Friday, September 7, 2012

Wajib Baca..Sendiwara DAP dan PAS Demi Menghancurkan Keharmonian yang telah kita kecap kini...




'Langkah Mayat saya dulu baru dirikan negara Islam'

Hakim Negara, Tun Salleh Abas diminta memberikan 'kuliah' kepada pemimpin PAS mengenai isu negara Islam dan menjelaskan kepada mereka mengapa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini.

"Saya harap demi kepentingan Pakatan Rakyat, pemimpin PAS berhenti daripada mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini. Saya hanya memberi maklum balas ke atas kenyataan mereka. Apa yang mereka perkatakan tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang jawapan".

"Pendirian yang diambil PAS bukan saja tidak mematuhi Perlembagaan, tetapi juga melanggar keputusan Mahkamah Agung yang diputuskan Salleh, yang kini ahli PAS,"..

 'Nasharudin kini hanyalah 'ikan bilis' dalam Pas dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.

"Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti" Karpal..

"DAP sama sekali tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu di negara ini.

"Saya tidak kisah apa yang Kit Siang dan Guan Eng cakap mengenai hukum hudud sewaktu bertemu pemimpin Pas,. Tetapi bagi saya ia tetap tidak boleh dilaksanakan di negara ini," 

"Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. Jadi adalah tidak sesuai jika hukum hudud dilaksanakan. Apa yang dikatakan oleh Karpal Singh adalah kenyataan rasmi daripada DAP, bukannya secara peribadi.Ronnie Liew

Jika begini sikap kurang ajar yang ditunjukan oleh Karpal apabila bercakap tentang hudud ala PAS, Ee dapat rasakan bahawa sebenarnya pemimpin2 PAS patut duduk bersama dan memikirkan kembali persetongkolan mereka dengan DAP samada menguntungkan Islam atau semata mahu agar agama Islam diperlekehkan dan diperhina oleh mereka sesuka hati.Pada Ee cukuplah mereka mempermainkan keratan Al Quran dan Hadis semasa menghadiri ceramah PAS mereka hanya berpura-pura dalam persetongkolan yang tidak mempunyai 'Hitam Putih' sekadar menipu rakyat semata kemaruk nak berkuasa.

Apa tah lagi bila Presiden PAS, Hadi Awang, yang menyedari tentang PAS yang semakin kurang sokongan dari bangsa Melayu Islam di negara ini, mula menyebut tentang perjuangan partinya yang mahu melaksanakan hukum hudud sekiranya mereka menang pada PRU ke-13 kelak.Kenyataan Hadi disokong pula oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib walaupun menyedari bahawa kenyataan mahu melaksanakan hudud itu mampu membuat PAS dan Pakatan Haram kehilangan undi dari golongan bukan Islam di negara ini.Semua ini satu lakonan sendiwara pakatan,Ee dapat rasakan sebaik saja isu ini dibuka setiap kali menjelang PRU pasti  Karpal Singh untuk 'berlakon' marah kepada PAS atas agenda melaksanakan hudud sekiranya Pakatan mereka menang pada PRU kali ini namun dibelakang mereka tersenyum ketawa berdekah kerana dapat memperdayakan rakyat terutama penyokong PAS yang akan mengangkat setiapa kata2 pemimpin mereka benar belaka.

Pada Ee seiapa saja yang percaya kepada sendiwara mereka menandakan bahawa kematangan politik dibawah aras tahap Taska PASTI yang dijaja oleh PAS kononnya telah berjaya memperjuangkan Islam.Pada Ee strategi ini telah lama mereka mainkan dan yang pastinya pada PRU 12 yang lepas yang bodohnya mereka yang begitu taksub menyokong tanpa memikirkan terlebih dulu kenapa 'Hudud tidak dilaksanakan walau barang sedikit di Kelantan yang telah mereka perintah lebih 23 tahun'.Pada Ee sejarah telah membuktikan bahawa PAS hanya mengunakan hudud sebagai satu modal besar dalam perhitungan menarik pengundi..pada Ee mereka tidak mampu pun membuat draf hudud, apatah lagi melaksanakannya.Dari kononnya memperjuangkan Negara Islam sehinggalah kini terpaksa tunduk mengikut telunjuk DAP memperjuangkan pula Negara Berkebajikan yang dilaksanakan oleh UMNO sejak dari mula merdekah sehingga kini.

Kadang kala Ee rasa nak tergelak bila penyokong2 PAS bertempik marah dan mata naik tersembul bila bercakap tentang perlaksanaan Hudud macam kena sampuk hantu cina, sedangkan hakikatnya pemimpin mereka sebenarnya pembohong dan sering bercakap macam roda kereta dolak dalih..sekejap laksana..sekejap tidak dan yang paling malang mereka putar bulatan sehingga tersungkur menyalahkan UMNO.Pada Ee inilah kelebihan pemimpin PAS dalam membuat auta sebab terlebih belajar dengan Tok Guru Nik Ajis yang mengatakan bahawa didada Karpal ada bulan mengambang..

Pada Ee sendiwara DAP dalam menakut-nakutkan masyarakat cina tentang perlaksanaan hukum hudud dari dulu lagi mereka cuba membayangkan kepada golongan bukan Islam bahawa hukum adalah sejenis undang-undang yang zalim, ganas dan tidak wajar dilaksanakan di Malaysia. Sejak dari mula dipertengahkan oleh PAS banyak memberi faedah kepada mereka.. ini terbukti bila undi mereka semakin meningkat kerana masyarakat cina mengangkat DAP sebagai Hero memperjuangkan apa yang mereka takutkan.Pada Ee perlaksanaan hukum hudud yang berlandaskan Al Quran dan Hadis merupakan satu hukum yang terbaik dari Allah untuk dilaksana bukannya hukum hudud ala PAS tidak adil manakala hudud Allah sangat tepat dan adil sepanjang zaman.

Apa yang Ee boleh katakan lihatlah saja kerosakan yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang yang diterajui oleh DAP,PKR dan PAS di Selangor begitu juga di Pulau Pinang dan Kedah terlalu banyaknya tempat2 maksiat yang tumbuh macam cendawan musim hujan.Kini Selangor lebih dikenali sebagai tempat persinggahan yang terbaik berbanding Thailand apabila rumah2 pelacuran warga cina,rumah2 urut dan karoke bersepah disetiap bandar sehinggakan bandar yang kecil pun ikut terpalit.Mana dia hero2 PAS yang sering melaungkan selogan Nahi Mungkar...kenapa kecut untuk bertindak..Apakah ini Islam yang diamalkan oleh PAS..

Ee nasihatkan kepada semua agar menolak Pakatan Haram Pembangkang pada PRU 13 kelak sekiranya tidak mahu negara ini dilebelkan sebagai Surga Maksiat jika pakatan memerintah.Ingatlah jangan kerana baru mendengar guruh dilangit air ditempayan dicurahkan begitu juga jangan kerana terlalu marahkan nyamuk seekor habis kelambu dibakar. Pada Ee marilah kita bersatu dalam 1Malaysia demi mengekalkan keharmonian yang telah kita kecapi selama ini dan marilah kita bersama menambah baik bersama kerajaan yang telus dan iklas demi rakyat.Marilah kita sama-sama menobatkan kembali Kerajaan pimpinan UMNO sebagai peneraju negara demi jenerasi akan datang dan marilah kita bersama kuburkan pakatan pembangkang sedalam-dalamnya agar mereka tidak lagi mengganggu kerharmonian yang kita kecapi dengan melakukan keganasan menghasut rakyat agar membenci kerajaan yang tulus dan iklas.Bersatulah demi agama,bangsa dan negara.Ingatlah ikut PAS kamu Sesat..Ikut Islam kamu Selamat Dunia dan Akhirat..

No comments:

Post a Comment