Wednesday, December 26, 2012

Ee katakan ulama' Lintah Bulan Ejen DAP untuk Berkuasa di Negara ini dengan memecah belahkan orang2 Melayu...




Ee katakan kaum Melayu sebenarnya diperbodohkan oleh parti Melayu yang beropengkan Islam Ee panggil Parti Lintah Bulan PAS sendiri... Ee suka mengatakan bahawa mereka sangat suka bila Melayu Islam berpecah belah semuanya ini mereka lakukan demi melempiaskan nafsu serakah untuk mendapat kuasa.Mereka demi mendapatkan kuasa sanggup melakukkan apa saja walaupun terpaksa dipijak kepala dik DAP yang selama ini menjadi duri dalam daging Lintah Bulan.Jika dulu para ulama' Lintah Bulan bersepakat mengatakan 'Orang2 Islam yang berkongsi kuasa dengan bukan Islam memerintah negara,kafir atau haram' merujuk kepada UMNO yang bersama MCA dan MIC.Pada pendapat Ee merika sebenarnya menipu dalam kesepakatan yang dibuat dulu.Mereka menghukum mengikut selera dan kehendak naluri semata menipu rakyat agar mengundi mereka.Bila rakyat masih lagi memilih kepimpinan UMNO sebagai pentadbir negara mereka begitu kecewa kerana terlalu tamak untuk berkuasa sehingga sanggup menipu Allah SWT dalam meletakkan sesuatu hukum.Kini bila mereka berpaling dari kesepakatan mereka dalam menjatuhkan fatwa dengan bersekongkol dengan DAP apakah mereka diberi keistimewaan oleh Allah?..Apakah Nik Ajis atau Hadi Awang ada kuasa bertemu dengan Allah SWT dan memohon agar segala fatwa yang mereka sendiri lakukan tidak memalit diri mereka.Semua fatwa hanya untuk orang2 UMNO sahaja.Dukacita Ee katakan mereka ulama'2 Lintah Bulan PAS sebenar telah menjadi ejen kepada DAP untuk bertapak di negara ini dgn memecah belahkan ortang Melayu agar menyokong DAP.Malang!..Malang!..Melayu.. Menang sorak tetapi kelak kampung tergadai..
Cubalah renungkan maksud surah An Nisa' ayat 60 yang bermaksud:--
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

Pada Ee Islam itu mudah jika kita berbalik kepada Al Quran maka kita semua akan selamat.Apa yang dilakukan dik UMNO yang ditakbir oleh oran g Melayu sama sebangsa dan seagama sebagai kerajaan yang memimpin semuanya itu berlandas apa yang ada dalam Al Quran tanpa memutar belitkannya seperti yang dilakukan dik ulama' Lintah Bulan PAS.Ee katakan semua ini berlandaskan keterangan Al Quran surah An Nisa' ayat 90 yang bermaksud:--

Kecuali orang-orang yang pergi (meminta perlindungan) kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka, atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat hendak memerangi kamu atau memerangi kaumnya. Dan jika Allah menghendaki, nescaya Ia menjadikan mereka berkuasa melawan kamu, kemudian tentulah mereka memerangi kamu. Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau mengganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka.

Jika ditakdirkan pakatan pembangkang memenangi PRU ke 13 nanti, apakah Lintah Bulan PAS mampu untuk menjuarai pakatan?.. Apakah mampu untuk melaksanakan hudud sebagaimana yang dicanangkan dan lebih utamanya lagi apakah mereka mampu menentukan bahawa Islam akan kekal dalam perlembagaan Malaysia sebagai agama persekutuan sepertimana sekarang?..Ee katakan dengan setegasnya mereka Lintah Bulan PAS tiada kekuatan suara, fikrah apatah lagi kekuatan politik untuk menentukan hala tuju pakatan pembangkang. Itulah jatuh nasib mereka dalam pakatan pembangkang, tampak hebat berceramah siang dan malam tetapi ironisnya hanya setakat melukut dalam lingkaran pakatan pembangkang.Menangani Karpal Singh Mursidul Am DAP yang tiada upaya OKU saja mereka tidak mampu apatah lagi Anwar Ibrahim yang kaki kelentong putar alam yang berjuang bersama parti anak beranak mereka PKR.

