Saya rasa terpanggil untuk mengulas ucap dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang berkata mengenai penubuhan “negara kebajikan”. Dia kemudiannya menegaskan di dalam kenyataan akhbarnya bahawa PAS kini menumpukan fokusnya terhadap negara kebajikan berbanding penubuhan “daulah Islamiyah” yang selama ini dilaung-laungkan oleh PAS sejak zaman penubuhan parti itu.
Kebetulan, melalui rakan PAS yang bertugas di Muktamar PAS kali ke-57, berjaya lolos masuk ke sidang media tersebut. Terkejut sungguh saya apabila Hadi menyatakan bahawa penubuhan “negara kebajikan” adalah lebih penting dari penubuhan “negara Islam”! Sebab itulah maka mungkin PAS kini melupakan agenda utamanya untuk menubuhkan negara Islam. Saya yakin, sekiranya Harun Din ada bersama ketika PC tersebut, tentunya kepala Hadi sudah kena “luku” dengannya!.
Menurut Hadi," PAS kini tidak mengutamakan negara Islam kerana agenda itu berada di dalam agenda negara kebajikan". Hadi kata, Islam wujud di dalam lingkungan dan merupakan sebahagian dari kebajikan! Pelik betul kenyataannya kali ini.
Pada saya, kebajikanlah yang berada di dalam Islam. Sekiranya menubuhkan negara Islam, sudah tentu negara kebajikan akan terlaksana secara tak langsung kerana kebajikan itu sebahagian dari Islam! Bukannya Islam itu sebahagian dari kebajikan! Kenyataannya itu terbalik dan songsang sama sekali.Tak masuk dek akal pemikiran seorang muslim!!!
Cetek benar kefahaman Hadi tentang Islam. Apakah dia fikir hanya kerana memberikan alasan “tahalluf siyasi” maka PAS dibolehkan mengenepikan Islam dan meng”aula”kan kebajikan? Saya fikir,Hadi mungkin terdesak untuk menjawab begitu ekoran di asak wartawan berbangsa Cina yang bertanyakan tentang negara Islam tadi. Mungkin dia tertekan dan tak perasan bahawa dia telah tersalah beri kenyataan!.
Daripada Abu Hurairah ra. berkata:
Rasulullah saw. bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama".
"Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
- H.R Tarmizi (Sumber Hadis 40).
INI AKAN BERLAKU KALAU PR JADI KERAJAAN PERSEKUTUAN Gambaran Sebenar Dari Hari Pertama Ke 100 Hari Pemerintahan PR
Apakah perarakan untuk kumpulan gay akan turut dibenarkan dalam 100 hari?
Berjanji memang mudah, apatah lagi dengan penyokong fanatik PR yang walaupun PR tidak tunai janji, akan tetap sokong buta tuli. Namun, begitu, dengan penyokong yang tidak begitu fanatik, tidak buta dan tidak tuli agak sukarlah untuk berjanji kerana mereka akan mula menilai janji-janji sebelumnya yang masih tidak tertunai satu pun.
Apatah lagi dengan bukan penyokong kerana mereka pastinya bukan sahaja tidak percaya malah akan menghalusi setiap satu janji tersebut untuk melihat dari segi praktikal dan logik perlaksanaannya. Blog-blog pembangkang giat menguwar-uwarkan bagaimana BN merasa tercabar dengan janji-janji PR.
Hakikatnya, tiada siapa yang tercabar pun malah hampir semua pemimpin dan penyokong BN yang membaca janji-janji PR kalau tak ketawa berguling-guling, hanya akan mencebikkan saja mulut kerana malas melayan orang-orang gila yang membuat janji gila juga.
Antara janji-janji PR sekiranya menjadi kerajaan pusat ialah:
• Mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan;
• Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA);
• Mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;
• Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;
• Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan kepada mereka;
• Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;
• Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar;
• Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA;
• Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus;
• Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah.
Tidak perlulah kita ulas satu persatu janji-janji tersebut di sini kerana kebanyakannya telah pun dibincangkan dari segi logik dan praktikalnya oleh beberapa pemimpin UMNO di dalam media perdana.
Melihat dari gelagat pemimpin PR yang umpama beruk sarkas dengan mentaliti yang juga sama dengan binatang itu yang tidak mampu berfikir, sudah cukup untuk kita buat kesimpulan yang PR tidak berupaya langsung untuk menunaikan janji mereka. Jangan pula kita terkejut jika mereka tidak berniat pun untuk menunaikan janji-janji tersebut.
Segala janji itu hanyalah janji politik, janji pilihan raya atau janji undi semata-mata. Satu-satunya yang boleh dijanjikan akan berlaku dalam masa 100 hari pemerintahan PR, sekiranya mereka berjaya mendapat mandat menjadi kerajaan ialah, huru-hara.
