Setelah Ee kaji sedalam-dalamnya PAS sebenarnya bukan nak perjuangkan Islam tetapi inginkan kuasa untuk memerentah negara. Pemimpin mereka saja gunakan isu Islam nak pujuk, ambil hati dan sokongan dari orang orang melayu yang kuat pegangan pada islam.Sejarah telah menceritakan bahawa UMNO telah ditubukan pada Mei 1946 bagi menentang Malayan UNION .Begitu juga MIC pada ogos 1946 dan diikuti oleh MCA 27 febuary 1949 dan telah bergabung dalam membentuk Satu Perikatan.Namun dalam setandan pisang bukan semuanya baik begitu juga dalam UMNO (Hj Ahmad Fuad B Hassan) telah bertindak keluar dari UMNO kerana tidak bersependapat dan kecewa lalu keluar dari UMNO dan menubuhkan PAS pada 1951.Ee katakan dengan tegas setegasnya bahawa parti PAS ditubuhkan oleh mereka yang kecewa kerana tidak mendapat tempat dalam UMNO sebelum merdekah dengan cuba memperdayakan rakyat melalui pendekatan agama Islam diketuai oleh Hj Ahmad Fuad B Hasan yang kemudiannya telah sedar dan kembali kepada UMNO semula.Dalam serang saraf terhadap UMNO mereka masuk seluruh pelusuk kampung membuat fitnah dan propaganda yang bukan-bukan terhadap UMNO yang pernah mereka perjuangkan satu masa dulu.
Sebaik saja rundingan kemerdekaan yang dilakukan antara UMNO/Perikatan pada masa itu diwakili oleh Tengku Abdul Rahman dengan British bermula pemimpin2 PAS mula seperti cacing yang kepanasan.Tengku pada masa itu perlu untuk pergi ke London untuk membuat perbincangan yang lebih terperinci bagi menentukan tarikh sebenar kemerdekahan yang dituntut oleh rakyat namun kekurangan biaya dan memerlukan rakyat mengumpulkan dana untuk menampung perbelanjaan Tengku kesana.Kesempatan ini digunakan oleh pemimpin2 PAS yang tahu bahawa British tidak rela menyerahkan kembali Tanah Melayu dengan mengadakan pertemuan dengan British dan bersetuju menghalang pemergian Tengku ke London dengan cara menakut-nakutkan rakyat.Mereka (PAS) masuk keseluruh perlusuk kampung membuat fitnah dan Propaganda kononnya Tengku pergi ke London semata untuk berseronok bukannya menuntut Kemerdekaan dan pelbagai cerita yang direka agar rakyat tidak mengeluarkan bantuan.Namun akhirnya Dana yang diperlukan dapat dikumpulkan dan Tengku telah bertolak ke London.Dan akhirnya Tengku telah berjaya menuntut tarikh kemerdekaan Tanah Melayu akan dilakukan pada tahun 1957 bukannya 1956 seperti yang dipinta dan satu pilihanraya perlu diadakan sebelum merdekah.
Kesempatan penundaan tahun kemerdekaan yang dituntut telah digunakan sebaik-baiknya oleh PAS dengan membuat pelbagai fitnah terhadap UMNO.Api perkauman mula ditiupkan apabila PAS membuat satu fatwa bahawa adalah haram berkerjasama dengan bukan Islam dalam memerintah negara.Mereka telah mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.Mereka membuat sepanduk mengecam UMNO kononnya kafir dan mereka mengiatkan kempen dengan masuk setiap pelusuk kampung dengan membuat pelbagai fitnah.Namun segala yang dilakukan oleh pemimpin2 PAS sia-sia belaka kerana akhirnya Tanah Melayu telah Merdekah depenuhnya pada 31hb Ogos 1957 dan Tengku Abdul Rahman dari UMNO telah dilantik sebagai Perdana Menteri negara yang pertama sehinnggalah kini Perdana Menteri negara ini tetap dari kalangan pemimpin UMNO yang mewakili orang2 Melayu.
