Thursday, June 9, 2011

Parti Kuat Mencarut PAS..Insaflah Allah telah memberi petunjuk yang nyata..


Pas sebuah parti hipokrit yang bertopengkan Islam. Sepanjang 61 tahun penubuhannya Pas tidak pernah lekang daripada menfitnah, mendedahkan aib orang, mencerca dan mencaci pemerintah terutama pemimpin Umno dalam Perikatan.

Tunku Abdul Rahman dijatuhkan hukuman KAFIR.
Tun Mahathir digelar sebagai Mahafiraun.
Tun Abdullah Badawi digelar sebagai Badawi jaga babi
dan Dato Seri Najib digelar sebagai Najib Monggolia

Anwar Ibrahim sewaktu masih dalam Umno pun tidak terlepas daripada diaibkan oleh Pas. Mat Sabu setelah mendapat maklumat tentang kegiatan seks sumbang daripada Umi Hafilda, Mat Sabu telah pusing satu Malaya dengan menggelar Anwar sebagai Aljuburi walliwati albontoti.Umno tidak pernah menyerang atau melabelkan Pas, ini kerana pemimpin Umno berpegang kepada hukum.

Saya sudah dapat mengagak reaksi beberapa pemimpin PAS terhadap pelawaan Datuk Seri Najib supaya PAS menyertai BN baru-baru ini. Dan sebagaimana yang dijangkakan, PAS pastinya menolak untuk bersatu bersama BN biarpun itu adalah yang terbaik untuk semua umat Islam di seluruh Malaysia.

Sudahlah menolak, PAS sengaja memerli sinis pada niat ikhlas murni Najib yang ingin melihat seluruh umat Islam mengikat ukhuwwah Islamiyyah yang lebih erat terutamanya apabila melihat selama ini umat Islam berpecah belah hanya disebabkan salah faham politik tanahair.

Sudah puas PAS mempersendakan ajaran Islam yang menyeru umatnya bersatu? Nak teruskan kutukan kepada UMNO juga? Silakan. Pada hemat saya, UMNO tak kisah dihina seandainya UMNO dipihak yang benar. UMNO benar kerana menganjurkan perpaduan umat Islam dan Islam sebenar sememangnya menganjur ajaran sebegitu.

Lihatlah bagaimana Rasulullah menyatukan umat Islam di zaman baginda. Muhajirin dan Ansar di saudara tanpa sebarang syarat dan masalah, meskipun terdapat perbezaan yang ketara antara mereka.

Malangnya, PAS tidak melihat hikmah yang signifikan disebalik sunnah tersebut. PAS lebih rela untuk ber"setubuh" dengan "Yahudi mata sepet" yang sememangnya cemburu terhadap kedudukan Islam dan chauvinis terhadap hak-hak keistimewaan Melayu Bumiputera di negara ini.

Apakan daya, tahap intelektual PAS agak terbatas untuk memikirkan yang terbaik buat umat Islam tanahair. Pada PAS, ego politik dan dendam mereka lebih "aula" dari sunnah Rasulullah S.A.W. Apalah malangnya umat Islam di negara ini mempunyai PAS yang masih "buta" untuk memilih...

Maafkan saya wahai saudara-saudara ahli PAS ku sekelian. Segelintir pemimpin kalian lebih sayangkan DAP dan PKR yang memperkeldaikan kalian selama ini. Pimpinan PAS lebih cintakan kuffar laknatullah dan munafiqunnn berbanding kasihnya pada saudara seIslam.

Pada Nik Aziz, Husam dan lain-lain, UMNO dilihat bagai "kafir harbi" yang halal darahnya untuk diperangi. Manakala Lim Kit Siang, Karpal, Anwar, Azmin dan Guan Eng merupakan "saudara seagama" yang sangat kasihkan mereka sehingga sanggup mengecewakan prinsip Islam sebenar.

Saya yakin, saudara-saudara PAS sekalian faham akan maksud ana ini. Jadi renung-renungkanlah. Bukan UMNO saja yang perlu bangkit berubah dan bertransformasi. Nampaknya kepimpinan PAS lebih kronik penyakitnya, apatah lagi setelah di"racun" Erdogan "belaan" Anwar..!!!

Sepertimana yang kita tahu antara tuntutan IFC ( Interfaith Commission ) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain. Antara lain tuntutan-tuntutan IFC adalah :


      a. Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara
          terus menjadi orang Islam.
      b. Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi 
          kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-
          undang.
      c.  Kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah 
          dikendalikan oleh mahkamah sivil.
      d. Perkataan ”Islam” tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang 
          Muslim.
      e. Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin 
          dengan orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan murtad jika 
          ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil 
          tindakan undang-undang.
      f.  Suami isteri yang memeluk Islam tidak berhak diberi Hak 
          Penjagaan Anak.
      g. Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli 
          keluarganya yang telah mati dalam Islam.
      h. Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan
          menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa untuk 
          orang Islam.
       i. Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan 
          perkaaan-perkataan suci Islam.
       j. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dibenarkan
          pengedarannya kepada umum secara terbuka.

Gerakan anti-Islam telah berjaya menyusup masuk merosakkan parti PAS dan PKR. Perhimpunan 10 November 2007 tahun lalu ( perhimpunan BERSIH ) jelas didalangi oleh IFC ( INTERFAITH COMMISSION ) . 

1. )  IFC Dulu dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC).  
       Mereka menuntut supaya ia dijadikan sebuah badan 
       berkanun yang ada KUASA mengubah ajaran  
       sesetengah agama (baca: agama Islam) jika didesak oleh 
       agama lain.
2. )  Ia mirip sebuah mahkamah dan SUHAKAM yang melayan 
       segala aduan dan keputusannya adalah muktamad.
3. )  Penganjur penubuhannya ialah Malaysian Consultative 
       Council of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism 
       melalui memorandum kepada Majlis Peguam
       pada 21 Ogos 2001 di bawah pimpinan V Harcharan Singh.
4. )  Pada 8 Disember telah diadakan satu “Festival of Rights” 
       dengan tema “Kebebasan Beragama”. Pada 10 Disember 
       2001 Majlis Peguam menganjurkan forum “Kebebasan
       Beragama” dan menerbitkan artikel dalam jurnal Insaf.
5. )  17 Mac 2003 bengkel mengenai keperluan kewujudannya
       telah diadakan. Kewujudannya gagal apabila persatuan dan 
       NGO Islam serta beberapa pemimpin 
       Islam menarik diri.
6. )  Januari 2005 deraf undang-undang penubuhan dikemukakan
       dalam persidangan penubuhan IFC yang dianjurkan oleh 
       yayasan Kristian iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

Matlamat :

7. )  Meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan 
       merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada 
       kepentingan orang bukan Islam.

Implikasinya :

1. )  Ia akan membuka ruang Menjadikan undang-undang Allah
       tunduk kepada  norma-
       norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia.
2. )  Orang Islam bebas melakukan apa sahaja hatta murtad.
3. )  IFC bebas dan berhak menentukan status agama orang
       Islam.
Yang menariknya pada perhimpunan 10 November 2007, gerakan yang bertopengkan parti politik ini berjaya mengheret bersama Presiden Pas Ustaz Abdul Hadi Awang termasuklah Anwar Ibrahim. Yang menjadi persoalan sekarang adakah Pas dan PKR terlibat sama dalam gerakan ini. Adakah Ustaz Abdul Hadi, Anwar Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin sanggup menjadi pengkhianat kepada umat Islam Malaysia. Banyak persoalan yang timbul semasa perhimpunan itu diadakan yang perlu difikirkan oleh ahli-ahli Pas dan PKR. Antaranya adalah:

1. )  Kerjasama pembangkang PAS, PKR, dan DAP bersama Bar
       Counsil perlu dipersoalkan. Apakah niat kumpulan bar 
       counsil terlibat sehingga sanggup menyediakan pasukan
       peguam dibawah pimpinan Sivarasa Rasiah yang
       melindungi pesalah demonstrasi haram yg ditangkap.
2. )  Gabungan parti pembangkang dengan kumpulan anti Islam 
       seperti IFC ( Interfait Commision ) perlu dipersoalkan. IFC 
       telah berjaya memperdayakan PAS dan PKR.
3. )  Pembangkang /penganjur sanggup menjemput Al Jazeera
       membuat liputan dan menyampaikan fakta dalam 
       perhimpunan itu.

4. )  Kenapa Nik Aziz Mursyidul Am tidak turun berdemonstasi 
       bersama BERSIH? Adakah Nik Aziz telah tahu perhimpunan
       itu gagal? 

5. )  Husam Musa hanya duduk dalam masjid negara. Kenapa 
       tidak berfungsi dengan baik?
6. )  Orang Islam sambut pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Lim
       Guan Eng di masjid negara. Sejak bila kedua-duanya 
       menjadi Ustaz Pas.



Mengapakah pemimpin-pemimpin Pas dan ahli-ahlinya berdiam diri mengenai isu tuntutan IFC ini. Dimanakah fatwa-fatwa pemimpin Pas apabila mereka mengetahui yang IFC telah mencabar kewibawaan Agama Islam itu sendiri. Adakah mereka sendiri bersubahat? Bila berdepan dengan UMNO mereka sanggup mereka-reka pelbagai fatwa dengan matlamat untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu Islam.

Adakah orang-orang Melayu Islam didalam PKR tahu dan sedar akan perkara ini wujud didalam PKR. Adakah semua umat Islam diMalaysia sanggup melihat apabila ada bangsa lain mempersenda dan memperkotak-katikkan Agama Islam itu sendiri. Sanggupkah kita berdiam diri untuk melihat masa depan anak cucu kita terumbang-ambing apabila dalang-dalang ini berjaya didalam tuntutan mereka. Yang sedihnya adalah apabila ada antara umat Islam itu menjadi duri didalam daging.

Jelas dapat dilihat musuh-musuh Islam mengambil kesempatan apabila Islam berjaya dilemahkan. Yang terbaru apabila pihak Gereja Katolik berjaya didalam tuntutan mereka apabila mahkamah membenarkan mereka untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly. Hakim Lau Bee Lan juga membenarkan gereja tersebut untuk membuat semakan untuk peristiharan penggunaan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mereka dan tuntutan bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kapada agama Islam. 

Bayangkan sejak kita lahir kita diajar menyebut dan mengenali Allah Taala dengan lebih dekat, tiba-tiba ada pula agama lain mahu menggunakan nama yang sama dengan Agama Islam. Tak ke janggal nama nya. Tidak ke pihak gereja katolik tahu yang Agama Islam adalah ugama rasmi Malaysia sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Tidak ke tuntutan mereka mengguris perasaan umat Islam di Malaysia. Mengapa umat Islam Malaysia berdiam diri apabila Islam dihina sedemikian rupa dengan mempermain-mainkan nama “ Allah “, Tuhan yang maha esa. Dimanakah anda pejuang-pejuang Islam tidak kira dari parti politik mana pun. Tidak kira apapun tuntutan mereka samada IFC ataupun pihak gereja katolik demi memastikan kedaulatan Islam itu utuh ditanah air kita, sama-sama lah kita bersatu menentang apa jua bentuk penindasan terhadap Agama Islam yang maha mulia ini.

Pertama sekali saya amat amat kesal kerana Nik Aziz masih mempertahankan mencarut. Sedangkan kafir barat juga, jika kita menonton filem-filem dan drama-drama mereka, mereka tetap memarahi anak mereka jika anak mereka mengeluarkan perkataan kesat walaupun orang-orang dewasa mereka suka menggunakan perkataan kesat dalam perbualan harian mereka. Maka begitu hina sekali Islam kerana Tuhan kita pun dikatakan mencarut? Sudah tentu ini perkara besar, silap-silap jika terdengar oleh pelampau Arab, dikeluarkan tawaran untuk membunuh Nik Aziz.

Adab dan ketamadunan manusia memberitahu kita bahawa bercakap kotor itu tidak baik dan tidak ada agama manapun dalam dunia ini membolehkan kita bercakap kotor dan seboleh-bolehnya kita hendaklah menahan diri atau bersabar dari mengeluarkan perkatan kotor apatah lagi lucah iaitu mencarut dalam apa jua keadaan. Dan bagi Islam, Sabar itu adalah separuh dari iman. Tak mungkin orang yang mengaku dirinya ulama, malah mursyid tidak dapat bersabar sehingga terpaksa memaki hamun dan mencarut terhadap orang lain apatah lagi orang Islam juga, bukannya orang kafir atau orang yang menganiayanya. Apakah para alim ulamak ini tidak mempunyai kesabaran?

Cuba minta Shahnon Ahmad terangkan keadaan dirinya ketika dia menulis buku itu di mana keadaan itu membolehkannya mencarut?

Mencarut bagi bangsa Melayu adalah amat keji dan jijik. Saya tahu ramai orang PAS yang menafikannya, bagi mereka itu adalah biasa. Maaflah jika mereka tersinggung - tetapi di dalam keluarga orang baik-baik, mencarut adalah sesuatu yang amat asing. Tanyalah mereka dari keluarga jenis manakah mereka? Jika ibubapa mereka mencarut tentulah mereka akan membela ibubapa mereka dan menyatakan bahawa itu adalah perkara biasa. Sedangkan bagi kita, bagi saya sendiri, tok,nenek,moyang,ibu dan ayah saya akan memarahi saya dan kakak saya walaupun jika saya berkata kakak saya bodoh.

Perkataan bodoh sudah cukup keji bagi kami jika kami menggunakannya untuk memperkecilkan orang lain. Saya mengenali abang kepada Dr. Mahathir Mohamad, iaitu En. Masyhur kerana pernah menjadi jiran mereka suatu waktu dahulu. Keluarga kami amat menghormati mereka ini kerana akhlak mereka yang amat terpuji. Tuturkata yang begitu lembut dengan sopan santun yang begitu tinggi sehinggakan saya pada waktu itu terlalu segan dengan mereka kerana mereka terlalu menghormati orang lain dan membuatkan kita merasa yang kita tidak sepatutnya dihormati sehingga sedemikian rupa. Itulah adab orang Islam yang sebenar terhadap orang lain. Bagi kami, bagi mereka dan orang-orang yang lahir dalam keluarga yang tidak pernah berkasar – mencarut adalah amat asing dan amat-amat keji.

Nik Aziz menyatakan bahawa Islam tidak menghalang kehendak-kehendak manusia asalkan ianya bertempat. Contoh yang diberikan adalah kehendak naluri seks, naluri harta, naluri mengumpat dan naluri membunuh?. Dia mengatakan bahawa semua ini tidak dihalang oleh Islam asalkan kena pada tempatnya. Bukankah mengumpat itu adalah dosa besar dan dilarang Allah dalam apa jua keadaan tidak ada tempat-tempat tertentu dan keadaan-keadaan tertentu yang dibolehkan mengumpat dan jika tidak berdaya menegur lebih baik berdiam diri. Dan Membunuh termasuk dalam naluri??? Saya tidak tahu.

Tetapi bagi saya, betapapun saya tidak bersetuju dengan Nik Aziz dia tetap orang Islam dan itu hak Allah untuk menentukan imannya bukan saya atau Dr. Mahathir dan saya tidak pernah ada naluri untuk membunuhnya atau sesiapa saja. Apakah Nik Aziz atau pengikut-pengikutnya memang ada naluri untuk membunuh? Secara ringkasnya Nik Aziz menyamakan "keinginan" untuk mencarut sama dengan keinginan untuk membunuh?, mengumpat dan seks. Adakah kita semua mempunyai keinginan untuk mencarut????

AlQuran ada mengingatkan kita bahawa ada manusia yang menyatakan keimanannya pada Allah tanpa menyedari yang mereka menipu diri mereka sendiri. Mereka ini mempunyai penyakit-penyakit di hati (hasad dengki,benci, dendam, tamak, amarah dan iri hati). Bila kita mengingatkan mereka agar jangan membuat huru-hara di dunia mereka menyatakan bahawa merekalah pembawa perubahan (reformasi). Berhati-hatilah, mereka ini adalah pembuat kacau tapi mereka tidak menyedarinya. Bila ditanya apakah mereka tidak mempercayai apa yang dipercayai oleh orang lain - kata mereka kenapa mesti dipercayai orang-orang yang bodoh/tidak benar? Berhati-hatilah sebenarnya merekalah yang bodoh/tidak benar itu dan mereka tidak menyedarinya.

DAlam ceramahnya, NIk Aziz menerangkan bahawa perkataan-perkataan yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran dan RAsulullah dalam Hadith-hadith sebagai mencarut iaitu tuli, bisu, buta, kera yang hina, seperti binatang ternakan, seperti mati dibunuh, jahat dll. NIk Aziz juga menghuraikan bahawa "bila Allah buat sesuatu dalam AlQuran dan RAsulullah berkata hendaklah kamu berakhlak sebagaimana akhlak Allah" bermaksud bahawa jika Allah marah, menyumpah, mengutuk dan lain-lain maka kita dibenarkan berbuat demikian juga dan jika tidak bersetujumaka kita dikatakan menidakkan dalil-dalil dalam AlQuran.

Saudara fikirlah sendiri apakah perbezaan antara kata-kata dengan perkataan. Apakah mengata dan apakah berkata. Apakah perumpamaan dan apakah mengumpamakan orang. Contoh ayat: "Dia tidak boleh mendengar, dia pekak." Bandingkan dengan "Hoi, pekak, engkau tak dengar ke?!". Ayat pertama menggunakan perkataan yang sama tetapi bernada sopan, bukan? Samalah jika Nik Aziz menyatakan bahawa perkataan liwat itu mencarut, jadi semua akhbar mencarut. Maka dengan itu, apabila Anwar berkata "dia kata saya melakukan liwat" – adakah bermaksud yang Anwar sedang mencarut? Atau seorang ibu yang menerangkan kecacatan anaknya yang bisu: "maaflah, anak saya ni bisu". Adakah ibu itu mencarutkan anaknya? Allah marah, menyumpah dan mengutuk dalam AlQuran termasuk dalam kata nama, perbuatan atau akhlak? Nampaknya Nik Aziz tidak tahu pun definisi akhlak. Liwat = satu perkataan, meliwat = satu perbuatan, p***…. = satu apa? Perkataan? Perbuatan? Nama? Dan tanyalah ibu Nik Aziz dan Shahnon, apakah mereka tidak memarahi anak mereka kerana bercakap sedemikian?



Ingatlah, Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling baik akhlaknya. Allah marah, itu hak Allah. Allah menyumpah orang-orang kafir, itu hak Allah. Apakah Nik Aziz mempunyai hak yang sama dengan Allah? Allah marah dengan membuat perumpamaan agar kita faham dan kalau Allah tidak menyebut sesetengah perkataan bagaimana kita hendak faham?

Nik Aziz memberi contoh perbuatan Saidina Abu Bakar yang mengucapkan kata-kata keji kepada HUDAIR YANG MANA SEBELUM ITU TELAH MEMAKI HAMUN RASULULLAH DAN AGAMA ISLAM. Suka saya terangkan di sini bahawa HUDAIR ITU YANG MEMULAKAN pertelingkahan bukan Saidina Abu BAkar. Saidina Abu BAkar kehilangan sabar kerana yang dikatakan adalah Rasulullah tetapi RAsulullah sendiri masih bersabar. Lihatlah contoh Rasulullah di situ. Kenapa hanya melihat pada Saidina Abu Bakar? Dan apakah Dr. Mahathir pernah berkata sesuatu yang keji atau kotor kepada Shahnon?

Orang-orang sebegini jika dikatakan bahawa mereka menghuraikan AlQuran secara "word-by-word" mereka tidak mengaku. Tapi itulah yang dibuat oleh Nik Aziz - menghuraikan AlQuran mengikut sepatah-sepatah perkataan tanpa langsung berfikir. Seperti yang saya selalu tekankan, AlQuran diturunkan untuk kita berfikir tentang ayat-ayatnya. Maksudnya luas, dalam, halus dan seni. Nik Aziz juga dalam ceramahnya berkali-kali menyatakan bahawa kita berhak mencarut dan mengutuk terhadap orang-orang munafik, kafir dan orang fasiq. Di sini, Nik Aziz sendiri menghukum seseorang itu munafik atau fasiq atau kafir.

Apakah dia juga mempunyai hak untuk mengampunkan dosa seperti padri Kristian? Bagaimana dia sebagai manusia biasa dapat menentukan siapa yang munafik? Adakah melalui pendapat dan pandangannya atau adakah dia setaraf dengan Allah? Kafir - bagaimana dia menghukum seseorang yang mengaku diri mereka Islam, sebagai kafir? Apakah dia tahu di mana letaknya iman orang itu di sisi Allah? Dan imannya sendiri di sisi Allah? Sedangkan pelacur pun diampunkan Allah. Orang yang tak pernah bersembahyang seumur hidup pun masih dapat diampunkan Allah kerana perbuatan-perbuatan dan amalan yang kita manusia biasa tidak nampak dan tidak tahu. Tiba-tiba Nik Aziz boleh menghukum orang UMNO sebagai kafir dan Dr. Mahathir - Firaun?!! Maka bertambahlah pahala Dr. Mahathir kerana dikutuk sedemikian rupa sekali dan beliau bersabar dan menahan dirinya daripada mencarut kembali kepada Nik Aziz.

Dalam AlQuran ada menyatakan yang bermaksud begini: Ada di antara kamu orang-orang yang mana kata-kata mereka amat sedap didengar dengan sentiasa menyebut nama Allah sebagai saksi tetapi merekalah musuh Allah yang paling buruk.

Saudara, siapakah di Malaysia ini yang paling suka bercakap dengan menggunakan nama Allah dan agama bagi menyedapkan kata-kata mereka? Sudah tentu bukan orang-orang yang dianggap sekular, tetapi orang-orang yang mengaku diri mereka lebih baik, alim dan lebih tinggi di sisi Allah dari orang lain. Orang-orang ini tidak ada sifat rendah diri dan menggunakan nama Allah untuk menguatkan kata-kata mereka. Berhati-hatilah - sesungguhnya AlQuran telah pun mengingatkan kita tentang mereka. Dan malang bagi orang-orang ini, mereka tidak menyedarinya walau sedikitpun kerana terlalu yakin akan ilmu agama mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: Allah telah menurunkan AlQuran kepada Rasulullah di mana ianya terbahagi kepada Muhkamat (sahih) iaitu asas AlQuran dan Mutashabihat (2 makna) di mana manusia akan mentafsirkannya mengikut pandangan masing-masing tetapi maksud yang sebenar hanya Allah yang mengetahui. Dan sesiapa yang mempunyai kepandaian yang tinggilah yang dapat mentafsirkan ilmu itu dengan betul.

SAhlah di sini, Islam mahukan umatnya berfikir dan orang-orang yang berilmu sahaja dapat berfikir dengan baik dan jitu. Jika tidak cukup ilmu, dan cuba mentafsir AlQuran yang sebegitu lengkap akan menjadi kelamkabutlah kehidupan. Allah mahukan umat Islam pandai dalam segala bidang. Ilmu yang sedikit tidak akan cukup untuk mentafsir Al-Quran dengan baik melainkan perkara-perkara yang Muhkamat.

Ilmu dalam Islam bukan hanya ilmu agama sebab ilmu lain semua itu juga sebenarnyalah ilmu agama itu. Bukan dengan menghafal AlQuran dan menghafal sifat 20 dan menghafal hadith semata-mata. Islam itu luas. AlQuran itu luas dan dalam bukan hanya tebal. Islam itu cara hidup maka semuanyalah dan adalah Islam. Tidak boleh dipisahkan lagi dan tidak pernah dipisahkan. Sebab itulah kita harus sentiasa merendah diri dan belajar dan berfikir sejauh yang boleh dan walau sejauh manapun kita masih kerdil di sisi Allah. Di situlah kita dapat kaitkan dengan firman Allah mengenai kepentingan dan keagungan akal fikiran yang membezakan kita dengan makhluk lain.

Jika kita melaung-laung mahukan negara Islam tetapi apakah kita dapat pastikan jika matlamat negara Islam dicapai dengan semua orang bertudung litup, lelaki perempuan berasingan, hukum hudud dan lain-lain - apakah kita dapat pastikan yang kita akan lebih tinggi di sisi Allah berbanding dengan orang Islam di Amerika, London, Jepun, China dan lain-lain negara kafir? Bukankah yang penting itu adalah hubungan kita dengan Allah?

Bila semua orang menyedari hakikat ini ditambah dengan kerajaan Malaysia yang tidak pernah menghalang kita beribadat dan memberi sepenuh sokongan untuk mendirikan masjid, Universiti Islam dan Bank Islam dan segala-galanya tentang Islam maka itulah negara Islam yang sebenarnya. Malaysia pula aman, makmur dan maju maka cukup dengan kita mensyukuri nikmat ini sebagai orang Islam tak perlu melaung dan memberitahu seluruh dunia betapa Islamnya kita. Janganlah terkejut jika di akhirat nanti kita yang di negara Islam masuk syurga yang lebih bawah dari orang Islam dari Los Angeles.

Betapapun kita merasa orang lain salah dan kita benar betapapun kita merasa orang lain jahil dan kita alim yang penting walau betapa salahnya orang lain dan benarnya kita dan walau betapa jahilnya orang lain dan alimnya kita, kita masih hidup dengan harmoni, aman damai, makan minum cukup, membeli belah seperti biasa dan beribadat seperti biasa. Masyarakat Malaysia terlalu asyik menentukan siapa yang lebih Islam dari siapa kerana kita terlalu aman untuk memikirkan perkara yang lebih berat - kita terlalu senang disuap dengan subsidi.

Sejak anak kita kecil, orang Melayu selalu berangan untuk memasukkan anak dalam institusi pengajian tinggi dengan bantuan biasiswa kerajaan. Tetapi orang Cina dan orang-orang di negara lain, sebaik lahir saja anak mereka, mereka sudah berkira-kira bagaimana nanti untuk mencari duit atau mengambil insuran pelajaran sekiranya anak mereka layak masuk ke institusi pengajian tinggi, tidak terfikir oleh mereka akan bantuan orang lain. Anak melayu, pendidikan rendah dan menengah didapati dengan percuma dengan buku-buku teksnya juga percuma. Cuba buat tinjauan negara mana lagi yang memberikan buku teks dengan percuma? Tidak ada. TAnah Felda? Pernah seorang pekerja Indonesia menyatakan rasa terperanjatnya bila mengetahui yang orang Melayu diberi tanah untuk bekerja dan mengatakan betapa mereka boleh memanfaatkan tanah itu jika diberi peluang yang sama di negara mereka.

Tetapi orang Melayu masih tidak bersyukur. Saya bimbang Allah menurunkan bala kepada bangsa yang tidak bersyukur dan bala itu boleh jadi melalui kemenangan parti alternatif. Jadi tidak perlulah kita berfikir untuk membuktikan siapa lebih Islam dari siapa kerana itu kerja Allah. Kita hanya perlu tunaikan tanggungjawab kita sebagai umatNya dan sebagai rakyat Malaysia.

Pemimpin PAS sering melatah dengan isu seperti kafir mengkafir , bersahabat dengan syaitan, mencari boleh di dalam Islam dan lain-lain. Saya ingin mengutara pendapat saya mengenai Isu mencarut. Adakah boleh di dalam Islam mencarut atau mencarut perlu pada tempat-tempat tertentu atau hanya kerana Dato Nik Aziz mengatakan bahawa Allah swt mencarut seperti yang Dato Nik Aziz dakwa.
Saya ingin bertanya Ahli PAS dan Ustaz PAS tentang isu tersebut. Rata-rata ahli PAS menyatakan boleh mencarut dan Dato Nik Aziz mempunyai hujjahnya sediri. Dan ketahuilah yang saya tahu Dato' Nik Aziz berdalilkan Surah Abu Lahab seperti yang tertera di bawah:-
Maksudnya:
Binasalah kedua tangan Abu Lahab.Dan sesungguhnya dia akan binasa. Dan Tidak berfaedah kepada hartanya.Dan apa yang diusahakan.Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.Dan isterinya, pembawa kaya.Yang dilehernya ada tali dari sabut.
Merujuk kepada surah tersebut.Allah tidak mencarut dan tidak berkata yang kotor. Hanya itu ancaman Allah swt keapada Abu Lahab. dan tidak sekali-kali berkata Puki Mak(PM), butuh dan lain-lain. Hanya apa yang Allah kata:-
BINASA KEDUA TANGAN ABU LAHAB
Dato Nik Aziz dan harus berfikir dan jangan menyokong Prof Shonon membabi buta kerana dia ahli PAS seumur hidup. Dato Nik Aziz dan Ahli PAS harus berfikir secara rasional, jangan kerana seorang ia mencmarkan Agama Islam dan di padang seoarng oleh orang bukan Islam.

Seorang Ulama harus berfikir secara dan menafsirkan mengikut Al-Quran Dan sunnah Rasul bukan mengikut sedap mulut dan kepentingan politiknya saja. Imam-imam yang empat menafsirkan mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasul.
Apa yang harus dato Nik Aziz buat ialah menasihati Prof. Shonon. Bukan nya menambahkan keadaan yang lebih buruk lagi, sehingga menghalalkan mencarut dan dato Nik Aziz berkata pula tuhan mencarut.



Rujuk Surah Hujurat ayat 11:- Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendahkan - rendahkan lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh danmerendah-rendahkan puak yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan jangan pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelauaran yang buruk.

Di dalam Al-Quran Surah Al-Jumu'ah ayat 5:- Maksudnya:-Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya taurat kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal, Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petujuk kepada kaum yang zalim.

Dan sabda Rasulullah saw:-
Maksudnya:-Mencaci maki orang muslim adalah perbuatan fasik dan membunuhnya adalah kufur.
Hadis Riwayat: Ahmad, Bukhari dan Muslim.

Rasulullah saw melarang memaki orang musyrik yang terbunuh dalam perang badar. Beliau bersabda:" Janganlah kamu memaki mereka, dari apa yang kamu katakan. dan kamu menyakiti orang-orang yang hidup. Ketahuilah kekotoran lidah itu tercela. Hadis Riwayat An-Nasai dari Ibnu Abbas Isanad Sahih.

Disamping itu Rasulullah saw ada bersabda:-
Maksudnya:- Sesungguhnya kekejian dan berbuat-buat kekejian tidak sedikitpun dari islam. sesungguhnya manusia yang terbaik islamnya, ialah yang baik Akhlaknya.
Hadis Riwayat Ahmad dari Ibnu Abid Dun-Ya dg Isand Sahih.

Untuk ahli PAS, Ustaz PAS dan Ulama-ulama PAS perlulah memikirkan Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw berkata bukannya fanatik dengan fatwa seorang ulama yang menghalalkan yang haram. mencarut itu hukumny haram dan Dato' Nik Aziz telah menghalakan mencarut.
Perlu dijelaskan disini, dimana Al-Quran mengecam ahli kitab (orang-orang Yahudi dan Nasarani) yang telah memberi kekuasaan kepada pastur dan para pendita(Ulama) mereka untuk menetapkan halal dan haram. Sebagaimana firman Allah swt:-
Maksunya:-Mereka itu telah menjadikan para pastur dan penditanya sebagai Tuhan selain Allah dan begitu juga Isa bin Maryam (telah dituhankan), padahal mereka tidak diperintah melainkan supaya hanya berbakti kepada Allah swt tuahn yang esa, tiada Tuhan melainkan dia, mahasuci Allah dari apa-apa yang mereka sekutukan. ( At-Taubah 31).

'Adi bin Hatim pada suatu ketika pernah datang ke tempat Rasulullah saw - pada waktu itu dia lebih dekat pada Nasarani sebelum masuk Islam - setelah dia mendengarnya ayat tersebut, kemudian ia berkata:- Ya! Rasulullah! Sesungguhnya mereka tidak menyembah para pastur dan pendita itu. Maka jawab Nabi saw:-
Maksudnya:-Betul! tetapi mereka (para pastur dan pendeta) itu telah menetapkan haram terhadap sesuatu yang halal, dan menghalalkan sesuatu yang haram, kemudian mereka mengikut. Yang demikian itulah penyembahannya kepada mereka. -H.R. Tirmidzi.


Al-Quran juga mengecam orang-orang musyrik yang berani mengharamkan dan menghalalkan tanpa izin Allah dengan kata-katanya sebagai berikut;
Katalah! Apakah kamu mengetahui apa-apa yang Allah telah turunkan untuk kamu daripada rezki, kemudian jadikan sebagian daripadanya itu, haram dan halal; Katalah apakah apakah Allah telah memberi izin kepadamu ataukah memang kamu hendak berdusta atas nama Allah? Al-Quran Surah Yunus 59.


Dan fiman Allah juga:- Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahawa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas(nama) Allah tidak akan dapat bahagia. - Al-Quran An'am 119.

Ketahuilah hal yang sedemikian itu telah membuat Pemimpin PAS, Ustaz PAS dan Ahli-ahli PAS yang lain telah menyembah dan mempertuhankan Dato Nik Aziz. Dan Dato Nik Aziz telah mengambil peranan Allah dalam menghalalkan dan mengharamkan sesuatu, sedangkan itu adalah hak dan Urusan Allah swt.

 Pemimpin Pas yang semakin galak menipis maruah Perdana Menteri Malaysia dan terbukti bahawapemimpin Pas kini sudah terpesong daripada prisip perjuangan Islam yang didukunginya.Saya hendak mempersoalkan dengan persoalan ‘apakah prinsip sebenar parti Pas’ dan persoalan sebeginilah yang mesti difikirkan oleh para pemimpin Pas yang kian terlanjur menggunakan muslihat kotor dalam politik dan berpura-pura kononnya pemimpin yang Islamik di mata masyarakat.

Semenjak dari penubuhannya lagi, Pas telah mencanangkan penubuhan sebuah negara Islam. Kini, setelah hampir 50 tahun bergerak sebagai sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam, konsep negara Islam ala Pas ini masih kabur dan fantasi semata-mata.PAS juga kini telah kehilangan pemimpin dari kalangan kononnya Ulamak, semua kalangan ulamaknya kalah dalam pemilihan parti baru2 ini.Mat Sabu pemimpin kaki khalwat kini menjadi orang nombor dua.Apa dah jadi..Lepas kalah je kalangan ulama' Hadi pula dak mula meroyan dulu tubuh negara Islam Kini wujud pula istilah negara berkebajikan ala PAS yang ditiru dari kerajaan BN secara bulat-bulat kerana BN telah mendahului mereka sebelumnya.Munafiknya Pak Nahwu2 PAS.

Firman Allah dalam Al Baqarah ayat 4 -10 yang bermaksud :--

"Dan orang-orang yang percaya kepada apa (kitab Al Quran) yang diturunkan kepadamu,begitu juga mereka percaya kepada apa (kitab2) yang diturunkan sebelum kamu.Dan mereka yakin akan adanya hari akhirat.Mereka yang mendapat hidayah dari Tuhannya.Dan mereka yang menang (dunia dan akhirat).Sesungguhnya orang2 kafir sama saja engkau beri peringatan atau tidak.Mereka tetap tidak beriman.Allah telah menutup mata hati mereka dan pendengarannya.Dan pada penglihatan mereka ada penutup (sehingga mereka tidak dapat melihat).Mereka akan mendapat azab yang berat.Di antara manusia ada yang berkata,kami iman pada Allah dan adanya hari akhirat,padahal mereka tidak beriman.Mereka mengira dapat menipu Allah SWT dan orang2 beriman.Dan sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri.Dan mereka tidak menyedari.Dihati mereka ada penyakit.Allah SWT menambah penyakitnya.Mereka akan mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta".

Yang membezakan di antara kesemua itu hanyalah Ilmu dan hidayah kebenaran yang diberikan oleh Allah dan ternyata para pemimpin Pas tidak boleh menerima kenyataan dan tidak menerima kebenaran yang dibawa oleh dalil-dalil yang dikemukakan di dalam Al-Quran dan hadis yang hanya ‘jumud’ terhadap pandangan ‘golongan sendiri’.



Pas yang kononnya parti Islam tetapi sewenang-wenangnya menggunakan perkataan-perkataan yang mencarut dan penuh penghinaan terhadap sesama Islam seperti taghut, firaun dan sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran anak-anak dan jga jenerasi muda yang mudah terpengaruh.Ini sebenarnya tidak sihat dan menunjukan kerendahan moral pemimpin2 dan penyokong PAS.Contohilah budi pekerti Nabi saw barulah Islam semakin dipandang tinggi oleh penganut2 agama lainnya.

Sepatutnya pemimpin-pemimpin HamPAS yang kononnya berjuang untuk Islam menerima saranan UMNO untuk bersatu dan mencontohilah peribadi Nabi Muhammad saw sehingga beliau begitu dihormati dan disanjungi sehingga saat ini.Nabi saw begitu ramah tamah dan lembut sikapnya terhadap orang-orang mukmin.Nabi saw juga besikap tidak kasar dan tidak kesat hati,selalu berlapang dada.Suka bermusyawara dalam segala urusan.

Begitu juga dalam menyampaikan dakwah dan ajaran Al Quran dilakukannya dengan penuh berhemah dan berbudi pekerti yang tinggi sehingga orang2 mukmin keluar dari gelap gelita kemusrikan kepada terang cuaca keimanan.Begitu juga Nabi saw meminta umatnya agar bersatu.Namun begitu bertentangan pemimpin-pemimpin HamPAS yang tingkah lakunya, percakapan langsung tidak mencerminkan Islam.Mereka selalu berdolak-dalik dalam sesuatu perkara yang telah dipersetujui bersama,jika mereka yang menjatuhkan hukum mereka melanggarnya dengan penuh tipu daya semata untuk tujuan kemenangan politik mereka.

Parti PAS tidak berpijak di bumi nyata kerana tidak langsung mengakui pencapaian dan kemajuan negara sebagai sebuah negara Islam contoh di dunia.PAS sebenarnya berundur kebelakang bukan kehadapan dengan dasar barunya negara berkebajikaan kerana Malaysia sudah lama mengamalkannya seperti menyediakan subsidi yang besar,pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga menengah dan rawatan hospital secara nominal.Semuanya ini menerusi langkah-langkah berlandaskan Islam.

Begitu juga para ulama' salaf telah berpendapat bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam , selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan cara terang-terangan serta penduduknya sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman).(Cuba lihat dalam Iktiqad  Aimmatu Ahlu hadis,P.50).

Negara ini umat Islamnya bebas untuk melakukan ibadat dimana saja tanpa rasa takut atau terancam.Begitu juga setiap waktu di masjid-masjid,surau dan di dalam tv mahu pun di corong-corong radio sentia bergema suara azan memanggil ummat Islam untuk melakukan ibadat solat hanya mereka yang ingkar tidak mahu bersolat.

Ini adalah bukti bahawa negara ini negara Islam.Begitu juga negara ini telah pun diistiraf sebagai salah sebuah negara Islam terbaik dunia.Negara kita begitu makmur rakyatnya berbilang kaum dan pelbagai agamanya dan tiada paksaan dalam menganut agama di negara ini.Mereka bebas dalam melakukan kegiatan agama mereka tanpa perlu takut inilah yang dikatakan kerajaan Islam yang adil kepada semua kaum.

Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
- H.R Tarmizi (Sumber Hadis 40).

Kemenangan Mat Sabu telah membuktikan bahawa pimpinan para ulama' "PAS tidak berguna dan hanya menjadi duri dalam daging PAS saja".Begitu juga PAS kini semakin tidak berperinsip kerana asyik dalam memperjuangkan Anwar Ibrahim yang menghadapi masalah video sex dan petuduhan liwatnya.Perjuangan Islam tidak lagi menjadi keutamaan kepada PAS kerana parti itu kini mengikut telunjuk DAP dan PKR.

Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..Fahamilah dan Halusilah segala yang tersurat mahupun yang tersirat di dalam Al Quran mahupun Hadis.Bacalah dengan kusyuk dan penuh pemahaman gunakanlah akal yang diberi Allah demi agama,bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment