Thursday, August 23, 2012

Wajib Baca..Fatwa PAS semata membolehkan DAP mempunyai kuasa yang penuh..Akhirnya Melayu kecundang dibumi sendiri..



Renungkanlah dan fahamilah maksud firman Allah dalam An Nisa':63 yang bermaksud :--

Allah Subhanahu Wa Ta'ala memerintahkan kepada Nabi-Nya :
"Berilah nasihat kepada mereka dan katakanlah kepada mereka ucapan yang mudah dipahami, mengena dan menancap di jiwa-jiwa mereka."

Ee ingin bawakan pelbagai fatwa yang dibuat oleh ulama'2 PAS yang pada pendapat Ee ada bisikan syaitan di telinga mereka seperti yang di fatwakan oleh Nik Ajis bahawa jika nak menumbangkan kerajaan UMNO bukan saja DAP dengan syaitan pun PAS sanggup berkerjasama.

1.)8.4.1995 Kota Bharu, Jumaat - Nik Ajis  berkata mengumpat atau memburukkan orang lain dibenarkan dalam Islam, tetapi hanya di tempat yang sesuai. Walaupun Islam melarang perbuatan itu, ia dibenarkan apabila kita perlu menyuarakan sesuatu yang membara dalam diri kita. Kita tidak boleh menyimpan perasaan dendam itu.

2)15.4.1995 Kota Bharu, Jumaat – Pas menyifatkan tiga calon berpendidikan agama Barisan Nasional di Kelantan sebagai terompah kayu. 

3)28.4.1995 Kota Bharu, selasa – Nik Ajis menyifatkan novel SHIT karta Prof Datok Shahnon Ahmad yang menimbulkan krontroversi kerana mengandungi kata-kata lucah, tidak salah dari segi agama. Menurutnya Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut atau mencaci seseorang jika kena pada tempatnya dan masanya, kerana ia sudah jadi salah satu naluri manusia. 

4)18.11.1999 Pasir Mas, Rabu – Nik Ajis mangaku Pas memperalatkan Al-Quran untuk kepentingan politik bagi manarik rakyat menyokong perjuangan Islam. Dan tidak menjadi kesalahan dari segi agama bagi sesuatu pihak memperalatkan Al-Quran untuk kepentingan politik. 

5)9.6.2000 Kota bharu, Nik Ajis berkata ahlinya berhak menggunakan bahasa kasar ketika berceramah sebagai tindak balas pihak yang berbuat demikian terhadapnya. Katanya Islam memang melarang umatnya menggunakan bahasa kasar terhadap seseorang tetapi adakalanya manusia terpaksa berbuat demikian untuk mempertahankan diri. 

6)15.7.2003  Kota Bharu, Jumaat – Nik Ajis berkata perbuatan memaki hamun sebagai spare part (alat ganti) yang terpaksa digunakan selepas segala saluran halal tidak berkesan. "Maki hamun ini memang menjadi naluri manusia selepas tidak dapat ikut jalan halal, nak tak nak kena guna spare part".

6)"Tidak kisahlah kaum mana pun yang akan berada di Putrajaya itu, Melayu ke, Cina Muslim ke, India Muslim ke asal dia berasas Islam seperti yang di bawa Nabi Muhammad, Insya-Allah kita boleh selamat,"Saya menyokong Bersih, itu baru 3.0, akan ada yang keempat lagi,"..Nik Ajis 

Ee bawakan pula antara singkatan fatwa2 sesat yang dikeluarkan oleh pemimpin2 PAS

1.      Tuduhan kafir kerana memerintah negara secara berkongsi/berikat dengan parti-parti yang ahlinya bukan Islam.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1964.  Mereka berhujah dengan ayat 28 surah Al-Imran. Tetapi tindakan mereka hari ini melibatkan diri dalam Barisan Alternatif yang ikut serta parti DAP telah menghalalkan fatwa mereka sebelum ini.Kini apa bila mereka pula yang bersetongkol dengan DAP semuanya Halal..

2.      Membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik  dan dengan itu menjadi kafir.
Tuduhan ini bermula dalam kempen pilihanraya umum 1978 sebaik saja PAS keluar daripada BN, dan berterusan sehingga sekarang.

Haji Hadi juga dalam ucapannya pada 7 April 1981 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu telah menegaskan: " Kita tidak payah menukar agama. Kita menjadi kafir dengan mengatakan polotik suku agama suku."

Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berkata bahawa Islam dan politik itu berpisah, kerana ajaran Islam meliputi semua bidang kehidupan termasuk politik. Tetapi pemisahan yang berlaku adalah dari segi perlaksanaan menurut keahlian seseorang yang melaksanakan bidang-bidang kehidupan yang berbeza.

Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul yang menerima wahyu dari Allah. Melalui wahyu, baginda bertindak sebagai pendakwah, dan pada masa yang sama sebagai pemimpin negara, panglima perang, hakim, imam sembahyang dan lain-lain.

Tetapi selepasa wafat Nabi Muhammad, ketika itu negara Islam sudah meluas dan bilangan rakyatnya sudah ramai, maka tugas-tugas pentadbiran hal-hal keduniaan ini terpaksa diagih-agihkan kepada yang layak dan berkemampuan,

Seorang yang menjadi kadhi tidak mungkin pada masa yang sama menjadi panglima perang. Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain. Semuanya terpaksa dipisahkan mengikut keahlian masing-masing.

Nabi sendiri pun telah memisahkan tugasnya diantara tugas-tugas kerasulan (Ar Risalah) dengan tugas kepimpinan manusia (Siasah Linnas Wa Riasah Ad-Daulah).

3.      Menuduh kerajaan BN ini kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1969 dan berterusan sihingga ke hari ini. Mereka berlandaskan kepada ayat-ayat al-Quran 44, 45 dan 47 surah al-Maidah yang membawa maksud : " Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka orang yang berkenaan sama ada kafir atau fasik atau zalim."

Menjalankan hukum Allah mestilah bermula dengan diri sendiri. Maksudnya setiap orang Islam ditegah hasad dengki, cemburu, iri hati, benci dan lain-lain sifat-sifat mazmumah (keji).  Hukum Allah menghendaki begitu. Hadi Nabi menegaskan: "Dirikan daulah Islam dalam diri kamu sebelum kamu dirikan dalam negara kamu."

Walaubagaimanapun, hukum Islam berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal telah dilaksanakan dengan sempurna menurut kemampuan yang ada.

4.      Menuduh kerajaan BN memperjuangkan Assabiyah. Setiap perjuangan Assabiyah adalah kafir.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1982. Mereka berhujah dengan sebuah hadis yang membawa maksud: " Bukan dari golongan aku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah dan bukan daripada golongan aku sesiapa yang mati atas jalan assabiyah."

Sebenarnya maksud assabiyah yang dikehendaki oleh hadis ialah menolong bangsa sendiri dan pada masa yang sama menzalimi kaum yang lain. Hal ini tidak berlaku dalam kerajaan BN.

5.      Berkelahi dengan penyokong BN adalah diharuskan.
Fatwa ini dibuat oleh Hadi Awang dalam ceramahnya secara terbuka pada 24 September 1983 di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu. Dia berhujah dengan ayat al-Quran 251 dari surah Al-Baqarah. Fatwa ini dapat difahami dengan mudah sebagai menyeleweng dan jahat.

6.      Mengeluarkan hukum dengan mendakwa bahawa jika seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah syahid.
Fatwa ini terbit dari ceramah Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Ucapan ini telah dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kemumin dan Dewan Undangan Negeri Selising, Kelantan pada September 1983.

Menurut Ustaz Omar Khalid, seorang bekas pemimpin PAS, katanya: Dia sendiri pernah mendengar Tuan Guru Nik Aziz ada berkata: Jika melawan UMNO, tiba-tiba mati, maka matinya itu dikira syahid. (Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi). Peristiwa Mamali pada tahun 1985, adalah kesan yang dipengaruhi oleh fatwa syahid tersebut.

7.      Sesiapa yang menentang PAS beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam.
Fatwa ini bermula dari risalah kecil tulisan almarhum Khaidir Khatib yang disebarkan menjelang pilihanraya umum 1969. Sehingga hari ini fatwa ini berjalan sebara berterusan.

Kempen-kempen setiap kali menjelang pilihanraya pensyarah-pensyarah PAS mendakwa bahwa parti PAS sahaja yang memperjuangkan Islam. Bahkan Nik Aziz sendiri dalam suatu siaran TV baru-baru ini telah menegaskan demikian.  Kesannya pengikut-pengikut PAS meyakini bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

Fatwa ini secara sedara atau tidak sedar telah menguasai pemikiran rakyat, termasuk golongan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi dan kakitangan kerajaan. Timbul perasaan berdosa jika tidak menyokong PAS.

8.      Kerajaan BN bukan saja enggan melaksanakan hudud, tetapi memperlekeh dan menentang sekeras-kerasnya hukum Allah.
Fatwa ini mula dicipta dan disebarkan menjelang pilihanraya umum 1995 sedangkan PAS sendiri tahu bahawa kewajipan menjalankan hukum hudud itu bukan perkara suruhan yang segera seperti sembahyang, zakat, dan puasa. Juga bukan perkara yang diutamakan berbanding dengan hukum-hukum berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal ummah.

9.      Membela Kroni. Menghalalkan carut-mencarut, mengharuskan maki hamun. Bahkan Allah sendiri mencarut.
Fatwa ini dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri ketika dia membela kroninya, Shahnon Ahmad yang menulis buku Shit. Nik Aziz amat berani membuat fatwa seumpama itu sehingga sanggup mencemarkan kesucian dan kesempurnaan Allah.

Fatwa ini jelas bertentangan dengan hukum dan bercanggah dengan akidah. Surah Al-Hujarat ayat ke 11 dengan jelas menyatakan maksud ini.

Memang benar Allah pernah mencela orang munafik dengan kataNya mereka bisu, buta dan tidak ada otak. Tetapi celaan seumpama itu tidak bleh dianggap sebagai mencaci dan mencarut atau mencela dan mencerca, kerana kita tidak boleh mengkhitabkan atau mengaitkan perbuatan dan kata-kata keji kepada Allah Yang Maha Suci.

Kata-kata Allah itu adalah merupakan inzar (amaran) dan tahdid (ugutan) kepada orang kafir dan munafik. Bukan maki hamun dan mencarut. Kalaulah dikatakan maki hamun pun,  kata-kata itu adalah ditujukan kepada orang kafir dan munafik.  Tidak kepada orang yang sujud kepada Allah.

Ahli Sunnah Wal-Jammah telah membuat kesimpulan bahawa sekiranya terdapat kalimah-kalimah yang menyerupai sifat-sifat kekurangan, maka hendaklah ditakwilkan makna dan maksudnya supaya sesuai denga kesucian dan kesempurnaan Allah.

10.  Fatwa-fatwa sampingan
Kesan daripada fatwa-fatwa di atas lahirlah fatwa-fatwa sampingan yang bergerak secara berbisik-bisik dari rumah ke rumah. Bahkan seringkali juga dilakukan secara terbuka di kawasan luarbandar dan pendalaman:

a)      Tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO.
b)      Diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang UMNO.
c)      Tidak boleh belajar dan mendengar kuliah-kuliah dari guru-guru dan ustaz penyokong kerajaan BN
d)      Tidak sah akad nikah dengan imam yang dilantik oleh Majlis Agama dibawah kerajaan BN.

Apa yang Ee boleh katakan Renungkanlah apa yang dikatakan oleh Nabi saw yang bermaksud:--

"Aku wasiatkan kepada kalian bertakwa kepada Allah, untuk mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian itu seorang budak. Dan barangsiapa di antara kalian yang masih hidup sepeninggalku, niscaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Karena itu wajib atas kalian untuk berpegang dengan sunnahku dan sunnahnya Al Khulafa' Ar Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Pegang erat-erat sunnah itu dengan gigi geraham kalian. Dan hati-hati kalian dari perkara-perkara baru, karena setiap perkara baru ( bid'ah) itu sesat."(HR. Abu Dawud no. 3991).

"Taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasulullah dan kepada pemimpin di antara kalian." (An Nisa': 59)..

" Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu" (Hadis Sahih, riwayat Muslim no. 1855).

