Friday, June 29, 2012

Jangan Tertipu oleh PAS..Bacalah demi Agama,Bangsa dan Negara..Ikut PAS Sesat..Ikut Islam kamu Selamat Dunia dan Akhirat..









Ee ingin mengambarkan bahwa imej hipokrit yang sudah sebati dengan jiwa Anwar boleh dilihat dengan jelas melalui peranannya memperkudakan golongan agama terutama ulama'2 PAS.Ee ingin terangkan dengan jelas-sejelasnya bagaimanaAnwar mahu menyelamatkan karier politiknya berhubung dakwaan liwat, Anwar sanggup menggembeleng sokongan ulama antarabangsa seperti Sheikh Yusuf Qardhawi dan Sheikh Wehbah Zuhaili untuk menjadi jurucakap beliau mempertahankan maruah dirinya.Namun dalam kamar penghakimannya baru2 ini hakim membebaskan Anwar atas alasan melakukan liwat atas dasar suka sama suka.Kalau tak faham lagi akan makna semuanya itu Ee pun tidak boleh nak kata apa "Beballah tu maknanya"..Pada pendapat Ee inilah manusia yang bernama Anwar yang sanggup menodai kesucian agama Islam serta menggadaikan maruah umat Islam semata-mata kerana mahu bersekongkol dengan Zionis-Yahudi.

Apa yang Ee nampak rakyat kini membuka mata mereka tentang kebenaran kenyataan Dr Mahathir bahawa Anwar rela melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia termasuk mendapat sokongan Amerika Syarikat dan Israel.Ee nampak dan semua nampak bahawa kini Anwar berdepan dengan realiti yang diciptanya sendiri.Dan apa yang Ee nampak semenjak ulama2 PAS dan penyokongnya mengadakan solat hajad secara besar2 bagi menunjukan kebenaran kini telah dipertontonkan oleh Allah SWT dengan terang tanpa perlu bersuluh lagi.

Ee ingin terangkan juga bahawa antara kegemaran Anwar Ibrahim adalah bersumpah palsu di mana-mana saja beliau berceramah kepada rakyat di pelusuk tanah air terutama pada penyokong PAS tegar beliau akan bersumpah.Beliau begitu beranai mempermainkan sumpah dengan nama Allah utk membela diri sendiri kononnya beliau sentiasa bersih seolah kapas yang tidak tercemar.Namun apabila dikaitkan dengan dakwaan liwat oleh bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan beliau begitu takut utk bersumpah palsu..Ee katakan disini bahawa manusia bernama Anwar ini hanya tahu mengunakan sumpah semata utk kepentingan peribadinya saja utk menjadi Perdana Menteri dan yang menjadi saksi sumpahnya adalah kalangan ulama'2 PAS yang dua kali lima dengannya juga.

Bila sebut saja ulama' PAS Ee pasti akan teringat bagaimana ulama' PAS ni menghasut rakyat dengan mengkafirkan orang2 UMNO atas sebab bergabung dengan MCA dan MIC tapi pada Ee mereka kini sudah tidak relevan lagi sejak bersetongkol dengan DAP musuh Islam dan bangsa Melayu nombor wahid..Ee ingin bawakan pengakuan bekas orang kuat PAS pada satu masa dulu spt yang tersiar dalam akbar tidak berapa lama dulu..

Ee ingin bawakan tulisan Hanan Alawiyyah ruangan Rencana Pilihan di Utusan Malaysia 30 Mac lalu dan sebagai orang yang dinamakan oleh Timbalan Presiden Pas Abdul Hadi Awang terlibat mengkafirkan UMNO, saya ingin menyatakan bahawa memang benar dakwaan beliau itu. Ini kerana sepanjang penglibatan saya dalam Pas sejak 1956 hingga 1994 memang saya merupakan salah seorang pemimpin Pas yang mengkafirkan UMNO.Saya terlibat secara aktif di dalam Pas di dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Selain menjadi guru agama Kementerian Pendidikan, saya turut terlibat secara aktif mempelopori pengeluaran kaset ceramah Pas di bawah perniagaan OK yang pernah mempunyai kedai di Tingkat Satu Bangunan Pas Kelantan di Jalan Datuk Pati, Kota Bharu.

Terlalu banyak kaset rakaman ucapan pemimpin Pas sama ada di dalam ceramah, atau perjumpaan termasuk mungkin ucapan Hasan Mat Saman yang ada dalam simpanan Hanan Alawiyyah.Saya sebarkan kaset-kaset itu secara bebas sama ada kepada penyokong atau bukan penyokong Pas.Kerana begitu akrab saya dengan kepimpinan Pas sama ada di Kelantan dan Terengganu tidak memungkinkan mereka tidak mengetahui bahawa saya beriktikad sebelum ini bahawa orang UMNO itu kafir.Apabila kafir mereka perlu dilayan sebagai orang kafir yang tidak membolehkan mereka dijadikan imam sembahyang, dijadikan wali pernikahan, dimakan sembelihan mereka dan diurus jenazah mereka sebagaimana jenazah orang Islam lain.

Bukan saya seorang sahaja yang berpegang kepada hukum begitu, tetapi ramai pemimpin besar Pas yang turut mempunyai keyakinan yang sama.Ini berlaku apabila ulama-ulama Pas dalam majlis-majlis parti, khasnya selepas era Asri membuat pelbagai tafsiran daripada al-Quran dan hadis menggambarkan hanya Pas sahaja jemaah Islam dan jemaah-jemaah lain termasuk UMNO adalah barisan tag-hut yang menjadi musuh Allah dan Rasul-Nya serta musuh orang-orang yang beriman.Pemimpin Pas mentakwilkan bahawa UMNO tergolong daripada golongan murtad kerana pelbagai kesalahan dari segi jenayah agama.

Kesalahan-kesalahan itu termasuklah dakwaan UMNO mengamalkan dan menyeru serta berjuang di atas dasar kebangsaan yang ditakrifkan sebagai asabiah yang tidak diakui umat oleh Rasulullah, dakwa mereka.
Mereka juga mendakwa orang UMNO dianggap murtad kerana redha memilih hukum selain daripada hukum Allah untuk dijadikan dasar pemerintahan negara dan rela memerintah bersama dengan bukan Islam dan berpegang dengan perlembagaan yang digubal oleh Suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid.Selain daripada itu, pelbagai alasan dan takwil lagi yang digunakan untuk dikiaskan oleh jemaah ulama Pas bahawa menyertai UMNO jika dengan jahil dianggap dosa dan jika dengan ilmu dinggap murtad.Tanyalah sesiapa pun pemimpin Pas, hati kecil mereka tentu yakin kerana itulah trend tarbiah (baca propaganda) pemimpin Pas untuk menakutkan orang menyertai UMNO khasnya pada era pasca-Asri.

Angkara yang dilakukan oleh saya ini berterusan sehinggalah ke tahun 1994. Sejak tahun itu saya mulai sedar dan yakin bahawa semua hukum yang dikeluarkan oleh Pas tidak lebih daripada mainan politik.Buktinya sejak menang dalam pilihan raya di Kelantan pada tahun 1990, Pas tidak menjadikan Islam sebagai agenda pemerintahan. Sebaliknya apa yang berlaku pemimpin-pemimpinnya sibuk menyukat kawasan balak dan sibuk mengenyangkan tembolok masing-masing.
Dari sinilah mereka mula meredakan soal mengkafirkan orang UMNO. Helah mereka ialah orang ramai sudah tahu batas-batas iman dan kufur, maka tidak perlulah kita membesar-besarkannya lagi.Bagaimanapun, apa yang berlaku di peringkat bawahan tidak pula begitu. Di kawasan-kawasan pedalaman masih ramai yang melakukan solat Jumaat di luar mukim kerana tidak mahu berimamkan orang UMNO. Masih ramai yang bertanya orang yang merisik, bakal menantu dan bakal besannya orang UMNO atau Pas. Begitu masih ramai yang memulaukan sembelihan orang UMNO.

Jika ada di kalangan mereka yang hadir ke majlis kenduri orang UMNO pun mereka akan makan nasi berlaukkan timun dan sambal saja.Sikap berpura-pura, talam dua muka, hipokrit dan ego pemimpin Pas inilah yang turut menjadi elemen yang menginsafkan diri saya.Lantaran itu saya mengambil keputusan menyertai UMNO dan memohon maaf kepada ahlinya secara terbuka dalam majlis ceramah.
Sekiranya keputusan saya berdiri dalam UMNO dan pemohonan maaf kepada ahlinya diangggap menjadi satu kesilapan oleh pemimpin-pemimpin Pas, saya bersedia untuk berdebat dengan mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat.Kesalahan saya dengan Allah, saya mohon ampun dan bertaubat. Saya percaya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun tidak mensia-siakan pemohonan dan taubat hamba-Nya.Tinggal lagi hari ini ialah sikap pemimpin-pemimpin Pas yang mendakwa UMNO kehabisan isu lalu menggunakan beberapa orang bekas pemimpin Pas termasuk saya untuk menghidupkan semula isu lama, iaitu mengkafirkan ahli UMNO.

Soal agama bukan soal baru atau lama. Selagi pemimpin-pemimpin Pas tidak membetulkan kesilapan selagi itulah isu tersebut akan terus relevan. Pemimpin-pemimpin Pas berkenaan akan terus dituntut untuk mengakui kesilapan mereka. Malah ia menjadi kewajiban kita semua untuk menyeru mereka kembali kepada kebenaran.Abdul Hadi Awang yang menamakan saya sebagai orang yang terlibat mengkafirkan UMNO perlu menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Hanan Alawiyyah minggu lepas dan hentikanlan sikap sombong serta bongkak enggan menerima kebenaran semata-mata kerana takut dikutuk pengikut.Tidak hilang gelaran YAB Tuan Guru dan tidak menjadi kehinaan jika beliau bersedia membetulkan keadaan serta membetulkan semula akidahnya dan akidah orang yang terpengaruh dengan amanatnya.Sungguhpun ada yang mengatakan selagi Pulau Bidong bernama Pulau Bidong selagi itulah Abdul Hadi tidak akan menarik balik amanatnya. Namun kita masih mengharapkan akan ada cahaya di hujung jambatan Sungai Terengganu.

Apa yang Ee boleh katakan marilah kita sama2 bersatu dalam 1 Malaysia pada PRU 13 yang akan diadakan dalam waktu terdekat ini.dan marilah kita kuburkan segala pembohongan mereka Pakatan Pembangkang dalam satu kubur dengan memberikan sokongan yang kuat kepada kerajaan pimpinan UMNO yang telah banyak berjasa kepada kita semua tanpa mengira bangsa dan agamanya.Bersatulah!..

Tuesday, June 26, 2012

Nik Ajis berilmu agama yang tinggi, namun ilmu itu dia selewengkan dengan sikap "Riak" dan "Ujub" ..Nafsu Amarah di Jiwanya..


Renungkanlah Firman Allah dalam Surah Al An'aam ayat 121 yang bermaksud:

" .... dan sesungguhnya SYAITAN-SYAITAN itu membisikan kepada pengikutnya, supaya kamu membantah (menghasut) kamu, dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang musyrik.

Setelah Ee kaji secara mendalam di dalam Islam PAS tidak di pentingkan penyatuan Ummah sesama Islam sebaliknya memusuhi sesama Islam itu satu jihad pada mereka. Ini lah kesilapan terbesar yang dilakukan oleh PAS didalam  merobohkan perpaduan yang disarankan oleh Agama demi kekuatan Ummah.Pada Ee jika demi kian apakah yang ingin diperjuangkan oleh PAS  sekiranya  perkara wajib keatas umat islam ditolak?..Jadi tidak salah jika Ee katakan bahawa PAS hanya menjadi pengikut saja dan buat apa saja yang telah diarahkan oleh Anwar (PKR) mahupun DAP.Pada pendapat Ee HIMPUN Selamatkan Aqidah Umat Islam adalah satu perhimpuna  retetan daripada tindakan Hassan Ali menyergah masuk kedalam DUMC  untuk melakukan  kejutan upacara memurtadkan umat Islam yang didalangi oleh DAP.Akibat tindakan tersebut HIMPUN sejuta Umat diadakan  untuk menyedarkan kepada umat Islam yang lain tentang bahaya yang dihadapi. Akan tetapi PAS menolak secara terangan dengan menyatakan bahawa ianya adalah bermotifkan politik.Bermula dari isu tersebut akhirnya Hasan Ali kena tendang keluar oleh PAS..Apa makna semua ini?..

Apa yang Ee nampak bila demo Bersih 2.0 yang dibuat oleh Ustazah S.Ambiga peguam murtad Lina Joy dan demo bebaskan Anwar PAS secara terangan mengerahkan seluruh umat Islam dibawah taklukan nya  menyertai demo yang berkepentingan politik dan untuk menyelamatkan Anwar yang dikatakan teraniaya.Pembebasan Anwar dengan alasan  "Suka sama Suka" meliwat telah mendapat sokongan penuh daripada PAS sehingga Nik Aziz sanggup berpuasa.Apakah Nik Ajis begitu bangang tidak faham maksud "Suka sama Suka" yang diambil kesimpulan oleh hakim2 yang mengendalikan kes tersebut?.. Bukan kah ianya bermaksud bahawa Liwat telah berlaku dan bermakna Anwar sememangnya melakukan Liwat?..Pada Ee telah jelas bahawa Nik Ajis juga telah  menyokong isu liwat ini demi survival politiknya.

Apa yang Ee nampak budaya samseng, maki hamun, menghina berlebihan menjadi asam garam baru mereka sejak berjabat tangan dengan PKR dan DAP.Nik Ajis dan akbar Harakah sendiri mengajar penyokong PAS mencerca sesiapa saja yang tidak menyokong mereka semahunya.Pada pendapat Ee mereka mula gemar cara baru iaitu menyebar fitnah dalam masa yang sama menuduh UMNO pula yang suka menfitnah.UMNO dijadikan sasaran dan dilanyak  sebagaimana mereka benci kepada DAP satu masa dahulu. Beginikah budaya yang diajar oleh PAS kepada penyokongnya.Budaya pecah memecah belahkan Perpaduan Ummah yang sangat dituntut dalam Islam.

Ee masih ingat lagi sewaktu berlakunya PRK Manek Urai di Kelantan di mana Nik Ajis mengeluarkan satu fatwa dengan bangganya menyeru supaya usaha mempertahankan DUN Manek Urai walaupun terpaksa "bertumpah darah"..Inilah Islamnya PAS yang lebih Islam dari yang lain.Ee berpendapat bahawa Nik Ajis cuba menghasud penyokongnya agar memerangi UMNO saudara seIslam dengan melakukan apa yang dianggapnya satu jihat dan patut dilakukan seperti kegemilangan Islam sewaktu Perang Salib dulunya."Darah" ahli-ahli UMNO ini adalah "halal" baginya.Apa yang dapat Ee katakan berkemungkinan pada masa akan datang, Nik Ajis akan mengeluarkan "fatwa" terbarunya yang mendakwa bahawa "UMNO adalah murtad" dan sebagainya.. Begitulah bencinya Nik Ajis kepada UMNO dan ahli-ahli UMNO.

Ee ingin bertanya jika benar bahawa Nik Ajis adalah dari kalangan ulama', adakah wajar baginya untuk 'sanggup mendapat pertolongan SYAITAN demi memusnahkan golongan Islam yang lainnya?..Apabila pertanyaan tentang ini dipersoalkan kepada Nik Ajis dengan muka selamba beruknya menjawab Nabi Sulaiman pun guna pertolongan SYAITAN.
Apakah beliau Nik Ajis merasakan dirinya lebih hebat dari Nabi?..Sedarlah bahawa syaitan itu musuh manusia yang nyata..Bertaubatlah!.. kembalilah! kejalan yang satu..Jangan pesongkan aqidah yang selama ini kita jagai kerana keduniaan dengan mengikuti Nafsu Amarah kembalikanlah kepada nafsu Mardiah..semuga kita mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah SWT.

Renungkanlah Firman Allah dalam An Nisa' ayat 38 yang bermaksud :--

"Barangsiapa yang mengambil SYAITAN itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya"


Ee sedar bahawa Nik Ajis berilmu agama yang tinggi, namun ilmu itu dia selewengkan dengan sikap "riak" dan "ujub" sehingga "menghalalkan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar". Ee sebenarnya berpendapat bahawa Nik Ajis tidak sedar bahawa dia kini telah berkawan dengan Syaitan dan mula terikut dengan segala bisikannya.
Tidakkah Nik Ajis sedar bahawa dia kini berada sekapal dengan kuffar yang terang-terangan menolak Islam?.. Bukankah Karpal dan Lim Kit Siang tidak sekali-kali mahukan Islam ditegakkan Malaysia. Bukankah Anwar juga mempunyai dasar "Islam" yang dianjurkan oleh Yahudi dan US?.. Bukankah puak-puak kuffar itu tidak akan sekali-kali redha selagi umat Islam di Malaysia ini tidak mengikut jari telunjuk mereka?..Apa yang Ee ketahui dalam Buku Jingga kitab ikutan PAS langsung tidak menyebut tentan hudud mahupun penubuhan Negara Islam seperti yang diwar-warkan.

Renungkanlah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud : -- 

" Janganlah kamu mengikut langkah-langkah SYAITAN, kerana sesungguhnya SYAITAN itu musuh yang nyata (terang-terang) bagimu.

Dengan rasa rendah diri Ee katakan bahawa UMNO akan terus menganggap bahawa PAS dan ahli-ahlinya adalah saudara seagama kami sendiri walaupun berbeza pandangan politik. Demi Islam, kami tidak sanggup menumpahkan darah saudara seIslam kami walaupun demi dunia dan politik. Kami beragama Islam dan bukan beragama UMNO atau PAS!.. Fahamilah wahai Nik Ajis dan ahli-ahli PAS, kita semua adalah saudara!..Kita semua satu Kiblat..Fikir-fikirkan lah ...Ikut Islam anda selamat,Jika ikut PAS anda sesat !!!.