Saturday, September 8, 2012

Bukti Nyata Hudud PAS bukan dari Ajaran Islam..Amat jauh bezanya jika dibandingkan dengan ajaran Rasulullah saw..Fikirkanlah..




Bila Ee memperkatakan tentang hudud PAS ramai penganut2 PAS yang melenting.Penganut2 PAS akan menuduh kerajaan pimpinan UMNO menolak Islam dan hudud pada hal apa yang ditolak oleh Kerajaan pimpinan UMNO adalah hudud yang diolah oleh PAS yang tidak memenuhi kehendak Islam yang sebenar.Bagi pendapat Ee untuk menentukan sama ada undang-undang hudud PAS Kelantan mematuhi hukum hudud dalam Islam, tidak ada ujian yang lebih tepat daripada penilaian terhadap adil atau tidak adilnya hukuman yang akan dihasilkan oleh undang-undang PAS. Jika adil maka kemungkinannya ialah ia diasaskan kepada hukum-hukum Islam. Jika hukuman yang dibuat berasaskan kepada undang-undang PAS itu jelas dan nyata tidak adil maka mustahil untuk dilaksanakan.Pada Ee soal berat atau tidak hukum Islam berbanding dengan hukum dalam undang-undang semasa tidak perlu diambilkira.Apa yang penting hudud jika nak dilaksanakan dinegara ini harus dikaji dengan teliti bukan didraf spt bidan terjun semata utk mengkelabui mata rakyat. Jika hudud berlandaskan Islam yang sebenar ia merupakan undang2 yang terpaksa diterima pakai oleh semua penghuni sesuatu negara yang mengamalkannya tidak kira kaum dan apa agamanya.Apa yang Ee pelajari ianya tidak ada pengecualiannya walaupun berlainan anutan,iaitu tidak kira Islam,Kristian,Budha,Hindu atau apa saja agama yang ujud didunia ini.

Dalam mematuhi kehendak Islam cuba kita ambil pendekatan tentang kes rogol.Iaitu bila seorang wanita yang belum berkhawin kena rogol dan membuat pengaduan bahawa orang yang merogolnya amat dikenali olehnya.Dalam soal ini apakah yang akan dilakukan mengikut undang2 PAS ?..Apa yang Ee katakan ini mengikut seksyen 10 berkenaan zina. Pengesahan samada wanita itu benar2 dirogol bukan suka sama suka atau rela hati.4 orang saksi yg tidak pernah melakukan besar dan tidak melakukan dosa kecil berulang kali.Pada Ee saksi seperti ini sangat sukar dicari alasannya mudah sekali kerana perogol tidak akan merogol didepan saksi pada Ee orang kurang siuman sekali pun tidak akan melakukannya didepan saksi.Jika ada kejadian rogol yang ada saksi dan saksi hanya mendiamkan diri bila melihat orang kena rogol pada Ee ianya dikira bersubahat kerana ia tidak menolong orang yang kena rogol.Pada Ee ianya tidak layak untuk menjadi saksi utama kerana telah sama berdosa.

Renungkanlah Firman Allah dalam Arrahman ayat 7-8 yang bermaksud:--

"Dan langit dijadikannya tinggi serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan ".
 " Supaya kamu tidak melampau batas dalam menjalankan keadilan ".

Hanya jika ianya berlaku dalam keadaan darurat bila ada saksi2 yang dipaksa menyaksikan perogolan dan saksi2 tersebut tidak dapat membantu.. itu pun mungkin agak mustahil berlaku di negara ini kecuali negara yang bergejolak dan dalam menghadapi peperangan.Ee ambil contoh seperti yang berlaku di Bosnia dimana orang2 Serb yang bukan beragama Islam sering melakukan kepada perempuan2 Islam..Jika ini berlaku dalam negara ini dan mengikut apa yang telah diDraf dalam Hudud ala PAS mereka perogol akan terlepas atas sebab ianya bukan dari golongan Islam.. persoalannya adil kah ini?..apa hak perempuan Islam yang kena rogol oleh mereka yang bukan Islam?..Dan sekiranya ianya berlaku suka sama suka pun yang kena hukum perempuan Islam..pasangan mereka yang bukan Islam terlepas.. Apakah ini dinamakan keadilan dalam hukum hudud PAS?..Dalam soal ini jika mangsa rogol membuat pengaduan mereka tida terbela kerana mangsa tidak mendapat membawa 4 orang saksi yang boleh diterima oleh undang2 terima pakai PAS..apa yang dikatakan penolakan 'circumstantial evidence' maka pengaduan dan tuduhan oleh mangsa rogol akan ditolak. Perogol akan terlepas daripada apa-apa hukuman.Apa yang Ee boleh katakan menurut P.Ramlee dalam Tiga Abdul.." ini tidak adil..

Renungkanlah Firman Allah dalam Asy Syura ayat 17 yang bermaksud :--

"Allah yang menurunkan Kitab suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan ".

Begitu juga dalam Seksyen 46 Sub seksyen 2 undang2 PAS Jika ada wanita yang hamil atau melahirkan anak sebelum bernikah ianya dianggap adalah salah kerana berzina.Hukuman berat..Jika telah berkhawin akan direjam sehingga mati dan jika belum akan disebat 100x rotan.Jika wanita tersebut kena rogol dan menjadi mangsa rogol?..Perogol akan terlepas dan yang kena rogol pula sebaliknya yang kena hukum..Adilkah mangsa kena hukum dan perogol dilepaskan?.. Mereka PAS boleh kata sepatutnya wanita perlu menjaga diri dan tidak boleh bergerak kemana-mana tanpa muhrim.. Bagaimana jika ianya diculik atau sebagainya?..Bagaimana jika perogol itu muhrim sendiri?..mangsa kena cari 4 orang saksi seperti Seksyen 10 berkenaan Zina undang2 PAS..Apa yang boleh Ee katakan berfikirlah secara matang bukan hanya berfikir untuk menghabiskan nasi dalam periuk saja..buat penghabiskan beras je..

Seperti yang kita ketahui bahawa Islam adalah agama yang membawa keadilan sejak zaman Arab Jahilliayah dan juga kepada semua penganutnya sehingga kini dan selama-lamanya.Hukum Allah samada dalam Al Quran mahupun dalam Hadis Nabi tidak berubah dan hanya kita sebagai penganut yang sayangkan agamanya harus menghalusinya.Islam sebenarnya tidak mengizinkan ketidakadilan berlaku dalam Islam dan ianya bukan dari ajaran Islam.Apa yang Ee ketahui Islam akan tetap mempertahankan keadilan bukan berlaku ketidakadilan dalam hukum Islam.

Renungkanlah maksud ayat 27 Surah Saad yang bermaksud :--

"Dan tiadalah kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmat dan keadilan ".

Apa yang Ee boleh katakan "Ketidakadilan" sekiranya yang berlaku dalam hukum Islam bukanlah dari ajaran Islam yang sebenar sebaliknya adalah disebabkan oleh umat Islam atau pemimpin Islam atau kerajaan Islam itu sendiri yang tidak mengikuti segala ajaran Islam yang sebenar ataupun tidak mengikut apa yang telah digariskan oleh Al Quran mahupun Hadis Nabi saw.Apa yang telah Ee teliti selama ini kerana perkara2 "Ketidakadilanlah" yang menjadikan sesebuah negara Islam itu mundur dan sering kucar kacir dan akhirnya masyarakat Islam menjadi lemah.

Ee terangkan dengan setegasnya "fahamilah apa yang ada dalam hudud PAS merupakan satu tafsiran dari PAS dan mengikut acuan PAS sendiri dan hudud PAS bukanlah sebenarnya undang2 Islam yang betul atau tulin hanya sekadar pelengkap kepada kepalsuan perjuangan Islam PAS yang memperkudakan Islam dalam mengikut telunjuk amukan nafsu serakah utuk berkuasa".Hudud PAS dibuat oleh mereka yang berkepentingan dan sangat kurang memahami segala ajaran Islam ianya dibuat dalam keadaan tergesa-gesa demi memenuhi kehendak nafsu.

Apa yang Ee nampak dalam menangani sesuatu isu dalam undang2 hudud PAS banyak berlakunya "Ketidakadilan" ini akan menjadi satu ejekan kepada kemuliaan ajaran Islam itu sendiri.Dan pastinya semakin ramai yang menjauhi Islam dan ini akan menyebabkan pemisahan antara masyarakat dengan Islam..Ee juga yakin sekiranya undang2 hudud PAS ini dilaksanakan mengikut acuan PAS pastinya penganut agama Islam negara ini dan sekiranya diguna pakai oleh negara2 Islam lainnya penganut Islam tidak akan bertambah sebaliknya berkurangan.

Ee terangkan disini sejelasnya bahawa undang2 zaman Nabi saw semasa memerintah di Madinah.. sememang masyarakat Yahudi akan diadili mengikut undang2 mereka sendiri berdasarkan Taurat Yahudi dan perlu diingat bahawasanya undang2 Taurat Yahudi sama beratnya dengan hukuman undang2 Islam.Begitu juga undang2 Islam yang diamalkan oleh negara-negara yang mengamalkan undang2 Islam lainnya dan mempunyai rakyat yang bukan Islam umpamanya Kristian Koptik Mesir.Undang2 yg diguna pakai adalah undang2 yang dicipta oleh kerajaan Islam hasil kajian yang teliti berdasarkan ajaran Islam yang sebenar.Contohnya Kristian Koptik disana tidak dikenakan zakat dan fitrah sebaliknya mereka dikenakan membayar cukai kepala atau Jiyaz bagi setiap kepala Koptik untuk sekian banyaknya dalam setiap tahun.Apabila mereka membayar Jiyaz mereka akan dilindungi serta dikecualikan daripada perkhiamatan ketenteraan.Antara sebab jika mereka membayar Cukai Jiyaz adalah sama dengan orang Islam yang membayar zakat fitrah,oleh itu mereka tidak boleh mengatakan ianya tidak adil ataupun zakat fitrah itu tidak adil.Sejelasnya Ee terangkan cara perlaksanaannya mengikut keadaan.Apa yang Ee ketahui dalam keadaan ini hukum Fekah ada menyatakan "Hukum itu berubah dengan sebab perubahan masa,te,pat dan waktu" atau dari kata lainnya "Tindakan imam atau ketua negara ke atas rakyat bergantung kepada maslahah". Kaedah-kaedah ini terkandung dalam prinsip yang besar yang dipanggil Siasah Syari'ah.

Dalam masalah ini menurut undang2 Islam acuan PAS tidak ada dilakukan keatas orang2 bukan Islam samada di Kelantan atau sekiranya undang2 Islam dijalankan..Ee faham bahawa orang2 bukan Islam kelantan mahupun bukan Islam negara ini tidak tercatat dalam kitab.Namun ianya terletak dalam undang2 ciptaan manusia setelah diteliti secara halus.Selain itu hukuman yang berbeza antara yang bukan Islam dan Islam yang dibawa oleh undang2 Islam PAS sangat jauh dari kebiasaan negara Islam lainnya.Adilkah orang Islam yang berzina akan dikenakan hukuman rejam dengan batu sampai mati, orang bukan Islam hanya akan didenda atau di penjara buat beberapa bulan atau tahun sahaja?..Ee terangkan sejelasnya mengikut Taurat Yahudi  orang yang berzina dikenakan hukuman rejam dengan batu sampai mati.. iaitu sama dengan hukuman dalam Islam. Inilah hukuman yang dijatuhkan oleh Nabi saw apabila sepasang orang Yahudi dihadapkan kepada Baginda kerana berzina. Tidaklah ada sesiapa yang boleh berkata hukuman ke atas orang bukan Islam lebih ringan daripada hukuman ke atas orang Islam. Dengan perkataan lain ketidakadilan tidak berlaku di Madinah di bawah pemerintahan Nabi.

Inilah yang dapat Ee buktikan bahawa undang2 PAS  tidak sedikit pun berasas kepada maqasid syariah.
Undang-undang PAS adalah hasil tafsiran oleh orang PAS tanpa kajian yang teliti. Tidak ada siapa yang berhak menjadikan tafsirannya sebahagian daripada agama Islam. Punca dan asas agama Islam hanyalah al-Quran dan Sunnah Nabi.

Renungkanlah hadis Nabi saw yang bermaksud :--

" Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya orang di zaman silam ialah kerana mereka apabila seorang yang mempunyai kedudukan di kalangan mereka mencuri mereka biarkan dan apabila orang yang lemah di kalangan mereka mencuri, mereka potong tangannya. "

Fahamilah Firman Allah dalam Al Hajj ayat 78 yang bermaksud :--

"Dan sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama satu kesempitan".

Fahamilah..So..kamu fikirlah sendiri..Ingatlah Ikut PAS kamu Sesat..Ikut Islam kamu Selamat Dunia dan Akhirat..

1 comment:

  1. Kesian la ko ni, jizyah pun boleh jadi jiyaz, lepas tu nak komen pulak pasal hudud, kalau takde kemampuan/ilmu, jangan la komen ye?

    ReplyDelete