Ee berpegang pada fakta serta logik akal..segala yang Ee fikirkan ianya logik dan bukan merapu baru Ee tulis..Seperti yang kita ketahui bahawa sejarah politik negara sudah membuktikan sejauh manakah kemampuan PAS untuk melaksanakan pentadbiran apabila diberi amanah. Contohnya di Kelantan, tidak menjadi kudis kalau PAS hendak mendakwa ramai yang mendapat pahala kerana terus setia bersama parti itu tetapi persoalannya apakah perkembangan Islam di negeri itu lebih baik berbanding apa yang dilakukan oleh UMNO di peringkat pusat.Jika kita fikir secara logik akal mana yang lebih baik atau jujur dalam melaksanakan amanah rakyat yang telah diamanahkan kepada pemimpin yang telah mereka pilih.Jika pemimpin2 UMNO mereka akan Mengkaji,Menerangkan dan Melaksanakan segala yang dipersetujui semuanya itu dilakukan demi kebaikan Islam dan kemudahan penganut Islam itu sendiri.UMNO sebagai pemimpin melakukan segala keperluan penganut Islam dari kecil hingga besar..dari suaru,masjid,madrasah,universiti dan banyak lagi semua itu dilakukan dengan niat tulus murni demi agama Islam dan kemudahan anak bangsa..namun segala jasa2 UMNO dalam memertabatkan Islam dalam negara mahupun di luar negara sering diperlekehkan oleh puak lalat hijau.Namun yang Ee hairankan bila segala kemudahan telah disediakan dik pemimpin UMNO mereka rembat dulu..dulu kata tak bolehlah..haramlah..ribalah..mulut kata lain hati kata sapu jelah..Banyak contoh yang Ee boleh berikan BRIM..haramlah itulah..inilah..bila keluar je Lalat2 Hijaulah dulu yang beratur berjela-jela..Begitu juga dengan pelbagai bantuan yang disadurkan oleh pemimpin UMNO kepada rakyat..orang lalat hijaulah yang rembat dulu..macam2 kerenah..mereka je yang betul..orang lain semua tak betul..Bila Ee katakan macam tu,mereka puak lalat hijau akan marah dengan kata cerca dan makian seguni kepada Ee dan menuduh dengan tuduhan yang kadang kala tidak masuk akal.
Terus terang Ee katakan segala amanah yang dipikul oleh pemimpin UMNO dapat dilaksanakan dengan jujur namun hakikat ini jauh bezanya dari PAS sejak dari penubuhannya mereka lebih gemar bercakap dan sentiasa menyalahkan pehak lain dan mengangkat diri lebih Islamik dari penganut Islam yang lainnya.Bermodalkan kepetahan bercakap, jubah,sarban,tasbeh,berdahi hitam dan janggut sejemput mereka merasakan diri mereka lebih Islamik dari yang lainnya.Mereka penganut PAS terutama golongan ulama PAS sering melafazkan sesuatu perkara tanpa memikirkan kesannya terhadap umat Islam terutama Perpaduan Ummah yang sangat dipinta dalam Islam.Mereka mengeluarkan pelbagai fatwa semata menghasut rakyat agar membenci kerajaan pimpinan UMNO namun bila segala fatwa yang dikeluarkan terkena batang hidung sendiri mereka akan persoalkan dan menyalahkan UMNO pula.Pada Ee mereka ini tidak lebih seperti 'Murai yang pandai berkata2 tetapi tidak memahami apa yang dikatakan'..
Apa yang Ee boleh kongsikan untuk sekadar nasihat tidak gugurkah pahala-pahala mereka yang mengundi PAS di Kelantan apabila kesudahannya mereka dilihat memilih pihak yang tidak berupaya mentadbir, bukankah Rasulullah SAW sudah mengingatkan kita agar menyerahkan amanah kepada orang yang selayaknya.Pada Ee Pemimpin-pemimpin PAS yang terus bercakap dosa dan pahala ini mungkin masih dibuai mimpi indah bahawa mereka adalah gerakan Islam tetapi hakikatnya mereka tidak ubah seperti 'pak turut' sahaja dalam pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.Apa yang Ee dan semua ketahui pemimpin2 PAS amat payah nak akui kesilapan diri dan masih tetap menganggap dialah paling zuhud, paling warak dan faham semua ilmu Allah..merekalah yang lebih Islamik orang lain tidak Islamik.
