Renungilah firman Allah dalam At-Taubah ayat 9 bermaksud:--
Mereka menukar ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit(dari faedah-faedah dunia),lalu mereka menghalangi(dirinya dan orang-orang lain) dari Agama Allah,sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.
Ee minta kepada semua rakyat Malaysia agar fikirkanlah yang terbaik demi masa depan agama, bangsa dan negara.Jika kita semua bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang dalam kehidupan seharian kita, pertahankanlah ia dan peliharalah ia dengan sebaiknya.Janganlah terus mempercayai dengan janji-janji yang ditaburi dan fatwa-fatwa Islam yang diputarbelitkan oleh sesetengah pihak demi kepentingan peribadi mereka sendiri.Sebelum mendapat kuasa pemimpin2 pembangkang sanggup menabur macam2 janji yang tidak munasabah dan agak mustahil untuk ditunaikan.Ee tegaskan setegasnya PAS yang kononnya memperjuangkan Islam kini telah hilang Islamnya sejak bersekongkol dengan DAP.Ee pasti bila Ee cakap begitu pastinya Lalat-Lalat hijau yang terbang berkeliaran mencari sisa-sisa makanan atau najis2 di bumi Malaysia ini akan memaki hamun sebakul kepada Ee.Segala yang Ee katakan berfakta berlandaskan fatwa yang telah dibuat oleh puak Lalat Hijau pada bulan Ogos 1963 di kediaman Menteri Besar Kelantan.Jika puak Lalat Hijau telah sebulat suara memutuskan bahawa "Orang-orang Islam berkongsi kuasa dengan orang kafir memerintah negara kafir atau haram"..Apakah mungkin fatwa2 ini keluar dari mulut2 ulama' PAS?..Apakah ulama'2 PAS terlupa apa yang telah mereka fatwakan?..Apakah ulama'2 PAS tidak sedar babawa mereka telah menjadi pembohong?..Apakah ulama2 PAS tidak tahu bahawa pembohong itu salah satu daripada sifat munafik?..atau apakah ulama2 PAS tidak cukup belajar atau tertinggal bab "Munafik" ?..Ulama' Lalat2 Hijau berdalil bahawa mereka akan menterbiyah DAP tentang Islam bukan macam UMNO..Maka berdengunglah seluruh alam bila segala Lalat2 Hijau menjaja cerita mereka berjaya menterbiyahkan DAP mengenal Islam?..
Renungkanlah kata2 Bekas AJK Dewan Ulama' PAS Pusat..
Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama’ Pas Pusat, Datuk Ghazali Hj Ahmad melahirkan kehairanan dengan tindakan pemimpin Pas yang sanggup memutarbelit dan memanipulasi sesuatu peristiwa semata-mata untuk kepentingan politik sempit."Sepatutnya ilmu agama yang ada di dada mereka digunakan untuk pembangunan ummah dan bukannya mencetuskan perbalahan dan syak wasangka berterusan rakyat terhadap kepimpinan negara.
"Inilah masalahnya apabila politik dijadikan "menu" utama dalam perjuangan dan bukannya perpaduan ummah dijadikan teras. Mereka seolah-olah gelap gelita dan tidak menggunakan apa yang dianugerahkan oleh Allah untuk manfaat dan kepentingan bersama..
Ee bertanya..jangan marah.. dimana benarnya cerita-cerita popular dikalangan Lalat Hijau bahawa pengabungan PAS dengan DAP adalah bagi membolehkan PAS mentarbiyah DAP mengenai perlaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam?..Apa yang Ee nampak, PAS pula yang ditarbiyah oleh DAP dalam banyak hal termasuk undang-undang baru mengenai halal dan haram minuman keras.Ee masih ingat bagaimana PAS gagal bertindak bila minuman keras yang di rampas oleh Majlis Bandaraya Shah Alam, dipulangkan semula kepada pemiliknya atas arahan DAP dengan dalil mungkin belajar dari Lalat2 Hijau" beer bukan minuman keras kerana kandungan alkohol yang tidak tinggi".. Semua ini menjadikan pemimpin kafir DAP berani berbuat apa sahaja yang bertentangan dengan sensitiviti orang Islam kerana mereka yakin PAS akan mempertahankannya dalam apa cara sekalipun.Ee masih ingat bagaimana DAP mencemarkan kesucian masjid,surau..Ee masih ingat bagaiman Lalat2 Hijau membiarkan dan mengalakkan pemimpin-pemimpin DAP yang hanya guna tisu untuk beristinjak ini masuk ke dalam masjid/surau dan memberikan 'tazkirah' dan sebagainya. Sudah tentu kita belum lupa semasa kempen pilihanraya Sibu yang telah lama lepas, nama PAS disebut oleh Teressa Kok di dalam ceramahnya sebagai pihak yang mewakili Islam dalam hal menerima penggunaan nama Allah di gereja dan penerbitannya.Dan pada ee yang lebih mengharukan lagi bila Nik Ajis ulama' kesayangan Lalat2 PAS dalam kenyataannya satu masa dulu mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang masuk ke dalam Surau Al-Huda di Kajang dan menyifatkan siapa yang mempertikaikan tindakan itu sebagai pihak yang tidak faham Islam. Seperti biasa Nik Ajis akan memberikan alasan perkara yang berlaku di zaman Nabi saw sebagai justifikasi untuk membenarkan hujahnya kerana di zaman Nabi Muhammad saw ramai kafir Qurasy masuk ke dalam Masjid berjumpa Nabi saw. Fikiran pendek dan kedangkalan pemikiran Nik Ajis hanya menambah kepada kekeliruan orang Islam apatah lagi yang bukan Islam, zaman di mana Islam bermula dan berkembang sudah tentu berbeza dengan keadaan sekarang.
Ee terangkan dan kongsikan disini pemimpin DAP bukan masuk masjid untuk mendalami Islam sebaliknya ingin mendapat publisiti politik murahan dalam kempennya menunjuk kepada orang melayu bahawa DAP tidak anti Islam. Dalam hal ini juga, berbeza dengan zaman Nabi Muhammad saw seperti yang dicontohkan Nik Aziz dimana orang kafir masuk masjid berjumpa dengan Nabi, yang berlaku di Serdang dan tempat-tempat lain ini ialah orang Islam masuk masjid berjumpa pemimpin kafir DAP untuk mendapatkan moreh dan bantuan hari raya.
Dan yang lagi terbaru yang Ee nak kongsikan bersama..bukan yang terbaru "dah lama daa.." pasal perlaksanaan Negara Islam dan hudud bagaimana Karpal selaku Ketua Segala Ulama' DAP dan PAS bertindak memperlekehkan hudud dengan keras tanpa berselindung menolaknya dan sekali gus memperlekehkan agama Islam.Jadi persoalannya sekarang yang Ee nak keutarakan PAS tarbiyah DAP atau DAP yang terbiyah PAS?..Ee ingin kongsikan sedikit fakta bagaimana bencinya DAP terhadap Islam sejak sekian lamanya..Namun semua itu pada mata pemimpin2 PAS dan penyokong mereka tidak penting,apa yang penting bagi PAS dapat mengelabui mata rakyat semata untuk memancing undi dan kerakusan untuk berkuasa asalkan dapat menumbangkan kerajaan pimpinan UMNO yang berPerdana Menterikan seorang Melayu Islam..
Renungkanlah dalam hadis yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid Ubadah bin Somit r.a. katanya:
kami telah berbaiah kepada rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbaiah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat Kufr Bawwah (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbaiah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadis ke 7199, Muslim hadis ke 1836)
1. Deklarasi Setapak pada 29 Julai 1967 di Majlis Jamuan Makan Malam Tahunan Pertama DAP, telah menggariskan beberapa perkara yang antaranya; bermatlamat mengembangkan ideologi negara yang bebas, berkehendakkan demokrasi berfahaman sosialis berdasarkan prinsip sama rata antara kaum, menuntut kesaksamaan sosial ekonomi antara kaum, serta mendesak Universiti Merdeka diiktiraf sebagai universiti kaum Cina.
