Ee katakan kaum Melayu sebenarnya diperbodohkan oleh parti Melayu yang beropengkan Islam Ee panggil Parti Lintah Bulan PAS sendiri... Ee suka mengatakan bahawa mereka sangat suka bila Melayu Islam berpecah belah semuanya ini mereka lakukan demi melempiaskan nafsu serakah untuk mendapat kuasa.Mereka demi mendapatkan kuasa sanggup melakukkan apa saja walaupun terpaksa dipijak kepala dik DAP yang selama ini menjadi duri dalam daging Lintah Bulan.Jika dulu para ulama' Lintah Bulan bersepakat mengatakan 'Orang2 Islam yang berkongsi kuasa dengan bukan Islam memerintah negara,kafir atau haram' merujuk kepada UMNO yang bersama MCA dan MIC.Pada pendapat Ee merika sebenarnya menipu dalam kesepakatan yang dibuat dulu.Mereka menghukum mengikut selera dan kehendak naluri semata menipu rakyat agar mengundi mereka.Bila rakyat masih lagi memilih kepimpinan UMNO sebagai pentadbir negara mereka begitu kecewa kerana terlalu tamak untuk berkuasa sehingga sanggup menipu Allah SWT dalam meletakkan sesuatu hukum.Kini bila mereka berpaling dari kesepakatan mereka dalam menjatuhkan fatwa dengan bersekongkol dengan DAP apakah mereka diberi keistimewaan oleh Allah?..Apakah Nik Ajis atau Hadi Awang ada kuasa bertemu dengan Allah SWT dan memohon agar segala fatwa yang mereka sendiri lakukan tidak memalit diri mereka.Semua fatwa hanya untuk orang2 UMNO sahaja.Dukacita Ee katakan mereka ulama'2 Lintah Bulan PAS sebenar telah menjadi ejen kepada DAP untuk bertapak di negara ini dgn memecah belahkan ortang Melayu agar menyokong DAP.Malang!..Malang!..Melayu.. Menang sorak tetapi kelak kampung tergadai..
Cubalah renungkan maksud surah An Nisa' ayat 60 yang bermaksud:--
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.
Pada Ee Islam itu mudah jika kita berbalik kepada Al Quran maka kita semua akan selamat.Apa yang dilakukan dik UMNO yang ditakbir oleh oran g Melayu sama sebangsa dan seagama sebagai kerajaan yang memimpin semuanya itu berlandas apa yang ada dalam Al Quran tanpa memutar belitkannya seperti yang dilakukan dik ulama' Lintah Bulan PAS.Ee katakan semua ini berlandaskan keterangan Al Quran surah An Nisa' ayat 90 yang bermaksud:--
Kecuali orang-orang yang pergi (meminta perlindungan) kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka, atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat hendak memerangi kamu atau memerangi kaumnya. Dan jika Allah menghendaki, nescaya Ia menjadikan mereka berkuasa melawan kamu, kemudian tentulah mereka memerangi kamu. Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau mengganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka.
Jika ditakdirkan pakatan pembangkang memenangi PRU ke 13 nanti, apakah Lintah Bulan PAS mampu untuk menjuarai pakatan?.. Apakah mampu untuk melaksanakan hudud sebagaimana yang dicanangkan dan lebih utamanya lagi apakah mereka mampu menentukan bahawa Islam akan kekal dalam perlembagaan Malaysia sebagai agama persekutuan sepertimana sekarang?..Ee katakan dengan setegasnya mereka Lintah Bulan PAS tiada kekuatan suara, fikrah apatah lagi kekuatan politik untuk menentukan hala tuju pakatan pembangkang. Itulah jatuh nasib mereka dalam pakatan pembangkang, tampak hebat berceramah siang dan malam tetapi ironisnya hanya setakat melukut dalam lingkaran pakatan pembangkang.Menangani Karpal Singh Mursidul Am DAP yang tiada upaya OKU saja mereka tidak mampu apatah lagi Anwar Ibrahim yang kaki kelentong putar alam yang berjuang bersama parti anak beranak mereka PKR.
Bila saja menjelang PRU 13 ulama' Lintah Bulan PAS sekali lagi cuba memperbodohkan Melayu dengan kesah hudud yang akan mereka akan lupakan sebaik saja PRU selesai.Ee katakan disini depan khalayak Melayu lain dituturkan dan realiti sebenar adalah jauh daripada itu. Lintah Bulan PAS sekali lagi terperangkap dengan karenah DAP. Mereka mengharapkan DAP lebih lembut dalam beberapa isu yang sensitif seperti hudud tetapi ternyata DAP sebenarnya saban hari tampak lebih berkuasa dalam pakatan pembangkang dan akhirnya ulama Lintah Bulan terpaksa berlutut sujud ditelapak kaki DAP semuanya itu demi kuasa yang sedikit.Ee katakan parti Lintah Bulan PAS sendiri wujud atas sifat kecewa, justeru tidak hairanlah jika orang-orang yang kecewa bertindak melampaui batas-batas agama dan budaya meskipun mereka berserban dan berkopiah kerana fitrah orang kecewa sering dicemari hasad, lebih-lebih lagi bila ia bersangkut dengan dendam kesumat..
Renungkanlah surah An Nahl ayat 90 yang bermaksud :--
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kekezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
Perlu Ee ingatkan demi untuk memenangi hati DAP terutama Mursidul Am DAP Karpal Singh dan Khalifah Lim Guan Eng ulama' Lintah Bulan sanggup melakukan apa saja hatta menerajang seorang pejuang Islam yang menegakkan kebenaran apa yang diperjuangkan keluar merambus dari parti,begitulah nasib Hassan Ali yang memperjuangkan isu Murtad.Begitu juga Nasharudin Mat Isa yang hampir terkorban dan dibuang jauh kerana mempersoalkan kenyataan Mursidul Am DAP Karpal Singh memperlekehkan Islam..Begitu juga bila Ngeh Kor Ham DAP perak yang memperlekehkan Islam dalam laman sosial twitter baru-baru ini tetapi ulama' Lintah Bulan tetap membelanya hanya segelintir yang menyatakan tidak puas hati namun kuasa ulama' Lintah Bulan PAS melebihi segalanya.Pada Ee Melayu bukannya dibodohkan dik bangsa lain sebaliknya Melayu telah diperbodohkan oleh bangsanya sendiri yang bertopengkan agama sebagai alat untuk berkuasa.
Renungkanlah dalam surah Al Baqarah ayat 90 Allah berfirman yang bermaksud:--
Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahi) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad, s.a.w.). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu, dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh azab sengsara yang menghinakan.
Ee ingin ingatkan ikut PAS kamu akan disesatkan..Ikut Islam kamu akan Selamat Dunia dan Akhirat..So..Kamu Fikirlah Sendiri..
No comments:
Post a Comment