Wednesday, June 29, 2011

Masa Ee belajar dengan ustaz2 di kampung dulu mereka berkata orang munafik bila mati nanti lidahnya akan dipotong ataupun disula dengan api Neraka..





Pada Ee parti PAS selama guna nama Parti Islam SeMalaysia ini pun, tidak nampak apa yang sangat diperjuangkan PAS, melainkan jubah menyapu lantai, janggut berserabai dan kain serban yang ntah berapa lama tak basuh.
Apatah lagi bila perjuangan Islam dah ditinggalkan ni untuk negara berkebajikan pulak.

Bukan maksud Ee nak mempersendakan sunnah tapi sekadar nak menyatakan itulah pakaian orang-orang PAS selama ‘mengaku’ memperjuangkan Islam.  Seolahnya Islam itu diukur dari pakaian semata-mata.

Itu satu hal, dan seakan ada satu kemestian, asal saja seseorang lelaki masuk PAS dan berpakaian berserban dan berkopiah, automatik dapat gelaran Ustaz, yang perempuan Ustazah.  Mat sabu yang mulut lebih macam buntut ayam itu pun digelar ustaz sehingga sekarang.Hehehe..siapa nak dapat gelaran ustaz atau ustazah tak perlu dapat belajar sampai empat sanawi cukup masuk PAS,hari daftar masuk besuk dapat gelarannya.

PAS selama hari ini menipu orang saja kerjanya, daripada nama parti itu sendiri yang menimbulkan kekeliruan, sehinggalah kepada Perjuangan Islam dan hudud macam biskut Chipsmore (kejap ada, kejap takde).
Apa yang Ee maksudkan itu negara Islamlah, itu yang penganut di dakwa sebagai Parti Islam SeMalaysia atau SeMalaya diawal penubuhannya.

Negara Islam dan perlaksanaan hudud yang jadi kiblat perjuangan PAS ni bukan perkara satu perkara kecil .  Ada isteri jadi janda dan anak menjadi yatim, (sebab yang terkorban orang lelaki semuanya). Oleh sebab besarnya perkara itu, sehari dua cakap soal ni mana cukup, perlu dipanjang-panjangkan jangan cepat lupa.Sekarang ini negara kebajikan pulak. 

Perjuangan negara kebajikan ini tak perlu pakai serban dan jubah.  Tak perlu nak selit-selit ayat al-Quran bila berceramah.  Tak perlu lulusan Al-Azhar untuk bercakap tentangnya.  Sapa pun boleh cakap nak turun harga, turun minyak dan turun apa pun.Dan kenapa PAS tidak menukar namanya selari dengan pertukaran perjuangannya pun kita tak faham.Nama parti tidak boleh lari dari matlamat perjuangan.  Kalau nama parti Keadilan, mesti perjuangan untuk keadilan walaupun perjuangan satu orang.  Kalau parti sosialis (adik komunis yang akhirnya jadi kawan Nik Aziz), mesti perjuangkan agenda sosialis, dan seterusnya.



Sebenarnya UMNO dah lama buat itu (kebajikan) tapi pemimpin dan penyokong PAS buat2 tak nampak sebab mata,telinga dan hati mereka telah buta atau telah dibutakan. Dan yang nak dibuat itu pulak meniru apa yang UMNO dan BN dah laksanakan di Malaysia ni, cuma ditambah baik mana-mana perlu saja.Dan berapa banyak parti memerintah dalam dunia yang bagi kebajikan pada rakyatnya tanpa letak perkataan kebajikan.Hari ini kita tanyalah orang-orang dinegeri yang ‘parti kebajikan’ ini perintah.  Setakat mana berkebajikannya?  Kalau tak sebab Nik Aziz nak berkuasa sehingga Izrail datang menjemput, apa yang boleh nak dibanggakan dengan Kelantan tu?..

 Ee nasihatkan cukuplah dan hentikanlah menipu orang ni.Hanya orang2 yang taksub dan boleh dikatakan bodoh2 alah je yang main angguk je menerima apa yang dikatakan pemimpin2 munafik HamPAS.Jika ada yang terpelajar pun, itu sebab dia boleh memperbodohkan yang lebih bodoh dibawah, sebab itu dia masuk PAS.  Bertanding di kalangan orang bodoh memang peluang untuk nampak lebih hebat.Kalau tak nak nampak hipokrit dan munafik, kita semua cabar PAS tukar namanya kepada PKS (Parti Kebajikan Malaysia), ada berani?  Bukan itu saja, Mursyidul Am jadi Kebajikan Am, Majlis Syura Ulama tukar jadi Majlis Syura Kebajikan dan sebagainya, baru betul-betul KEBAJIKAN.

