Monday, June 6, 2011

Maruah kaum wanita diinjak-injak oleh PAS..Mereka hanya layak melayan nafsu suami seperti "Pelacur Kelas Pertama"...


 Menyentuh peranan kaum wanita dalam PAS yang lazimnya dicanang sebagai tunjang kekuatan parti tersebut.Agak sukar menilai sejauhmana penglibatan kaum wanita di dalam PAS diberikan kedudukan terbaik dan peluang untuk berdaya saing sebagaimana para pemimpin lelaki.

Kaum wanita bagi mereka pemimpin2 PAS hanya layak menjadi isteri di rumah saja.Bukan itu saja mereka kaum wanita bagi kaum lelaki PAS hanya layak sebagai pengundi untuk mengundi mereka untuk melksanakan nafsu sarakah untuk berkuasa saja.Ada juga ahli2 PAS yang kawin cerai-kawin cerai seolah menghina kaum wanita sebagai alat pemuas nafsu mereka saja.

Seperti baru-baru ini Naib presiden Taat Dr Rohaya Mohamed menyuruh isteri melayan suami seperti "Pelacur kelas pertama".Apakah serendah itu nilai seorang isteri / perempuan.Inilah yang sangat disukai oleh sebahagian ahli2 PAS.


Jika diimbas, kaum hawa dalam parti PAS lebih banyak dipergunakan daripada diberi penghormatan sewajarnya sebagai tangan yang mampu menggoncang dunia.

PELUANG KESAKSAMAAN

Jika dibandingkan dengan PAS, UMNO dan Barisan Nasional cukup jauh meninggalkan parti jumud ini dalam memberi peluang dan hak kesaksamaan kaum wanita meliputi soal pembabitan dalam politik dan ekonomi.


Di peringkat pusat sama ada di dalam UMNO mahupun Kerajaan Pusat, kaum hawa diberi jawatan yang sewajarnya atas dasar merit dan atas dasar falsafah wanita adalah nadi penggerak kekuatan. Tidak ada dasar diskriminasi gender   adalah agenda UMNO dan Barisan Nasional yang memperakui kekuatan kaum wanita sebagai tulang belakang perjuangan parti.

Shahrizat Abdul Jalil, Dr Mashitah, Hajjah Rohani Abd Karim, Puan Roziah Kasnon, Maznah Mazlan, Rosnah Hj Abdul Rashid Sirlin, Hamidah Osman, Hajjah Kamilia Dato Ibrahim, Rafidah Aziz, Dr Norraesah Hj Mohamad adalah nama nama wanita yang menduduki jawatan di peringkat Kerajaan Pusat mahupun Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Ini belum diambil kira nama nama kaum wanita yang menjawat jawatan sebagai Setiausaha Politik, Kementerian Persekutuan, Jabatan Persekutuan, SUK Negeri dan Badan Berkanun Persekutuan.

PAS yang masih meneruskan diskriminasi gender pula hanya memperuntukkan empat kerusi diperingkat pusatnya kepada wanita terdiri dari Noridah Salleh, Dr Lolo, Azizah Khatib Mat dan Hajjah Siti Mariah Mahmud. Peranan yang diberikan pula cukup kecil signifikan kepada perjuangan kaum hawa.

Disinilah letaknya keadilan gender di dalam UMNO dan Barisan Nasional yang turut sama menghargai sumbangan idea dan kudrat kaum wanita dalam memperjuangkan Islam dan hak hak orang Melayu.PAS akan terus melalak dengan fitnah bahawasanya kaum wanita adalah kaum yang cukup tertindas di bawah UMNO dan Barisan Nasional walhal kaum hawa inilah yang diletakkan dibawah selipar capal lelaki parti PAS.


 Suara kaum wanita juga tidak terlepas dari menjadi satu isu mainan politik PAS. Alasan yang diberikan adalah suara qariah adalah aurat dan haram diperdengarkan.

Mungkin ramai terlupa sebelum Nik Aziz memegang tampuk sebagai Menteri Besar pada 1990, kerajaan PAS Kelantan terdahulu (1959 hingga 1978) pernah menghantar wakil qari dan qariah untuk menyertai Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan.
Sejak Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan, segala hukum halal dan haram baru mula diperkenalkan. Yang peliknya, mufti kelantan dan Terengganu tidak pula mengeluarkan fatwa mengatakan kaum wanita yang memperdengarkan bacaan ayat suci Al Quran haram diperdengarkan.

Persoalannya, apakah suara wanita membaca al-Quran boleh menaikkan nafsu berahi pemimpin Pas dan boleh mewujudkan keadaaan yang memungkinkan berlakunya perzinaan atau mukadimah zina.

Manusia di dalam PAS sebenarnya mempunyai pemikiran yang sama dengan budaya orang Arab. Budaya orang Arab sememangnya meletakkan kaum wanita berada di tahap yang berlainan jika dibandingkan dengan negara ini. Maka tidak hairan, pemikiran sempit sebegini benar benar merendahkan martabat kaum wanita.


FATWA YANG MEROSAKKAN

Satu fatwa PAS yang cukup menghina Muslimin dan kaum wanita Islam khususnya adalah ”Sembahyang berimamkan Barisan Nasional tidak sah, sembelihan orang Barisan Nasional tidak boleh dimakan dan nikah yang dilakukan oleh Jurunikah Kerajaan tidak sah, kalau bersetubuh hukumnya zina dan kalau dapat anak, anak itu haram”.

Fatwa tersebut ditegaskan oleh pemimpin PAS, Haji Mustafa Abu Bakar di Kampung Keruak, Ulu Besut Terengganu pada November 1979. Saya cabar jika parti PAS mengatakan bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan fatwa ini.

Dan sehingga ke hari ini, PAS tidak pernah menarik balik kenyataan dan fatwa yang dikeluarkan oleh Haji Mustafa Abu Bakar. Atas dasar nas Al Quran dan hadis mana digunakan oleh parti jumud ini tidak pula diberitahu.

Persoalannya, sudah berapa ramaikah suami isteri beragama Islam yang berlainan fahaman politik telah melahirkan anak haram jika berpandukan kepada fatwa di atas ?

Mainan politik jahat PAS ini sebenarnya meletakkan taraf dan martabat kaum wanita berada pada kedudukan yang cukup rendah dalam Islam.Bayangkan apa yang terjadi kepada anak yang dilahirkan para isteri yang mempunyai fahaman politik dan penyokong Barisan Nasional dan UMNO yang bersuamikan penyokong PAS.

Sudah berapa ramaikah anak anak yang dilahirkan selepas tahun 1979 yang sudah menjadi anak haram berpandukan fatwa songsang parti PAS ini ? Bagaimana dengan nasib kaum hawa ini ? Adakah mereka juga menjadi haram untuk diperturunkan umat Rasulullah s.a.w. sedangkan Baginda suka jika ramai umatnya dilahirkan ?
Begitu mudah mereka yang digelar ustaz atau ulama di dalam PAS mengeluarkan fatwa sebegini rupa semata mata sikap double standard dan sokongan serta dan undi yang dijadikan wahid perjuangan parti.


PENGANIAYAAN KAUM WANITA OLEH PAS
Contoh paling klasik adalah kes Mahkamah Syariah yang mebabitkan the so called ayam sabung PAS, Mat Sabu. Bekas Naib Ketua Pemuda PAS ini ditangkap khlawat pada 13 Januari 1995 di bilik Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan bersama wanita bukan muhrim yang juga isteri “sahabatnya” bernama Norma Abdul Halim.

PAS ghairah mempolitikkan kes khalwat tersebut dengan siri ceramah yang dijadikan mahkamah terbuka dengan Nik Aziz menjadi back up supporter mempertahankan Mat Sabu. Nik Aziz di dalam kenyataan yang dipetik dalam Utusan Malaysia 1 Februari 1995 menyifatkan kes ini adalah perangkap pihak tertentu.

Malangnya, PAS hanya memperjuangkan Mat Sabu dan meninggalkan seorang wanita bernama Norma Abdul Halim tanpa sebarang pembelaan.
Tidak pernah pun dalam siri ceramah pada tahun tersebut, PAS membantu membersihkan nama Norma Abdul Halim. Apa yang penting adalah watak dalam PAS yang paling top yang wajib dipertahankan, Mat Sabu dan bukannya Norma Abdul Halim!

Wanita terutamanya kaum ibu perlu mengingati kembali kes Mahkamah Tinggi Syariah Pemuda PAS Kelantan Dr Rosli Allani S Abdul Kadir yang melarikan diri bersama pasangannya Illyani Mohd Noor pada 29 Disember 2009. Kes yang sepatutnya membabitkan kedua pasangan ini berpisah sementara menjadi kucar kacir akibat perbuatan Unit Amal PAS. 
Yang menjadi mangsa adalah ibu bapa Illyani Mohd Noor terpinga pinga melihat pasangan tersebut melarikan diri.
Inilah amalan dan ajaran PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dan hak kaum wanita. Yang anehnya masih ramai kaum wanita menyokong secara membabi buta parti ini walaupun tahu hakikat sebenar kejadian ini. Soal halal haram diketepikan dan menjadi mainan politik.

 Para pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dengan bersahaja mengeluarkan kenyataan bahawa kes ini adalah soal peribadi dan tidak melibatkan parti. 
Itulah pembohongan besar PAS kerana Unit Amal PAS bertindak sebagai benteng meloloskan pasangan ini untuk melarikan diri ke Thailand.

Bagaimana pula dengan kes ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yang sehingga kini masih belum memberi tuntutan nafkah mutaah kepada bekas isteri beliau Siti Chou Abdullah berjumlah RM 3 juta. PAS menjadi pekak dan bisu dalam membicarakan soal ini dan seboleh bolehnya menuntut setiap ahli parti menutup mulut dari mengeluarkan sebarang kenyataan secara rasmi dan tidak rasmi.

Kes ini adalah contoh terbaik bagaimana PAS mengabaikan hak dan tuntutan nafkah seorang ibu tunggal. Jika diminta membuat kenyataan, pastinya jawapan yang diberikan adalah ini soal peribadi. Agak mustahil seorang ADUN yang mempunyai sejumlah harta yang banyak termasuk projek projek di Gua Musang, simpanan di bank dan perniagaan di China tidak mampu menyelesaikan tuntutan nafkah bekas isteri.

Ini adalah kezaliman dan penganiayaan jelas dan nyata terhadap kaum hawa. Bagaimana pula dengan kes kes yang melibatkan parti PAS yang tidak didedahkan di dada dada akhbar?


KAUM HAWA DIPERGUNAKAN OLEH PAS

 Sesuatu yang membimbangkan adalah kaum wanita tidak dan tanpa menyedari dipergunakan oleh PAS sebagai kuda tunggangan untuk perjuangan jumud parti.Rakyat masih lagi tidak memahami mengapa Noridah Salleh beria ia menangis memeluk Elizabeth Wong walhal perbuatan maksiat yang dilakukannya bukanlah luar biasa kerana beliau bukannya beragama Islam.

Bagaimana dengan wanita Muslimah lain yang seperti Siti Chou Abdullah yang terang terangan dinafikan haknya oleh ADUN Melor. Bukankah Muslimah ini sepatutnya perlu mendapat simpati yang tidak berbelah bagi oleh Ketua Muslimat PAS. Mengapa tidak ditangisi dan dipeluk erat kerana Siti Chou Abdullah adalah wanita Muslim dan mangsa keadaan. Berbanding dengan Elizabeth Wong secara terbuka mengamalkan seks bebas ini pula mendapat simpati dan tangisan yang langsung tidak membawa sebarang kebaikan.


Begitu juga dengan demonstrasi jalanan yang membabitkan kaum wanita. Tidakkah ini sebenarnya merendahkan martabat kaum wanita itu sebenarnya. Ini adalah kerja orang jantan bukannya suatu kerja untuk kaum wanita. 
Jangan marahkan pihak berkuasa jika ada yang dipukul dan dibasahi air pemedih mata malah ditangkap. Salah anda sendiri kerana berada ditengah tengah lautan kaum lelaki.
Sampai bila perlu Muslimah PAS menutup mata dan tidak berfikir secara rasional dan hanya menurut sahaja titah perintah para pemimpin PAS yang kadangkala banyak melakukan khilaf.

 Muslimah PAS perlu melihat keadaan ini sebagai satu doktrin PAS yang mengeksploitasi sesuatu isu dan keadaan untuk kepentingan politik sempit parti PAS. Selama manakah PAS perlu diberi hak eksklusif memperdayakan kaum wanita tentang adanya perkataan ”Islam” pada parti namun tindakan tidak melambangkan ciri ciri Islamik.

Secara tidak sedar, PAS kini hidup dalam contradiction dan percanggahan. Terlalu banyak fatwa dan tindakan Pas banyak merugikan kaum wanita khususnya.

 Di dalam pilihanraya 1990 dan sebelumnya, iaitu sejak golongan ulama menguasai PAS, mereka telah menggunakan ayat “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan” sebagai dalil yang mengharamkan umat Islam mengundi calon wanita dari Barisan Nasional.

Ia menjadi isu besar di dalam PRU 1990, bila berlaku pertandingan di antara calon lelaki dari PAS menentang calon perempuan dari BN dalam perebutan kerusi DUN Selising di Pasir Puteh Kelantan.

Bagi memastikan calon mereka menang, PAS telah mengharamkan para pemilih mengundi calon perempuan BN bernama Cikgu Hajjah Wan Esah Binti Nik Hassan.
Dalil yang digunakan ialah ayat 34 Surah An Nisa’ yang ditafsirkan oleh mereka sebagai larangan Allah S.W.T kepada umat manusia dari mengangkat calon perempuan menjadi wakil rakyat. PAS juga telah menggunakan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari yang berbunyi,
"Tidak akan beruntung suatu kaum yang mereka menyerahkan urusan mereka kepada seorang wanita”
Sebelum 1990, PAS pernah meletakkan calon wanita di dalam PRU awal yang disertainya tetapi selepas golongan ulama’ menguasai parti itu, ia telah mengharamkan perletakan calon wanita berdasarkan apa yang mereka katakan sebagai larangan Allah S.W.T.
Namun begitu, bermula 2004 PAS kembali membenarkan calon wanita bertanding untuk PAS. Bagaimanapun perletakkan Normala Sudirman sebagai calon PAS di dalam PRK DUN Tenang memanaskan semula isu ini, terutama bila BN meletakan calon lelaki menentang calon wanita PAS itu.
Pengakuan Naib Presiden PAS semasa dalam temubual dengan wartawan dari Berita Harian akhirnya membongkar apa yang berlaku secara dalaman di dalam Parti Islam SeMalaysia itu.

Calon PAS Normala Sudirman juga turut menimbulkan kontroversi bila enggan bersalam dengan lelaki cina yang ditemuinya di dalam kempen. Apabila ditanya oleh wartawan tentang insiden tersebut, Normala menyalahkan UMNO yang dianggap gagal menjelaskan tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam walau sudah memerintah Malaysia selama 53 tahun.

Jawapan yang berlandaskan akal yang cetek oleh Normala itu menimbulkan kemarahan banyak pihak. Sehingga ada sesetengah pihak mengugut untuk menyiarkan beberapa keping gambar beberapa pimpinan tertinggi PAS bersalaman dengan wanita bukan muhrim.


Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-

Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.

No comments:

Post a Comment