Dalam 10 hari pertama pemerintahan PR, kita akan melihat perbalahan mengenai jawatan TPM antara PAS dan DAP dan mungkin PKR sendiri. Tidak mustahil jawatan PM juga akan menjadi rebutan di mana ada pihak yang akan mempertikaikan kekuatan parti dan pengalaman masing-masing untuk jawatan tersebut.
Dalam masa 30 hari, pemimpin PAS kemungkinan besar akan mengalah untuk jawatan tertinggi dan ini akan menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan penyokong mereka. Bagaimanapun, tahap kekecohan yang berlaku tidak dapat dijangka. Kemungkinan demonstrasi ganas tidak dapat diketepikan.
Seterusnya, dalam masa 45 hingga 60 hari, PR mungkin berjaya mengawal kekecohan ini dan akan cuba fokus ke arah pentadbiran negara. Di peringkat ini, proses penyerapan pluralisme iaitu kesamarataan agama akan mula menyerlah. Di celah-celah itu akan ada juga tekanan yang kuat untuk menjadikan Malaysia negara republik. Hak-hak Melayu akan digadai secara halus sehingga PAS tidak sedar.
Rakyat, terutamanya Melayu akan mula bangkit menentang pluralisme agama, penghapusan hak Melayu serta penubuhan negara republik. Tahap kekecohan dijangka buruk sehingga memaksa Akta ISA yang baru sahaja dihapuskan oleh PR, diperkenalkan semula dengan menggunapakai nama baru.
80 hari kemudian, akan ada pemimpin PAS yang membuka mata sedikit setelah melihat agama dan bangsanya dilelong lalu bertindak keluar parti. Satu kerjasama akan terbentuk antara bekas pemimpin PAS dengan UMNO untuk mempertahankan bangsa dan agama.
Melihat Melayu bangkit secara tiba-tiba, Anwar akan bermain wayang lagi dan cuba memulihkan sokongan dengan mengambil hati Melayu dan mula memberi kata dua kepada DAP.
Di ketika ini, DAP akan membongkar semula kes liwat Anwar lengkap dengan segala bukti lalu menyumbat Anwar kembali ke penjara.
100 hari kemudian dan seterusnya Malaysia akan benar-benar huru-hara dengan penyokong Anwar yang merusuh dan bangsa Melayu yang marah. Lalu Anwar akan mencuba sekali lagi meminta kuasa besar masuk campur sepertimana sebelumnya dengan harapan dia akan dilantik menjadi PM kembali jika berjaya bebas kembali. Namun, hubungannya dengan kuasa besar terbatas kerana pemerintahan diktator dan chauvinis DAP tidak mungkin memberi kelonggaran dan keistimewaan kepadanya untuk berhubung dengan dunia luar dari dalam penjara sepertimana UMNO/BN.
Kerosakan dan kemusnahan yang berlaku dalam 100 hari pemerintahan PR dijangka terlalu teruk dan tidak mungkin dapat diperbaiki lagi dalam 100 tahun yang akan datang. Segala syarikat GLC akan diterajui oleh kaum Cina dan dalam masa 1 – 2 tahun kemudiannya, tidak akan ada satu pun bangsa Melayu yang menjawat walaupun jawatan Pengurus rendah di syarikat-syarikat tersebut.
Kaum Melayu akan terpinggir dengan ketiadaan kuota bumiputera, hak istimewa dan Raja-raja. Tanah-tanah Melayu akan dirampas dan Melayu akan dihalau ke pinggir hutan sepertimana slogan DAP ketika 13 Mei 1969.
Melayu PAS dan PKR yang buta tuli akan tetap bersorak gembira. Melayu UMNO pula terpaksa membina semula landasan perjuangan nenek moyang dahulu kala. Perjuangan yang pastinya lebih perit dan lebih sukar dari sebelumnya. Anak-anak dan cucu kita pula tidak tahulah apa nasib mereka di tanah air sendiri di ketika itu.
Inilah gambaran 100 hari pemerintahan PR di Malaysia. Pejamkan mata, dan fikirkan secara terbuka. Ia bukan mustahil malah ia berkemungkinan yang amat besar akan menjadi nyata. Minta dijauhkan Allah S.W.T.
Sepertimana yang kita tahu antara tuntutan IFC ( Interfaith Commission ) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain. Antara lain tuntutan-tuntutan IFC adalah :
a. Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara
terus menjadi orang Islam.
b. Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi
kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-
undang.
c. Kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah
dikendalikan oleh mahkamah sivil.
d. Perkataan ”Islam” tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang
Muslim.
e. Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin
dengan orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan murtad jika
ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil
tindakan undang-undang.
f. Suami isteri yang memeluk Islam tidak berhak diberi Hak
Penjagaan Anak.
g. Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli
keluarganya yang telah mati dalam Islam.
h. Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan
menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa untuk
orang Islam.
i. Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan
perkaaan-perkataan suci Islam.
j. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dibenarkan
pengedarannya kepada umum secara terbuka.
Gerakan anti-Islam telah berjaya menyusup masuk merosakkan parti PAS dan PKR. Perhimpunan 10 November 2007 tahun lalu ( perhimpunan BERSIH ) jelas didalangi oleh IFC ( INTERFAITH COMMISSION ) .
1. ) IFC Dulu dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC).
Mereka menuntut supaya ia dijadikan sebuah badan
berkanun yang ada KUASA mengubah ajaran
sesetengah agama (baca: agama Islam) jika didesak oleh
agama lain.
2. ) Ia mirip sebuah mahkamah dan SUHAKAM yang melayan
segala aduan dan keputusannya adalah muktamad.
3. ) Penganjur penubuhannya ialah Malaysian Consultative
Council of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism
melalui memorandum kepada Majlis Peguam
pada 21 Ogos 2001 di bawah pimpinan V Harcharan Singh.
4. ) Pada 8 Disember telah diadakan satu “Festival of Rights”
dengan tema “Kebebasan Beragama”. Pada 10 Disember
2001 Majlis Peguam menganjurkan forum “Kebebasan
Beragama” dan menerbitkan artikel dalam jurnal Insaf.
5. ) 17 Mac 2003 bengkel mengenai keperluan kewujudannya
telah diadakan. Kewujudannya gagal apabila persatuan dan
NGO Islam serta beberapa pemimpin
Islam menarik diri.
6. ) Januari 2005 deraf undang-undang penubuhan dikemukakan
dalam persidangan penubuhan IFC yang dianjurkan oleh
yayasan Kristian iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).
Matlamat :
7. ) Meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan
merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada
kepentingan orang bukan Islam.
Implikasinya :
1. ) Ia akan membuka ruang Menjadikan undang-undang Allah
tunduk kepada norma-
norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia.
2. ) Orang Islam bebas melakukan apa sahaja hatta murtad.
3. ) IFC bebas dan berhak menentukan status agama orang
Islam.
Yang menariknya pada perhimpunan 10 November 2007, gerakan yang bertopengkan parti politik ini berjaya mengheret bersama Presiden Pas Ustaz Abdul Hadi Awang termasuklah Anwar Ibrahim. Yang menjadi persoalan sekarang adakah Pas dan PKR terlibat sama dalam gerakan ini. Adakah Ustaz Abdul Hadi, Anwar Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin sanggup menjadi pengkhianat kepada umat Islam Malaysia. Banyak persoalan yang timbul semasa perhimpunan itu diadakan yang perlu difikirkan oleh ahli-ahli Pas dan PKR. Antaranya adalah:
1. ) Kerjasama pembangkang PAS, PKR, dan DAP bersama Bar
Counsil perlu dipersoalkan. Apakah niat kumpulan bar
counsil terlibat sehingga sanggup menyediakan pasukan
peguam dibawah pimpinan Sivarasa Rasiah yang
melindungi pesalah demonstrasi haram yg ditangkap.
2. ) Gabungan parti pembangkang dengan kumpulan anti Islam
seperti IFC ( Interfait Commision ) perlu dipersoalkan. IFC
telah berjaya memperdayakan PAS dan PKR.
3. ) Pembangkang /penganjur sanggup menjemput Al Jazeera
membuat liputan dan menyampaikan fakta dalam
perhimpunan itu.
4. ) Kenapa Nik Aziz Mursyidul Am tidak turun berdemonstasi
bersama BERSIH? Adakah Nik Aziz telah tahu perhimpunan
itu gagal?
5. ) Husam Musa hanya duduk dalam masjid negara. Kenapa
tidak berfungsi dengan baik?
6. ) Orang Islam sambut pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Lim
Guan Eng di masjid negara. Sejak bila kedua-duanya
menjadi Ustaz Pas.
Mengapakah pemimpin-pemimpin Pas dan ahli-ahlinya berdiam diri mengenai isu tuntutan IFC ini. Dimanakah fatwa-fatwa pemimpin Pas apabila mereka mengetahui yang IFC telah mencabar kewibawaan Agama Islam itu sendiri. Adakah mereka sendiri bersubahat? Bila berdepan dengan UMNO mereka sanggup mereka-reka pelbagai fatwa dengan matlamat untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu Islam.
Adakah orang-orang Melayu Islam didalam PKR tahu dan sedar akan perkara ini wujud didalam PKR. Adakah semua umat Islam diMalaysia sanggup melihat apabila ada bangsa lain mempersenda dan memperkotak-katikkan Agama Islam itu sendiri. Sanggupkah kita berdiam diri untuk melihat masa depan anak cucu kita terumbang-ambing apabila dalang-dalang ini berjaya didalam tuntutan mereka. Yang sedihnya adalah apabila ada antara umat Islam itu menjadi duri didalam daging.
Jelas dapat dilihat musuh-musuh Islam mengambil kesempatan apabila Islam berjaya dilemahkan. Yang terbaru apabila pihak Gereja Katolik berjaya didalam tuntutan mereka apabila mahkamah membenarkan mereka untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly. Hakim Lau Bee Lan juga membenarkan gereja tersebut untuk membuat semakan untuk peristiharan penggunaan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mereka dan tuntutan bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kapada agama Islam.
Bayangkan sejak kita lahir kita diajar menyebut dan mengenali Allah Taala dengan lebih dekat, tiba-tiba ada pula agama lain mahu menggunakan nama yang sama dengan Agama Islam. Tak ke janggal nama nya. Tidak ke pihak gereja katolik tahu yang Agama Islam adalah ugama rasmi Malaysia sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.
Kita nilai kembali kata-kata Nik Ajis pada 24 Ogos 2001.. " Bukan saja dalam manifesto dalam perlembagaan PAS sendiri tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan negara Islam.Dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu".
Inilah yang dikatakan Munafiknya seorang Tok Guru yang lebih munfik dari yang munafik kerana hanya kerana kecewa dan oleh kerana tamak haloba untuk berkuasa sanggup mengadai maruah agama dan bangsa.
Mereka yang melempar senjata kepada UMNO kini senjata tersebut terbenam dalam dada mereka sendiri.Mereka mengkafirkan UMNO kini kafir itu terbalik kepada mereka dengan bersekedudukan dengan DAP.Mereka yang mengkafirkan mereka lagi kafir dari yang kafir.
Mereka yang menipu,memutar belitkan mengunakan Al Quran dan hadis..merekalah yang munafik dari yang munafik.
Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-
Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.
Sabda Nabi SAW yang bererti :--
"Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,maka barang siapa mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah terlepas diri...dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat,akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya"."Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah).Baginda menjawab :Jangan! selagi mereka mendirikan solat dikalangan kamu".
Allah mengurniakan kita akal fikiran yang sihat semuanya itu untuk kita berbuat kebaikan bukan untuk berbuat kejahatan dengan menghancurkan,menghasut dan memecah belahkan sesama Islam.Ingatlah Allah dan RasulNya menyeru dalam Al Quran dan Hadis menyuruh kita sentiasa taat kepada pemerintah.Kenapa pula PAS harus ingkar dengan Allah dan RasulNya yang menyeru untuk kebaikan hamba2Nya ?.
Hadis Riayat Bukhari bererti :--
Abu Hurairah berkata : Rasulullah saw bersabda;"Kamu akan berebut pemerintah dan akan menyesal di akhirat kelak".
Hadis Riayat At-Tarmizi bererti :--
Abu Bakar berkata; Aku telah mendengar dari Rasulullah saw bersabda :"Sesiapa yang menghina Raja (pemerintah) Allah akan menghinanya".
PAS sebenarnya telah jauh tersasar dari perjuangan asalnya.Jika dulu mereka kononnya memperjuangkan untuk menjadikan negara ini sebuah negara Islam.Apabila kekalahan demi kekalahan yang mereka alami dalam PRU dan PRK ini menjadikan mereka kecewa.Jika dulu mereka menipu rakyat dengan "Undi PAS masuk Surga" ,menuduh ahli2 UMNO Kafir dan pelbagai lagi propaganda mereka untuk berkuasa.
Kini PAS membuka pekong busuk sendiri dalam pemilihan Parti PAS baru-baru ini apabila " Hadi Awang berkata dalam Al Quran tidak ada perkataan negara Islam yang ada hanya "Negara berkebajikan".Jika dulu mereka putar sana putar sini kini lebih ligat dari gasing yang berputar dalam sambungan siri penipuan PAS kepada rakyat.
PAS berperang sesama sendiri dalam kontek penubuhan negara Islam dan hukum hudud."Akibatnya kononnya ulama' PAS kini menjadi mangsa gulingan oleh kalangan mereka sendiri.Kini dalam PAS telah ada puak2 anti dan pro terhadap ulama'. Bidas membidas sesama mereka kini berlarutan akibat kejatuhan puak ulama'.
Petunjuk dari Yang Maha Kuasa telah pun dipertunjukkan kepada rakyat negara ini dengan jelas lagi terang bagaimana penipuan yang selama ini mereka mengunakan agama hanya untuk berkuasa kini mereka mengunakannya pula agama sebagai alat untuk berkuasa.Inilah putar belit PAS.Munafik Semunafiknya bapak-bapak Nahwu PAS yang diketuai oleh Dato Sri Abd Hadi Awang dan timbalannya kini Mat Sabu.
No comments:
Post a Comment