Saturday, June 11, 2011

PAS semakin Sesat Penuh Pembohongan ,Merepek dan Perjuangan Islamnya semakin kabur..


PAS memukul gendang perangnya menentang UMNO dengan senjata ‘orang UMNO kafir’ setelah pendekatan sederhana untuk membela bangsa Melayu diperingkat awal penubuhannya tidak berhasil .Presiden pertamanya Tuan Haji Ahmad Fuad telah kembali semula ke pangkuan UMNO, setelah menyedari bahawa ada orang tertentu di kalangan mereka yang berusaha menubuhkan parti itu dipengaruhi penjajah British yang mahu menghalang UMNO dari menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Penjajah British yang memerintah Tanah Melayu pada waktu itu, mahu pentadbiran di London menolak cadangan Tunku Abdul Rahman yang mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)  yang disokong oleh wakil kaum China (MCA) dan India (MIC) atas nama PERIKATAN sedang berusaha mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu, dengan alasan kononnya UMNO tidak mewakili seluruh penduduk  asal Tanah Melayu/ peribumi dengan mengemukakan bukti bahawa PAS juga mendapat sokongan orang  Melayu dan tidak mahu menuntut kemerdekaan !

Dan janganlah kamu iri hati,dalam Allah melebihi kurniaNya kepada sebahagian kamu dari yang lainnya,Untuk pria ada bahagian (pahala) dari hasil kerjanya dan untuk wanita juga ada bahagan (pahala) dari hasil kerjanya.Mintalah kepada Allah kurniaNya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.(An Nisaa' ayat 32).

Dalam soal pemberian kurnia ini kita sebagai manusia tidak boleh iri dengan kurnia yang Allah beri kepada sesiapa yang dikehendaki.Dan ingatlah bahawa Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dalam mengatur segala yang dilangit mahupun di bumi .Mungkin kita merasa bahawa apa yang dikurniakan oleh Allah itu kepada seseorang yang dikurniakan itu berlebihan namun Allah Maha Mengetahui apa yang harus dilakukanNya.Kita sebagai manusia buatlah kerja kita sebagai manusia dan janganlah kita mencampuri urusan Allah yang mentadbir semesta alam.Fahamilah hakikat kita sebagai manusia tidak ada sebesar kuku pun keupayaan kita dengan sifat Allah Yang Maha Esa.

Surga dan Neraka itu milik Allah. Dialah yang berhak menentukan sesiapa saja sebagai penghuniNya.Kita sebagai manusia hanya mampu beribadat dan berdoa agar di kurniakan Surga dan di jauhi dari neraka.Jauh sekali kita sebagai manusia untuk menentukan surga atau neraka kepada sesiapa saja.Apa yang perlu kita lakukan hanya beribadat dan menjauhi segala laranganNya agar kita memperolehi rahmatnya.Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dalam mengatur dan menentukan hak hamba-hambaNya.



Dendam kesumat parti PAs terhadap UMNO sebenarnya berpuca sebelum merdeka lagi.Dendam kesumat yang telah berakar umbi dan menjadi saka turun menurun ahli-ahli PAs berpunca daripada kekalahan dalam pilihanraya pertama pada tahun 1956.Parti perikatan (UMNO,MCA dan MIC) dibawah Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj pada masa itu telah memenangi pilihanraya dan mendapat 51 kerusi dari kursi yang dipertandingkan sebanyak 52 kursi,PAs hanya mendapat 1 kursi sahaja. Haji Ahmad Fuad bin Hassan pada masa itu sebagai Prisedannya 1951 dan 1953 apabila sedar bahawa PAs dianggotai oleh bekas2 pemimpin puak radikal telah keluar dan kembali pada UMNO kemudian 1953-1956 Dr Haji Abbas bin Haji Ilias (Pemangku).

Semasa penubuhan PAs kebanyakkan pemimpin mereka berasal dari bekas2 pemimpin redikal dan berselindung disebalik Parti PAs yang kononnya memperjuangkan Islam.Puak-puak radikal ini membuat hubungan dengan British dan cuba mengagalkan tuntutan kemerdekaan oleh penduduk yang diketuai oleh Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj.Puak PAs telah menjalankan pelbagai propaganda memburukan Tengku (Perikatan) bahawa orang-orang UMNO kafir kerana bergabung dengan bukan Islam.Mereka menghasut penduduk dengan pelbagai propaganda dengan harapan mereka menolak Tengku dari menuntut kemerdekaan dari British.