Kadang-kala buah fikiran Mursyidul Am Pas Nik Aziz amat mengelirukan umat Islam di Malaysia.
Paling tidak, ianya mengundang persoalan samada Nik Aziz berucap bagi pihak dan agenda umat Islam di sini, ataupun berucap demi untuk kepentingan politik beliau.
Tidak lama dahulu, Lee Kuan Yew melancarkan bukunya yang bertajuk, "Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going".
Salah satu ‘hard truth’ yang dibincangkan oleh bekas Perdana Menteri Singapura (yang secara tersiratnya masih berkuasa) adalah supaya umat Islam di Singapura  "Tidak terlalu berpegang pada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara tersebut".
Ee belum berkesempatan untuk membaca buku tersebut, tidak pasti bentuk  dan ajaran Islam yang mana satu Lee Kuan Yew pertikaikan yang boleh menghalang proses integrasi dan pembangunan Singapura. 
Namun, banyak pihak yang merasakan bahawa Lee Kuan Yew telah menyelar dan menuduh agama Islam sebagai penghalang kepada keharmonian dan kemakmuran negara Singapura. Tidak ada yang lebih pedih untuk umat Islam jika agamanya dikatakan mengundang pelbagai masalah.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasarudin Hassan sendiri mengutuk keras Lee Kuan Yew dengan "Menyifatkan tuduhan Kuan Yew bahawa Islam menjadi penghalang kepada integrasi dan pembangunan di Singapura tidak ubah seperti musuh yang melihat Islam dengan api dendam serta permusuhan berpanjangan”.
Diikuti pula oleh Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (UM), Dr. Mohd. Roslan Mohd. Noor yang berkata,kenyataan tersebut memperlihatkan bekas Perdana Menteri Singapura itu mempunyai sifat Islamofobia dan cuba mengajar orang Islam tentang agama mereka".

Ini merupakan pandangan semulajadi dari pihak yang merasakan bahawa maruah Islam dan penganutnya tercabar oleh mereka yang tidak tahu menahu dengan ajaran dan cara hidup orang Islam secara amnya.
Walaubagaimanapun, Nik Aziz mengambil jalan yang berlawanan dengan pemikiran Islam kontemporari apabila beliau, tanpa provokasi oleh mana-mana pihak telah bukan sahaja  tidak mempertikaikan kenyataan Lee Kuan Yew malah telah memperlecehkan umat Islam di Malaysia dengan berkata sesetengah dari kita bangsa Melayu di sini telah menolak Islam dan mengambil perjuangan kebangsaan sebagai ganti kepada agama.
Beliau berkata : “Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Kuan Yew. Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Kuan Yew”.

Apakah hina sangat penganut dan perkembangan agama Islam di Malaysia berbanding perkembangan agama Islam di Singapura? Adakah jasa Lee Kuan Yew ke atas perkembangan syiar Islam di Singapura lebih besar dari jasa para pemimpin negara ini dari merdeka hingga sekarang?
Nik Aziz lupa adakah terdapat guru guru agama atau ustaz ustaz yang menjadi ahli politik di Singapura? Adakah seorang yang bernama Nik Aziz boleh diiktiraf menjadi menteri di Singapura?
Oleh kerana sistem sosio-politik dan Perlembagaan berteraskan dan menitik beratkan Islam lah yang membolehkan agama Islam berkembang dengan hebat di Malaysia.

Nik Aziz mungkin tidak pandai membezakan antara agama dan ideologi politik. Islam dan nasionalisme bukannya berada di dalam kelas yang sama. Umat Islam boleh berfahaman kapitalis atau feudal atau pun  sosialis jika ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebab itu ucapan beliau mengelirukan orang ramai. Sehinggakan jawaban balas beliau tidak sedikit pun menyentuh mengapa Islam di Singapura lebih baik dari Malaysia. Bahkan beliau mengutuk Umno dengan menyentuh hal hal yang tidak berkaitan langsung seperti Masjid Dhirar dan sekolah-sekolah agama di Thailand.Bagi Nik Aziz, perkara pokok yang menjadi benih serangan beliau adalah – semangat nasionalisme dan perjuangan bangsa adalah ajaran sekular. Tidak kurang dari itu.

Adakah PAS sudah sekular? Adakah Nik Aziz menjilat ludah beliau semula? Adakah Pakatan Rakyat memperjuangkan bangsa masing masing?."Namun setelah dibidas Tun Mahathir, Nik Aziz hanya berkata, beliau tidak pernah di minta untuk dilahirkan sebagai Melayu.Mengaku Melayu pun Nik Aziz malu tidak mustahil satu hari nanti Nik Aziz malu pula untuk mengaku Islam..ini semua kerana kenyanyukkannya".

Sebab itu walau pun sudah berpuluh tahun pejuang nasionalis Melayu menegaskan perjuangan mereka adalah demi bangsa dan ugama, Nik Aziz tetap tidak mahu terima. Jadi tidak ada gunanya lagi kita cuba menerangkan kepada Nik Aziz kerana beliau sememangnya tahu tapi sengaja tidak mahu iktiraf.

Masa Ee belajar dengan ustaz2 di kampung dulu mereka berkata orang munafik bila mati nanti lidahnya akan dipotong ataupun disula dengan api neraka.


No comments:

Post a Comment