Sunday, September 2, 2012

Rapatkan Barisan Luruskan Saf..




Adakalanya Ee berfikir kenapalah UMNO tidak pakai Lambang Bulan Mengambang macam parti PAS dan PAS pula kenapalah tidak pakai Lambang Dacing macam UMNO adakalanya Ee marah dengan apa yang Ee fikirkan..Ee sering dengar setiap kali berada dalam golongan PAS semasa penamaan calun mahupun ketika menghadiri ceramah PAS "Masuk Bulat..Masuk Bulatan"..Ketika Ee berada dalam kelompok BN pula semasa penamaan calun mahupun ketika menghadiri ceramah BN "Berbaris rapat2 luruskan saf "..Semasa Ee berjemaah bersama dalam masjid mahupun surau imam akan pula berkata luruskan saf barisan ketika dalam solat atau rapatkan saf..Sabda Nabi saw yang diriayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud :--

Sebaik-baik saf barisan lelaki yang dihadapan,dan yang seburuknya adalah yang paling belakang,dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir,dan terburuk paling depan. (Riwayat Muslim)..

Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah yang bermaksud:--

"Rasulullah bersabda, "Tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka." Maka kami bertanya, "Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?' Beliau menjawab, "Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf." (Hadis Riwayat Muslim)

Sheikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah menyatakan, "Barisan itu dimulai dari tangah di dekat posisi imam. Barisan sebelah kanan lebih afdhal daripada barisan sebelah kiri. Yang wajib dilakukan adalah tidak dimulakan membuat barisan baru sehinggalah barisan pertama sempurna. Tidak ada masalah jika orang-orang yang berada di sebelah kanan barisan lebih banyak dan tidak perlu dilakukan penyeimbangan kerana perkara tersebut bertentangan dengan sunnah. Hanya saja, tidak diperbolehkan membuat barisan kedua sehingga barisan pertama sempurna dan tidak boleh juga membuat barisan ketiga hingga barisan kedua sempurna. Begitu jugalah barisan yang seterusnya. (Fatawa Ibni Baaz, 11/205)

Kedudukan Saf Secara Umum Bagi Lelaki Dan Wanita.

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan." (Hadis Riwayat Muslim)

Apabila solat berjamaah mengandungi dua orang lelaki, iaitu seorang imam dan seorang makmum.

Apabila imam solat berjamaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar dengannya), sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas r.a. bahawa beliau pernah solat berjamaah bersama Rasulullah pada suatu malam dan berdiri di sebelah kirinya. Maka Rasulullah memegang kepala Ibnu Abbas dari belakang lalu memindahkannya ke sebelah kanannya. (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam kitab Subulus Salam (oleh al-Imam ash-Shan'ani), Diriwayatkan bahawa Ibnu Juraij pernah bertanya kepada Atha' (seorang tabi'in), “Seseorang yang menjadi ma'mum bagi seseorang yang lain, dimanakah ia (ma'mum) harus berdiri?" Jawab Atha', "Di tepinya". Ibnu Juraij bertanya lagi, "Apakah si Ma'mum itu harus dekat dengan Imam sehingga ia satu saf dengannya, iaitu tidak ada jarak antara keduanya (ma’mum dan imam)?" Jawab Atha': "Ya!" Ibnu Juraij bertanya lagi, "Apakah si ma'mum tidak berdiri jauh sehingga tidak ada jarak antara mereka (ma'mum dan imam)? Jawab Atha': "Ya".

Demikian juga yang disebutkan di dalam al-Muwaththa', 1/54. Dari Umar dari hadis Ibnu Mas’oud. “Sesungguhnya ia berada satu shaf bersama Umar, lalu merapatkan safnya hingga bahu Umar bersentuhan di sisi kanannya." (Lihat: Subulus Salam, jilid 1, m/s. 651)."

Jika tiga orang makmum atau lebih solat bersama imam, maka mereka berdiri di belakang imam menurut kesepakatan para ulama. Hadis-hadis yang menyebutkan tentang masalah ini terlalu banyak untuk disebutkan satu persatu. Makmum tidak boleh berada di depan imam, kerana tidak sah bermakmum bersama seorang imam kecuali jika imam tersebut berada di depan mereka. Jumhur ulama berpendapat, barangsiapa berada di depan imam maka batal solatnya. Imam Malik, Ishaq, Abu Tsaur dan Daud membolehkannya, jika tempat terlalu sempit. (Rujuk: Sahih Fiqih Sunnah, jil. 2, hal. 239, Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim)

 Solat seorang wanita bersama imam lelaki.

Diriwayatkan dari Anas, ia berkata, "Aku solat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi s.a.w., dan ibuku (ummu Sulaim) di belakang kami. (Hadis Riwayat Bukhari)

Jika seorang lelaki dan seorang wanita solat bersama imam maka lelaki berdiri sejajar di sebelah kanan imam, sementara wanita ber-saf sendirian di belakang keduanya. Diriwayatkan dari Anas, "Bahawa Rasulullah s.a.w. mengimaminya, dan seorang wanita bersama mereka, maka beliau menempatkannya di sebelah kanannya, dan wanita tersebut di belakang mereka." (Hadis Riwayat Muslim, no. 269) (Rujuk: Sahih Fiqih Sunnah, jil.2, hal. 240, Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim)

Imam Ibnu Abdil Barr rahimahullah berkata, "Para ulama bersepakat bahawa seorang wanita itu solat di belakang seorang lelaki dalam satu barisan. Yang disunnahkan adalah mengambil posisi tepat di belakang laki-laki, bukan di sebelah kanannya." (al-Mughni, Ibnu Qudamah, 3/53-54)

Seorang lelaki boleh menjadi imam solat bagi isterinya atau salah seorang mahramnya. Dan tidak boleh seorang lelaki mengimami seorang wanita asing (bukan mahramnya) seorang diri, berdasarkan keumuman hadis berikut:

"Tidak boleh bagi seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita, kerana yang ketiganya adalah syaitan." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Seorang lelaki boleh mengimami sejumlah wanita. Akan tetapi hal ini dibolehkan apabila aman dari fitnah.

Maka, kedudukan imam adalah di sebelah kiri makmum, dan makmum di sebelah kanan imam dalam keadaan satu barisan (satu saf) sebelah menyebelah.

Ee terangkan antara yang tersirat disebalik merapatkan saf dalam solat iaitu perpaduan ..Ee sering terfikir kenapa tidak disebut masuk bulatan..So..kamu fikirlah sendiri...

No comments:

Post a Comment