Baru-baru ini Ketua Penerangan UMNO Melaka, Datuk Idris Haron menyifatkan penafian yang dibuat oleh Apco Worldwide itu menyerlahkan lagi pembohongan Anwar selama ini termasuk berbohong di Dewan Rakyat sehingga digantung selama enam bulan.
“Apa lagi yang Anwar hendak nafikan, surat Apco Worldwide itu juga satu pembohongan, saya yakin Anwar akan manafikan wujudnya surat itu dan akan mereka-reka cerita dan mungkin menuduh surat itu sudah dirancang.
“Sebenarnya pembohongan dan penipuan Anwar bukanlah perkara baru, bermacam-macam helah dilakukan untuk mendapat simpati dari rakyat, dahulu ketka pembicaraan kesnya di mahkamah, dia pakai penyokong leher, tetapi apabila balik ke penjara dia tanggal benda tu, ada gambar diedarkan mengenai perkara tu.
“Dulu heboh nak ambil alih Putrajaya pada 16 September, ramai ahli parlimen kita akan melompat ke pakatan pembangkang, tetapi bila tiba masa perkara itu tak berlaku, pelbagai alasan diberi, sebaliknya apa yang berlaku, wakil rakyatnya yang keluar PKR beramai-ramai,” katanya kepada UMNO-Online.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz mendedahkan surat surat dari Apco Worldwide bertarikh 19 Ogos 2010 ditandatangani Ketua Eksekutif Apco Rantau Eropah, Timur Tengah dan Asia, Brad Staples bahawa firma itu dilantik kerajaan Malaysia bagi menyediakan khidmat komunikasi.
Surat itu itu menyatakan Apco tidak pernah terlibat mencipta gagasan 1Malaysia atau mempunyai kaitan dengan One Israel seperti yang didakwa Anwar sebelum ini dan juga bukti kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk mewujudkan kes prima facie terhadap Anwar dalam prosidingnya sebelum ini.
Beliau juga Ahli Parlimen Tangga Batu berkata pembohongan dan penipuan Anwar berlaku di mana-mana bukan sahaja ketika berceramah, malah pembohongan itu turut dilakukan ketika di dewan Rakyat.
“Pembohongan Anwar ni bukan perkara baru, bermacam-macam pembohongan yang dibuat untuk mengaburi rakyat supaya rakyat benci kepada BN, malah dalam partinya pun turut berlaku pembohongan.
“Kes pengantungannya turut dijadikan modal untuk berbohong, dia menuduh tidak diberi peluang ketika di Dewan Rakyat sedang sudah diberi peluang membela diri tapi disalah guna oleh pembangkang yang cuba menggagalkan hukuman itu,” katanya.Idris berharap rakyat sedar dengan apa yang dilakukan oleh Anwar dan tidak terpedaya dengan tipu helah serta janji kosong yang dibuat olehnya serta pakatang pembangkang dan akhirnya tidak mampu ditunaikan.
Kepala surat Kerajaan Israel, satu lagi penipuan Anwar?
KUALA LUMPUR 1 April – Cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk
mengaitkan kerajaan dengan Israel melalui surat perjanjian syarikat
perunding antarabangsa, Apco Worldwide (Apco) mendedahkan satu lagi
penipuan besar Ketua Pembangkang itu.
Ini kerana, adalah sesuatu yang pelik apabila surat Apco (GDI
International) yang didakwa Anwar dihantar oleh syarikat itu kepada
Kerajaan Israel bertarikh 23 Disember 1991 menggunakan kepala surat
Kerajaan Israel.
Lazimnya, kepala surat sesebuah kerajaan hanya boleh digunakan jika
surat itu dihantar oleh kerajaan tersebut kepada pihak lain dan
bukannya daripada sebuah syarikat swasta kepada sesebuah kerajaan.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika
diminta mengulas mengenai ‘senario pelik’ itu berkata, beliau tidak
hairan dengan apa yang berlaku kerana mendakwa Anwar memang seorang
kaki putar belit.
“Saya secara peribadi tidak lagi percaya apa yang Anwar cakap.
Nama-nama Yahudi yang dia sebut itu semuanya individu yang dia kenal.
“Jadi apa nak pelik dengan penggunaan kepala surat sebuah kerajaan
asing kerana Anwar memang seorang yang terkenal dengan kehebatan putar
belit,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Penggunaan kepala surat kerajaan Israel itu dikesan selepas Anwar
memuat turun surat yang didakwa sebagai perjanjian antara kerajaan
Israel dengan GDI International dalam blognya http://anwaribrahimblog.com/ semalam.
Selain surat perjanjian tersebut, Anwar turut memuat turun dua lagi
surat perjanjian setuju terima dan surat perjanjian antara kerajaan
Malaysia dengan Apco.
Selasa lalu, ketua pembangkang itu ketika memberi penjelasan
berhubung dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada idea One Israel,
menuntut supaya kerajaan membatalkan kontrak perkhidmatan dengan Apco.
Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mendesak
supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat apa yang
didakwa kononnya skandal yang mencalar maruah negara.
Mengulas lanjut, Zahrain berkata, isu tentang Israel yang cuba
dikaitkan oleh Anwar tidak timbul sebenarnya kerana Apco adalah
syarikat antarabangsa yang diakui antara terbaik dalam industri
perundingan.
“Apa yang Anwar kata ini tidak boleh pakai, dia sengaja nak pusing
isu bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya kerajaan kita adalah barua
Israel,” jelasnya.
Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Mohsin Fadzli Samsuri berkata, dalam dunia yang serba canggih sekarang
segalanya boleh dilakukan termasuk bagi tujuan penipuan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai tidak menolak kemungkinan
penggunaan kepala surat kerajaan Israel itu ada unsur penipuan bagi
mencemarkan imej kerajaan.
“Saya pelik juga tetapi penipuan boleh berlaku dalam apa keadaan pun sekarang,” ujarnya.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembohong besar dan akan melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya itu.
"Keraguan saya terhadap Anwar bermula pada kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Sebagai peguam saya mengambil kes atas dua asas pertama iaitu saya percaya dia tidak melakukan dan kedua, saya mempunyai pembelaan yang kuat. Kes liwat pertama dulu saya bersama peguam-peguam bela yang lain percaya kami mempunyai pembelaan yang kuat kerana ia berlaku terlalu lama sebelum dituduh.
"Tetapi bagi kes Saiful ia terlalu dekat, ditambah pula dengan sumpah laknat. Keraguan ini bertambah jelas dalam isu kalimah Allah. Anwar bersetuju kalimah Allah digunakan oleh orang kafir sebab mahu menarik undi orang bukan Islam. Bagi saya itu satu penghinaan yang jelas terhadap Islam," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain berkata, Anwar sanggup mempertahankan sahabat-sahabatnya daripada DAP biarpun tindakan mereka menindas masyarakat Melayu dan Islam.
"Saya dipecat kerana mempertikai kerja-kerja yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Apabila saya beritahu Anwar tentang kerja-kerja DAP yang menindas orang Melayu dan Islam, saya pula yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti kerana bagi dia, DAP amat penting dalam menarik sokongan bukan Islam.
"Anwar memang luar biasa, kalau orang macam saya saja kena tipu tidak apa. Tetapi Presiden Amerika dan Presiden Turki pun kena kelentong dengan dia. Dengan kita dia cakap lain, depan orang lain dia cakap lain. Contoh paling mudah, 16 September, sampai hari ini tidak ada apa," katanya.
Kedua-dua mereka berceramah di ceramah perdana yang dianjurkan Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) Pasir Mas anjuran Ahli Parlimen Datuk Ibrahim Ali.
Termasuk Ibrahim dan kedua-dua ahli Parlimen berkenaan bersetuju masalah yang melanda masyarakat Melayu dan umat Islam hari ini sehingga menyebabkan perpecahan besar, berpunca daripada Anwar, yang mahu cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.
Puak-puak pembangkang ni kalau menang, heboh Pakatan Rakyat sana Pakatan Rakyat sini tapi bila kalah, Pas kalah, PKR kalah, tak pulak disebut Pakatan Rakyat yang kalah ya.
Ni semua perang psikologilah ni, nak menunjukkan kesatuan palsu ini berjaya kononnya.
Hah, sekarang dah kalah, apa lagi, laungla Pakatan kalah, Pakatan ditolak, Pakatan bungkus, Pakatan to the End?apa tak laung? Kata Pakatan sangat tapi ambil yang cantik saja, bab yang buruk pandai pulak guna nama masing-masing?
Seperti biasa, media pembangkang secara halus cuba menidakkan kejayaan BN (walaupun mengaku kekalahan) dengan ayat-ayat seperti benih-benih, butiran butiran dan apa segalalah yang kita tak nampak di mana berkaitannya pun.
Jangan kalau depa menang kang?
Kemenangan berganda di Kerdau, Merlimau dan PRU Sarawak baru-baru ini bukanlah penamat kepada usaha membenteras penipuan dan harapan palsu pembangkang. Sebaliknya BN perlu dijadikan pembakar semangat untuk merampas kembali negeri dan kerusi yang terlepas dari pembangkang pada PRU 12 yang lalu.
Kemenangan berganda di Kerdau,Merlimau dan PRU Sarawak baru-baru bukanlah penamat kepada usaha membenteras penipuan dan harapan palsu pembangkang. Sebaliknya ia perlu dijadikan pembakar semangat untuk merampas kembali negeri dan kerusi yang terlepas dari pembangkang pada PRU 12 yang lalu.
BN layak untuk meraikannya tetapi yang lebih penting BN perlu terus berusaha memantapkan jentera untuk menambah bisa.Sekarang kita tahu, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz tidak lagi mampu memberi kesan seperti dulu. Ada dikalangan penyokong mereka sendiri berpendapat harapan dan pembohongan yang disebar pemimpin mereka semakin tidak ada kualiti. Bukti? Jauh sekali.
Isu APCO, rasuah, penyelewengan, buku jingga, air percuma yang seringkali dijadikan modal pilihanraya sudah terbukti tidak lagi berkesan untuk mempengaruhi undi. Fitnah ke atas DS Rosmah juga tidak memberi kesan yang diharapkan.
Gambar Nik Aziz berdoa sambil memejamkan mata juga sudah tidak dipedulikan orang.Baru-baru ini PAS demi kuasa mereka juga sanggup menolak negara Islam yang selama ini diperjuangkannya semata mengikut telunjuk DAP.
Pendek kata, rakyat sudah muak dengan propaganda basi pembangkang.Anwar Ibrahim dan pemimpin2 PAS berbohong seolah mereka tidak akan mati dan sentiasa menongkat langit selamanya.
Anwar? Lagilah tak laku. Fitnah konon anak pemimpin BN bawa keluar RM 200 billion yang dilemparkan di Merlimau juga tidak menjadi. RM 200 bilion tu, circulation wang dalam negara pun tak sampai 200 billion tapi Anwar boleh tuduh anak pemimpin BN bawak keluar wang beratus billion!! Kempen BN semakin tersusun, dengan strategi yang betul digunakan setiap kali.
Ini yang kita mahu lihat berterusan. Jihad menentang fitnah pembangkang juga perlu diteruskan, jangan berhenti atau hanya aktif setiap kali pilihanraya kecil berlangsung. Bukan nak angkat bakul, tapi laman ini merupakan antara yang aktif dan konsisten menentang dakyah pembangkang, tidak kira ada pilihanraya atau tidak.
Daripada 15 pilihanraya kecil yang berlangsung sejak 2008, BN dah menguasai 8 daripadanya manakala Pakatan Rakyat 7. Kita memang macam hero hindustan, kalah dahulu menang kemudian.
Sejak pilihanraya kecil Permatang Pasir, komponen Pakatan Rakyat, Pas, tidak pernah menang dalam sebarang pilihanraya kecil. Yang menang itu pun ada majoriti yang merosot begitu teruk sekali seperti di Manek Urai.
Kita tidak nampak petanda lain, melainkan rakyat semakin menerima kepimpinan Perdana Menteri dan menolak cara pembangkang.
Dan janganlah kamu iri hati,dalam Allah melebihi kurniaNya kepada sebahagian kamu dari yang lainnya,Untuk pria ada bahagian (pahala) dari hasil kerjanya dan untuk wanita juga ada bahagan (pahala) dari hasil kerjanya.Mintalah kepada Allah kurniaNya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.(An Nisaa' ayat 32).
Kerana iri hati dengan pimpinan UMNO menjadikan PAS begitu bodoh sanggup menjual maruah parti .Memang benar pun PAS bodoh, sekiranya tidak, masakan mereka yang selalu jadi balaci pencacai keldaian PKR dan DAP selama ini! Siapa yang sanggup tidur atas jalan sambil pegang bendera? Pencacai PAS, bukan? Untuk pengetahuan pembaca semua, rakan-rakan PAS saya sangat malu dengan perbuatan bodoh itu dan mereka sendiri turut menggelar penyokong parti yang bersifat begitu sebagai “bodoh”, “tolol” dan “pencacai pengangkat najis DAP dan PKR”!
Justeru itu, secara tidak langsung, maka kini sudah sah bahawa PAS sudah melupakan agenda penubuhan negara Islam dan mendaulatkan Islam di negara ini. DAP dan PKR pastinya bersorak sakan. Rakan-rakan PAS saya menggetap bibir marah! Baguslah begitu.
Inilah orang tua yang tak sedar diri, sebenarnya dialah yang menjadi liabiliti kepada PAS sekarang. Orang yang pro-UMNO yang juga berbangsa Melayu dan beragama Islam itu dianggapnya musuh PAS, dia yang menyokong kafir lahanat yang terang-terang tolak Islam dianggap sebagai penyelamat. Baguslah PAS ada pemimpin macamHadi Awang dan NIK AZIZ ni, lebih senang kita hadapi PAS seperti mana PAS senang menghentam UMNO ketika dibawah Dolah dulu.
Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman dan mereka akan melihat akibat daripada perbuatan mereka itu pada hari qiamat nanti. Terdapat di kalangan mereka melakukan kerja yang sangat baik seperti Abdullah bin Ubai yang sentiasa berada dalam masjid Rasulullah s.a.w. Kerjanya bersungguh-sungguh memberitahu orang ramai tentang kehadiran Rasulullah s.a.w. ke masjid. Bagaimanapun dia jugalah yang berkata: "Orang yang mulia akan mengeluarkan orang yang hina." Dia beranggapan bahawa orang-orang yang mulia (iaitulah golongan munafikin) akan mengeluarkan orang yang hina (Rasulullah).
Firman Allah dalam Ali Imran yang bererti:--
"'Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara” [Surah Ali-Imran ; 103]
No comments:
Post a Comment