Thursday, July 14, 2011

Janji Munafik Pakatan Rakyat...Janji dulu pun segan nak tunaikan..



Secara kebetulan atau tidak, umum tahu PKR dan PAS hanyalah alat perkakas yang sentiasa menyokong dan mempertahankan sekutu mereka DAP. Dan jika didengari ceramah PAS mahupun PKR, maka pastinya mereka akan mengagung-agungkan Pimpinan Lim Guan Eng yang kononnya menambah peruntukkan untuk masjid.

Maka bertepuk dan bersoraklah gembira bagi mereka yang lupa, bahawa umpan DAP yang bijak mengatur langkah bagi memastikan Malaysia menjadi seperti Mentornya Singapura. Jika dikaji dengan teliti, cara inilah yang digunakan PAP untuk mendapat mandat di Singapura.

Kesimpulannya, sedar atau tidak Malaysia bukan lagi sebuah negara yang terjamin politiknya dek kerana ada pihak disebelah sana yang cuba untuk bermain politik bagi kepentingan peribadi dengan menaburkan pelbagai janji palsu dan mengapikan rakyat. 

Program 100 Hari yang kononnya akan dilancarkan jika PKR, Pas dan DAP berjaya membentuk kerajaan pada PRU-13 adalah janji terbaru pakatan pembangkang untuk melaksanakan reformasi menyeluruh pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan.

Mereka menjanjikan 'dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program itu'. Ini termasuk:

• Reformasi institusi penting seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan
• Memansuhkan ISA, mengarahkan Khazanah Nasional, KWSP dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan pengambilalihan asset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol
• Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat
• Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan sebanyak RM500 sebulan kepada setiap guru sebagai penghargaan
• Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan dan menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
• Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diruruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus
• Menubuhkab suruhanjaya diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah.

Sebahagian besar daripada reformasi yang diimpikan untuk dilaksanakan pada hari pakatan pembangkang menawan Putrajaya itu, kini sudahpun digerakkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Mereka pun sedar perkara itu kerana sama ada di podium ceramah, Dewan dan media, merekalah antara pihak yang berterusan memperlekeh program mahupun projek transformasi berkenaan.

Kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak telah berubah. Perubahan yang mengutamakan kehendak rakyat dan memperkasakan sistem penyampaian kerajaan sedang dilaksanakan, bukan lagi sekadar impian di atas kertas. Cuma, tentu sekali cara dan pendekatannya berbeza dengan reformasi pakatan pembangkang itu.Renung2kanlah..

No comments:

Post a Comment