Friday, August 31, 2012

1 Malysia akan hancur jika Pakatan berkuasa..Ikut PAS kamu Sesat..Ikut Islam kamu akan Selamat Dunia dan Akhirat..Bersatulah!..





Apabila Ee katakan bahawa DAP sebuah parti perkauman dan mempunyai agenda tertentu dengan memancing undi kaum Melayu terutama mereka yang sangat taksub dengan PAS maka penyokong pembangkang akan melenting dan mengatakan bahawa Ee berlebihan dan pelbagai kata kejian,maki hamun akan menyusul.Namun demi agama,bangsa dan negara yang sangat Ee kasihi,Ee rela mendengar segala cemuhan dan cacian asalkan Ee dapat menyatakan segala kebenaran berlandaskan fakta bukannya mengikut kata hati saja.Pada pandangan Ee apabila DAP menuduh kerajaan pimpinan UMNO /Barisan Nasional tidak membela nasib masyarakat Cina bertujuan mewujudkan sentimen perkauman semata-mata bagi mendapatkan undi kaum tersebut.Mereka bijak dalam mempergunakan isu tersebut kerana mereka tahu bahawa bangsa Cina adalah bangsa yang sentiasa mahu di atas dan sentiasa mahu di hadapan dalam segala serbi.Pada Ee atas alasan itulah mereka mengambil kesempatan di atas semua itu dengan memainkan sentimen perkauman dengan harapan akan mendapat sokongan undi demi melaksanakan cita2 mereka.Sebenarnya Ee dapat menjangka apa sebenarnya agenda DAP begitu ghairah mahu tarik sokongan dan mendabik dada kononnya mereka parti berbilang kaum sedangkang sejak penubuhan lagi bau politik mereka adalah bau perkauman yang amat dahsyat sekali.Ee katakan marilah kita fikir-fikirkan sedalam-dalamnya sebelum masuk perangkap dan terperangkap dengan mainan politik busuk DAP.

Ee ingin mengajak semua mengimbas kembali penubuhan DAP yang merupakan parti serpihan PAP Singapura dan merupakan strategi Lee Kuan Yew dalam penaklukan negara secara terancang selepas keluar dari Malaysia sekitar 1965 dan pembatalan PAP di negara ini pada 9hb September 1965.Cubaan semula Devan Nair untuk menghidupkan PAP tidak berjaya lalu beliau telah membentuk sebuah parti baru dengan nama Parti Tindakan Demokratik atau lebih dikenali sebagai DAP pada 3hb March 1966 namun telah ditolak pendaftarannya atas sebab tidak selaras dengan undang-undang.Namun telah diluluskan penubuhannya sekitar 19hb March dengan Devan Nair sebagai presiden dan dibantu oleh Lim Kit Siang dengan ahli jawatan kuasa lainnya Chen Man Hin,Goh Hock Gun dan Dr Seevaranam pada pemilihan 19hb April 1966 menubuhkan Tabung Amanah Sosialis Demokratik bagi menyertai pilihanraya.

Ee ingin terangkan bahawa Lim Kit Siang pada masa itu ingin menjadikan Malaysiaan Malaysia agar ianya selari dengan prinsip Sosialis.Pada PRU 1969 Lim Kit Siang telah menang di Melaka sementara Devan Nair merupakan Ahli Parlimen tunggal telah menetap di Kuala Lumpur.Perletakan jawatan Devan Nair pada 30hb Julai 1967 kerana dilantik sebagai Presiden Singapura dan jawatan beliau disandang oleh Lim Kit Siang pula.Lim kit Siang yang sangat tebal perkaumannya telah beberapa kali ditahan dalam akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menghasut dan terlalu perkauman sehingga tercetusnya tragedi 13 Mei adalah angkara Lim Kit Siang.

