Wednesday, September 5, 2012

Fatwa Bonggol Paradong 1981 Bukti Nyata PAS menyesatkan Aqidah Umat Islam Malaysia..PAS menyesatkan Penyokongnya Sendiri..




Apa yang Ee boleh kupaskan disini parti PAS yang kononnya memperjuangkan kepentingan Islam,sebenarnya hanyalah sebuah parti yang mempergunakan Islam sebagai satu alat meraih simpati untuk mendapatkan kuasa yang begitu diidamkan sejak dari sebelum merdekah.Mereka mempergunakan Islam,Hukumnya berubah-rubah mengikut acuan sendiri dan semata untuk kepentingan mereka sendiri.Tidak pernah terpadam dan tidak akan terpadam dalam catatan sejarah negara dan juga masih segar dalam ingatan Ee bagaimana pada tahun 1963 Dewan Ulama' PAS Kelantan telah memutuskan sebulat suara bahawa orang Islam yang berkerjasama memerintah negara bersama dengan orang kafir adalah haram dan menjadi kafir. Mereka membuat fatwa semata cuba menghasut rakyat membenci kerajaan UMNO yang berkerjasama dengan MCA dan MIC.Mereka meracun pemikiran rakyat dengan melagakan sesama bangsa dan agama agar mereka senang mendapat kuasa bila negara menjadi kucar kacir.Pada Ee inilah yang mereka rancangkan setelah kempunan mendapatkan kuasa melalui proses demokrasi di mana rakyat akan keluar mengundi memilih kerajaan yang mereka sukai.Pada Ee mereka pemimpin PAS telah menjadi munafik kerana keduniaan dan semata untuk membolehkan mereka berkuasa.Mereka bukan saja menjadi pembohong kepada rakyat Islam negara ini malah mereka cuba berbohong dengan Allah SWT.Jika pada tahun 1963 mereka membohongi rakyat bahawa berkerjasama dengan bukan Islam memerintah negara adalah haram.. kenapa pula bila mereka menjalinkan kesepakatan secara haram bersama dengan DAP yang begitu terang-terang menentang Islam pada April 1999 menjadi halal pula kepada mereka?..Apakah hukum Islam itu boleh berubah kerana mereka memakai jubah,berserban,bertasbih,berdahi hitam dan berjanggut sejemput?..Apakah hukum Islam itu hanya layak untuk orang2 PAS saja?..Pada Ee inilah Islam cara PAS?..Bila Tun Mahathir menolak Hudud PAS mereka menyalahkan Tun kononnya menolak Islam dan sebagainya..hakikatnya hukum Islam PAS sering berubah umpama Cicak Mengkarung yang sentiasa berubah warna mengikut persekitarannya..

Ee masih ingat akan janji PAS sebelum pemerintahan PAS di Terengganu, Hadi Awang berjanji sekiranya PAS menang sebelum ayam berkokok hukum hudud akan dilaksanakan di Terengganu. Namun apa yang mereka buat setelah memerintah???... Soal hukum agama sekadar manis di bibir mulut puak-puak PAS mereka tetap berbohong dan menjadi pembohong dengan menyalahkan pehak lain pula...Apa yang Ee katakan ini berfakta bukannya fitnah atau merapu buktinya penipuan PAS ini disokong sendiri oleh bekas mujahidin PAS, Haji Mokhtar yang mengambil tindakan keluar daripada PAS selepas setahun tiga bulan PAS memerintah Terengganu kerana merasakan dirinya terlibat dalam penipuan yang telah dibuat oleh PAS terhadap rakyat Islam dan lebih lagi kepada Allah SWT. 

Ee masih ingat lagi bagaimana Ketua Dewan Ulama' PAS Terengganu ketika berceramah di Kampung Gong Duek,Besut Terengganu pada 1hb April 1981 antara lainnya telah berkata "Orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik...siapa yang ambil orang kafir jadi kawan baik?"..(Disambut dengan secara beramai-ramai "UMNO..UMNO") siapa?..UMNO..Apa hukumnya orang itu?...(Disambut secara beramai-ramai munafik...lalu disambung bertalu-talu munafik..)..Jadi sekarang ni bila PAS pula berkerjasama dengan orang kafir DAP apakah mereka bukan munafik?..Apakah hukum Islam akan berubah semata kerana mereka orang PAS?..Bagaimana pula orang2 Islam negara2 lainnya apakah mereka bukan Islam kerana tidak menganut PAS?.. 

Perbuatan PAS menjadikan Islam sebagai satu alat untuk berkuasa bukan berakhir disitu saja..Ee masih ingat dengan segar bagaimana PAS telah membuat fatwa yang menjadikan umat Islam negara ini berpecah belah bila mereka membuat fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah.Fatwa' ini telah menjadikan perpecahan yang begitu ketara apabila ada yang begitu jahil kerana fatwa yang merapu ini sanggup memutuskan ikatan silaturrahim,perpecahan antara adik beradik,ibu-bapa,cerai-berai,jiran tetangga dan sahabat handai.Dan yang paling menyedihkan apabila berlakunya sembahyang berjemaah secara berasingan dalam satu kariah di sebahagian masjid di Terengganu.Apa yang Ee boleh katakan PAS yang juga serpihan UMNO terus memfitnah UMNO dek kerana dengki terhadap parti keramat Melayu Islam akibat desakan nafsu tamak haloba untuk berkuasa.

Mereka PAS sering meminta bukti dimana PAS yang dikatakan sesat?..Apa yang Ee boleh katakan mereka sudah lupa pada Amanat Haji Hadi Banggol Paradong 1981 yang megkafirkan orang islam, disebabkan Amanat itulah banyak berlaku Perpecahan Umat Islam sehingga kini kesan dari Amanat yang bertentangan dengan aqidah Umat Islam itu masih diguna pakai, apabila masih lagi terdapat Masjid-masjid yang didirikan dalam Satu Kariah sehinggakan membawa kepada kemurkaan Sultan Terengganu.Apa yang dapat Ee katakan begitu banyak hukum hakam menjadi permainan politik mereka tanpa mengira kesan kepada umat Islam. Umat islam pada hari ini begitu terguris dan menjadi keliru dek 'fatwa2' sesat PAS.Ee katakan bahawa PAS telah menyesatkan penyokong mereka sendiri antara sedar atau tidaknya.Lebih teruk lagi, kerana terlalau taksub dengan pucuk pimpinan PAS terutama Hadi Awang Presiden PAS tidak hairanlah bekas penyokong kuat PAS satu ketika dahulu mengambil tindakan drastik menanam jenazah isterinya di sebelah rumah.Perkara ini disahkan sendiri oleh  bekas mujahidin PAS, Haji Mokhtar.Beliau yang kini telah insaf merasa menyesal kerana terlalu mengikut telunjuk PAS hingga sanggup melakukan apa sahaja. Setelah sedar perjuangan PAS telah jauh tersasar membuatkan beliau terus meninggalkan parti bertopengkan agama itu.Islam ada mengariskan tentang hukum hakam mengkebumikan jenazah menurut Syaikh Muhammad al-Syarbini al-Khatib di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj menulis: tanam mayat di tanah perkuburan lebih afdhal kerana ada doa para pengunjung dan orang lalu lalang. Nabi SAW sendiri menanam mayat ahli keluarga dan para sahabat di tanah perkuburan al-Baqi'. Menurut fatwa al-Qaffal, menanam mayat di rumah adalah makruh. Manakala pendapat yang masyhur, perbuatan itu dianggap berlawanan dengan yang afdhal. Adapun jenazah Rasulullah SAW ditanam di dalam rumah baginda, kerana seseorang Nabi, Allah tidak mengambil nyawanya kecuali di tempat yang Dia suka jasad Nabi itu disemadikan. Adapun orang-orang yang syahid, maka sunat dikebumikan di tempat mereka terbunuh.

Bukan maksud Ee nak bawa sejarah lama,namun pada Ee demi menegakan maruah Islam yang telah dicemarkan oleh puak PAS agar generasi baru dapat memahaminya dan seterusnya memikirkan mana yang baik atau tidaknya..Ee juga nak bawakan bagaiman Presiden PAS Hadi Awang yang telah menentang perlaksanaan program Islam yang telah dibawa oleh pemimpin UMNO demi menaikan taraf orang2 Islam negara ini.Apabila pemimpin UMNO mahu menubuhkan Bank Islam,Universiti Islam dan pelbagai lagi institusi Islam ditentangnya dengan keras dan membuat pelbagai propaganda dan fitnah menghasut.Ee masih ingat lagi bila Hadi Awang sebagai berkata pajak gadai Islam,bank Islam tidak memberikan apa2 erti kepada umat Islam negara ini pada 27/1/1983.Dalam harakah pula pada 26/1/1983 pula "Perkara ini hanya sebagai kulit yang melambangkan Islam sedangkan pemerintah negara tidak melambangkan Islam".Inilah PAS bila ada anak2 kalangan PAS yang tidak dapat masuk mana2 Universiti Islam dan lain2 Universiti mereka merayu pula..

Ee ingin bawakan penjelasan dari  Dr. Rahman yang kini merupakan salah seorang doktor di hospital kerajaan dan Nashrul Fazli yang kini sedang bercuti sebagai pensyarah di salah satu Intitusi Pengajian Tinggi Awam kerana menyambung pengajian di luar negara menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dan rakan beliau Nashrul Fazli.

Dr.Rahman menulis dan mengakui bahawa :--

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun.

Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.

Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaanya.

Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami untuk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu-tunggu kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan-rakan kami lain yang mengalami kejutan budaya.

Kami redha menerimanya sebagai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut!

Kerana apa yang kami sangka Islam yang adil, cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yang zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

Panel-panel yang datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang-calang orangnya seperti Arwah Ustaz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustaz Siddiq Noor, Ustaz Azizan (MB Kedah sekarang), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi.

Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara-perkara yang salah! Mana-mana ibu bapa yang melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah.

Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya satu jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama satu minggu, diberikan makanan-makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan untuk menyokong PAS dan jika tiba masanya untuk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yang penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS).

Ketaatan yang paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibu bapa sekalipun. Malah kami masih ingat dengan jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, "Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan-tuan semua bersama dengan kami?"

Kami yang sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!

Kami ditawan serta dibrain wash untuk menjadi tentera-tentera militan PAS. Kami diajar untuk wala' (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan untuk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut.

Pada akhir sesi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kepada jemaah iaitu PAS!

Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yang terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dengan perjanjian bathil ini.

Semasa dalam Tamrin ini lagi, Nashrul dan saya mula tertanya-tanya…Islam yang kami kenal adil tetapi yang kami jumpa di sini zalim. Islam itu tidak menindas, tapi kami ditindas. Islam itu agama yang aman, tetapi kami disiapkan untuk menjadi militan. Kesemua ini berlaku dengan izin serta pengetahuan jelas dan sedar para pemimpin PAS!

Walaupun begitu, kami tetap kekal bersama dengan PAS kerana menyangkakan inilah jemaah terbaik yg sedia ada di Malaysia. Takkan nak sokong UMNO yang takde Quran dan Sunnah dalam perlembagaanya…kami memujuk diri sendiri.

Namun demikian kami jelas bahawa buat masa ini, inilah jemaah Islam terbaik. Jika ada yg lebih baik dari PAS, maka kami akan menyertainya.

Rentetan dari itu, menjadilah kami aktivis PAS di kampus. Study kami entah ke mana…kerana kami sentiasa dikerah untuk melakukan gerak kerja PAS di kampus mahupun di luar kampus. Demonstrasi menjadi mainan buat kami. Mesyuarat jemaah hampir setiap malam.

Ramai antara sahabat-sahabat kami yang berbaiah gugur dan tidak graduate kerana diajar untuk meletakkan aulawiyat (keutamaan) pada jemaah lebih dari pelajaran.

Saya dan Nashrul bertambah tidak puas hati. Kami melakukan islah (pembaikan) dari dalam untuk meyedarkan jemaah (PMIUM) tentang bahaya pelajaran kami yang terabai dek ditarbiyah dengan salah oleh PAS. Tetapi kami masih taat kepada PAS demi Islam.

Islam kah mereka ini yang mengorbankan anak-anak para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung yang menghantar anak mereka untuk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yang berkelulusan terakhir SPM?

Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan sebegitu jijik sekali oleh PAS.

Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang-orang agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yang strategik disapu mereka seluas-luasnya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS. Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini.

Malah banyak kes siswi-siswi yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan kampus yang rata-ratanya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus!

Banyak lagi penyelewengan mereka yang saya tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan kepada PAS.

Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan.

Pada ketika itu saya mula menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya 'reconsider' kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kepada jemaah.

Di ketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi Islam semua lulus dengan 1st class honours walaupun tak study kerana sistem pelajaran mereka yang lebih fleksibel dan mudah.

Saya kekal menyokong PAS bersama dengan Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yang lebih baik dan syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.

Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains.

Akhirnya kami mengambil Professor Dr Mohd Zaki Abdul Muin (Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM) untuk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini untuk pelajar kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali.

Prof Zaki adalah merupakan seorang aktivis PAS yang cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba’ dan korupsi. Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana-mana bank. Orangnya cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang Muslim yang berjaya.

Disebabkan kemenangan PAS merampas Terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihan raya 1999, beliau diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yang ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik.

Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi.

Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dengan Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap Exco Pendidikan Negeri.

Wang ehsan untuk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain.

Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan untuk print poster politik pada harga yang sangat rendah. Ada orang hasut Harun Taib pecat Pengurus Besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)!

Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidak kah ini satu kezaliman?

Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat Pengurus Besar, pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dari TATI kepada Prof Zaki. Prof tidak dipanggil bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Mahathir panggil, bagi peluang bela diri.

Prof Zaki tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi Dekan Fakulti Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM.

Tapi demi Islam, Prof Zaki tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak-anak serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!

Kami beramai-ramai marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami, jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan sokong PAS demi Islam.

Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah. Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan.

Maka Nashrul berjumpa dengan pelajar-pelajar Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka untuk defend jemaah-jemaah haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah-hujah PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith-hadith sahih Rasulullah yang tak pernah kami diajar atau didedahkan.

Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YANG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT.

Nashrul ditunjukkan hadith-hadith sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yang membenarkan menjatuhkan pemerintah.

Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yang dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic….tetapi inilah yang kami cari. Satu manhaj yang mengikut full sunnah Rasulullah.

Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith-hadith yang kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut…jawapan-jawapan mereka seperti jawapan Mahathir yang kata Nabi simpan janggut kerana tak de pisau gillete, kalau laksana hudud semua orang akan kudung etc!!!

Mereka tolak puluhan hadith-hadith ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!!

Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak dapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.

Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yang kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan.

Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yang meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith-hadith Nabi hanya terpakai untuk Daulah Islamiyah seperti ustaz-ustaz PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah.

Mereka (PAS) mengiktiraf bahawa sistem khalifah/ daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.

Sebenarnya, hanya empat khalifah pertama sahaja yang benar-benar naik jawatan melalui sistem syura.

Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini.

Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah. Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dengan Majlis Tahkim, dan setelah itu sistem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.

Tetapi para ulamak yang hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yang mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun.

Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang Gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dengan manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dengan begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yang zalim ini.

Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk!

Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yang mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa untuk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan umat paling utama. Begitu juga dengan para khalifah Islam yang begitu ramai yang kaki perempuan, kaki khamar etc..tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS…sangat aneh.

Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku, digantikan oleh pemimpin yang lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus..Tetapi mereka kekal diiktiraf daulah Islamiyah…sangat pelik.

Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir.

Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang Melayu yang sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri.

Lihat saja Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan.

Sahabat saya dari Iraq yang sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada tahap tertinggi kini. Neraca ekonomi sahaja kah yang kita pakai?

Tidak nampakkah bala bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa?

Ini semua adalah kemurkaan Allah. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah Islam diletakkan tertinggi?

Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yang dibayar untuk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.

Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh-bersungguh serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yang lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yang lebih mendekati sunnah.

Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan dirolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri dari segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]

Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yang ada sekarang yang kebetulannya adalah UMNO. Kerajaan kita tidak lah seburuk mana, kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yang luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahanan yang rata-ratanya dikuasai oleh orang Islam…banyak lagi.

Jika PAS memerintah, maka segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama. Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan belumpun benar-benar berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah, maka PAS akan kami tentang bersungguh-sungguh sebelum nasi menjadi bubur.

Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yang membenarkan perjuangan PAS untuk menjatuhkan pemimpin yang sedia ada.

Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Untuk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahupun akan hujah ini, malah menekan ulamak-ulamak salaf di Malaysia seperti Ustaz Rasul Dahri dengan mengharamkan buku-buku karangan beliau yang menolak bidaah seperti doa nisfu syaaban, tahlil, bacaan Yaasin pada malam Jumaat etc.

Walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulamak-ulamak salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yang bertepatan dengan sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.

Kami tenang dan aman dengan manhaj yang kami ikuti ini. Kami berjuang kini untuk meyedarkan semula sahabat-sahabat kami yang telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus.

Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama-sama dengan kami mendokong ajaran Rasulullah.

Apa yang Ee boleh katakan Ingatlah Ikut PAS kamu Sesat..Ikut Islam kamu Selamat Dunia dan Akhirat..Marilah kita sama2 bersatu dalam 1Malaysia dalam PRU 13 kelak dengan memberikan kemenangan kepada kerajaan pimpinan UMNO yang telah banyak berjasa dan begitu adil kepada kita semua tanpa mengira bangsa dan agama.Marilah kita kubur sedalam-dalamnya Pakatan Haram Pembangkang pada PRU 13 kelak agar ianya tidak menjadi "Duri dalam daging" kepada kita semua yang berbilang bangsa dan agama yang telah sekian lama hidup aman makmur dibawah kebijaksanaan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO.Bersatulah demi Agama,Bangsa dan Negara.

No comments:

Post a Comment