Sunday, June 12, 2011

Penipu,Pembohong dan Pembelitnya Hadi Awang (PAS) dari dulu sehingga sekarang tidak ada sudahnya..


PAS menanam sifat buruk ke dalam diri umat Islam di Malaysia seperti suka menilai dan menghukum sesama sendiri yang mana adalah hak Allah semata-mata. PAS membawa pendekatan mengukur dan mengira dosa pahala dan iman manusia lain di dalam kehidupan seharian. Ini menyebabkan umat Islam di Malaysia mula bersyak wasangka, tuduh menuduh serta bermusuhan sesama sendiri. Pendekatan ini juga menggalakkan sifat prejudis, takbur dan riak. 

Akibatnya, masyarakat Islam di Malaysia menjadi masyarakat yang mementingkan kulit dan bukan isinya kerana terlalu bimbang dengan pandangan orang lain. Bertitik tolak dari situ lahirlah generasi yang memakai tudung, bertudung litup tetapi rendah moral dan tidak beradab serta manusia keji yang berjubah ketayap, sembahyang tunggang terbalik tetapi sanggup merogol anak sendiri. 

PAS sering melaungkan bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Fahaman ini jelas sesat kerana PAS hanyalah sebuah parti politik dan bukannya agama. Bila namanya politik, tidak boleh tidak ia tetap akan terpalit dengan kotoran. PAS telah dengan sengaja mencemar nama Islam dengan menamakan parti mereka dengan nama Islam. 

Nama Islam tercemar dengan sifat pemimpin-pemimpian seperti Nik Aziz mahupun Hadi Awang bukannya berdakwah tetapi berpolitik. Kedua-dua manusia yang menggelar diri sendiri ulama ini bertungkus lumus siang malam bukannya untuk membuat kebajikan mahupun menyebarkan agama, tetapi seluruh hidup manusia berdua ini dipusatkan ke arah memenangi pilihanraya. Matlamat utama hidup mereka bukan kejayaan akhirat tetapi kuasa semata-mata. Mereka juga tidak malu untuk menanam sifat membenci terhadap musuh-musuh politik mereka. 

Orang yang benar-benar berdakwah tidak perlukan kuasa memerintah untuk berdakwah. Dakwah boleh dilakukan di mana jua, malah lebih afdal jika dilakukan di kawasan pendalaman di mana Islam belum bertapak dengan kukuh. Jika konsep dakwah itu benar-benar diambil kira, siapa di antara ulama PAS yang pernah berdakwah dengan sebenar-benarnya? Semua Ulama PAS siang malam hanya bercakap mengenai politik sahaja. 

Isu judi, arak, babi, wanita, Israel, Zionis malah liwat juga dimanipulasi sesuka hati oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka sebagai ulama ini. Mereka melakukannya tanpa gusar, tanpa kesal dan sedikit pun hati mereka tidak bergetar tatkala ?menemui? Allah lima kali sehari sedangkan mereka mengetahui apa yang benar dan apa yang tidak. Malah PAS juga langsung tidak gentar bermain dengan isu kafir sekalipun. 

Hanya Muslim yang sesat sahaja yang sanggup menuduh orang yang mengucap syahadah sebagai kafir. Siapa yang tidak ingat akan fatwa mengkafirkan UMNO oleh Hadi Awang. Fatwa Hadi Awang ini akan tetap menghantui dirinya dan dia akan tetap dipertanggungjawabkan ke atas kehancuran rumahtangga dan nyawa yang melayang akibat dari berpegang kepada fatwa tersebut.

Rakyat Malaysia juga tidak akan lupa dengan kenyataan demi kenyataan sesat yang dikeluarkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bahawa UMNO adalah parti assobiyah dan enyekutukan Allah serta mengasingkan agama dari politik. Nik Aziz juga pernah berkata bahawa Allah juga mencarut demi mempertahankan buku Shit tulisan Shahnon Ahmad. Kenyataan sedemikian berupa penyambung kepada ?lidah? syaitan selaras dengan kata-kata Nik Aziz sendiri yang menghalalkan bekerja dengan syaitan untuk mengalahkan UMNO.

PAS tersesat semakin jauh bila memilih untuk bersahabat dengan kafir harbi DAP yang terang-terangan menindas umat Islam di Pulau Pinang. Tidak cukup dengan itu, PAS juga bersahabat dengan sahabat Zionis iaitu Anwar Ibrahim yang bukan sahaja peliwat tetapi sanggup menandatangani perjanjian Annapolis Summit yang mengiktiraf negara Israel. Sehingga kini, PAS gagal membela umat Islam di Pulau Pinang dan langsung tidak berupaya membela umat Islam Palestin. Apa yang PAS mampu lakukan ialah memperlekeh usaha kerajaan, memfitnah, membuat bising serta membakar bendera. 

PAS adalah pemangkin kehancuran umat Melayu Islam di Malaysia apabila mereka bersekongkol dengan DAP yang memusuhi Melayu serta PKR yang bersahabat dengan musuh Islam. Walaupun mungkin ada lagi dari para penyokong PAS yang menafikan bahawa mereka menyokong DAP, tetapi hakikatnya satu undi untuk PAS adalah juga satu undi untuk DAP kerana kedua-dua parti itu bersatu di bawah ikatan Pakatan Rakyat. 

Orang berpolitik mereka pun nak berpolitik. Mungkin kerana seronok disanjung oleh penyokong serta bangga memegang kuasa, para pemimpin PAS ini terus bermain politik walaupun mereka sebenarnya tidak punya ilmu yang cukup untuk mentadbir apatah lagi memerintah negeri jauh sekali negara. Kedua-dua negeri yang dikuasai PAS iaitu Kedah dan Kelantan mengalami keadaan beku atau statik di mana tiada kemajuan langsung selain dari yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pusat. DAP sedar Kelantan mundur dala serba serbi cuma orang PAS sahaja yang perasan Kelantan sebagai paling maju di Malaysia. 

Semua ini adalah bukti kesesatan PAS. Sesatnya PAS adalah terlalu jauh dan sukar sekali untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Sebagai saudara seagama, kita tidak putus asa berdoa agar PAS kembali ke pangkal jalan sebelum agama, bangsa dan negara kita hancur akibat dari kesesatan. 


Saya rasa terpanggil untuk mengulas ucap dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang berkata mengenai penubuhan “negara kebajikan”. Dia kemudiannya menegaskan di dalam kenyataan akhbarnya bahawa PAS kini menumpukan fokusnya terhadap negara kebajikan berbanding penubuhan “daulah Islamiyah” yang selama ini dilaung-laungkan oleh PAS sejak zaman penubuhan parti itu.

Kebetulan, saya melalui rakan PAS yang bertugas di Muktamar PAS kali ke-57, berjaya lolos masuk ke sidang media tersebut. Terkejut sungguh saya apabila Hadi menyatakan bahawa penubuhan “negara kebajikan” adalah lebih penting dari penubuhan “negara Islam”! Sebab itulah maka mungkin PAS kini melupakan agenda utamanya untuk menubuhkan negara Islam. Saya yakin, sekiranya Harun Din ada bersama ketika PC tersebut, tentunya kepala Hadi sudah kena “luku” dengannya!

Menurut Hadi, PAS kini tidak mengutamakan negara Islam kerana agenda itu berada di dalam agenda negara kebajikan. Hadi kata, Islam wujud di dalam lingkungan dan merupakan sebahagian dari kebajikan! Pelik betul kenyataannya kali ini.
Pada saya, kebajikanlah yang berada di dalam Islam. Sekiranya menubuhkan negara Islam, sudah tentu negara kebajikan akan terlaksana secara tak langsung kerana kebajikan itu sebahagian dari Islam! Bukannya Islam itu sebahagian dari kebajikan! Kenyataannya itu terbalik dan songsang sama sekali.Tak masuk dek akal pemikiran seorang muslim!!!
Cetek benar kefahaman Hadi tentang Islam. Apakah dia fikir hanya kerana memberikan alasan “tahalluf siyasi” maka PAS dibolehkan mengenepikan Islam dan meng”aula”kan kebajikan? Saya fikir, Hadi mungkin terdesak untuk menjawab begitu ekoran di asak wartawan berbangsa Cina yang bertanyakan tentang negara Islam tadi. Mungkin dia tertekan dan tak perasan bahawa dia telah tersalah beri kenyataan!
Mungkin juga Hadi berkata demikian untuk siaran akhbar Cina dan PAS ingin menarik undi bangsa Cina pada PRU13 kelak. Dengan mengutamakan agenda penubuhan negara kebajikan dan melupakan agenda negara Islam, maka mungkin Hadi fikir dia sudah bijak untuk membeli jiwa pemimpin DAP dan bangsa Cina yang turut hadir ketika dia menyampaikan ucapan dasarnya pagi tadi.

Pada hemat saya, mungkin Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Anwar, Azmin dan Eli Wong sedang berdekah-dekah ketawa mendengar kenyataan Hadi ini. Mungkin mereka sedang mentertawakan PAS yang berpresidenkan seorang yang “bodoh” dan tentunya orang-orang PAS akan mudah dipermainkan lagi selepas ini.
Memang benar pun PAS bodoh, sekiranya tidak, masakan mereka yang selalu jadi balaci pencacai keldaian PKR dan DAP selama ini! Siapa yang sanggup tidur atas jalan sambil pegang bendera? Pencacai PAS, bukan? Untuk pengetahuan pembaca semua, rakan-rakan PAS saya sangat malu dengan perbuatan bodoh itu dan mereka sendiri turut menggelar penyokong parti yang bersifat begitu sebagai “bodoh”, “tolol” dan “pencacai pengangkat najis DAP dan PKR”!
Justeru itu, secara tidak langsung, maka kini sudah sah bahawa PAS sudah melupakan agenda penubuhan negara Islam dan mendaulatkan Islam di negara ini. DAP dan PKR pastinya bersorak sakan. Rakan-rakan PAS saya menggetap bibir marah! Baguslah begitu.

Nampaknya UMNO lebih pantas dan lebih cerdik untuk mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam. Meskipun tidak mengamalkan perundangan Islam sepenuhnya, sesungguhkan Kerajaan kita sedang menuju ke arah itu dan cuma mengambil masa yang lebih sedikit ekoran tidak ada kerjasama dari PAS sendiri. Namun, dari segi dasarnya, UMNO bertahun-tahun membuktikan bahawa dasarnya terhadap Islam lebih sederhana, fundamental dan realistik berbanding PAS yang hanya cakap saja lebih!..

Semasa PAS memerintah Terengganu dulu dengan sombong dan angkuh Hadi Awang  berkata yang 'draf' Hudud Pas Terengganu sudah di persembahkan ke pade Paduka Sultan.....Dan Paduka Sultan sudah bersetuju...cuma tunggu Paduka Sutan tanda tangani sahaja.... Hampeghhh!!! Salah satu sifat orang orang munafik adalah orang yang suka menipu.... bila bercakap banyak berbohong.... dan putar belit...
Udah tentu beliau memang tidak layak menjadi salah seorang dari saksi atau hakim didalam perlaksanaan hudud tuh nanti....

Dalam Ucapan Dasar pada Muktamar Pas Ke-57 yang bertajuk “Membangun Negara Berkebajikan” di Taman Melewar di sini Abdul Hadi menegaskan bahawa Pas akan terus bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen polisi bersama pakatan itu.

Beliau berkata, polisi itu melibatkan satu paradigma baru pendemokrasian, satu aspek menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urus tadbir negara.
Sambil mendakwa sistem demokrasi di negara ini sudah tempang, Abdul Hadi menuduh sikap UMNO dan Barisan Nasional yang ingin mengekalkan kuasa sebagai punca ia berlaku.

Sungguhpun begitu, katanya, Pas sehingga kini tetap mendahulukan pendekatan damai secara demokrasi dan bersabar menunggu walaupun dijatuhkan secara tidak bermoral. Mungkin mereka sedang mentertawakan PAS yang berpresidenkan seorang yang “bodoh” dan tentunya orang-orang PAS akan mudah dipermainkan lagi selepas ini.

Memang benar pun PAS bodoh, sekiranya tidak, masakan mereka yang selalu jadi balaci pencacai keldaian PKR dan DAP selama ini! Siapa yang sanggup tidur atas jalan sambil pegang bendera? Pencacai PAS, bukan? Untuk pengetahuan pembaca semua, rakan-rakan PAS saya sangat malu dengan perbuatan bodoh itu dan mereka sendiri turut menggelar penyokong parti yang bersifat begitu sebagai “bodoh”, “tolol” dan “pencacai pengangkat najis DAP dan PKR”!
Justeru itu, secara tidak langsung, maka kini sudah sah bahawa PAS sudah melupakan agenda penubuhan negara Islam dan mendaulatkan Islam di negara ini. DAP dan PKR pastinya bersorak sakan. Rakan-rakan PAS saya menggetap bibir marah! Baguslah begitu.

Inilah orang tua yang tak sedar diri, sebenarnya dialah yang menjadi liabiliti kepada PAS sekarang. Orang yang pro-UMNO yang juga berbangsa Melayu dan beragama Islam itu dianggapnya musuh PAS, dia yang menyokong kafir lahanat yang terang-terang tolak Islam dianggap sebagai penyelamat. Baguslah PAS ada pemimpin macamHadi Awang dan NIK AZIZ ni, lebih senang kita hadapi PAS seperti mana PAS senang menghentam UMNO ketika dibawah Dolah dulu.

Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman dan mereka akan melihat akibat daripada perbuatan mereka itu pada hari qiamat nanti. Terdapat di kalangan mereka melakukan kerja yang sangat baik seperti Abdullah bin Ubai yang sentiasa berada dalam masjid Rasulullah s.a.w. Kerjanya bersungguh-sungguh memberitahu orang ramai tentang kehadiran Rasulullah s.a.w. ke masjid. Bagaimanapun dia jugalah yang berkata: "Orang yang mulia akan mengeluarkan orang yang hina." Dia beranggapan bahawa orang-orang yang mulia (iaitulah golongan munafikin) akan mengeluarkan orang yang hina (Rasulullah). 



Penyelewengan Syaria 

1.     HUKUM MENGIKUT RASA

PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram.  Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).

Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik … siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik". (Disambut beramai-ramai "UMNO")…Ha…UMNO… Apa hukum orang ni?…..(Pendengar jawab "Munafiq") dan disambung dengan "Munafiq"

Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti polilik, termasuk DAP dalam pilihanraya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.

2.     PERPECAHAN UMMAH

Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat sekampung), kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturrahim dan putus hubungan karabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.

3.     MEROSAKKAN AMAL IBADAT

Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain dimana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.

4.   MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM

Program-program Islam bagi melaksanakan Instituis Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam, Universiti Islam dan Institusi Islam yang yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang mensifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak kerajaan tidak memberi apa-apa ertipun kepada umat Islam di negara ini.

"Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam". (Harakah - 26 Januari 1983).

5.   AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN

Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa dikalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati  syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).

6.   PENYELEWENGAN ZAKAT

PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu.  PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS berjuang Fi Sabilillah.  Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas.  Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.

7.   DERMA JIHAD YANG JAHAT

PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. Amanat Hadi menyebut "Derma kita adalah Jihad".

8.   PULAU MEMULAU

Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orang-orang UMNO, tanpa menghiraukah hukum-hukum kejiranan dan persaudaraan Islam.  Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).

9.      PEMBOHONGAN PAS

PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.

10. BERGADUH SURUHAN ALLAH

Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. Haji Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat 251, surah al-Baqarah dengan kata:

"Kalau Tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi ini "Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit KulimMarang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada rakaman kaset).

11.  MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH

PAS telah mempersednakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata "Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang". Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata :" Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000).

Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu di pengerusikan oleh Haji Hadi sendiri.

12.  PAS HINA WANITA

PAS menghina kedudukan wanita dengan mendolak dalihkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.

"Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga," kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita "kurang rupawan" kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.Fikirkanlah sebaik-baik demi agama,bangsa dan negara.


No comments:

Post a Comment