Rakyat Berlindung Di bawah Payung Naungan Tuanku
Renungkanlah apa yang Allah Firmankan yang bererti:--
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (A-li'Imraan 3:103)
Apa yang mereka ajar agar membenci kerajaan dan menghasut rakyat untuk dengan pelbagai dakyah dan pembohongan.Pengajaran pemimpin-pemimpin PAS munafik ini ibaratkan bahawa seseorang itu tidak wajib mensyukuri jasa ibu bapanya kerana memang menjadi kewajipan ibu bapa memberi nafkah dan menjaga anaknya.
Dan jika prinsip pemimpin-pemimpin PAS munafik ini digunapakai, bagaimana pula dengan jasa Nabi kita S.A.W. yang memang menjadi kewajipan Baginda menyampaikan dakwah kepada umatnya ?
"Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu" Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Beginilah rupa bentuk Pemikiran Khawarij yang telah menyerap atau diserapkan di dalam kepimpinan PAS munafik ini.
Khawarij, ialah kumpulan pemberontak yang lahir di zaman Syaidina Ali r.a., mereka memerangi dan menghalalkan darah Baginda dan siapa saja yang menyokong kerajaan pada masa itu.
Pada hakikatnya fenomena Khawarij adalah jelmaan daripada suatu bentuk pemikiran yang lahir sejak zaman Rasulullah S.A.W. lagi dan akan lahir dari semasa ke semasa. Khawarij pertama ialah ‘Zulkhuwaisirah’ yang mengkritik cara Rasulullah S.A.W. membahagikan harta rampasan perang dan menuduh Baginda tidak berlaku adil dalam pembahagian tersebut.
Zulkhuwaisirah tidak membantah Rasulullah S.A.W. sebagai Nabi dan Rasul yang menyampaikan wahyu tetapi sebagai pemerintah yang menjalankan tugas-tugas pemerintahan.
Di zaman Syaidina Ali, kemunculannya bermula dengan sekumpulan pengikut membantah keputusan Baginda menerima tahkim. Daripada segi hukum syarak, Baginda berhak membuat keputusan tersebut sebagai seorang pemerintah. Bantahan ini diikuti dengan tindakan mencerca, memarakkan kebencian seterusnya menghukum Baginda sebagai telah melakukan dosa besar.
Pemikiran Khawarij yang bertunas daripada tidak bersetuju dengan keputusan pemerintah itu terus membesar hingga ke peringkat ekstrem atau ghuluw dengan menghukum Syaidina Ali dan penyokongnya sebagai Kafir dan halal darah serta wajib di perangi.Kita lihat bagaimana tunas pemikiran Khawarij ini berkembang tahap demi tahap hingga ke tahap yang ekstrem dan menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang dapat disaksikan melalui bentuk-bentuk hukuman dan tindakan-tindakan yang ganjil dan pelik atau "syuzuz".
Di dalam Kitab "Fikrul Khawarij" ada menceritakan bagaimana segerombolan Khawarij menangkap Abdullah Bin Khabbab seorang penyokong Syaidina Ali serta hambanya yang sedang hamil.Abdullah bin Khabbab kemudiannya di sembelih di tebing sebatang sungai, sementara hamba perempuannya yang sedang mengandung tidak sahaja dibunuh tetapi juga di belah perutnya.
Sewaktu berjalan merentasi ladang kepunyaan seorang kafir zimmi mereka terserempak dengan seekor khinzir, lalu salah seorang daripadanya memancung khinzir tersebut dengan pedang. Perbuatan itu dibantah oleh teman yang lain dengan mempersoalkan apakah alasan yang menghalalkan pembunuhan khinzir kepunyaan zimmi.Ada juga riwayat menyebut bahawa mereka kemudiannya meminta untuk membeli buah tamar dan tuan punya kebun menawarkan kepada mereka buah tamar secara percuma, tetapi mereka enggan menerimanya dengan menyatakan bahawa sebagai orang Islam mereka tidak boleh mengambilnya tanpa bayaran.
Daripada kisah yang dipaparkan ini, mari kita renungi bagaimana pemikiran Khawarij ini berkembang hingga membawa kepada kesimpulan hukum dan tindakan yang pelik lagi ganjil. Nyawa orang kafir, harta benda dan khinzirnya lebih terpelihara daripada nyawa dan harta orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka.Pengikut-pengikut Khawarij ini terdiri daripada mereka yang kuat beribadat dan membaca Quran seperti yang diterangkan dalam Hadis-Hadis dan diceritakan dalam sejarah.
FirmanNya yang bererti :--
Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: "Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja". (Al-Ahzaab 33:12)
Dan FirmanNya lagi yang bererti:--
Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya). (Al-Ahzaab 33:15)
Maka tidak hairanlah kalau kepimpinan PAS munafik ini adalah sebahagian daripada penyerapan golongan-golongan Khawarij kalau diperhatikan cara gerak laku politik mereka untuk memerangi kerajaan UMNO.
Kita sebagai umat Melayu Islam, perlu memandang serius dengan dakyah-dakyah pemimpin PAS munafik ini untuk meruntuhkan kekuasaan serta kekuatan perpaduan Melayu Islam di tanah air tercinta ini.
Sebelum itu, PAS menafikan bahawa dalam parti itu wujud dua puak yang berbeza. Kata mereka, kewujudan puak itu sengaja direka oleh Barisan Nasional untuk memecah belahkan ahli.Kini, mereka tidak dapat nak mengelak lagi apabila seluruh media termasuk yang menyokong mereka melabelkan memang wujud dua puak. Satu puak Ulama dan satu lagi Edrogan.
FirmanNya yang bererti:--
Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang (munafik) yang menghalangi di antara kamu, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: "Marilah bersatu dengan kami", sedang mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja. (Al-Ahzaab 33:18)
Puak Edrogan ni memang terkenal sebagai penjaga kuat Anwar Ibrahim dan mereka juga merupakan golongan Profesional didalam PAS.Berbeza dengan puak Ulama, puak - puak Edrogan ni semuanya mendapat pendidikan kebangsaan dan ada juga yang tidak ada pendidikan agama.
Jadi, memang benarlah bahawa PAS yang dipilih pada hari ini sudah melenyapkan kepimpinan Ulama dengan memilih pemimpin - pemimpin yang Pro Edrogan ini.Tak hairan kenapa baru-baru ini, dalam ucaptama Presiden PAS, Haji Hadi mengubah dasar perjuangan mereka kepada Negara Kebajikan.
Haji Hadi juga secara tak lansung mengatakan perjuangan Negara Islam yang dipelopori oleh pengasas - pengasas PAS sebelum ini tidak mengikut Al - Qur'an.Mungkin Haji Hadi sudah dapat membayangkan bahawa Kepimpinan Ulama sudah berkubur dan tidak lagi relevan dalam PAS. Perjuangan mereka untuk menyebarkan syariat Islam hanya menjadi retorik sahaja semata - mata.
Keseluruhannya, rakyat dan umat Islam dah sedar bahawa PAS hanya menjadi alat perkakas kepada perjuangan orang lain. Bukan nak menegakkan Islam sangat pun.Tapi hakikat tu pun masih lagi tak disedari oleh puak - puak PAS. Diorang masih lagi nak bermimpi dapat bulan dan bintang. Masih lagi berharapkan benda yang bukan - bukan.
Penyakit Gila Kuasa Pemimpin PAS semakin Parah, Ketika ini Pas sanggup Mengkhianati Ahli Pas sendiri untuk mendapat Kuasa, secara sistematik Pas Mengkhianati Ahli Pas hingga memaksa Ahli-ahli meminta sedekah menjual Maruah Umat Islam sedangkan Pemimpin Pas yang menjadi Yb bersenang lenang dengan Gaji lumayan mengumpul Kekayaan.
Amanat yang Memesongkan umat Islam Malaysia.
Renungkanlah bersama FirmanNya yang bererti :--
Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. (Al-Ahzaab 33:19)
Itulah hinanya Ahli PAS pada pemimpin Pas sendiri, hilangnya maruah Islam Ahli PAS kini apabila Orang Kafir "Kelab Penyokong PAS" disamakan seperti Umat Islam dalam parti PAS, menjadikan parti PAS sama seperti DAP dan PKR, PAS bukan lagi parti yang 100% Islam sebaliknya PAS menjadi parti sekular liberal yang sama seperti DAP dan PKR,ini menjadikan UMNO lebih Islam daripada PAS dari segi Kuasa Umat Islam di dalam Parti.
Menolong parti PAS umpama menolong Anjing Tersepit, ianya dah berlaku berulang kali ketika PAS bersama Perikatan UMNO di Khianati, Tengku Razaleigh Semangat 46 pernah Menolong Pas merampas Negeri Kelantan ketika itu bersama Angkatan Perpaduan Ummah (S46 dan Pas) Akhirnya apa yang berlaku Tengku Razaleigh dan Semangat 46 juga di Khianati.
Sama apa yang berlaku keatas Dato Ibrahim Ali, sebelum PRU12 Pemimpin PAS terhegeh-hegeh nak Dato Ibrahim Ali menjadi calon tetapi selepas Menang Dato Ibrahim Ali pula yang di gigit oleh Pemimpin PAS, Dato Ibrahim Ali menjadi menjadi sasaran maki hamun dan Fitnah PAS, Peliknya kenapa Ahli PAS tidak salahkan Pemimpin PAS yang ambil Dato Ibrahim Ali ?.Mudah bagi Pemimpin Gila Kuasa PAS Menipu Ahli PAS dan Rakyat Malaysia seluruhnya, di sebabkan mahukan kuasa menjadi Yb Pemimpin Pas sanggup berbuat apa sahaja, menjual Agama Islam pada Kafir Harbi DAP, Nama ALLAH juga sanggup di berikan pemimpin Pas kepada gereja kafir harbi.
Ahli PAS terutama Umat Islam di perbodohkan begitu sahaja oleh Pemimpin PAS, ketika Pemimpin PAS hidup selesa dengan Gaji lumayan berceramah dan mengutip derma, Ahli PAS yang kononnya "pejuang Islam" menjadi peminta sedekah mengemis pada orang ramai sedangkan Pemimpin Pas tidak berbuat apa-apa..
FirmanNya yang bererti :--
(Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzaab 33:24)
Buktinya kes yang melibatkan Ketua Pengarang Harakah En. Lutfi Usman yang terpaksa Meminta sedekah pada orag ramai bagi membuat rawatan jantung di Hospital ”Swasta”, kebanyakkan laman web pro PAS menyiarkan berita Ketua Pengarang Harakah terpaksa mengemis untuk membuat rawatan jantung sedangkan Parti PAS menguasai 2 Negeri Kelantan dan Kedah manakala beliau sendiri (Lutfi) anak jati Kedah tetapi apabila Ketua Pengarang Lidah Resmi PAS yang boleh dianggap Pejuang Tempur paling hadapan di dalam PAS yang menolong serta bertanggjawap Memenangkan Pemimpin PAS didalam Pilihanraya di layan umpama pengemis jalanan yang hina oleh pemimpin PAS.
Itu ialah Pengajaran bahawa Pemimpin PAS yang menjadi Yb hanya menipu Rakyat Malaysia sahaja, tak ada apa-apa sumbangan Pemimpin PAS pada Agama Islam, Umat Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia, Pemimpin PAS hanya gunakan Islam untuk Menipu Orang Ramai, Pemimpin PAS hanya berpolitik untuk menjadi Yb dengan memakan Gaji dan elaun lumayan yang di beri oleh Kerajaan hasil cukai Rakyat dan pendapatan Negara.
Lebih menarik Pemimpin PAS menghasut dan memfitnah pula Kerajaan, berlaku kebencian dari kalangan Ahli PAS (yang cerdik tapi bodoh) pada Kakitangan Awam (Pekerja Kerajaan) bahawa Kerja Kerajaan sumber pendapatannya adalah Haram tetapi Yb-yb PAS sendiri menelan Gaji dan pendapatan mereka dari mana? Sama juga mungkin Rakyat perlu Iktikad bahawa hasil cukai Judi dan Arak ialah untuk Membayar Gaji Yb-yb PAS dan Ahli PAS yang menjadi Kakitangan Kerajaan.
Apakah Islam Mengajar Umatnya Menipu.
Allah berfirman yang bererti :--
Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu). (Al-Ahzaab 33:48)
PAS tidak mempunyai sistem ekonomi, Mengemis dan meminta Sedekah adalah Amalan PAS yang di larang Islam sejak dahulu lagi tambahan PAS sudah lebih dari mampu kerana menguasai 2 Negeri serta jumlah Yb yang banyak tetapi PAS masih meminta sedekah dan mengemis manakala Rakyat yang Terpedaya dengan Lakonan Pemimpin PAS akan menderma untuk mereka yang dah pun kaya.
FirmanNya yang bererti:--
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (A-li'Imraan 3:118)
Penipuan dan Pengkhianatan PAS tidak akan berhenti jika tiada apa-apa tindakan, Rakyat dapat lihat bagaimana PAS mengkhianati Umat Islam yang menjadi Anggota Polis dan Tentera apabila Pemimpin "melayu Islam" Penipu Rakyat (PR) menjulang Chin Peng (PKM) mebagai "wira" mereka (PAS dan PKR).Tinggalkanlah saja ceramah pembohongan pemimpin2 PAS yang mengarut dan kuat mencarut.Tinggalkanlah saja parti PAS yang mana pemimpin2 mereka hanya pandai bercakap agama saja namun melaksanakannya tidak tahu.Tinggalkanlah saja perjuangan yang sia2 kerana asyik kena bohong dik pemimpin2 PAS.Kembalilah kepangkal jalan dan berjuanglah bersama UMNO parti yang sentiasa bersama rakyat dan mementingkan keperluan rakyat dan negara.Fikirkanlah demi agama,bangsa dan negara..
No comments:
Post a Comment