Firman Allah dalam Al Baqarah ayat 4 -10 yang bermaksud :--
"Dan orang-orang yang percaya kepada apa (kitab Al Quran) yang diturunkan kepadamu,begitu juga mereka percaya kepada apa (kitab2) yang diturunkan sebelum kamu.Dan mereka yakin akan adanya hari akhirat.Mereka yang mendapat hidayah dari Tuhannya.Dan mereka yang menang (dunia dan akhirat).Sesungguhnya orang2 kafir sama saja engkau beri peringatan atau tidak.Mereka tetap tidak beriman.Allah telah menutup mata hati mereka dan pendengarannya.Dan pada penglihatan mereka ada penutup (sehingga mereka tidak dapat melihat).Mereka akan mendapat azab yang berat.Di antara manusia ada yang berkata,kami iman pada Allah dan adanya hari akhirat,padahal mereka tidak beriman.Mereka mengira dapat menipu Allah SWT dan orang2 beriman.Dan sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri.Dan mereka tidak menyedari.Dihati mereka ada penyakit.Allah SWT menambah penyakitnya.Mereka akan mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta".
Pada pendapat Ee dan mungkin juga pendapat seluruh rakyat Malaysia perbuatan pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang yang mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera, agama Islam dan melabelkan UMNO rasis dianggap mengkhianati bangsa serta tanah air.Perbuatan itu umpama menggadai maruah diri berdasarkan kepentingan politik sempit tanpa memikirkan kepentingan Melayu Islam di negara ini.
Apa yang ada dalam fikiran Ee dan mungkin juga rakyat Malaysia berketurunan Melayu..Hak ketuanan Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam akan terhakis jika Parti Keadilan Rakyat dan PAS terus diperalatkan oleh DAP untuk menumbangkan UMNO.Sikap pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang sanggup melupakan sejarah bangsa, perjuangan dan kemerdekaan negara, sekali gus menafikan pengorbanan pemimpin lalu.
Pada Ee apa yang diperjuangkan oleh UMNO adalah untuk semua rakyat berasaskan semangat setiakawan dalam Barisan Nasional dan mempertahankan Perlembagaan yang sebelum ini tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak sehingga sekarang.
Sikap pemimpin Melayu dalam pakatan haram meresahkan Melayu kerana hak mereka dalam Perlembagaan dicabar. Perkara yang melibatkan hak keistimewaan bumiputera, kedudukan Islam, martabat institusi raja Melayu dan bahasa Melayu semakin ketara cuba digugat selepas pilihan raya umum lalu.Inilah modal pusingan pemimpin Melayu dalam pembangkang yang sengaja memainkan isu berkenaan kerana bersekongkol dengan parti pembangkang daripada kaum lain untuk memegang kuasa dan menjejaki Putrajaya.
Ee berpendapat mereka kini sedar,sokongan rakyat semakin berkurangan apabila satu demi satu pendedahan dibuat jelas menunjukkan mereka tidak semaksum mana.Rasuah,kroni & nepostime sana sini, main bini orang sana sini ,berzina & berkhalwat sana sini,jual ayat quran sana sini,malah sanggup menjadi tunggangan DAP. PAS wajib diperangi kerana mereka ini jelas mengotori agama Islam yang suci demi kuasa politik buas mereka.
'Adi bin Hatim pada suatu ketika pernah datang ke tempat Rasulullah saw - pada waktu itu dia lebih dekat pada Nasarani sebelum masuk Islam - setelah dia mendengarnya ayat tersebut, kemudian ia berkata:- Ya! Rasulullah! Sesungguhnya mereka tidak menyembah para pastur dan pendita itu. Maka jawab Nabi saw:-
Maksudnya:-Betul! tetapi mereka (para pastur dan pendeta) itu telah menetapkan haram terhadap sesuatu yang halal, dan menghalalkan sesuatu yang haram, kemudian mereka mengikut. Yang demikian itulah penyembahannya kepada mereka. -H.R. Tirmidzi.
Ee sebagai orang Islam merasa malu danterhina bila bangsat seperti PAS tidak akan berani bersuara jika agama Islam diserang,contoh yang terbaru isu Siti Hasnah Vangarama tidak ada langsung didalam blog blog pakatan pembangkang atau pun haprak daily yang berani bangkit untuk membela kes murtad secara paksa ini. PAS jangan menambahkan lagi kebangsatan yang sedia ada.Semakin hari semakin kacau pegangan dan prinsip PAS dan dilihat semakin tersasar dari perjuangan asalnya.
Ee rasakan rakyat semakin jelas dan faham , golongan seperti PAS tidaklah seIslam seperti yang dipergambarkan,hanya pandai berlakun dengan jubah dan kopiah dan alim alim kucing,namun nafsu mereka seperti binatang.PAS,sedarlah,janganlah perbodohkan orang melayu dengan topeng kononnya alim dan tawadhuk,tetapi Allah Maha Berkuasa,segala kejahatan & kekotoran mereka terdedah satu demi satu.Mahukah anda menyokong parti yang bersifat jalang seperti PAS? Ee sarankan jauhi dari mereka, syaitan pun berjubah dan berkopiah jugak, pandang pandang dan fikir fikirkanlah.Jangan terlalu mengikut segala bisikan syaitan dajjal yang bertopengkan agama.
Pemimpin tertinggi PAS bukan saja menolak pelawaan Umno untuk menyertai Barisan Nasional (BN) bagi penyatuan agama, bangsa dan negara, malah secara rasmi menghalalkan kerjasama dengan DAP atas nama tahalul siyasi (kerjasama politik) yang didakwa dibenarkan Islam dan tidak menggadaikan prinsipnya untuk mewujudkan negara Islam.
Al-Quran juga mengecam orang-orang musyrik yang berani mengharamkan dan menghalalkan tanpa izin Allah dengan kata-katanya sebagai berikut;
Katalah! Apakah kamu mengetahui apa-apa yang Allah telah turunkan untuk kamu daripada rezki, kemudian jadikan sebagian daripadanya itu, haram dan halal; Katalah apakah apakah Allah telah memberi izin kepadamu ataukah memang kamu hendak berdusta atas nama Allah? Al-Quran Surah Yunus 59.
Dan fiman Allah lagi:- Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahawa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas(nama) Allah tidak akan dapat bahagia. - Al-Quran An'am 119.
Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, nyata sengaja melupakan kenyataan pemimpin veteran DAP, Karpal Singh, supaya PAS “langkah mayatnya dulu sebelum menubuhkan negara Islam”.
Sebaliknya, melabel kerjasama politik antara Umno dengan MCA dan MIC sebagai menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam sejak puluhan tahun memerintah.
Ramai bangsa Melayu berasa terpukul dengan kenyataan Hadi yang sadis ini. Nyata ulama ini amat taksub dalam perjuangan politiknya untuk menumbangkan Umno, sehingga mengetepikan dan memandang buruk semua usaha untuk berbaik antara parti sesama agama dan bangsa.
Baru-baru ini, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, meminta PAS menarik diri daripada kerjasama dengan DAP yang langsung tidak menghormati perjuangan menegakkan keagungan Islam, apa lagi untuk membenarkan PAS menubuhkan negara Islam.
“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP. Ini merugikan kita (umat Islam), jangan sebut mengenai perjuangkan Islam, tinggalkan DAP.
“Tak kisahlah sama ada PAS mahu bersendirian atau bergabung dengan Umno, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha PAS dalam memperjuangkan Islam akan terhalang,” kata Najib di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Sebenarnya bukan saja Najib berasa bimbang terhadap sikap biadap DAP ke atas Islam, tapi kebimbangan turut menular di hati pejuang Islam lain apabila pimpinan parti itu terang-terangan menentang usaha penubuhan negara Islam, apa lagi selepas melihat cara ia mengurus orang Melayu di bawah pentadbiran negeri Pulau Pinang.
Tindakan DAP membakar semangat bangsa Cina supaya tidak mengundi Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno, turut menjadi bukti hala tuju parti itu dalam usaha mereka menawan Putrajaya.
Pemimpin DAP juga tidak segan-segan untuk menjilat ludah mereka dalam usaha mencapai apa yang mereka idamkan.
Karpal antara paling lantang mengkritik PAS suatu masa dulu kerana mahu mewujudkan negara Islam dan kenyataannya — “langkah mayat aku dulu” — sudah pasti tidak akan dilupakan setiap umat Islam negara ini.
Allah berfirman yang bermaksud: Allah telah menurunkan AlQuran kepada Rasulullah di mana ianya terbahagi kepada Muhkamat (sahih) iaitu asas AlQuran dan Mutashabihat (2 makna) di mana manusia akan mentafsirkannya mengikut pandangan masing-masing tetapi maksud yang sebenar hanya Allah yang mengetahui. Dan sesiapa yang mempunyai kepandaian yang tinggilah yang dapat mentafsirkan ilmu itu dengan betul.
Disamping itu Rasulullah saw ada bersabda:-
Maksudnya:- Sesungguhnya kekejian dan berbuat-buat kekejian tidak sedikitpun dari islam. sesungguhnya manusia yang terbaik islamnya, ialah yang baik Akhlaknya.
Hadis Riwayat Ahmad dari Ibnu Abid Dun-Ya dg Isand Sahih.
Karpal juga antara pemimpin DAP yang pernah mendedahkan kegiatan tidak senonoh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 1997, tapi kini dia pula menjadi peguam bela bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang turut pernah dimaki kerana berbohong mengenai usaha menawan Putrajaya pada 16 September, 2008.
Ini adalah hakikat mengenai pemimpin DAP bernama Karpal Singh yang tidak boleh diubah sesiapa pun. Dia adalah musuh perjuangan Islam paling utama.
Tindakan Hadi menghalalkan kerjasama politik dengan DAP, malah berkata ia tidak menggadaikan prinsip Islam adalah keputusan yang amat mengaibkan pejuang Islam terutama ulama PAS yang membiarkan pemimpin mereka melakukan apa saja demi mencapai cita-cita politik.Tidak ada siapa yang boleh mendakwa Umno sebagai parti tonggak Melayu dan Islam, gagal dalam melaksanakan pentadbiran Islam kerana usaha memperkasakan Islam dilakukan setiap masa.
“Umno sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itulah prinsip asas perjuangan Umno. PAS sebaliknya boleh mengetepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik,” kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Justeru, tidak salah jika ahli PAS menerima nasihat Perdana Menteri supaya menilai semula kerjasama dengan DAP.
Seperti kata Dato Sri Najib, PAS tidak perlu menyertai Umno sebalik sudah cukup baik jika boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai perjuangan agama, bangsa dan negara.Hadi menyifatkan nasihat Dato Sri Najib itu sebagai janggal dan aneh kerana baginya PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno dan BN yang didakwa melakukan kezaliman.
“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama dengan pembangkang (DAP dan PKR) dibina dengan berpegang kepada dasar saling membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” katanya.
Kita mahu tahu di mana Umno dan BN tidak adil dan zalim? Adakah semua ahli PAS tidak mampu mencari rezeki yang halal di negara ini, adakah mereka tidak dibenarkan berjuang untuk parti, adakah masjid ditutup untuk mereka, adakah suara dan kritikan pemimpin mereka disekat daripada disebarkan?
Sudah tiba masanya, ahli PAS membuat pendirian mengenai hala tuju umat Islam negara ini. Jika pemimpin PAS menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menjadi “pak angguk” kepada BN, ahli PAS juga tidak boleh terus menjadi “pak angguk” untuk menerima apa saja keputusan dan dasar yang digariskan pemimpin tertinggi mereka.
PAS kini bukan sahaja tidak dominan dalam pakatan pembangkang malah terus diperkudakan oleh DAP dan PKR. Pemimpin PAS seperti Nik Aziz Nik Mat asyik tunduk dan mengikut rentak DAP walaupun parti itu terang-terangan menolak penubuhan negara Islam.
Pada pandangan Ee kerjasama PAS dan DAP sama sekali tidak menjadikan PAS lebih kuat sebaliknya semakin ditolak oleh ramai orang Islam berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak dan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Yang untung dan terus untung ialah DAP. Itulah yang membolehkan pemimpin utamanya, Lim Kit Siang terus menguntum senyum lebar termasuk dalam tidurnya.
Dalam prinsip perpaduan Islam, jalinan sesama saudara Islam perlu didahulukan tetapi Nik Aziz lebih jatuh cinta kepada Kit Siang. Belum pernah dalam sejarah PAS menjadi sebegitu dayus angkara Nik Aziz dan beberapa pemimpin PAS yang pro Anwar Ibrahim. Kesetiaan mereka bukan kepada Presiden PAS, Hadi Awang tetapi kepada Anwar dan ramai ahli PAS tahu hakikat itu. Golongan ini tidak besar tetapi berpengaruh dalam PAS.
Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman dan mereka akan melihat akibat daripada perbuatan mereka itu pada hari qiamat nanti. Terdapat di kalangan mereka melakukan kerja yang sangat baik seperti Abdullah bin Ubai yang sentiasa berada dalam masjid Rasulullah s.a.w. Kerjanya bersungguh-sungguh memberitahu orang ramai tentang kehadiran Rasulullah s.a.w. ke masjid. Bagaimanapun dia jugalah yang berkata: "Orang yang mulia akan mengeluarkan orang yang hina." Dia beranggapan bahawa orang-orang yang mulia (iaitulah golongan munafikin) akan mengeluarkan orang yang hina (Rasulullah).
Ketua Pembangkang itu pula telah terbukti tunduk kepada kehendak DAP demi mengejar impian untuk berkuasa. Belum pernah juga dalam sejarah, pembangkang dipimpin oleh tokoh paling dahsyat isu moralnya tetapi dihalal bukan sahaja oleh DAP, malah Nik Aziz. Awang hairan, sebagai ulama beliau tidak berpegang kepada prinsip moral.
Dalam isu perpaduan antara dua parti terbesar umat Islam, Nik Aziz menolak dan memperlekehkan usaha ke arah itu dengan pelbagai alas an dan hujah dangkal. Bahkan, beliau asyik menghina UMNO yang juga pendokong Islam- perbuatan yang bercanggah dengan ajaran agama.Ee merasakan sikap angkuh, riak dan kecelaruan Nik Aziz sudah menjadi liabiliti kepada PAS. Tok guru itu perlu dipertanggungjawabkan jika umat Islam terjajah oleh muslihat DAP dan PKR.Ee setuju dengan pandangan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya bahawa pihak yang menentang penyatuan UMNO dan PAS sebagai pengkhianat Islam.
Tetapi Nik Aziz tidak peduli semua itu. Beliau rela bersubahat dengan musuh Islam daripada berbaik dengan UMNO, parti paling banyak berjasa kepada pembangunan umat Islam. Sedangkan DAP mempunyai gagasan Malaysian Malaysia, yang agenda tersirat mahu menulis semula perlembagaan atas konsep kesamarataan bagi menjadikan Malaysia Negara republik. Konsep tersebut akan diolah hanya untuk menjulang kepentingan satu kaum kerana DAP sememangnya parti paling rasis bertopengkan istilah demokratik.Ee tidak nampak jasa DAP kepada kaum India apatah lagi Melayu.
Jika PAS tunduk kepada pemikiran Kit Siang dan Netanyahu, ia akan menjadi parti Islam paling hina di muka bumi ini. Ee percaya parti itu akan menerima hukuman lebih berat daripada masyarakat Islam pada pilihan raya umum akan datang.
Tetapi yang lebih menuntut persoalan, apakah PAS mahu melanggar perintah dan peringatan Allah berkaitan soal penyatuan umat Islam.
Cuba renungkanlah hadis daripada Abu Hurairah ra. berkata:
Rasulullah saw. bersabda; "Akan
timbul di akhir zaman orang-
orang yang mencari keuntungan
dunia dengan menjual agama".
"Demi kebesaran Ku, Aku
bersumpah akan menurunkan
suatu fitnah yang akan terjadi di
kalangan mereka sendiri,
sehingga orang yang alim
( cendikiawan ) pun akan menjadi
bingung (dengan sebab fitnah
itu)".
- H.R Tarmiz.
