Ee merasa hairan apabila Pas berterusan mendakwa UMNO tidak Islam atau kurang Islam setiap kali memperkatakan soal Islam. Padahal UMNOlah parti paling berjasa kepada perkembangan syiar Islam di negara ini.
UMNO jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. UMNO turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans.
Peranan aktif Malaysia dalam dunia Islam yang diperakukan oleh masyarakat antarabangsa, juga adalah atas dasar UMNO. Kesederhanaan pendekatan UMNO membolehkan ramai bukan Islam di negara ini memeluk Islam terutama ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Rekod pencapaian itu belum mampu ditandingi Pas yang lebih banyak retorik. Bahkan UMNO terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding Pas yang baru setahun jagung.
Ramai masih ingat betapa pemimpin Pas ghairah melabel bukan Islam sebagai kafir. UMNO yang berbaik-baik dengan parti bukan Islam ditentang serta dituduh kafir. Bukan setakat itu sahaja, UMNO konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain. Dasar UMNO juga membolehkan kaum minoriti di peringkat awal kemerdekaan berkongsi kuasa. Kaum minoriti juga boleh menguasai ekonomi, adalah atas kemurahan hati kepimpinan Melayu di bawah UMNO.
Al-Quran juga mengecam orang-orang musyrik yang berani mengharamkan dan menghalalkan tanpa izin Allah dengan kata-katanya sebagai berikut;
Katalah! Apakah kamu mengetahui apa-apa yang Allah telah turunkan untuk kamu daripada rezki, kemudian jadikan sebagian daripadanya itu, haram dan halal; Katalah apakah apakah Allah telah memberi izin kepadamu ataukah memang kamu hendak berdusta atas nama Allah? Al-Quran Surah Yunus 59.
Dan fiman Allah lagi:- Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahawa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas(nama) Allah tidak akan dapat bahagia. - Al-Quran An'am 119.
Selain itu, Malaysia dijadikan model negara Islam termasuk oleh negara rantau Arab adalah kerana pengurusan yang cemerlang. Sebab itu, Ee hairan apabila ramai pemimpin Pas menolak idea permuafakatan dengan UMNO kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat.
Apakah Islam itu PAS atau PAS itu Islam
Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, nyata sengaja melupakan kenyataan pemimpin veteran DAP, Karpal Singh, supaya PAS “langkah mayatnya dulu sebelum menubuhkan negara Islam”.
Sebaliknya, melabel kerjasama politik antara Umno dengan MCA dan MIC sebagai menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam sejak puluhan tahun memerintah.
Ramai bangsa Melayu berasa terpukul dengan kenyataan Hadi yang sadis ini. Nyata ulama ini amat taksub dalam perjuangan politiknya untuk menumbangkan Umno, sehingga mengetepikan dan memandang buruk semua usaha untuk berbaik antara parti sesama agama dan bangsa.
Anehnya Pas tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam. Pada Ee, Pas menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam. Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam lain. Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsafan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, mana-mana golongan yang menolak dan menyulitkan usaha ke arah perpaduan, akan menerima pembalasan. Rasulullah sendiri adalah pejuang perpaduan yang tidak meletakkan syarat dan batasan dalam usaha murninya. Meskipun baginda mendokong permuafakatan dengan penganut agama lain, namun teras kepimpinan baginda adalah mendahulukan perpaduan sesama umat Islam.
Jika pada tahun 2003 dulu Hadi Awang dengan megahnya mengisytiharkan Pas tetap istiqamah untuk menegakkan Negara Islam sehingga mengangkat perjuangan Pas itu sebagai wajib sepertimana ibadat wajib yg lain, maka kini selepas 8 tahun kenapa tiba-tiba Hadi Awang korner baring mengatakan bahawa Negara Islam itu tidak disebutpun dalam Al-Quran?.Kini demi mengangkat DAP dan PKR mereka sanggup menukar perjuangan secara tiba-tiba dengan memperjuangkan negara berkebajikan dan menepikan perjuangan hudud dan melaksanakan negara Islam.Mengapa mereka tidak konsisten dalam perjuangannya?.Mengapa PAS sanggup menjadi munafik kepada rakyat dan penyokong mereka?.
Pada pendapat Ee dan mungkin juga pendapat seluruh rakyat Malaysia perbuatan pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang yang mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera, agama Islam dan melabelkan UMNO rasis dianggap mengkhianati bangsa serta tanah air.Perbuatan itu umpama menggadai maruah diri berdasarkan kepentingan politik sempit tanpa memikirkan kepentingan Melayu Islam di negara ini.
Pada pendapat Ee tindakan Hadi menghalalkan kerjasama politik dengan DAP, malah berkata ia tidak menggadaikan prinsip Islam adalah keputusan yang amat mengaibkan pejuang Islam terutama ulama PAS yang membiarkan pemimpin mereka melakukan apa saja demi mencapai cita-cita politik.Tidak ada siapa yang boleh mendakwa Umno sebagai parti tonggak Melayu dan Islam, gagal dalam melaksanakan pentadbiran Islam kerana usaha memperkasakan Islam dilakukan setiap masa.
Ee berpendapat mereka kini sedar,sokongan rakyat semakin berkurangan apabila satu demi satu pendedahan dibuat jelas menunjukkan mereka tidak semaksum mana.Rasuah,kroni & nepostime sana sini, main bini orang sana sini ,berzina & berkhalwat sana sini,jual ayat quran sana sini,malah sanggup menjadi tunggangan DAP. PAS wajib diperangi kerana mereka ini jelas mengotori agama Islam yang suci demi kuasa politik buas mereka.
Mereka keluar dari PKR kerana bosan dengan segala pembohongan PKR..
Cuba renungkanlah hadis daripada Abu Hurairah ra. berkata:
Rasulullah saw. bersabda; "Akan
timbul di akhir zaman orang-
orang yang mencari keuntungan
dunia dengan menjual agama".
"Demi kebesaran Ku, Aku
bersumpah akan menurunkan
suatu fitnah yang akan terjadi di
kalangan mereka sendiri,
sehingga orang yang alim
( cendikiawan ) pun akan menjadi
bingung (dengan sebab fitnah
itu)".
- H.R Tarmiz.
Ee rasakan rakyat semakin jelas dan faham , golongan seperti PAS tidaklah seIslam seperti yang di pergambarkan,hanya pandai berlakun dengan jubah dan kopiah dan alim alim kucing,namun nafsu mereka seperti binatang.PAS,sedarlah,janganlah perbodohkan orang melayu dengan topeng kononnya alim dan tawadhuk,tetapi Allah Maha Berkuasa,segala kejahatan & kekotoran mereka terdedah satu demi satu.Mahukah anda menyokong parti yang bersifat jalang seperti PAS? Ee sarankan jauhi dari mereka, syaitan pun berjubah dan berkopiah jugak, pandang pandang dan fikir fikirkanlah.Ee ingin bertanya mampukah PAS menjulang Islam setelah membuang jauh segala perjuangannya demi semata mengejar bisikan syaitan DAP ?.Jangan terlalu mengikut segala bisikan syaitan dajjal yang bertopengkan agama.
No comments:
Post a Comment