"Fitnah dan Bohong itu Dosa Besar" puak-puak pembangkang yang memang suka membangkang dan kurang ajar serta tidak tahu menghormati Perdana Menteri dengan manipulasi gambar beliau dalam pelbagi bentuk aksi yang menjijikan.Mana adap sebagai seorang rakyat yang baik.Kenapa dan mengapa sikap yang begini ada di kalangan rakyat yang telah diajar adap sopan sejak dari kecil sehingga dewasa.Islam tidak mengajar kita membuat fitnah.Ingatlah Allah Maha Mengetahui walau hanya bisikan dihati.
Sesungguhnya, banyak yang Allah telah tunjukkan kepada rakyat atas kejahilan dan kebiadapan pencacai pembangkang dan pemimpinnya terhadap orang yang tidak bersalah. Allah menguji mereka yang kononnya berteraskan Islam, tetapi tidak dapat membela agama Islam di bumi sendiri.
Allah menguji kita, dan jangan kerana kuasa dan kemaruk dan taksub kepada parti, kita lupa kepada matlamat yang utama. Hingga membelakangkan soal islam dan aqidah hanya kerana mahu menjaga kekafiran orang lain. bertaubatlah dan kembalilah kepada Allah dan jaga dan lindungilah agama Suci ini.
Seluruh rakyat sudah nampak dan faham bahawa Pas bukan pertubuhan agama tetapi adalah pertubuhan politik yang memperalatkan agama Islam.Terasa hilang semangat jihad mereka untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini apabila sesama sendiri bertelagah dan fitnah dijadikan senjata. Inilah pencacai pembangkang, yang tidak dapat menilai mana permata mana kaca.
Pemimpin-pemimpin PAS kini semakin jauh tersasar dari landasan kebenaran dengan menabur fitnah serta pembohongan yang tidak nyata dan adakalanya terikut-ikut penipuan dan pembohongan Anwar Ibrahim..Apakah pemimpin PAS telah lupa akan dosa fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh ?
Putar belit PAS dan pembohongan tentang soal hudud. Sebelum ini PAS membuat pelbagai tuduhan kepada pimpinan UMNO mengenai hudud. Namun kenapa kini wujudnya perubahan sikap pemimpin PAS sendiri mengenai pelaksanaan hudud apabila hendak mewajarkan kerjasama dengan DAP.Bukankah itu 'Munafik' ???..
Presiden PAS Haji Hadi pernah berkata:
" Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000.
Begitu juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika membuat kenyataan mengenai pelaksanaan hudud pada 2 September 2010 dengan jelas menyatakan:
"Tidak semestinya kita akan laksanakan, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat. Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya"
Begitu juga dalam soal pemerintahan. UMNO pernah dikafirkan kerana menjalin kerjasama dengan orang bukan Islam. Buktinya:
Majlis Ulama PAS Kelantan pada Ogos 1963 membuat kenyataan "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram"
Namun demi kepentingan politik apa pula kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat pada 12 Mei 1999 "Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP."
Begitu juga dalam soal Perlembagaan Negara – UMNO dituduh mempertahankan perlembagaan sekular dan Presiden PAS sekarang pada 7 April 1981 telah mengeluarkan amanat yang berbunyi:
"Saudara-saudara sekelian percayalah,kita menentang UMNO,bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah,mengekalkan undang-undang kafir,mengekalkan peraturan jahiliyah.Oleh kerana itulah kita menentang mereka.Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku"..
Tidak cukup dengan itu, Hadi awang semasa menyampaikan khutbah di Masjd Pengadang Baru Marang pada Oktober 2001 menyebut:
"Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."
Namun hakikatnya dalam Perlembagaan PAS Fasal 6 (11) dengan jelas menyebutkan:
"Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang Negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar"
Tidakkah ini tidak Munafik namanya ???
Amanat Haji Hadi ini jelas bercanggah dengan Islam sesuai dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan
Keputusan:
1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah -
(a) bercanggah dari segi ajaran Islam;
(b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan
2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang –
(a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan
(b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat tersebut.
Status Penwartaan: Diwartakan
Nombor Rujukan: PMM/0020 Jld.4 (61)
Akta/Enakmen: M.P.U. 13
Jika nak di kira kemunafikan pemimpin2 PAS terhadap rakyat negara ini tidak terhitung dalam amalan mereka untuk memecah belahkan rakyat negara ini dan mengelirukan rakyat demi memuaskan nafsu sarakah politik pemimpin PAS.
Cuba renungan ucapan Haji Mustafa Abu Bakar..
Tahun 1979 Tok Guru PAS di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan, Haji Mustafa Abu Bakar mengeluarkan fatwa semasa berceramah di sebuah surau di Hulu Besut mengkafirkan ahli UMNO.
Disebut di mahkamah bahawa beliau didapati menuduh "orang-orang UMNO dalam Barisan Nasional (BN) hukumnya murtad" dan "orang UMNO dalam Barisan Nasional tidak sah dijadikan imam sembahyang". Juga "sembelihan orang UMNO Barisan Nasional tidak boleh dimakan".. "tidak sah akad nikah sekiranya jurunikah itu orang Barisan Nasional" dan "kalau tidak bersefahaman antara suami isteri jika salah seorang Pas yang satu Barisan Nasional nescaya hukumnya tertalaklah antara suami isteri dan jika bersetubuh juga hukumnya zina, kalau dapat anak hukumnya anak zina."
Marilah kita renungan antara himpunan kata-kata Munafik yang bertopengkan Islam dan Memecah belahkan rakyat serta mengelirukan rakyat demi nafsu sarakah untuk berkuasa..Nik Ajis Ular dalam Semak..
1. " Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.
6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.
10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.
11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.
14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.
16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.
18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.
20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.
21. "Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram." – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.
22. 'Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)". –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
23. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga." – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.
24. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. " – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.
25. UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis." – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.
26. "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar." – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.
27. "Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP." – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999
28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.
29. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.
PERANAN PEMIMPIN PAS DALAM PERPECAHAN UMMAH
1. Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat sekampung), kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturrahim dan putus hubungan karabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.
PERANAN DALAM MEROSAKKAN AMAL IBADAT
1. Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain dimana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.
PERANAN PEMIMPIN PAS MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM
1. Program-program Islam bagi melaksanakan Instituis Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam, Universiti Islam dan Institusi Islam yang yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.
2. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang mensifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak kerajaan tidak memberi apa-apa ertipun kepada umat Islam di negara ini.
"Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam". (Harakah - 26 Januari 1983).
Jika nak di kira kemunafikan pemimpin2 PAS terhadap rakyat negara ini tidak terhitung dalam amalan mereka untuk memecah belahkan rakyat negara ini dan mengelirukan rakyat demi memuaskan nafsu sarakah politik pemimpin PAS.Mungkin apa yang Ee coretkan ini akan menguris hati penyokong-penyokong taksub namun itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh mereka bertapa Munafiknya pemimpin mereka dalam menjalankan propaganda,penipuan licik dan fitnah kepada para pemimpin UMNO dan perjuangannya.Apa yang mereka lakukan ini adalah mengikut tuntutan nafsu dan bisikan syaitan hanya untuk mendapatkan sokongan untuk berkuasa.Rakyat diTipu dan Tertipu dengan topeng agama,lilitan serban,ketayap,jubah,tasbeh dan janggut sejemput.Sedarlah wahai rakyat kembalilah kepangkal jalan sebelum nyawa terpisah dari jasad.Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.Renungkanlah!..
No comments:
Post a Comment