Thursday, July 21, 2011

Lu Fikirlah Sendiri..Kain orang lain koyak nampak,Kain mereka koyak tak nampak..Hehehe..Geli ketiak..


Susah nak percaya. Memang susah nak percaya. Manakan tidak, dapat jolokan dengan nama 'Serambi Mekah'. Nama memang elok, suci dan bersih, tapi hakikatnya di cemari dengan maksiat. Negeri mana, siapa Menteri Besarnya...?..jawab le sendiri......Hehehe.....


Mustapa Muhamed baru-baru ini dilaporkan menyifatkan kerajaan PAS Kelantan tidak bersih ekoran pendedahan sebuah blog terkenal - Kickdefella - bahawa berlakunya aktiviti loteri big sweep dan pelacuran di Kampung Limau Manis - kira-kira 500 meter dari kompleks pentadbiran kerajaan.

Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri juga dilaporkan berkata cakap-cakap mengenai kedua-dua aktiviti maksiat itu di bandar ini lama wujud dan kini ia telah disahkan dengan laporan surat khabar dan mediaonline.

Kelantan Negeri yang kononya di katakan Serambi Makkah, benar kah serambi Makkah?..Apakah layak digelarKelantan negeri Serambi Makkah kerana di Kelantan lah sebenarnya paling banyak aktiviti Pelacuran yang tak bermoral berlaku.Tambahan pula bersebelahan dengan Golok Syurga Maksiat bagi mereka yang inginkan kepuasan Seks dengan harga yang murah dan servis yang mantap.

Pelacur di Kg.Limau Manis dah lama berkudis di situ...kalau betul la ia tinggalan BN...kenapa pihak kerajaan pembangkang masih tak dapat menghapuskan pusat pelacuran itu selepas lebih 21 tahun merdeka?...malahan terdapat beberapa tempat baru yang wujud selain di kg.limau manis,jln hamzah itu..seperti dulu di sekitar billion,di hotel murahan kawasan teksi sewa, dan yang terbaru di kawasan pelangi mall...dan kebanyakan pelacur adalah berbangsa melayu kelantan..kenapa kerajaan kelantan tak dapat membendung perkara ini?..Mungkin sebab terlalu berpolitik dan berceramah sepanjang masa?, hingga tak memperdulikan keadaan sekitar kota bharu yang semakin teruk dan bernoda.

Pelacur-pelacur itu dikawal oleh beberapa pengawal atau tonto. Operasinya tentunya aktif di sebelah malam. Di situ menurutnya, kita akan dapat melihat pelacur-pelacur menunggu pelanggan. Bukan saja yang seksi, pelacur yang bertudung pun ada! Pelacur pun bercirikan Islam? Itukah yang Nik Aziz maksudkan dengan "Membangun Bersama Islam"?

Tok Guru PAS Nik Ajis ternyata gagal mewarisi Tok Kenali. Mursyidul Am PAS Kelantan itu jelas gagal mentadbir Kelantan. Usah disebut tentang pembangunan di Kelantan yang ternyata terkebelakang. Itu semua rakyat tahu. Isunya, rakyat Malaysia sering dimomokkan dengan slogan "Membangun bersama Islam" oleh Kerajaan PAS Kelantan, hakikatnya di zaman pemerintahan Pak Nik ini slogan yang lebih sesuai ialah "Membangun bersama Pelacur"! Mana tidaknya jika premis-premis yang hanya lebih kurang 500 meter dari lokasi pejabat Pak Nik, penuh dengan "kupu-kupu malam"!.. Apakah Pak Nik sengaja "memejamkan mata" dan "memekakkan telinga" tentang aktiviti jijik ini? 

PAS ni hanya menggunakan nama Islam dalam pertarungan Politik yang gilakan kuasa semata mata. Di negeri sendiri pun mereka tak mampu nak mengawal aktiviti Maksiat sebegini malah Orang dalam PAS sendiri yang menjadi dalang akan kegiatan tak bermoral ini.Kalau 21 tahun PAS masih gagal menghapuskan aktiviti pelacuran di Kelantan, janganlah PAS bercakap untuk menghapuskan maksiat di Malaysia yang terpaksa Kerajaannya di kongsi dengan parti-parti bukan Islam.

Usah lagi kita harapkan PAS yang terlampau Islam, cuba mengIslamkan Lim Kit Siang,Lim Guan Eng dan karpal, tetapi rakyat sendiri terbiar ke lembah yang hina dan sesat!..Hehehe..Juak-juak Pas ni hanya tahu mencari kesalahan org lain. Menegur kain orang lain koyak, tapi koyaknya kain mereka, mereka tak nampak, hinggakan punggung jelas kelihatan. Begitulah Pas, siapa tidak kenal.Hehehe geli ketiak..lu fikirlah sendiri..

No comments:

Post a Comment