Semasa gerakan menuntut kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu,Tengku yang ditugaskan ke London kekurangan Dana  dan pemergian kesana terpaksa ditunda.Setelah diadakan perbincangan satu jawatankuasa dibentuk untuk meminta derma dari penduduk agar dapat menambah dana bagi tujuan Tengku ke London.Kesempatan ini digunakan oleh pemimpin2 PAS untuk menghalang dengan menghasut penduduk agar membenci Tengku.Propaganda mengatakan orang2 UMNO kafir kerana bergabung dengan bukan Islam dilancarkan bagi menghalang pemergian Tengku.Di sebabkan semangat yang tinggi untuk mendapatkan kemerdekaan Tengku dengan bantuan penduduk-penduduk berjaya mengutip dana untuk meneruskan hasrat Tengku ke London dan seterusnya menuntut kemerdekaan.

Apabila Tengku berjaya dalam tuntutannya maka Tanah Melayu dapat dimerdekakan pada tanggal 31hb Ogos 1957 tepat pukul 12 malam.Selepas merdeka satu pilihanraya bagi menentukan siapa yang sepatutnya memerintah telah diadakan pada tahun 1959.Parti mana yang menang maka parti itulah yang berhak menerajui negara.Pada pilihanraya 1959 ini Perikatan telah mendapat majoriti sementara PAS hanya dapat menguasai Kelantan setelah penduduknya termakan hasutan pemimpin2 PAs yang mengunakan pendekatan bahawa orang-orang UMNO kafir.UMNO hanya menang 2 kursi di Kelantan tetapi mendapat majoriti daripada penduduk Tanah Melayu.Maka sekali lagi PAs terpukul dengan kekalahan tersebut dan diikuti oleh kekalahan demi kekalah dalam PRU seterusnya mendendami UMNO sehingga kesaat ini.Untuk menebus kekalahan demi kekalahan dan demi kuasa maka PAs kini rela bergabung dengan musuh tradisinya DAP untuk menghancurkan Kerajaan Barisan Nasional.Mereka PAs sanggup menjilat kembali segala ludahnya terhadap orang-orang UMNO demi mendapatkan kuasa dan mengadai apa yang kononnya diperjuangkan..

Pilihanraya pertama diputuskan untuk diadakan pada tahun 1959, di mana parti  yang menguasai majoriti rakyat negara ini akan membentuk kerajaan. Orang Melayu terutama di Kelantan begitu mudah terpengaruh dengan pendekatan ekstrim PAS yang menentang UMNO yang mengetuai Perikatan.Pendekatan ekstrim PAS bahawa UMNO harus ditolak kerana bergabung dengan parti orang-orang kafir iaitu MCA dan MIC sedangkan Tanah Melayu adalah milik Orang Melayu…Tunku Abdul Rahman menjadi sasaran utama PAS dalam kempen-kempen politik mereka menjelang pilihanraya.
Para pemimpin dan penceramah PAS semasa menjelang pilihanraya 1959 dengan lantang berkata, Tunku harus dihukum oleh Bangsa Melayu kerana mengkhianati bangsanya dengan memberikan hak kepada kaum pendatang dan berkongsi memerintah negara ini .

Kemerdekaan negara juga kata mereka adalah tidak sah kerana PAS tidak menyokong Perikatan semasa menuntut kemerdekaan itu.Isu UMNO berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC dalam Perikatan ini, menjadi bahan kempen utama PAS, dan begitu mudah menawan hati rakyat Kelantan dalam pilihanraya pertama negara ini pada tahun 1959 itu. PAS telah mendapat sokongan majoiriti Orang Melayu di Kelantan dan membentuk Kerajaan Negeri selepas pilihanraya . Manakala di lain-lain negeri Parti Perikatan telah berjaya sapu bersih dan terbentuklah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi, yang juga disebut Kerajaan Perikatan.




Pengisian pembangunan negara terutamanya di luar bandar mula dilakukan terutamanya infrastruktur bagi kemudahan rakyat negara ini untuk membina penghidupan yang lebih selesa sebagai hasil kemerdekaan negara, yang diperintah sendiri oleh rakyat negara ini. Rata-rata rakyatn negara ini begitu bersyukur atas usaha Kerajaan Perikatan ini.
Keselesaan dan kegembiraan rakyat mula terasa terutamanya bila jalan-jalan raya dan pengangkutan awam dibina menghubungi seluruh negeri, perparitan dan taliair serta kemudahan awam mula ditumpukan .

Perkembangan dari satu sudut lagi, iaitu para pemimpin PAS mula merasakan sesuatu yang tak kena sedang berlaku. Mereka mula gusar dan curiga dengan perkembangan baru ini…Mereka mula merasa terancam...mereka mula berfikir,  jika hal ini dibiarkan begitu sahaja , akan tiba masanya pengaruh mereka akan hilang dibawa lari dan hanyut oleh perubahan yang sedang dan akan berlaku seterusnya di negara ini.

Mereka mula mencari helah dan alasan bagi menyekat rakyat dari terus merasa selesa dengan pembangunan negara yang sedang berlaku in...mereka mencari modal-modal yang boleh melenyapkan pengaruh Kerajaan Perikatan ini, mereka mesti hapuskan pengaruh UMNO yang menjadi anutan di kampong-kampung yang dipimpin oleh kaum cerdik pandai  seperti guru sekolah dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Para penceramah PAS mula memburukkan usaha pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Perikatan ini. Mereka mempersendakan projek-projek infrastruktur untuk rakyat. Dalam satu ceramah umum, waktu itu saya masih kecil, tetapi dapat mengingatinya,  seorang pemimpin PAS Ustaz Abu Bakar Hamzah berkata :
“Adakah tuan-tuan fikir pemimpin Pas negeri ini beruk-beruk yang kalau hendak kemana-mana hanya dengan cara melompat  melalui dahan ke dahan pokok-pokok di hutan itu?...nah kalau mereka bukan beruk tentulah mereka akan membina jalanraya, tak payah Kerajaan Perikatan buat…kami pun boleh buat !...”

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-

Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.

Dalam soal dosa mahupun pahala itu semua adalah kerja Allah.Kita sebagai manusia tidak berhak menentukan dosa atau pahala seseorang.Apa yang perlu kita hanya berdakwah dan memperbetulkan jika ada berlaku perkara-perkara yang mungkar.Begitu juga kita tidak boleh menghukum seseorang itu kafir atau sebagaimana pun sedangkan orang itu masih lagi taat pada Allah dan menjalankan perintahNya.Ingatlah kita ini hanya manusia yang tidak ada sedikit pun hak untuk menentukan pahala,dosa,surga dan neraka kepada sesiapa saja.Itu semuanya kerja Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

 Dalam soal menjatuhkan hukum bahawa seseorang itu layak atau tidaknya mendapat surga mahu pun neraka junjungan kita Nabi Muhammad saw pun tidak pernah menghukum seseorang itu,apa lagi kita hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari segala kesilapan.Begitu juga Rasulullah saw melarang kita semua dari mengatakan seseorang itu kafir pada hal mereka itu masih beriman kepada Allah.Ingatlah kita ini hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari bisikan syaitan iblis yang sentiasa ingin menyesatkan manusia dari zaman Nabi Adam kerana itu adalah sumpahnya untuk menyesatkan anak cucu cicit Adam.Ingatlah dekatilah Allah dengan penuh keimanan bukannya dengan nafsu  bisikan syaitan yang menyesatkan melalui mereka yang telah disesatkannya.

Ada pula pemimpin mereka memberikan gamabaran bahawa rakyat yang mahukan pembangunan adalah merupakan orang-orang yang cintakan dunia bukan cintakan akhirat…kerana tempat yang dituju bersama adalah akhirat, bukannya pembangunan...!   
Yang menjadikan PAS begitu beruntung ialah kerana parti politik yang didaftarkan mereka itu diberikan nama Islam, iaitu Persatuan Islam Se Tanah Melayu yang kemudiannya diubah kepada Persatuan Islam Se Malaysia ( ringkasnya fa alif sin atau PAS) . Nama parti begini tidak harus dibenarkan didaftarkan atas nama parti politik, sedangkan semua orang Melayu beragama Islam !

Tentunya pendaftar pertubuhan parti-parti politik pada masa itu begitu lalai dengan nama itu…padahal ia tidak harus dibenarkan didaftarkan atas nama agama,  kerana orang parti lain pun penganut agama yang sama…jadi tidak adillah agama itu dimiliki oleh sebuah parti politik.

Kerana kelebihan yang ada pada PAS itu, mereka kini begitu rakus menggunakan nama Islam itu...mereka mula membuat fatwa dan sebarkan kepada rakyat bahawa ‘barang siapa menyokong UMNO atau Perikatan menjadi kafir’ mereka menyandarkan fatwa mereka ini dengan  potongan- potongan  Ayat Suci Al Quran , antaranya surat Aali- Imran ayat 28 yang membawa maksud menegah orang-orang yang beriman mengangkat orang-orang bukan Mukmin menjadi pemimpin.
Ayat yang lain yang dijadikan sandaran orang-orang PAS mengkafirkan orang-orang UMNO ialah surah Al Maidah ayat 44,45 dan 47 yang melarang orang –orang Islam membuat keputusan atau penghakiman berdasarkan  pegangan  agama lain, dan mereka yang  berbuat demikian adalah orang-orang kafir, pasik dan zalim.

Pilihanraya Umum tahun 1969 semasa itu PAS dibawah Dato Mohd Asri telah berpakat dengan DAP,Parti Progresif Rakyat untuk menentang perikatan(UMNO,MCA dan MIC) secara satu lawan satu.Perancangan mereka meletakan Parti PAS sebagai parti pemecah undi di kawasan majoriti kaum Melayu dimana DAP dan Gerakan bertanding telah mendatangkan hasil.Dimana pehak PAS bertindak  menghasut rakyat membenci parti perikatan sementara kelantangan Lim Kit Siang dan orang DAP menaikan sentimen perkauman menjadikan undi kaum Cina memehak kepada mereka.Akibat perpecah kaum Melayu ,DAP telah memenangi banyak kerusi 23 kerusi Parlimen dan 48 DUN,PAS 12 kerusi Parlimen,Gerakan 8 kerusi Parlimen dan PPP 4 kerusi Parlimen Perikatan 66 kerusi Parlimen.Perikatan telah gagal di Pulau Pinang dan membentuk kerajaan mutlak di Perak dan Selangor.

DAP yang mendapat banyak kerusi hasil bantuan PAS merasa mereka hebat dan berkuasa orang Melayu diperlekehkan,orang melayu diejek,dikeji dan sebagainya.Sementara pula orang-orang Cina masih berdendam dengan orang Melayu sejak dari penjajahan Jepun.Maka dendam ini digunakan oleh mereka sebaik DAP mendapat banyak kerusi dan merasa berkuasa untuk membalas dendam dengan memperkecil orang-orang Melayu.Akibat tidak tahan dengan segala apa yang berlaku menjadikan orang Melayu pada masa itu bangkit.Akibat dari rentesan itulah maka berlakulah perkara yang tidak diingini peristiwa 13 Mei..Inilah akibatnya bila tidak bersatu dan kaum-kaum bermusuhan antara satu sama lain.Inilah juga akibatnya bila berpolitik menghasut kaum agar bermusuhan antara satu sama lain.

Tindakan mengkafirkan orang-orang UMNO ini membuahkan hasil kepada PAS di mana pilihanraya berikutnya iaitu pada tahun 1964 PAS mengekalkan kuasanya di Kelantan . Anihnya, mengikut seorang pemimpin PAS yang rapat dengan saya dan menjadi orang kanan MB itu,  Dato’ Nik Abdul Aziz sendiri pernah berkata kepada seorang ahlinya, dengan kata-kata “Siapa kata orang UMNO kafir?” sambil menambah “jangan kata orang UMNO kafir nanti kita sendiri yang terbalik menjadi kafir”

Tetapi sayang seribu kali sayang, kenyataannya itu tidak disebarkan kepada rakyat melalui siaran khas atau arahan rasmi kepada para pengikutnya…! MB itu berkata demikian dalam keadaan biasa dan tenang . Bagaimanapun bila PAS telah mula rasa tergugat dengan sokongan  kepada UMNO /Perikatan (yang kemudian nya ditukar nama kepada Barisan nasuonal/BN) maka PAS di Kelantan mula menggunakan senjata lamanya  iaitu mengkafirkan orang-orang UMNO.

Walaupun para ulama PAS faham benar tindakan mengkafirkan orang UMNO di Kelantan itu berunsur khurafat, namun demi untuk memenangi pilihanraya, PAS melakukannya dengan cara ‘pejam mata’ membelakangkan ajaran Islam sendiri. Saya bertanya seorang pemimpin PAS dan memintanya menjawab secara ikhlas mengapakah taktik ‘mengkafirkan ‘ orang UMNO ini diteruskan semula, katanya:

 “Demi untuk memenangi pilihanraya dan mengekalkan kuasa memerintah negeri PAS terpaksa buat begitu,..kalau tidak PAS akan kalah dalam pilihanraya” .Yang hairan bin ajaibnya, dulu Pas mendakwa UMNO dan Perikatan kafir, kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC...tetapi kini PAS bersekongkol dengan DAP yang begitu kuat menentang Islam, mereka sedarkah bahawa formula yang digunapakai itu menunjukkan mereka lebih kafir lagi daripada UMNO dan Perikatan (BN)…!

Mereka tak peduli, mereka tetap mengeluarkan fatwa bahawa UMNO dan BN kafir inilah yang berlaku di mana-mana di Kelantan..! Soal mereka bersekongkol dengan DAP itu didiamkan saja…mereka tidak kafir, yang kafir tetaplah orang UMNO ! Inilah sebenar-benar helah licik PAS.

Akibat dari kempen mengkafirkan UMNO ini banyak sekali memesongkan akidah rakyat di kampong-kampung. ..mereka berpegang dengannya...mereka telah menelan fatwa yang menyeleweng ini sampai ke tulang sumsum. Mereka tidak tahu bahawa parti PAS ini hanyalah sebuah parti politik yang didaftarkan untuk   menyertai pilihanraya, dengan memanggil sesiapa saja menyertainya tanpa tapisan, samada seseorang  itu beriman atau tidak, yang pernah melakukan dosa besar atau tidak; kerana mereka kelak akan mengisytiharkan   orang-orang  yang menyertainya adalah merupakan ahli-ahli syurga ..!

FirmanNya dalam Al Araaf ayat 16-17 yang bererti :--

Iblis menjawab,"kerana Engkau telah menghukum aku tersesat,maka aku (akan berusaha sekuat tenaga) menghasut mereka dari jalan Engkau yang lurus.Kemudian aku akan datang (memperdayakan) mereka dari muka,dari belakang,dari kanan dan kiri mereka.Dan Engkau tidak akan menemui kebanyakan mereka yang bersyukur."

Mengapa kita sebagai hamba Allah harus mengikuti segala bisikan Iblis yang cuba menyesatkan kita ?. Kita sendiri lupa bersyukur di atas nikmat Allah, atas kurniaNya menjadikan negara kita ini aman dan makmur.Lupakah kita bahawa apa yang kita rasai hari ini adalah atas kurniaNya ?.Lupakah kita bahawa segala yang kita miliki ini hanya sementara ?.Mengapa pula kita setelah diberi nikmat mempunyai negara yang begitu aman damai dan rakyatnya yang bersatu harus bersengketa dan cuba pula menghancurkan segala kurniaNya tanpa kita sedari ?.Mengapakah kita harus Ingkar dan tidak mengikuti petunjuk kalamNya dengan dengki atas kurniaNya ?.

Ekoran dari itu kita mendapat maklumat di sana sini di Kelantan, bahawa para pengikut taksubnya mengkafankan ahli keluarga mereka dengan kain bendera Pas…dan batu nisan dan belindan kubur dicat dengan cat warna hijau iaitu warna pada lambing PAS.Sebagai contoh di Tanah Pekuburan Orang Islam Bukit Jawa Pasir Puteh terdapat lebih dari lima kubur yang batu nisannya dicat dengan warna hijau.Saya yakin ia terdapat di kubur-kubur lain di seluruh Kelantan. 
Saya yakin dan percaya PAS tidak sanggup melarang para pengikut taksubnya berbuat demikian , kerana apabila melarang mereka dari berbuat demikian ditakuti  mereka mungkin akan berubah sokongan kepada parti lawan pula.

Bila perkara ini tidak diperbetulkan oleh Pas, ia terus berkembang  menjadi kepercayaan dan pegangan akidah yang mempercayai bahawa sesiapa saja yang memimpin PAS, maka mereka adalah ‘maksum’ dan tidak bersalah di sisi Allah dan Syariat Islam…para pemimpin PAS tempatan dipuja dan dan sanjung oleh para penyokong taksub ini.

Selain daripa rakyat umum di Kelantan, terdapat beberapa orang di peringkat pimpinan PAS yang menggeleng kepala dengan fatwa MB mereka tidak boleh membuat sambutan pada hari Maulidul Rasul atau Harijadi Rasulullah SAW kerana katanya bukan dari amalan Rasulullah.

Memanglah sambutan Maulidulrasul dibuat hanya untuk mengenangkan Harijadi Baginda Rasulullah SAW , dimana kelahiran baginda itu sebagaimana Sabda Rasulullah SAW sendiri “Innama bu’ithtu li utammima maka-rimal akhlak”-Sadaqa Rasulullah, yang bererti “Aku dilahirkan/dibangkitkan, adalah bagi menyempurnakan kemuliaan akhlak”.
Dalam Surah Al Anbia ayat 107 Allah SWA Berfirman: “Wama arsalna-ka illa rahmatanlil a-lamin” yang bermaksud “Tidak aku utuskan kau (Muhammad) melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam” Sadaqalla-hul Azim.

Jadi salahkah meraikan hari kelahiran Insan pilihan Allah yang kelahirannya menjadikan ala mini mendapat rahmat ? . Berkumpul sambil berselawat keatas Nabi dengan berkata “Ttola-al badrun alaina…” (ila akhir..) telah dilakukan oleh penduduk Madinah semasa ketibaan baginda Rasulullah SAW ke tanah bertuah itu semasa berlaku peristiwa hijrah dari Mekah yang bersejarah itu.Yang peliknya sambutan rakyat Kelantan terhadap kehadiran pemimpin mereka secara besar-besaran ke kampong-kampung mereka tidak dilarang pula…!

Oleh itu kita dapati walaupun seseorang wakil rakyat PAS itu melakukan apa saja perkara yang diluat batasan syariat Islam, samada melakukan dosa besar, menyekutukan sifat Allah Yang Maha Suci dengan sifat-sifat buruk dan keji seperti mencarut dan samseng ,melakukan rasuah dan sebagainya, ia tidak diambil tindakan oleh pucuk pemimpin parti mereka ..

Hal ini tidak lain, ialah kerana para penyokong mereka akan berarak dan memberontak dengan ekstrim sekali bagi mempertahankan pemimpin tempatan kesayangan mereka…di mana pemimpin tertinggi PAS tidak sanggup berdepan dengan kemarahan mereka ini.

Para pengikut PAS tidak ada masaalah atau marah dengan bantuan Kerajaan Negeri terhadap pembinaan berhala di kampong-kampong penganut Budha di Kelantan. Malah pemimpin mereka MB Kelantan menerima jemputan untuk merasmikan Tok Kong/Berhala yang tinggi beratus kaki dan terbesar di Benua Asia, yang mengalahkan ketinggian menara masjid di sekeliling perkampungan berhala itu.

Bagi sesiapa yang datang ke Kelantan dengan kapal terbang, akan terlihat dengan jelas Berhala berdiri, duduk dan berbaring yang besar-besar itu, ketika kapal terbang berpusing untuk mendarat di Pengkalan Chepa…inilah kononnya mercu tanda negeri Kelantan Serambi Mekah itu.

Bila ditanya kepada penyokong PAS tidakkah menjadi amalan khurafat seorang pemimpin Islam mereka melakukan upacara memotong tali kain berwarna warni merasmi berhala besar itu? Jawabnya tidak “asalkan Tok guru buat, tak apa, kerana dia tahu apa yang dia buat…dia dapat petunjuk Tuhan…”

Secara kebetulan pula, di Batu Caves, Selangor pun kini ada berhala besar, tetapi tak sebesar di Kelantan, yang secara kebetulan pula PAS, DAP dan PKR yang memerintah Selangor.

Dan di Selangor juga berlaku perkara anih, apabila kerajaan Pakatan Pembangkang pimpinan parti DAP mula memerintah, projek pertama dibentangkan dalam mesyuarat di Dewan Undangan Negeri Selangor ialah menubuhkan Ladang Ternakan Babi terbesar di dunia di Sepang, berhampiran perkampungan orang-orang Melayu di Banting dan Kuala Langat.

Yang saya katakana anihnya ialah seorang wanita yang bersopan santun, yang menjadi Wakil Rakyat Wanita tunggal PAS dalam dewan itu telah bangun dan dengan lantangnya menyokong projek mega Ladang Babi yang berharga 100 juta Ringgit Malaysia itu, pada hal tidak adap un projek mega Ladang Lembu atau Ladang Kambing atau Ladang Kerbau atau Ladang Rusa atau Ladang Arnab atau Ladang Itik atau Ladang Ayam yang diluluskan untuk masyarakat Melayu di Selangor itu.

Bagaimanapun tidak jelas perbuatan Pas memperjuangkan Ladang Ternakan Babi berharga 100 juta ringgit itu satu perbuatan khurafat atau tidak, kerana belum ada ulasan ulama dalam perkara itu …bagaiamana pun Pemimpin Pas Kelantan telah mengeluarkan fatwa bahawa Wakil Rakyat Wanita DAP yang berbogel sambil baring dan aksi bogelnya itu dirakam oleh teman lelakinya berbangsa  Melayu tanpa nikah itu sebagai “tidak salah” . Menurut MB Kelantan, perbuatan itu tidak salah, yang salah adalah orang yang menyebarkan gambar-gambar bogel tersebut.

Pemimpin agama dalam PAS rata-rata meminta pembaca khutbah dan para penceramah  supaya mendoakan kehancuran kepada orang-orang UMNO dan Kerajaan BN yang mereka anggap mereka itu kafir dan musuh mereka.
Oleh yang demikian saya mencadangkan Majlis Fatwa dan Majlis Raja-Raja Melayu memberi perhatian serius terhadap gejala khurafat yang disebarkan oleh PAS ini …semoga masyarakat kita tidak dipecahbelahkan oleh ketamakan kuasa pihak berkenaan...janganlah kepentingan parti politik menyebabkan akidah rakyat terpesong..! 

Untuk mengelak kejadian ekstrim yang melampaui batas ini, pihak pemerintah hendaklah menimbang dengan   sewajarnya agar perkataan ‘Islam’ pada parti-parti politik di negara ini digantikan dengan perkataan lain...demi mengelak dari tersebar terus khurafat dan kemungkaran politik yang dibawa mereka atas nama Islam.

Berdakwah cara Ekstrem bukan cara Islam..Islam menolak keganasan dan ekstremis kerana cara ini akan menjauhkan masyarakat dengan agama suci umat Islam.Islam cara PAS sebenarnya menjadikan masyarakat memandang serong akan kebaikan amalan dalam Islam.Oleh itu PAS harus berubah dan membuat satu perubahan agar dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Pada bulan Ogos 1963 satu persidangan telah diadakan oleh Dewan Ulama PAS bertempat di rumah kediaman Menteri Besar Kelantan.Dewan Ulama PAS sebulat suara mengatakan bahawa orang-orang Islam berkongsi dengan orang bukan islam memerintah negara adalah kafir atau haram.Dengan terkeluarnya fatwa ini maka pemimpin-pemimpin PAS telah berceramah keseluruh pelusuk negara dan menghasut rakyat Isam dengan fatwa tersebut.

Akibat dari tindakan tersebut rakyat Islam negara telah berpecah belah dan saling bermusuhan antara satu sama lainnya.Ada suami Isteri yang bercerai kerana berlainan fahaman politik,adik beradik tidak bertegur sapa,ibu bapa,jiran tetangga,masyarakat sekampung bermasam muka.Dan yang lebih meyedihkan lagi umat Islam apabila berlakunya solat dengan dua imam.Begitu juga daging sembilihan orang UMNO haram bagi orang-orang PAS,juga berlaku pulau memulau dalam majlis perkhawinan dan sebagainya.Semuanya ini adalah akibat keluarnya fatwa yang mengatakan orang-orang Islam berkongsi memerintah negara dengan orang-orang bukan Islam adalah kafir atau haram oleh Dewan Ulama PAS.



Perkara fatwa ini tidak habis begitu saja..Pada tahun 1981 Hadi awang pula telah mengeluarkan satu fatwa bahawa "Mati Syahid Sesiapa Yang Menentang UMNO".Akibat dari fatwah ini berlaku perpecahan yang semakin memalukan berlaku dinegara ini.Kemuncak akibat dari fatwa yang tidak bertanggung jawab ini apabila pada tahun 1985 Ibrahim Libyah yang mengajar agama di markasnya bertempat di Kampung Memali Baling Kedah telah telah menghasut pengikutnya agar melawan kerajaan berlandaskan fatwah yang telah dikeluarkan oleh Hadi Awang pada 1981.

Ibrahim Libyah telah mengumpulkan pengikutnya untuk menentang pehak polis yang cuba menangkap beliau kerana menghasut rakyat menentang kerajaan.Ibrahim Libyah bersama-sama pengikut taksubnya telah mengumpulkan segala senjata yang terdiri dari pedang samurai,parang,keris dan buloh-buloh runcing untuk menentang pehak polis yang cuba menangkapnya dengan mengatakan sesiapa yang terkorban menentang kerajaan akan mati syahid.Apabila polis yang mengepung dan cuba menangkap Ibrahim Libyah maka berlakulah petempuran yang tidak diingini dan ramai yang terkorban termasuklah ketuanya Ibrahim Libyah.Apabila berlaku perkara begini maka kerajaan yang dipersalahkan..semuanya akan mempersalahka kerajaan.Perkara begini jika tidak dibendung dari awal akan mengakibatkan perkara yang lebih besar dan akan mengakibatkan rusuhan akan berlaku.Inilah kemuncak apabila mengeluarkan fatwa sesuka hati akibatnya bukan saja rakyat malah agama Islam dipandang serong oleh bukan Islam.

pakah PAS menyamai sikap Puak Khawarij dalam usaha mereka untuk menghancurkan negara dengan bertopengkan Islam.Mereka PAS sanggup melakukan apa saja asalkan cita-cita mereka tercapai.Pemimpin-pemimpin PAS juga sanggup membelitkan apa jua termaksud Al Quran dan Hadis semata kemaruk untuk berkuasa.Puak Khawarij juga seringkali menentang pemerintah umat Islam dengan melakukan peperangan, pemberontakan atau secara tindakan pasukan pembunuh sejak zaman Khalifah Ali hingga ke zaman pemerintahan Bani Umaiyah.

Dalam corak pemerintahan negara Malaysia pada zaman ini, PAS mungkin boleh disamakan dengan Khawarij kerana pemimpin parti itu kerap menuduh pemerintah Malaysia berlaku zalim, menyeleweng, pecah amanah dan pelbagai lagi dalam ceramah, penerbitan mereka dalam bentuk buku, kaset dan dalam penerbitannya, Harakah.Mereka HamPAS sering menghasut Rakyat dengan pelbagai cara.

Pada setiap pilihan raya negeri atau Parlimen yang mana calon PAS menang, maka PAS menegaskan kemenangannya kerana rakyat menyokong PAS. Tetapi jika calonnya kalah, PAS tidak dapat menerima kekalahan itu sebagai tiada sokongan rakyat kepadanya.Dan menyalahkan SPR ,mereka juga sering mendakwa adanya pengundi hantu.Di sini siapa yang sebenarnya jadi hantu.

Itulah yang berlaku pada pilihanraya yang baru berlalu di Tenang,Merlimau,Kerdau dan yang terbaru di PRN Sarawak. PAS langsung tak dapat menerima takdir kekalahan mereka dan menyalahkan pelbagai pihak diatas tumbangnya calon Pakatan di kedua-dua tempat tersebut.

Kerap kali juga PAS memberikan sebab penyelewengan dalam pilihan raya dilakukan oleh Umno, Barisan Nasional dan agensi kerajaan yang lain, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya yang menyebabkan calon PAS kalah.

Tindakan Pas yang sering menyalahkan pemimpin kerajaan inilah yang membuatkan parti itu sama seperti Khawarij pada zaman dahulu.

Persamaan PAS dan Khawarij yang paling ketara ialah ketika PAS menyertai BN ketika di bawah kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia dan Pas dipimpin Datuk Mohd Asri Muda. Nik Aziz ketika itu menjadi Ketua Dewan Ulama PAS.

Ketika itu, tiada langsung hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Nik Aziz gunakan untuk menghalang PAS menyertai BN.

Sekarang ini apabila isu kerajaan perpaduan dihebahkan sebagai jalan menyelesai masalah Muslim di Malaysia, PAS sangat kuat menentang dan Nik Ajis mengepalai kumpulan penentang dalam PAS terhadap idea kerajaan perpaduan berkenaan.



Kes PAS menyertai BN pada awal 1970-an dan kemudian pemimpin PAS hari ini bermusuh dengan Umno dan BN tetapi berbaik dengan DAP dan PKR membuktikan sikap lidah bercabang PAS.

Apakah hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang PAS gunakan untuk menghalalkan parti itu bersama DAP dan PKR, tetapi tidak boleh bersama Umno dan BN? Ini satu lagi kemunafikan PAS yang cakap tak serupa bikin.Kemunafikan PAS juga dapat dilihat dalam isu Anwar Ibrahim.Mereka bukan saja membelitkan fakta malahan Nik Ajis pula mengeluarkan kenyataan yang begitu mengelirukan.

Tak salahlah jika dikatakan bahawa PAS itu amat menyerupai perangai puak Khawarij yang matlamatnya hanya mahu meruntuhkan pemerintahan Islam di dalam negara!.Puak PAS akan merasa senang dan bergembira bila dapat memecah belahkan orang-orang Melayu Islam dengan segala dakyah mereka.Pemimpin-pemimpin PAS juga penuh dengan kemunafikan kerana sanggup membohongi rakyat dan masyarakat dalam menjalinkan hubungannya dengan DAP. Mereka sanggup menjilat kembali segala yang telah diludah kepada Barisan Nasional / UMNO asalkan segala cita-cita mereka tercapai.

Kini mereka sanggup mengenepikan perjuangan menubuhkan negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan selama ini dan semata kerana gila nak berkuasa sanggup pula menjadi tunggangan DAP.Kini tidak ada lagi negara Islam dan hudud yang ada negara berkebajikan ala PAS.

PAS melalui pemimpinnya telah bersumpah kepada rakyat konon hendak menjadikan Malaysia negara Islam dan melaksanakan hukum hudud  sekian lamanya.Namun demi merialisasikan impian untuk berkuasa dan mendapat pengistirafan dari setongkolnya DAP maka semua itu terpaksa dibuang.Kini mereka berjuang untuk menubuhkan negara berkebajikan pula.Apa yang terjadi kini itu semua satu penipuan,pembohongan pemimpin2 PAS.Bukan saja rakyat dan penyokongnya"Allah pun pemimpin PAS sanggup tipu".


No comments:

Post a Comment