PAS sering melaungkan bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Fahaman ini jelas sesat kerana PAS hanyalah sebuah parti politik dan bukannya agama. Bila namanya politik, tidak boleh tidak ia tetap akan terpalit dengan kotoran. PAS telah dengan sengaja mencemar nama Islam dengan menamakan parti mereka dengan nama Islam.
Nama Islam tercemar dengan sifat pemimpin-pemimpian seperti Nik Aziz mahupun Hadi Awang bukannya berdakwah tetapi berpolitik. Kedua-dua manusia yang menggelar diri sendiri ulama ini bertungkus lumus siang malam bukannya untuk membuat kebajikan mahupun menyebarkan agama, tetapi seluruh hidup manusia berdua ini dipusatkan ke arah memenangi pilihanraya. Matlamat utama hidup mereka bukan kejayaan akhirat tetapi kuasa semata-mata. Mereka juga tidak malu untuk menanam sifat membenci terhadap musuh-musuh politik mereka.
Orang yang benar-benar berdakwah tidak perlukan kuasa memerintah untuk berdakwah. Dakwah boleh dilakukan di mana jua, malah lebih afdal jika dilakukan di kawasan pendalaman di mana Islam belum bertapak dengan kukuh. Jika konsep dakwah itu benar-benar diambil kira, siapa di antara ulama PAS yang pernah berdakwah dengan sebenar-benarnya? Semua Ulama PAS siang malam hanya bercakap mengenai politik sahaja.
Isu judi, arak, babi, wanita, Israel, Zionis malah liwat juga dimanipulasi sesuka hati oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka sebagai ulama ini. Mereka melakukannya tanpa gusar, tanpa kesal dan sedikit pun hati mereka tidak bergetar tatkala ?menemui? Allah lima kali sehari sedangkan mereka mengetahui apa yang benar dan apa yang tidak. Malah PAS juga langsung tidak gentar bermain dengan isu kafir sekalipun.
Cukuplah malulah dengan bangsa lain..cubalah lihat hari ini kerana Melayu asyik bertelingkah saja maka mereka yang bukan Islam cuba mencampuri urusan agama kita.Fikirkanlah demi agama,bangsa dan negara...jangan jadi petualang dan jangan dengar pembohongan dari dajjal pembangkang yang cuba memporak perandakan negara semata mabuk kuasa..Fikirlah dengan tenang..
Biarlah Ee cerita sedikit kisah yang pernah diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada sekumpulan jemaah selepas baginda berdoa panjang di Masjid Bani’Muawiyah.
“Aku memohon kepada Allah agar janganlah membinasakan umatku musim susah yang panjang maka ia diperkenankan.
“Aku memohon agar umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir yang melanda umat Nabi Nuh atau Raja Firaun bersama tenteranya yang ditenggelamkan di lautan) maka permohonanku itu diperkenankanNya jua.
“(Tetapi apabila) aku memohon agar umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan (permusuhan, pergaduhan atau peperangan) sesama mereka), permohonan ini tidak diperkenankan (oleh Allah). (Hadis 2464 riwayat Muslim).
Seandainya tiba saat kebinasaan itu maka segala-galanya sudah terlambat.
Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
- H.R Tarmizi (Sumber Hadis 40).
Kemenangan Mat Sabu telah membuktikan bahawa pimpinan para ulama' "PAS tidak berguna dan hanya menjadi duri dalam daging PAS saja".Begitu juga PAS kini semakin tidak berperinsip kerana asyik dalam memperjuangkan Anwar Ibrahim yang menghadapi masalah video sex dan petuduhan liwatnya.Perjuangan Islam tidak lagi menjadi keutamaan kepada PAS kerana parti itu kini mengikut telunjuk DAP dan PKR.PAS sanggup mengugurkan perjuangan penubuhan negara Islam dan hudud kini PAS berjuang untuk negara berkebajikan ini semua demi mengikut telunjuk syaitan DAP dan PKR.Bukan rakyat saja yang kena tipu demi kekuasaan dan keduniaan dengan Allah pun Parti PAS sanggup bohong.
Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..Fahamilah dan Halusilah segala yang tersurat mahupun yang tersirat di dalam Al Quran mahupun Hadis.Bacalah dengan kusyuk dan penuh pemahaman gunakanlah akal yang diberi Allah demi agama,bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment