Monday, December 3, 2012

Ingatlah Menganut PAS hukumnya haram..Menganut Islam kamu akan mendapat keberkatan Dunia dan Akhirat..So..kamu fikirlah sendiri.




Terus terang Ee katakan bahawa ustaz2 dalam PAS nampak je macam faham Islam tapi hakikatnya bodoh dan jahil tentang Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Tidak kiralah Nik Ajis, Hadi Awang, Azizan, Harun Taib, Harun Din yang bawa imej islam tapi jahil tentang perjuangan islam yang sebenar.Tidak pernah termaktub dalam Al Quran mahupun hadis Nabi saw perjuangan parti politik ada dalam Islam.Pada Ee ini bidaah terbesar yang PAS telah jaja selama ini, yang telah menyesatkan ramai umat Islam Malaysia yang jahil tentang pengetahuan Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam, justeru itu menetang PAS adalah menentang Islam. Di dalam ceramah-ceramah PAS sering disamakan perjuangan PAS dengan perjuangan Nabi-nabi, khasnya nabi Muhammad s.a.w dan ayat-ayat Al-Quran berkenaan dengan golongan yang mengikut nabi dipakai untuk orang-orang PAS. UMNO dilabelkan sebagai penentang Islam, penentang Nabi-nabi, kerana UMNO menentang PAS.Oleh kerana PAS kononnya berjuang menegakkan Islam dan UMNO mengikut kepercayaan PAS adalah penentang Islam, maka menyokong PAS adalah wajib dan menyokong UMNO adalah haram dan menyokong PAS membawa seseorang itu ke syurga dan menyokong UMNO membawa seseorang itu ke neraka.

Pada Ee PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).

Begitu juga Ee bawakan kembali di dalam Amanat Haji Hadi yang disebutnya di Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981, adalah jelas pemimpin PAS itu mengkafirkan UMNO dan mengeluarkan kaedah usuluddin yang bertentangan dengan pegangan ahla Sunnnah Wal  al-Jamaah. Beliau berkata: "Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku". Pada hal tidak semestinya orang yang berkata politk suku, agama suku itu menjadi kafir kerana perkataannya itu tertakluk kepada takwil.Apa yang Ee pelajari dalam kaedah usuluddin : Tidak boleh dihukum kafir ke atas seseorang selagi kata-katanya boleh di takwil sebagai tidak bermaksud kekufuran.

Apa yang Ee ketahui hanya orang Islam yang terkemudian sahaja mentakrifkan bahawa sistem demokrasi ada dalam islam seperti Syed Maududi, Nik Ajis, Hadi Awang dan orang agama yang bergelumang dalam sistem demokrasi. Walhal dakwaan ini adalah silap, bidaah dan menyimpang dari ajaran islam sebenar.PAS bukan saja memperkudakan agama Islam untuk kepentingan politik malahan sanggup mempermainkan keratan Al Quran dalam surah2 tertentu dan juga hadis2 tertentu untuk dijadikan modal politik memperbodohkan sesama Islam terutama penganut PAS yang terlalu taksub sehingga ada yang mengangap Nik Ajis sama setaraf dengan Nabi.

Segala yang halal haram Pas tentang hukum hakam Agama Islam menjadi permainan politik kotor mereka untuk meraih undi. Perkara ini dibongkar sendiri oleh ramai bekas penyokong kuat mereka supaya lebih ramai lagi penyokong PAS yang taksub dengan PAS mengambil iktibar serta membuka minda mereka supaya tidak disesatkan oleh pemimpin PAS.Ee berani katakan bahawa bila Nik Ajis yang dianggap seorang ulama' yang tidak boleh disanggah oleh penganut PAS bermain dengan lidah amat senang..begitu juga mengikut hawa tuntutan nafsu serakah semata duniawi amat mudah,memperbodohkan orang yang tidak tahu amat mudah..Ee terangkan disini mengikut kaedah Usuluddin, barangsiapa yang meletak sifat kekurangan kepada Allah, mereka adalah salah. Murtadlah mereka jika sampai ke tahap itu. Kita sudah tahu sifat tuhan. Sifat Tuhan tu apa?..jika tidak faham belajarlah sifat 20. Mengikut ulama Usuluddin,kita semua wajib belajar sifat 20 itu. Banyak lagi sifat Allah Taala tidak terhingga. tetapi sifat kekurangan itu yang tidak ada pada Tuhan. Sifat samseng itu sifat mahmudah layakkah Nik Ajis meletakan sifat Ketuhanan sebegitu rupa..sifat manusia disamakan dengan sifat Allah SWT tidak ada dalam kitab..Ee ingin bertanya dari kitab mana?..dalam surah mana?..dan dalam hadis mana?..manalah tahu kalau2 Ee terlepas pandang maklumlah kita ni manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.

Apa yang Ee ketahui dan pelajari selama ini setiap nas Qati'e yang ada dalam Quran, misalnya Yaadon, nak terjemahkan dengan makna tangan tak boleh. Wajnun nak terjemah dengan makna muka tak boleh. Wajhun dengan makna Zat, supaya tidak kesamaran kepada umat Islam seluruhnya.Jika kita samakan sifat manusia dengan sifat Tuhan bermakna kita ni Tuhan dan seperti yang Ee pelajari selama ini hukumnya merupakan satu dosa besar dan ini sungguh menyesatkan.Pada Ee seseorang itu merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain,lebih warak,lebih alim,lebih Islam inilah jadinya sifat riak sebenarnya telah ada dalam hati Nik Ajis.setelah Ee selidiki secara halus sebenarnya Nik Ajis ni hanyalah setakat belajar di India bukannya belajar di Mekah pada Ee Nik Ajis hanya setakat alim India bukan alim Mekah tu sebabnya Nik Ajis tidak mendalami usuludin hanya setakat tahu Al Quran dan Hadis saja dan begitu mudah mendabik dada mengaku ulama namun selebihnya kapal selam dalam usia dunia kata pergi..kubur kata mari..sedarlah..

Apa yang Ee pelajari selama ini  Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yang kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulama'2 selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadis Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan.pendapat ulama' mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadis Rasulullah saw. Mana-mana ulama' yang meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadis Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadis2 Nabi hanya terpakai untuk Daulah Islamiyah seperti ustaz-ustaz PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah.

Apa yang Ee difaham oleh bekas pengikut PAS..mereka PAS mengiktiraf bahawa sistem khalifah atau daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.Namun apa yang Ee pelajari dan mungkin anda juga pelajari selama ini hanya empat khalifah pertama sahaja yang benar-benar naik jawatan melalui sistem syura.Semua sedia maklum bahawa pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini.Dengan sikap PAS yang beginilah maka mereka cuba mengikut dalam menjatuhkan pemerintahan kerajaan pimpinan UMNO yang berPedana Menterikan seorang Islam dan sebangsa dengan pelbagai fitnah yang ditaburkan melalui perawakan Islam berlandaskan tuntutan nafsu syaitan yang bersarang dalam hati.

Ee jelaskan sejelasnya..Ee tetap akan berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yang ada sekarang yang kebetulannya adalah kerajaaan pimpinan UMNO.Pada Ee kerajaan kita tidak lah seburuk mana, kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yang luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahanan yang rata-ratanya dikuasai oleh orang Islam..cuma mereka PAS yang menidakkannya atas dasar dengki, kianat dan iri hati kerana tidak dapat berkuasa,pada mereka kuasa yang mereka impikan tidak ubah seperti Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang Gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dengan manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dengan begitu kejam.

Ee ingin bawakan bagaimana kesah Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk!.Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yang mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa untuk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan umat paling utama.Kenapa PAS terutama Nik Ajis tidak mahu mencontohinya sebaliknya mereka lebih kagum dengan para khalifah Islam yang begitu ramai yang kaki perempuan, kaki minum arak tetapi tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS..pada Ee segala pandangan pemimpin2 PAS sangat aneh.

Pada Ee menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadis yang membenarkan perjuangan PAS untuk menjatuhkan pemimpin yang sedia ada.Kita juga ketahui kerajaan pimpinan UMNO sentiasa berlaku adil tanpa mengira kaum mahupun apa anutan sekalipun asalkan rakyat 1Malaysia akan dilayan sama adil belum pernah kerajaan menyiksa atau berlaku kezaliman seperti yang didakwa oleh PAS.Apa yang Ee pelajari selama ini walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulama'2 salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yang bertepatan dengan sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.Marilah kita bersatu dalam 1Malaysia pada PRU 13 dengan mengundi kerajaan pimpinan UMNO yang telah banyak berjasa kepada kita semua tanpa mengira bangsa dan agama.Apa tah lagi kerajaan pimpinan UMNO berPerdana Menterikan seorang Islam yang sentiasa mengambil berat soal perkembangan agama Islam dan kepada penganut Islam dengan mengadakan segala kemudahan yang sangat dituntut oleh Islam sehinggakan negara kini merupakan salah satu negara Islam yang diistiraf terbaik di dunia.Hanya pemimpin2 PAS yang menafikannya dengan pelbagai soalan yang direka semata mengelirukan umat Islam negara ini dan segala yang dilakukannya menjadikan Islam semakin rapuh dan perpaduan ummah semakin lemah.Kerana kegilaan pemimpin PAS terhadap kuasalah maka DAP begitu rakus menghina dan memperlekehkan Islam.Marilah kita semua bersatu dalam 1Malaysia dengan menguburkan pakatan pembangkang sedalamnya pada PRU 13 kelak demi agama,bangsa dan negara agar kita semua kembali hidup dalam suasana harmoni aman bahagia bersama dalam satu kelompok masyarakat Malaysia yang unik.Ingatlah Menganut PAS hukumnya haram..Menganut Islam kamu akan mendapat keberkatan Dunia dan Akhirat..So..kamu fikirlah sendiri..

No comments:

Post a Comment