Monday, October 11, 2010

IngatlahKiamat itu benar tunggulah tiupan Sangkakala...

Para sahabat meriwayatkan dahsyatnya hari kiamat itu datang kepada hamba didunia ketika keluarnya roh.Kedua matanya terbelalak,janur hidungnya jatuh,kedua belah telinganya tertutup,kata-katanya tersekat tidak mampu berkata-kata dan menjawab,matanya bergetar ,otot2nya kendur,terputuslah segala dari anak ,keluarga kekasih terpisah sama sekali.Mereka yg mengandung keguguran,semua manusia seolah-olah mabuk namun mereka bukannya mabuk,anak2 kecil pula beruban kepalanya.Mereka semua dalam kebingungan dan berubah akalnya dan segala syaitan2 masuk kepadanya.Dan segala pintu taubat tertutup maka dimatikan mereka semuanya serentak. Begitulah gambaran apabila tertiupnya sangkakala tanda kiamatnya dunia.Ditiup kembali sangkakala kedua untuk kehidupan yang kekal abadi,"Wahai roh2 yang telah keluar,tulang2 yang hancur,badan2 yang busuk,otot2 yang putus,kulit2 yang koyak dan rambut2 yang telah gugur,berdirilah untuk menemui keputusan ".Maka mereka berdiri datas perintah Allah,lalu mereka semua dikumpulkan di Yaumilmasyhar atau dipadang masyhar dalam keadaan telanjang bulat untuk dikira/dihisab segala amalannya semasa didunia.
Lalu mereka dikumpulkan dan dijadikan 12 golongan.Pertama berupa beruk mereka itu suka memfitnah sesama manusia.Golongan kedua berupa babi hutan mereka yang suka makan barang haram.Golongan ketiga pula berkeadaan buta,mereka yang melanggar hukum2 Allah dan tidak adil dlm memutuskan sesuatu .Yang keempat berkeadaan tuli dan bisu mereka yang sombong dan hairan dgn amalnya sendiri.Yang kelima dalam keadaan nanah dari mulutnya dan mengigit-gigit lidah.Mereka itu para Ulamak yang mengingkari perkataan dan perbuatanya.Yang keenam keadaan tubuh yg penuh luka,mereka itu saksi2 palsu.Yang ketujuh telapak kakinya yang terikat diatas kening denganumbun2 mereka dan busuk baunya lebih dari bangkai,mereka selalu mengikuti hawa nafsu utk bersenang2 dgn perkara haram.Yang kelapan dalam keadaan mabuk jatuh kekanan dan kiri,mereka yang mencegah hak2 Allah.Yang kesembilan seluar2 mereka dari timah,orang yang tidak pergi dari orang2 yang mengumpat.Yang kesepuloh lidahnya terjulur-julur dari mulut mereka yang suka mengadu domba.Yang kesebelas dalam keadaan mabuk.merka yang bercakap-cakap dlm masjid dan yang kedua belas dlm keadaan bentuk babi hutan golongan pemakan riba.Ingatlah dunia ini hanya sementara dan akhiratlah tempat yang kekal abadi untuk selama-lamanya.

Thursday, October 7, 2010

Apakah hubungan sebenarnya Anwar Ibrahim dan orang kuatnya Azmin Ali....

Mengapa dan kenapa Anwar begitu memehak  Azmin Ali ?.Dan kenapa pula Wan Azizah tidak menyokong Azmin Ali ?.Apakah ini ada kaitan dengan Samsidar isteri Azmin Ali ?.Kita pernah dikejutkan dengan berita Anwar meliwat Azizan,dan berita hubungan terlarang antara Anwar dan Samsidar isteri Azmin Ali yang didedahkan oleh adik kandung Azmin sendiri.Sehinggakan tilam bantal cadar menjadi bukti di mahkamah.Yang mengakibatkan Anwar tersingkir dari kabinet Tun Mahathir dan akhirnya terjerumus kedalam penjara setelah didapati bersalah.Jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang,takanlah seorang adik sanggup mencemar nama baik abang kandungnya sendiri semata-mata inginkan publisiti murahan.Kini segala-galanya semakin terselah sejak keluar dari penjara nama Anwar dan Azmin begitu senonim,Azmin bukan saja mendapat layanan yang istimewa dari Anwar malah boleh dikatakan begitu rapat dan mendapat mandat 100% dari Anwar.Apakah gambar ini membuktikan segala-galanya ?. Atau apakah gambar ini hanya satu manipulasi yang dibuat oleh orang2 yang membenci Anwar Ibrahim dan orang kuatnya Azmin Ali.Biarlah masa yang menentukan segalanya...Spt kata bidalan "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua".

Sikap Keakuan Nik Aziz memakan diri...Iaitu orang yang menjadikan agamanya sebagai senda gurauan...

Angkuh,sombong,bongkak,riak itu yang boleh disifatkan kepada Nik Aziz.. sebagai seorang mursidul am PAS sepatutnya beliau lebih terbuka dan menerima segala cadangan mahupun teguran dari golongan muda mahupun luar.Baru diberi teguran dah melenting dan pelbagai fatwa dikeluarkan,sepatutnya beliau menimbang dulu apa yang dicadang dan apa yang dikeritik.Sebagai seorang yang berpengelaman sepatutnya beliau membentuk peribadi yang baik dengan memberi tunjuk ajar yang benar2 mengikut lunas islam.Bukannya memberi fatwa2 songsang yang tidak berasas sama sekali,dan menjadi bahan ejekan.Sepatutnya beliau dengan ilmu yang ada lebih perihatin dengan menumpukan mendidik anak bangsa menjadi umat islam yang baik dan dihormati.Sebaliknya beliau masih berdendam dan masih berangan-angan untuk menjatuhkan musuh politiknya dengan pelbagai cara mengikut nafsu sarakahnya.Sebenarnya sikap Nik Aziz jadi begini disebabkan pengikut2 PAS yang taksub agar  beliau yang sentiasa memberi sesuatu yang menguntungkan parti walaupun kata2 beliau akan memakan dirinya sendiri.Mereka pengikut setia PAS berpendapat Nik Aziz dengan gelaran Tok Guru dan dianggap ulama tidak boleh disangkal sama sekali oleh sesiapa jua kerana ilmu agamanya.Namun mereka lupa bahawa Nik Aziz juga manusia biasa dan tidak dapat lari dari hasutan hawa nafsu dan godaan syaitan iblis.Sifat mengagungkan Nik Aziz berlebihan sebenarnya memakan diri Nik Aziz sendiri,sehingga beliau bersifat keakuan (sifat takbur) bahawa orang lain tidak dapat menandingi ilmu agamanya.Nik Aziz sebenarnya telah tertipu oleh ilmunya sehingga beliau tanpa berfikir panjang sanggup menganggap sesiapa yang tidak menyokong partinya dan saranannya kafir(tidak boleh masuk surga).Dan Nik Aziz sering mengeluarkan fatwa2 mahupun membelitkan firman2 Allah semata-mata mengikut tuntutan nafsu sarakah dan pengampu2nya (pengikut setia PAS) yang mahukan,yang lebih baik daripada beliau.Walaupun kadang-kadang apa yang keluar dari mulutnya berlawanan dari fitra hatinya,namun sifat keakuan melebihi segalanya.Sedarlah wahai Nik Aziz kamu hanya disanjung,dipuja,diagungkan untuk kepentingan dunia saja.Insaflah bahawa dunia kata pergi,kubur kata mari..usia telah dimamah ganyut,sepatutnya tinggalkanlah duniawi,jangan ikutkan sangat nafsu serakah yang mempermainkan dirimu.Ingatlah walau berlindung ditembuk yang kukuh jika ajal telah memanggil kita tidak ada siapa yang boleh membantu kita.Ingatlah firman Allah yang bermaksud "Yaitu orang yang menjadikan agamanya sebagai senda gurau dan mainan,mereka telah diperdayakan oleh kehidupan dunia.Pada hari ini kami melupakan mereka.Sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka hari ini,dan mereka menyangkal ayat2 Kami".Al A'raaf ayat 51.

Wednesday, October 6, 2010

Najib pemimpin berjiwa rakyat sememangnya layak sebagai PM pilihan rakyat Malaysia.

Kenalkah anda siapa yang terbaring lesu di katil hospital ini ?.Dan kenalkah anda siapa lelaki yang memakai tali leher melawat pesakit ini ?.Jika anda kenal Alhamdullillah anda sememangnya warga Malaysia yang perihatin.Perhatikanlah betapa keiklasan yang terpancar diraup wajah seorang pemimpin berjiwa rakyat,walau dicerca,dimaki,difitnah,didoakan kehancurannya dan pelbagai tomahan meburukan kepada beliau namun beliau tidak pernah berdendam walaupun pada musuhnya sekalipun.Seorang pemimpin yang benar2 jujur dan iklas tanpa mengira kawan mahu pun lawan.Seorang pemimpin yang harus dicontuhi oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama,bangsa dan fahaman politik.Beliau merupakan seorang pemimpin yang mengikut lunas islam dan saranan dari Nabi saw yang menyuruh umatnya agar berbaik-baik sesama umatnya.Dalam mengukuhkan perpaduan rakyat dalam mesej beliau melalui 1 Malaysia beliau tanpa mengira agama,bangsa dan fahaman politik sentiasa mengikut saranan yang diajar oleh Nabi saw agar sentiasa berbuat baik dan tidak memutuskan ikatan tali sirratulrahim.Sewaktu Nik Aziz Menteri Besar Kelantan terlantar sakit beliau tanpa ada perasaan dendam beliau datang meluangkan masa melawatnya.Walau pelbagai tomahan dan doa kehancurannya dibuat oleh Nik Aziz semua itu diketepikan oleh beliau demi agama dan bangsa.Inilah peribadi seorang pemimpin yang sepatutnya diikuti oleh rakyat negara ini dan pemimpin-pemimpin lainnya..Sepatutnya Nik Aziz harus mencontohi Najib dan berterima kasih kepada Najib kerana telah menunjukan contoh teladan yang baik dan memberi pelajaran kepada beliau dan rakyat secara halus walau pun bermusuhan dan berlainan fahaman politik tetapi perpaduan sesama umat sangat penting. Dan sebagai umat islam harus mengikuti saranan Nabi saw,seperti sabda Nabi saw dari Abu Musa r.a.bermaksud "Sesungguhnya seseorang mukmin terhadap seorang mukmin umpama sebuah rumah,setiap sesuatu menyokong antara yang lain untuk mengukuhkan yang lain".Ketika berkata,Nabi saw mendakapkan jari-jarinya.Hadis riwayat Bukhari.

Monday, October 4, 2010

Cahaya Sang Pencipta dalam kenikmatan hakiki cinta dan rindu padaNya...

Allah hu..Allah hu.. Allah hu... tenang dengan linangan air mata ketakutan pada Sang Pencipta dikebeningan sepertiga malam...Hati memohon dengan penuh insaf ketakutan pada Sang Pencipta ...Allah hu..Allah hu..Allah hu... teringat kata2 dari  Sang Imam Al Ghazali berkata dalam hati manusia terdapat tabiat dan kekuatan suci berupa cahaya Tuhan atau Nur Ilahi.Cahaya yang menerangi pancaindra untuk berfikir dan manusia hayal tidak sanggup mencapainya.Dengan tabiat dan kekuatan ini manusia semakin lupa diri sehingga ketahap kebinatangan.Firman Sang Pencipta dlm Al A'raf :179 bermaksud "Dan sesungguhnaya kami jadikan isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia.Mereka mempunyai hati ,tetapi tidak memahami(petunjuk Allah) dgn hatinya itu,Dan mereka mempunyai mata,tetapi tidak digunakan untuk melihat (jalan lurus).Dan mereka mempunyai telinga,tetapi tidak mereka gunakan untuk mendengar (Yg hak).Mereka laksana binatang melata,bahkan mereka lebih sesat.Merekalah org yg lalai (dari memahami ayat2 Allah).Jika mata tertutup kita tidak mampu melihat tetapi kita boleh hayal begitu juga dgn hati.Sebab bagi hati nurani,hidup duniawi  boleh menutup mata batin.Sejuta pena akan patah, sejuta lidah akan kelu kerana mereka tidak sanggup menggambarkan keindahan itu,bila kita berlabuh dengan tenang dlm marifat mengenal Sang Pencipta...menghambakan diri kepada Sang Pencipta lantaran takut akan neraka tidak pula inginkan surga.Mari bersujut padaNya lantaran cinta dan rindu belaka.Takwa serta mengakrabkan dri kepada Sang Pencipta utk mencapai wushul/sampai dan ligaa/berjumpa denganNya.Kenikmatan hakiki dlm cinta dan rindu kpd Allah Azzawajalla..

Relevan lagikah PKR dan pakatan haram dimata Warga Malaysia...

Masih relevan lagikah PKR dan Pakatan Haramnya dimata warga Malaysia untuk PRU 13.Sebelum PRU 12 pelbagai karenah dibuat dari demontrasi jalanan merosak harta benda,penipuan,fitnah dan pelbagai ulah semata-mata untuk kepentingan individu dan mendapat kuasa untuk memerintah.Selepas berjaya memerintah beberapa buah negeri dgn janji bohong dan pembohongan mereka,kini keonaran dlm PKR dan sekutunya semakin menyerlah.Bukan saja mereka tidak tahu mentadbir negeri2 yang mereka menang malah pelbagai perkara tidak masuk akal, kadang2 lucu yang mereka lakukan semasa mentadbir.Bagaimana mereka hendak memerintah negara pada PRU 13 nanti jika mereka sendiri sering berbalah sesama sendiri.Pemimpin2 mereka yang gila kuasa sanggup melakukan apa saja demi mereka terpilih dan bertindak mcm gangsterPemilihan peringkat cabang semakin huru hara dgn tidakan ganas semata-mata kerana kuasa.Sehinggakan ada yang dimasukan kehospital akibat cedera kerana bergaduh sesama mereka seolah pergaduhan antara kongsi gelap.Sungguh memalukan dan memualkan,inilah yang dikatakan  senjata makan tuan.Anuar mengajar para pengikutnya secara demontrasi jalanan, begitu juga sikap pengikut mereka spt gangster jalanan mereka lebih suka bergaduh dari bermuafakat sesama sendiri. jugaAnwar Ibrahim semakin angkuh tanpa mengira kawan atau lawan habis ditebasnya, semata2  untuk membolehkan pengampu2nya termasuk keluarga menang dlm pemilihan cabang dan meneruskan penguasaan parti keluarganya.Kambing hitamnya Azmin Ali dan Saifudin Nasation pula menyalahkan pehak UMNO punca segala kekalutan PKR.Pehak pembangkang juga sanggup bermatian-matia untuk perang saraf dan menghasut rakyat agar membenci kerajaan BN.Mereka juga mengajar rakyat menjadi rakyat yang ganas melalui budaya yang mereka amalkan.Fikirlah wahai warga Malaysia yang mana satu permata dan yang mana kaca pada PRU 13, pilihlah dengan baik demi agama,bangsa dan negara. Bersatulah! bersatulah! bersatulah!...Budaya samsing bukan budaya kita...warga kita bersopan santun,saling bantu membantu tanpa mengira agama dan bangsa.Marilah kita hayati konsep 1 Malaysia yang mana rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..Jangan jadi pengkianat agama,bangsa dan negara....

Sunday, October 3, 2010

Layak kah Seorang Lim yang bukan di jalan Allah dipanggil Khalifah...

"Maka kenapa kamu menjadi dua golongan dalam menghadapi kaum munafik,padahal Allah telah menolak mereka (untuk beriman) karana kesalahan mereka sendiri? Apakah kamu hendak menunjuki (juga) orang2 yang disesatkan Allah,tidak akan kamu peroleh jalan (utk menunjukinya).Mereka bercita-cita supaya kamu menjadi kafir spt mereka,lantas kamu serupa dgn mereka(sama2 kafir).Maka janganlah kamu ambil antara mereka menjadi penolongmu hingga mereka hijrah pada jln Allah....An Nisaa : 88 &89.Hanya hampas2 yang tidak faham bahawa mereka telah diputar belitkan untuk membenci antara satu sama lain demi kerakusan politik sempit para ular dlm semak yang bertopengkan agama.Bagaimana seorang LGE yang bukan dijalan Allah mengaku mengikut jejak Kalifah Islam yang begitu dihormati Khalifah Omar Abdul Aziz...Seolah-olah menghina para sahabat Nabi saw yang berjuang bermatian demi agama Islam dan sebagai penyambung lidah Nabi saw untuk berdakwah.Beliau langsung tidak memahami dan segala tindak tanduknya bertentangan dengan norma2 seorang Islam.Namun pengampu2 hampas sanggup bermati-matian mempertahankannya.Mereka sanggup memutar belitkan firman2 Allah dan hadis Nabi demi seorang Lim.Sedangkan sesama agama dan bangsa mereka sanggup pula berpatah arang demi mengejar politik sempit mereka.Para ular dalam semaknya pula sanggup mengeluarkan pelbagai fatwa semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah mereka untuk berkuasa di negara ini,pelbagai fitnah dan tipu muslihat digunakan demi melampiaskan nafsu mereka.Balaci2 hampas pula berhempas pulas memerah otak manipulasi gambar2 dan video para pemimpin kerajaan semata-mata untuk menjatuhkan dan agar rakyat membenci pemerintah.Mereka inilah yang dikatakan anjing pengkianat agama,bangsa dan negara sejajar dengan firman Allah didalam Al A'raaf  ayat 176 bermaksud "Anjaing jika engkau halau,dihulurkan lidahnya dan jika engkau biarkan saja dihulurkannya juga lidahnya". Sesungguhnya perumpamaan ini bukanlah ditujukan pada seseorang tetapi  untuk umum dan agar menjadi pedoman kepada setiap umat Islam.Mereka sanggup melakukan apa saja demi tercapainya impian mereka walau menjual agama dan bangsa.Anjing2 pengkianat agama,bangsa dan negara harus ditembak mati atau ditangkap agar negara menjadi aman makmur...

Gelaran Dato umpama membeli telur di pasaraya..

Jika 30 tahun dulu gelaran Dato begitu dihormati dan di sanjung tinggi begitu sukar untuk dimiliki.Sesiapa yang mendapat gelaran tersebut begitu bangga kerana penat lelah berkhimat samada kepada rakyat atau negara mendapat balasan yang setimpal dan bakal lebih dihormati dimata rakyat.Pada masa itu sesiapa yang mendapat gelaran tersebut terpaksa melalui pelbagai proses bermula dari PJK,JP  dan sememangnya dikenal pasti orang yang benar-benar berjasa kepada rakyat mahupun negara.Namun kini zaman telah berubah maju gelaran Dato begitu mudah dimiliki semudah membeli telur dipasaraya.Begitu ramai yang bergelar Dato samada sememangnya layak atau tidak itu tidak menjadi masalah.Mereka yang mengaku Dato juga begitu ramai samada palsu atau betul tidak siapa yang tahu dan ambil tahu.Wang juga mempermainkan peranan berapa ramai yang mendapat gelaran tersebut dengan membeli gelaran agar mereka disanjung dan di hormati dimata masyarakat.Ini benar2 memberi satu tamparan yang memalukan kepada  negara kerana ramai yang mendapat gelaran samada betul atau palsu terlibat dalam kancah jenayah yang mencemar imej negara.Ini benar2mencemar Imej Raja berpelembagaan kerana gelaran ini hanya Agong atau Sultan yang layak menganugerahkan kpd sesiapa yang difikirkan layak dengan nasihat para menterinya.Namun kini gelaran tersebut seolah-olah tidak diakui kerana boleh didapati semurah membeli telur ayam.Di harap kerajaan dapat memberi perhatian yang serius dan menyiasat dengan teliti sesiapa yang benar2 mendapat gelaran tersebut kerana jasa mereka, bukan membelinya atau memalsukan gelaran tersebut.Di harap kerajaan bersikap telus tanpa memilih bulu menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat demi maruah Raja berpelembagaan dan maruah negara agar disanjung kembali oleh rakyat.