Wednesday, August 29, 2012

Apakah DAP yang menghina Islam.. atau apakah PAS sendiri yang meletakkan Islam dalam kehinaan ?..




Apa yang Ee nampak pemimpin PAS sebenarnya berjuang untuk kepentingan diri dan kedudukan mereka sendiri saja.Jauh sekali memperjuangkan Islam apatah lagi aqidah umat Islam yang semakin tercalar gara2 sikap setengah pemimpin mereka hanya pandai memutar belitkan segala fakta samada yang tersirat mahupun tersurat.

Dalam catatan sejarah tanah air apabila S.Ambiga memperjuangkan isu murtad Lina Joy,mereka PAS demi kepentingan memperkudakan Islam menentang dan menyalahkan segala yang berlaku kepada UMNO.Mereka pemimpin serta penyokong PAS berarak mengepung mahkamah menghentam S.Ambiga dan menyalahkan UMNO yang kononnya kurang Islamik dan mereka PAS sanggup mati demi menegakan syiar Islam.Apa yang mereka lakukan pada masa itu hanya satu kepuraan,penipuan secara licik kepada Allah dan rakyat negara ini agar mereka diangkat sebagai Hero dan UMNO pula mereka persalahkan sebagai musuh Islam.Namun Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat mahupun tersurat segala kepuraan PAS dibuka oleh Allah SWT apabila PAS menyokong sepenuhnya S.Ambiga penganjur pemberontakan rakyat dalam bersih 2.0 pada 9hb Julai 2011.Pada Ee dimanakah letaknya perjuangan yang PAS laungkan sebelum ini menentang S.Ambiga dalam kes murtad Lina Joy.Pada Ee inilah PAS yang sentiasa memakai topeng Islam sebagai satu alat untuk berkuasa meraih simpati rakyat dan sering berdolak dalih dalam segala hal.Apa yang Ee nampak PAS telah menghina Islam dengan sifat kemunafikan pemimpin2 PAS membohongi rakyat dengan menghasut dan membuatkan Islam dipandang hina apabila mereka yang berserban menjerit terpekik terlolong kononnya memperjuangkan bersih hakikatnya busuk sebusuk telor tembelang.

Bukan itu saja pembohongan PAS kepada Allah mahupun rakyat Islam negara ini..Pada Ee sejarah telah menceritakan segalanya apabila Hassan Ali memperjuangkan aqidah umat Islam negara ini daripada dimurtadkan oleh mereka yang menjadi musuh Islam, PAS sepatutnya memberikan satu sokongan dengan takbir yang bergema kuat agar bergegar bumi Malaysia ini namun hakikatnya makian,kejian dan yang paling hinanya PAS apabila menyepak terajang Hassan Ali keluar dari PAS dan menganggapnya sebagai pengkianat Islam PAS.Pada Ee sebenarnya yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah sekadar kepentingan diri dan kedudukan saja.Dalam raup wajah pemimpin PAS yang kita semua ketahui seolah mereka merasa takut kehilangan kasih daripada DAP..Apa yang Ee boleh katakan dalam tulisan ini "pada PAS biarlah seluruh umat Islam negara ini dimurtadkan asalkan jangan kehilangan kasih sayang daripada DAP". Alangkah hinanya PAS yang sanggup diperkudakan oleh DAP asalkan mendapat sedikit kuasa.DAP hina Islam ataupun PAS sendiri yang meletakkan Islam dalam kehinaan?..

Dalam keghairahan PAS mengejar kuasa dalam sedar atau tidaknya, mereka sekali lagi  melempar sendiri telor tembelang kebadan sendiri apabila Nik Ajis ulama' tua PAS dengan bangganya mengakui sebagai penaja kepada sebahagian penyokong PAS untuk bersama dalam pemberontakan anjuran S.Ambiga peguam murtad Lina Joy dalam bersih 3.0..Apakah ini ciri seorang ulama' menyokong dengan terangan musuh Islam yang pernah mereka tentang dalam isu murtad semata kerana hasad dengki terhadap kerajaan pimpinan UMNO yang nyata dipimpin oleh Perdana Menteri sama bangsa seagama.Apakah Islam mengajar penganutnya membuat huru hara dan membuat kerosakan dinegara mereka sendiri..Sedangkan Islam mengajar kita semua agar berbuat baik hatta pada musuh sekalipun.DAP hina Islam atau PAS sendiri yang meletakkan Islam dalam kehinaan?..

Dalam menipu,membohongi rakyat agar memilih PAS untuk berkuasa alat yang terbaik bagi PAS adalah Islam.Sejak dari mula penubuhan parti PAS mereka membohongi rakyat kononnya memperjuangkan penubuhan negara Islam dan menjalankan hukuman hudud yang tidak ada dalam satu pun Perlembagaan PAS.Sekali lagi PAS yang membongkar pembohongan mereka sendiri apabila Presiden PAS Hadi Awang dgn rasminya mengistiarkan bahawa PAS tidak akan memperjuangkan penubuhan negara Islam sebaliknya memperjuangkan penubuhan Negara Berkebajikan yang telah dipersetujui oleh Kitab Jingga yang menjadi pegangan bersama dalam pakatan haram DAP,PKR dan PAS.Ramai pengikut PAS yang kecewa dan semakin ramai yang lari meninggalkan PAS masuk UMNO..Alat kedua terbaik PAS dalam memujuk pengikut mereka dan terus membohongi rakyat dengan memperalatkan ulama' tua PAS agar melaksanakan hukum hudud yang telah dibuang jauh oleh Presiden PAS apabila membuang perjuangan menegakan negara Islam.Pada Ee inilah PAS apabila hendak melangkah menuju lebuhraya mereka sering tersesat dalam bulatan dan mereka tidak nampak jalan keluarnya..mereka terpaksa memilih kembali jalan alternatif yang telah mereka tinggalkan kerana ada lubang besar yang menghalang menuju lebuhraya.Bila bergema saja Hudud maka "Jin Raksasa bermata merah yang paling ditakuti oleh ulama' PAS mula bertempik "I am a King of the Pakatan Haram and I'm not agree with hudud"..So..DAP yang hina Islam atau PAS sendiri yang meletakkan Islam dalam kehinaan?..

Jika Ee nak tulis satu persatu penghinaan terhadap Islam oleh PAS rasanya tidak tertulis kerana kekeringan tujuh lautan dakwat kerana terlalu banyak.Pada Ee hanya mereka yang berfikiran tidak siuman saja yang sanggup agama mereka dicaci hina sewenang-wenangnya.Jika mereka berfikiran waras jangankan agama bangsa sendiri jika dihina tahulah akibatnya.Ingatlah Ikut PAS kamu Sesat..Ikut Islam kamu Selamat Dunia dan Akhirat...So..kamu fikirlah sendiri..

No comments:

Post a Comment