Kerana pemimpin PAS merasai mereka paling zuhud, paling warak dan faham semua ilmu Allah lah Kelantan bawah pimpinannya jadi macam ni. Mundur. Kacau bilau. Kadar pengangguran meningkat. Kadar gejala sosial naik dan macam-macam maksiat lagi berlaku. Tapi masih tetap mempertahankan kepimpinannya yang terbaik.Pada Ee jika PAS betul-betul serius seperti mana seriusnya pada penceramahnya menghentam kerajaan pimpinan UMNO kerana dikatakan gagal menegakkan Islam, PAS perlu meletakkan calon di semua kawasan Parlimen dan DUN pada PRU 13 kelak yang mana majoriti pengundinya adalah orang Islam itu pun jika diizinkan oleh DAP..Maklumlah apa yang dibuat oleh PAS semuanya kena restu dari DAP..Sebab itu dalam apa hal sekalipun termasuk dalam isu murtad, lesbian, homoseksual dan rampasan arak Pas hanya mengikut pendirian DAP. Sebab DAP yang lebih menguasai pakatan pembangkang..PAS hanya layak sebagai budak penghantar surat atau lebih moden lagi sebagai penghantar mesej.. sementara PKR hanya sebagai body guard kepada DAP kerana ketuanya Anwar Al Juburi mempunyai pengikut2 yang berani mati mempertahankannya walaupun mereka tahu temberang dan segala pembohongan Al Juburi.
Dengan cara itu, jika menang, PAS akan mendapat majoriti lebih besar untuk menentukan hala tuju pemerintahan negeri dan negara. Termasuk melaksanakan hukum hudud seperti yang dicanangkan dalam setiap kempen dan ceramahnya walaupun ianya sekadar retorik semata.Namun setelah Ee kaji dan diteliti, direnung dan dicongak fakta PRU12 pada 2008, PAS hanya bertanding di 64 daripada 222 kerusi Parlimen di seluruh negara. Kerusi yang ditandingi PAS tidak sampai satu pertiga daripada kawasan Parlimen yang ada. Jadi, macam mana mahu membentuk kerajaan?.. Kalau macam itu bagaimana mahu menegakkan Islam?.. Ikhlaskah apa yang dicanangkan PAS dalam setiap kali ceramah atau sekadar menjadi 'burung murai kepada DAP' dan tidak tahu apa yang diceramahkannya.
Bercakap, menghentam, melabel dan mengkafirkan orang lain memang sedap hati mereka je. Tetapi, realitinya hanya indah khabar dari rupa atau cakap tidak serupa bikin kalau pun tidak sampai ke tahap kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi.Ee tegaskan dan merasa amat kecewa dengan sikap pemimpin2 PAS yang hanya tahu menyalahkan demokrasi dan tidak berusaha memanfaatkannya dengan cara meletakkan calon seramai mungkin.Apa yang Ee nampak DAP dalam diam-diam berusaha memanfaatkan sistem demokrasi negara dengan mengenalpasti kawasan yang ada potensi untuk menang dan memastikan calonnya berada di situ.Ee nampak dengan terang tidak perlu disuluh ketika para pemimpin PAS sibuk menepis peluru hidup yang dilepaskan dik DAP melalui ketua ulamanya Karpal Singh dan membetulkan pembohongan mereka kepada para penyokongnya, pemimpin DAP pula bijak mencongak macam mana mahu memerintah negara dengan menjadikan PAS sebagai salah satu alat untuk menjayakan cita-cita.
Apa yang Ee nampak setiap kali melalui sepanjang jalan raya di negeri yang dikuasai oleh pembangkang terlalu banyak poster2 PAS ditampal ceramah itu..ceramah ini..setiap hari sehinggakan dalam sehari tidak kurang dari 100 ceramah jika dikira dari satu tempat kesatu tempat mereka menipu rakyat dengan hanya bermodalkan air liur keringat rakyat di perah dan duit rakyat di pinta bagi kepentingan politik pemimpin PAS dan pembangkang.Apa yang Ee lihat sambil mengadu domba dengan fakta yang diputar belit, bila dirasakan khalayak yang menghadiri majlis mereka kelihatan taksud dan yakin dengan segala temberang yang disampaikan, maka seperti biasa Tin Milo, uncang, kampit plastik atau tabung dihulurkan kepada orang ramai meminta diisi dengan wang ringgit.Apa yang Ee rasakan penyokong taksub PAS begitu bodoh menghulurkan duit yang sepatutnya buat belanja keluarga.. dengan tiada persoalan yang akan terdetik di fikiran mereka kemana perginya duit2 derma tersebut.. kerana Ee yakin majoriti penganut PAS yakin buta tuli akan mendapat pahala dan syurga seperti yang dijanjikan setiap kali pergi ceramah.. soal keperluan keluarga duit belanja anak nak kesekolah dan sebagainya tidak dihiraukan..Apa yang Ee difahamkan ramai anak2 ahli PAS yang tidak dapat duit belanja dan ada yang tidak dapat beli barangan keperluan untuk belajar kerana ibu bapa mereka melebihkan perjuangan parti dari nasib anak2 mereka.
Ee bercakap apa yang logik dengan akal fikiran yang sihat,ketika pemimpin UMNO memerah keringat berusaha membangunkan ekonomi rakyat,membangunkan kepentingan Islam dan keperluan penganut Islam didalam mahupun di luar negara...di masa yang sama pemimpin PAS pula memerah idea untuk terus memerah keringat dan wang ringgit rakyat melalui ceramah2 yang diadakan setiap masa.Apa yang Ee nampak ini sajalah kebolehan utama PAS sejak 60 tahun lalu yang jarang ada pada parti lain dan hanya ada di negara Malaysia ini saja.Dan apabila ramai kalangan PAS yang sedar dan keluar dari PAS mereka menyalahkan pula UMNO kononnya tabur fitnah dan macam2 lagi.Apa yang Ee ketahui sejak akhir-akhir ini berdasarkan laporan yang menyertai PAS adalah beberapa orang penjawat awam yang sudah bersara manakala artis pula adalah mereka yang sudah semakin hilang popularnya berbanding mereka yang keluar PAS begitu ramai apa tah lagi sejak mereka tendang Hassan Ali dan sejak penyokong PAS terasa tertipu dengan hudud dan penubuhan negara Islam yang dibuang begitu jauh kerana mengikut telunjuk DAP.Dan yang lebih memburukan lagi semakin ramai yang keluar parti kerana tidak rela Islam dihina oleh rakan sekongkol DAP yang menolak penubuhan negara Islam yang hanya retorik semata memancing undi setiap kali PRU hampir tiba.Apa yang Ee nampak untuk menutup pekong mereka..PAS dengan gegak-gempitanya bersuara "perubahan" beberapa kerat artis memilih mereka sebagai petunjuk bahawa parti itu kembali mendapat sokongan orang Melayu kerana perjuangan Islamnya semakin mantap dan meresap ke dalam sanubari rakyat.Kadang kala Ee tersenyum dgn telatah 'bodoh2 Alang' PAS yang rela kehilangan ribuan penyokong mereka dan berbangga dengan kemasukan artis suam kuku kedalam parti..
Apa yang Ee nampak dengan jelas menunjukkan PAS sebenarnya sebuah parti yang syok sendiri kerana itulah setiap kali berceramah pemimpin-pemimpin mereka seolah-olah dirasuk 'hantu Cina' terpekek terlolong buat suara kambing,anjing dan macam2 lagi,buat memek muka yang melucukan,memaki,menghamun,mencarut dan memfitnah sesama sebangsa dan seagama dan mereka sebenarnya dengki dan iri hati terhadap kerajaan pimpinan UMNO yang telah dipilih rakyat sejak 12 PRU dan mereka cemburu kerana usaha kerajaan BN sejak merdeka berjaya merealisasikan kedudukan Islam secara bersyariat dengan berkesan,begitu juga dalam dalam bidang pendidikan begitu ramai cerdik pandai yang dihasilkan..melalui apa yang dikatakan itu yang dilaksana dan yang paling mereka takuti 1Malaysia janji ditepati.. berbanding pemimpin PAS yang hanya pandai berkokok melaksanakannya tidak sekali.Ingatlah ikut PAS kamu Sesat.. Ikut Islam kamu Selamat Dunia dan Akhirat..So..kamu fikirlah sendiri..
No comments:
Post a Comment