Tuesday, June 7, 2011

Kaburnya negara Islam ala PAS sekabur mata para ulama' PAS yang sebetulnya bukan ulama'


Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 49-50 yang bererti :--

Apakah tidak kamu perhatikan orang-orang mengira dirinya bersih ? Allahlah yang membersihkan siapa yang dikehendakiNya.Dan mereka tidak dianiaya sedikit jua pun.Perhatikalah betapa mereka mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah!Dan cukuplah (perbuatan itu) menjadi dosa yang nyata.

 Pemimpin Pas yang semakin galak menipis maruah Perdana Menteri Malaysia dan terbukti bahawapemimpin Pas kini sudah terpesong daripada prisip perjuangan Islam yang didukunginya.Saya hendak mempersoalkan dengan persoalan ‘apakah prinsip sebenar parti Pas’ dan persoalan sebeginilah yang mesti difikirkan oleh para pemimpin Pas yang kian terlanjur menggunakan muslihat kotor dalam politik dan berpura-pura kononnya pemimpin yang Islamik di mata masyarakat.

Kejahilan para pemimpin Pas dalam bab kemaafan dan tidak berdendam(artikel pembangkang) membuat saya diterjal persoalan; dimana maruah pemimpin Pas yang dulunya berpegang pada prinsip mendidik dan membina individu-individu, masyarakat dan negara supaya menjalani kehidupan seharian berpaksikan tauhid.

Jika benarlah PAS memperjuangkan Islam pemimpin-pemimpin dan penyokong mereka akan mengikuti segala apa yang telah Allah dan Rasulnya ajar didalam kalamNya.Andainya benar mereka antara orang2 yang bertakwa dan mengikuti segala anjuran Allah dan RasulNya.

Firman Allah dalam Al Baqarah ayat 4 -10 yang bermaksud :--

"Dan orang-orang yang percaya kepada apa (kitab Al Quran) yang diturunkan kepadamu,begitu juga mereka percaya kepada apa (kitab2) yang diturunkan sebelum kamu.Dan mereka yakin akan adanya hari akhirat.Mereka yang mendapat hidayah dari Tuhannya.Dan mereka yang menang (dunia dan akhirat).Sesungguhnya orang2 kafir sama saja engkau beri peringatan atau tidak.Mereka tetap tidak beriman.Allah telah menutup mata hati mereka dan pendengarannya.Dan pada penglihatan mereka ada penutup (sehingga mereka tidak dapat melihat).Mereka akan mendapat azab yang berat.Di antara manusia ada yang berkata,kami iman pada Allah dan adanya hari akhirat,padahal mereka tidak beriman.Mereka mengira dapat menipu Allah SWT dan orang2 beriman.Dan sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri.Dan mereka tidak menyedari.Dihati mereka ada penyakit.Allah SWT menambah penyakitnya.Mereka akan mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta"

Semenjak dari penubuhannya lagi, Pas telah mencanangkan penubuhan sebuah negara Islam. Kini, setelah hampir 50 tahun bergerak sebagai sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam, konsep negara Islam ala Pas ini masih kabur dan fantasi semata-mata.Kini wujud pula istilah negara berkebajikan ala PAS yang ditiru dari kerajaan BN secara bulat-bulat kerana BN telah mendahului mereka sebelumnya.

Terbukti para pemimpin Pas kini masih mempunyai pemikiran, perangai, perspeksi yang jahat terhadap kerajaan UMNO/BN dan Inilah mainan politik PR terutamanya Pas yang boleh menghancurkan negara. Cuba bayangkan sekiranya ditakdirkan Allah, pemerintahan negara jatuh ke tangan golongan-golongan 'haprak parpu '(PR)ini. Belum apa-apa sudah mula berebut pahaman yang harus dibawa.

"Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah pula kepada Rasulullah dan pemerintah dari kalangan kamu".
An Nisa' ayat 59.

Yang membezakan di antara kesemua itu hanyalah Ilmu dan hidayah kebenaran yang diberikan oleh Allah dan ternyata para pemimpin Pas tidak boleh menerima kenyataan dan tidak menerima kebenaran yang dibawa oleh dalil-dalil yang dikemukakan di dalam Al-Quran dan hadis yang hanya ‘jumud’ terhadap pandangan ‘golongan sendiri’.

Pas yang kononnya parti Islam tetapi sewenang-wenangnya menggunakan perkataan-perkataan yang menghina terhadap musuhnya seperti taghut, firaun dan sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang mudah terpengaruh dan tercetuslah apa yang dikatakan rusuhan.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau beragama Nasrani”. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah: “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”. (Apa Yang kamu katakan itu adalah tidaklah benar), bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya melalui agama Islam) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya, dan tidaklah ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Ayat 111 & 112 surah al-Baqarah)

Akibatnya, tokoh-tokoh agama, para ulama, para ustaz di bawah naungan Pas tanpa segan silu lagi membelakangkan prinsip hidup Islam dengan mengatakan orang ini tidak betul dan orang itu salah. Tidak salahlah kita menyalahkan parti Pas adalah pencetus sebenar isu rusuhan yang berlaku di Terengganu baru-baru ini.

 Dalam soal menjatuhkan hukum bahawa seseorang itu layak atau tidaknya mendapat surga mahu pun neraka junjungan kita Nabi Muhammad saw pun tidak pernah menghukum seseorang itu,apa lagi kita hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari segala kesilapan.Begitu juga Rasulullah saw melarang kita semua dari mengatakan seseorang itu kafir pada hal mereka itu masih beriman kepada Allah.

Ingatlah kita ini hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari bisikan syaitan iblis yang sentiasa ingin menyesatkan manusia dari zaman Nabi Adam kerana itu adalah sumpahnya untuk menyesatkan anak cucu cicit Adam.Ingatlah dekatilah Allah dengan penuh keimanan bukannya dengan nafsu  bisikan syaitan yang menyesatkan melalui mereka yang telah disesatkannya.

Saya  merasa, di dalam Islam, jahat dalam politik sama sahaja jahat di luar politik. Malah jahat Pas dalam politik mengakibatkan bangsa rosak, negara kucar-kacir dan agama dipesongkan sesuka-hati sedangkan jahat di luar politik, paling memuncak jahat seseorang itu bersifat individu yang memberi kesan tidak menyeluruh seperti rompakan dll.

Sepatutnya pemimpin-pemimpin HamPAS yang kononnya berjuang untuk Islam menerima saranan UMNO untuk bersatu dan mencontohilah peribadi Nabi Muhammad saw sehingga beliau begitu dihormati dan disanjungi sehingga saat ini.Nabi saw begitu ramah tamah dan lembut sikapnya terhadap orang-orang mukmin.Nabi saw juga besikap tidak kasar dan tidak kesat hati,selalu berlapang dada.Suka bermusyawara dalam segala urusan.

Begitu juga dalam menyampaikan dakwah dan ajaran Al Quran dilakukannya dengan penuh berhemah dan berbudi pekerti yang tinggi sehingga orang2 mukmin keluar dari gelap gelita kemusrikan kepada terang cuaca keimanan.Begitu juga Nabi saw meminta umatnya agar bersatu.Namun begitu bertentangan pemimpin-pemimpin HamPAS yang tingkah lakunya, percakapan langsung tidak mencerminkan Islam.Mereka selalu berdolak-dalik dalam sesuatu perkara yang telah dipersetujui bersama,jika mereka yang menjatuhkan hukum mereka melanggarnya dengan penuh tipu daya semata untuk tujuan kemenangan politik mereka.

FirmanNya dalam Al Araaf ayat 16-17 yang bererti :--

Iblis menjawab,"kerana Engkau telah menghukum aku tersesat,maka aku (akan berusaha sekuat tenaga) menghasut mereka dari jalan Engkau yang lurus.Kemudian aku akan datang (memperdayakan) mereka dari muka,dari belakang,dari kanan dan kiri mereka.Dan Engkau tidak akan menemui kebanyakan mereka yang bersyukur".


Tapi bagaimana dikatakan Pas jahat di dalam politik? Bukan sahaja rakyat menjadi mangsa Pas (tahun 2004 menyebabkan Kelantan mencatat kadar tertinggi kemiskinan) sebaliknya satu negara, tergadainya maruah bangsa, hinanya agama rasmi, rosaknya kedaulatan undang-undang, terlucutnya kuasa raja-raja dan lain-lain lagi.

Setelah pelbagai pembohongan Pas didedahkan oleh pemimpin, media dan penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), sedikit demi sedikit hasutan yang dipupuk oleh Pas telah terhakis dan masyarakat mula sedar akan penipuan besar yang cuba dibawa oleh Pas.

Sabda Nabi SAW yang bererti :--

"Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,maka barang siapa mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah terlepas diri...dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat,akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya"."Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah).Baginda menjawab :Jangan! selagi mereka mendirikan solat dikalangan kamu


Hingga hari ini, Islam sebagai Ad-din hanyalah slogan politik Pas. Kalau perjanjian untuk menegakkan Islam sebagai Ad-din pun mereka enggan tandatangani, bayangkan pula perjanjian-perjanjian lain. Pas adalah parti yang memperalatkan Islam untuk kepentingan politik.

Terbukti rakyat negeri Kelantan sudah serik berada di bawah pemerintahan kerajaan Pas sejak sekian lama dan mendapat khabar rakyat negeri itu sendiri mengaku mereka tidak mahu lagi mengundi Pas sebaliknya ingin kembali ke pangkuan jalan dengan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Al-Quran tidak melarang kita berbeza pendapat. Hadis juga tidak melarang, tetapi kedua-duanya melarang kita berpecah-belah. Tetapi Pas masih ingin menyalahkan kerajaan UMNO/BN dalam mentadbir kerajaan. Pas sentiasa mahu menegakkan benang basah seolah-olah suara mereka lebih lantang dari suara-suara ulama yang diiktiraf.

Dari Abu Hurairah r.a. : Ia mendengar Rasulullah saw bersabda : Kita umat yang terakhir (di dunia) paling di muka (di akhirat).Sesiapa yang mematuhi pemerintah,bererti ia telah patuh kepada Tuhan.Sebaliknya sesiapa yang menderhakai saya (pemerintah),sesungguhnya ia menderhakai Tuhan.Sesiapa yang mematuhi Amir (pembesar negeri),sesungguhnya ia telah mematuhi saya dan siapa yang menderhakai Amir,sesungguhnya ia telah menderhakai saya.Dan sesungguhnya Iman itu dinding (pembela) terhadap rakyat yang dibelakangnya.Jika rakyat itu diperangi musuh Iman mempertahankannya.Jikalau ia memerintah taqwa kepada Allah dan ia bersikap adil.maka kerana hal yang demikian itu,ia memperolehi pahala.Sebaliknya kalau ia berkata (berbuat) bukan,maka ia berdosa (dihukum). 

Kerajaan BN melalui UMNO telah menyediakan landasan yang lengkap untuk umat Islam mendalami ilmu agama Islam dan mengamalkannya tanpa sebarang halangan. Tidak akan ada kemenangan tanpa kekuatan. Tidak ada kekuatan tanpa kesatuan dan tidak ada kesatuan tanpa silaturrahim. Demikianlah yang dikatakan ‘Pas semakin tidak berprinsip’.

Parti PAS tidak berpijak di bumi nyata kerana tidak langsung mengakui pencapaian dan kemajuan negara sebagai sebuah negara Islam contoh di dunia.PAS sebenarnya berundur kebelakang bukan kehadapan dengan dasar barunya negara berkebajikaan kerana Malaysia sudah lama mengamalkannya seperti menyediakan subsidi yang besar,pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga menengah dan rawatan hospital secara nominal.Semuanya ini menerusi langkah-langkah berlandaskan Islam.

Begitu juga para ulama' salaf telah berpendapat bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam , selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan cara terang-terangan serta penduduknya sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman).(Cuba lihat dalam Iktiqad  Aimmatu Ahlu hadis,P.50).

Negara ini umat Islamnya bebas untuk melakukan ibadat dimana saja tanpa rasa takut atau terancam.Begitu juga setiap waktu di masjid-masjid,surau dan di dalam tv mahu pun di corong-corong radio sentia bergema suara azan memanggil ummat Islam untuk melakukan ibadat solat hanya mereka yang ingkar tidak mahu bersolat.

Ini adalah bukti bahawa negara ini negara Islam.Begitu juga negara ini telah pun diistiraf sebagai salah sebuah negara Islam terbaik dunia.Negara kita begitu makmur rakyatnya berbilang kaum dan pelbagai agamanya dan tiada paksaan dalam menganut agama di negara ini.Mereka bebas dalam melakukan kegiatan agama mereka tanpa perlu takut inilah yang dikatakan kerajaan Islam yang adil kepada semua kaum.

Ingatlah jangan bermimpi di siang hari untuk mengatasi bangsa lain jika bangsa sendiri masih terkial-kial untuk bersatu.Bersatulah demi agama Islam dan bukannya bersatu kerana agenda politik yang sempit.Dalam kontek ini orang Melayu Islam perlu bersatu kerana terlalu banyak agenda utama yang perlu diselesaikan bersama.Terutama sekali dalam menyelesaikan masalah ilmu pengetahuan dan ekonomi di kalangan orang Melayu Islam.Ingatlah pengetahuan dan ekonomi adalah tunjang kekuatan umat Islam terdahulu mahu sekarang ini.

Cuba kita lihat dipentas dunia antarabangsa,kini umat islam begitu mudah diperkotak-katikkan.Tentera-tentera kafir begitu mudah membunuh orang Islam dengan senjata mereka dengan menjadikan umpan Al Qaedah dengan menghalalkan serangan terhadap orang Islam.Propaganda yang dilakukkan oleh pehak kafir mengsikkan penduduk dunia. Yang menyedihkan lagi umat Islam itu sendiri terpengaruh dengan segala propaganda tersebut.Ini juga tidak terkecualinya di negara kita dimana PAS begitu mudah termakan oleh propaganda yang dipermainkan oleh DAP. 

 Jika benar PAS memperjuangkan Islam adalah lebih baik ia membubarkan saja agenda politiknya dan memberikan tumpuan 100% kepada memperjuangkan agama Islam untuk kesejahteraan umat Islam negara ini.

Jika PAS nak melaksanakan negara berkebajikan sepatutnya telah lama PAS laksanakannya di Kelantan yang sudah lebih 20 tahun mereka memerintah.Kenapa mereka tidak laksanakannya dahulu di Kelantan ???.Inilah pembohongan besar PAS semata mahu memancing undi demi merialisasikan impian bersama DAP untuk berkuasa.

Negara kebajikan hanyalah satu gimik politik PAS.Manifesto PAS untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan hanyalah satu penipuan bagi meraih sokongan masyarakat bagi undi untuk PRU 13 akan datang.PAS dan penyokongnya tidak sedar bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah 55 tahun menjaga kepentingan kebajikan rakyat selama ini.Rakyat tidak sepatutnya terpedaya dengan segala janji kosong PAS / pembangkang kerana mereka tidak mampu untuk menunaikannya.Janji mereka dalam manifesto dulu pun tidak dapat ditunaikannya.

Pas sanggup menggadaikan perjuangan asalnya untuk menubuhkan negara Islam semata-mata ingin mengejar kuasa.PAS yang selama konsisten memperjuangkan penubuhan negara Islam secara tiba-tiba sanggup mengadaikan prinsipnya semata-mata hendak menjadi rakan selimut DAP dan PKR.Mereka sanggup melacurkan maruah Islam semata ingin mengejar kuasa.Inilah akibat dari "Bisikan Bapak Segala Setan DAP".. Seperti yang dikatakan oleh Nik Aziz bapak segala setan adalah DAP.

Kita nilai kembali kata-kata Nik Ajis pada 24 Ogos 2001.. " Bukan saja dalam manifesto dalam perlembagaan PAS sendiri tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan negara Islam.Dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu".Inilah yang dikatakan Munafiknya ulama' PAS

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: 
Rasulullah saw. bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. 

Imej PAS yang selama ini memperjuangkan Islam dan mendirikan sebuah negara Islam sebenar telah terhakis jauh dari matlamatnya.Kini para pengikut PAS sudah boleh melupakan hasrat untuk menubuhkan negara Islam dan hukum hudud,mereka juga boleh membuangnya jauh-jauh kerana pemimpin mereka tidak akan melaksanakannya.Dan sudah sepatutnya mereka tidak lagi bercakap pasal hudud dan pembentukkan negara Islam buat malu saja kerana asyik kena kelentong dengan pemimpin mereka saja.Pemimpin yang gila kuasa dan sanggup mengadai maruah agama,diri dan penyokong.

Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?

Kaburnya negara Islam dalam pandangan Hadi Awang adalah sekabur pandangan kononnya ulama' dalam PAS yang sebetulnya bukan ulamak.Ulama' yang hanya menjadi pak angguk dan pak geleng kepada DAP dan membuat fatwa semata memenangkan perjuangan DAP untuk merampas negara dan memperhambakan bangsa Melayu.Geleng-geleng sapi begitulah gelengnya ulama'2 PAS apabila ulama'-ulama'nya tewas dalam pemilihan pucuk pimpinan baru-baru ini.

Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
- H.R Tarmizi (Sumber Hadis 40).

Kemenangan Mat Sabu telah membuktikan bahawa pimpinan para ulama' "PAS tidak berguna dan hanya menjadi duri dalam daging PAS saja".Begitu juga PAS kini semakin tidak berperinsip kerana asyik dalam memperjuangkan Anwar Ibrahim yang menghadapi masalah video sex dan petuduhan liwatnya.Perjuangan Islam tidak lagi menjadi keutamaan kepada PAS kerana parti itu kini mengikut telunjuk DAP dan PKR.


Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-

Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.

Sepatutnya pemimpin-pemimpin HamPAS yang kononnya berjuang untuk Islam menerima saranan UMNO untuk bersatu dan mencontohilah peribadi Nabi Muhammad saw sehingga beliau begitu dihormati dan disanjungi sehingga saat ini.Nabi saw begitu ramah tamah dan lembut sikapnya terhadap orang-orang mukmin.Nabi saw juga besikap tidak kasar dan tidak kesat hati,selalu berlapang dada.Suka bermusyawara dalam segala urusan.

Begitu juga dalam menyampaikan dakwah dan ajaran Al Quran dilakukannya dengan penuh berhemah dan berbudi pekerti yang tinggi sehingga orang2 mukmin keluar dari gelap gelita kemusrikan kepada terang cuaca keimanan.Begitu juga Nabi saw meminta umatnya agar bersatu.Namun begitu bertentangan pemimpin-pemimpin HamPAS yang tingkah lakunya, percakapan langsung tidak mencerminkan Islam.Mereka selalu berdolak-dalik dalam sesuatu perkara yang telah dipersetujui bersama,jika mereka yang menjatuhkan hukum mereka melanggarnya dengan penuh tipu daya semata untuk tujuan kemenangan politik mereka.

Sifat2 munafik pemimpin PAS sangat merbahaya dalam masyarakat.Tidak boleh dipercayai.Lain dimulut lain dihatinya.Musuh dalam selimut ,musang berbulu ayam kepada agama dan bangsa.Sikap mereka ini lebih merbahaya dari orang-orang kafir musuh yang nyata.

Sifat kemunafikannya begitu ketara dengan membuat rakyat berpecah belah dan ini sangat tidak baik kepada agama,bangsa dan negara.Segala seruan dan pengajaran yang diberi samada dari KalamNya mahupun hadis supaya mengikut jalan yang benar tidak mereka hiraukan.Apa yang ada dalam pemikiran hanya untuk menghancurkan pemimpin yang ada dan seterusnya berkuasa sehingga segala yang diharamkan dalam Al Quran dan hadis mereka permainkan.

Begitulah mendalamnya sifat munafik dalam hati mereka pemimpin dan pengikut PAS.Sifatnya suka menjilat dan pembohong dengan mengikut saja apa telunjuk DAP dan PKR.Mereka pemimpin mahu pun pengikut PAS sering memutar belitkan apa yang dikatakan oleh pemimpin2 UMNO lain yang dikata lain pula mereka pesongkan.

Allah SWT mengutuk mereka dengan terumbang ambing penuh kesesatan bersama DAP ibaratnya berdagang selalu rugi.
Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..Fahamilah dan Halusilah segala yang tersurat mahupun yang tersirat di dalam Al Quran mahupun Hadis.Bacalah dengan kusyuk dan penuh pemahaman gunakanlah akal yang diberi demi agama,bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment