Tuesday, June 21, 2011

Pembohongan racun Arsenik Anwar Ibrahim.. PAS pula yang meracuni rakyat Malaysia kerana gilakan kuasa..


Allah mengurniakan kita akal fikiran yang sihat semuanya itu untuk kita berbuat kebaikan bukan untuk berbuat kejahatan dengan menghancurkan,menghasut dan memecah belahkan sesama Islam.Ingatlah Allah dan RasulNya menyeru dalam Al Quran dan Hadis menyuruh kita sentiasa taat kepada pemerintah.Kenapa pula PAS harus ingkar dengan Allah dan RasulNya yang menyeru untuk kebaikan hamba2Nya ?.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: 
Rasulullah saw. bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama".Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
- H.R Tarmizi (Sumber Hadis 40).

Keracunan Arsenik

Ya, memang benar banyak kali siri pembohongan telah dilakukannya. Bermula dengan kes Keracunan Arsenik , yang digambarkan seolah-olah Anwar akan meninggal dunia dalam tempoh terdekat. Terdekat ketika itu sekitar tahun 1999!. 
Malangnya walaupun diramal bakal 'meninggal dunia' pada tahun 1999, tetapi hingga kini, setelah hampir 9 tahun, Anwar masih segar bugar! 

Ketika itu Karpal Singh (DAP) turut ambil kesempatan politik untuk mempopularkan dirinya dengan menuduh terdapat satu KONSPIRASI TERANCANG untuk membunuh Anwar menggunakan racun asernik. Wan Azizah pula dijadikan tukang penyampai lidah Anwar!Malah Wan Azizah turut dakwa Anwar disuntik oleh virus HIV,semasa dalam penjara dan bakal meninggal dunia tidak lama lagi kerana penyakit AIDS.

Isu keracunan Arsenik itu dibangkitkan ketika Anwar menghadapi pertuduhan liwat dengan Azizan Abu Bakar.Isu keracunan arsenik dan suntikan HIV ternyata tidak benar. Dengan ini jelaslah sebenarnya tuduhan KONSPIRASI TERANCANG itu tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar. 

Kini isu keracunan itu sudah dilupakan oleh rakyat, meskipun ramai reformis masih lagi belum melupakannya kerana mereka menghadapiperbicaraan demonstrasi keracunan arsenik (termasuk Ezam) yang masih belum selesai hingga ke hari ini.Begitu lah kehebatan Anwar Ibrahim, memohon simpati dengan tuduhan KONSPIRASI TERANCANG dan KERACUNAN ARSENIK, hingga orang lain menderita hingga terpaksa masuk penjara kerananya, tetapi Anwar tetap bebas dan segar bugar.

Maknanya benar seperti kata Abd Ghani Haron, bekas exco Pemuda Keadilan, usahkan Anwar nak membantu petani dan nelayan, dirinya yang pernah ditangkap polis dan dipenjara berkali-kali dek pertahankan Anwar pun tidak dibantu. Kata Ghani, "Apa barang, nak tolong nelayan dan petani, dirinya hampir sepuluh tahun berjuang kerana Anwar pun tidak dipedulikan".



Anwar sakit berkerusi roda

Rentetan isu keracunan Arsenik, pada tahun 2001, Anwar digambar sakit yang amat parah, hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai penyenggal leher di tengkok. Ketika itu (Anwar sedang berada di penjara), beliau digambarkan amat tenat hingga tidak boleh berjalan (terpaksa berkerusi roda) kerana sakit belakang

Namun ada yang mempersoalkan kalau sakit belakang kenapa perlu pakai penyenggal leher?.Kes penipuan ini juga terbongkar apabila satu rakaman video yang menunjukkan Anwar segar bugar di hospital, tidak seperti yang digambarkan semasa Anwar berada di khalayak ramai.Rakyat juga sudah lupa penipuan itu telah telah lama berlaku, kira-kira 6 tahun yang lalu

Konspirasi bermula di Munich

Apabila Anwar dibebaskan 2004, beliau dengan berkerusi roda ke Hospital Munich. Masih pakai penyenggal leher dan berkerusi roda ke KLIA. Sebaik sahaja sampai di khalayak ramai, beliau sekali lagi dipapah membayangkan beliau memang tidak larat hinggan nak berjalan pun tak boleh.

Sebaik sahaja tiba di Munich, CNN melaporkan secara live, Anwar tidak lagi pakai penyenggal leher, boleh berjalan dengan sendiri dan sudah tiada kerusi roda. Anehnya masa itu Anwar baru tiba di Munich dan belum menerima apa-apa rawatan lagi.

Sebaik sahaja dirawat, tidak sampai seminggu, Anwar kembali segar bugar, tanpa pembedahan kronik sepertimana yang sepatutnya ditunjukkan sebelum ini.Malah tak sampai seminggu Anwar di Munich, berbodong-bondong sahabat handainya dari dalam dan luar negara datng melawat termasuk Paul Wolfowitz.

Ya. Aneh. Tak sampai seminggu boleh segar bugar walaupun tidak perlu pembedahan. Wartawan barat turut berkejar-kejar ke Munich untuk interview Anwar. Selalunya kalau orang sakit kronik seperti yang ditonjolkan Anwar, akan dimasukan di hospital pakar dan tidak dibenarkan tetamu melawat, hanya untuk keluarga terdekat sahaja.

Tetapi berlainan dgn Anwar, semua sahabatnya termasuk Paul Wolfowitz (bukan keluarga terdekatnya) datang melawat dan berbincang hampir tiga jam dan semua media barat dibenarkan interbiu Anwar di Munich.Selepas Anwar berada di Amerika Syarikat bermula tahun 2005-2007, isu sakit belakang, pakai penyenggal tengok sudah tiada kedengaran lagi..

Media barat menggambarkan Anwar amat sihat, bertali leher, berkot, berceramah ke seluruh pelusuk dunia dengan tajaan Amerika.Pada 2008, Anwar kembali ke Malaysia. Media barat termasuk Akhbar Israel, The Juresalem Post meramalkan Anwar bakal PM Malaysia.

Dakwaan liwat kedua, konspirasi ancaman bunuh dan sakit belakang lagi

Tidak semena-mena sekali lagi bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan buat laporan polis dakwa dirinya diliwat.Anwar berkejar ke kedutaan asing mendakwa terima ancaman bunuh. Siapa yang mahu bunuh Anwar ? Maka sekali lagi wan Azizah menwar-war kepada orang ramai bahawa suaminya bakal dibunuh.

Persoalannya siapa yang mahu bunuh suami Wan Azizah?Namun kini "Isu Ancaman Bunuh" lenyap begitu sahaja, apabila Anwar berkempen ke sana sini utk menang di Permatang Pauh. Sekali lagi Wan Azizah terpaksa jadi mangsa berkorban kerusinya, Parlimen Permatang Pauh untuk suami tercinta..

Selepas menang Anwar dakwa sudah mempunyai 30 ahli parlimen BN yang sedia melompat untuk bentuk kerajaan baru dan beliau akan jadi PM pada 16 Sept..2008.Namun bila muncul fajar 16 Sept..dakwaan Anwar tidak jadi kenyataan. Bermakna Anwar mengulangi siri-siri pembohongan dan penipuan kepada rakyat jelata. (Sila lihat video di bawah ini)

Konspirasi kedua Anwar, sakit belakang berulang kembali

Sekarang isu "Anwar Sakit Belakang" sering kali diwar-war semula oleh media PKR ketika mana Anwar menghadapi perbicaraan kes liwatnya dengan Saiful Bukhari.Sudah hampir 7 tahun isu "Sakit Belakang" ini tidak dimainkan, namun kini, seolah-olah terdapat KONSPIRASI kedua merancang propaganda itu yang membawa mesej cukup jelas.

Anwar digambarkan sudah terlalu uzur, sentiasa sakit belakang, hingga terpaksa dipapar berkali-kali oleh Wan Azizah.
Hinggakan Anwar nak naiki bangunan parlimen pun terpaksa berpegangan tangan dengan Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution Ismail.Sebenarnya ada motif tersembunyi media internet PKR memainkan isu sakit belakang Anwar itu..

Motifnya jelas nak menonjolkan Anwar yang sentiasa sakit belakang tak mampu nak meliwat Saiful, sedangkan kebiasaannya salah satu ciri peliwat adalah sakit tulang belakang. Namun begitu, ditengah hangat propaganda sakit belakang, Anwar masih segar bugar hingga sering berulang alik ke Hong Kong, Singapura dan Amerika memberi ceramah-ceramahnya. 

Anehnya tiada pula Wan Azizah ataupun Saifuddin menemaninya dan memimpin ke KLIA serta bersama-sama Anwar ke tempat ceramah di seluruh pelusuk dunia !Kalau Gus Dur, teman baik Anwar, dipimpin dan berkerusi roda, boleh diterima, Anwar pula bagaimana ? Adakah kini sudah setaraf dengan Gus Dur pula ?

Nampaknya selepas ini, rakyat Malaysia bakal ditipu lagi oleh Anwar sebagimana beliau menipu beliau akan jadi PM menjelang 16 Sept!Mungkin selepas ini semakin banyak siri-siri pembohongannya untuk menghilangkan fokus rakyat mengikuti kes liwatnya yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Apalah agaknya hujahan anjing-anjing Anwar mengenai ulangtahun penipuan Anwar Ibrahim mengenai kononnya mereka akan membentuk kerajaan pada tarikh 16 September 2008. Dah 1 tahun mereka ditipu dan masih lagi menegakkan kebenaran yang tidak pasti.
Hakikat yang paling nyata, Anwar jelas seorang makhluk lidah bercabang dan pengkhianat bangsa dan agama.

