Ular Dalam Semak Nik Aziz sudah pun pengeluaran fatwa terbaru tentang Anwar, Siapa yang fitnah Anwar tidak akan dapat bau syurga. Mana Nik Aziz tahu orang orang ini memfitnah Anwar. Apakah benar Anwar ini di fitnah atau perbuatan jahat Anwar didedahkan . Bagaimana Nik Aziz yakin bahawa Anwar di fitnah dan yang paling penting , pintu syurga siapa yang jaga. Apakah Nik Aziz yang menentukan siapa yang masuk syurga. Nik Aziz sendiri belum tentu masuk syurga , dari apa yang kita lihat sekarang cara Nik Aziz pecah belahkan umat Islam dan mengelirukan rakyat serta menyundalkan Islam , Nik Aziz lah orang yang terakhir kot..... masuk syurga.
Bila Anwar memanggil najib sebagai anak babi , Nik Aziz hanya membisu seribu bahasa. Nik Aziz hanya berfatwa mengikut kehendak politik. PAS lari dari matlamat asal di bawah kepimpinan Nik Aziz , rakyat di kelirukan oleh pemimpin PAS ini. Orang Islam Orang Melayu di kafirkan , orang Kafir yang menentang Islam di jadikan sahabat dan saudara, Pengamal maksiat dilindungi. Kebenaran tidak lagi berguna. Maksiat dihalalkan dengan fatwa fatwa politik .
Nik Aziz bukannya ulama' , Nik Aziz hanya lah seorang ahli politik sama separti Anwar Ibrahim dan juga Lim Kit Siang mahupun Karpal Singh. Dalam PKR Anwar adalah lebih mulai dari Nik Aziz kerana Anwar adalah Ketua Pembangkang yang akan menjadi Perdana Menteri jika PR berjaya menawan Malaysia. Apa bezanya Nik Aziz dengan Anwar dan Karpal Singh atau Lim Guan Eng.
Tidak hairan jika sekarang terlalu ramai umat Islam yang membenci Nik Aziz walaupun satu ketika dahulu walapaun Nik Aziz berbeza pendapat tapi masih dihormati oleh orang UMNO. Hari ini mereka tidak lagi segan silu mengutuk Nik Aziz dan tanpa merasakan berdosa mengutuk orang tua ini kerana menyedari orang tua inilah yang memecah belahkan orang Islam.
Renungkanlah Firman Allah yang bererti :--
'Sesungguhnya Kami (Allah) Telah Menciptakan Kamu Dan Telah Kami (Allah) Bentuk Rupamu Kemudian Kami (Allah) Katakan Kepada Malaikat; Tunduklah Kamu Kepada Adam!!!
Lantas Malaikat Tunduk, Kecuali Iblis, Dia (Iblis) Tidak Termasuk Orang2 Tunduk........... Allah Berfirman; Apakah Halangan Yang Menyebabkan Engkau Tidak Tunduk Ketika Aku (Allah) Perintahkan???....... Katanya(Iblis);
Aku Lebih Baik Daripadanya(Adam) Aku(Iblis) Engkau Jadikan Daripada Api Sedang Dia(Adam) Engkau Jadikan Dari Tanah......... Allah Berfirman; Pergilah Engkau Dari Tempat Ini Kerana Di tempat Ini Tidak Sepatutnya Bagi Engkau (Iblis) Menyombongkan Diri.
Pergilah Sesungguhnya Engkau Termasuk Orang2 Yang Hina....... Iblis Berkata; Beri Tangguhlah Aku Sehingga Hari Mereka Dibangkitkan.......Allah Berfirman; Sesungguhnya Engkau Orang Yang Diberi Tangguh........Iblis Berkata; Kerana Engkau Telah Menghukum Aku (Sesat) Aku Akan Duduk Menganggu Mereka (Adam / Manusia) Dari Jalan Yang Lurus.
Kemudian Itu Aku Datang Kepada Mereka Dari Hadapan Dan Dari Belakangnya Dari Kanan Dan Kirinya Dan Tidaklah Engkau (Allah) Dapati Kebanyakkan Mereka Menjadi Orang2 Yang Bersyukur.........Allah Berfirman; Pergilah Dari Tempat Ini Sebagai Orang Yang Terhina Dan Terbuang Siapa Diantara Mereka(Manusia) Yang Mengikuti Engkau(Iblis) Tentulah Akan Aku(Allah) Penuhi Neraka Jahanam Dengan Kamu Semua"(Al- A'raaf 11~18)
PAS Hanya Mengunakan Tipu Helah untuk Mengelirukan Umat Islam.
Kekuatan UMNO/BN nyata semakin kuat dan mantap selepas melalui beberapa PRK yang diatakan baru2 ini. Sokongan dan keyakinan rakyat terhadap UMNO/BN sudah kembali pulih. Rakyat telah memberi penilaian yang tepat terhadap parti lawan iaitu PAS, PKR dan DAP.
Walaupun kita perhatikan bahawa kaum cina masih lagi kuat menyokong DAP harapan mereka untuk berkuasa memang semakin tipis. Kekuatan DAP terserlah ketika mendapat sokongan dari PAS dan PKR. Hari ini kaum melaty/Islam semakin sedar tindak tanduk dan tipu muslihat DAP. Melayu/Islam yang menyokong PAS dan PKR semakin ramai kembali menyokong UMNO.
DAP akan jadi lemah tanpa sokongan kaum melayu/Islam. Sedangkan PAS dan PKR pula sudah hilang sokongan dari kaum melayu/Islam. Melalui dua PRK di DUN Kerdau, PAS tersungkur dalam kawasan majoriti melayu/Islam. Ini membuktikan bahawa PAS bukan parti pilihan bagi kaum melayu/Islam.
Melayu/Islam menolak PAS kerana kesanggupan parti itu bersengkokol dengan DAP. Melayu/Islam memang anti DAP. Jika pemimpin2 PAS harus sedar bahawa Lim Kit Siang dan Karpal cuma menyokong PAS dan bukan menyokong perjuangan PAS untuk menegak kan islam.Pemimpin2 PAS silap perhitungan jika menganggap DAP telah menyokong melayu/Islam dalam memperjuangkan melayu dan islam apabila parti itu menyokong PAS.
FirmanNya yang bererti :--
"Dan Kalau Allah Mahu Nescaya Orang2 Yang Ada Bumi Ini Akan Beriman Seluruhnya. Apakah Engkau hendak Memaksa Manusia Supaya Mereka Menjadi Orang2 Yang Beriman? Dan Tiadalah Satu Diri Akan Beriman Melainkan Dengan Izin Allah. Dan Tuhan (Allah) Menimpakan Kehinaan Kepada Orang2 Yang Tak Mahu Mengerti" (Yunus 99~100)
Dulu lain dikata kini lain pula jadinya.
Siapa yang tolak perpaduan sesama Islam?? Kalau bukan PAS sendiri yang tolak...Pada Ee bukankah lebih baik bergabung, lepas tu nasihatkan UMNO dari dalam, mengapa nak berpecah-pecah dan tak nak duduk semeja? Jawapannya mudah, PAS bodoh sombong, riak, takkabur dan ego..
Jangan buat tuduhan melulu bahawa org UMNO tak reti dan tak tahu halal haram. Semua ni akan berbalik kepada si penuduh tersebut jika terbukti tak betul tuduhan tersebut. Semenjak dikepalai oleh Anwar Ibrahim, orang PAS hanya tahu nak mencemuh sahaja. Semua dalam UMNO dilabelkan buruk dan tak islamik..
Ee agaklah orang2 PAS lupa yang orang UMNO pun saudara seIslam mereka. Sepatutnya dijalinkan perpaduan sesama saudara muslim, bukannya berperang bagai nak rak hanya kerana dendam kesumat ular dalam semak tua yang sorang tu. Bangsa melayu semakin berpecah, kaum kafir jugak yang seronok bertepuk tangan..
Kenapa PAS taksub sangat pada Anwar? Betul ke Anwar tak pernah melakukan perkara-perkara mungkar? Didalam isu video seks tu, kalau betul bukan Anwar, mengapa dia nak gelabah sangat? Awal-awal lagi dah buat PC walhal tiada siapa yang tuduh dia diperingkat mulanya..
PAS mesti sedar, bukti dah terang... kebenaran pun dah terserlah... mengapa tidak mahu menerima? Bukankah kita dituntut mempercayai Qada dan Qadar Allah? Bila kena pada pemimpin UMNO/BN, sepantas kilat orang PAS percaya walaupun tiada bukti, tiada 4 saksi...Tapi bila kena di batang hidung kroni dorang, senyap seribu bahasa..
Macam ni ke kata ikut nak ikut ajaran Islam sebenar? Kenapa tak ikut kebenaran yang ditunjukkan oleh Allah biarpun ia tak memihak kepada mereka? Adakah kebenaran itu hanya untuk pihak pembangkang? Jangan tutup mata dan butakan hati demi sebuah perjuangan politik dunia..
Pada pendapat Ee PAS hanya pandai melaung-laungkan Hudud sahaja untuk meraih undi, sedangkan penerangan serta perlaksanaan hukum tu langsung tak dilaksanakan pun. Semua ni bukti bahawa PAS hanya temberang pada rakyat. PAS ambil kesempatan untuk menang didalam permainan politik negara saja.
Renungkanlah Firman Allah dalam Al Furqaan ayat 77 yang bererti :--
Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".
Kini mengapa bila berpakat dengan DAP di dalam Pakatan, soal Hukum Hudud langsung tak kedengaran? Takkan perjuangan menegakkan Islam PAS ni ikut musim? Bila dah berpakat dengan DAP dan PKR, kenapa tak diteruskan usaha menegakkan Hukum Hudud? Mengapa mendiamkan diri?..Dan mengapa kini dari perjuangan menegakkan negara Islam mereka sanggup mengugurkannya dan negara berkebajikan pula meniru UMNO yang telah menjalankannya sejak memerintah hinggalah kini ?..Iblis yang meresap dalam sanubari Pemimpin2 PAS menghasut dan memecah belahkan umat Islam negara..kafir DAP Bertepuk Riang..
UMNO bukanlah parti Melayu Islam yang tidak melakukan kesalahan, tetapi sekurang-kurangnya UMNO tak pergunakan Islam demi kepentingan politik mereka. Sepatutnya PAS jadi perisai dan menjaga kepentingan Islam, tetapi sebaliknya PAS mempergunakan Islam sebagai perisai dan kepentingan parti..
Dan sesungguhnya orang-orang kafir yang sebelum mereka telah melancarkan rancangan jahat (terhadap Nabi-nabi mereka): oleh itu, (janganlah engkau bimbang kerana) bagi Allah jualah kuasa menggagalkan segala jenis rancangan jahat. Ia mengetahui apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri; dan orang-orang yang kafir akan mengetahui bagi siapakah balasan (yang baik dan yang buruk) pada hari akhirat kelak.
Janji2 manis pemuka-pemuka syaitan pengkianat bangsa dan negara lebih manis dari madu namun ianya racun yang akan sentiasa bersarang di dada rakyat Malaysia jika ianya berlaku.Janji syaitan sentiasa di benak hati pemimpin-pemimpin PAS dalam pakatan untuk meruntuhkan agama,bangsa dan negara asalkan mereka dapat kuasa.Marilah kita bersama-sama berjuang mempertahankan agama,bangsa dan negara dari petualang-petualang negara. Marilah kita bersatu demi mempertahankan maruah agama,bangsa dan negara dari tangan-tangan kotor pehak pembangkang yang cuba untuk menghancurkan keharmonian dan kemakmuran yang sedia ada.Bersatulah!
No comments:
Post a Comment