Monday, September 24, 2012

Iman PAS hanya berpaksi pada Lidah.Perjuangan Islam mereka hanya pada lidah dan tidak pernah faham segala ajaran Rasulullah saw.



Ee ingin ingatkan kepada semua agar ingat asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa  Hidup bersendi adat, Adat itu bersendikan syarak, dan Syarak pula bersendikan Kitabullah.Adat bersaudara.. saudara dipertahankan..adat berkampung.. kampung dijaga adat berbangsa.. perpaduan bangsa diutamakan.Apa yang Ee boleh katakan kepada semua rakyat negara ini memimjam kata2 keramat Tun Mahathir perjuangan kita belum selesai.. kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya..oleh itu Ee mengajak semua agar menolak pembangkang terutamanya PAS yang telah begitu banyak menyusahkan kita semua dengan pelbagai karenah yang menjijikan sejak dari sebelum merdekah sehingga kini.Mereka bukan saja memperkudakan suci Islam dan bangsa sendiri  pun mereka sanggup jual kepada DAP asalkan dapat kuasa duniawi yang sedikit.Dapat Ee rasakan bagaimana mereka mengadai maruah Islam sehingga Islam depandang hina..dicaci..mereka penganut PAS bertepuk gembira sehingga melelehkan air mata kegembiraan bila saja bangsa Melayu sebangsa dengan mereka di keji.diejek,dimaki hamun dan difitnah dik pemimpin DAP di setiap pentas ceramah anjuran mereka disambut dengan takbir yang bergema memenuhi ruang angkasa ciptaan Illahi.Iman mereka hanya berpaksi pada lidah..perjuangan Islam mereka hanya pada lidah dan mereka tidak pernah faham segala ajaran Rasulullah saw bahawa Iman itu "Ikrar di lidah..ditasdikkan di hati dan dilakukan dengan perbuatan"...mereka hanya tahu berpaksikan dilidah sahaja yang lainnya tidak sama sekali.

Ee katakan sepatutnya mereka buangkan saja perkataan Islam dalam parti PAS..pada Ee tidak sesuai dengan nama Islam yang ada pada PAS maka pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya telah menggunakan nama itu untuk menunjukkan bahawa PAS itu selaras dengan Islam, meskipun pada amalan dan tindakannya jauh berbeza bahkan kadangkala bertentangan dengan Islam itu sendiri.Apa yang Ee nampak bila rakyat yang kurang faham akan Islam menjadi keliru akibatnya ramai dikalangan mereka yang kurang memahami Islam tertipu dan mensifatkan PAS itu Islam, Islam itu PAS sehingga menjadikan mereka golongan fanatik PAS serta sanggup bertindak apa sahaja terhadap orang-orang yang tidak menyokong PAS. Malah ada setengah tempat menganggapkan PAS itu parti Allah seperti yang terjadi pada PRU tahun 1986 bila satu papan tanda yang diletakan ditepi Kampung Kerinci di tepi Lebuh Raya Persekutuan.Pada Ee ini satu yang menyesatkan aqidah umat Islam.

Renungkanlah hadis riwayat  Ad-Dailamy dari Ali R.A yang bermaksud :-

"Jangan kamu sekali kali mengqiaskan agama kerana sesungguhnya agama itu tidak boleh diqias dan permulaan orang yang mengqiaskan itu Iblis".

Dalam soal memutar belitkan setiap patah perkataan adalah kemahiran yang telah diserapkan kepada penceramah2 PAS.Ee katakan ini semua cubalah dengar setiap kali pemimpin PAS berceramah mereka akan mengeluarkan fatwa  "Sesiapa yang tidak menyokong PAS bererti mereka tidak menyokong Islam, dan sesiapa yang menolak PAS bererti mereka menolak Islam".Apakah Islam hanya untuk mereka yang menyokong PAS sahaja,bagaimana orang2 Islam lainnya yang tidak menyokong PAS?..Apakah wujudnya Islam di muka bumi ini kerana PAS?..Bagaimana Islam negara lain yang tidak ada parti PAS dalam negara mereka,apakah mereka bukan Islam?..fikirlah secara logik akal jangan ikut sedap mulut asal terbuka je asyik nak menipu dan membohong je..yang mendengar berfikirlah Allah mengurniakan kita semua akal fikiran yang sempurna bagi membezakan kita dari segala makluk ciptaanNya yang lain..jangan main angguk2 ,geleng2 sapi je..kamu tu manusia bukan sapi..

Ee ingin terangkan seterang-terangnya bahawa Islam menuntut umatnya mengutamakan pelbagai perkara asas yang lebih utama seperti isu pendidikan, ekonomi dan sosial sesebuah negara itu.Namun penganut PAS pula bila saja menjelang PRU maka pelaksanaan hukum hudud sebagai modal politik bergema semula untuk menang dalam pilihan raya,pada Ee ini semua sebenar bertujuan mencari keredaan pengundi dan bukannya keredaan Allah.Begitu juga bila rakyat memilih kerajaan pimpinan UMNO pada setiap kali PRU mereka penganut PAS mula buat akal mengadakan demonstrasi jalanan bagi menumbang kerajaan kononnya kerajaan tidak bersihlah,pengundi hantulah..Ee katakan sebenarnya merekalah yang menjadi hantu dengan menghasut rakyat membenci kerajaaan pilihan rakyat.Setahu Ee Islam tidak membenarkan sebarang bentuk demonstrasi sehingga mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara sebaliknya ia perlu dilakukan secara aman.Ee katakan dengan tegas Islam tidak melarang kita untuk berkumpul atau memberi pendapat kepada pemerintah tetapi haruslah dilakukan dengan cara yang berhemah bukannya  menumbangkan kerajaan dengan cara tidak demokratik,melakukan rusuhan seperti dalam bersih,1,2.0 dan 3.0 hakikatnya kotor dan busuk sedangkan kita semua ketahui kerajaan pimpinan UMNO telah melakukan banyak kebaikan dan kerajaan sedemikian patut beri peluang untuk meneruskan agenda membangunkan Islam dan kita sebagai rakyat harus menjadi tulang belakang menyokong usaha kerajaan bukannya membuat keburukan pula.Pada pandangan secara peribadi Ee katakan sejujurnya PAS selama ini telah memperalatkan banyak hukum agama kerana politik dan bagi mendapatkan kuasa,mereka menghalalkan dan mengharamkan apa saja asalkan mendapat keuntungan.

Renungkanlah Surah Al Imran ayat 19 bermaksud:-.

'Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam'. 

Ee terangkan dalam artikal kali ini sedangkan Parti Politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.Pada pandangan Ee jika  Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik seumpama " Sejongkong Emas yang kita ketahui akan ketulinannya kita leburkan pula dan dicampurkan dengan besi karat yang dilebur kononnya untuk menambahkan berat semata untuk menipu bagi mendapatkan keuntungan"..hanya mereka yang ahli tahu yang mana tulin dan yang mana tidak..Inilah yang dilakukan oleh PAS.Ee katakan dengan jelas bukan semua ahli begitu juga dengan penganut Islam bukan semuanya faham, maka Ee jelaskan ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam.Ini akan mengakibatkan aqidah Islam yang kita jagai selama ini.Kerana ramai yang Islam yang hanya setakat tahu hukum solat dan puasa saja yang lainnya mereka kurang arif.Setelah Ee fikirkan secara logik akal dan setelah berbincang dengan beberapa yang arif dalam hal ehwal Islam,dalam artikal kali ini Ee sarankan atas dasar untuk memelihara kesucian Islam dan mengelakkan daripada kekeliruan adalah lebih baik PAS buangkan saja perkataan Islam pada parti mereka.Jika PAS benar2 iklas dalam memperjuangkan Islam mereka boleh mencontohi UMNO  kerana umum diketahui bahawa lahirnya UMNO pada tahun 1946 itu adalah umtuk membela umat Melayu dan Islam negara ini dari angkara dasar penjajah Malayan Union yang akan menghakiskan ketuanan Melayu dan agama Islam dan dinyatakan bahawa penubuhan parti itu antara lain untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam di negara ini.

Ee katakan dalam artikal kali ini bahawa tiada siapa pun yang boleh menafikan bahawa pembangunan dan kemajuan Islam yang kita saksikan pada hari ini sehingga Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain adalah hasil daripada perjuangan UMNO yang memerintah sejak merdeka lagi, bukan hasil perjuangan PAS, walaupun pembangunan dan kemajuan itu terdapat juga kelemahan dan kekurangan di sana sini, itu adalah perkara biasa kerana yang melakukan adalah manusia dan manusia tidak seratus peratus sempurna.Ingatlah Menganut PAS kamu Sesat..Menganut Islam kamu akan mendapat Keberkatan Dunia dan Akhirat..So..kamu fikirlah sendiri..

No comments:

Post a Comment