Kenyataan dari Lim Guan Eng juga menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat sendiri tidak yakin mampu mengalahkan strategi Presiden UMNO untuk merampas banyak kerusi Parlimen pada PRU13 nanti. Dalam temu bual dengan akhbar Financial Times of London yang diterbitkan baru-baru ini, Lim yang sudah mula memikirkan pilihan raya umum akan datang, berkata: "Ada peluang (pembangkang memenangi majoriti kerusi Parlimen) tetapi ia tidak akan mudah. Mungkin ia lebih sukar di bawah Najib berbanding Abdullah.


Ini membuktikan bahawa PR yan terdiri dari DAP,PKR dan PAS sendiri belum ada senjata yang ampuh bagi mengalahakan BN nanti.Kini mereka terutama DAP sebagai teraju utama cuba melagakan sesama Melayu dengan mempergunakan keldai-keldai PAS untuk mendapatkan kuasa mutlak.Reaksi dari persefahaman antara pembangkang PAS dengan bangganya mengistiharkan melepaskan segala perjuangan Islam mereka dan kini memperjuangkan negara berkebajikan.Inilah pemimpin-pemimpin PAS yang tidak pernah tetap pendirian mereka asalkan mendapat kuasa dengan mengadaikan maruah agama dan bangsa.


Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-

Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.

 Sebenarnya sudah ramai yang bersyukur kerana sekiranya (Parti Pengkhianat PR) berjaya kuasai persekutuan apa lah nasib rakyat Malaysia terutama orang-orang Melayu.Berdasarkan apa sahaja yang sudah mereka lakukan sehingga ke hari ini jelas tidak memihak kepada orang-orang Melayu.Pakatan Rakyat harus ditolak mentah-mentah oleh rakyat Malaysia kerana mereka tidak layak bagi memerintah negara.Negara kita telah aman damai dibawah pemerintahan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO.Rakyat bebas bergerak kesana sini mencari rezeki dan bebas beribadat tanpa sekatan dan ancaman.Ingatlah jangan kita kufur dengan nikmat kedamaian dan kemakmuran yang telah Allah kurniakan kepada kita dengan menentang kerajaan yang telah memberi kehidupan yang baik kepada rakyatnya.

Sabda Nabi SAW yang bererti :--

"Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,maka barang siapa mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah terlepas diri...dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat,akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya"."Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah).Baginda menjawab :Jangan! selagi mereka mendirikan solat dikalangan kamu".

Hadis Riayat Bukhari bererti :--

Abu Hurairah berkata : Rasulullah saw bersabda;"Kamu akan berebut pemerintah dan akan menyesal di akhirat kelak".

Hadis Riayat At-Tarmizi bererti :--

Abu Bakar berkata; Aku telah mendengar dari Rasulullah saw bersabda :"Sesiapa yang menghina Raja (pemerintah) Allah akan menghinanya".

PAS sebenarnya telah jauh tersasar dari perjuangan asalnya.Jika dulu mereka kononnya memperjuangkan untuk menjadikan negara ini sebuah negara Islam.Apabila kekalahan demi kekalahan yang mereka alami dalam PRU dan PRK ini menjadikan mereka kecewa.Jika dulu mereka menipu rakyat dengan "Undi PAS masuk Surga" ,menuduh ahli2 UMNO Kafir dan pelbagai lagi propaganda mereka untuk berkuasa.

Kini PAS membuka pekong busuk sendiri dalam pemilihan Parti PAS baru-baru ini apabila " Hadi Awang berkata dalam Al Quran tidak ada perkataan negara Islam yang ada hanya "Negara berkebajikan".Jika dulu mereka putar sana putar sini kini lebih ligat dari gasing yang berputar dalam sambungan siri penipuan PAS kepada rakyat.

PAS berperang sesama sendiri dalam kontek penubuhan negara Islam dan hukum hudud."Akibatnya kononnya ulama' PAS kini menjadi mangsa gulingan oleh kalangan mereka sendiri.Kini dalam PAS telah ada puak2 anti dan pro terhadap ulama'. Bidas membidas sesama mereka kini berlarutan akibat kejatuhan puak ulama'.

Petunjuk dari Yang Maha Kuasa telah pun dipertunjukkan kepada rakyat negara ini dengan jelas lagi terang bagaimana penipuan yang selama ini mereka mengunakan agama hanya untuk berkuasa kini mereka mengunakannya pula agama sebagai alat untuk berkuasa.Inilah putar belit PAS.Munafik Semunafiknya bapak-bapak Nahwu PAS yang diketuai oleh Dato Sri Abd Hadi Awang dan timbalannya kini Mat Sabu.Berfikirlah demi agama,bangsa dan negara.Janganlah kamu terikut dengan"Bisikan Syaitan2 Dajjal Pembangkang" yang akan membawa kemusnahan kepada agama,bangsa dan negara.


No comments:

Post a Comment