Memang Ee akui, Al Quran serta Hadith Rasulullah saw telah banyak menerangkan undang-undang hudud. Namun, wujud banyak perkara yang berlaku hari ini, tetapi, tidak berlaku pada zaman Rasulullah. Situasi ini menuntut kepada ijmak' serta ijtihad alim ulama'. Perkara yang menjadi masalahnya adalah ijtihad siapakah yang akan diterima oleh PAS?..Apa yang Ee nampak orang2 PAS hanya menerima apa yang telah diputuskan ulama' PAS sja walaupun kdg kala apa yang diputuskan itu salah ianya tetap diterima.Mereka orang2 PAS tidak akan terima pendapat dari ulama' luar kerana mereka telah terlalu taksub dgn segala propaganda dan penipuan memperalatkan agama yang dilakukan secara senyap oleh pemimpin mereka. Apa yang Ee nampak mereka orang PAS hanya menerima segala ketetapan ulama' luar bila tib waktu nak menyambut puasa dan ketika pengumuman menyambut hari raya saja.Walaupun kadang kala mereka mempertikaikan dan ada yang memulakan puasa awal dan merayakan hari raya lebih awal dari pengumuman ulama luar.
Apa yang Ee lihat hari ini situasi semasa menunjukkan bahawa PAS seringkali mengecam dan mencerca integriti mahkamah, pihak berkuasa, majlis fatwa serta majlis agama Islam. Contohnya, Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor yang menyerbu gereja kerana disyaki melaksanakan usaha memurtadkan Islam dikritik hebat sehinggakan mereka sanggup membuang Hassan Ali yang berjuang iklas demi aqidah umat Islam.Begitu juga dalam usaha merampas arak di kilang arak Selangor oleh JAIS disusuli dengan permohonan maaf oleh PAS. Mahkamah hanya dipercayai setelah Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan liwat.Apa yang Ee kuatirkan apabila hudud dilaksanakan apakah hanya ijtihad dan pendirian oleh ulama' PAS sahaja diterima?..Apakah ulama2 lainnya tidak Islamik?..Apakah PAS saja yang Islamik?.. Apakah wajar dalam perlaksanaan hudud menghukum kesalahan seseorang pesalah hanya berlandaskan fatwa' yang diambil dikalangan ulama' politik PAS sahaja?..Layakkah ulama' politik menjatuhkan hukum hanya berlandaskan politik dan mengikut alirannya saja?..
Sekali lagi Ee terangkan dengan tegas bagaimana dalam aspek penyiasatan bukti seseorang pesalah dalam kes zina pada zaman Rasulullah saw yang memerlukan 4 orang saksi yang adil, orang yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa-dosa kecil berulangkali diperlukan.Secara tegas Ee katakan pada waktu itu,saksi merujuk adalah manusia.. Namun pada zaman yang serba moden dan canggih ini saksi2 yang tidak akan bercakap bohong dan dapat memberikan kesaksian yang lebih telus dapat diadakan selain dari manusia.Zaman telah berubah demi keadilan selain dari manusia saksi2 seperti CCTV dan alat perakam boleh digunakan sebagai saksi jika diperlukan ianya lebih telus.Namun dalam hal ini ulama'2 PAS spt Nik Ajis mengatakan tidak boleh kerana ianya saksi besi dan ianya boleh direka..dalam soal ini Ee katakan saksi manusia lebih buruk lagi kerana manusia mudah dipengaruhi dan mudah lupa pada sesuatu kejadian.Jika mereka mengatakan saksi yang direka.. pada Ee apa bezanya antara saksi manusia dan CCTV ?..Pada Ee jika beginilah sikap ulama' PAS..Ee pasti satu masa nanti maksiat semakin berleluasa dan amat sukar utk dihapuskan kerana setiap pertuduhan memerlukan 4 saksi seperti yg Ee katakan tadi.Dan adalah amat mustahil orang yang berzina akan melakukan dikhalayak ramai dan disaksikan oleh 4 saksi yang benar2 jujur seperti diatas.
Ee terangkan sejelasnya jika didalam hudud PAS ada mengatakan hudud hanya akan dilaksanakan keatas orang2 Islam sahaja tidak akan dilaksanakan pada kaum kafir lainnya inilah yang dikatakan Hudud Politik..Pada Ee ini telah membuktikkan bahwa PAS hanya mengunakan Islam sebagai alat untuk meraih sokongan semata duniawi dan tidak iklas. Hudud bagi PAS hanya sekadar mainan dan satu sendiwara PAS.Di zaman Rasulullah saw fasal 23 piagam Madinah di dalamnya memperuntukkan tanggungjawab orang Islam dan 24 dimana membicarakan mengenai orang-orang bukan Islam.
