Ee ingin bawakan temuramah Anwar dalam temuramah BBC 12 Jan bila ditanya mengenai sokongan daripada golongan pro-gay di Malaysia untuknya berikutan keputusan mahkamah.
Apa yang dimaksudkan Anwar Ibrahim sebagai 'undang-undang purba (liwat) ini perlu dikaji semula untuk menghalang mereka yang tidak bersalah dari dihukum.'
Apa yang dimaksudkan oleh Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.
"Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,"
Pada Ee kenyataan Anwar ini tidak lain hanya untuk melepaskan diri agar dirinya yang ternyata dalam penghakiman kes liwatnya para hakim berpendapat bahawa perbuatan liwatnya atas dasar suka sama suka kini menjerut lehernya.Ee ingin bertanya dalam sebuah negara yang majoritinya umat Islam, yang cukup jelas menolak hubungan luar tabie,mengapa pula seorang peliwat tidak boleh dihukum?..Sedangkan agama lainnya menolak perlakuan liwat tidak ada yang menghalalkan liwat kenapa untuk seorang Anwar liwat boleh dihalalkan?..Pada pendapat Ee apa yang cuba dilakukan oleh Anwar hanyalah bagi membolehkannya dirinya diiktiraf sebagai 'Perdana Menteri Gay Pertama Malaysia'.
Pada Ee Cukup tinggi anugerah ini ... setaraf dengan gelaran yang diberikan oleh isteri tercintanya 'Anugerah Tuhan'. Maka tidak salah mengapa anakanda tercinta Nurul Izzah menyifatkan bapanya sebagai 'Papa Hebat'.Pada Ee jika rakyat Amerika begitu kecewa dengan sikap Presiden Barack Obama yang begitu bersungguh-sungguh mahu menghalalkan perkahwinan jantan dengan jantan.Sehinggakan media di Amerika Syarikat menolak malah menyindir Barack Obama sebagai 'Presiden Gay Pertama Amerika Syarikat'. Pada Ee kenapa pula kita harus mengangkat Anwar sebagai Hero yang kononnya cuba menjadi hero kepada golongan Gay.Pada Ee apa yang diperkatakan oleh Karpal Singh bahawa ada berlaku memang berlakunya perlakuan liwat suka sama suka bukti telah nyata.Ee juga berpendapat " HANYA SEORANG GAY MENGENALI DAN FAHAMI MASALAH GOLONGAN GAY "...
Pada pendapat Ee bila perkara ini diperkatakan dikalangan lalat hijau mereka akan berkata 4 orang saksi..cubalah kita berfikir dengan logik siapa yang berak di tengah jalan hendak mengaku perbuatan mereka.Dan cubalah kita berfikir secara logik siapa yang nak melakukan maksiat secara terangan ataupun dikhalayak umum..Fikirlah secara logik dunia semakin maju jika dulu tidak ada kamera mahupun video kini budak kecil pun dah mampu memilikinya.Begitu juga dalam soal DNA dalam menentukan sesuatu kesalahan.. kalau kita tidak melakukannya maka apa perlu kita takutkan.
Pada Ee Anwar merupakan pelakun yang hebat sehebat pelakon Bollywood yang sentiasa menukarkan watak dalam mengelirukan penonton,Anwar pula begitu hebat dalam lakonannya dalam mengelirukan penyokongnya dengan kepetahan bercakap dan mampu menukarkan apa yang tidak betul kepada yang betul.Lakonan hebat Anwar sehingga menyebabkan Tok Guru lalat Hijau mengeluarkan fatwa mengtakan 'Berdosa menuduh Anwar dan akan masuk neraka'..
Ingatlah ikut PAS kamu Sesat..Ikut Islam kamu Selamat Dunia dan Islam..Bersatulah dalam 1Malaysia demi agama,bangsa dan negara..Marilah kita sama2 mengkuburkan Pakatan Haram DAP,PKR dan PAS sedalam-dalamnya pada PRU 13 kelak dengan menobatkan kerajaan pimpinan UMNO sebagai peneraju negara yang telah semua ketahui begitu adil kepada semua tanpa mengira agama dan kaum asalkan rakyat 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment