Sunday, July 31, 2011

PAS yang Sesat bukan UMNO yang sesat..



PAS memukul gendang perangnya menentang UMNO dengan senjata 'orang UMNO kafir' setelah pendekatan sederhana untuk membela bangsa Melayu diperingkat awal penubuhannya tidak berhasil . Presiden pertamanya Tuan Haji Ahmad Fuad telah kembali semula ke pangkuan UMNO, setelah menyedari bahawa ada orang tertentu di kalangan mereka yang berusaha menubuhkan parti itu dipengaruhi penjajah British yang mahu menghalang UMNO dari menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Pendekatan ekstrim PAS bahawa UMNO harus ditolak kerana bergabung dengan parti orang-orang kafir iaitu MCA dan MIC sedangkan Tanah Melayu adalah milik Orang Melayu..Tunku Abdul Rahman menjadi sasaran utama PAS dalam kempen-kempen politik mereka menjelang pilihanraya.Para pemimpin dan penceramah PAS semasa menjelang pilihanraya 1959 dengan lantang berkata, Tunku harus dihukum oleh Bangsa Melayu kerana mengkhianati bangsanya dengan memberikan hak kepada kaum pendatang dan berkongsi memerintah negara ini . Kemerdekaan negara juga kata mereka adalah tidak sah kerana PAS tidak menyokong Perikatan semasa menuntut kemerdekaan itu.

Penjajah British yang memerintah Tanah Melayu pada waktu itu, mahu pentadbiran di London menolak cadangan Tunku Abdul Rahman yang mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)  yang disokong oleh wakil kaum China (MCA) dan India (MIC) atas nama PERIKATAN sedang berusaha mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu, dengan alasan kononnya UMNO tidak mewakili seluruh penduduk  asal Tanah Melayu/ peribumi dengan mengemukakan bukti bahawa PAS juga mendapat sokongan orang  Melayu dan tidak mahu menuntut kemerdekaan !..Pilihanraya pertama diputuskan untuk diadakan pada tahun 1959, di mana parti  yang menguasai majoriti rakyat negara ini akan membentuk kerajaan. Orang Melayu terutama di Kelantan begitu mudah terpengaruh dengan pendekatan ekstrim PAS yang menentang UMNO yang mengetuai Perikatan.

Isu UMNO berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC dalam Perikatan ini, menjadi bahan kempen utama PAS, dan begitu mudah menawan hati rakyat Kelantan dalam pilihanraya pertama negara ini pada tahun 1959 itu. PAS telah mendapat sokongan majoiriti Orang Melayu di Kelantan dan membentuk Kerajaan Negeri selepas pilihanraya . Manakala di lain-lain negeri Parti Perikatan telah berjaya sapu bersih dan terbentuklah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi, yang juga disebut Kerajaan Perikatan.


Pengisian pembangunan negara terutamanya di luar bandar mula dilakukan terutamanya infrastruktur bagi kemudahan rakyat negara ini untuk membina penghidupan yang lebih selesa sebagai hasil kemerdekaan negara, yang diperintah sendiri oleh rakyat negara ini. Rata-rata rakyatn negara ini begitu bersyukur atas usaha Kerajaan Perikatan ini.
Keselesaan dan kegembiraan rakyat mula terasa terutamanya bila jalan-jalan raya dan pengangkutan awam dibina menghubungi seluruh negeri, perparitan dan taliair serta kemudahan awam mula ditumpukan .

Mereka pemimpin-pemimpin PAS mula mencari helah dan alasan bagi menyekat rakyat dari terus merasa selesa dengan pembangunan negara yang sedang berlaku in...mereka mencari modal-modal yang boleh melenyapkan pengaruh Kerajaan Perikatan ini, mereka mesti hapuskan pengaruh UMNO yang menjadi anutan di kampong-kampung yang dipimpin oleh kaum cerdik pandai  seperti guru sekolah dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Para penceramah PAS mula memburukkan usaha pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Perikatan ini. Mereka mempersendakan projek-projek infrastruktur untuk rakyat. Dalam satu ceramah umum,seorang pemimpin PAS Ustaz Abu Bakar Hamzah berkata :

"Adakah tuan-tuan fikir pemimpin Pas negeri ini beruk-beruk yang kalau hendak kemana-mana hanya dengan cara melompat  melalui dahan ke dahan pokok-pokok di hutan itu?...nah kalau mereka bukan beruk tentulah mereka akan membina jalanraya, tak payah Kerajaan Perikatan buat…kami pun boleh buat !..."

Tindakan mengkafirkan orang-orang UMNO ini membuahkan hasil kepada PAS di mana pilihanraya berikutnya iaitu pada tahun 1964 PAS mengekalkan kuasanya di Kelantan .Anehnya  Dato' Nik Abdul Aziz sendiri pernah berkata kepada seorang ahlinya, dengan kata-kata "Siapa kata orang UMNO kafir? sambil menambah jangan kata orang UMNO kafir nanti kita sendiri yang terbalik menjadi kafir..
Tetapi sayang seribu kali sayang, kenyataannya itu tidak disebarkan kepada rakyat melalui siaran khas atau arahan rasmi kepada para pengikutnya…!
MB itu berkata demikian dalam keadaan biasa dan tenang . Bagaimanapun bila PAS telah mula rasa tergugat dengan sokongan  kepada UMNO /Perikatan (yang kemudian nya ditukar nama kepada Barisan nasuonal/BN) maka PAS di Kelantan mula menggunakan senjata lamanya  iaitu mengkafirkan orang-orang UMNO..kenapa jadi begini ?..

Walaupun para ulama PAS faham benar tindakan mengkafirkan orang UMNO di Kelantan itu berunsur khurafat, namun demi untuk memenangi pilihanraya, PAS melakukannya dengan cara 'pejam mata'membelakangkan ajaran Islam sendiri. Ee bertanya seorang pemimpin PAS dan memintanya menjawab secara ikhlas mengapakah taktik mengkafirkan' orang UMNO ini diteruskan semula, katanya:

"Demi untuk memenangi pilihanraya dan mengekalkan kuasa memerintah negeri PAS terpaksa buat begitu,..kalau tidak PAS akan kalah dalam pilihanraya".. Yang hairan bin ajaibnya, dulu Pas mendakwa UMNO dan Perikatan kafir, kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC...tetapi kini PAS bersekongkol dengan DAP yang begitu kuat menentang Islam, mereka sedarkah bahawa formula yang digunapakai itu menunjukkan mereka lebih kafir lagi daripada UMNO dan Perikatan (BN)…! Mengapa mereka tidak melarang penyokong mereka dari terus mengkafirkan sesama Islam?..

Ee merasa yakin dan bertambah yakin,dan percaya PAS tidak sanggup melarang para pengikut taksubnya berbuat demikian , kerana apabila melarang mereka dari berbuat demikian ditakuti  mereka mungkin akan berubah sokongan kepada parti lawan pula.Bila perkara ini tidak diperbetulkan oleh Pas, ia terus berkembang  menjadi kepercayaan dan pegangan akidah yang mempercayai bahawa sesiapa saja yang memimpin PAS, maka mereka adalah 'maksum' dan tidak bersalah di sisi Allah dan Syariat Islam..para pemimpin PAS tempatan dipuja dan dan sanjung oleh para penyokong taksub ini.

Selain daripa rakyat umum di Kelantan, terdapat beberapa orang di peringkat pimpinan PAS yang menggeleng kepala dengan fatwa MB mereka tidak boleh membuat sambutan pada hari Maulidul Rasul atau Harijadi Rasulullah SAW kerana katanya bukan dari amalan Rasulullah.Memanglah sambutan Maulidulrasul dibuat hanya untuk mengenangkan Harijadi Baginda Rasulullah SAW , dimana kelahiran baginda itu sebagaimana Sabda Rasulullah SAW sendiri "Innama bu’ithtu li utammima maka-rimal akhlak"-Sadaqa Rasulullah, yang bererti "Aku dilahirkan/dibangkitkan, adalah bagi menyempurnakan kemuliaan akhlak".

Dalam Surah Al Anbia ayat 107 Allah SWA Berfirman: Wama arsalna-ka illa rahmatanlil a-lamin"yang bermaksud "Tidak aku utuskan kau (Muhammad) melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam" Sadaqalla-hul Azim.

Menjadi Drakula dan Burung Hantu setiap malam berCeramah basi cerita basi Khawarij PAS menghasut rakyat..bertaubatlah..


Politik Khawarij PAS tidak dapat lari daripada kafir mengkafirkan orang lain. Mereka mempercayai apabila menyertai dan perjuangkan Islam Khawarij PAS maka dijanjikan syurga.Khawarij PAS mula seperti kita sedia maklum dengan sikap munafik,angkuh,busuk hati dan cukup gemar mengelar umat Islam yang tidak sehaluan sebagai kafir.

Apa yang diceramahkan oleh Pemimpin2 Khawarij PAS dengan ronda dari satu tempat kesatu tempat setiap malam menjadi burung hantu dan kadang kala berubah menjadi Drakula..mereka menjadi Drakula dengan menghisap jiwa rakyat untuk membenci kerajaan.Isu yang diutarakan pun dah tak releven lagi. Tetapi isu-isu seperti ini kalau untuk si bingai dan baghal,mereka ni memang seronok nak dengar sebagai pengukuhan minda yang semakin bengap...
 
Antara Isu2 Yang Menjadi Modal 

1. Jet pejuang hilang engin
2. Kapal selam tak boleh menyelam
3. Kenaikan harga barang...GST
4. Buku Jingga sikit-sikit
5. Penubuhan KERABAT - Isu pengagihan tanah 20 ekar untuk bekas tentera
6. Perhimpunan BERSIH 2 kononnya kerajaan bersikap kejam dan sebagainya..
7.Isu hadis dan Quran.
8.Isu agama, bangsa dan pelbagai isu dengan pembohongan,propaganda dan fitnah menghasut rakyat untuk membenci kerajaan UMNO.

Penceramah jemputan ustaz Lim dari DAP dan ustaz Subra dari PKR..maka bertepuk gemuruh..bertakbirlah mereka bila ustaz2 kesayangan mereka mengutuk menghina dan mengaibkan agama dan bangsa sendiri..

Kenapa Doa2 dan Solat Hajad PemimpinKhawarij PAS yang bergelar Ulama' tidak terkabul Allah..

1. Pengikut-pengikut PAS sekalian bukannya tak tahu apa yang Tuhan suruh dan larang, tetapi dorang belum tunaikan hak-hakNya. Hak apa? Tuhan kan kata semua muslim itu bersaudara, tapi PAS kata hanya dorang saja yang Islam..yang lain tu agama palsu..
2. Pemimpin-pemimpin PAS sekalian tak pernah lupa untuk baca ayat Quran serta terjemahan dalam majlis atau ceramah dorang, tapi pemimpin PAS lupa nak melaksanakan isinya.
3. Pengikut PAS dan pemimpin dorang telah mengakui Syaitan laknatullah sebagai musuh, tapi dorang masih mentaatinya dan bersetuju dengan ajakkannya untuk bermusuh sesama Islam. Jangan lupa Nik Aziz pun pernah kata sanggup berkawan dengan syaitan ye…
4. Pemimpin PAS terutama Nik Aziz serta pengikutnya sekalian mengaku dorang termasuk dalam umat Nabi Muhammad S.A.W, tapi dorang double standart didalam mengerjakan sunnah-sunnah Nabi dan memusuhi pulak muslimin yang lain. Nabi tak suruh tu baii..
5. PAS selalu dakwa parti dan pemimpin dorang akan bawa jemaahnya masuk Syurga, tapi dorang tak pernah mengerjakan apa-apa untuk kepentingan Syurga.
6. PAS dakwa pengikut dorang selamat dari siksaan api Neraka, tapi segala tindakan pemimpin PAS dan pengikut dorang nampak sangat menuju kearah sengaja nak melemparkan diri kedalam api Neraka. Tak ke cari nahas tu..?
7. Pemimpin PAS dan pengikut dorang tahu bahawa mati itu pasti, tapi dorang berpolitik macam tidak akan mati serta tak pernah bersiap untuk menghadapi mati.
8. Pemimpin PAS sekalian sibuk meneliti aib atau cela pemimpin kerajaan, tapi dorang tak melihat aib diri sendiri. Apa yang dorang buat semuanya betul dan halal.., orang lain yang bukan dikalangan PAS semuanya tak betul dan Harammm…
9. PAS dan sekalian pengikutnya telah makan dan merasakan nikmat Tuhan melalui pentadbiran pemimpin Islam lain dalam kerajaan, tapi dorang masih belum bersyukur dan berterima kasih atas kurniaan tersebut malah dorang maki hamun pulak pemimpin kerajaan yang diberi amanah oleh Tuhan.
10. Dah berapa ramai pemimpin terdahulu PAS dikuburkan mayat-mayatnya antara kita, tapi semua jemaah PAS tak mahu ambil contoh dari kekhilafan mereka. 

Di dalam masjid pula, ceramah,takzirah dan debat mereka penuh kesombongan memerangi sesama Islam dan menolak ukhuwah islamiah dengan Umno..Bagaimana ALLAH nak makbulkan doa pecacai2 pas kalau para pemimpin yang memimpin solat hajat tu terdiri drp orang2 yang mulut (celupar). Di mana saja mereka bersyarah, hanyat kata2 cela saja yang keluar dari mulut mereka... sasarannya UMNO dan para pemimpinnya.Ee syorkan semoga pas kerap-keraplah mengadakan solat hajat Semoga banyak lagi cerita2 pelik terbongkar mengenai diri mereka dan para sahabatnya.

Pada pendapat dan pandangan Ee  Doa mereka tidak dimakbulkan kerana mereka telah lupa kerja dakwah yang menjadi keutamaan Rasullah. Mereka hanya berpolitik. Ceramah mereka adalah politik belaka. Bukan dakwah. Sebagai contoh Ee kisahkan sebuah masjid berdekatan ditempat Ee tinggal. Masjid ini dikuasai Ahli Jawatankuasa dari Pas. Pada setiap hari Jumaat ada ceramah agama dimasjid itu yang diundang dari kalangan Pas. Penceramah ini akan berceramah berselang seli dengan politik. 5 minit berceramah kemudian berpolitik hampir 20 minit. Politik lebih dari dakwah. Akhirnya dengan kuasa Allah jawatankuasa ini telah ditukarkan kepada orang lain. Mereka dikalangan Pas ini tidak berpuas hati dan bertindak memulaukan masjid berkenaan. Ada yang tidak ke masjid lagi dan ada yang ke masjid lain. Inilah sikap mereka. Inilah Islam Pas.

PAS berpolitik yang menghalalkan agama hanya untuk kegunaan politik peribadi PAS sahaja... adakah PAS layak meminta-minta dari Tuhan kalau dorang terdiri dari golongan yang lalai dan mendustakan apa yang dituntut oleh agama?


Dan (orang2 berakal itu ialah) orang-orang yang menghubungkan (tali silaturrahmi) sebagaimana diperintah Allah agar dilaksanakan.Dan mereka takut kepada Tuhan mereka dan hisab yang buruk. Ar Ra'd ayat 21.

Dalam kontek perhubungan antara manusia sesama manusia Islam begitu menitik beratkan hubungan sesama manusia agar diperkemaskan.Kekuat agama itu adalah atas sebab bersatunya penganut,agama akan menjadi lemah jika penganutnya berpecah belah.Dalam soal inilah Nabi Muhammad saw sering mengingati umat nya supaya bersatu,maka ditunjuki dalam solat 5 waktu berjemaah.Bila berjemaah bahu membahu dan disuruhnya merapatkan saf dan lurus.Begitu halus tunjuk ajar Allah melalui RasulNya.

Kita sebagai umat Muhammad sepatutnya faham akan maksud yang tersirat mahu pun tersurat sewaktu solat,bermakna Allah dan RasulNya mengkehendaki agar kita sebagai penganut agamaNya sentiasa bersatu bukan saja dalam solat malah dalam segala hal. Jika penganut Islam berpecah belah bermakna agama Islam itu lemah.Oleh itu marilah kita bersama-sama mengeratkan lagi tali silaturrahmi antara kita demi kebaikan agama,bangsa dan negara.Janganlah kita sebagai hamba Allah dan ummat Muhammad menderhakai apa yang diajar didalam kalamNya dan melalui dakwah RasulNya..Renung2kanlah..

Thursday, July 28, 2011

Inilah PAS.Jika PAS yang buat semua betul tau.UMNO ke apa ke semua tidak betul.Yang betul tetap PAS.Kahkahkah..Uuwek!...


Ketua yang di pilih rupanya memiliki akhlak yang amat memalukan parti islam semalaysia yang selama ini dikatakan bersih dari pembohongan, hanya berjuang demi kebenaran ... rupa2nya dasar politik pas, di bolehkan berbohong, malah Nik Aziz kata, akan dapat ganjaran pahala jika berbohong asalkan bohong memihak sebelah pembangkang.

Pada mulanya mereka begitu taksub kononnya Timbalan Presiden Pas Mat Sabu takkan nak pembohong pulak, sejak pembongkaran pembohongan pemimpin PAS itu  semakin ramai penyokong-penyokong HamPAS yang beralih angin.Pada pendapat Ee mungkin mereka teramat malu dengan berita pembohongan besar ketua parti yang dianggap terlalu Islam daripada Islam. Tetapi bila semua ini dibongkarkan paparan video jelas menunjukan siapa ketua mereka yang sebenar.

Buat pembaca ,inilah salah satu contoh bagaimana pemimpin PAS membuat fitnah dan berbohong kepada masyarakat secara terang terangan.Mereka hanya pandai membuat kenyataan namun tidak memberikan bukti dan fakta yang jelas apa yang penting dapat tipu rakyat untuk mempercayai mereka.Buang saja gelaran ustaz jika yang keluar dari mulut kamu hanya najis.. najis yang mengotorkan hati rakyat. Buang saja ketayap dan jubah kamu kerana memalukan alim ulamak lainnya.

Terlalu banyak siri pembohongan HamPAS jika hendak dikupaskan.Siapa yang tidak kenal Mat Sabu, rasanya satu Malaysia kenal dengan dia malahan dalam dunia politik pembangkang beliaulah juara antara juara yang terkenal dengan kaki kelintongnya. Bohong Mat Sabu adalah 'sunat' walaupun beliau dah bersunat tapi rasanya sunat beliau tu tidak habis dan perlu di sunatkan buat kali kedua agaknya. Kalau tak percaya tanya dia sendiri, rasanya sempat tak beliau meminta maaf pada orang-orang yang pernah beliau fitnahkan agaknya?

Ee masih ingat bagaimana dulu Mat Sabu pernah kata "Anwar Aljuburi" kini reverse 360 "Anwar dikhianati". Itulah kerap sangat minum kencing Khalifah Lim Guan Eng (Orang2 HamPAS yang iktiraf).Bila jatuh motor tuduhlah kenderaan polis yang langgar.Ooop! lupa lak yang Mat Sabu ni terleih tuntut dengan Pembohong nombor Wahid negara hehehe..Jangan marah..Jangan marah nati kena jual..Hehehe..sebab orang marahlah maka PAS sanggup gadai dan jual agama kepada DAP laknatullah..Hehehe..lain kali jangan marah-marah biarkan saja..

Pemimpin PAS baik kecil maupun besar, semuanya suka fitnah belaka. Malangnya, para pengikut terutama pembaca harakah tegar dah macam mentaliti kerbau. Mudah sekali diarahkan pemikiran depa. Tunjuk ke kiri, maka ke kirilah depa menonong. Tunjuk ke bawah, maka ke bawahlah mereka..Hehehe..Jika tunjuk pada Anwar Al Juburi maka semakin ramai pengikut HamPAS yang ikut sama selera dengan Anwar Al Juburi.Rendah tahap pemikiran penyokong bebal macam ekzos motor yang tersumbat..Pom2 bunyinya..

Bagi mereka penyokong PAS, harakah tu dah macam kitab muktabar yang segalanya diambil buat pedoman hidup. Depa anggap segalanya yang disuapkan editorial semuanya benar belaka.Mereka penyokong PAS ni macam dah dikawal minda untuk tidak membuat perbandingan dengan membaca media lain. Seolah-olah, media lain mcm dah tak dak kerja lain selain buat fitnah.Haprak betol ... mentaliti macam ni nak pimpin negara?

Ee lihat modal mat sapu inilah pandai bercakap dan pakar kelentong. Masakan tidak sehingga ditangkat khalwat di Kota Bharu boleh dilepaskan oleh Nik Ajis. Kini mengapa tidak habuan pembohongannya lumayan dibayar oleh Lim Guan Eng melalui Bekalan Air Penang menurut sumber yang boleh dipercayai.

Ee sesiapa saja boleh masuk PAS dan jadi pemimpin tak perlu kelulusan asalkan tahu bercakap dan pandai berbohong tetapi janji seronok didengar orang contohnya mahfuz kelulusan LCE. Sebenarnya puak ini memang sudah terlalu taksud hingga tak dapat bezakan kaca dan permata. Kita lihat alasan Azizan menaikkan tarif air katanya bayar hutang. Mereka dah tau sebelum dapat jadi pemerintah hutang Kedah memang banyak. Mengapa mereka beria-ia . Jawapannya mudah wang dan kuasaaaa.

Mat sabu akan iktiraf pahlawan demokras jika perbuatan liwat Anwar Al Juburi itu di halalkan oleh undang-undang negara....bersekudukan dengan isteri orang itu tidak di anggap kesalahan dalam undang-undang negara...itulah demokrasi pada Mat Sabu.

Selepas PRU12 sehinggalah sekarang sudah hampir sangat PRU 13,tidak ada satu buah rumah kos rendah pun dibina dalam mana mana negeri kerajaan pakatan.Pulau Pinang ,Kedah,Selangor malah selama 20 tahun Kelantan dibawah kerajaan PAS lebih berselera untuk membina stadium berbanding kepentingan rakyat yang berpendapatan rendah.

Pada pendapat Ee apa yang dilaungkan oleh pakatan haprak untuk membantu rakyat hanyalah retorik semata mata,sedangkan mereka ada peluang untuk membuktikan bahawa mereka benar benar serius untuk membantu.Sehingga sekarang terlalu banyak janji pilihanraya masih tidak ditunaikan oleh haprak pakatan malah lebih banyak pembohongan dan janji janji baru yang cuba memperbodohkan rakyat.Apa yang kerajaan BN buat? Melaksanakan skim rumah pertama mampu milik oleh golongan muda.Malah skim PPR telah membina berpuluh ribu rumah untuk golongan berpendapatan rendah.

Pada Ee tuduhan konspirasi UMNO dalam kes video sex Anwar Al Juburi oleh khawarij PAS dan gerembolan pakatan sudah pasti akan menuduh Allah turut berkonspirasi menjatuhkan Anwar apabila sekarang ini sudah terbukti video perlakuan seks sudah terbukti dengan pengakuan 2 pakar daripada US,malah wujud CCTV kehadiran Anwar ke lokasi tersebut.

Mereka Khawarij PAS mengadakan solat Istikharah memohon petunjuk,ribuan khawarij hadir berkumpul didalam stadium untuk menunaikan solat dan Allah makbulkan doa PAS..Allah mengurniakan petunjuk tapi mereka tuduh pula Allah berkonsprasi dengan UMNO.Sebabnya segala doa berpehak kepada yang benar ternyata video perlakuan sex Anwar Al Juburi tulin malah wujud CCTV kehadirannya sekali.

Pada pendapat Ee kalau dah pembelit tu, semua dia nak putar. Kalau solat istikharah tak ikut hukum syarak, buat apa pergi buat sembahyang hajat dulu tu?..Yang itu hukum mana pulak? Dasar parti tak sedar diri, dah semakin hanyut tapi masih nak berpegang pada hukum buatan sendiri.Memualkan..dan menjijikan mereka hanya mahu menang saja kalah katalah macam-macam..

Dalam menggunakan agama untuk kepentingan politik Malik Kassim telah memalukan seluruh umat Islam di P.Pinang apabila dia dilihat menjadi kuda tunggangan kepada kerajaan negeri DAP didalam isu pilihanraya Masjid. Walaupun DYMM YDP Agong telah menitahkan supaya pilihanraya tersebut ditangguhkan, tetapi Malik Kassim tetap berkeinginan untuk meneruskannya di masa hadapan.Siapa dia ni nak lawan titah YDP Agong..ini menunjukan kedegilan puak PAS dalam serba serbi..Macam ni nak jadi pemerintah..alamatlah telungkuplah jawabnya...

Sebab itulah Malik Kassim kini hebat didesak oleh banyak pihak supaya meletakkan jawatannya sebagai Exco Agama di negeri itu. Malah, PAS juga dilihat mengambil kesempatan didalam kemelut ini dengan menjauhkan diri dari mengeluarkan kenyataan bagi membela kerajaan negeri DAP.Keadaan menjadi lebih panas apabila penyokong-penyokong PAS secara terbuka telah mendesak kerajaan negeri DAP menggantikan Malik Kassim dengan Pesuruhjaya mereka iaitu Salleh Man sebagai Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Pada Ee dan semua rakyat tahu berpuluh tahun umno tadbir masjid. bukan tadbir je tapi bina masjid. sebelum amanat Haji Hadi jawatankuasa masjid ini campur umno dan pas. Kita aman damai walau berlainan fahaman politik.. tapi Rumah Allah kita bersama imarahkan. Tetapi bila puak-puak yang taksub ni datang... semua punah... hancur... kalau macam dulu kan baik.Apa nak jadi..Renungkanlah!..Fikirkanlah..Jika PAS yang buat semua betul tau..UMNO ke apa ke semua tidak betul..Yang betul tetap PAS..Kahkahkah..Uuwek!..

Wednesday, July 27, 2011

Pemimpin2 PAS hanya timbul waktu malam je buat ceramah sana sini..macam Drakula..Bila siang matahari terbit mereka tidur..


Pada pandangan Ee Muktamar PAS sudah beberapa bulan berlalu, namun jurucakap-jurucakapnya yang cuba memberi statement atau kenyataan nampaknya bersalah-salahan, hilang fokus dan tak konsisten. Semakin mereka nak defend, semakin teruk imej PAS terjejas.

Baru-baru ini Zulkifli Yahya, Pengarah Urusetia Penerangan PAS negeri Kedah menegaskan bahawa semua keputusan pemilihan yang dibuat adalah 'kebetulan'.
  • Kebetulan pemenang jawatan Timbalan dan Naib Presiden adalah individu dan bukan ulamak
  • Kebetulan Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat adalah dari gulungan ulamak, dan
Kebetulan jugak 13 dari 17 kepimpinan Pemuda baru PAS adalah dari kalangan ulamak
  • Betul ke keputusan pemilihan Muktamar PAS ke 57 ini suatu 'kebetulan'?..Lu fikirlah sendiri..hehehe..
Mungkin ini hanya pendapat Ee saja,PAS sebenarnya terpaksa tukar kepada Negara Kebajikan kerana semua pemimpin yang mereka taja daripada Anuar sampailah ke Mat Sabu ada masalah moral. Sebab tulah mereka dah tak layak memperjuangkan Negara Islam - pasal tu siang-siang dia buang slogan Islam tu.Hehehehe..jangan marah nanti kena jual..hehehe...

Ee ingin bertanya dan mendapatkan kepastian apa kemajuan mendadak dalam kehidupan rakyat marhaen Kedah yang dibawa oleh PAS sejak 2008? Yang Ee nampak di Perak, walaupun sekejap, Nizar membuktikan bahawa dia memelihara kebajikan masyarakat Cina dengan memberi hak milik tanah sampai lebih tujuh keturunan pada mereka. Mana dia 'Gagasan Besar' PAS di Kelantan yang dah diperintah lebih 20 tahun? Tak nampak pun! Jika benar kebajikan rakyatnya dijaga, mengapa tanah orang Asli di Gua Musang diambil dari mereka? Itu bukan setakat mengabaikan kebajikan rakyat...tetapi jatuh 'zalim' lagi. Bukankah orang Asli termasuk dalam takrif masyarakat marhaen juga?..

Mereka Pemimpin PAS dan penyokong bendul alias bangang kata UMNO kroni..Ee ingin bertanya Dan bagaimana dengan anak-anak Nik Aziz (Nik Abduh) dan Hj Hadi (Muhamad Khalil) yang menang dalam kepimpinan muda PAS pada Muktamar yang sama? Bukankah itu usaha bapak-bapak meluaskan sayap kekuasaan mereka melalui kroni-kroninya? Anak Nik Aziz sendiri diberitakan terkejut dengan keputusan pemilihan dan mengakui kemenangan dia adalah disebabkan pengaruh bapanya. Kroni lah tu namanya..

Bagaimana Mohd Ariffahmi, menantu Nik Aziz yang dia lantik sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (GLC negeri) pada tahun 2009 dulu tu, bukan kroni ke? Fatwa apa yang Tok Guru bagi untuk menghalalkan anak menantunya mentadbir kewangan negeri? Yang itu tak salah pulak pada mata PAS, tapi jika UMNO yang melakukannya 5 tahun tak habis umpatannya..

Perubahan dasar perjuangan parti PAS dari menegakkan negara Islam kepada negara kebajikan seperti yang diumumkan oleh Hj Hadi baru-baru ini sebenarnya lebih menggegarkan realiti parti PAS dan ahli-ahlinya.Parti-parti lain sikit pun tak terjejas - apatah lagi UMNO. Tak jadi kudis langsung walau pun PAS nak tunggang terbalik.  Tapi bagi PAS, bila kena tanya sikit, macam kena peluru sesat...bersepah-sepah air liur pemimpin-pemimpin terutama Mat Sabu menyuruh Dato Najib diam..

Hehehe...Mat Sabu juga ada berkata bahawa dia sanggup bertanding (pada PRU 13 nanti) di kawasan yang majoriti banyak Cina pulak tu (tak semestinya Melayu) contohnya  Kawasan Bukit Bintang. Jadi Ee memang tak sabar nak menengok keberanian Mat Sabu bertanding di situ. Itu pun kalau DAP bagi. 
 
Jangan cakap saja besar. Kalau tengok sejarah Sarawak, satu kerusi pun PAS tak menang. Sebelum bertanding, cakap takbur dan riak. Bila keluar keputusan, PBB yang sapu bersih. Syabas rakyat Sarawak!..Rakyat Malaysia buktikan pula dalam PRU 13..kasi langsai sama PAS,DAP dan PKR..

Jadi PAS tak usah perasanlah yang UMNO ni kemaruk sangat nak bersama. PAS sudah tidak lagi relevan kawan-kawan...tinggalkan, tinggalkan!..Hehehe..Jom sokong saja parti yang telah membawa sinar kepada Malaysia sehingga kehari ini..Jangan tengok bulan je..Mereka pemimpin-pemimpin PAS hanya timbul waktu malam je buat ceramah sana sini..macam Drakula..Bila siang matahari terbit mereka tidur..macamana nak buat kerja..hehehe...

Pada Ee lah semakin banyak PAS menunjukkan aksi negatif menidakkan segala usaha membangun dan memajukan negara oleh UMNO sehinggalah menimbulkan demonstrasi sehingga memporak perandakan negara - lagi menunjukkan PAS ini tidak matang. Bagimanakah parti ini nak menjaga kebajikan rakyat seluruh Malaysia kalau pemimpin-pemimpinnya menunjukkan tahap kematangan seperti budak-budak. Asal gaduh ajak bertumbuk, otak ada tapi letak di kepala lutut. Langsung tak bolih berfikir secara rasional dan melihat secara berfakta dan berbukti, ini main hentam percaya je.

Pemimpin UMNO dan rakyat lainnya semua berdoa untuk negara Malaysia aman dan rakyatnya aman damia. Tapi PAS yang dipimpin oleh orang alim ulamak dan beragama mengajar rakyat merusuh dan bermusuh dengan mengikut bisikan iblis Anwar,bapak segala setan DAP dan setan Ambiga? Dimanakah ahli-ahli PAS (cendekiawan dan pemikir) kenapa tidak nasihatkan pemimpim-pemimpin mereka yang singkat akal fikiran ini?..apa nak jadi ni???..

Pada penyokong (PAS dan sekutunya) tindakan mereka yang betul dengan membawa wanita, anak-anak kecil dan mereka yang tua tidak berupaya untuk keluar kejalanraya,menjerit terlolong macam anjing jalanan dan menjadi korban pemimpin yang otak mereka tak boleh dipakai lagi. Entah2 orang baling botol, kaca, asid kepada rakyat biasa yang tak berdosa terperangkap ditempat demo..Memualkan..menjijikan..meloyakan ini semua kerana kuasa..

Jadi memang betul cakap Dato Sri Najib tu. BN memang dah lama ujudkan negara yang memberi keutamaan kepada kebajikan rakyatnya. BN dah lama mengikut ajaran dalam Quran. Yang kita tanya ni, kalau betul macam kata Haji Hadi, negara kebajikan tu dah ada dalam Quran, kenapa PAS baru sekarang nak buat? PAS ni tak menjawab soalan. Balik-balik dia kata UMNO/BN takut...UMNO/BN lemas..UMNO, UMNO, UMNO...semua UMNO jugak. Kita tanya sebab double standard yang jelas diamalkan oleh PAS membuktikan bahawa Negara Kebajikan yang dikatakan anjakan paradigma PAS sebenarnya hanyalah slogan politik bagi memancing undi bukan Islam di PRU 13 nanti.

Pada Ee  PAS tidak relevan lagi kerana PAS membawa rakyat mundur ke belakang ke zaman mengunakan penumbuk dan penampar. Sedangkan zaman ini zaman yang kaya dengan teknologi menggunkan akal dan fikiran...Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, July 26, 2011

Tazkirah DAP kepada pemimpin PAS.."Wa cakap..lu ikut saja..kasi sikit-sikit fatwa' semua olang boleh diam lo..".Memalukan..


Ee begitu yakin PAS adalah pihak yang membiarkan dan membenarkan pemimpin-pemimpin DAP yang hanya guna tisu untuk beristinjak ini masuk ke dalam masjid/surau dan memberikan 'tazkirah' dan sebagainya. Sudah tentu kita belum lupa semasa kempen pilihanraya Sibu yang lepas, nama PAS disebut oleh Teressa Kok di dalam ceramahnya sebagai pihak yang mewakili Islam dalam hal menerima penggunaan nama Allah di gereja dan penerbitannya. PAS juga gagal bertindak bila minuman keras yang di rampas oleh Majlis Bandaraya Shah Alam, dipulangkan semula kepada pemiliknya atas arahan DAP dengan alasan beer bukan minuman keras kerana kandungan alkohol yang tidak tinggi. Semua ini menjadikan pemimpin kafir DAP berani berbuat apa sahaja yang bertentangan dengan sensitiviti orang Islam kerana mereka yakin PAS akan mempertahankannya dalam apa cara sekalipun.

Menguatkan lagi, bila Nik Aziz dalam kenyataannya terbarunya mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang masuk ke dalam Surau Al-Huda di Kajang dan menyifatkan siapa yang mempertikaikan tindakan itu sebagai pihak yang tidak faham Islam. Seperti biasa Nik Aziz akan memberikan alasan perkara yang berlaku di zaman Nabi saw sebagai justifikasi untuk membenarkan hujahnya kerana di zaman Nabi Muhammad saw ramai kafir Qurasy masuk ke dalam Masjid berjumpa Nabi saw. Fikiran pendek dan kedangkalan pemikiran Nik Aziz hanya menambah kepada kekeliruan orang Islam apatah lagi yang bukan Islam, zaman di mana Islam bermula dan berkembang sudah tentu berbeza dengan keadaan sekarang. 

Pemimpin DAP bukan masuk masjid untuk mendalami Islam sebaliknya ingin mendapat publisiti politik murahan dalam kempennya menunjuk kepada orang melayu bahawa DAP tidak anti Islam. Dalam hal ini juga, berbeza dengan zaman Nabi Muhammad saw seperti yang dicontohkan Nik Aziz dimana orang kafir masuk masjid berjumpa dengan Nabi, yang berlaku di Serdang dan tempat-tempat lain ini ialah orang Islam masuk masjid berjumpa pemimpin kafir DAP untuk mendapatkan moreh dan bantuan hari raya.

Jadi dimana benarnya cerita-cerita popular dikalangan pengikut PAS bahawa penggabungan PAS dengan DAP adalah bagi membolehkan PAS mentarbiah DAP mengenai perlaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam. Yang kita nampak, PAS pula yang ditarbiah oleh DAP dalam banyak hal termasuk undang-undang baru mengenai halal dan haram minuman keras serta mencemarkan kesucian masjid dan surau.

Bukan satu kelaziman untuk pemimpin kafir masuk ke dalam masjid, apatah lagi memberikan ucapan, ia tidak berlaku sebelum ini malah berpuluh tahun sebelumnya, ia hanya berlaku sekarang iaitu sejak PAS hanya menjadi pak turut kepada pimpinan pembangkang dalam Pakatan Rakyat. Benarlah kata ramai orang sebelum ini, tuhan PAS ialah wang dan kuasa, kerana itu apa sahaja pun boleh dilakukan walaupun terpaksa mencemar kesucian agama sendiri.Tazkirah DAP kepada pemimpin PAS.."Wa cakap..lu ikut saja..kasi sikit-sikit fatwa' semua olang boleh diam lo..".Memalukan.. Memualkan..menjijikan..

Ee ingin memberikan sekadar beberapa fakta betapa DAP begitu membenci Islam sejak sekian lama.Namun semua itu pada mata pemimpin2 PAS dan penyokong mereka tidak penting,apa yang penting mereka dapat mengelabui mata rakyat semata untuk memancing undi dan kerakusan untuk berkuasa.

1. Deklarasi Setapak pada 29 Julai 1967 di Majlis Jamuan Makan Malam Tahunan Pertama DAP, telah menggariskan beberapa perkara yang antaranya; bermatlamat mengembangkan ideologi negara yang bebas, berkehendakkan demokrasi berfahaman sosialis berdasarkan prinsip sama rata antara kaum, menuntut kesaksamaan sosial ekonomi antara kaum, serta mendesak Universiti Merdeka diiktiraf sebagai universiti kaum Cina.

2. Oktober 1967, DAP menjadi satu-satunya parti dari Malaysia yang menganggotai Socialist International (SI) yakni sebuah pertubuhan yang memperjuangkan sosialisme/komunisme/liberalis​me/zionisme/sekularisme etc. dan salah seorang yang pernah menjadi naib presiden SI ialah Ehud Baraq, mantan PM Israel. Antara associated organisations yang terlibat secara langsung dengan SI ialah World Labour Zionist Movement (WLZM). Beberapa agenda sulit SI yang dikenalpasti antaranya adalah untuk mengembangkan Christianity ke serata dunia, yang sangat bertepatan dengan ideologi DAP kerana anggota DAP sendiri terdiri daripada ramai penganut Kristian. Seandainya dikaji dengan lebih mendalam sejarah penyertaan DAP dalam Socialist International, pasti anda akan memahami 'rahsia' kejayaan DAP memenangi banyak kerusi Parlimen di PRU-4, sehingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.

3. 18 Oktober 1990, Karpal Singh mengatakan dengan lantang, "Jika mahu wujudkan negara Islam...langkah mayat saya dulu!"..

4. 5 Mei 2008, Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Azlan Shah selaku Ketua Agama Islam Negeri yang memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

5. Pada tahun 2008 juga, Teresa Kok meraikan kemenangan DAP dalam PRU-12 dengan memanggang 5 ekor babi sebagai simbolik orang Cina dalam Pakatan Pembangkang berjaya menguasai 5 negeri dengan PAS & PKR sentiasa berada di bawah telunjuk mereka. Sebab itulah agaknya ada ahli parlimen PAS yang menyokong pelajar membawa bekal babi ke sekolah.

6. Teresa Kok turut menuntut papan tanda jalan yang bertulisan Jawi di sekitar Kuala Lumpur & Selangor ditukarkan ke bahasa Mandarin; selain menuntut agar azan di setiap surau dan masjid dalam negeri Selangor diperlahankan.

7. Ronnie Liu mengarahkan semua arak yang dirampas atas 'usaha' Hassan Ali dalam kawasan majoriti penduduk Islam di Selangor, supaya dikembalikan semula kepada penjual/peruncit.

8. Tanah wakaf orang Islam seluas 4 ekar di Kampung Kebun Bunga, Selangor telah didirikan Dewan Perhimpunan Orang Ramai, Persatuan Perkuburan Cina. Sebelum itu, BN yang mentadbir Selangor telah berusaha untuk memindahkan dewan tersebut ke kawasan lain. Tetapi apabila Pakatan Pembangkang mengambil alih pemerintahan Selangor pada 2008, usul pemindahan dewan oleh BN sebelumnya telah ditolak DAP dengan sokongan Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

9. 16 Mei 2008, Exco Kerajaan Negeri dari DAP telah mengarahkan 130 unit lot perumahan bumiputera di Perak agar dijual ke pasaran terbuka dengan nilai hartanah bumiputra itu hampir RM5 juta.

10. Semasa Pakatan memerintah Perak, borang permohonan tanah di Pejabat Tanah di arah cetak dalam bahasa mandarin dan tamil, kononnya untuk memudahkan kefahaman kepada kaum bukan Melayu. Hakikatnya, mereka berhasrat untuk mengambil tanah milik Melayu secara senyap tanpa disedari orang Melayu yang pasti tidak faham akan kandungan borang yang dicetak menggunakan kedua bahasa tersebut.

11. Lim Guan Eng pernah menyarankan agar jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) serta Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang digantikan dengan kaum Cina.

12. Lim Guan Eng adalah seorang penakut dan cepat menggelabah apabila ditekan atau disergah. Itulah ciri seorang 'khalifah' yang sangat diagongkan para juak PAS.

13. DAP menaruh harapan untuk menguasai negara ini di PRU-13. DAP sanggup melakukan apa saja demi merealisasikan impian kerana beranggapan sekiranya mereka gagal dalam misi menguasai Malaysia di PRU-13, maka cita-cita mereka mungkin akan terkubur selamanya.

14. DAP hari ini memiliki 29 Kerusi Parlimen di Dewan Rakyat yang menjadikannya parti dominan dalam Pakatan Pembangkang berbanding PKR (26) dan PAS (23). Strategi DAP di PRU-13 adalah meletakkan calon Melayu bagi mewakili parti mereka, maka tidak mustahil DAP akan terus kekal menjadi PARTI DOMINAN PAKATAN selepas PRU-13 kelak.

15. Menyokong Nik Aziz, Anwar Bin Ibrahim, Husam Musa, Azmin Ali dan PKR, BERERTI anda rela diperalatkan demi memenuhi impian DAP menguasai Persekutuan Malaysia.

16.Baru-baru ini kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita telah digugat oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan memperkenalkan satu port folio baru di negeri jajahan kafir harbi itu. Mengambil kesempatan di atas Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia, DAP kononnya menyokong resolusi Putera Ghazi dari Jordan di PBB pada tahun lepas.Itu kata Guan Eng yang mewakili DAP.

17.Terbaru DAP meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui PAS supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

18.Seperti baru-baru ini, mereka menunjuk kebencian tersebut dengan enggan memakai pakaian adat dalam sidang DUN di Sarawak atas alasan ia bercirikan Melayu dan Islam.

Jika hendak Ee bentangkan betapa banyaknya fakta2 menunjukan bahawa DAP begitu membenci Islam antara kita semua sedari atau tidak.Namun hakikat yang sebenar ini sering dinafikan oleh pemimpin-pemimpin PAS dan penyokong tegar bodoh alias bangang yang hanya tahu angguk2 dan geleng2 saja apa yang dikatakan oleh pemimpin Munafik mereka betul tanpa memikirkannya secara mendalam.

"Hanya Pemimpi-pemimpin PAS dan Penyokong tegar alias bangang yang betul..Yang lainnya..Sorry semuanya tidak betul"..


Ee rasa terkedu seketika bila mendengar ucap dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang berkata mengenai penubuhan "negara kebajikan" baru-baru ini. Dia kemudiannya menegaskan di dalam kenyataan akhbarnya bahawa PAS kini menumpukan fokusnya terhadap negara kebajikan berbanding penubuhan "daulah Islamiyah" yang selama ini dilaung-laungkan oleh PAS sejak zaman penubuhan parti itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, gagasan untuk menubuhkan negara kebajikan adalah lebih penting bagi parti itu berbanding melaungkan penubuhan negara Islam tanpa mampu melaksanakan apa yang dicanangkan.
"Belum masanya untuk kita menubuhkan negara Islam, gagasan negara kebajikan lebih penting, apa gunanya sebut negara Islam tapi tak laksana, tak ada faedah.

Mengulas lanjut, Pas mengambil pendekatan untuk bersama-sama memperjuangkan negara kebajikan kerana konsep gagasan itu dilihat sangat bersesuaian untuk parti itu bekerjasama dengan DAP..yang sebelum ini menolak sebarang usaha ke arah penubuhan negara Islam.Hehehe..sanggup buang maruah parti asalkan dapat bersama kekasih hati DAP kafir laknatullah..

Meskipun dilaporkan sebelum ini bahawa Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Harun Din, menyatakan dengan tegas bahawa Pas konsisten dengan tujuan menubuhkan negara Islam di dalam siri-siri ceramahnya, namun kepimpinan Pas kini mengambil pendirian untuk mengubah haluan kepada penubuhan negara kebajikan bersama Pakatan Rakyat...

Sehingga kini, Presiden DAP, Karpal Singh dilaporkan masih enggan untuk menerima sebarang usaha untuk menubuhkan negara Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Pas, namun tidak menolak untuk menubuhkan sebuah negara kebajikan yang dipersetujui bersama Pas dan PKR.Hehehe..hebat kerana Gila nak kuasa dan untuk menipu pengundi agar mengundi mereka segala sanggup digadaikan...HamPAS...Memalukan..Menjijikan..

Haji Hadi dilahirkan pada tahun 1947. Mula bergiat dalam politik pada tahun 1964. Tahun 80 an mula dikenali di seluruh negara kerana amanatnya yang menggegarkan negara hingga kepada tercetusnya peristiwa Memali.Dia adalah antara pemimpin-pemimpin Pas yang lantang mencerca Umno termasuklah menuduh Umno kafir kerana enggan menubuh negara Islam serta berkerjasama dengan parti bukan Islam.

Allah Maha Kaya , Allah Maha Besar. Allah panjangkan usia Haji Hadi sehingga ke hari ini bagi membolehkan kita melihat Haji Hadi menjilat kembali segala kahak hijau, koko dan coklat yang diludahkan kepada Umno sebelum ini.Dalam sidang media selepas merasmikan muktamar Pas baru-baru ini Hj Hadi telah berkata Pas hanya akan menumpukan kepada negara kebajikan, bukannya negara islam.

Berpuluh tahun Pas menuduh Umno kafir dan sebagainya kerana tak tubuh negara Islam, hari ini Hj Hadi kata dalam Quran tidak disebut negara islam. Tak ke sial namanya itu ?..Di usia Hj Hadi 64 tahun dan di saat Pas bermuktamar kali ke 57 , Hj Hadi baru khatam Quran dan baru sedar dalam Quran tiada disebut negara Islam.Selama ini berlagak alim , berlagak waruk dan dia berlagak dia sahaja yang Islam dalam negara ini, tapi tidak tahu pun apa yang tercatat dalam Quran.Memalukan..Munafik..Hanya tahu memecah belah perpaduan rakyat saja..

Ee rasa tersentak Ibrahim Libya dalam kuburnya bila mendengarkan fatwa terbaru Hj Hadi. Mati kataklah nampaknya totok-totok PAS Memali.

Pada pendapat Ee otak penyokong taksub pas bukan takat percaya kata2 pemimpin diorang tanpa ragu2, tapi jugak boleh diprogram semula dgn kepercayaan baru. apa nak heran sgt pemimpin pas boleh jual agama dgn harga sesen dua.

Jika dulu mat Sabu cakap anwar juburi, maka semua penyokong set dalam kepala otak diorang, anak beranak cucu cicit yg anwar kaki liwat. sekarang dah ada video sex anwar tapi nik Ajis kata anwar suci maka semua penyokong ikut kata anwar suci & semuanya fitnah. anwar kata muka mcm dia tapi perut buncit maka semua penyokong cakap bukan anwar sebab perut buncit. Anwar cakap Najib bunuh Altantuya maka ramai2 peyokong set kepala otak diorang Najib bunuh Altantuya. kalau Anwar, hj Hadi atau nik Ajis cakap bumi ni 4 segi pun semua penyokong pas akan set kepala otak diorang yg bumi ni 4 segi bukannya spera.Hehehe..dah tak tahu nak kata apa..

Mungkin ramai tahu pasal PAS .. parti yang selama ini guna Islam tetapi akhirnya tolak perjuangan sendiri untuk tubuh negara Islam.Mungkin ramai juga tahu PAS  - di mana pemimpin partinya terutama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup buat macam-macam fatwa untuk lindungi dirinya dan parti itu.Cuma mungkin ramai tak tahu ada satu perkara  lain diamalkan PAS hingga menyebabkan pemimpin serta ahlinya seronok sakan dengan parti berlambangkan bulan tersebut.Ini bukan soal jaminan ke syurga atau sokong parti itu tetapi jaminan tak kena apa-apa tindakan jika buat salah.

Allah berfirman pada ayat 13, surah Asy-Syura yang bermaksud:-- "Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah…".

 Ee ingin memberi peringatan kepada semua bahawa junjungan besar Baginda Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah...Fahami dan halusilah wahai para pemimpin2 PAS dan penyokong-penyokong PAS..Insaflah.. kembalilah kepangkal jalan..

Bilakah Nik Ajiziz dan pemimpin PAS lainnya akan "celik"? Apakah dia menunggu hingga maut datang menjemputnya, maka ketika itu baru dia mahu mengaku silapnya dan menyeru supaya PAS berpadu bersama UMNO di dalam BN? Apakah dia menunggu dikala nazaknya tiba, barulah dia "celik dari butanya?"..

Apabila parti itu mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim, semakin jelas PAS mempunyai pendirian pelik pasal pemimpin yang lakukan kesalahan.Yang pasti mereka juga tidak akan dipecat daripada parti.Malah, jika pemimpin terbabit (Yang melakukan kesalahan) jumpa Mursyidul Am, 'kesalahan' mereka dianggap sudah 'dibersihkan' macam pergi cuci dosa.

 Pada pendapat Ee bahawa Nik aziz tidak layak di gelar 'tok guru!...tapi Tuk Garu baru betul..hehehe..
siapakah beliau yg kerjanya riak dan bongkak dengan ilmu setitis tak sampai yg Allah SWT berikan..
untuk menjahanamkan Islam melalui konon menumbangkan UMNO?..kalau nak di ukur dgn jubah dan lilitan serbannya untuk 'cair' hati kita memanggilnya TOK GURU makan ingt jugalah ABU LAHAB yang mengelilingi Ka'abah menyembah al-latta dan al-Uzza berhala2 ini juga memakai sedemikian..dan kalau nak di katakan Nik Ajis ini berilmu, AZAZIL sebelum derhaka kepada Allah yg kini digelar SYAITAN juga menguasai segala ilmu yg ada dalam Al-Quran tp untuk menyesatkan manusia..jadi..jangan lihat dengan lahiriah.. ingatlah lihat dengan mata hati yg beriman..

Kenapa pemimpin PAS tak akan dikenakan tindakan oleh parti jika mereka bersalah walaupun ada kalanya bukti melalui video, rakaman suara dan dokumen jelas ??...Akhirnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang beri jawapan kepada soalan tersebut.Ketika sessi sidang media pada Muktamat PAS baru-baru ini, jawapan Hadi adalah, "PAS tak ada kuasa".
Maksudnya, PAS tak boleh ambil tindakan pada mana-mana pemimpin atau ahli yang didakwa ada skandal atau kesalahan lain.Hehehe..Jika ini dijadikan amalan pasti semakin ramai yang akan membuat kesalahan seperti saudara Anwar Al Juburi bak kata Mat Sabu..

Berdendang sayang lah Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin lain kerana ‘amalan’ yang dipraktitkan PAS ini sejak dulu lagi.
Bukan saja isu khalawat tetapi  pemimpin PAS lain termasuk Nik Aziz  juga membisu pasal tuduhan Mat Sabu mengamalkan ajaran Syiah.Mat Sabu pun anggap isu itu cerita lama dan tak mahu pening-pening kepala untuk jawab.
Selepas ini pemimpin PAS boleh buiat macam-macam hal lagi kerana mereka kebal sebab parti tak ada kuasa untuk bertindak terhadap mereka..hehehe..Jika dah tak ada kuasa buat apa melalut itu tidak betul ini tidak betul..

Dalam perlembagaan PAS ada tak kata nak tubuh negara islam?
Dalam perlembagaan Kafir DAP ada tak kata nak jadikan malaysian-malaysia?
Bagaimana nak ujud negara islam jika dalam perlembagaan asal tak ada? bagaimana nak ujud negara islam jika kafir DAP mahukan hak sama rata yg.bermakna agama rasmi tiada..hak melayu adalah hak cina, nak bina masjid kena bina juga tokong , model negara dikiblatkan kepada konsep seperti Hong Kong dan Macau yg.penuh pusat judi dan maksiat dan lebih parah secara senyap mereka akan melemahkan Institusi Raja yg.jadi pelindung melayu dan agama islam negara ini..
Betul-betul HamPAS.."Hanya Pemimpi-pemimpin PAS dan Penyokong  tegar alias bangang yang betul..  Pemimpin Parti dan penyokong lainnya  Sorry semuanya tidak betul"..

Monday, July 25, 2011

Pekung Busuk Kafir DAP masih dihidu wangi oleh Pemimpin PAS dan Penyokong Tegar bodoh alias bangang..bertaubatlah..


Sepas ini Ee nak tengok, mana PAS nak letak muka kalau ditanya dulu perjuangan Islam dan kononnya hudud tapi kini kenapa perjuangkan DAP laknatulllah?.Kenapa pejuangkan Ambiga peguam murtad yang mereka bagai orang gila menentangnya dulu?...Mengapa pejuangkan Anuar yang dulu mereka panggil Al Juburi?..Kenapa tidak bela Islam tapi menyokong dengan kuat bila kafir DAP menghina dengan mempermainkan hadis dan Al Quran?..memalukan.. Dah tak de tempat dah.


Semuanya sandiwara belaka.Sekadar laungan kosong je buat apa? Semua orang dah tau, diorang bukan parti yang memperjuangkan Islam yang sebenar.Dah nampak sangat yang diorang selama ini hanya bermain wayang untuk mengaburi mata rakyat dari melihat kebenaran.Jadi adalah lebih baik diorang gugurkan sahaja perkataan Islam dalam nama parti tu kalau diorang merasakan Islam itu masih suci.

Ee bukan berniat sengaja nak memburuk - burukkan Menteri Besar Kelantan ni. Tapi sekadar nak bagi nasihat je kat dia.
Bukan apa, sebab dia tak sedar yang dia tu dah tua. Bawak - bawak la berehat. Berenti je dari sibuk - sibuk dengan Politik ni.Otak pun dah naik kematu asyik memikirkan benda2 yang karut marut untuk dijadikan fatwa.Sudah - sudah la gilakan kuasa dan sebagainya. Baik dia duduk rumah, luangkan masa dengan keluarga, anak - anak dan cucu cicit.Bertaubat dan beramal dengan sepenuh hati lagi baik.

Pada pendapat Ee segala fitnah Nik Ajiz terhadap UMNO/BN ini adalah perkara lumrah yang sering keluar daripada mulut celupar Menteri Besar Kelantan itu. Apa-apa sahaja yang dibuat oleh BN/UMNO tidak pernah baik, semuanya hodoh, semuanya jahat - hatta sudah memerintah Kelantan lebih 20 tahun pun - Kerajaan BN/UMNO tetap macam sial. Manusia seperti ini, adalah manusia yang kufur dengan nikmat Allah - tidak tahu berterima kasih dan tidak tahu erti sabar dalam melakukan amar makruf nahi mungkar.

Pada pendapat Ee yang dangkal ini golongan pemimpin2 pembangkang  seperti Nik Ajis,Hadi Awang dan Anwar Ibrahim ini, sekiranya hidup pada zaman para khalifah Rasulullah, sudah boleh dianggap sebagai pemberontak yang boleh dipancung sahaja lehernya. Mengharu-birukan negara dan menyebar pelbagai fitnah dan burunk sangka yang melampau-lampau terhadap saudara seIslam, semata-mata kerana berlainan parti politik.

Cubalah kita renungkan firman Allah yang bererti:-- "Dan sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh"– demikian maksud ayat 191 surah al-Baqarah.

Pada pendapat Ee kalaulah benarlah hudud PAS itu tidak bercanggah dengan hudud Allah mengapakah tidak dibawa ke Parlimen untuk dibahas dengan teliti ? Di sana barulah tahu siapa yang menolaknya sesungguh hati. Yang anehnya kenapa undang-undang MURTAD yang menjadi sebahagian dari EKJS(II) 1993 fasal 23 tergopoh-gapah dibawa ke parlimen ? Mengapa pula anak dibawa sedang ibu ditinggalkan ?

Ee berharap agar semua dapat berfikir dengan matang dan bijaksana yang sebenarnya PAS telah berbohong kerana PAS telah berjanji dalam Harakah 28 Februari 1997 "Hudud akan dibawa ke parlimen ?". Sampai hari ini pun nampaknya jauh dari panggang. PAS hanya bijak berpidato menabur janji tetapi untuk menunaikannya bohong juga menjadi realiti Yang jelasnya apabila hidup berdolak dalik nyatalah kebenarannya hanya dikentutkan saja..

Ee ingin membuka pekung yang tersumbat dalam hati sanubari pemimpin DAP.Namun pekung yang telah terbuka dan mengeluarkan bau yang busuk itu masih terhidu wangi oleh pemimpin2 PAS dan penyokong tegar bodoh alias bangangnya.Marilah kita hayati apa yang dikatakan oleh bapak kuminis DAP Lim Kit Siang seperti yang tersiar.

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Penasihat DAP Lim Kit Siang mengulangi pendirian parti itu menolak idea mahu melaksanakan undang-undang hudud dan negara Islam atas alasan ia tidak pernah disentuh dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR).

"Ia sudah jelas bahawa pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam bukan dasar PR.

"Jadi tidak perlu PAS untuk bangkitkan perkara ini lagi kerana ia bukan agenda kita (PR)," kata Lim ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Lim juga mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata kedua-dua aspek tersebut langsung tidak disebutkan dalam Dasar Bersama PR yang diumumkan Disember 2009. “Itu sebab kedua-dua aspek itu tidak pernah dibangkitkan dalam Dasar Bersama PR.

"Oleh itu PAS perlu faham, itu sahaja saya boleh cakap. Yang lain saya tidak mahu komen," kata beliau yang dua hari lalu mempertahankan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh .Dasar itu diputuskan pada konvensyen sulung PR, yang dibentuk April 2008, akhir tahun lalu.

Di bawah Dasar Bersama itu, PR membuat pendirian akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Semalam PAS meminta DAP memahami dasar perjuangan PAS yang bercita-cita mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam, sekiranya menawan kerajaan persekutuan, bagi mengatasi masalah jenayah dan sosial membabitkan orang Islam.

Parti itu juga menegaskan, ia tidak akan kompromi sama sekali dalam soal menegakkan hukum hudud dan cita-cita menjadikan Malaysia negara Islam. Minggu lalu, Karpal mengumumkan bahawa beliau kekal menentang undang-undang sedemikian jika PR mengambil alih kerajaan persekutuan.

Kata Karpal, undang-undang sedemikian "tidak berperlembagaan" dan setiap orang perlu menghormati perlembagaan. DAP mengeluarkan kenyataan ini sehari selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadinya.

Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu. Karpal tidak bersetuju dengan cadangan Nik Aziz, yang dibuat Khamis lalu bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud....

Namun segala fakta ini akan disokong dan didebatkan hebat oleh para penyokong fanayik bodoh alias bengap HamPAS dengan mengatakan dan menabur fitnah kononnya dari sumber utusan dan sebagainya..Pada pendapat Ee ini manusia2 HamPAS terlalu dangkal untuk berfikir hanya layak sebagai tukang angguk dan geleng2 sapi saja.Hanya menurut dan mengiakan segala ucapan munafik pemimpin mereka yang gila kuasa..memalukan..

DAP kini bersikap semakin angkuh sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan 'calonkan anjing pun boleh menang' dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.Akhbar Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin DAP di laman sosial, Facebook bahawa parti itu akan menang pada PRU Ke-13 walaupun ia meletakkan seekor anjing menjadi calon bagi menentang Barisan Nasional (BN).

Pada pendapat dan pandangan peribadi Ee apa yang dipaparkan itu secara tidak langsung menunjukkan sikap DAP yang menganggap bahawa pengundi-pengundi seolah-olah tidak wujud dan tidak penting dalam membuat keputusan.Ee juga merasakan bahawa DAP merasakan bahawa mereka mempunyai hak atas apa yang telah berlaku selama ini iaitu semenjak mereka beroleh sedikit ruang dalam politik maka mereka mula memandang rendah pada orang lain termasuklah para pengundi yang memilih mereka sebagai pemimpin.

Tong-tong kosong jika diketuk bising memekakan telinga..Anjing tersepit jika dilepaskan akan menyalak dan mengigit.. HamPAS pada selonggok beras..Baruah tetap baruah walau dilonggokan segala budi tetapi tetap dikencingkannya.. Penawar yang diberi tetap racun yang dihirup..Selayaknya pemimpin-pemimpin PAS dan Penyokong Tegar bodoh alias bangang mereka menjadi tukang cuci buntut DAP dan Anwar Al Juburi bak kata Mat Sabu..Insaflah..