Ee ingin membawa semua mengimbas kembali pada PRU 1969 di mana DAP telah bergabung dengan PAS,Gerakan dan Parti Progresif Rakyat.PAS pada masa itu presidennya Dato' Asri Muda.Di sinilah bermulanya pengkianatan PAS kepada bangsa seagama mereka apabila telah bersetuju dengan cadangan DAP telah kerjasama dengan PAS di mana DAP akan membangkitkan semangat perkauman di kalangan orang2 Cina sentara PAS pula dikalangan orang2 Melayu bagi mendapatkan undi untuk menewaskan kerajaan pimpinan UMNO/Perikatan.PAS berkempen dengan menghasut kaum Melayu Islam dan memperdagangkan Islam sebagai wadah perjuangan dengan menakutkan Melayu tentang Halal Haram. Sementara DAP dan Gerakan menghasut kaum Cina.Mereka mengunakan strategi satu lawan satu.Pada PRU 1969 Perikatan mendapat 66 kersi sementara DAP telah mendapat 13 kerusii,PAS 12,Gerakan 8 dan PPP 4.Ee ingin terangkan apabila DAP merasa bahawa mereka semakin kuat dengan sokongan PAS maka mereka menjadi angkoh dan sombong mula memperkecil-kecilkan bangsa Melayu dan ini menjadi kemarahan dan akhirnya tercetuslah peristiwa hitam dalam lipatan sejarah tanah air yang dikenali sebagai tragedi 13 Mei.Di mana berlaku ketegangan kaum dan tercetusnya rusuhan kaum yang merugikan negara.Inilah PAS mereka mengambil sikap "Baling Batu Sembunyi Tangan" dalam hal ini apabila  melihat kebangkitan orang orang Melayu yang diperlekehkan oleh orang2 Cina dan kini PAS menyalahkan UMNO pula.Ee terangkan semua ini agar rakyat dapat menilai keburukan yang telah berlaku apabila perkauman dipergunakan DAP dan PAS dalam meraih undi.Ingatlah..

Ee masih ingat akan dengan segar bagaimana sejarah mencatatkan bagaimana setelah parti Gerakan (pembangkang ketika itu) dan DAP menang besar di Kuala Lumpur dan negeri Selangor, penyokong-penyokong kedua-dua parti tersebut telah berarak sekeliling bandaraya di kawasan Chow Kit dan Kampung Bharu sambil melaungkan kata kesat, maki hamun dan caci cerca terhadap Umno dan bangsa Melayu." Melayu bangsat"..."Melayu balik kampung".. "Malaysia kami punya".. "Pergi jahanam Melayu.. UMNO" ...ini adalah antara petikan slogan-slogan yang menyakitkan hati orang Melayu di kibar-kibarkan di hadapan penempatan orang Melayu di kampung Bharu.Pada pandangan Ee sikap bongkak, sombong dan angkuh DAP telah menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu ketika itu dan fakta-fakta tentang insiden rusuhan kaum yang berlaku selepasnya tercatit dengan kemas dalam lipatan sejarah negara yang tidak boleh dikelentong oleh DAP.Pada Ee walaupun peristiwa 13 Mei sudah lebih empat dekad berlalu, namun DAP tetap dengan sikap anti-Melayu, anti-Islam dan cauvinisnya.

Cuba renungkan apa yang Ee dedahkan ini dan seperti kebanyakan artikel yang Ee tulis bahawa PAS sebenarnya terlalu mengikut segala kehendak DAP dan sanggup tunduk menyembah DAP semata mengambil hati dan terlalu ikutkan kehendak nafsu untuk mendapatkan kuasa yang sedikit tanpa memikirkan akibatnya.Pengkianatan PAS bukan berhenti di peristiwa 13 Mei saja tetapi pada tahun 1978 PAS sanggup mengkianati kepercayaan rakyat apabila telah menghadiahkan kepada DAP kawasan Parlimen Damansara,Parlimen Bukit Martajam,Parlimen Bruas serta Dun Gopeng dimana DAP pula hanya mendapatkan kawasan Kuala Kurau kepada PAS.Inilah yang Ee katakan PAS sanggup melakukan apa saja asalkan mereka mendapat apa yang dicitakannya.Mereka PAS sanggup mengunakan Islam sebagai senjata yang ampuh untuk menakut-nakutkan rakyat yang begitu dahagakan bimbingan mendalami Islam kesempatan inilah yang digunakan oleh PAS dalam melaksanakan misi yang terpendam sekian lamanya.Rakyat yang kehausan ditakutkan dengan fatwa2 yang mengarut,surga dan neraka sehinggakan menghalalkan darah sesama Islam seperti fatwa Hadi Awang satu masa dulu.

Apa yang Ee nampak dan Ee kaji DAP tidak pernah tahu malu atau cuba melihat cermin tapi tidak habis-habis mendakwa mereka adalah parti berbilang kaum yang paling unggul Kononnya merekalah yang paling adil, demokratik dan bersih. Pada Ee hanya mereka yang telah dibutakan mata,dipekakkan telinga serta dibutakan mata hati seperti penyokong tegar PAS sahaja yang mengatakan ia dengan segala pembohongan DAP namun bagi mereka yang tahu berfikir cubalah lihat bagaimana Lim Kit Siang dan kini anaknya Lim Guan Eng di waktu bertanding dalam PRU yang lepas dikawasan mana?.. Apa yang Ee nampak mereka bertanding dimana kawasan majoriti pengundinya adalah kaum mereka kenapa mereka tidak mahu bertanding dalam kawasan yang majoritinya bercampur?..Kenapa?..Terus terang Ee katakan bahawa segala dakwaan DAP bahawa partinya telah disertai ramai orang Melayu seperti mahu tarik perhatian rakyat,amnya orang Melayu bahawa DAP perjuang hak bersama dalam rakyat. Mungkin kerana ketandusan idea, DAP terpaksa menggunakan hak rakyat sebagai modal politik mereka.Kini setelah berjaya memenangi Pulau Pinang yang diidamkan selama ini dengan bantuan PKR dan PAS, DAP menukar wajah dan watak untuk terus menipu orang Melayu. Parti ini kini kononnya muncul sebagai 'pejuang' dan 'pembela' orang Melayu dan seperti musang yang berbulu ayam berkempen kepada orang Melayu bahawa DAP akan mempertahankan hak-hak orang Melayu, Islam dan bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.Pada Ee inilah rupa sebenar DAP sekarang ini mereka bercadang untuk meletakkan calon-calon Melayu di Pulau Pinang untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka.Pada pendapat Ee sekali lagi balaci setia DAP iaitu PAS menyokong penuh cadangan tersebut.DAP yang ketika ini berkecamuk dengan krisis dalaman di antara pimpinan kanan mereka, cuba pula menggunakan taktik calon Melayu untuk menarik undi pada pilihan raya umum akan datang.

Pada pandangan Ee Dap bukan hanya parti pembangkang yang mahukan kuasa dan kedudukan untuk berkerajaan tetapi lebih dari itu sebenarnya ia adalah sebuah parti yang berpaksikan opurtunis dan hanya tahu menggunakan kesempatan atas kesempitan atau permasalahan yang berlaku dari masa kesemasa.Apa yang Ee dapat katakan bahawa Dap hanya tahu menangguk di air keruh dan melihat setiap kesempatan yang ada untuk dimanipulasikan bagi kepentingan politik dan peribadi mereka sendiri..Ee katakan demikian adalah kerana tindak DAP yang tidak jujur ingin meletakan calon Melayu pada PRU 13 kelak sebaigai batu loncatan untuk mereka.Pada pandangan Ee Dap mahu mempergunakan orang Melayu untuk mendapatkan undi di kalangan bangsa Melayu sendiri kerana mereka sedar bahawa mereka tidak akan dapat memerintah sepenuhnya jika gagal mendapatkan sokongan dari bangsa lain khususnya kaum majoriti..Pada mata kasar Ee DAP agak cerdik mereka tahu undi Cina hanya setakat 30 peratus sahaja dan undi Melayu akan menjadi penentu dalam mana-mana kerusi parlimen atau DUN. Oleh itu DAP mengaburi mata orang Melayu dengan menampakkan parti itu mementingkan orang Melayu.

Ee juga ingin mencabar dan jikalau ada keberanian kepada DAP dan PAS letakanlah calon mereka di tempat yaqng berlawanan antara satu sama lain sebagi membuktikan bahawa mereka adalah parti pilihan..PAS letak calon di kawan majori pengundi kaum Cina dan DAP pula pada tempat majoriti pengundinya kaum Melayu.Sekali lagi Ee cabar DAP benar-benar bukan sebuah parti yang berasaskan perkauman, sila letak calon Melayu bertanding di kawasan majoriti Melayu pada Pilihan Raya Umum akan datang,Ee pasti mereka tidak akan berani kerana mereka tahu kaum Melayu tidak akan mengundi mereka.Apa yang Ee nampak jika nak bandingkan DAP dengan MCA jauh lebih memihak kepada MCA yang berani menaruh calon mereka di kawasan Melayu dan diterima oleh lapisan rakyat dan begitu demokrasi.