Sekali lagi Ee katakan sejelasnya undang-undang PAS bukanlah hasil proses ijtihad yang sah. Ia dibuat kerana kepentingan yang lain daripada agama, khususnya kerana politik parti PAS. PAS sendiri mendakwa bahawa undang-undang ini dibuat kerana tekanan politik oleh UMNO. Ia bukan kerana politik Islam. Politik parti dan politik Islam bukan perkara yang sama. Dengan itu ia tidak boleh diterima sebagai sah di sisi agama Islam.Hukuman yang tidak sama, hukuman yang membezakan antara pesalah yang melakukan kesalahan yang sama, hukuman yang amat berat bagi seseorang pesalah tetapi amat ringan bagi pesalah yang lain yang melakukan kesalahan yang sama adalah tidak adil, baik daripada segi Islam atau bukan Islam.
Secara tegasnya Ee berpendirian dan mungkin semua yang faham dan mempunyai logik akal yang sihat akan mengatakan hukuman yang tidak adil tidak boleh dikatakan berasaskan kepada agama Islam. Dalam Islam ketidakadilan tidak boleh berlaku. Jika ia berlaku sudah tentu ia bukan daripada Islam. Dakwaan PAS dengan sewenang-wenangnya bahawa undang-undang ciptaan PAS hanya akan dikenakan kepada orang Islam sahaja dan tidak kepada orang bukan Islam tetap tidak adil dan dengan itu tidak Islam.Ee tetap berpegang pada hadis Nabi saw yang bermaksud:--
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, " Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya orang di zaman silam ialah kerana mereka apabila seorang yang mempunyai kedudukan di kalangan mereka mencuri mereka biarkan dan apabila orang yang lemah di kalangan mereka mencuri, mereka potong tangannya. "
Ee ingin menerangkan kebenarannya Islam bukan agama yang buta tuli, yang tidak mengambil kira keadaan, yang tidak mengambil kira masalah penganutnya dan umat Islam setempat atau keseluruhan, yang membebankan individu Islam dan umat Islam. Sebaliknya Islam adalah agama Allah SWT..Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, yang memberi pertimbangan kepada segala masalah yang dihadapi oleh penganut dan umat, yang tidak menekan dan menyusahkan mereka. Kalaulah dalam perkara ibadah ada kelonggaran, apakah dalam perkara perundangan tidak ada?..Cuba kita ambil sebagai satu contoh berkenaan khinzir atau babi..Larangan terhadap orang Islam juga mengambil kira keadaan dan masalah yang dihadapi. Daging babi tidak boleh dimakan atau lebih mudah iannya haram dimakan oleh orang2 Islam. Tetapi oleh kerana Islam menghargai nyawa manusia, terutama nyawa orang Islam, daging babi pun dihalalkan atau diharuskan jika tidak ada makanan lain untuk menyelamatkan nyawa.Ee terangkan maksudnya dalam keadaan Darurat membolehkan yang terlarang semata menyelamatkan.
Ee ambilkan lagi contoh dalam pemerintahan Khalifah Hisyam bin Abdul Malik, pelaksanaan hukum hudud telah digantungkan selama setahun.Kenapa dan mengapa tidak dilaksanakan selama setahun?..Menguatkuasakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam, sehingga menjadi masyarakat mereka kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secocok dengan amalan ibadat-ibadat dan ajaran Islam yang lain yang memberi berbagai-bagai kelonggaran supaya tidak menjadikan beban kepada orang Islam. Allah Subhanahu wa Ta'ala yang disebut berkali-kali sebagai Yang Maha Mengasihani dan Maha Menyayangi tidak menjadikan Islam sebagai agama yang zalim dan tidak bertimbangrasa. Pada Ee janganlah terlalu fanatik dan ingin menjadikan Islam sebagai agama ibadah dan amalan buta-tuli semata mengikut kemahuan nafsu serakah duniawi..
Ee terangkan dan ada mungkin benarnya dalam agama-agama lain yang menganggap ibadat yang menyusah dan menyeksa pengikutnya boleh menguji kekuatan pegangan kepada agama berkenaan. Dengan itu banyaklah acara menyeksa diri yang diamalkan sehingga kadang kala membunuh diri dianggap perlu dan baik bagi penganut yang setia, yang kuat kepercayaannya.Dalam Islam itu semua tidak ada dan tidak boleh sama sekali.Dalam Islam tidak ada ajaran yang menyeksa diri untuk mendapat pahala.
Pada Ee Islam itu mudah hanya orang PAS sahaja yang menjadikan ianya susah untuk diamalkan.Ee nasihatkan agar PAS jangan jadi seperti 'Siput Babi' sehingga tidak tahu membezakan diri samada siput atau babi yang sebenar.Ee ingin ingatkan kat penganut PAS bahawa kita ni rakyat Malaysia dan sebagai rakyat yang baik kita harus menghormati perlembagaan negara yang telah ditetapkan..dan Ee juga ingatkan bahawa negara kita ni rakyatnya berbilang bangsa dan agama,jadi kita semua harus bertolak ansur antara satu sama lain dan saling hormat menghormati barulah kita semua dapat hidup dalam suasana harmoni dan negara menjadi aman makmur.Ee ingin berkongsi pertanyaan kepada orang2 PAS apakah orang Islam yang tinggal di negara majoriti bukan Islam terpaksa melaksanakan juga hukum hudud sehingga mereka didakwa di bawah undang-undang negara berkenaan?.. Bukankah Islam itu luas dan 'flexible' serta mampu 'respond' kepada perubahan yang berlaku pada umat manusia, perubahan masa dan tempat. Inilah yang menyebabkan Islam itu sesuai dengan setiap masa dan tempat. Keadaan yang berlaku tentu diambilkira. Lebih-lebih lagi apabila keadaan umat Islam itu berada dalam keadaan lemah dan kurang kemampuan. Keadaan demikian boleh dianggap sebagai berada dalam keadaan darurat.
Ee berpendapat dan setegasnya mengatakan undang-undang hudud PAS perlu dikaji sebelum ia boleh diterima dan adalah sebaiknya ditolak oleh sebuah Kerajaan yang ingin menerap nilai-nilai Islam seperti Kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu Kerajaan tidak boleh membelakangkan dengan sewenang-wenangnya undang-undang yang didakwa berpunca daripada ajaran Islam namun sebenarnya ia jauh terpesung dari landasan Islam yang dibawa oleh Nabi saw.
Apa yang Ee boleh berkongsi bersama Hukum Hudud adalah berkenaan dengan jenayah.Ee terangkan bahawa ulama yang alim dalam ajaran Islam dan hukum hakam Islam tidak semestinya pakar dalam bidang jenayah. Keadaan dan jenayah di zaman Nabi saw tidak sama seperti di zaman ini. Demikian masyarakat di Madinah, bahkan masyarakat di negara-negara Islam di mana hukum hudud dilaksanakan sepenuhnya, amat berbeza dengan masyarakat di Malaysia di waktu ini. Masalah penduduk berbilang kaum dengan komposisinya di Malaysia memerlukan pertimbangan secara serius dan istimewa. Jenis jenayah perlu diambil kira. Hukuman dibawah undang-undang biasa juga perlu diambilkira.Satu pertanyaan yang ingin Ee tanyakan dan kongsikan bersama dan bersama memikirkannya..Persoalannya yang akan dipersoalkan ialah apakah undang-undang PAS berkenaan dengan hukum hudud Islam menepati dan mencapai maksud dan matlamat hukum hudud dalam Islam?..
Ee nyatakan dan tidak perlu diputar belitkan kenyataan sebenar bahawasanya kerajaan pimpinan UMNO bukannya menolak hukum hudud.Kerajaan UMNO hanya menolak tafsiran dan undang-undang PAS Kelantan yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Penolakan sesuatu yang salah adalah wajib jika kita berpegang kepada ajaran Islam.
Ee secara terangan menyeru agar PAS perlu berhenti menjadikan agama sebagai modal politik. PAS hanya mampu menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal melaksanakan hukum hudud.Pada Ee PAS sering menyatakan keinginan hudud mereka terhalang kerana Perlembagaan Persekutuan menyekat perkara tersebut.Ee cabar PAS jika benar-benar ingin melaksanakan hukuman hudud, PAS boleh bermula dengan melaksanakan perkara yang mampu mereka lakukan seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali dalam isu murtad..dalam soal menutup pusat2 maksiat,rumah urut yang bagaikan cendawan tumbuh dinegeri yang mereka perintah seperti Selangor sehinggakan mendapat jolokan Serambi Maksiat.Dan ada yang mengatakan Mai!..Mai!..tak perlu pii Siam noo..kat Selangor kalau setakat nak Cu*** tak perlu buang duit banyak kat Siam..Mai!..Mai!..sini pun ada...Pulau Pinang dan Kedah kini di Kelantan pun semakin merebak janganlah pula Kelantan satu masa kelak dikatogerikan sebagai Serambi Sex pula.Pada pandangan Ee banyak lagi yang perlu PAS perbetulkan di negeri yang diperintahnya bersama pakatan haram..Pada Ee PAS hanya tahu cakap Pasal Islam dan Hudud hakikatnya jauh ke bulan dari menyamai Hudud Rasulullah saw..Janganlah sampai jadi penipu bagai pepatah Kuman di seberang laut nampak besar..Gajah depan mata buat2 tidak nampak..Ingatlah ikut PAS kamu Sesat..Ikut Islam kamu Selamat Dunia dan Akhirat..So...Kamu fikirlah Sendiri..
No comments:
Post a Comment