Pada pandangan Ee pendekatan PAS yang tak berkesudahan mengambil kesempatan untuk menggunakan fahaman sesat bagi menaikkan sentimen kebencian terhadap Pemimpin2 UMNO adalah keterlaluan dan telah lari dari akedah perjuangan Islam.Islam sangat melarang sesama agama berpecah dan saling benci membenci.Mereka (PAS) bercakap pasal Islam tetapi tidak tahu apa yang dicakapkannya."Malu..mual..jijik" dengan sikap pemimpin-pemimpim PAS dan penyongkong bodoh alias bebal mereka yang kononnya memperjuangkan Islam namun sikap dan tingkah laku tidak melambangkan keperibadian Islam itu sendiri.
Pada Ee mereka biadap dan syaitan iblis telah menyelubungi jasad mereka. Sehinggakan apa yang dicakap dan segala perlakuan mereka berada di luar batasan serta sanggup memperalatkan Hukum Agama sebagai senjata utama menghina umat Muhammad yang lain.Mereka (Pemimpin2 dan Penyokong PAS) sebenarnya sakit namun tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang menghadapi penyakit yang merbahaya.
Semua parti politik dalam negara boleh berpolitik.. UMNO pun berpolitik dan begitu juga parti lainnya.'Pas pun boleh berpolitik tetapi berpolitiklah dengan cara yang betul dan bukannya semberono'. Hak dan kebatilan seolah-olah tidak ada batasan. Apakah ini dinamakan perjuangan Islam tulin ?.. atau mereka sebenarnya menerima saja segala bisikan syaitan Iblis yang bersumpah untuk menyesatkan hambaNya sehingga ke akhir zaman..Ee bimbang dan khuatir pemimpin-pemimpin dan penyokong bodoh alias bebal PAS akan terus hanyut dibuai mimpi indah bersama idolanya syaitan Iblis laknatullah.
Pada Ee 'Pemimpin-Pemimpin PAS' ibarat patung atau boneka, yang hanya akan digerakkan oleh DAP dan PKR. PAS telah meletakkan diri mereka di tempat yang paling hina, sekadar keldai politik yang berhak ditunggangi oleh tuannya.. sahlah bahawa mereka sanggup bersetongkol dengan apa jua waimah syaitan asalkan tertuntut nafsu mereka untuk berkuasa.
Pemimpin-pemimpin PAS sebenarnya telah dirasuk oleh syaita iblis laknatullah namun mereka tidak sedar dan alpa kerana menurut segala kemahuan dan tuntutan nafsu serkah untuk berkuasa.
Pas bukan syaitan, Pas malaikat. Kerana Pas yang baik inilah berlaku huru hara dalam masyarakat Islam khusunya di kampong-kampong. Solat dua imam, nikah semula, sembelihan orang UMNO tak boleh dimakan. Bemasam muka dan bergaduh antara anak dan ibu bapa, suami dengan isteri dan pulau memulau kenduri.
Ee ingin mengajak seluruh masyarat merenungi dan berfikir apa yang tertulis dalam sebuah kitab yang ditulis oleh seorang ulama Syeikh Fathi Yakan menulis kitabnya yang terkenal iaitu Maza yakni intima 'I lil Islam.
Ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba aku mendapati syaitan masuk dari sepuluh pintu iaitu:
Pertama: Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada sesudah berusaha dan berikhtiar.
Kedua: Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan rasa takut dengan kedatangan mati yang tiba-tiba.
Ketiga: Cintakan kerehatan dan nikmat, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.
Keempat: Kagum pada diri sendiri (ujub), lalu aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.
Kelima: Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak dan kehormatan mereka.
Keenam: Hasad dengki, lalu aku menghadapinya dengan sifat qanaah (iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan reda terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.
Ketujuh: Riak dan sukakan pujian manusia, lalu aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.
Kelapan: Kedekut atau bakhil, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang di tangan makhluk itu akan binasa sedangkan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.
Kesembilan: Takbur atau sombong, lalu aku menghadapinya dengan sifat tawaduk.
Kesepuluh: Tamak, lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.
Antara arahan yang dituntut oleh Islam sebagai suatu jalan untuk mengelak diri daripada panah dan tipu daya Iblis ialah mengingati Allah sewaktu mula melakukan semua kerja. Dalam hubungan ini Abu Hurairah sudah meriwayatkan bahawa syaitan bagi orang mukmin telah bertemu syaitan bagi orang kafir.
Didapati bahawa syaitan bagi orang kafir itu dalam keadaan gemuk sedangkan syaitan bagi orang mukmin kurus kering dan dalam keadaan duka cita. Lalu syaitan orang kafir bertanya kepada syaitan orang mukmin: "Kenapa kamu kurus kering dan duka cita. Syaitan orang mukmin menjawab: Aku mendampingi seorang lelaki untuk menggodanya. Apabila lelaki itu hendak makan, dia menyebut nama Allah. Jadi aku terus lapar.
Apabila minum dia menyebut nama Allah. Jadi aku kehausan. Apabila dia memakai pakaian dia menyebut nama Allah dengan itu aku terus bertelanjang. Apabila dia memakai minyak rambut, dia terus menyebut nama Allah. Dengan itu rambutku terus kusut kering." Syaitan yang kafir pula berkata: "Tetapi aku mendampingi seorang yang sedikit pun tidak melakukan daripada apa yang engkau sebutkan tadi. Oleh itu aku berkongsi dengannya pada makanan, minuman dan pakaiannya.
Jika dihalusi akan hakikat ujud syaitan itu tidak mustahil segala apa yang berlaku pada pemimpin2 PAS dan penyokong taksub alias bebal mereka hari ini adalah angkara syaitan untuk menyesatkan.Namun hakikat itu tidak diakui oleh pemimpin PAS kerana tertipu oleh kononnya kewarakan mereka bertasbih,berserban,berjubah dan ke Islaman yang diceduk.
Marilah kita renungi secara mendalam akan niat sebenar seorang yang kononnya bertaraf ulama' hakikat tersirat dan tersurat hanya 'Ular dalam semak'.."Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima," – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999.
Mungkin ramai terutama sekali para pengikut, ahli PAS dan pemuja Nik Abdul Aziz yang akan tersinggung dengan apa yang Ee katakan dalam artikel ini. Sememangnya jikalau mereka berlapang dada dan mula berfikir secara rasional, mereka akan faham mengapa permusuhan dengan mereka dianggap sebagai permusuhan dengan syaitan.
Syaitan itu jelas mencerminkan segala macam keburukan, kejahatan dan kecelakaan di atas permukaan muka bumi ini. Syaitan tidak pernah ikhlas. Syaitan tidak pernah boleh dibuat kawan sebagaimana dakwaan Nik Abdul Aziz dan para pengikutnya. Bahkan syaitan itu tidak pernah akan beriman kepada Allah Taala sekalipun mereka tahu bahawa balasan yang menanti mereka, amat berat siksaannya.
Pekerjaan syaitan tidak ada lain kecuali membawa manusia ke lembah kehancuran. Kerja mereka tidak ada lain selain daripada menghancurkan kehidupan manusia dengan cara menyelewengkan manusia itu daripada petunjuk Allah Taala yang benar. Bahkan syaitan itu tidak lain kecuali menjauhkan manusia itu daripada jalan kelurusan, kebaikan dan kebenaran.
Berhubung hal ini, Allah telah mengulangi peringatan-Nya mengenai kisah Iblis yang mengingkari arahan untuk sujud kepada Nabi Adam pada beberapa tempat dalam al-Quran. Antaranya ialah dialog antara Allah dengan Iblis yang dirakamkan dalam surah Sad ayat 71 hingga 85 (maksudnya):
"(71) (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah." (72) Maka apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)-Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya." (73) Lalu seluruh malaikat itu bersujud semuanya. (74) Kecuali Iblis; dia menyombongkan diri dan adalah dia termasuk orang-orang yang kafir. (75) Allah berfirman: "Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Kuciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?" (76) Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah." (77) Allah berfirman: "Maka keluarlah kamu dari syurga; sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk, (78) sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan." (79) Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan." (80) Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, (81) sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari Kiamat)." (82) Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, (83) kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka". (84) Allah berfirman: "Maka yang benar (adalah sumpah-Ku) dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan." (85) Sesunggguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu antara mereka kesemuanya."
Oleh sebab itulah, Allah Taala telah mengingatkan setiap orang daripada kita agar kita berhati-hati agar tidak sampai terkena tipu daya dan rayuan busuk syaitan. Kita diberitahu pula tentang betapa besar permusuhan syaitan terhadap umat manusia dan kita dianjurkan untuk melawan dan menentang ajakannya dengan segala macam daya upaya dan jalan, sehinggalah hancurlah kekuatannya, lemahlah kekuasaannya sirnalah kejahatan dan keburukannya yang hendak ditusukKannya kepada kita.
PAS juga hanya pandai menabur janji sebaliknya cukup liat untuk menunaikan semua janji manis yang telah dibuat. Janji yang dibuat oleh puak PAS tak ubah sepertimana janji yang dibuat oleh iblis syaitan untuk menyesatkan manusia.Mereka menjanjikan syurga, pahala dan iman kepada sesiapa yang menyokong parti PAS tetapi mengkafirkan sesiapa yang menolak mereka.
Rosaknya segelintir generasi muda kita pada hari ini menentang kerajaan dengan hasutan para Pemuka2 PAS adalah menggambarkan kejayaan syaitan dalam melaksanakan misinya untuk menghalang manusia daripada mengikut jalan yang lurus. Itulah janji syaitan sewaktu diusir oleh Allah dari syurga, iaitu untuk menyesatkan umat manusia dan memastikan mereka dihumbankan ke dalam neraka lantaran amal kejahatan dan maksiat yang dilakukan di dunia.
Renungkalah FirmanNya yang bererti :--
"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." (Q.s. an-Nisa’: 120).
Sesungguhnya dalam mentaati Allah dan RaslNya, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah swt agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufiq dan keredhaan. Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung.
No comments:
Post a Comment