kepada Timbalan Presiden PAS Mat Sabu..Mereka begitu bersahaja dalam usaha meraih sokongan dengan membuat pelbagi Pembohongan,Fitnah dan Propaganda,dalam masa yang sama mereka cuba menutup aib diri mereka sendiri.Pada Ee inilah antara sebab2 mengapa mereka layak digelar Juara Maharaja Kelentong dan Naib Juara.Mungkin kenyataan Ee ini akan mendapat cemuhan dari peminat2 fanatik Anwar Ibrahim dan juga Mat Sabu.Namun Ee tetap mempertahankan apa yang Ee katakan ini berlandaskan kelayakan mereka berlandaskan fakta2 yang diakui benar oleh semua rakyat negara ini bahkan dunia mengakuinya hanya HamPAS2 yang tidak ingin mengakuinya pasti ada saja helah2 HamPAS untuk membantu dalam usaha pemimpin mereka mengkelentong rakyat..

Ee rasa pada setiap kali 16 September pasti akan ada yang tergelak bila teringat bagaimana Anwar dengan muka sepuluh sennya menipu rakyat negara ini kononnya akan berlaku perubahan kuasa kononnya ramai ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang akan menyertai mereka dan seterusnya menubuhkan kerajaan baru pada tarikh tersebut dan Penubuhan kerajaan baru itu turut disokong oleh Yang DiPertuan Agong serta pehak tentera.Bukan saja rakyat di negara ini kena kelentong bahkan rakyat luar negara pun kena kelentong.Satu lagi kes yang Ee rasa nak gelak Nik Ajis, pemimpin2 PAS lainya dan para penyokong PAS pun kena tipu sehingga sanggup penjadi penjilat punggung si Anwar.Nik Ajis sendiri kena kelentong sehingga sanggup keluar bermacam fatwa menyokong Anwar..Hehehe..

Begitu juga dalam kes memburukan negara di luar negara Anwar dengan muka selamba memgkelentong pemimpin2 luar untuk meraih simpati untuk mendapatkan sokongan jadi PM.Tidak terkecuali mengkelentong rakyat Indonesia untuk membenci kerajaan BN.Inilah kelebihan Anwar dan beliau begitu layak mendapat gelaran tertinggi ini.Begitu juga dalam skandal vedio sexnya dengan muka selamba mengatakan bahawa jam tangan omeganya berada dalam simpanan isterinya tetapi sebenarnya berada dalam simpanan pehak berkuasa.Dalam menutup segala keaibannya Anwar begitu yakin dengan mengunakan seorang blogger upahan Raja Petra untuk memfitnah PM dan Isterinya,ini semua diaku oleh Raja Petra.Bukan itu saja terlalu banyak yang telah kena kelentong dik Anwar Ibrahim.Yang Ee rasa hairan bin pelik Mahasiswa-Mahasiswi yang cerdik pandai bakal pemimpin negara juga kena tipu sanggup menjadi penjilat jubuh Anwar dan sanggup mati memperjuangkan Anwar bakal pesalah Penjara Sungai Buluh.Jika nak diterangkan segala apa yang diKelentong dik anwar rasanya tidak cukup ruangan..

Mat Sabu pula dalam usaha menyaingi Anwar Ibrahim pula telah bertindak mengkelentong rakyat semasa Bersih 2.0 yang lalu kononnya beliau telah dilanggar oleh polis.Begitu juga Mat Sabu cuba menjadi pakar Kelentong dengan cuba memutar belitkan fakta sejarah dengan mengngkat komunis sebagai wira negara dan menuduh pehak polis pula sebagai pengkianat.Inilah antara kelebihan dua orang pakar dalam mengkelentong rakyat dan selayaknya mereka mendapat gelaran Juara dan Naib Juara Maharaja Kelentong..