Namun kegilaan pemimpin PAS untuk berkuasa tidak pernah putus pelbagai cara pendekatan mereka lakukan untuk menambat hati rakyat namun kecewa rakyat tetap memilih UMNO yang telah banyak berjasa dan membuat pelbagai perubahan kepada rakyat tanpa memilih kaum dan agama.Rakyat tetap di dahulukan dan segala janji ditunaikan demi agama,bangsa dan megara.Kekecewaan mereka telah menjadikan hati pemimpin mereka semakin hitam sekali lagi sejarah membuktikan pada bulan Ogos 1963 Dewan Ulama' PAS telah bersidang dikediaman Menteri Besar Kelantan bersependapat bahawaOrang-orang Islam (UMNO) yang berkongsi dengan kafir (MCA dan MIC) memerintah negara kafir atau haram.Bertitik dari sinilah rakyat terutama Melayu mula berpecah.Caci mencaci kepada penyokong2 UMNO berlaku disegenap penjuru negara dengan munuduh orang UMNO sebagai kafir.Namun Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana dalam mengatur segala hamba2Nya.Pekong pemimpin2 PAS dibuka lagi oleh Allah apabila mereka telah bersetuju untuk bersetongkol dengan DAP bagi menjahanamkan pemerintahan Kerajaan pimpinan UMNO pada tahun 1969.PAS telah bersetuju untuk menghasut orang Melayu dan DAP pula telah bersetuju menghasut orang2 Cina.Mereka telah masuk segenap penjuru negara menakut-nakutkan orang Melayu dan Cina dan membuat pelbagai fitnah terhadap kerajaan pimpinan UMNO.Ini dibuktikan dalam pilihanraya tahun 1969 DAP telah mendapat 13 kerusi,Gerakan(sebelum menyertai BN) 8,PAS 12 dan PPP 4 kerusi ini telah mengakibatkan kerajaan pimpinan UMNO kurang majoritinya(Lemah).
Ee tekankan disini akibatnya dari perbuatan PAS mengkianati bangsa seagama mereka sendiri Pilihanraya 1969 apabila DAP merasai bahawa mereka telah kuat dan mempunyai kuasa maka orang-orang Melayu dihina,diejek dan Islam diperlekehkan dan akhirnya apabila telah sampai kemuncaknya maka berlakulah Sejarah Hitam Negara pada 13 Mei 1969 berlaku rusuhan kaum.Namun atas kebijaksanaan pemerintahan kerajaan pimpinan UMNO rusuhan dapat dikawal sehinggalah kini rakyat hidup dalam suasana aman damai dan saling tolong menolong antara satu kaum dengan kaum yang lain.
Kekecewaan dan dendam kesumat pemimpin PAS kerana kegagalan menghancurkan kerajaan pimpinan UMNO pilihan rakyat tidak pernah habis sekali lagi pada Tahun 1981 Hadi Awang kini( Presiden PAS) membuat satu fatwa bahawa "Mati Syahid Sesiapa Yang Menentang UMNO" dalam usaha menghasud rakyat membenci kerajaan kemuncak dari fatwa ini maka berlakulah peristiwa berdarah Memali pada 1985 ramai yang terbunuh antaranya Ibrahim Libya.Anak2 menjadi yatim piatu,isteri menjadi balu dan ada ibubapa yang kehilangan nyawa anak mereka.Pada Ee inilah akibat kebuasan nafsu untuk memerintah sehingga nyawa yang tidak berdosa sanggup dipertaruhkan.Mereka tidak pernah serik dalam menongkah arus perjuangan membohongi rakya menipu mempergunakan agama Islam sebagai Kambing Hitam.
Usaha mereka(PAS) dalam menjatuhkan kerajaan pimpinan UMNO tidak pernah pudar mereka mengunakan pendekatan agama Islam menghasut rakyat membenci kerajaan sekali lagi mereka bertindak bersetongkol dengan DAP dalam menjatuhkan kerajaan pada tahun 2008 dalam satu Pakatan Haram antara DAP,PKR dan PAS.Pada PRU 12 2008 mereka telah berjaya merampas P.Pinang,Kedah,Selangor,Perak (Kini BN) dan mengekalkan Kelantan apabila rakyat termakan oleh segala janji2 palsu mereka.Akibatnya kini sekali lagi DAP merasai bahawa mereka telah kuat dan berkuasa mula menunjukan keangkuhan walaupun negeri yang mereka kuasai diperintah oleh Menteri Besar Melayu kecuali Pulau Pinang namun semuanya sekadar boneka DAP mempunyai kuasa mutlak.Segala keputusan harus dipersetujui dulu oleh DAP baru boleh dilaksanakan walaupun yang membabitkan agama Islam harus dipersetujui oleh DAP dulu.Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana pekong PAS dibuka seluas-luasnya dalam Muktamar PAS yang diadakan tidak berapa lama dulu Hadi Awang selaku Presiden PAS telah mengumumkan membuang perjuangan penubuhan negara Islam sebaliknya digantikan memperjuangkan Negara Berkebajikan yang telah begitu lama kerajaan UMNO lakukan mereka tiru secara bulat2 apa yang telah diperjuangkan oleh UMNO.
Terlalu banyak penghinaan terhadap Islam yang dilakukan oleh PAS secara sedar atau tidak mereka lakukan.Sehinggakan dalam kitab Jingga yang PAS persetujui bersama DAP dan PKR tidak ada satu perkara yang menyebut tentang perjuangan Islam.Terlalu banyak kerosakan yang mereka lakukan semenjak memerintah beberapa buah negeri dengan menganjurkan demonstrasi jalanan dalam apa yang mereka katakan bersih namun sebenarnya kotor.Terlalu banyak janji2 bohong mereka kepada rakyat tidak dapat dilaksanakan.Kini mereka mula menabur janji yang mustahil untuk dilaksakan.Fikirlah sedalamnya jangan sampai kita semua tertipu lagi.Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana Allah tunjukkan lagi apabila Nik Ajis yang lantang menghentam kerajaan secara terangan mengakui menyokong S.Ambiga penganjur dalam pemberontakan Bersih 3.0 yang pernah terlibat dalam memperjuangkan kes Murtadnya Lina Joy dan pada waktu itu Nik Ajis dan penyokongnya begitu marah dan menyalahkan kerajaan namun dalam bersih 3.0 beliau mengakui mengeluarkan dana membantu penyokong PAS untuk menyertai bersih.Tidak cukup dengan itu Allah menunjukan kembali segala pembohongan demi pembohongan PAS apabila Karpal Singh Pengerusi DAP dengan lantang menentang sekerasnya perlaksanaan hukum hudud dan kini mencabar untuk menuntut Nasharudin Mat Isa bekas Naib Presiden PAS kemahkamah kerana mendakwa Karpal benci Islam.Jika Ee nak terangkan segala keburukan,penipuan dan pembohongan pemimpin PAS terhadap rakyat dengan mempergunakan Islam sebagai wadah perjuangan terlalu banyak rasanya jika dakwat sebanyak air setasik kenyir sekalipun tidak cukup.
Negara kita akan menyambut sambutan Hari Kemerdekaan pada 31hb Ogos 2012 dengan bertemakan "Janji diTepati". Apakah mungkin kita akan mengecapi kemerdekaan yang kita rasai hari ini?..,apakah kita akan rasai keharmonian sesama kaum yang telah kita nikmati sekian lama?..apakah masih terasa aman untuk melakukan ibadat?..apakah anak-anak kita akan selamat untuk menimba ilmu?..apakah kita akan merasai aman untuk mencari rezeki setelah kita kecapi kemudahan mencari rezeki selama ini?..apakah Islam sebagai agama rasmi negara masih dapat dikekalkan?..apakah masih Perdana Menteri dikalangan Melayu Islam?..,Apakah masih selamat jenerasi kita akan datang?..Fikirkanlah sedalamnya masih ada lagi Melayu,Cina India dan lain2 bangsa yang bebas makan semeja dan bermesra dengan senyuman dan gelak tawa yang iklas?..atau apakah ??? dalam benak kita..fikirkanlah..
Pada Ee segala apa kemudahan yang telah kita kecapi selama ini seharusnya membuatkan kita semua harus bersyukur dan harus kita jagai bersama.Janganlah kerana kecewa,dendam apa yang telah kita nikmati selama ini dihancurkan dalam sekelip mata.Kerajaan pimpinan UMNO yang selama ini telah banyak berjasa kepada kita semua tanpa mengira agama dan kaum seharusnya kita semua memberikan sokongan yang padu agar terus memerintah dan bersama kita mengembeling tenaga dan buah fikiran untuk bersama kerajaan menjaga keharmonian yang telah kita kecapi kini dan seterusnya.Marilah kita bersama bersatu dalam 1Malaysia dalam PRU13 kelak dalam memberi kemenangan kepada Kerajaan Pimpinan UMNO dan marilah kita kuburkan sedalamnya pakatan pembangkang yang telah banyak menyusahkan kita semua demi Agama,Bangsa dan Negara.Ingatlah ikut PAS kamu akan Sesat..Ikut Islam kamu akan Selamat Dunia dan Akhirat..
No comments:
Post a Comment