Wednesday, June 22, 2011

Pemimpin-pemimpin PAS yang berbisik kepada syaitan atau syaitan yang berbisik kepada mereka...



Pemimpin2 PAS dan penyokong taksubnya sering melaungkan bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Fahaman ini jelas sesat kerana PAS hanyalah sebuah parti politik dan bukannya agama. Bila namanya politik, tidak boleh tidak ia tetap akan terpalit dengan kotoran. PAS telah dengan sengaja mencemar nama Islam dengan menamakan parti mereka dengan nama Islam.

Rakyat Malaysia juga tidak akan lupa dengan kenyataan demi kenyataan sesat yang dikeluarkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bahawa UMNO adalah parti assobiyah dan enyekutukan Allah serta mengasingkan agama dari politik. Nik Aziz juga pernah berkata bahawa Allah juga mencarut demi mempertahankan buku Shit tulisan Shahnon Ahmad. Kenyataan sedemikian berupa penyambung kepada ?lidah? syaitan selaras dengan kata-kata Nik Aziz sendiri yang menghalalkan bekerja dengan syaitan untuk mengalahkan UMNO.

Semua ini adalah bukti kesesatan PAS. Sesatnya PAS adalah terlalu jauh dan sukar sekali untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Sebagai saudara seagama, kita tidak putus asa berdoa agar PAS kembali ke pangkal jalan sebelum agama, bangsa dan negara kita hancur akibat dari kesesatan.

Cuba hayati pulak ucapan  terbaru Hadi Awang sewaktu Muktamar Pas 2011 yg baru saja habis beberapa minggu yg lepas.
“Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan” – Hadi Awang, Presiden Pas.
Kalau pada tahun 2003 dulu Hadi Awang dengan megahnya mengisytiharkan Pas tetap istiqamah untuk menegakkan Negara Islam sehingga mengangkat perjuangan Pas itu sebagai wajib sepertimana ibadat wajib yg lain, maka kini selepas 8 tahun kenapa tiba-tiba Hadi Awang korner baring mengatakan bahawa Negara Islam itu tidak disebutpun dalam Al-Quran?

Al-Quran pd tahun 2003 dengan Al-Quran tahun 2011 isinya sama je, takde berubah satupun. Yang berubahnya Pas dan Hadi, seumpama sekali air bah sekali pantai berubah.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: 
Rasulullah saw. bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama".Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
- H.R Tarmizi (Sumber Hadis 40).



Marilah kita renungkan firmanNya yang bererti:--

Dan janganlah kamu iri hati,dalam Allah melebihi kurniaNya kepada sebahagian kamu dari yang lainnya,Untuk pria ada bahagian (pahala) dari hasil kerjanya dan untuk wanita juga ada bahagan (pahala) dari hasil kerjanya.Mintalah kepada Allah kurniaNya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.(An Nisaa' ayat 32).

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-

Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.Biar kurang makan jangan kurang ajar.. hayatilah Islam tidak mengajar kita untuk memaki hamun namun dalam PAS cacian makian mainan bibir pemimpin2 munafik HamPAS..

Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-

Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.

PAS sebenarnya telah jauh tersasar dari perjuangan asalnya.Jika dulu mereka kononnya memperjuangkan untuk menjadikan negara ini sebuah negara Islam.Apabila kekalahan demi kekalahan yang mereka alami dalam PRU dan PRK ini menjadikan mereka kecewa.Jika dulu mereka menipu rakyat dengan "Undi PAS masuk Surga" ,menuduh ahli2 UMNO Kafir dan pelbagai lagi propaganda mereka untuk berkuasa.

Kini PAS membuka pekong busuk sendiri dalam pemilihan Parti PAS baru-baru ini apabila " Hadi Awang berkata dalam Al Quran tidak ada perkataan negara Islam yang ada hanya "Negara berkebajikan".Jika dulu mereka putar sana putar sini kini lebih ligat dari gasing yang berputar dalam sambungan siri penipuan PAS kepada rakyat.

Petunjuk dari Yang Maha Kuasa telah pun dipertunjukkan kepada rakyat negara ini dengan jelas lagi terang bagaimana penipuan yang selama ini mereka mengunakan agama hanya untuk berkuasa kini mereka mengunakannya pula agama sebagai alat untuk berkuasa.Inilah putar belit PAS.Munafik Semunafiknya bapak-bapak Nahwu PAS yang diketuai oleh Dato Sri Abd Hadi Awang dan timbalannya kini Mat Sabu.

Pada pendapat Ee dan mungkin juga pendapat seluruh rakyat Malaysia perbuatan pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang yang mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera, agama Islam dan melabelkan UMNO rasis dianggap mengkhianati bangsa serta tanah air.Perbuatan itu umpama menggadai maruah diri berdasarkan kepentingan politik sempit tanpa memikirkan kepentingan Melayu Islam di negara ini.

Apa yang ada dalam fikiran Ee dan mungkin juga rakyat Malaysia berketurunan Melayu..Hak ketuanan Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam akan terhakis jika Parti Keadilan Rakyat dan PAS terus diperalatkan oleh DAP untuk menumbangkan UMNO.Sikap pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang sanggup melupakan sejarah bangsa, perjuangan dan kemerdekaan negara, sekali gus menafikan pengorbanan pemimpin lalu.

Pada Ee apa yang diperjuangkan oleh UMNO adalah untuk semua rakyat berasaskan semangat setiakawan dalam Barisan Nasional dan mempertahankan Perlembagaan yang sebelum ini tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak sehingga sekarang.

Ee berpendapat mereka kini sedar,sokongan rakyat semakin berkurangan apabila satu demi satu pendedahan dibuat jelas menunjukkan mereka tidak semaksum mana.Rasuah,kroni & nepostime sana sini, main bini orang sana sini ,berzina & berkhalwat sana sini,jual ayat quran sana sini,malah sanggup menjadi tunggangan DAP. PAS wajib diperangi kerana mereka ini jelas mengotori agama Islam yang suci demi kuasa politik buas mereka.

Ee sebagai orang Islam merasa malu dan terhina bila bangsat seperti PAS tidak akan berani bersuara jika agama Islam diserang,contoh yang terbaru isu Siti Hasnah Vangarama tidak ada langsung didalam blog blog pakatan pembangkang atau pun haprak daily yang berani bangkit untuk membela kes murtad secara paksa ini. PAS jangan menambahkan lagi kebangsatan yang sedia ada.Semakin hari semakin kacau pegangan dan prinsip PAS dan dilihat semakin tersasar dari perjuangan asalnya.

Dan fiman Allah lagi:-

Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahawa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas(nama) Allah tidak akan dapat bahagia. - Al-Quran An'am 119.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, nyata sengaja melupakan kenyataan pemimpin veteran DAP, Karpal Singh, supaya PAS “langkah mayatnya dulu sebelum menubuhkan negara Islam”.Hakikatnya kini PAS menerima baik DAP yang nyata musuh Islam sebagai rakan selimut mereka.

 Rasulullah saw ada bersabda yang bererti:-
 Sesungguhnya kekejian dan berbuat-buat kekejian tidak sedikitpun dari Islam. Sesungguhnya manusia yang terbaik Islamnya, ialah yang baik Akhlaknya.
Hadis Riwayat Ahmad dari Ibnu Abid Dun-Ya dg Isand Sahih.

Tindakan Hadi menghalalkan kerjasama politik dengan DAP, malah berkata ia tidak menggadaikan prinsip Islam adalah keputusan yang amat mengaibkan pejuang Islam terutama ulama PAS yang membiarkan pemimpin mereka melakukan apa saja demi mencapai cita-cita politik.Tidak ada siapa yang boleh mendakwa Umno sebagai parti tonggak Melayu dan Islam, gagal dalam melaksanakan pentadbiran Islam kerana usaha memperkasakan Islam dilakukan setiap masa.

Pada pendapat Ee “Umno sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itulah prinsip asas perjuangan Umno. PAS sebaliknya boleh mengetepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik,” kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Justeru, tidak salah jika ahli PAS menerima nasihat Perdana Menteri supaya menilai semula kerjasama dengan DAP.

“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama dengan pembangkang (DAP dan PKR) dibina dengan berpegang kepada dasar saling membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” katanya.
Kita mahu tahu di mana Umno dan BN tidak adil dan zalim? Adakah semua ahli PAS tidak mampu mencari rezeki yang halal di negara ini, adakah mereka tidak dibenarkan berjuang untuk parti, adakah masjid ditutup untuk mereka, adakah suara dan kritikan pemimpin mereka disekat daripada disebarkan?..

Ee berpendapat sudah tiba masanya, ahli PAS membuat pendirian mengenai hala tuju umat Islam negara ini. Jika pemimpin PAS menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menjadi “pak angguk” kepada BN, ahli PAS juga tidak boleh terus menjadi “pak angguk” untuk menerima apa saja keputusan dan dasar yang digariskan pemimpin tertinggi mereka.

Pada pandangan Ee dan setelah difikirkan sedalamnya kerjasama PAS dan DAP sama sekali tidak menjadikan PAS lebih kuat sebaliknya semakin ditolak oleh ramai orang Islam berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak dan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Yang untung dan terus untung ialah DAP. Itulah yang membolehkan pemimpin utamanya, Lim Kit Siang terus menguntum senyum lebar termasuk dalam tidurnya.

Belum pernah dalam sejarah PAS menjadi sebegitu dayus angkara Nik Aziz dan beberapa pemimpin PAS yang pro Anwar Ibrahim. Kesetiaan mereka bukan kepada Presiden PAS, Hadi Awang tetapi kepada Anwar dan ramai ahli PAS tahu hakikat itu. Golongan ini tidak besar tetapi berpengaruh dalam PAS.

Ketua Pembangkang itu pula telah terbukti tunduk kepada kehendak DAP demi mengejar impian untuk menjadi Perdana Menteri. Belum pernah juga dalam sejarah, pembangkang dipimpin oleh tokoh paling dahsyat isu moralnya tetapi dihalal bukan sahaja oleh DAP, malah Nik Aziz.Ee hairan, sebagai ulama beliau tidak berpegang kepada prinsip moral.

Tetapi Nik Aziz tidak peduli semua itu. Beliau rela bersubahat dengan musuh Islam daripada berbaik dengan UMNO, parti paling banyak berjasa kepada pembangunan umat Islam. Sedangkan DAP mempunyai gagasan Malaysian Malaysia, yang agenda tersirat mahu menulis semula perlembagaan atas konsep kesamarataan bagi menjadikan Malaysia Negara republik. Konsep tersebut akan diolah hanya untuk menjulang kepentingan satu kaum kerana DAP sememangnya parti paling rasis bertopengkan istilah demokratik.Ee tidak nampak jasa DAP kepada kaum India apatah lagi Melayu.

Cuba renungkanlah hadis daripada Abu Hurairah ra. berkata:

Rasulullah saw. bersabda; "Akan
timbul di akhir zaman orang-
orang yang mencari keuntungan
dunia dengan menjual agama".
"Demi kebesaran Ku, Aku
bersumpah akan menurunkan
suatu fitnah yang akan terjadi di
kalangan mereka sendiri,
sehingga orang yang alim
( cendikiawan ) pun akan menjadi
bingung (dengan sebab fitnah
itu)".
- H.R Tarmiz.

Cukuplah malulah dengan bangsa lain..cubalah lihat hari ini kerana Melayu asyik bertelingkah saja maka mereka yang bukan Islam cuba mencampuri urusan agama kita.Fikirkanlah demi agama,bangsa dan negara...jangan jadi petualang dan jangan dengar pembohongan dari dajjal pembangkang yang cuba memporak perandakan negara semata mabuk kuasa..Fikirlah dengan tenang..

Biarlah Ee cerita sedikit kisah yang pernah diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada sekumpulan jemaah selepas baginda berdoa panjang di Masjid Bani’Muawiyah.
“Aku memohon kepada Allah agar janganlah membinasakan umatku musim susah yang panjang maka ia diperkenankan.
“Aku memohon agar umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir yang melanda umat Nabi Nuh atau Raja Firaun bersama tenteranya yang ditenggelamkan di lautan) maka permohonanku itu diperkenankanNya jua.
“(Tetapi apabila) aku memohon agar umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan (permusuhan, pergaduhan atau peperangan) sesama mereka), permohonan ini tidak diperkenankan (oleh Allah).(Hadis 2464 riwayat Muslim).

Dan renungkan pula hadisini yang bererti:--
Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
- H.R Tarmizi (Sumber Hadis 40).

Puak-puak pembangkang ni kalau menang, heboh Pakatan Rakyat sana Pakatan Rakyat sini tapi bila kalah, Pas kalah, PKR kalah, tak pulak disebut Pakatan Rakyat yang kalah tetapi mereka menyalahkan UMNO kononnya berlaku ketidak adilan dalam pilihanraya.Jika pilihan raya tidak telus mustahil mereka boleh mendapat kemenangan dan menawan beberapa buah negeri.Hehehe..Pada fikiran Ee lebih baik mereka pembangkang yang menang samada atas kerusi Parlimen atau Dun letak jawatan kerana mereka telah buktikan bahawa mereka menipu semasa mendapatkan kemenangan yang lalu.Mereka putar sana putar sini penyokong yang kebodoh- bodohan pula main ikut cakap pemimpin tuduh perkara yang sama hehehe..dapat dosa kering jelah jawabnya.

Cuba kita renungkan firman Allah yang bererti:--

Dan janganlah kamu iri hati,dalam Allah melebihi kurniaNya kepada sebahagian kamu dari yang lainnya,Untuk pria ada bahagian (pahala) dari hasil kerjanya dan untuk wanita juga ada bahagan (pahala) dari hasil kerjanya.Mintalah kepada Allah kurniaNya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.(An Nisaa' ayat 32).

Kerana iri hati dengan pimpinan UMNO menjadikan PAS begitu bodoh sanggup menjual maruah parti .Memang benar pun PAS bodoh, sekiranya tidak, masakan mereka yang selalu jadi balaci pencacai keldaian PKR dan DAP selama ini! Siapa yang sanggup tidur atas jalan sambil pegang bendera? Penyokong bodoh-bodoh alang PAS, bukan? Untuk pengetahuan pembaca semua, rakan-rakan PAS.. Ee sangat malu dengan perbuatan bodoh itu dan mereka sendiri turut menggelar penyokong parti yang bersifat begitu sebagai “bodoh”, “tolol” dan “pencacai pengangkat najis DAP dan PKR”!

Renungkanalah Firman Allah dalam Ali Imran yang bererti:--

"'Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara” [Surah Ali-Imran ; 103]

Jika seseorang ditangkap atau terkantoi membohong, akibatnya terpalitlah malu yang amat sangat kepada si penipu. Apatah lagi jika penipuan itu dibuat dalam skala besar-besaran dan melibatkan ramai orang. Mahu tak keluar rumah dalam seminggu dua. Namun, di Malaysia ini, ada satu perkara yang pelik apabila si pembohong yang berbohong pada skala epik ini, masih di sanjung, disokong malah ada yang ingin si penipu ini memimpin negara.

"Pembohongan 16 September oleh Anwar Ibrahim sepatutnya menjadi satu perkara yang amat memalukan bagi Anwar". Namun, Anwar boleh hidup dan berjuang dengan penipuan ini, apatah lagi apabila ramai yang menyokongnya untuk terus menipu dan menipu. Bayangkanlah jika dengan penipuan berskala besar sebegini Anwar boleh hidup tanpa berselindung, agaknya bagaimana dengan perkara-perkara lain yang juga memalukan? 

Orang kata kalau sudah biasa, alah bisa tegal biasa dan bermakna penipuan tak jadi hal dengan Anwar. Cuma yang agakpelik ialah, orang-orang dari PAS juga sanggup terus menyokong si penipu ini demi kuasa dan kedudukan. Pemimpin PAS yang berserban, berjubah, dan dikatakan punyai ilmu agama yang tinggi takkan tak tahu yang 16hb September itu satu penipuan? Atau mungkin mereka sedar tentang penipuan itu, namun atas dasar inginkan kuasa dan ingin mengeksploit Anwar, makan perkara ini dipandang sebelah mata dan umpama disapu di bawah karpet. Jadi ciri Islam yang mana PAS ikut dalam mendokong Anwar sebagai pemimpin mereka bila sudah terang Anwar ini penipu?.

Bagi Ee ini adalah kepura-puraan yang sedang dipertontonkan kepada rakyat. Mereka yang kurang teliti akan diperdayakan.Seperti ramai orang Pas yang hipokrit di bawah topeng agama Islam.



Di sini Ee ingin menerangkan dalam Perlembagaan PAS Bab Kedua, Fasal Tiga, sasar PAS adalah Islam, di mana tujuannya seperti dalam Fasal Lima adalah untuk memperjuangkan masyarakat dan pemerintahan yang terlaksananya di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah; sedangkan dalam DAP, matlamat perjuangannya adalah mewujudkan masyarakat Demokratik Sosialis di Malaysia.

Bertunjangkan kepada Dasar dan Tujuannya ini, PAS telah berusaha membezakan dirinya berbanding UMNO dari tiga aspek retorik politik, iaitu -

Pertama, pembentukan negara Islam yang melaksanakan hukum hudud, sedangkan UMNO melaksanakan pembentukan negara Islam melalui kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan merealisasikannya dalam lima bidang hukum yang ada, iaitu aqidah, ibadah, munakahat, muamalat dan jenayah, seperti dijelaskan dalam tulisan ini "Hanya PAS, bukan UMNO perjuangkan Islam".

Kedua, pemerintahan sebuah negara yang bebas daripada perniagaan berunsur maksiat, terutama judi dan penjualan arak.Antara janji-janji pemimpin PAS dalam ceramah dan tulisan mereka adalah untuk menghapuskan sama sekali premis yang menganjurkan judi atau permainan berunsur judi dan yang menjual arak.

Ketiga, menekankan pemerintahan berdasarkan kepimpinan ulamak - ditafsirkan sebagai golongan yang mendalami pengajian Islam, sedangkan di dalam UMNO, tidak dihadkan bahawa pemimpin itu mesti mempunyai latar belakang pendidikan agama.

Bertunjangkan kepada dasar dan tujuan DAP pula, retorik politik DAP adalah seperti berikut;

Pertama, tidak menerima kedudukan istimewa Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan dan menolak pembentukan sebuah Negara Islam yang melaksanakan hudud seperti yang ingin di dirikan oleh PAS.

Malah dalam retorik politiknya, DAP tidak mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebaliknya merupakan sebuah negara sekular dan perlu kekal sebagai sebuah negara sekular dengan semua agama diberikan kedudukan yang sama.

Kedua, seperti yang disarankan oleh sosialisme, matlamat DAP adalah untuk menghapuskan ketidak seimbangan ekonomi dan peluang dalam sistem sedia ada.Apa yang dianjurkan adalah persamaan dan keadilan sosial, bagaimana pun ditekankan bahawa PERSAMAAN ini bukan bermaksud keseragaman dan kesama rataan, sebaliknya penentangan terhadap eksploitasi dan keistimewaan golongan yang menguasai ekonomi dan politik.

Walaupun retorik sosialisme ini nampak menarik pada pandangan mata kasar, namun kerangka ekonomi sosialisme ini mempunyai pertentangan dengan kerangka ekonomi Islam seperti yang diperincikan oleh Prof. Mohamad Baqir al-Sadr dalam tulisan-tulisannya mengenai ekonomi kapitalis, sosialis dan Islam.

Lebih-lebih lagi dalam retorik DAP yang ditekankan hanyalah aspek persamaan dan bukan aspek keadilan sosial.Ketiga, nilai-nilai yang dipegang oleh DAP adalah nilai-nilai sejagat yang tidak semestinya harmoni dengan nilai-nilai yang dianjurkan oleh Islam.

Justeru akan wujud pertentangan dari aspek budaya dan akhirnya mengakibatkan pertentangan dari aspek pentadbiran seperti pengekalan kewujudan premis judi, spa dan urut, karaoke dan penganjuran konsert, biarpun ditentang hebat oleh PAS.

Keempat, kepimpinan ulamak TIDAK WUJUD dalam kamus sosialis demokratik DAP.Jelasnya, perbezaan ini adalah perbezaan pokok yang menjejaskan retorik perjuangan Pas selama ini. Mahfoudz menipu kerana cuba memberi gambaran kepada masyarakat bahawa perbezaan ideologi ini sama seperti perbezaan antara empat mazhab.

Hakikatnya, ia lebih besar daripada perbezaan antara empat mazhab, malah mungkin lebih besar daripada perbezaan antara ahli sunnah wal-jammah dan golongan khawarij.Ini belum termasuk aspek pelaksanaan dasar-dasar ini lagi. Sesuatu yang dipersetujui oleh DAP-PKR-PAS dalam Polisi Bersama Pakatan Pembangkang (PR), belum tentu akan dilaksanakan. Malah, ia juga boleh disabotaj melalui pelbagai kaedah.

Adakah perbezaan ideologi Pas-DAP ini sama dengan perbezaan mazhab Hanafi-Hanbali-Maliki-Syafie? Melainkan yang dipegang oleh Pas adalah hanyalah semata-mata ideologi atau Islam plastik dan bukan ajaran Islam sebenar.

Kini penolakan PAS terhadap apa yang dperjuangan selama ini dibuktikan dalam pemilihan parti baru-baru ini.Mereka PAS demi mengikut telunjuk DAP sanggup mengugurkan negara Islam dan hudud dan kini memperjuangkan kononnya negara berkebajikan.Pengikut-pengikut
 setia PAS juga sanggup berpaling tadah menjatuhkan golongan ulama' mereka semuanya ini dilakukan agar mereka dapat mengimbangi DAP / mendapat muka dihadapan DAP.Tujuan utama adalah kuasa.

Pada pendapat Ee orang yang benar-benar berdakwah tidak perlukan kuasa memerintah untuk berdakwah. Dakwah boleh dilakukan di mana jua, malah lebih afdal jika dilakukan di kawasan pendalaman di mana Islam belum bertapak dengan kukuh. Jika konsep dakwah itu benar-benar diambil kira, siapa di antara ulama PAS yang pernah berdakwah dengan sebenar-benarnya? Semua Ulama PAS siang malam hanya bercakap mengenai politik sahaja. 

Isu judi, arak, babi, wanita, Israel, Zionis malah liwat juga dimanipulasi sesuka hati oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka sebagai ulama ini. Mereka melakukannya tanpa gusar, tanpa kesal dan sedikit pun hati mereka tidak bergetar tatkala ?menemui? Allah lima kali sehari sedangkan mereka mengetahui apa yang benar dan apa yang tidak. Malah PAS juga langsung tidak gentar bermain dengan isu kafir sekalipun. 

Pemimpin agama dalam PAS rata-rata meminta pembaca khutbah dan para penceramah supaya mendoakan kehancuran kepada orang-orang UMNO dan Kerajaan BN yang mereka anggap mereka itu kafir dan musuh mereka.
Oleh yang demikian Ee mencadangkan Majlis Fatwa dan Majlis Raja-Raja Melayu memberi perhatian serius terhadap gejala khurafat yang disebarkan oleh PAS ini …semoga masyarakat kita tidak dipecahbelahkan oleh ketamakan kuasa pihak berkenaan...janganlah kepentingan parti politik menyebabkan akidah rakyat terpesong..! 

Tak salahlah jika dikatakan bahawa PAS itu amat menyerupai perangai puak Khawarij yang matlamatnya hanya mahu meruntuhkan pemerintahan Islam di dalam negara!.Puak PAS akan merasa senang dan bergembira bila dapat memecah belahkan orang-orang Melayu Islam dengan segala dakyah mereka.Pemimpin-pemimpin PAS juga penuh dengan kemunafikan kerana sanggup membohongi rakyat dan masyarakat dalam menjalinkan hubungannya dengan DAP. Mereka sanggup menjilat kembali segala yang telah diludah kepada Barisan Nasional / UMNO asalkan segala cita-cita mereka tercapai.

Kini mereka sanggup mengenepikan perjuangan menubuhkan negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan selama ini dan semata kerana gila nak berkuasa sanggup pula menjadi tunggangan DAP.Kini tidak ada lagi negara Islam dan hudud yang ada negara berkebajikan ala PAS.

PAS melalui pemimpinnya telah bersumpah kepada rakyat konon hendak menjadikan Malaysia negara Islam dan melaksanakan hukum hudud sekian lamanya.Namun demi merialisasikan impian untuk berkuasa dan mendapat pengistirafan dari setongkolnya DAP maka semua itu terpaksa dibuang.Kini mereka berjuang untuk menubuhkan negara berkebajikan pula.Apa yang terjadi kini itu semua satu penipuan,pembohongan pemimpin2 PAS.Bukan saja rakyat dan penyokongnya"Allah pun pemimpin PAS sanggup tipu"."Pemimpin-pemimpin PAS yang berbisik kepada syaitan atau syaitan yang berbisik kepada mereka"....Fikirkanlah..






No comments:

Post a Comment