2. Oktober 1967, DAP menjadi satu-satunya parti dari Malaysia yang menganggotai Socialist International (SI) yakni sebuah pertubuhan yang memperjuangkan sosialisme/komunisme/liberalisme/zionisme/sekularisme etc. dan salah seorang yang pernah menjadi naib presiden SI ialah Ehud Baraq, mantan PM Israel. Antara associated organisations yang terlibat secara langsung dengan SI ialah World Labour Zionist Movement (WLZM). Beberapa agenda sulit SI yang dikenalpasti antaranya adalah untuk mengembangkan Christianity ke serata dunia, yang sangat bertepatan dengan ideologi DAP kerana anggota DAP sendiri terdiri daripada ramai penganut Kristian. Seandainya dikaji dengan lebih mendalam sejarah penyertaan DAP dalam Socialist International, pasti anda akan memahami 'rahsia' kejayaan DAP memenangi banyak kerusi Parlimen di PRU-4, sehingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.
3. 18 Oktober 1990, Karpal Singh mengatakan dengan lantang, "Jika mahu wujudkan negara Islam...langkah mayat saya dulu!"..
4. 5 Mei 2008, Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Azlan Shah selaku Ketua Agama Islam Negeri yang memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.
5. Pada tahun 2008 juga, Teresa Kok meraikan kemenangan DAP dalam PRU-12 dengan memanggang 5 ekor babi sebagai simbolik orang Cina dalam Pakatan Pembangkang berjaya menguasai 5 negeri dengan PAS & PKR sentiasa berada di bawah telunjuk mereka. Sebab itulah agaknya ada ahli parlimen PAS yang menyokong pelajar membawa bekal babi ke sekolah.
6. Teresa Kok turut menuntut papan tanda jalan yang bertulisan Jawi di sekitar Kuala Lumpur & Selangor ditukarkan ke bahasa Mandarin; selain menuntut agar azan di setiap surau dan masjid dalam negeri Selangor diperlahankan.
7. Ronnie Liu mengarahkan semua arak yang dirampas atas 'usaha' Hassan Ali dalam kawasan majoriti penduduk Islam di Selangor, supaya dikembalikan semula kepada penjual/peruncit.
8. Tanah wakaf orang Islam seluas 4 ekar di Kampung Kebun Bunga, Selangor telah didirikan Dewan Perhimpunan Orang Ramai, Persatuan Perkuburan Cina. Sebelum itu, BN yang mentadbir Selangor telah berusaha untuk memindahkan dewan tersebut ke kawasan lain. Tetapi apabila Pakatan Pembangkang mengambil alih pemerintahan Selangor pada 2008, usul pemindahan dewan oleh BN sebelumnya telah ditolak DAP dengan sokongan Khalid selaku Menteri Besar Selangor.
9. 16 Mei 2008, Exco Kerajaan Negeri dari DAP telah mengarahkan 130 unit lot perumahan bumiputera di Perak agar dijual ke pasaran terbuka dengan nilai hartanah bumiputra itu hampir RM5 juta.
10. Semasa Pakatan memerintah Perak, borang permohonan tanah di Pejabat Tanah di arah cetak dalam bahasa mandarin dan tamil, kononnya untuk memudahkan kefahaman kepada kaum bukan Melayu. Hakikatnya, mereka berhasrat untuk mengambil tanah milik Melayu secara senyap tanpa disedari orang Melayu yang pasti tidak faham akan kandungan borang yang dicetak menggunakan kedua bahasa tersebut.
11. Lim Guan Eng pernah menyarankan agar jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) serta Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang digantikan dengan kaum Cina.
12. Lim Guan Eng adalah seorang penakut dan cepat menggelabah apabila ditekan atau disergah. Itulah ciri seorang 'khalifah' yang sangat diagongkan para juak PAS.
13. DAP menaruh harapan untuk menguasai negara ini di PRU-13. DAP sanggup melakukan apa saja demi merealisasikan impian kerana beranggapan sekiranya mereka gagal dalam misi menguasai Malaysia di PRU-13, maka cita-cita mereka mungkin akan terkubur selamanya.
14. DAP hari ini memiliki 29 Kerusi Parlimen di Dewan Rakyat yang menjadikannya parti dominan dalam Pakatan Pembangkang berbanding PKR (26) dan PAS (23). Strategi DAP di PRU-13 adalah meletakkan calon Melayu bagi mewakili parti mereka, maka tidak mustahil DAP akan terus kekal menjadi PARTI DOMINAN PAKATAN selepas PRU-13 kelak.
15. Menyokong Nik Aziz, Anwar Bin Ibrahim, Husam Musa, Azmin Ali dan PKR, BERERTI anda rela diperalatkan demi memenuhi impian DAP menguasai Persekutuan Malaysia.
16.Baru-baru ini kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita telah digugat oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan memperkenalkan satu port folio baru di negeri jajahan kafir harbi itu. Mengambil kesempatan di atas Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia, DAP kononnya menyokong resolusi Putera Ghazi dari Jordan di PBB pada tahun lepas.Itu kata Guan Eng yang mewakili DAP.
17. DAP meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui PAS supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
18.Seperti tidak lama dului, mereka menunjuk kebencian tersebut dengan enggan memakai pakaian adat dalam sidang DUN di Sarawak atas alasan ia bercirikan Melayu dan Islam..Jika nak tulis terlalu panjang rasanya semua dah tau daa..
Ee katakan setegasnya disini Malaysia merupakan sebuah negara Islam terbaik yang diistiraf oleh dunia hanya pemimpin2 dan penyokong PAS yang tidak mahu mengakui atau malu untuk mengakuinya.
Malaysia salah satu negara Islam yang diistiraf oleh dunia..ulama'2 berpendapat bagi menegakkan negara Islam ia mestilah mempunyai tiga perkara:
1. Tempat: iaitu bumi atau kawasan yang diduduki.
2. Penduduk atau bangsa yang tinggal di atas kawasan tersebut.
3. Kekuasaan yang tertegak peraturan serta undang-undang dan mempunyai pentadbiran kenegaraan.
Sesebuah negara tidak akan tertegak jika tidak mencukupi tiga syarat di atas.
Pembahagian Negara.
Fuqaha telah membahagikan negara kepada dua bahagian iaitu:
1. Negara Islam (Dar al-Islam)
2. Negara Kafir (‘Dar al-Harb,)
Golongan Zaidiah mcnambahkan satu lagi yang dinamakan negara fasik. Ulamak semasa membahagikan kepada tiga
bahagian iaitu:
1. Negara Islam
2. Negara Kafir
3. Negara al-Sulh
Mengikut ulamak feqah, ada lima pembahagian negara iaitu:
1. Dar al-Islam
2. Dar al-Harb
3. Dar al-‘Aqd (Dar al-Sulh)
4. Dar al-Riddah
5. Dar al-Bughat
Sifat-sifat Negara Islam Dan Negara Harb
Al-Qur’an menyifatkan keadaan Mekah sebagai dar al-Harb sebelum pembukaan Kota Mekah pada tahun 9H..
Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 59 yang bermaksud:
Teiah diizirikan benperang bagi orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai. Dan
sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk menolong mereka.”
Ibn Abbas berkata ayat ini diturunkan ketika nabi Muhammad serta para sahabat keluar dan Mekah dan ketika ini Mekah
diiktibarkan sebagai 'dar al--Harb'. Dan ayat ini jelas menunjukkan bahawa sifat "dar alHarb" iaitu melakukan kezaliman seperti membunuh orang mukmin, menghalau mereka serta menjalankan
hukum-hukum yang mensyirikkan Al-lah SWT. Mereka juga menghancurkan masjid serta tempat ibadat.
Sifat Negara Islam
Al-Qur'an mengambarkan "dar al-Islam" seperti firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 41 yang
bermaksud:
"Orang yang kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi ini nescaya mereka mendirikan sembahyang,
menunaikan zakat, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan kepada Allahlah segala
urusan."
Ayat ini memberi gambaran bahawa orang mukmim yang menetap di atas muka bumi ini sentiasa menjaga.
sembahyang, mengeluarkan zakat, menyeru ke arah kebaikan dan menegah kemungkaran dan berkasih sayang
sesama mereka. Sifat negara Islam ialah:
1. Kekuasaan dipegang oleh orang Islam.
2. Agama Islam menjadi dominan serta undang--undang Islam dilaksanakan.
3. Suasana keamanan kepada umat Islam.
Dar al-Sulh:
Dar al-Sulh iaitu negara yang penduduknya membuat perjanjian keamanan dengan pemerintahan Islam dengan syaratsyarat yang telah ditetapkan atau negara yang telah dibuka oleh orang muslim dengan cara aman. Ia juga dikenali
sebagai Dar al-'Aqd atau Dar al-Mu'ahhidin (negeri damai). Menurut al-Shafi’i, Dar al-Sulh
membawa erti wilayah bukan Islam yang terikat kepada perjanjian yang memberi kedaulatan kepada sebuah negara
Islam tetapi mengekalkan kuasa autonomi tempatan. Bidang perjanjian itu menuntut pembayaran ufti ke atas tanah
(kharaj) kepada kerajaan Islam bagi memenuhi syarat-syarat jizyah.
Mengikut sistem pada zaman Umar mereka dikenakan membayar kharaj. Mengikut al-Qarafi menyatakan bahawa sistem
kharaj ini adalah mengikut kesesuaian tempat dan waktu. Ia merupakan sistem yang telah diasaskan oleh Saidina Umar
dan bukanlah hukum syarak yang tetap. Harus orang muslim mengadakan
hubungan dengan negara Sulh ini tanpa mengunakan kharaj. Pada zaman dahulu pembayaran kharaj tidak termasuk
.dalam syarat perjanjian. Menurut al-Shafi’i tidak harus bagi pemerintah mengadakan akad Sulh kecuali dengan
membayar kharaj dan sebagainya. Pada hakikatnya pembahagian negara ini tiada ada nas yang nyata dalam al-Quran
dan al-Sunnah, hanya ulamak pada kurun kedua yang membahagikan kepada bahagian seperti ini. Bukan maksud
pembahagian ini menjadikan dunia ini kepada dua sistem tetapi ia lebih berdasarkan keselamatan dan keamanan bagi
orang mukmin dan wujudnya ketakutan dari musuh di negara lain seperti pendapat Abu Hanilah.
Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, undangundang Islam telah diperkenalkan seperti Kanun Melaka, Kanun Pahang dan lain-lain. Semasa penjajahan British,
peranan undang-undang Islam diperkecilkan bidang pelaksanaannya iaitu hanya undang-undang diri dan kekeluargaan
dan terhad kepada orang-orang Islam sahaja. Walaupun begitu, penghayatan Islam seperti pendidikan agama dan
kehidupan agama masih diberi ruang dan penghayatannya masih dapat dipertahankan. Sejak mencapai kemerdekaan,
pembangunan Islam dalam semua aspek terus berlaku walaupun terdapat beberapa masalah dan sekatan akibat
undang-undang yang ditinggalkan oleh penjajah dalam perlembagaan. Dalam bidang jenayah hanya undang-undng
hudud yang agak ketara percanggahannya dan masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Manakala bidang jenayah
membunuh atau mencederakan sebahagian daripada prinsip dan hukumnya tidak banyak berbeza dengan Islam.
Demikian juga dalam hukum takzir kesalahan-kesalahan maksiat. Dalam muamalat unsur riba yang ketara bercanggah
dengan Islam tetapi dalam kebanyakan bidang lainnya tidak banyak percanggahan berlaku.. Dalam bidang perkahwinan
dan kekeluargaan, kita dapati sepenuhnya undang-undang Islam dilaksanakan.Dengan menerima negara ini sebagai
sebuah negara Islam bukan bermakna ia telah selesai segala tuntutannya. Kesempurnaannya perlu kepada pengisian,
peningkatan ilmu dan penghayatan pada diri, masyarakat dan negara.
Dalam bidang ekonomi, Malaysia merupakan negara yang terkehadapan dalam memperkenalkan produk-produk
kewangan Islam dengan penubuhan Bank Islam pada tahun 1983. Pada hari ini, kita mempunyai dua bank Islam iaitu
Bank Islam dan Bank Muamalat dan terdapat puluhan institusi kewangan konversional yang menawarkan kemudahan
perbankan Islam melalui lebih daripada 1000 cawangan di seluruh negara.Termasuk dalam bidang ini ialah sistem pajak
gadai Islam, syarikat takaful dan syarikat broker saham yang beroperasi secara Islam.Kita dapati sistem kewangan yang
diamalkan ini berjaya dengan cemerlang dan peranan sarjana muslim dalam merangka sistem kewangan Islam moden
dengan melakukan tajribah dan ijtihad bagi mengemukakan jalan penyelesaian yang boleh merealisasikan hukum Islam
sekaligus menjauhkan masyarakat dari sistem-sistem barat khususnya dalam isu riba. Perkara yang diutamakan ialah
isi, ruh dan nilai-nilai Islam dalam usaha mencapai setakat mampu kesempurnaan dan ideal dalam bentuk baru.
Dari definisi yang telah diberikan oleh para ulama' dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa negara Islam ialah
negara yang kekuasaannya milik orang Islam, melaksanakan undang-undang Islam, orang Islam bebas mengamalkan
ajaran agama tanpa gangguan, bebas mengeluarkan arahan, timbulnya suasana keamanan pada orang Islam dan orang
bukan Islam tiada dapat menzahirkan syiar-syiar mereka kecuali dengan izin orang Islam melalui perjanjian ‘akad
zimmah’ dan seumpamanya.
Dalam konteks Malaysia, kemasukan orang-orang bukan Islam bukan lagi melalui proses peperangan tetapi hasil
daripada proses politik. Lagipun, warga Islam dan warga bukan Islam bersama-sama sebagai rakan pembangunan
negara dan berkongsi politik. Melihat realiti dan maslahah umat Islam kini di Malaysia sudah tentu perlantikan mereka
sebagai menteri dalam menjayakan kemakmuran negara dan untuk survival umat, maka perkongsian politik dan kuasa
tidak dapat dielakkan. Tidak ada larangan yang mutlak daripada melarang mereka berpatipasi dalam perkongsian kuasa.
Tambahan pula membuktikan sikap toleransi agama Islam.
Dr. Siddiq Fadhil menjelaskan suatu fenomena unik politik Malaysia ialah kewujudan warganegara bukan Islam dengan
jumlah yang hampir menyamai dengan jumlah warganegara Muslim. Status mereka bukan lagi sebagai kafir zimmi
seperti yang banyak diperkatakan dalam karya-karya klasik politik Islam. Mereka adalah warganegara penuh, malah
merasa sebagai pengasas bersama sebuah negara baru-Malaysia Merdeka. Umat Islam tidak lagi dalam melayani
minoriti bukan Islam yang lemah tetapi menghadapi warganegara bukan Islam yang besar dan kuat. Persoalannya
bukan lagi melindungi orang zimmi, tetapi berkongsi kuasa dengan warganegara bukan Islam. Andainya kita menerima
hakikat perkongsian kuasa sebagai formula politik yang diperlukan demi kestabilan negara dan kesejahteraan umat,
maka soal pengangkatan orang bukan Islam sebagai wakil rakyat atau menteri sekalipun tidak perlu dijadikan isu.
Sejarah juga turut membuktikan beberapa orang Kristian telah memegang jawatan sebagai Menteri Pelaksana lebih
daripada sekali pada zaman Bani Abbasiah. Di antaranya ialah Nasr Harun pada tahun 369H dan Isa Nostors pada
tahun 380H. Sebelum itu, Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian memiliki seorang penulis Kristian yang berkhidmat untuknya
bernama Sarjoun sehinggakan ahli Sejarah Adam Mitz mencatatkan dalam bukunya "Tamadun Islam Abad
keempat Hijriah" bahawa seolah-olah orang Kristian yang memerintah kerajaan Islam kerana ramainya orangorang bukan Islam menjadi gabenor atau pegawai tinggi di dalam negara Islam.
Ee nak menjerit kuat2 kepada semua pemimpin2 Lalat Hijau dan pengikutnya.."Tak payahlah weiiii cakap pasal Islam..pasal nak buat Negara Islam..nak buat pasal hudud..cakap suka pusing bulatan...sekejap kata nak buat...sekejap kata tak nak buat..bila masa nak dekat PRU barulah sibuk nak tipu rakyat..PAS tidak sedar lagi....DAP hanya memperkudakan saja PAS untuk mendapatkan kuasa.PAS janganlah main ikut sesedap mulut saja....PAS lagi mengharapkan DAP..,walaupun DAP menghina pelbagai tomahan kepada PAS.. Ee katakan dan jeritkan kuat-kuat selalu kepada rakyat semua jangan menjadi talibarut DAP..PAS DAYUS berani kepada UMNO saja...Ingatlah menganut PAS kamu akan sesat selamanya..Menganut Islam kamu akan Selamat Dunia dan Akhirat..So..kamu fikirlah sendiri..
No comments:
Post a Comment