Thursday, June 30, 2011

Si Kitol moden Anwar Ibrahim dan tali barut baruah DAP PAS Penjahanam agama,bangsa dan negara..



Jika dipanggil petualang, marah.Jika dipanggil si kitol, akan melenting.Berpolitik dengan betul.Jangan menyusahkan rakyat negara ini yang pasti dipandang serong dengan segala tohmahan,pembohongan,memburuk-burukan negara dalam,luar negara dan fitnah demi fitnah yang menjijikan.Sampai bila hendak menjadi golongan pengacau.Jika hendak menjadi PM, carilah usaha yang lebih mulia lagi.Jangan memburuk-burukkan negara dan minta simpati dari orang lain.

Jika di  negara China orang macam ini dah pun mati depan"FIRING SQUAD" tetapi di Malaysia orang ini disanjung- apa tindakkan KDN? AMARAN LAGI KE?.Bila dia angkat sumpah jadi wakil rakyat tidakkah dia berikrar mempertahankan kedaulatan undang2 dan kedaulatan negara?.Tetapi bila perjuangan kelentongnya dah terbongkar maka mula hasut rakyat itu tidak betul ini tidak betul..mabuk todikah???.

Tengok cara Anwar berpolitik dan bergaul dengan komponen parti dia..hohoho..DAP di belakang..duit banyak.PAS jadi pak turut..nak gulingkan melayu.. kalau ada orang panggil Pengkhianat ataupun Si Kitol mereka marah, tapi semangat cintakan negara langsung tak ada dia sendiri dok buat perangai luarbiasa lepas tu dia nak salahkan orang lain pula!.. Apa punya pembangkang macam ni..Si Kitol moden Anwar Ibrahim dan tali barut baruah DAP PAS Penjahanam agama,bangsa dan negara..

Bangsa Melayu tidak harus lesu dan kaku dalam menghadapi cabaran terbaharu yang melanda negara kini. Kita harus bangun menuntut hak kita di Tanah Melayu kita.Tanah ini Tanah Melayu dan sesungguhnya hakikat ini harus disedari dan ditaati oleh semua kaum. Agama Islam, Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan. Kenapa pula kita harus biarkan Baruah Ambiga, Dato Seri Anwar dan Pak Turut PAS  merungkai apa yang telah disempurnakan oleh pejuang – pejuang Melayu dahulu? Konon berjuang atas nama Bersih hakikatnya kotor dengan menghasut rakyat membenci kerajaan dan seterusnya mengulingkannya..Tangkap mereka sumbatkan saja dalam ISA atau hapuskan saja kerakyatan mereka..

Kita harus sedar bahawa kaum-kaum lain di Negara ini hanya berani apabila melihat anak bangsa kita sendiri seperti Anwar dan pemimpin-pemimpin munafik PAS memimpin mereka dengan tujuan menerus mencaci dan mengaibkan kita di mata kaum bukan Melayu. mereka kita bukan dayus. Buktikan bukan dengan cara keganasan tetapi dengan melaksanakan tanggungjawab kita dengan menerangkan kepada rakyat siapakah sebenarnya DAP,Anwar Ibrahim PKR dan Pemimpin-pemimpin PAS bentuk fitnah yang dijaja oleh mereka.Negara kita dah aman,damai dan makmur,penduduk tanpa kira kaum dan agama bersatu padu jangan musnahkannya dengan mengikul bisikkan syaitan dajjal pehak pembangkang.Berfikirlah untuk agama,bangsa dan negara.

Gempar..Pembohongnya bapak Nahwu HamPAS kepada rakyat sebab mereka keluar dari BN terbongkar..bah (2)


Mereka menuduh UMNO sebab segalanya namun itu hanya satu ulah untuk mengkaburi mata rakyat.Kerana didorong oleh bisikkan untuk berkuasa penuh PAS sanggup melakukan apa saja.Mereka sanggup berbohong dan menjadi munafik asalkan dapat mencuri undi rakyat secara salah.Inilah kemunafikan pemimpin2 PAS,mereka sanggup berbohong dengan mengunakan topeng agama asalkan mimpi untk berkuasa menjadi kenyataan.

Antara Punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir. Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1. Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2. Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3.Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4.Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6. Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

 7. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8.Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9.Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10.Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11.Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12.Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13.Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14.Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15.Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16.Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17.Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18.Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.



Nilaikanlah sendiri bagaimana munafiknya pemimpin2 PAS memutar belitkan fakta dengan menuduh UMNO tetapi mereka sendiri yang menjadi dalangnya.Mereka tamak dan berebut kuasa.Inilah munafiknya mereka yang kononnya memperjuangkan agama tetapi hati dan fikiran dikuasai Iblis laknatullah.Kini mereka cuba pula menghasut rakyat kononnya kerajaan tidak telus dan sebagainya propaganda mereka.Mereka sanggup mengadai maruah Islam semata untuk berkuasa.

Semoga rakyat Malaysia buka Mata dan Telinga mendengar dan melihat apa yang berlaku di sekeliling kita hari ini. Orang Melayu bercakaran dan Bangsa pendatang perolehi keuntungan. Yang bersatu adalah bangsa pendatang dan yang berpecah adalah orang Melayu sendiri.Renungkanlah..

Wednesday, June 29, 2011

Masa Ee belajar dengan ustaz2 di kampung dulu mereka berkata orang munafik bila mati nanti lidahnya akan dipotong ataupun disula dengan api Neraka..





Pada Ee parti PAS selama guna nama Parti Islam SeMalaysia ini pun, tidak nampak apa yang sangat diperjuangkan PAS, melainkan jubah menyapu lantai, janggut berserabai dan kain serban yang ntah berapa lama tak basuh.
Apatah lagi bila perjuangan Islam dah ditinggalkan ni untuk negara berkebajikan pulak.

Bukan maksud Ee nak mempersendakan sunnah tapi sekadar nak menyatakan itulah pakaian orang-orang PAS selama ‘mengaku’ memperjuangkan Islam.  Seolahnya Islam itu diukur dari pakaian semata-mata.

Itu satu hal, dan seakan ada satu kemestian, asal saja seseorang lelaki masuk PAS dan berpakaian berserban dan berkopiah, automatik dapat gelaran Ustaz, yang perempuan Ustazah.  Mat sabu yang mulut lebih macam buntut ayam itu pun digelar ustaz sehingga sekarang.Hehehe..siapa nak dapat gelaran ustaz atau ustazah tak perlu dapat belajar sampai empat sanawi cukup masuk PAS,hari daftar masuk besuk dapat gelarannya.

PAS selama hari ini menipu orang saja kerjanya, daripada nama parti itu sendiri yang menimbulkan kekeliruan, sehinggalah kepada Perjuangan Islam dan hudud macam biskut Chipsmore (kejap ada, kejap takde).
Apa yang Ee maksudkan itu negara Islamlah, itu yang penganut di dakwa sebagai Parti Islam SeMalaysia atau SeMalaya diawal penubuhannya.

Negara Islam dan perlaksanaan hudud yang jadi kiblat perjuangan PAS ni bukan perkara satu perkara kecil .  Ada isteri jadi janda dan anak menjadi yatim, (sebab yang terkorban orang lelaki semuanya). Oleh sebab besarnya perkara itu, sehari dua cakap soal ni mana cukup, perlu dipanjang-panjangkan jangan cepat lupa.Sekarang ini negara kebajikan pulak. 

Perjuangan negara kebajikan ini tak perlu pakai serban dan jubah.  Tak perlu nak selit-selit ayat al-Quran bila berceramah.  Tak perlu lulusan Al-Azhar untuk bercakap tentangnya.  Sapa pun boleh cakap nak turun harga, turun minyak dan turun apa pun.Dan kenapa PAS tidak menukar namanya selari dengan pertukaran perjuangannya pun kita tak faham.Nama parti tidak boleh lari dari matlamat perjuangan.  Kalau nama parti Keadilan, mesti perjuangan untuk keadilan walaupun perjuangan satu orang.  Kalau parti sosialis (adik komunis yang akhirnya jadi kawan Nik Aziz), mesti perjuangkan agenda sosialis, dan seterusnya.



Sebenarnya UMNO dah lama buat itu (kebajikan) tapi pemimpin dan penyokong PAS buat2 tak nampak sebab mata,telinga dan hati mereka telah buta atau telah dibutakan. Dan yang nak dibuat itu pulak meniru apa yang UMNO dan BN dah laksanakan di Malaysia ni, cuma ditambah baik mana-mana perlu saja.Dan berapa banyak parti memerintah dalam dunia yang bagi kebajikan pada rakyatnya tanpa letak perkataan kebajikan.Hari ini kita tanyalah orang-orang dinegeri yang ‘parti kebajikan’ ini perintah.  Setakat mana berkebajikannya?  Kalau tak sebab Nik Aziz nak berkuasa sehingga Izrail datang menjemput, apa yang boleh nak dibanggakan dengan Kelantan tu?..

 Ee nasihatkan cukuplah dan hentikanlah menipu orang ni.Hanya orang2 yang taksub dan boleh dikatakan bodoh2 alah je yang main angguk je menerima apa yang dikatakan pemimpin2 munafik HamPAS.Jika ada yang terpelajar pun, itu sebab dia boleh memperbodohkan yang lebih bodoh dibawah, sebab itu dia masuk PAS.  Bertanding di kalangan orang bodoh memang peluang untuk nampak lebih hebat.Kalau tak nak nampak hipokrit dan munafik, kita semua cabar PAS tukar namanya kepada PKS (Parti Kebajikan Malaysia), ada berani?  Bukan itu saja, Mursyidul Am jadi Kebajikan Am, Majlis Syura Ulama tukar jadi Majlis Syura Kebajikan dan sebagainya, baru betul-betul KEBAJIKAN.

Kadang-kala buah fikiran Mursyidul Am Pas Nik Aziz amat mengelirukan umat Islam di Malaysia.
Paling tidak, ianya mengundang persoalan samada Nik Aziz berucap bagi pihak dan agenda umat Islam di sini, ataupun berucap demi untuk kepentingan politik beliau.
Tidak lama dahulu, Lee Kuan Yew melancarkan bukunya yang bertajuk, "Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going".
Salah satu ‘hard truth’ yang dibincangkan oleh bekas Perdana Menteri Singapura (yang secara tersiratnya masih berkuasa) adalah supaya umat Islam di Singapura  "Tidak terlalu berpegang pada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara tersebut".
Ee belum berkesempatan untuk membaca buku tersebut, tidak pasti bentuk  dan ajaran Islam yang mana satu Lee Kuan Yew pertikaikan yang boleh menghalang proses integrasi dan pembangunan Singapura. 
Namun, banyak pihak yang merasakan bahawa Lee Kuan Yew telah menyelar dan menuduh agama Islam sebagai penghalang kepada keharmonian dan kemakmuran negara Singapura. Tidak ada yang lebih pedih untuk umat Islam jika agamanya dikatakan mengundang pelbagai masalah.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasarudin Hassan sendiri mengutuk keras Lee Kuan Yew dengan "Menyifatkan tuduhan Kuan Yew bahawa Islam menjadi penghalang kepada integrasi dan pembangunan di Singapura tidak ubah seperti musuh yang melihat Islam dengan api dendam serta permusuhan berpanjangan”.
Diikuti pula oleh Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (UM), Dr. Mohd. Roslan Mohd. Noor yang berkata,kenyataan tersebut memperlihatkan bekas Perdana Menteri Singapura itu mempunyai sifat Islamofobia dan cuba mengajar orang Islam tentang agama mereka".

Ini merupakan pandangan semulajadi dari pihak yang merasakan bahawa maruah Islam dan penganutnya tercabar oleh mereka yang tidak tahu menahu dengan ajaran dan cara hidup orang Islam secara amnya.
Walaubagaimanapun, Nik Aziz mengambil jalan yang berlawanan dengan pemikiran Islam kontemporari apabila beliau, tanpa provokasi oleh mana-mana pihak telah bukan sahaja  tidak mempertikaikan kenyataan Lee Kuan Yew malah telah memperlecehkan umat Islam di Malaysia dengan berkata sesetengah dari kita bangsa Melayu di sini telah menolak Islam dan mengambil perjuangan kebangsaan sebagai ganti kepada agama.
Beliau berkata : “Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Kuan Yew. Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Kuan Yew”.

Apakah hina sangat penganut dan perkembangan agama Islam di Malaysia berbanding perkembangan agama Islam di Singapura? Adakah jasa Lee Kuan Yew ke atas perkembangan syiar Islam di Singapura lebih besar dari jasa para pemimpin negara ini dari merdeka hingga sekarang?
Nik Aziz lupa adakah terdapat guru guru agama atau ustaz ustaz yang menjadi ahli politik di Singapura? Adakah seorang yang bernama Nik Aziz boleh diiktiraf menjadi menteri di Singapura?
Oleh kerana sistem sosio-politik dan Perlembagaan berteraskan dan menitik beratkan Islam lah yang membolehkan agama Islam berkembang dengan hebat di Malaysia.

Nik Aziz mungkin tidak pandai membezakan antara agama dan ideologi politik. Islam dan nasionalisme bukannya berada di dalam kelas yang sama. Umat Islam boleh berfahaman kapitalis atau feudal atau pun  sosialis jika ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebab itu ucapan beliau mengelirukan orang ramai. Sehinggakan jawaban balas beliau tidak sedikit pun menyentuh mengapa Islam di Singapura lebih baik dari Malaysia. Bahkan beliau mengutuk Umno dengan menyentuh hal hal yang tidak berkaitan langsung seperti Masjid Dhirar dan sekolah-sekolah agama di Thailand.Bagi Nik Aziz, perkara pokok yang menjadi benih serangan beliau adalah – semangat nasionalisme dan perjuangan bangsa adalah ajaran sekular. Tidak kurang dari itu.

Adakah PAS sudah sekular? Adakah Nik Aziz menjilat ludah beliau semula? Adakah Pakatan Rakyat memperjuangkan bangsa masing masing?."Namun setelah dibidas Tun Mahathir, Nik Aziz hanya berkata, beliau tidak pernah di minta untuk dilahirkan sebagai Melayu.Mengaku Melayu pun Nik Aziz malu tidak mustahil satu hari nanti Nik Aziz malu pula untuk mengaku Islam..ini semua kerana kenyanyukkannya".

Sebab itu walau pun sudah berpuluh tahun pejuang nasionalis Melayu menegaskan perjuangan mereka adalah demi bangsa dan ugama, Nik Aziz tetap tidak mahu terima. Jadi tidak ada gunanya lagi kita cuba menerangkan kepada Nik Aziz kerana beliau sememangnya tahu tapi sengaja tidak mahu iktiraf.

Masa Ee belajar dengan ustaz2 di kampung dulu mereka berkata orang munafik bila mati nanti lidahnya akan dipotong ataupun disula dengan api neraka.


Pembohongnya bapak nahwu HamPAS kepada rakyat sebab mereka keluar dari BN kini Terbongkar..bah (1)


Antara perjanjian Pas dan Umno sebelum PAS masuk BN , mereka tidak boleh kacau tempat Umno termasuk tidak boleh membuka cawangan-cawangan PAS di mana UMNO mempunyai cawangan. Begitu juga sebaliknya.
Pada masa itu menteri yang menjaga Felda adalah menteri dari PAS di bawah Kementerian Tanah dan Galian. PAS tidak patuh janji, mereka guna kuasa dan jawatan mereka untuk mengembangkan PAS di Felda termasuk membuka beberapa kawasan Felda baru. Antaranya di Kemahang Kelantan dan di Johor.

Ini berbeza dengan apa yang di diucapkan dan diputar belitkan oleh Nik Aziz dan juak-juak PAS sebelum ini, kononnya PAS dikhiyanati oleh BN dengan menendang keluar dari komponen BN pada tahun 70an dan mereka serik lagi untuk bekerjasama dengan UMNO. Cerita tersebut tidak benar sama sekali. PAS cuba mengambil kesempatan semasa dalam BN untuk menguatkan kedudukan PAS, bukannya kedudukan BN. PAS lebih penting nafsu mereka sendiri dan sanggup menikam rakan dari belakang.PAS adalah punca sebenar perpecahan umat Islam di bumi Tanah Melayu. Pemimpin-pemimpin PAS adalah ejen-ejen iblis di muka bumi ini yang ditugaskan untuk memecah belah umat Islam.

Marilah kita baca dan hayati penerangan yang dibuat oleh Allahyarham  Tun Hussin Onn pada tahun 1977 yang menerangkan sebab penyingkiran PAS dalam BN.

Ucapan penuh Tun Hussin Pada Tahun 1977

 "Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini.

Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara.

Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum. Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan. Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan.

Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur.

Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok. Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional. UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu. UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya.

Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS. Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk.

Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya. Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas.

Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen. Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri.

Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya. Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan. Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja. Lebih pendek adalah lebih baik.

Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO. Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda.

Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat. Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya.

Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik. Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri. Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu.

Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan. Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri. Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya.

Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar. Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita. Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu?

Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain? Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional.

Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini. Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini? Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional?

Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional. Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang. Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri. Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini. Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat.

Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan. Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian. Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing. Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi.

Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat. Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu.

Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS. Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi.

Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional. Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu. UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara.

Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita. Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi.

Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.InsyaAllah akan disambung kembali jika ada ruang dan masa.Berfikirlah untuk agama,bangsa dan negara.Renungkanlah..

Tuesday, June 28, 2011

Mampukah PAS menjulang Islam setelah membuang jauh segala Perjuangannya demi Mengejar bisikan Syaitan DAP..

Ulama' atau Ular dalam Semak..

Ee merasa hairan apabila Pas berterusan mendakwa UMNO tidak Islam atau kurang Islam setiap kali memperkatakan soal Islam. Padahal UMNOlah parti paling berjasa kepada perkembangan syiar Islam di negara ini. 

UMNO jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. UMNO turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans. 

Peranan aktif Malaysia dalam dunia Islam yang diperakukan oleh masyarakat antarabangsa, juga adalah atas dasar UMNO. Kesederhanaan pendekatan UMNO membolehkan ramai bukan Islam di negara ini memeluk Islam terutama ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Rekod pencapaian itu belum mampu ditandingi Pas yang lebih banyak retorik. Bahkan UMNO terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding Pas yang baru setahun jagung. 

Ramai masih ingat betapa pemimpin Pas ghairah melabel bukan Islam sebagai kafir. UMNO yang berbaik-baik dengan parti bukan Islam ditentang serta dituduh kafir. Bukan setakat itu sahaja, UMNO konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain. Dasar UMNO juga membolehkan kaum minoriti di peringkat awal kemerdekaan berkongsi kuasa. Kaum minoriti juga boleh menguasai ekonomi, adalah atas kemurahan hati kepimpinan Melayu di bawah UMNO. 

Al-Quran juga mengecam orang-orang musyrik yang berani mengharamkan dan menghalalkan tanpa izin Allah dengan kata-katanya sebagai berikut;
Katalah! Apakah kamu mengetahui apa-apa yang Allah telah turunkan untuk kamu daripada rezki, kemudian jadikan sebagian daripadanya itu, haram dan halal; Katalah apakah apakah Allah telah memberi izin kepadamu ataukah memang kamu hendak berdusta atas nama Allah? Al-Quran Surah Yunus 59.

Dan fiman Allah lagi:- Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahawa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas(nama) Allah tidak akan dapat bahagia. - Al-Quran An'am 119.

Selain itu, Malaysia dijadikan model negara Islam termasuk oleh negara rantau Arab adalah kerana pengurusan yang cemerlang. Sebab itu, Ee hairan apabila ramai pemimpin Pas menolak idea permuafakatan dengan UMNO kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat. 


Apakah Islam itu PAS atau PAS itu Islam
Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, nyata sengaja melupakan kenyataan pemimpin veteran DAP, Karpal Singh, supaya PAS “langkah mayatnya dulu sebelum menubuhkan negara Islam”.
Sebaliknya, melabel kerjasama politik antara Umno dengan MCA dan MIC sebagai menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam sejak puluhan tahun memerintah.
Ramai bangsa Melayu berasa terpukul dengan kenyataan Hadi yang sadis ini. Nyata ulama ini amat taksub dalam perjuangan politiknya untuk menumbangkan Umno, sehingga mengetepikan dan memandang buruk semua usaha untuk berbaik antara parti sesama agama dan bangsa.

Anehnya Pas tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam. Pada Ee, Pas menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam. Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam lain. Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsafan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, mana-mana golongan yang menolak dan menyulitkan usaha ke arah perpaduan, akan menerima pembalasan. Rasulullah sendiri adalah pejuang perpaduan yang tidak meletakkan syarat dan batasan dalam usaha murninya. Meskipun baginda mendokong permuafakatan dengan penganut agama lain, namun teras kepimpinan baginda adalah mendahulukan perpaduan sesama umat Islam.

Jika pada tahun 2003 dulu Hadi Awang dengan megahnya mengisytiharkan Pas tetap istiqamah untuk menegakkan Negara Islam  sehingga mengangkat perjuangan Pas itu sebagai wajib sepertimana ibadat wajib yg lain, maka kini selepas 8 tahun kenapa tiba-tiba Hadi Awang korner baring mengatakan bahawa Negara Islam itu tidak disebutpun dalam Al-Quran?.Kini demi mengangkat DAP dan PKR mereka sanggup menukar perjuangan secara tiba-tiba dengan memperjuangkan negara berkebajikan dan menepikan perjuangan hudud dan melaksanakan negara Islam.Mengapa mereka tidak konsisten dalam perjuangannya?.Mengapa PAS sanggup menjadi munafik kepada rakyat dan penyokong mereka?.

Pada pendapat Ee dan mungkin juga pendapat seluruh rakyat Malaysia perbuatan pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang yang mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera, agama Islam dan melabelkan UMNO rasis dianggap mengkhianati bangsa serta tanah air.Perbuatan itu umpama menggadai maruah diri berdasarkan kepentingan politik sempit tanpa memikirkan kepentingan Melayu Islam di negara ini.

Pada pendapat Ee tindakan Hadi menghalalkan kerjasama politik dengan DAP, malah berkata ia tidak menggadaikan prinsip Islam adalah keputusan yang amat mengaibkan pejuang Islam terutama ulama PAS yang membiarkan pemimpin mereka melakukan apa saja demi mencapai cita-cita politik.Tidak ada siapa yang boleh mendakwa Umno sebagai parti tonggak Melayu dan Islam, gagal dalam melaksanakan pentadbiran Islam kerana usaha memperkasakan Islam dilakukan setiap masa.

Ee berpendapat mereka kini sedar,sokongan rakyat semakin berkurangan apabila satu demi satu pendedahan dibuat jelas menunjukkan mereka tidak semaksum mana.Rasuah,kroni & nepostime sana sini, main bini orang sana sini ,berzina & berkhalwat sana sini,jual ayat quran sana sini,malah sanggup menjadi tunggangan DAP. PAS wajib diperangi kerana mereka ini jelas mengotori agama Islam yang suci demi kuasa politik buas mereka.

Mereka keluar dari PKR kerana bosan dengan segala pembohongan PKR..

Cuba renungkanlah hadis daripada Abu Hurairah ra. berkata:

Rasulullah saw. bersabda; "Akan
timbul di akhir zaman orang-
orang yang mencari keuntungan
dunia dengan menjual agama".
"Demi kebesaran Ku, Aku
bersumpah akan menurunkan
suatu fitnah yang akan terjadi di
kalangan mereka sendiri,
sehingga orang yang alim
( cendikiawan ) pun akan menjadi
bingung (dengan sebab fitnah
itu)".
- H.R Tarmiz.

Ee rasakan rakyat semakin jelas dan faham , golongan seperti PAS tidaklah seIslam seperti yang di pergambarkan,hanya pandai berlakun dengan jubah dan kopiah dan alim alim kucing,namun nafsu mereka seperti binatang.PAS,sedarlah,janganlah perbodohkan orang melayu dengan topeng kononnya alim dan tawadhuk,tetapi Allah Maha Berkuasa,segala kejahatan & kekotoran mereka terdedah satu demi satu.Mahukah anda menyokong parti yang bersifat jalang seperti PAS? Ee sarankan jauhi dari mereka, syaitan pun berjubah dan berkopiah jugak, pandang pandang dan fikir fikirkanlah.Ee ingin bertanya mampukah PAS menjulang Islam setelah membuang jauh segala perjuangannya demi semata mengejar bisikan syaitan DAP ?.Jangan terlalu mengikut segala bisikan syaitan dajjal yang bertopengkan agama.

PAS hanya anjing lepasan DAP untuk mengigit dan menyalak dalam hal-hal Islam demi kepentingan DAP...



Siapa sebenarnya belum bebas....PAS yang sedang kamaruk untuk berkuasa...atau rakyat yang di hidangkan Amanat Dajal ???...Apa dah jadi dengan PAS hari ini,jika PAS menarik balik kerjasama PAS dengan DAP hanya sebahagian untuk menolak kerjasama kafir harbi PAS yang membawa kepada hukumnya haram dan kafir. ..

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Namun membuang rasa sayang dan prasangka baik terhadap kafir harbi dengan alasan DAP sudah dapat menerima PAS itu jalan yang terbaik…dari terus bersyukur dan berbaik sangka dengan kafir harbi yang terang-terang menentang Islam...""Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

Seandainya dalam perlembagaan PAS tercatit dasar perjuangan PAS kearah menubuh negara Islam dan ingin menegakkan hukum..serta menentang segala kemungkaran PAS jangan bermimpi DAP akan berada dalam satu selimut bersama musuhnya sendiri...DAP tidak sebangang pemimpin PAS yang dunggu serta kemaruk kuasa.

Tetapi hari ini DAP sanggup berada dalam satu selimut berpelok dan bercium dengan PAS kerana mereka mempunyai satu agenda yang sama untuk meruntuhkan perpaduan orang melayu..tidak lebih dari agenda itu.

Manakala pemimpin PAS yang terlalu bangang dan dunggu tentang taktik kotor DAP dan keterlaluan kemaruk untuk mengejar kuasa terhadap undi kapiaq harbi..cuba memperjudikan sokongan mereka terhadap Anwar untuk meraih simpati orang melayu dan kapiaq harbi dengan cara berkerjasama dengan DAP.

Apakah PAS sekadar bertindak sebagai anjing untuk mengigit dan menyalak mewakili DAP dalam hal-hal kekejaman keatas orang islam dan atas kepentingan DAP.

Manakala DAP bertindak sebagi tuan-tuan pada Anjing-anjing melepas pemimpin-pemimpin serta penyokong PAS bagai anjing buruan mengigit dan menyalak dalam hal-hal yang mereka(DAP) tidak mampu lakukan kerana bertentangan dengan dasar perjuangan asal mereka iaitu menentang Islam…

Ee berpendapat bahawa Politik pemimpin melayu "haprak " PAS tersebut sudah benar-benar terkapit dan terdesak , dan memerlukan suara dari masyarakat cina...untuk menyokong Agenda jijik mereka...

Sudah tentulah kenyataan tersebut disambut baik oleh seluruh masyarakat cina lebih-lebih lagi setelah DAP yang dulunya menjadi musuh numbor satu PAS sudah dapat membuktikan bahawa masyarakat cina hari ini juga mampu menyokong PAS.





Inilah senjata "DAJAL" yang mampu dan sanggup diguna pakai oleh Politik Sial tersebut di saat mereka terdesak...Bukan sekadar PAS sanggup menggugurkan Negara Islam,menolak hokum Allah swt malah PAS sanggup menyepak ke lubang najis Amanat Dajjal yang sudah banyak membantu mereka.

Inilah bukti bertapa retoriknya ulama PAS menipu dan memutar belit bangsa hari ini akhirnya.... Bukti lain terhadap masyarakat cina bahawa PAS kini lebih libral bersama DAP bila Azizan Razak MB PAS Kedah yang diasak oleh orang kuat mereka terhadap kepimpinannya menolak untuk mengharam arak dan judi...

Apa bila ada pihak dari penyokong-penyokog PAS sendiri mendesak supaya diharamkamkan judi,Menteri Besar PAS Kedah Belanda memberi alasan,perlu ambil kira kaum lain...kerana "UNDI" atau "SUARA" cina/india adalah menjadi
"PENENTU" penting dalam memenangkan PAS"!!!

Disusuli dengan tindakkan yang sama oleh MB PAS Perak Ir Nizar menafikan sama sekali dasar perjuangan PAS selama ini...

"Dimanakah dalam mana-mana Transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan Negara Islam…saya minta pandangan dan minta jawapan..Dimanakah Transkrip PAS dalam memorendumkah…dalam Pelembagaan PAS sendiri ada menyatan PAS nak melaksana Negara Islam??" Ir Nizar Jamaludin.

Dan lebih meyakinkan lagi bila ular dalam semak PAS pula berfatwa ...

"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

"Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." -Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

Hari ini sejauhmana PAS telah menghayati Amanat Dajjal tersebut atau ia juga tidak lebih dari lambang dan cogan kata untuk memutar belit hukum Allah swt saja. Hari ini Amanat tersebut sudah disepak ketepi?

Sedarkah Awang Hadi pencipta Amanat Dajjal melalui slogan dan cogan katanya itulah yang membawa tercetusnya peristiwa memali ..kononnya PAS menentang keras berkongsi kuasa bersama kapiaq harbi...haram pada hokum ulama sendiri...ini juga tidak lebih dari cogan kata dan Amanat Dajjal pula dijadikan lambang retorik perjuangan mereka ."

Lupakah seluruh pemimpin PAS termasuk Awang Hadi pencipta Amanat Dajjal pertualang pada hukum ulama sendiri..kata-kata Allahyarham Ust Ibrahim sebelum ini...

"Hari ini masih ada golongan yang masih kemaruk untuk berdamai dengan musuh-musuh Allah (DAP).Adakah orang-orang yang sedemikian rupa boleh berperang pada jalan Allah? Atau boleh mencapai “mati Syahid"?

Hari ini seluruh pemimpin PAS termasuk pencipta amanat Dajjal serta ular semak seolah-olah..

"Mereka tidak memahami apa itu perjuangan PAS yang sebenanya.Mereka mahu satu bentuk pemerintahan. Mereka mahu menang dalam pilihan raya untuk memerintah negeri"- Allahyarhan Ust Ibrahim Mahmood. 

"Mengikut kajian sunah Islam maka didalam Negara mana pun orang seperti mereka tidak layak memerintah"..Asy-Syahid Ust Ibrahim Mahmood. 





Bukankah selama ini perjuangan PAS lebih awal beretorik dengan penggunaan cogan kata Amanat Dajjal dan lambang hukum untuk kemegahan perjuangan Parti?Tetapi Allah maha kaya...Pemimpin PAS mampu merancang dan bermuka-muka..Disaat pemimpin PAS karam dan tenggelam dalam arus "KEBANGANGAN"mereka ,mabuk dengan kegairahan memiliki kuasa tanpa disedari pemimpin PAS mengadai segala prinsip perjuangan Islam mereka selama ini...semurah harga babi,arak dan judi..untuk mengemis undi!!!

Sudah puluhan tahun kononnya PAS berjuang dalam Islam…hari ini PAS hanya mampu menghasilkan seorang kapiaq harbi yang ditabal sebagai khalifah Islam ciptaan dan rekaan oleh ulama mereka dijadikan Idola untuk penyokong sendiri…. hinggakan tengelam dan karam keagungan ulama slipar berbandig Guan Eng ,Gobala dan Nga Ko Meng..yang hanya mampu berhujah dengan satu dua patah ayat suci yang diajar oleh ulama mereka untuk dijadikan modal menipu bangsa Melayu...dan Melayu haprak PAS pun bertepuk dan bertakbir bila mereka ustaz kapiaq menghina bangsa mereka sendiri..Kononnya segala kapiaq harbi sudah berubah menyokong perjuangan PAS hari ini..

Pas rela dipijak kepala"! PAS sanggup! Demi menjaga setiakawan "politik" Pakatan Rakyat, PAS rela berkorban prinsip dan pegangan agama Islamnya. Begitulah "keteguhan" ikatan "Perosak Rakyat" dipersada politik negara. Salahuddin dengan "bangga"nya menjawab kepada para wartawan tentang persoalan "apakah PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat". Walaupun sejak terciptanya ikatan "Pakatan Rakyat" (yang tidak didaftarkan sebagaimana BN) PAS telah berkali "dipijak kepala" oleh PKR dan DAP, PAS tetap "tegar".

Dahsyat sungguh "pegangan" PAS kepada politik! Pengakuan Salahuddin menunjukkan PAS meletakkan kedudukan "politik" melebihi kedudukan agama Islam dan agenda nasionalismanya. Bukankah sepatutnya kedudukan Islam itu diletakkan pada kedudukan yang paling atas sekali dalam prinsip pegangan politik? Berlainan pula prinsip PAS kali ini. 

PAS nampaknya meletakkan "kuasa politik" melebihi "kepentingan Islam". Inikah prinsip sebuah parti yang mendakwa dirinya memperjuangkan Islam sebagai dasarnya? Pemimpin DAP, Loke Siew Fook hina Islam pun tak mengapa, PAS tak kisah. Asalkan PAS bersama di dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR bebas mengutuk dan mencaci Islam. Apa lagi DAP dan PKR, kutuklah Islam sepuas-puasnya. PAS sudah memberi "green light"!

PAS rela "bisu" untuk menjaga hati "sahabat-sahabat kafir"nya. Apa tidaknya? Sahabat-sahabat politiknya lebih penting dari Islam. Agama PAS membenarkan agama Islam dihina dan diperkotak-katikkan, asalkan yang menghina itu adalah DAP dan PKR. PAS rela membiarkan arak dan "pub" berleluasa di kawasan-kawasan Melayu Islam. PBT Shah Alam rampas arak. Ronnie Liu marah & suruh pulangkan. PAS marah Ronnie sekejap untuk "berlakon" depan rakyat kononnya PAS memang tak suka arak. Bila Ronnie sergah sikit, terus PAS jadi "bisu". "Jinak" terus! Macam "Rottweiller" yang disergah "tuan"nya, PAS merelakan "kepalanya dipijak". "Arak pun araklahhhh", mungkin itu dalam fikiran PAS.

Jauh dalam sudut hati Ee yang sedih dan kecewa dengan pendirian PAS. PAS yang "dulu" kelihatan amat berbeza dari PAS zaman millenium. PAS yang sebelum ini dihormati kawan dan lawannya berdasarkan prinsip agama yang kuat, amat jarang sekali membuat "u-turn" mengenai hal ehwal agama Islam. PAS rela bergabung sesama parti politik lain termasuk UMNO demi kedaulatan agama Islam di Malaysia. Namun kini? PAS sudah "terbalik kuang". Apakah ini salah Hadi? Atau apakah ini berpunca dari Nik Aziz? Amat membimbangkan situasi dan suasana nasionalisme di Malaysia sekarang. Hatta DYMM Sultan Azlan pun bimbang dengan keadaan ini. Namun, PAS nampaknya "relax" sahaja sambil membiarkan "kepala"nya terus dipijak oleh pengkhaianat bangsa dan DAP! 

Hakikatnya, Melayu masih "lena". Melayu yang lena ini masih nyenyak dibuai mimpi indah DAP dan Anwar. Selain dari yang "nyenyak", ada juga yang "nyanyuk". Yang "nyanyuk" ini pula menggunakan pegangan politik sebagai "agama"nya. Apa saja yang dilakukan oleh partinya dan parti sahabat-sahabatnya, semuanya baik dan menurut Islam katanya. Tapi apa saja yang dilakukan oleh UMNO walaupun benar-benar mengikut Islam, tetap si "nyanyuk" ini katakan "haram" dan "salah". "Walhalallaku, walharammuu". Itulah konsep "nyanyuk". Ee tidak mahu merayu atau mencadangkan untuk pihak yang "nyanyuk" itu keluar dari "Perosak Rakyat", cuma Ee minta agar Allah berikan sedikit hidayah petunjuk yang akan menyedarkan mereka dari "nyenyak" dan "nyanyuk". Mintalah agar mereka "sedar", demi Islam, Melayu dan Tanahair kita.





Selain kemunculan ulama mee rebus,mee goreng,mee segera dan ulama laksa cina serta ustaz-ustaz yang ditabal oleh penyokong mereka serta lebai-lebai yang menyangkut kopiah putih dikepala sewaktu menghadizi ceramah pemimpin mereka...lepas itu kembali seperti sedia kala tidak lagi dapat mengenali...Islam lagi kah mereka..kerana masing-masing kembali pada habitat asal mereka..berasuah..berjudi,bermaksiat seperti yahudi semula?. Cuma Ee minta agar Allah berikan sedikit hidayah petunjuk yang akan menyedarkan mereka dari "nyenyak" dan "nyanyuk". Mintalah agar mereka "sedar", demi agama, bangsa dan Tanahair kita.