Pada Ee pada waktu ini, di dalam Negara Malaysia, pemimpin yang berkuasa kepada umat Islam Malaysia yang wajib ditaati oleh mereka jika disuluh di bawah maksud Imam di dalam hadis-hadis yang berkait pemimpin maka kita akan mendapati yang dimaksudkan oleh syarak dan disepakati oleh realiti ialah Yang Dipertuan Agong yang merupakan salah seorang raja-raja bagi negeri-negeri tanah Melayu yang dipilih setiap 5 tahun.

Ee ingin buktikan bahawa apa yang Ee katakan termaktup dalam 3 perlembagaan Malaysia yang menyebut :--

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

-sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006

Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri hakikatnya Perdana Menteri kita adalah seorang Islam yang sama2 mengucap 2 kalimah syahadat.

Pada Ee melalui Perlembagaan juga kita kini jelas bahawa ulil amri dan pemimpin di Persekutuan Malaysia bagi umat Islam yang mesti ditaati ialah Yang Dipertuan Agong dan raja-raja Melayu yang boleh dipanggil sebagai imam, khalifah dan amir umat Islam di tanah Melayu.

Renungkanlah hadis bermaksud :--

Seperti kata Imam An-Nawawi ra ; "Harus dipanggil kepada imam (pemerintah) dengan panggilan khalifah atau Imam atau Amirul Mukminin." (lihat di dalam Kitab Raudatu Tolibin hal.49 Jilid 10)

Ee ingin nyatakan sekeras-kerasnya bahawa Baginda Yang Dipertuan Agong, merupakan pemimpin umat Islam Malaysia yang wajib ditaati dan diberi wala' serta tidak boleh digulingkan atau ditentang selama baginda melaksanakan hak-hak Islam dan memenuhi kewajipan pemerintah semampu baginda. Realiti kita mendapati Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja melayu setakat ini sentiasa peka dan menjaga hak-hak Melayu dan umat Islam semampu mereka selama dalam bidang kuasa mereka yang sangat terhad akibat oleh pembahagian kuasa oleh sistem Demokrasi sejak tanah Melayu dijajah oleh Penjajah British.

Sekalipun Yang Dipertuan Agong atau raja-raja yang merupakan imam dan amir bagi umat Islam di Malaysia tidak bersetuju atau tidak suka kepada Perdana menteri dan majlis menterinya serta segala perbuatan mereka namun disebabkan oleh proses demokrasi, segala raja-raja dan Yang Dipertuan Agong tidak boleh berbuat apa-apa terhadap hal ini disebabkan kuasa mereka dihilangkan oleh sistem demokrasi.

Ee nasihatkan agar PAS jangan menjadi tersangat dunggu apabila mengeluarkan fatwa-fatwa aneh supaya rakyat tetap memilih kepada kita kerana terlalu kemaruk untuk berkuasa sehingga sanggup bersetongkol dengan DAP yang begitu terang2 membenci Islam dan mahu mengubah perlembagaan negara.Ingatlah jenerasi Islam akan datang apa akan jadi jika negara kita yang selama ini telah aman menjadi kucar kacir kerana kebodohan kita tersalah memilih pemimpin.Pada pendapat Ee segala fatwa2 yang dikeluarkan oleh pemimpin2 PAS semata mahukan kuasa namun tanpa mereka sedari ini semua mempermudahkan DAP mendapat kuasa penuh.Apabila Melayu berpecah maka mudahlah DAP yang mendapat sokongan masyarakat cina mengatur langkah untuk mendapat kuasa penuh dengan mengunakan kebodohan penyokong2 taksub PAS untuk menyokong mereka.Ingatlah bahawa DAP hanya memperkudakan para pemimpin PAS semata mereka mahu bertapak dinegara ini janganlahg nanti bila dah terkena baru nak menyesal..


"Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman."

Marilah kita bersatu dalam 1Malaysia pada PRU 13 dengan mengangkat kembali Kerajaan pimpinan UMNO untuk terus memerintah kita dan seterusnya marilah kita kuburkan sedalamnya pakatan haram pembangkang  DAP,PKR dan PAS agar jangan lagi menjadi 'Duri dalam Daging' kepada kita semua yang telah begitu selesa hidup aman damai dalam negara yang bermasyarakat majmuk hasil kebijaksanaa pemerintahan kerajaan pimpinan UMNO.Ingatlah Ikut PAS kamu Sesat..Ikut Islam kamu Selamat Dunia dan Akhirat..

No comments:

Post a Comment