Pada pandangan mata kasar Ee bahawa Pakatan Pembangkang yang meniupkan anti UMNO dan BN serta bercita-cita hendak menukar sistem politik Malaysia kepada republik dan menentang sebahagian daripada Perlembagaan negara jelas berjaya mempengaruhi sebahagian pengundi Cina dan Melayu yang tidak begitu faham sejarah dan selok-belok politik negara ini.Mungkin pada pandangan Ee saja bahawa besar kemungkinan faktor sejarah kenegaraan kurang dititikberatkan di kalangan generasi muda kini yang agak leka dialun ombak kemodenan dan begitu mudah akal fikiran mereka dipesongkan dari fakta sejarah yang sebenar.Pada pandangan Ee mereka bangsa Melayu dikaburkan dengan persepsi bahawa orang Cina didiskriminasi dalam semua bidang, pada hal hakikatnya yang lebih banyak menikmati ekonomi negara adalah bukan Melayu tetapi ini tidak pernah disebut, yang dibangkitkan ialah orang Melayu yang menguasai politik dan pentadbiran akan menindas kaum lain!..Pada Ee DAP hanya berjuang untuk kaum Cina, dan tidak pernah bercadang untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu. Setelah empat tahun di bawah DAP, nasib orang Melayu di Pulau Pinang terus tidak terbela malah tidak menampakkan sebarang perubahan pun.

Ee ingin berkongsi dengan semua bagaimana seorang ahli akademik dari luar negara yang membuat kajian mengenai "Problems Among Minority Groups in Malaysia" dari apa yang mereka kajikan didapati bahawa di negara Malaysia golongan minoriti tidak ada masalah...Sedangkan di negara-negara lain di dunia, semua minoriti ada masalah sehingga menyukarkan negara2 tersebut membuat urus pentadbiran.Tahniah!..Pada mereka orang luar menganggap negara kita begitu hebat tetapi pada pembangkang terutama pembangkang "HamPAS"..Apa yang Ee ketahui bahawa DAP tidak mengakui hakikat masyarakat berbilang kaum dan tidak mengakui politik berasaskan kerjasama antara kaum.Pada pandangan Ee Sejarah 13 Mei 1969 membuktikan jika pola seperti sekarang ini berlaku konflik kaum akan berlaku. Ini tidak sihat bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia. Untuk itu Ee berpendapat, mahu tidak mahu, masyarakat Cina akan kembali kepada status quo di mana akan berlaku semula keseimbangan politik.

Pada Ee inilah DAP yang berjaya menipu Melayu dengan meniupkan sentimen perkauman dengan harapan dapat meleburkan perpaduan Melayu dan akan mengambil kesempatan apabila berlakunya kucar kacir akibat masalah pelbagai bangsa dan agama dalam negara ini.Ingatlah hanya janji2 kosong pembangkang saja dalam Buku Jingga dan tidak ada satu pun yang dijanjikan dalam Buku Jingga untuk kepentingan bangsa Melayu Islam apatah lagi sebagaimana pembohongan pemimpin PAS tentang penubuhan negara Islam dan hudud..Wahai bangsa ku terutama penyokong PAS dan PKR berfikirlah..Janganlah merosakkan sistem sosial yang harmoni di negara ini demi mahu kuasa. Konsep 1Malaysia akan hancur manakala masyarakat tidak boleh berfungsi dengan baik gunakanlah fikiran yang telah dikurniakan kepada kamu semua oleh Allah SWT untuk membuat kebaikan kepada Agama dan Bangsa Seagama bangunlah tolaklah mereka (DAP) pada PRU 13 kelak dan berilah sokongan kepada kerajaan UMNO/BN yang telah banyak berjasa kepada semua kaum tanpa memilih bangsa dan agama sesuatu kaum itu.

No comments:

Post a Comment