Bila saja menjelang PRU 13 ulama' Lintah Bulan PAS sekali lagi cuba memperbodohkan Melayu dengan kesah hudud yang akan mereka akan lupakan sebaik saja PRU selesai.Ee katakan disini depan khalayak Melayu lain dituturkan dan realiti sebenar adalah jauh daripada itu. Lintah Bulan PAS sekali lagi terperangkap dengan karenah DAP. Mereka mengharapkan DAP lebih lembut dalam beberapa isu yang sensitif seperti hudud tetapi ternyata DAP sebenarnya saban hari tampak lebih berkuasa dalam pakatan pembangkang dan akhirnya ulama Lintah Bulan terpaksa berlutut sujud ditelapak kaki DAP semuanya itu demi kuasa yang sedikit.Ee katakan parti Lintah Bulan PAS sendiri wujud atas sifat kecewa, justeru tidak hairanlah jika orang-orang yang kecewa bertindak melampaui batas-batas agama dan budaya meskipun mereka berserban dan berkopiah kerana fitrah orang kecewa sering dicemari hasad, lebih-lebih lagi bila ia bersangkut dengan dendam kesumat..

Renungkanlah surah An Nahl ayat 90 yang bermaksud :--

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kekezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

Perlu Ee ingatkan demi untuk memenangi hati DAP terutama Mursidul Am DAP Karpal Singh dan Khalifah Lim Guan Eng ulama' Lintah Bulan sanggup melakukan apa saja hatta menerajang seorang pejuang Islam yang menegakkan kebenaran apa yang diperjuangkan keluar merambus dari parti,begitulah nasib Hassan Ali yang memperjuangkan isu Murtad.Begitu juga Nasharudin Mat Isa yang hampir terkorban dan dibuang jauh kerana mempersoalkan kenyataan Mursidul Am DAP Karpal Singh memperlekehkan Islam..Begitu juga bila Ngeh Kor Ham DAP perak yang memperlekehkan Islam dalam laman sosial twitter baru-baru ini tetapi ulama' Lintah Bulan tetap membelanya hanya segelintir yang menyatakan tidak puas hati namun kuasa ulama' Lintah Bulan PAS melebihi segalanya.Pada Ee Melayu bukannya dibodohkan dik bangsa lain sebaliknya Melayu telah diperbodohkan oleh bangsanya sendiri yang bertopengkan agama sebagai alat untuk berkuasa.

Renungkanlah dalam surah Al Baqarah ayat 90 Allah berfirman yang bermaksud:--
Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahi) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad, s.a.w.). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu, dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh azab sengsara yang menghinakan.

Ee ingin ingatkan ikut PAS kamu akan disesatkan..Ikut Islam kamu akan Selamat Dunia dan Akhirat..So..Kamu Fikirlah Sendiri..

Wednesday, December 12, 2012

Pemimpin Lintah Bulan PAS Lupa segalanya kerana terlalu taat dan taksub kepada pemimpin DAP..


Zaman telah berubah dunia semakin moden namun apa yang Ee nampak pemikiran puak pembangkang terutama puak Lintah Bulan PAS langsung tidak mahu berubah masih ditakuk lama.Setahu Ee orang yang tidak mahu berubah dan membuat perubahan utk kebaikan sebenarnya mereka berpenyakit antara penyebabnya sentiasa me
nerima bisikkan iblis yang bersarang dilubuk hati mereka.

Mereka merasakan bahawa mereka saja yg betul orglain tdk betul..Mereka hanya membentuk dan bergaul dlm kumpulan mereka saja..Segala kata pemimpin mereka semuannya benar belaka walaupun mereka tahu bahawa itu tdk betul.Taksub kpd pemimpin yang melampau.Apa yg Ee pelajari selama ini,sikap begini amat merbahaya kpd agama,bangsa dan negara.Taksub yg melampau bleh mengabitkan mereka digunakan utk pelbagai perkara yg sepatutnya mereka tidak akan lakukan.
Sifat 'sifat Aku..Akulah segalanya'..yang akan menjahanamkan diri mereka sendiri.Ee nasihatkan janganlah kita sebagai manusia yg bertanggungjawab memikul segala rahsia Tuhan dan melebihi segala maklukNya mengikut perangai iblis yg tdak pernah bersyukur setelah dicipta Allah SWT..Mereka bersifat mengikut segala bisikkan iblis tidak tahu bersyukur dan berterima kasih..Ee katakan puak Lintah Bulan ni sanggup melakukan apa saja...sanggup mengambil apa saja asalkan mendapat keuntungan tapi mereka lupa akan hak sebagai penerima..mereka mendapat segala kemudahan namun mereka lupa siapa yg beri dan membuat sgala kemudahan ini..Pada Ee sifat ini bertentangan dgn fitrah manusia yang membalas segala kebaikkan akan dibalas dgn kebaikkan.
Ee katakan sifat puak Lintah Bulan PAS dan pembangkang lainnya tidak ubah spt melepaskan anjing yg tersepit.Kita melepaskan dgn niat iklas sebaliknya kita pula disalaknya...Sikap puak pembangkang yang begitu taksub..Segala kemudahan mereka ambil..'Sapu sampai licin'..ambil segala kemudahan bila habis semua kena,sapu tanpa pedulikan hak yg lain mereka tetap mengatakan kerajaan pimpinan UMNO tidak betul..
Mereka puak Lintah Bulan PAS ini nak dikatakan bendul tidak juga,nak dikatakan 'Pak Turut'..begitulah agaknya..apa yg disuruh dik pemimpin Lintah Bulan semua diikuti tanpa mampu berfikir buruk baiknya...disuruh baring di jalanan,menjerit,terpikik terlolong,membuat fitnah,manipulasi pemimpin,berdemonstrasi jalanan dgn membuat kerosakkan kpg harta benda,agama,bangsa dan negara semua diikut tanpa bantahan..'Lembu dicucuk hidung'..tarik kiri,tarik kanan,depan dan belakang main ikut je...ingatlah Nabi melarang umatnya melakukan semua itu..Ee bawakan sabdanya yang bermaksud:---
"Sesungguhnya Allah benci pada orang2 yang keji dan membuat pekerjaan keji dan menjerit-jerit dijalanan...

Firman Allah dalam Al Nisa' ayat 59 bermaksud :--
Wahai orang2 yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah pula kamu kepada Rasulullah dan pemerintah dari kalangan kamu..

Namun apa yang Ee nampak puak Lintah Bulan PAS hanya taat pada perintah DAP laknatullah yang benci dgn Islam..dimana ada pemimpin dikalangan Lintah Bulan yg tersedar dan diberi taufik dan hidayah spt Hassan Ali dan beberapa ramai lagi ingin membetulkan keadaan ditendang terajang spt bola kerana pemimpin2 atasan Lintah Bulan PAS terpaksa taat alias taksub kepada pemimpin DAP seperti Karpal Sing yang dikatakan dik Nik Ajis ada bulan mengambang didada Karpal...begitu juga dgn Lim Guan Eng yang dikatakan kalifah umat Islam Pulau Pinang sama spt Khalifah Omar Abdul Aziz..

Betapa bodohnya Pemimpin dan Penyokong Lintah Bulan PAS..Mereka menipu tapi tertipu dik diri sendiri...



EE ceritakan kisah benar betapa bodohnya pemimpin Lintah Bulan PAS dan Bendulnya penyokong mereka main angguk dan geleng aja..Pemimpin mereka kata pemimpin UMNO membina masjid dgn duit haram..Masjid yang dibina inilah tempat pemimpin dan pengikut mereka sembahyang dan mereka berebut kuasa hendakkan jawatan..Nik Ajis sendiri mengaku bahawa sejak Lintah Bulan PAS berkuasa tidak ada satu masjid pun yang mereka bina..hehehe..
Pemimpin Lintah Bulan kata jika mereka dapat merebut kuasa pemerintah perkara pertama mereka akan lelong Putrajaya...hehehe..agaknya mereka akan lelong Putrajaya pada siapa ye...agaknya pada Israil kot...hehehe...Israil 4 all....PAS for All..
Kini mereka mengajak rakyat agar membantu merebut Putrajaya untuk mereka.. Agaknyalah hanya rakyat yang bodoh alias bahlol saja yang mahu membantu Lintah Bulan Mendapatkan Putrajaya kemudian melopong melihat Putrajaya kena lelong.. Hehehe...
Dulu Mat Sabu mengelar Anwar sebagai Al Juburi kerana mendakwa Anwar kaki Liwat..maka semua pemimpin dan penyokong Lintah Bulan siang malam kempen yang Anwar kaki liwat...hehehe..tapi kini mereka menyanjung kaki liwat ini sehingga Nik Ajis keluarkan fatwa pujangga "Berdosa menuduh Anwar"...Mereka Lintah Bulan sanggup menjadikan Peliwat sebagai PM...hehehe..alangkah baghalnya...

Dulu mereka sanggup kepung mahkamah kononnya ingin menjadi hero menentang S.Ambiga dalam kes murtad Lina Joy..hehehe..kini mereka pula yang mengangkat S.Ambiga sebagai pemimpin dalam bersih namun sebenarnya kotor...hehehe..S.Ambiga..SAmbiga..'Tetek Besar'..kamu dapat mengalahkan mata sehingga dapat menutup rapat mata hati ulama'Lintah Bulan PAS berlutut dibawah punggung kamu yang besar bulat tu...hehehe...

Dulu para ulama' Lintah Bulan PAS bersepakat mengatakan "Berkongsi dgn bukan Islam memerintah negara kafir atau haram'..merujuk kpd UMNO!MCA dan MIC...hehehe..kini bila mereka pula bersekongkol dgn DAP..hehehe..Hukum PAS bertukar mengikut keadaan..heheheeh...agaknyalah Nik Ajis naik ke langit bertemu Allah dan meminta agar dihalalkan hanya kepada puak Lintah Bulan PAS saja...pada yang lain jangan terutama UMNO...hehehe..puak Lintah Bulan PAS saja yang Allah beri peluang lain....no..no..way....Inilah yang Ee katakan 'Mereka menipu tapi tertipu dik diri sendiri'...macam2..

Jika nak tulis satu persatu rasanya tak tertulis kebodohan Lintah Bulan PAS yang banyak membuat kerosakkan kepada Islam sehingga Islam dipandang hina dik DAP..
membuat kerosakan kepada perpaduan ummah,kerosakkan kepada bangsa dan negara kerana kebodohan pemimpin2 Lintah Bulan PAS yang mengunakan agama sebagai alat untuk berkuasa..Ee ingin ingatkan kepada semua undi PAS bermakna kita mengundang kerosakkan kepada,agama,bangsa dan negara...undi kerajaan pimpinan UMNO InsyaAllah agama,bangsa dan negara akan sentiasa makmur Insyaallah....

Thursday, December 6, 2012

AL Baqarah Ayat 90 Menjadi Bukti bahawa PAS ingkar dengan Kurnia Allah..fikirkanlah..


Apabila Allah menjadikkan segala makluknya dengan sempurna maka Allah mahu segala ciptaanNya taat setia semua maklukNya tunduk kecuali Iblis laknatullah..
Allah mencipta maklukNya dgn penuh kesempurnaan terutama manusia yang dikurniakan akal melebihi ciptaan lainNya.Iblis laknatullah dicipta dari api dan angin dan kepanasan api itulah yang menjadikan api cemburu meliputi mengatasi akal Iblis agar membuat kemungkaran kepada Allah Sang Pencipta yang mahu agar tunduk kepada manusia yang dicipta dari unsur tanah yang menjijikkan.Kemurkaan Allah menghalau iblis dari surga namun diberi kesempatan agar hidup tidak dimusnahkan.Iblis memohon agar dikurniakkan nyawa yang panjang agar dapat memusnahkan anak cucu cicit keturunan Adam dan Hawa sehingga ke hari pembalasan.Sang Pencipta Yang Maha Adil mengkabulkkan dan Iblis bersumpah penuh kebencian.Begitulah hakikatnya iblis akan menghasut dan berusaha menghancurkan segala yang telah diatur oleh Allah.Namun manusia diberi kelebihan senjata ampuh berupa akal fikiran yg melebihi maklukNya yang dapat membizakan yang mana baik atau tidaknya sesuatu perkara itu.Hakikat inilah yang Ee nak kongsikan bersama agar kita sepatutnya penuh kesyukuran atas anugerah Allah dapat hidup aman makmur dibumi Allah dgn dikurniakan kerajaan pimpinan UMNO yang sentiasa adil kpd semua tanpa mengira kaum dan anutannya.Namun kemakmuran yang kita nikmati ini tidak akan kekal selamanya jika kita tidak mampu melawan segala hasutan iblis yg mahu meruntuhkan kurnia Allah.Dgn penuh kelicikkan iblis berjaya menawan segelintir manusia yang tidak tahu bersyukur agar menjadi petualang agama,bangsa dan negara dalam usaha iblis menidakkan kurnia Allah.Ee kongsikan bagaimana sepohon pokok orkid yg sentiasa bertasbih memuji Allah yg telah menciptanya dgn penuh kesempurnaan dimusnahkan oleh seekor Lintah Bulan yang dilihat begitu lembut bersopan dan nampak alim tidak merbahaya datang kononnya nak berkawan namun tanpa disedari memakan kawan dengan menyedutnya secara perlahan sehingga kawan yang iklas tidak bermaya rosak teruk menunggu ajalnya.Ee ingin mengingatkan agar kita semua janganlah termakan hasutan dari mereka yang bertopengkan agama nampak alim namun hati telah diselaputi syaitan iblis yg menghasut agar menghancurkan kurnia Allah..

Ee tunjukkan bagaiman Lintah Bulan membuat kerosakkan..Lihatlah disedutnya daun2 orkid membentuk bulan mengambang tidak ubah seperti bendera PAS yang banyak bersepah dijalanan kononnya mereka telah berjaya menawannya.Awas hindari ustaz2 alim janggut sejemput Lintah Bulan PAS yang membawa kepada kerosakkan akidah tanpa kita sedari dgn menghasut agar kita membenci kerajaan UMNO kurnia Allah tanpa kita sedari..Al Baqarah ayat 90 bermaksud :--Alangkah jahatnya mereka menjual dirinya sendiri dengan mengingkari (Al Quran) y diturunkan Allah hanya kerana dengki bahawa Allah menurunkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya diantara hambaNya....So..kamu Fikirlah Sendiri...

Ulama' Lintah Bulan PAS Nik Ajis,Hadi Awang dan Lainnya bukanlah Ulama'..Mereka hanya sekadar seorang Ahli politik mencari Duniawi..fikirkanlah...


Selama ini kita semua menonton,membaca,melihat dan mendengar segala pembohongan ulama' Lintah Bulan PAS yang langsung tidak menampakkan ciri2 seorang ulama' yang berdakwa dan memberikan nasihat dengan niat Lillahita'allah.Apa yang Ee lihat ulama' Lint
ah Bulan PAS seperti Nik Ajis, Hadi Awang dan lainnya tidak lebih hanya seorang ahli politik yang mempunyai kelebihan dalam bidang agama.Mereka megaku ulama' dan berbangga bila digelar ulama' namun tidak pernah buat kerja ulama mereka hanya berpolitik mencari kepentingan duniawi.Kelebihan mengenal hukum hakam,Al Quran mahupun hadis mereka lakukan untuk meraih,merayu dengan menakutkan pengundi dgn hukum surga dan neraka agar memilh mereka.
Alangkah ruginya mereka/rakyat yang selama ini berusaha mengabdikan diri kepada yang Maha Esa dan cuba sedaya upaya mencari keredhaan Allah terperangkap dalm permainan politik keagamaan ulama' Lintah Bulan PAS.jika selama ini mereka solat, mengaji,berzikir dan berjaga malam melakukan tahjud sebagainya kerana mengharap keredhaan Allah namun akibat terleka menerima hasutan dari Pak2 Lebai Lintah Bulan PAS maka apa yang mereka lakukan selama ini menjadi sia2 belaka.Apa yang diajar oleh Lebai Lintah bulan PAS hanya satu makian,carutan,hasutan dan fitnah sesama hamba Allah semata kerana ketamakkan untuk berkuasa.Mereka lupa akan dosa dan pahala dan merasakan diri mereka hanya mendapat pahala dan dosa tidak menghampiri mereka.Mereka lupa segala ajaran Al Quran dan Hadis kerana telah dipesongkan segala isi dan maksud Al Quran dik Pak Lebai Lintah Bulan PAS yg berasa dengki dgn kurnia Allah kepada sesiapa antara hamba2Nya kerana mata,telinga dan hati telah dibutakan dik Iblis Laknatullah.Mereka merasa bahawa mereka telah sempurna iblis dan syaitan tidak mendekati mereka kerana mereka insan pilihan Allah melebih Nabi.
Ee merasa terpanggil utk menulis sekadar memberi peringatan agar kita semua tidak disesatkan dik mereka yang berlagak sebagai ulama',ustaz,ustazah namun dalam masa yang sama merupakan pengikut Iblis yang kerjanya menyesatkan serta merusakkan segala ciptaan Allah yang telah sempurna tanpa mereka sedari.Ingatlah jika kita nak mendekati Allah cari pembimbing yang betul dan jujur membimbing kita kejalan Allah bukannya membimbing kita untuk menjadi seperti mereka berpolitik.Jika nak dengar ceramah agama datangilah rumah Allah dan menerima pengajaran dari mereka yang bertauliah.Janganlah belajar agama dipentas-pentas politik yang dianjurkan dgn selitan keratan2 hadis dan Al Quran yg dihuraikan mengikut acuan mereka semata nak menghasut membenci pemimpin dan kerajaan yang telah banyak berjasa kepada kita semua.Ingatlah Allah telah mengurniakan kita semua akal fikiran yang dapat membezakan yang mana betul atau salahnya.Berfikirlah secara waras..Ee ingin ingatkan kepada semua ikut PAS kamu akan diSesatkan...Jika kamu ikut Islam Insyaallah kamu akan Selamat Dunia dan Akhirat..So..Kamu Fikirlah Sendiri...

Monday, December 3, 2012

Ingatlah Menganut PAS hukumnya haram..Menganut Islam kamu akan mendapat keberkatan Dunia dan Akhirat..So..kamu fikirlah sendiri.




Terus terang Ee katakan bahawa ustaz2 dalam PAS nampak je macam faham Islam tapi hakikatnya bodoh dan jahil tentang Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Tidak kiralah Nik Ajis, Hadi Awang, Azizan, Harun Taib, Harun Din yang bawa imej islam tapi jahil tentang perjuangan islam yang sebenar.Tidak pernah termaktub dalam Al Quran mahupun hadis Nabi saw perjuangan parti politik ada dalam Islam.Pada Ee ini bidaah terbesar yang PAS telah jaja selama ini, yang telah menyesatkan ramai umat Islam Malaysia yang jahil tentang pengetahuan Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam, justeru itu menetang PAS adalah menentang Islam. Di dalam ceramah-ceramah PAS sering disamakan perjuangan PAS dengan perjuangan Nabi-nabi, khasnya nabi Muhammad s.a.w dan ayat-ayat Al-Quran berkenaan dengan golongan yang mengikut nabi dipakai untuk orang-orang PAS. UMNO dilabelkan sebagai penentang Islam, penentang Nabi-nabi, kerana UMNO menentang PAS.Oleh kerana PAS kononnya berjuang menegakkan Islam dan UMNO mengikut kepercayaan PAS adalah penentang Islam, maka menyokong PAS adalah wajib dan menyokong UMNO adalah haram dan menyokong PAS membawa seseorang itu ke syurga dan menyokong UMNO membawa seseorang itu ke neraka.

Pada Ee PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).

Begitu juga Ee bawakan kembali di dalam Amanat Haji Hadi yang disebutnya di Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981, adalah jelas pemimpin PAS itu mengkafirkan UMNO dan mengeluarkan kaedah usuluddin yang bertentangan dengan pegangan ahla Sunnnah Wal  al-Jamaah. Beliau berkata: "Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku". Pada hal tidak semestinya orang yang berkata politk suku, agama suku itu menjadi kafir kerana perkataannya itu tertakluk kepada takwil.Apa yang Ee pelajari dalam kaedah usuluddin : Tidak boleh dihukum kafir ke atas seseorang selagi kata-katanya boleh di takwil sebagai tidak bermaksud kekufuran.

Apa yang Ee ketahui hanya orang Islam yang terkemudian sahaja mentakrifkan bahawa sistem demokrasi ada dalam islam seperti Syed Maududi, Nik Ajis, Hadi Awang dan orang agama yang bergelumang dalam sistem demokrasi. Walhal dakwaan ini adalah silap, bidaah dan menyimpang dari ajaran islam sebenar.PAS bukan saja memperkudakan agama Islam untuk kepentingan politik malahan sanggup mempermainkan keratan Al Quran dalam surah2 tertentu dan juga hadis2 tertentu untuk dijadikan modal politik memperbodohkan sesama Islam terutama penganut PAS yang terlalu taksub sehingga ada yang mengangap Nik Ajis sama setaraf dengan Nabi.

Segala yang halal haram Pas tentang hukum hakam Agama Islam menjadi permainan politik kotor mereka untuk meraih undi. Perkara ini dibongkar sendiri oleh ramai bekas penyokong kuat mereka supaya lebih ramai lagi penyokong PAS yang taksub dengan PAS mengambil iktibar serta membuka minda mereka supaya tidak disesatkan oleh pemimpin PAS.Ee berani katakan bahawa bila Nik Ajis yang dianggap seorang ulama' yang tidak boleh disanggah oleh penganut PAS bermain dengan lidah amat senang..begitu juga mengikut hawa tuntutan nafsu serakah semata duniawi amat mudah,memperbodohkan orang yang tidak tahu amat mudah..Ee terangkan disini mengikut kaedah Usuluddin, barangsiapa yang meletak sifat kekurangan kepada Allah, mereka adalah salah. Murtadlah mereka jika sampai ke tahap itu. Kita sudah tahu sifat tuhan. Sifat Tuhan tu apa?..jika tidak faham belajarlah sifat 20. Mengikut ulama Usuluddin,kita semua wajib belajar sifat 20 itu. Banyak lagi sifat Allah Taala tidak terhingga. tetapi sifat kekurangan itu yang tidak ada pada Tuhan. Sifat samseng itu sifat mahmudah layakkah Nik Ajis meletakan sifat Ketuhanan sebegitu rupa..sifat manusia disamakan dengan sifat Allah SWT tidak ada dalam kitab..Ee ingin bertanya dari kitab mana?..dalam surah mana?..dan dalam hadis mana?..manalah tahu kalau2 Ee terlepas pandang maklumlah kita ni manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.

Apa yang Ee ketahui dan pelajari selama ini setiap nas Qati'e yang ada dalam Quran, misalnya Yaadon, nak terjemahkan dengan makna tangan tak boleh. Wajnun nak terjemah dengan makna muka tak boleh. Wajhun dengan makna Zat, supaya tidak kesamaran kepada umat Islam seluruhnya.Jika kita samakan sifat manusia dengan sifat Tuhan bermakna kita ni Tuhan dan seperti yang Ee pelajari selama ini hukumnya merupakan satu dosa besar dan ini sungguh menyesatkan.Pada Ee seseorang itu merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain,lebih warak,lebih alim,lebih Islam inilah jadinya sifat riak sebenarnya telah ada dalam hati Nik Ajis.setelah Ee selidiki secara halus sebenarnya Nik Ajis ni hanyalah setakat belajar di India bukannya belajar di Mekah pada Ee Nik Ajis hanya setakat alim India bukan alim Mekah tu sebabnya Nik Ajis tidak mendalami usuludin hanya setakat tahu Al Quran dan Hadis saja dan begitu mudah mendabik dada mengaku ulama namun selebihnya kapal selam dalam usia dunia kata pergi..kubur kata mari..sedarlah..

Apa yang Ee pelajari selama ini  Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yang kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulama'2 selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadis Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan.pendapat ulama' mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadis Rasulullah saw. Mana-mana ulama' yang meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadis Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadis2 Nabi hanya terpakai untuk Daulah Islamiyah seperti ustaz-ustaz PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah.

Apa yang Ee difaham oleh bekas pengikut PAS..mereka PAS mengiktiraf bahawa sistem khalifah atau daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.Namun apa yang Ee pelajari dan mungkin anda juga pelajari selama ini hanya empat khalifah pertama sahaja yang benar-benar naik jawatan melalui sistem syura.Semua sedia maklum bahawa pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini.Dengan sikap PAS yang beginilah maka mereka cuba mengikut dalam menjatuhkan pemerintahan kerajaan pimpinan UMNO yang berPedana Menterikan seorang Islam dan sebangsa dengan pelbagai fitnah yang ditaburkan melalui perawakan Islam berlandaskan tuntutan nafsu syaitan yang bersarang dalam hati.

Ee jelaskan sejelasnya..Ee tetap akan berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yang ada sekarang yang kebetulannya adalah kerajaaan pimpinan UMNO.Pada Ee kerajaan kita tidak lah seburuk mana, kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yang luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahanan yang rata-ratanya dikuasai oleh orang Islam..cuma mereka PAS yang menidakkannya atas dasar dengki, kianat dan iri hati kerana tidak dapat berkuasa,pada mereka kuasa yang mereka impikan tidak ubah seperti Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang Gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dengan manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dengan begitu kejam.

Ee ingin bawakan bagaimana kesah Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk!.Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yang mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa untuk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan umat paling utama.Kenapa PAS terutama Nik Ajis tidak mahu mencontohinya sebaliknya mereka lebih kagum dengan para khalifah Islam yang begitu ramai yang kaki perempuan, kaki minum arak tetapi tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS..pada Ee segala pandangan pemimpin2 PAS sangat aneh.

Pada Ee menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadis yang membenarkan perjuangan PAS untuk menjatuhkan pemimpin yang sedia ada.Kita juga ketahui kerajaan pimpinan UMNO sentiasa berlaku adil tanpa mengira kaum mahupun apa anutan sekalipun asalkan rakyat 1Malaysia akan dilayan sama adil belum pernah kerajaan menyiksa atau berlaku kezaliman seperti yang didakwa oleh PAS.Apa yang Ee pelajari selama ini walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulama'2 salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yang bertepatan dengan sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.Marilah kita bersatu dalam 1Malaysia pada PRU 13 dengan mengundi kerajaan pimpinan UMNO yang telah banyak berjasa kepada kita semua tanpa mengira bangsa dan agama.Apa tah lagi kerajaan pimpinan UMNO berPerdana Menterikan seorang Islam yang sentiasa mengambil berat soal perkembangan agama Islam dan kepada penganut Islam dengan mengadakan segala kemudahan yang sangat dituntut oleh Islam sehinggakan negara kini merupakan salah satu negara Islam yang diistiraf terbaik di dunia.Hanya pemimpin2 PAS yang menafikannya dengan pelbagai soalan yang direka semata mengelirukan umat Islam negara ini dan segala yang dilakukannya menjadikan Islam semakin rapuh dan perpaduan ummah semakin lemah.Kerana kegilaan pemimpin PAS terhadap kuasalah maka DAP begitu rakus menghina dan memperlekehkan Islam.Marilah kita semua bersatu dalam 1Malaysia dengan menguburkan pakatan pembangkang sedalamnya pada PRU 13 kelak demi agama,bangsa dan negara agar kita semua kembali hidup dalam suasana harmoni aman bahagia bersama dalam satu kelompok masyarakat Malaysia yang unik.Ingatlah Menganut PAS hukumnya haram..Menganut Islam kamu akan mendapat keberkatan Dunia dan Akhirat..So..kamu fikirlah sendiri..