Berfikir biar logik,berbicara biar bertempat,berpolitik biar berpada,menulis biar berisi,berdakwah biar betul...pangkat dan harta bukan segalanya...
Sunday, October 3, 2010
Gelaran Dato umpama membeli telur di pasaraya..
Jika 30 tahun dulu gelaran Dato begitu dihormati dan di sanjung tinggi begitu sukar untuk dimiliki.Sesiapa yang mendapat gelaran tersebut begitu bangga kerana penat lelah berkhimat samada kepada rakyat atau negara mendapat balasan yang setimpal dan bakal lebih dihormati dimata rakyat.Pada masa itu sesiapa yang mendapat gelaran tersebut terpaksa melalui pelbagai proses bermula dari PJK,JP dan sememangnya dikenal pasti orang yang benar-benar berjasa kepada rakyat mahupun negara.Namun kini zaman telah berubah maju gelaran Dato begitu mudah dimiliki semudah membeli telur dipasaraya.Begitu ramai yang bergelar Dato samada sememangnya layak atau tidak itu tidak menjadi masalah.Mereka yang mengaku Dato juga begitu ramai samada palsu atau betul tidak siapa yang tahu dan ambil tahu.Wang juga mempermainkan peranan berapa ramai yang mendapat gelaran tersebut dengan membeli gelaran agar mereka disanjung dan di hormati dimata masyarakat.Ini benar2 memberi satu tamparan yang memalukan kepada negara kerana ramai yang mendapat gelaran samada betul atau palsu terlibat dalam kancah jenayah yang mencemar imej negara.Ini benar2mencemar Imej Raja berpelembagaan kerana gelaran ini hanya Agong atau Sultan yang layak menganugerahkan kpd sesiapa yang difikirkan layak dengan nasihat para menterinya.Namun kini gelaran tersebut seolah-olah tidak diakui kerana boleh didapati semurah membeli telur ayam.Di harap kerajaan dapat memberi perhatian yang serius dan menyiasat dengan teliti sesiapa yang benar2 mendapat gelaran tersebut kerana jasa mereka, bukan membelinya atau memalsukan gelaran tersebut.Di harap kerajaan bersikap telus tanpa memilih bulu menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat demi maruah Raja berpelembagaan dan maruah negara agar disanjung kembali oleh rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment