Monday, June 27, 2011

Janganlah jadi Syaitan yang bercakap benar kepada Pemimpin PAS tetapi pemimpin PAS yang bercakap Bohong pada rakyat..


Siapa yang kata UMNO itu pejuang agama,bangsa dan negara sebenar orang itu buta mata dan buta hati..Pembohong penipu itu kerja UMNO..Pemimpin no 1 dan 2 nya orang Islam,Adakah patut Mlysia di jadikannya negara Islam dan agama rasminya agama Islam,Masjidnya banyak dan indah belaka,Musabaqah Al Quran diadakan setiap tahun,Memertabatkan Islam Malaysia dipentas dunia,Memakmurkan rakyat yg berbilang kaum,Mengadakan sistem perbankan Islam,mengamalkan DEB demi bangsa Melayu dan banyak lagi yang dilaku demi ekonomi org Islam dan negara.

Jika nak ditulis apa yang dilakukan UMNO demi bangsa dan Islam tidak tertulis diruangan ini.Memanglah UMNO ini penipu,pembelit,pembohong semuanya demi agama,bangsa dan negara.UMNO tetap penipu kerana menipu rakyat Islamnya dgn janji2 memertabatkan Islam dan bangsa.Piira..UMNO tetap penipu kerana PAS dan penyokongnya tidak suka semuanya itu.Itu Islam UMNO kerana yang lebih Islam adalah PAS..Kamu semua bukan Islam tulin.. PAS lah yang paling tulin setulinnya tidak ada yang paling Islam hanya PAS yang paling Islam didunia ini..

Hakikatnya PAS dan PKR yang menjadi baruah DAP adalah betul dengan bertindak merobohkan sebuah kedai motor usahawan anak muda melayu Jelutong dirobohkan baru baru ini hanya kerana pemiliknya tidak mahu menyertai PKR, dalang disebalik merobohkan kedai tersebut adalah anjing anjing melayu yang menjadi suruhan DAP.
Oleh kerana tidak mahu menyokong pakatan dan tidak mahu terlibat dalam politik kedai Yacoob dirobohkan.Begitulah hapraknya pakatan apabila bertindak bagaikan Aparthied .Ugutan terhadap Yacoob berakhir dengan merobohkan kedainya.

Tindakan yang betul gerembolan melayu pakatan mengingatkan Ee kepada zaman penjajahan Jepun pada perang dunia kedua. Petualang dan pengkhianat bangsa menjadi tali barut yang tergilakan kuasa telah menyebabkan ramai orang melayu disembelih hidup hidup semata mata mahu membuktikan mereka setia kepada penjajah.Cuba baca kembali dalam nota "Ee Duit Cop Pokok Pisang".

 Sekarang ini kita sekali lagi diperlihatkan golongan yang di katakan betul bagaikan kaduk naik junjung,baru dapat kuasa sudah menjadi anjing tunggangan rasis chauvanist ultra kiasu DAP.Mereka mereka ini lebih sudu dari kuah.Khairul Anuar bukan saja menjadi dalang dalam merobohkan kedai malah beliau juga menjadi pelindung dan penyelamat apabila mendiamkan diri mengenai Ng Wei Aik berkata "tutup kedai balik India" kepada peniaga nasi kandar baru baru ini.



PKR yang dikatakan betul sudah membuktikan mereka adalah tunggangan kepada rasis DAP,hinggakan melayu melayu didalam parti menjadi buta membangsatkan diri habuan selingkohan politik gampangan DAP. Angkatan Muda Keadilan telah membantu dan memberi kerjasama kepada Ng Wei Aik berpakat merahsiakan kata kata kesat Ng Wei Aik.Tindakan kurang ajar PKR dan PAS yang menjadi pencacai DAP di Jelutong bakal meruntuhkan sokongan melayu/Islam di sana.

Pada Ee tamadun Melayu & Islam runtuh disebabkan adanya anjing2 pengkhianat spt ini. Mereka ini hanya kepentingan sendiri saja tanpa memikirkan kpd generasi akan datang.Tindakkan yang dikatakan betul oleh penyokong2 taksub, Melayu PAS dan PKR memang menjadi anjing DAP yg mahu memusnahkan bangsa Melayu. Berlagak alim berpandukan quran dan hadis tetapi otak bebal untuk berfikir. Penasihat dan mursidul di anggap macam nabi yang semua cakapnya di anggap betul. Anjing2 macam ini mesti ditentang habis2an. niat yg jahat akan terbuka akhirnya.



Cuba kita renungkan apa yang dikatakan oleh bekas AJK PAS Pusat dan orang kanan Nik Aziz Nik Mat...

GUA MUSANG  2 Nov – Bekas AJK PAS Pusat dan orang kanan Nik Aziz Nik Mat, Ustaz Mohd Nor Deris berkata, sekiranya DAP menang PRU 13, anak bangsa keturunan melayu akan menjadi anjing-anjing suruhan DAP.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas  isu yang digembar-gemburkan di dalam internet, dirinya memburuk-burukkan Nik Aziz berikutan dia tidak setuju perhubungan PAS dan DAP.
Ustaz Mohd Nor menjelaskan, sewaktu Nik Aziz dan pengikutnya berkunjung ke rumahnya di RPT Kampung Sungai Terah, Gua Musang, dia dengan tegas menjelaskan bahawa Nik Aziz perlu bertaubat sebelum terlambat. Ini kerana Nik Aziz telah tersasar daripada perjuangan Islam sebenar.
“Saya cakap ana tokseh bersalam dengan anta selagi anta berkawan dengan DAP. Selagi itulah ana tidak akan bersama-sama orang sejahat ini. Nik Aziz marah dan cakap tokseh saing. Aku tokseh saing denganmu,” ujar Ustaz Mohd Nor.
Seterusnya dia mengulas “Dalam Al Quran ada menyebut, sekiranya kamu bertembung, sekiranya kamu berkelahi, sekiranya kamu tidak bersependapat, hendaklah kamu rujuk kepada Al Quran dan hadis. Tapi sayangnya Nik Aziz adalah orang yang tidak suka perpaduan”.

Nik Aziz lebih gemar merujuk kepada DAP sekiranya menghadapi sebarang masalah. Bagi Ustaz Mohd Nor, PAS kini ibarat musuh Negara umat Islam yang bertopengkan Islam yang cuba merompak kuasa politik Islam di Malaysia.Sikap Nik Aziz ini langsung tidak mencerminkan sikap seorang ulama yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Ee tertarik dengan penjelasan Nik Aziz kenapa selepas 30 tahun mengguna "perjuangan untuk Negara Islam ala PAS" untuk mendapat sokongan orang Melayu, sekarang PAS menggugurkan Negara Islam dan hukum Hudud. Kononnya Nik Aziz berpandukan Al-Quran dan Hadith.Tetapi bila DAP dan Karpal Singh tidak bersetuju dengan pendirian PAS, Nik Aziz semak semula Surah Al-Baqarah dan tiba-tiba selepas 30 tahun, mendapati bahawa Negara Islam dan hukum Hudud boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara kebaijikan PAS.

Demikianlah Nik Aziz lebih bersedia akur kepada pendapat DAP dan Karpal kerana ingin mendapat undi bukan Islam. Penyokong PAS akan turut di mana sahaja pemimpin PAS bawa mereka. Gugur Islam pun mereka akan undi PAS.
Tetapi kita sekarang dapat lihat bagaimana mudahnya Pas dan Nik Aziz menolak Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS kerana ingin bersekongkol dengan DAP untuk mendapat undi bukan Islam.Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempergunakan Islam.

Pada Ee hasil terbesar PAS dan Nik Abdul Aziz ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini.
"Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam UMNO untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam.
"Pas turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan solat Jumaat dua Imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan orang UMNO, larangan anggota PAS menghadiri kenduri orang UMNO dan pengasingan kubur orang PAS daripada orang UMNO, seolah-olah bila di Akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku".



Tindakan yang betul "Hasil daripada sokongan Nik Aziz, orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini, Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan (Rakyat), PAS sanggup mengetepikan soal kafir kerana ingin menjadikan Pakatan Rakyat musuh kuat UMNO.Dengan cara ini, Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.
"Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu daripada ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara, tidak dihiraukan oleh Nik Aziz".

"Janganlah jadi syaitan yang bercakap benar kepada pemimpin PAS tetapi pemimpin PAS yang bercakap bohong pada rakyat" kerana kesannya amat buruk sekali kepada Islam dan umat Islam itu sendiri. Ee berharap dan berdoa moga-moga kepimpinan Pas yang dikatakan di barisi golongan agama dan cerdik pandai bijak menilai untuk kepentingan bersama.InsyaAllah Alllah Maha Adil dan Maha Berkuasa...perkara benar akan terbukti kelak, cumanya cepat atau lambat. Tunggu dan tengoklah nanti bagaimana. Kita manusia hanya mampu berdoa kepada Allah s.w.t  agar menguatkan keimanan umat Islam hari ini untuk menempuh cabaran getir itu.

No comments:

Post a Comment